Khamis, 29 Julai 2010

Meraih cintaNya


"man,,, i'm so into it!!" status di facebook adik saya,Ali. Saya tertanya-tanya apa maksud dia.

Semalam di masjid ada kuliah. Kuliah cinta.. ;)
Kuliah tentang 'Mencintai Allah'..
Seriously saya larut dalam kehusyukkan kuliah tu. Subhanallah rasa sangat mendamaikan...
Ustaz kata "Cinta Allah sahaja yang sejati! Cinta kepada yang lain-lain ni semuanya adalah cinta makhluk. Dan cinta makhluk itu dusta!"

Subhanallah.. bagai terhenyak rasanya dengan ayat tu. Sepanjang drive balik masjid tu terngiang-ngiang ayat tu dalam fikiran saya.. (jarak rumah saya daripada masjid = 5km, tu yang drive..kalau berjalan kaki tentu boleh slim kan.. tapi tak pernah cuba lagi)

"I'm so into it!"getus adik saya ketika kami singgah di 7eleven untuk membeli slurpee.. Romlah dengan telekungnya masuk ke dalam 7eleven. Tersenyum si abang tu tengok punyalah banyak sampai 3 cawan bersaiz besar dibeli. Dah la hampir setiap kali balik masjid mesti beli!

"What do you mean?"soal saya.
"Kuliah di masjid. Rasa seolah each words meresap masuk dalam hati. Semalam punya kuliah dan hari ni punya kuliah.."jawab adik saya.

Saya diam.
Me too.. (hari ini saya khusyuk dengar kuliah. semalam mengantuk jadi sempat check facebook through handphone. Lain kali kena off handphone! godaan kuat tu..)

Selepas kuliah tu kami solat isyak berjemaah. Dan imam berkata "Andaikan ini solat kita yang terakhir.. lakukanlah ianya dengan penuh khusyuk dan penuh tawadhuk.."

Oh ya Allah... serta merta air mata turun mengiringi takbiratul ihram. Sepanjang solat terasa betapa hinanya diri ini!
Semoga air mata ini mencuci dosa-dosa saya..........
Ya Allah, aku ingin kembali padaMu hanya keranaMu..
Aku ingin berdiri, rukuk, duduk dan sujud hanya keranaMu..
Sambutlah cinta aku ya Allah...

Malam tadi ada meeting online berkenaan pengurusan AMANI. Sambil meeting tu sambil search folder mencari bahan-bahan roadshow. Sambil tu ym dengan sahabat lama yang sedang berkongsi masalah. Sambil tu sedang edit blog AMANI. Sambil tu sedang tengokkan adik saya yang masak 'sosej' di tengah malam. Sambil tu layan adik kawan saya yang main exchange icon ym. hehe. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Practice make perfect!

Petang tadi after masak, cepat-cepat suruh adik dan romlah makan. Sebab sebelum azan maghrib kami akan ke masjid. Tiba-tiba email masuk memberitahu yang gambar-gambar untuk Muslim Aid sudah pun ustaz Kamaruddin masukkan dalam facebooknya. Maka saya pergi lah pulak setelkan hal gambar tu.

(laptop ni di sebelah mereka yang sedang makan)

"Orang menganggur pun busy ye,"komen adik saya. Nasinya sudah habis. Ditambah sekali lagi.
"Gaji kakak dibayar oleh Allah, inshaallah."balas saya sambil meninggalkan laptop untuk makan.

Saya sangat mencemburui mereka yang ada masa lapang sehingga sempat bermenung dan khayal memikirkan masalah hidup mereka.. paling saya rasa marah apabila mereka bersedih memikirkan untung nasib mereka sedangkan masalah hidup mereka kecil! mereka sibuk memikirkan hal yang remeh temeh. mereka menangis sia-sia. bagi sini masa lapang mereka kepada saya supaya saya dapat manfaatkan untuk umat Nabi Muhammad saw ini!


Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada masalah hidup. Saya juga pernah ada keinginan-keinginan yang tidak dapat ditunaikan lantas menyebabkan saya bersedih. Namun itu hal remeh temeh dan tidak perlu diutamakan.. Come on, kita milik Allah. Kita hidup dan mati untuk Allah. Tak pernah ada dalil pun suruh kita meratapi musibah yang melanda. Tak pernah ada dalil pun suruh kita frust apabila break up bercinta. tak pernah ada satu dalil pun suruh kita bermogok apabila kita dianiaya. Come on, macam mana nak mencintai Allah andai ada lagi di hati kita makhluk-makhluk?

Apa perasaan kita andai suami kita menduakan kita? Apa perasaan kita andai isteri kita menduakan kita? Apa perasaan kita andai kekasih kita menduakan kita? confirm marah... Nah, Allah mecintai kita sementara kita menduakan Dia.. Apakah Dia tidak marah?

Tak perlu melihat jauh.. Tak semestinya perlu pergi menyembah berhala di kuil atau tokong baru dikira menduakan Allah, cukuplah kalau setakat solat lalai sebab teringatkan buah hati.. Cukuplah kalau setakat rajin baca Quran sebab nak menambat hati manusia.. Cukuplah kalau setakat membuat kebaikan hanya untuk manusia... Itu semua menduakan ALLAH!

Bila lah nak insaf?????

“Belum sampaikah lagi masanya
bagi orang-orang yang beriman,
untukkhusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan
pengajaran Allah?”
(Surah Al-Hadid: 16).

Astagfirullah.....
Ya Allah, berilah hidayah kepada diriku, mak, abah, adik-adikku, sahabat-sahabatku, kaum kerabatku dan semua yang membaca coretan ini.. Niatku satu, semoga mereka mencintaiMu...

Ya Allah... bukalah hati mereka.. sinarilah hati mereka dengan cintaMu...

Aku berserah diri kepadaMu wahai Pemilik ku...


"Jika kamu diselamatkan dari kesalahan dan kejahatan, waspadalah, dan jangan merasa aman; kerana hasrat dan hawa nafsu akan memperoleh kembali kekuatannya meski hanya dipicu oleh kemaksiatan atau kejahatan yang kecil. Ketenteraman jiwa dapat sirna tiba-tiba. Perintah Allah kepada hamba-hamba-Nya untuk menjauhkan diri segala yang diharamkan merupakan peringatan agar mereka senantiasa berwaspada."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

p/s : pesan pada diri sendiri (terutamanya)
p/s/s: quote ambil daripada facebook Shafiq. Syukran.
p/s/s/s: Maaf jika ada yang tersinggung.. Saya tak minta dipuji apatah lagi ucapan terima kasih. p/s/s/s/s: Saya di sini memikul amanah yang diletakkan di bahu saya oleh Allah swt untuk menyampaikan walaupun sepotong ayat.
p/s/s/s/s/s: Mari kita kembali kepada Dia... Dia sangat mencintai dan merindui kita....




Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 28 Julai 2010

Berteduh dalam redha Mu ya Latiff....



Dalam tempoh 3 minggu ni macam-macam yang berlaku dalam hidup saya. Dan Subhanallah ianya sangat best! Bila diingat semula rasa nak senyum je.. Macam-macam kerenah manusia ni.. Subhanallah..

Last week saya berhenti kerja dari sebuah syarikat motivasi. Berhenti bukan sebab kerja tu tak best tapi atas sebab nak cari redha mak abah. Seronok selalu outstation, tidur hotel. Jumpa dengan ramai orang hebat termasuklah Dr Sheikh Muszaphar dan lain-lain. Staf-staf pun baik-baik, rasa macam 1 happy family. Kerja pun interesting sebab sambil bekerja sambil berdakwah. Hinggakan kalau tengah demam sekalipun, bila tiba time kerja je serta merta segar bugar. Apapun semua tu adalah kenangan yang sangat sweet.. Alhamdulillah.. Semalam ex supervisor hantar email mendoakan saya dapat yang terbaik dalam hidup. Amin Ya Mujib... Inshaallah after this saya akan dapat yang lebih baik! :)

Minggu ni whole week saya ambil alih tugas emak jaga adik & rumah (include my cat & kura-kura) memandangkan emak abah ke luar negara. Sambil menghadap laptop conference meeting AMANI sambil menggoreng di dapur sambil melayan adik saya. Wah! akhirnya kentang di dalam kuali garing! Nasib baik tak rentung.. Kemudian ke kedai shopping makanan untuk adik dan makanan untuk kura-kura. Disebabkan nak pastikan adik saya solat berjemaah maghrib isyak di masjid maka saya pun turut stay di masjid. Malam yang ada kuliah dapatlah pengisian rohani, malam yang tak ada kuliah saya akan mengaji..
Seronok juga jadi housewife ni kan... :)

Semalam ada orang call offer kerja dengan syarikat motivasi mereka. Erm.. saya tak boleh nak buat keputusan segera. Apa-apa kena bincang dengan my parents dulu. Kalau ikut di hati rasa macam agak berat because tujuan saya bekerja bukan hanya sebab duit semata-mata. Apa yang utama ialah keberkatan hidup dan keredhaan my parents.. Adakah saya sedang mensia-siakan offer ni? I dont think so... :)

Saya terfikir nak further study.. Tapi tak minat nak ambil Master dalam bidang saya. Boleh tak if saya nak tukar bidang? Boleh tak kalau saya nak jadi seorang teacher? :) :) :)
Language teacher? How about jadi English teacher? Adik lelaki saya menyokong penuh dan dia cadangkan saya ke luar negara. Then one of kawan saya cadangkan saya study bahasa Arab. Erm, saya tak ada basic tapi she said boleh ambil basic di sana terus. (Yang ini pun study luar negara). Sekarang saya masih sedang mengumpul maklumat.. Mana satu pilihan hati ye? Apapun keputusan di tangan my parents.. :)

If saya ke luar negara, bagaimana dengan AMANI?
Semalam saya dengar ustaz yang bagi kuliah maghrib tu kata
"..keberkatan itu akan membuat sesuatu itu berkekalan..."

saya tersenyum memandang Romlah.
Ya, ukhwah yang berkat itu akan menyebabkan hubungan itu berkekalan..
Ya, urusan-urusan yang berkat itu akan menyebabkan urusan-urusan itu berkekalan..
walaupun hebatnya ujian yang melanda, namun ianya akan tetap kekal dan berterusan sebab Allah memeliharanya..
Semoga Allah memberkati AMANI dan memberkati gerak kerja AMANI dan segala sesuatu yang berkaitan dengan AMANI. Saya sayangkan AMANI...
Walaupun kami selalu tak ada duit, tak cukup kaki tangan untuk buat kerja tapi bantuan Allah sentiasa mengiringi.. Subhanallah... Sedikit bakti yang dicurahkan, berlipat ganda anugerah yang Allah kembalikan..
Sujud syukur!! Alhamdulillah ya Allah........

Bercakap tentang sujud syukur,saya ada satu kisah lucu.
Bulan lepas ketika misi ziarah janda dan anak yatim ke Selatan Thailand, saya telah menyerahkan dokumen-dokumen anak-anak yatim tersebut pada seorang sukarelawan lain yang akan pulang lewat ke Malaysia. Dan dokumen itu hilang! puas kami mencarinya...

Allah sahaja yang tahu betapa cemasnya saya sepanjang waktu tu. Akhirnya ketika dalam dalam kereta di Melaka, saya check email (melalui handphone) dan dapat berita daripada sahabat Thailand yang mereka terjumpa dokumen tu di pejabat mereka. Serta merta saya keluar daripada kereta dan bersujud di atas jalan raya. Selepas bangkit daripada sujud tu baru saya terasa agak malu sebab di belakang saya adalah sebuah restoren dan saya sedang berada di parking lot mereka.. Batu-batu kecil dan pasir melekat di dahi.. Adik saya yang duduk di bahagian driverterkejut dan cuba untuk snap gambar tapi tak sempat. Kenapa nak ambil gambar?

"Sebab pelik,"katanya

Pelik?

haha.. Sungguh semakin hati ni sayangggg pada Allah... Orang lain mungkin tak faham betapa hati ini sangatlah bersyukur, sebab mereka tak rasa apa yang saya rasa...
Susah nak explain, tak tahu nak guna ayat yang macam mana..
Rasa lucu dan malu juga bila diingat semula..

Back to topic.. erm, what should i do?
Saya tak kisah apa-apa pun asalkan sesuatu tu dapat mendekatkan saya pada Allah dan mendapat redha mak abah..
so conclusionnya saya akan teruskan mengumpul maklumat untuk dibentangkan kepada emak abah apabila mereka balik nanti...

dan saya beristikharah semoga Allah beri saya petunjuk yang terbaik untuk saya!

last sekali (pinjam pesan Shafiq lagi) "ingatlah untuk melihat Allah dalam segala kebaikan kerana makhluk cuma sarana; maka kuatkanlah pergantungan, keterikatan dan kesyukuran pada-Nya setulusnya, ya sahabat.. :) "


''...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),
nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,
maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.
Allah telahpun menentukan kadar dan masa
bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(At-Tallaq :2-3)

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Syukur ya Allah kerana menghadirkan insan ini dalam hidupku...




Selama berbulan lamanya saya ditipu tanpa saya sedar.. dan saya tak pasti apakah tujuan orang tu berbuat sedemikian.

Saya tak pasti sama ada selepas semua ini berakhir, adakah dia berjaya mendapatkan apa yang dia mahu? Sedangkan saya sudah dapat apa yang saya mahu... ^,^

Saya cuma mahu 1 je.. redha mak abah supaya saya dapat redha Allah.
Alhamdulillah sgt2!

Saya berharap dia tak dapat apa yang dia mahu tapi semoga dia dapat redha Allah...
Semoga dia diberi hidayah Allah..
Semoga saya adalah orang terakhir yang dia zalimi, selepas ni jangan Kau izinkan dia zalimi mana-mana hambaMu...
Semoga dia berbahagia di dunia akhirat...

Kalaulah dia tahu nilai kasih kerana Allah..
Kasih itu ikhlas tak bertambah kerana kebaikan dan tak berkurang kerana keburukan..

Syukur ya Allah.. Syukur kerana menghadirkan insan ini dalam hidupku..

Moga kita bertemu di syurga Allah...

amin... ^_^

"Berjumpalah dengan sahabatmu dan musuhmu dengan muka yang manis tetapi bukan kerana hina dan takut terhadap mereka.
Dan mantapkanlah dirimu tetapi bukan kerana sombong, dan rendahkan dirimu bukan kerana hina, dan hendaklah kamu menjaga kesederhanaan dalam segala urusan kerana sesuatu yang kurang atau lebih adalah tidak baik."
[Imam Al-Ghazali r.a.]

p/s : Allah sebaik2 Pelindung, sentiasa melindungi hamba-hambaNya yang disayangiNya.. ^,^
p/s/s: Thanks Shafiq untuk quote yang indah-indah di pagi hari..
p/s/s/s: Thanks Kak Mas untuk telehati yang sweet..
p/s/s/s/s: Thanks Romlah untuk kesetiaan susah senang sama2...
p/s/s/s/s/s: Thanks kak Marina for sharing... i truly appreciate it! :)
p/s/s/s/s/s/s:Thanks to all my frens yang sangat caring... ha, cepat reunion! cheese cake is waiting :)




Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Selasa, 27 Julai 2010

Petang yang indah :)

Petang itu mendung..

Namun saya dan Romlah tak peduli! Kami dah plan nak berjalan-jalan di kawasan lapang berhampiran rumah. Tujuan merayau-rayau untuk berzikir sambil berjalan-jalan, sambil bermain pasir, sambil memanjat-manjat bukit kecil dan sambil menghafal surah-surah...

Romlah yang excited



pokok kelapa sawit belakang tu nampak comel tersusun, berbaris macam hiasan
teringat taman tergantung Babylon


pasir putih yang lembut dan halus.. Subhanallah












tiba-tiba ada pokok di atas tanah yang kosong ni.. Subhanallah









kawan-kawan, nanti masa datang rumah lillah, sila ingatkan saya membawa kalian ke tempat ni...
Tempat ni sangat mendamaikan.. sangat sesuai untuk bertafakur..
Subhanallah... i love U Allah!

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Merintih...



Aku lemah tanpa Mu
Aku yang resah tanpa Mu
Bagiku Allah cinta sejati

Ampunilah aku ya Allah...
Bila tertulis untukku adalah yang terbaik untukku
Kuatkanlah hatiku untuk redha dengan taqdir Mu
Ampunilah aku andai ada air mata yang turun bukan keranaMu
Ampunilah aku andai ada di hati selainMu
Ampunilah aku...

Argh dosa silam terlalu banyak!
Aku mahu berhijrah!

Bila tertulis untukku adalah yang terbaik untukku
aku redha dengan taqdir Mu
pasti ini yang terbaik untukku

Aku mahu berhijrah!
aku yakin Kau takkan sekali-kali mensia-siakan aku

Mungkin tak mudah untuk kaki ini melangkah
Ah aku tak peduli!
Aku mahu berhijrah!
Aku mahu ke sana bersamaMu
Apa sahaja yang datang selepas ini akan aku hadap

Aku masih sayang pada kenangan silam
namun ianya cuma secebis kenangan yang terindah
Mungkin tak mudah aku meninggalkan kenangan itu
Mungkin juga takkan mampu aku padam daripada memori
Sebab cinta yang lahir kerana Allah itu tidak bertambah dek kebaikan dan tidak berkurang dek kelemahan
dan perpisahan ini bukan atas dasar benci apatah lagi marah
Moga Allah meredhai semua ini

Pintaku hanya satu
Terimalah taubatku ya Allah....
Andai dengan hijrah ini akan dapat mendekatkan aku kepadaMu
terimalah aku..

Lillah


****************






Dia tidak hilang

dan tidak menghilang

Dia selalu menunggu

selalu menghulurkan tangan-Nya

hati yang kotor inilah yang menghalangi meihat-Nya.

Yusuf Mansur, Mencari Tuhan Yang Hilang


Antara Dia dan jiwamu,
kedekatan-Nya denganmu
terlalu dekat
hingga tiada tertangkap
pandangan sebatas nafsu

Antara jiwa dengan-Nya,
kecenderungan rendah
menjarakkanmu dari-Nya,
sedang antara Dia denganmu
tiadalah terjarak walau sezarah pun.

M. Shafiq Abas

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Isnin, 26 Julai 2010

melawan naluri 'songsang'.. . tips meninggalkan maksiat


SOALAN : bagaimana dengan naluri saya yang menyesakan? keseorangan pasti sahaja saya sunyi tanpa teman. tetapi mahu bertemankan seorang lelaki rasa tiada perasaan. nafsu ini hanya bergelora pada perempuan yang saya cinta. kenapa agaknya Allah melahirkan rasa songsang ini? hari ke hari jiwa saya makin sempit. kehidupan harian saya semakin sesak sesesak nafas ini.

saya solat walaupun kadang-kadang cukup tetapi kadang-kadang tidak. saya mengaji. saya berzikir. tapi jiwa ini tetap jugak tidak tenang saudari. tolong ~
Saudariku...


JAWAPAN :

Antara riyadah atau latihan yang sering dikemukakan oleh para ulama akhlak untuk membimbing hati ke arah ketaqwaan ialah kita hendaklah sentiasa melatihnya agar sentiasa sukakan kebaikan.

Jika kita telah melakukan sesuatu perbuatan yang berupa maksiat, hati itu mestilah melalui proses mengubat dan mendidik hati semula.

Kerana hakikatnya menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Huzaifah apabila melakukan maksiat, hati akan ditimpa titik hitam.Jadi ia Hati perlu dibebaskan semula dari kekotoran maksiat yang berbekas di padanya itu.

Hati yang baik dan bersih akan memberi arahan kepada anggota tubuh badan yang lain agar sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan.


UBATILAH HATI

Bagi mengubat dan menghidupkan hati, hendaklah jauhkan hati daripada segala racun yang boleh merosakkan dan membunuh hati secara senyap tanpa disedari.

Maka kuatkan diri jauhi SEMUA punca-punca yang mendorong ke arah terbit 'keinginan' itu. Termasuklah menjauhi orang yang berkaitan, laman web yang berkaitan, dan apa sahaja yang boleh mendorong ke arah itu.

Mungkin tidak mudah tetapi yakinlah Allah menghitung sejauh mana kita berusaha dan Allah tidak akan sekali-kali mensia-siakan usaha kita. Allah akan membantu hambaNya yang bersungguh-sungguh! YAKIN!

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungghuhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar 39:53)


BERSABARLAH DALAM MENINGGALKAN MAKSIAT

setiap orang pada hari kebangkitan merasa sangat terseksa jauh sebelum mereka dihisab. Setiap orang merasakan sangat haus, lapar, penat, takut, sedih, bimbang stres dan berbagai kesusahan zahir dan batin serta lain-lain yang belum dapat kita bayangkan pada saat ini.
Mereka terus dalam keadaan itu bertahun-tahun lamanya hingga Allah berkenan memulakan proses hisab dan penghitungan amal.

Al-Ghazali berkata,
“Fikirkanlah suasana panjang dan beratnya penungguan hari itu agar dengan itu terasa ringan bagimu dalam bersabar meninggalkan maksiat sepanjang hidupmu yang singkat ini.”


NIKMATILAH KEDAMAIAN MENINGGALKAN MAKSIAT

Percaya atau tidak, kita dapat merasai balasan daripada amalan meninggalkan nafsu yang kita lakukan di dunia ini sebelum menerima pahalanya di akhirat kelak. Balasan minima yang segera kita rasakan adalah kenikmatan kembali kepada Allah dan berdamai dengan hati nurani.


Ibrahim Al-Khawas berkata:
“Barang siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun ia tidak merasakan (kelazatan) balasannya dalam hati, bererti ia tidak jujur dalam meninggalkannya.”


Balasan lain yang sedang menunggu seperti yang dijelaskan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ubay bin Ka’b katanya:
“Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu kerana Allah, melainkan Allah akan memberinya sesuatu yang lebih baik daripada itu dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Ucapan ini diriwayatkan oleh Ibn Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd.


"Barangsiapa meninggalkan sesuatu karena Allah, nescaya Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik darinya."
( HR Ahmad V/78,79 )



DOA MENGELAKKAN MAKSIAT

Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan pendengaranku , kejahatan penglihatanku , kejahatan lidahku , kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku.


CARA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua dirikanlah solat malam Qiamullail (solat taubat, solat tahajud)
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh (libatkan diri dengan majlis ilmu, dakwah)
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima banyakkan berzikir (Lailahaillallah... basahkan lidah dengan zikrullah hingga sebati di hati)

Saudariku...
Apabila kita sibuk mengingati Allah kita akan kurang mengingati tabiat lama... Setiap kali keinginan lama datang, halau ia dengan 5 cara di atas... Andai rasa hendak menangis, menangislah.. Air mata taubat dan air mata berjuang itu akan memadamkan api neraka... Bersyukurlah jika ada air mata yang turun pada saat-saat ini...

Saudariku...
Teruskan usaha.. Selagi kita hidup, selagi itulah kita perlu teruskan berusaha. Allah mengetahui apa yang saudari lakukan!

If you believe, u will achieve! Do your best, do your very BEST!

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Ahad, 25 Julai 2010

Cinta terlarang.. Cinta sejenis (Homoseksual)


Lillah terima email daripada hamba Allah yang terjebak dengan dosa homoseksual. Tak perlulah nak paste email dia di sini. Just nak paste jawapan lillah je di sini. Semoga ianya bermanfaat untuk pembaca lain juga.

****

waalaikumussalam wbt.

Tahniah saudari kerana Allah memilih saudari untuk diuji dan kemudian mencampakkan pula gerak hati untuk bertaubat.
Bukan semua orang yang sedang dibelenggu dosa akan tergerak hati untuk bertaubat. Hidayah Allah sangat mahal! Maka hargailah hidayah yang Allah beri ini. Sama ada berubah sekarang ataupun mungkin lepas ini lansung tidak ada peluang lagi. Noktah.

Pertama sekali ingin saya katakan bahawa hanya saudari sahaja yang boleh mengubah diri saudari. Walau siapapun yang datang untuk membantu saudari tidak kisahlah sehebat manapun orang tu, kunci untuk berubah itu TETAP di tangan saudari.. Allah tidak mengubah nasib kita sehinggalah kita sendiri mengubah nasib kita.

Kedua, saudari perlu jelas mengapa saudari perlu berubah. Sebabnya ialah perbuatan homoseksual termasuk dalam dosa besar yang dibenci Allah. Tidak pelik apa yang menimpa saudari, kerana Kaum Lut telah terlebih dahulu mengamalkan perbuatan tersebut. Sebagai balasan, Allah menghancurkan Kaum Lut dengan sedahsyatnya. Itu baru balasan di dunia yang berakhir dengan kematian. Bagaimana pula dengan balasan azab kubur yang gelap gelita menakutkan, sangat sempit hingga tulang rusuk terhimpit, panas hingga hangus segala daging dan azab neraka yang lebih dahsyat lagi... api neraka yang mengaum memaki penghuninya. Ini belum masuk seksa yang dikenakan oleh malaikat bengis Malik.

Saudari..lakukanlah apa sahaja untuk selamatkan diri daripada azab-azab yang tidak berpenghujung ini....

Saudari... andai hidup ini kita terpaksa bersusah payah menangis seumur hidup, itu jauh lebih baik daripada terpaksa berendam dalam lautan nanah yang busuk dan menangis mengeluarkan air mata darah di neraka....

Saudari... percayalah apa yang saya katakan ini... ambillah wudhuk dan ambillah quran yang ada terjemahan bahasa Melayu... bukalah surah Al-Mulk.. baca terjemahannya.. bukalah surah Al-Haqqah... bukalah surah al Waqiah..... bacalah... bacalah.. bacalah...

Saudari ku...
Syurga itu terlalu indah, penuh kenikmatan.. tetapi Syurga yang indah itu untuk orang yang beriman...
Orang yang beriman sangat takut kepada Allah... Takut buat perkara yang akan membuatkan Allah marah.. takut buat perkara yang Allah benci... Apabila terbuat salah akan segera bertaubat bersungguh-sungguh!
Orang yang beriman malu kepada Allah. Malu untuk berbuat dosa sama ada secara terang-terangan mahupun secara sorok-sorok. Sebab orang beriman tahu Allah sentiasa melihat kita. Dan apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini walaupun sebesar zarah akan dibalas semula.Allah menghitung setiap perbuatan kita. Termasuklah isi hati kita yang berbicara ini akan dihitung! Semua ini akan dibentangkan di mahkamah Allah.. Dan kita akan menonton semula tayangan hidup kita. Kita akan melihat semula tayangan kita sepanjang hidup kita. Ketika itu kita akan malu sehingga gugur kulit-kulit kita. Ketika itu seluruh anggota badan kita akan berbicara! Demi Allah, setiap anggota badan kita akan berkata-kata kecuali mulut kita!

Dan kemaluan kita juga akan berbicara tentang apa perbuatan yang telah diperlakukan terhadapnya !

Dan anggota badan kita adalah saksi-saksi yang tidak tahu berbohong!


Saudariku yang dikasihi....
Orang yang beriman yakin kepada Allah... yakin bahawa Allah Maha Adil... Setiap pengorbanan yang dilakukan kerana Allah tidak akan disia-siakan. Yakin!!!

Maka saudariku yang dikasihi....
Kembalilah kepada Allah... Buangkanlah pakaian buruk(kesilapan silam) dan mulakanlah hidup baru.
Orang yang bertaubat akan diampunkan dosa-dosa mereka seumpama bayi yang baru lahir. Suci bersih!


Saudariku...
Tentu sekali dalam usaha untuk mengubah diri akan ada cabaran-cabarannya..
Syurga Allah mahal... Maka pengorbanan untuk ke sana juga tidak sikit..
Tetapi bagi mereka yang bersungguh-sungguh mahukan syurga itu, Allah akan membantunya....
Yakinlah bahawa walau seberat manapun ujian yang datang, ianya tetap tak akan lebih berat daripada yang kita mampu.

Apa yang perlu kita buat ialah Tetapkan HATI. Setelah kita berazam maka bersungguh-sungguhlah!
Andai kita perlu menangis kerana terpaksa bersabar, menangislah!
Andai kita terpaksa dihina dan dimaki kerana ingin menjauhi dosa, relakanlah!

Ketahuilah saudariku, sudah ramai orang-orang yang terima seksaan berat kerana mencari hidayah Allah.. Ada orang yang bila memeluk islam diseksa oleh keluarga hingga terpaksa tidur di kandang babi dan ditikam berkali-kali. Ada yang dicampak dalam longkang supaya mati. Mereka tetap bersabar demi mempertahankan iman!

maka kalau mereka boleh bertahan, mengapa tidak kita juga pertahankan iman kita?

jagalah iman...ingat mati selalu. ingat kehidupan selepas mati... tiada kekasih yang sudi menemani kita selepas mati.. tiada... kubur itu sepi... hanya orang yang beriman sahaja kuburnya indah dan mengembirakan.

Sentiasalah ingat mati... Dan sentiasa ingatlah bahawa Allah akan mempertanggungjawabkan setiap perbuatan yang kita lakukan ini.

Hanya ini yang dapat saya bantu.. Selebihnya terletak di tangan saudari...
Moga Allah memberikan kekuatan kepada saudari untuk berlari ke SyurgaNya.. amin





Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

inilah takdirmu... yang tertulis untukmu...

walaupun sesenget 45', so whatt?!
Move on!!

Semalam adalah hari yang my family sangat manjakan saya.. bukan sahaja mak abah, my brothers too...

Saya tak tahulah nak cakap macam mana lagi.. tapi setiap kali saat-saat saya 'BLANK', mak abah dan my brothers always duduk sebelah saya. Mereka akan bercakap dan bercakap tanpa saya perlu bercakap.

Tapi semalam saya sepatutnya pergi kursus kahwin. Dan percaya tak, semasa dah nak sampai (in 3 minutes), saya terasa taknak pergi. So dengan pantasnya driver(my brother) menuju ke tempat lain.. Saya sedang demam dan terlupa nak makan ubat lepas lunch, rasa macam-macam pun ada.. nak muntah, nak pengsan dan nak ... nak nangis.

Bersolat di masjid yang saya tak tahu apa namanya. Masjid apa tu namanya di Putrajaya yang tepi tasik open air tu. Kalau nak ke toilet boleh naik lif. Then nak ke ruang solat, naik lif lagi. Subhanallah, walaupun rasa macam sempat pitam dulu sebelum sampai ke ruang solat, tapi tak pitam.. ;)

Masa nak solat tu, jiwa ni dah pasrah.. dah redha.. Pagi tu dah kena brainwash dengan mak abah.
Masa solat tu nangis lah puas-puas.. Sehingga my brothers call phone bagitau mereka sedang tunggu di luar masjid (kakak dia tak keluar-keluar)

Then kami ke Alamanda.. Kena brainwash lagi sekali. Kali ni dengan hafiz.
"Aku terkejut masa dengar kau nak kahwin tiba-tiba. Aku ingat everything just fine. Aku balik sebab aku nak tengok siapa dia. Aku tak kisah apa yang berlaku kepada perempuan-perempuan lain. Tapi kau dan adik, dua perempuan yang aku sangat care! "kata hafiz.

Syukur ya Allah kerana menghadirkan saya adik-adik yang sangat menyayangi saya. Adik saya yang sangat sibuk dengan flying schedule pack pun sanggup balik demi nak temankan saya dua hari ni. Dua hari yang seriously tough buat saya...

Syukur ya Allah kerana menghadirkan saya emak abah yang sangat menyayangi saya... Abah yang sangat susah nak balik rumah pun sanggup balik sekejap.
"Kakak masih muda. Dan abah tak ada halangan pun. Abah cuma nak pastikan kakak yang dah kami jaga dengan baik akan terus dijaga dengan baik oleh orang lain. "

Emak menangis. Saya tahu tapi mak sorokkan daripada saya. Emak minta maaf. Semua orang minta maaf daripada saya sedangkan mereka semua tak salah pun.

By the way, this is not my first time i feel BLANK.

Dan saya ada Allah. As long as saya ada Allah, I am ENOUGH.

Malam tu my brothers bawa saya keluar makan. Dan dia memang still brain wash saya sehingga saya rasa otak ni dah kena clorox... Saya terharu. Walaupun tak semua yang dia cakap tu boleh pakai, still saya sayangggggg dia.

"Kita boleh hilang harta.. hilang cinta.. hilang kerja.. tapi bukan keluarga. Family is everything!"kata dia.

"Allah is everything.."saya bersuara perlahan sambil senyum.

Pagi tadi bangun tidur, lepas subuh tu sembang-sembang dengan emak.

"kakak dah buat yang terbaik untuk dapat redha mak abah.. demi nak redha Allah. dan sekrang kakak dah dapat redha mak abah... kakak tak kehilangan apa-apa.."kata emak

Hanya Allah saja yang tahu betapa sejuknya hati ini....

Ya saya malu dengan apa yang berlaku.. tapi saya lebih MALU KEPADA ALLAH... So.. marilah menebalkan muka, teruskan perjuangan!

Ya Allah... sesungguhnya hanya Kau satu-satunya cinta hati ku...

Aku buat semua ini kerana Engkau, maka bantulah kami.... Hanya Kau tahu segala isi hati hamba-hambaMu..

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Sabtu, 24 Julai 2010

ATURCARA BENGKEL OUTREACH DAKWAH – SIRI I

HARI PERTAMA
(26/7/10)

9.00-10.30 pagi : Slot Bersama PDRM / MKN : Realiti Sosial di Pusat Bandaraya

10.30-11.00 pagi : Minum Ringan

11.00-12.30 tgh hari : Slot Bersama PUM WP : Bentuk Komunikasi Dakwah di Lapangan

12.30-2.00 petang : Praktikal Dakwah di sekitar Masjid Jamek Bandaraya

2.30-4.00 petang : Slot Berkongsi Pengalaman Bersama ReachOrg

4.00-5.00 petang : Jamuan Ringan & Solat Asar

5.00-6.30 petang : Praktikal Dakwah di Daya Bumi / Pasar Seni

6.30-8.00 malam : Makan Malam Solat Maghrib

8.00-9.00 malam : Slot Berkongsi Pengalaman Bersama Sinar Salam Solat Isya

9.00-10.30 malam : Praktikal Dakwah di Lokasi Bas Stand Klang / LRT Pasar Seni / Kotaraya

11.00-12.00 malam : Praktikal Dakwah di Lokasi : Jln Pudu / KL Central / Brickfields




HARI KEDUA
(27/7/10)

9.00-10.30 pagi : Slot Berkongsi Pengalaman Bersama Rumah Pengasih

10.30-11.00 pagi : Minum Ringan

11.00-12.30 tgh hari : Slot Berkongsi Pengalaman Bersama 1901

12.30-2.00 petang : Makan Tengahari Solat Zohor

2.30-4.00 petang : Praktikal Dakwah di sekitar Jln Tunku Abd Rahman / Chow Kit

4.00-5.00 petang : Jamuan Ringan & Solat Asar

5.00-6.30 petang : Praktikal Dakwah di sekitar Masjid India

6.30-8.00 malam : Makan Malam Solat Maghrib

8.00-9.00 malam : Rumusan & Pelan Tindakan Solat Isya


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Gerakan Subuh!

*click gambar untuk lebih jelas

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Sumber : Berita Harian (25 Mei 2007)

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tingkat-tingkat Taqwa


Tingkatan Taqwa menurut al-Kalbi dalam tafsirnya terbahagi kepada 5 iaitu:

*
Takut kepada kufur, ini merupakan maqam Islam

*
Takut melakukan maksiat, ini adalah maqam Taubat

*
Takut melakukan hal yang syubhah, ini merupakan maqam wara'

*
Takut melakukan hal yang harus, ini tingkatan orang yang zuhud

*
Takut jika terfikir selain daripada Allah. Ini merupakan tingkatan orang yang sampai kepada tahap musyahadah (Ihsan yang tertinggi)

copy paste :http://cahayademicahaya.blogspot.com

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 23 Julai 2010

Benar-benar...

“Dan benar-benar Kami akan menguji kalian sampai Kami tahu siapa yang benar-benar berjihad (bersungguh-sungguh) dan sabar di antara kalian dan akan Kami kabarkan keadaan kalian.” (Muhammad: 31).


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Terdengar bisikan mesra kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku, tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri....

p/s: ya Allah... aku rindu..
p/s/s: berikanlah yang terbaik dalam setiap urusan hidupmu, pasti kalian akan merindui saat itu setelah ianya berlalu..
p/s/s/s: mensia-siakan urusan hidupmu akan membawa kepada penyesalan yang mencengkam jiwa.. penyesalan mengundang derita berpanjang bagaikan hukuman seumur hidup.

Khamis, 22 Julai 2010

Mencetak Jundullah... Bermula daripada ibu yang solehah..




Sebahagian besar pemimpin yang terkemuka dalam Islam dilahirkan dalam keadaan yatim dan memiliki ibu yang solehah. Nabi Muhammad saw. , Imam Syafie dan Syeikh Abdul Kadir Jailani adalah di antara orang-orang yang tidak pernah mengenal erti kasih sayang seorang ayah sejak kecil. Malah Nabi Muhammad saw tidak pernah sekalipun melihat wajah ayahnya Abdullah, kerana bapa baginda meninggal ketika baginda masih dalam kandungan ibunya lagi. Siti Aminah, ibunya pula ialah seorang wanita yang terkenal baik akhlak dan terpelihara keturunannya daripada maksiat zina.

Kematian bapa yang menjadi ketua keluarga menyebabkan si ibu terpaksa mengambil alih kedua-dua tugas, iaitu tugas sebagai bapa dan tugasnya yang telah sedia ada, sebagai ibu. Makin beratlah tanggungjawab seorang wanita mendidik anak tanpa suami.

Tetapi lihatlah bagaimana ibu-ibu solehah ini mendidik anaknya sehingga menjadi manusia yang terkenal di langit dan terkenal di bumi. Ibu Imam Syafie, misalnya , menghantar anaknya Imam Syafie semasa kecil untuk belajar agama kepada beberapa orang guru hingga memakan masa beberapa tahun. Entah bagaimana semasa menuntut ilmu itu Imam Syafie sempat juga mengumpul harta. Maka beliau membawa sama harta yang didapatinya itu pulang. Apabila melihat keadaan ini, timbullah kemarahan ibunya, sehingga tidak dibenarkan Imam Syafie masuk ke dalam rumah disebabkan beliau disuruh menuntut ilmu bukannya mengumpul harta. Terpaksalah Imam Syafie membuat khemah di luar rumah, membahagi-bahagikan harta yang dimilikinya kepada orang ramai. Lama juga untuk beliau menghabiskan harta itu. Sepanjang masa itu beliau tinggal di luar rumah, setelah habis harta itu barulah dibenarkan oleh ibunya masuk ke rumah.

Syeikh Abdul Kadir Jailani, seorang wali Allah yang terkenal , ibunya adalah seorang wanita yang solehah. Diceritakan dalam kitab, beliau wanita yang tidak pernah melihat lelaki ajnabi, tidak pernah mengumpat atau bercakap kosong, tidak pernah mendengar perkataan yang sia-sia, tidak pernah melangkah kaki ke tempat maksiat. Beliau wanita suci yang telah mencapai makam waliyullah.

Lihat bagaimana berkesannya beliau mendidik anaknya Syeikh Abdul Kadir Jailani. Ketika masih kanak-kanak lagi, beliau pernah dirompak semasa dalam perjalanan untuk pergi berguru. Bila ditanya oleh perompak apa yang dia ada, terus terang dia memberitahu di dalam kasutnya ada wang 40 dirham. Berkali-kali ditanya oleh perompak itu, itulah jawapan Syeikh Abdul Kadir Jailani. Bila perompak itu mendapati kata-katanya benar , maka masing-masing rasa tersindir dengan keikhlasan dan keberanian seorang anak kecil yang berkata benar. Hasilnya, perompak itu bertaubat. Itulah kesan didikan ibu solehah sehingga anak yang dididiknya berjiwa besar dan takut untuk berbohong walaupun nyawanya terancam.

Keadaan anak-anak yang yatim menyebabkan ia tidak punya tempat bermanja dan bergantung. Tidak seperti orang lain yang punya bapa, tentulah makan minum bapa yang menyediakannya. Tetapi bagi anak yatim, lelaki pula, apabila ketiadaan bapa merekalah yang akan menjadi bapa kepada keluarganya. Mereka akan cepat matang, lebih cepat berdikari dan sudah mula memikirkan tanggungjawab untuk menguruskan keluarga. Tidak bergantung kepada orang lain. Ini akan menjadikan ianya seorang yang kuat jiwanya.

Dengan dipimpin pula oleh ibu yang solehah yang selalu mendidik dan mengasuh anak-anaknya kepada Allah dan akhirat, maka pergantungan hati anak itu akan diletakkan kepada Allah. Rasulullah saw kecil-kecil lagi sudah memikul tugas menjaga kambing untuk membantu keluarga bapa saudaranya, Abu Talib. Bila letih dan dahaga, baginda minum air zam-zam. Baginda tidak suka meminta-minta walaupun dalam kelaparan. Sebaliknya sanggup bertahan dalam derita daripada mengemis kepada orang.

Inilah tarbiah yang diberi Allah. Iaitu ditarbiah secara lansung oleh Allah melalui kesusahan hidup, kekurangan kasih sayang, tidak ada tempat bergantung dan terpaksa memikirkan sendiri bebanan hidup yang dilaluinya. Itu semua adalah proses yang menjadikan mereka cepat matang, dekat dengan Tuhan dan kuat jiwa.

Keturunan yang baik akan melahirkan benih yang baik juga. Pernah Saidina Umar Ibnu Khattab berjalan di satu subuh menghampiri sebuah rumah yang buruk. Beliau mendekati dinding rumah kerana kesejukan. Tiba-tiba terdengar oleh beliau perbualan di antara seorang ibu dengan anak perempuannya. Si ibu menyuruh anaknya menambah air ke dalam susu yang hendak dijual. Tetapi anaknya itu tidak mahu berbuat demikian kerana katanya walaupun manusia tidak dapat melihat perbuatan mereka tetapi Allah tetap melihat. Saidina Umar yang mendengar perbualan itu tertarik dengan akhlak, kejujuran dan ketaqwaan anak perempuan itu, lalu kemudiannya beliau menghantar rombongan meminang anak perempuan tadi untuk dikahwinkan dengan anaknya.

Hasil daripada perkongsian itu lahirlah cucu Saidina Umar yang bernama Abdul Aziz. Apabila Abdul Aziz berkahwin, maka lahirlah Umar bin Abdul Aziz, cicit kepada Saidina Umar yang mewarisi ketokohan daripada kepimpinan yang mirip Saidina Umar Al-Khattab sendiri. Umar Abdul Aziz adalah seorang khalifah yang disayangi rakyat kerana keadilannya, adalah lahir daripada benih-benih orang soleh dan ibu yang solehah.

Sebaliknya seorang anak yang dibesarkan dalam belaian manja dan penuh kasih sayang dari ibu dan ayah akan susah untuk membuang sifat manja apabila mereka besar nanti. Biasanya, mereka yang selalu bergantung kepada ibu dan ayah akan sukar untuk menjadi orang yang kuat jiwanya dan lambat matang.

Bagi orang yang mahu melahirkan anak yang kuat jiwanya dan banyak bergantung kepada Allah, maka si bapa mestilah jarang berada di rumah ataupun anak tidak terlalu rapat dengan ayah. Tujuannya, untuk menjaga siasah bapa itu supaya apabila anak itu bersalah, ibu boleh menakut-nakutkan anaknya dengan menyebut –nyebut nama ayahnya. Misalnya, kalau anak nakal, maka ibu akan berkata, “Jangan buat begitu, nanti kalau ayah balik ibu beritahu ayah.” Bagi ayah yang punya siasah diri, apabila ibu menyebut akan ayahnya, itu sudah cukup membuat si anak jadi takut untuk membuat kerenah, sebab takut dihukum oleh ayahnya.

Ayah yang jarang berada di rumah dan renggang dengan anak akan menyebabkan anaknya cepat matang. Bukanlah renggang dan jarang berjumpa atau lansung ayah tidak memberi kasih sayang kepada anak, tetapi pertemuan sesekali dengan anak itu lebih bermakna.

Oleh itu untuk melahirkan pemimpin besar Islam mestilah bermula daripada keturunan yang baik, ibu yang solehah, bapa yang jarang bersama anaknya (atau yatim) barulah jiwa anak itu akan dapat berkembang secara merdeka jiwanya dari dunia tetapi terikat kuat dengan akhirat.
Sebaliknya jika seorang anak itu memiliki ibu yang tidak solehah, yatim pula, keadaannya akan jadi sebaliknya, di mana anak itu semakin rosak kerana kurang perhatian dan kasih sayang. Dan ibu itu juga tidak dapat memandu anaknya ke arah menjadi anak yang baik dan soleh. Ini lebih buruk akibatnya, nasib anak itu akan dua kali yatim, yatim di dunia dan yatim di akhirat. Yatim di akhirat ertinya neraka. Sedangkan neraka adalah tempat yang paling malang dan hina bagi sesiapa yang menjadi penghuninya.

rujukan : Konsep Pembentukan Wanita, Isteri & Ibu Solehah - susunan : Fadhilah A. Ali, & Muhammad A.Shahbudin - terbitan Jahabersa.


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Isnin, 19 Julai 2010

Segala-galanya hanya kerana Dia....


"Janganlah cita-citamu tertuju pada selain Allah. Harapan seseorang tak akan dapat melampaui Yang Maha Pemurah."

"Pinta tiada tertahan selama kamu memohon kepada Tuhan. Namun, pinta tiada mudah bila pada dirimu sendiri kamu berserah."

"Yang penting bukanlah adanya permohonan, melainkan bahawa kamu diberi kesopanan."

"Jangan menuntut Tuhanmu kerana permohonanmu belum dikabulkan. Namun, tuntutlah dirimu sendiri yang kurang sopan."

"Sebaik-baik permohonan yang harusnya kamu ajukan kepada Allah adalah apa yang dituntut Allah untuk kamu lakukan."

[Imam Ibnu 'Athaillah as-Sakandari]


*****

Saya memandang wajah anak-anak yang ada di hadapan saya. (saya bekerja dengan syarikat motivasi). Ibu bapa membayar dengan harga yang mahal supaya anak-anak ini dapat dimotivasikan. Ya, yuran yang syarikat kami kenakan tidak murah. Namun dewan tetap penuh.

Ya Allah, bantulah aku...
Terimalah hidupku ini sebagai ibadah...
Bantu aku ya Allah.....


Hujan renyai-renyai. Pengurus call dan memaklumkan ada pelajar sakit di bilik rehat. Saya bergegas ke bilik rehat. Seorang kanak-kanak demam. Memandangkan saya sahaja trainer perempuan, maka saya sahajalah yang menguruskan anak kecil ini. Ketika saya menemaninya di surau sementara menunggu ayahnya tiba, saya terlihat seorang wanita duduk bersendirian di surau. Wanita itu menghulurkan tangannya untuk bersalam.
"Anak peserta motivasi? "tanya ibu itu.
"Eh tak.. saya staf.."saya tersenyum.

Keesokkan harinya pada waktu majlis penutup, wanita itu menghampiri saya.
"Lambat lagi ke habis?"soal beliau.
"Dalam pukul 7 lebih puan.. Kenapa puan? Boleh saya bantu?"soal saya.
"Saya kena balik.. Nanti tertinggal bas. Kami duduk jauh.."katanya pula. Mata saya memandang tubuh wanita itu. Ya, beliau masih berpakaian sama seperti semalam. Barangkali beliau datang sehelai sepinggang ke tempat ini! Ketika ibu itu meninggalkan saya, saya mendapatkan anaknya. Sempat saya mengorek beberapa rahsia daripada si anak.
"Semalam kami tidur di surau,"kata si anak sambil matanya bergenang.

Ya Allah... kalaulah saya tahu semalam lagi saya sudah bawa mereka balik ke hotel.
"Dik.. kena hargai jasa mak.. mak dah susah payah bawa adik ke sini, adik mesti buat yang terbaik!"pesan saya.

Ketika majlis penutup saya menyaksikan para ibu dan bapa menangis. Allah...
Bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya peluang untuk menyaksikan semua ini..
Gaji staf-staf tidaklah besar. Dan saya dapat tahu yang tak ramai sanggup kerja seperti ini kerana bebanan yang agak berat. Selalu outstation..

Apakah yang menyebabkan mereka masih setia bekerja di sini?

Sebab nya ialah semangat mereka kembali hidup setiap kali mereka melihat hidayah Allah turun kepada anak-anak ini. Semangat kami kembali hidup apabila menyaksikan semangat orang lain untuk hidup. Dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas dapat menyaksikan ini semua. Orang-orang yang buta mata hatinya pasti tidak akan dapat melihat ini semua...

Malam terakhir..
Saya bertanya pada diri sendiri apakah saya benar-benar mahu melepaskan pekerjaan yang saya sayang ini? Saya perlu melepaskan pekerjaan ini atas sebab peribadi.

Jawapan : Saya di sini kerana Allah. Dan saya akan buat apa yang Dia mahu.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

Malam itu saya bermimpikan sesuatu dan saya terbangun awal pagi. Saya belajar sesuatu daripada mimpi itu. Sebenarnya bukan kita yang memilih sesuatu dalam hidup kita. Tetapi Allah yang memilih kita dan memilih jalan hidup kita. Dia yang berkuasa penuh di atas segala ketentuan hidup kita. Dia menjaga kita pada setiap masa tanpa penat dan jemu. Dia melindungi kita tanpa pernah merungut. Dia menyayangi kita sebelum kita menyayangiNya. Dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita! Mengapa perlu kita meraguiNya? Cukuplah pergantungan hanya pada Dia...

Terlalu banyak perkara yang tidak pernah saya terfikir kini telah pun berlaku dalam hidup saya.

Mak kata "Allah memberikan kakak ganti yang lebih baik berkat kesabaran kakak..."

dan mak kata lagi "Utamakan yang lebih afdhal.. Di situlah redha Allah,"

Inshaallah mak... i'll do my very best!

Cinta padaNya terlalu manis hingga yang pahit itu tidak terasa... YAKIN!


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Sabtu, 17 Julai 2010

Bangkit Islam Bangkit !


Ya Allah…
Aku akan mengahwini pemuda yang Kau cintai…
Seorang pemuda yang soleh dan memberikan jiwa raganya untukMu….
Dia berjuang demi cintanya padaMu…
Dan aku juga berjuang demi cintaku padaMu….
Aku akan tetap teruskan perjuangan ini sekalipun dia tiada di sisiku….
Cukuplah Engkau untukku…

Izinkanlah dia menggapai impiannya…
Izinkanlah aku menjadi pendokongnya…
Aku sayangkan dia ya Allah namun Kau lebih penyayang…
Hanya padaMu tempat aku bergantung…

Aku mahu membantu dia dan perjuangannya dengan segenap jiwa ragaku…
Aku mahu menjaga dirinya dan ibu bapanya seperti keluargaku sendiri....
Andai berkesempatan, aku mesti mendidik anak-anak kami untuk menjadi pejuang…
Aku mesti menjadi kuat supaya suami dan anak-anakku kuat…
Aku akan tersenyum andai suami atau anak-anakku syahid…
Aku akan bersujud syukur dan mengucap lafaz “Alhamdulillah…”

Andai…
Aku yang pergi terlebih dahulu meninggalkan mereka, Kaulah sebaik-baik pemelihara… Peliharalah mereka…..
Aku manusia yang punya hati dan cinta…
Namun kedua-duanya sudah kuserah padaNya…

Bangkit Islam Bangkit!


Ya Allah… seberapa banyak pahala yang aku dapat sepanjang perjalanan hidupku, sedekahkanlah pahala-pahala itu kepada emak dan abah... Semoga mereka berbahagia dunia akhirat…

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Do My Best!
Do My Very Best!


10 Julai 2010
Nilam Puri, UM, Kelantan

Jumaat, 16 Julai 2010

aku gila dalam rindu dan cinta pada Nya...

Aku mencintai kematian kerana rinduku kepada Allah....

Aku mencintai insan kerana dia membawaku kepada Allah....

Dunia mengejarku dengan menampakkan indah perhiasannya, namun seruan syuhadah itu lebih indah..

Apakah yang lebih mengujakan hati selain bertemu kekasih yang siang dan malam menjadi kerinduan?

Ya Allah... Sesungguhnya aku amat merinduiMu....



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 14 Julai 2010

untukmu...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Khamis, 8 Julai 2010

Jika kamu tak malu, saya tetap akan malu!


mak pesan "kakak, jaga syariat.."

kejap-kejap mak ulang lagi.

"kakak, jaga syariat..."

erm.. inshaallah mak..
Ya Allah.. Jagalah diri ini.. Jagalah hati ini..
Sesungguhnya diri ini gerun pada kemurkaanMu..
Kasihanilah diri ini ya Allah.....

Hari pertama saya outstation, itulah juga hari abah sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. dan itulah juga kali ketiga saya bertemu ibu tiri saya. Balik daripada ziarah abah, kelamkabut packing barang. Perasaan sedikit sedih, tak sengaja membuatkan emak risau.

Sampai destinasi sebelum subuh.. Masa masuk bilik hotel.. ahah.. rasa pelik sebab duduk seorang diri sedangkan bilik tu besar. Selepas subuh baca Quran dan terjemahan... Rasa damai..

Saya tak perlu takut, Allah ada menemani saya!
bukannya saya takut hantu, tapi takut timbul fitnah..

Ini dunia realiti.. saya bekerja dikelilingi kaum adam. saya tahu mereka ini baik-baik orangnya.

Terngiang-ngiang di telinga pesanan emak "kakak, jaga syariat..."

Ya Allah....
this is my dream job.. peliharalah diri ini daripada fitnah...

Ya Allah....
This is the things that i do for You, maka lindungilah diri ini.. hanya padaMu pergantunganku..

Semasa lunch saya bertanya kepada seorang senior "Slot saya nanti nak buat macam mana?"

"Apa-apa pun boleh. Masa tu nanti yang ada hanya Khalilah dan pelajar-pelajar perempuan.."terang beliau.

Menurut Pengurus, ini kali pertama mereka adakan slot pengisian pelajar perempuan sewaktu solat Jumaat. Dan saya incharge untuk itu. Sebelum ini mereka tiada trainer muslimat, jadi apabila waktu kecemasan yang melibatkan muslimat terpaksalah muslimin juga handle.. sebab itulah kali ini mereka berharap ada muslimat sebagai trainer.

Sewaktu test audio dalam dewan, mereka memasang lagu dan seorang senior lelaki memberikan saya mikrofon. Saya melarikan diri ke hujung dewan.
"Khalilah ni pemalu, macam mana boleh jadi motivator?"dia pelik.

Berkali-kali mereka mengatakan yang saya pemalu dan mereka hairan bagaimana saya boleh berada di sini.

"Hm.. mungkin nanti bila dia dapat mikrofon, tak nak lepas dah.."dia membuat andaian.

Saya cuma senyum je.. :)

last word saya semasa interview isnin lepas..

Saya soal : Mengapa saya berminat untuk menjadi motivator?

Saya jawab : Kerana saya mahu berkongsi hidup ini bersama manusia lain. Saya mahu terus menerus berada dalam jalan yang mana hati ini akan dicuci dan mencuci. Sebelum ini saya sering terlibat dengan program-program motivasi secara percuma. Kini saya amat berharap diberi peluang untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya. Masih banyak yang perlu saya belajar daripada mereka yang lebih mahir dan berpengalaman. Kerana itulah saya berharap saya diberi peluang untuk bersama dengan pihak tuan dalam usaha murni ini.

Dan Alhamdulillah saya berjaya dalam interview ini.


Prinsip saya :
apabila saya perlu malu, saya akan malu. apabila saya perlu berani, saya akan berani.
Malu bukanlah suatu perkara yang melemahkan tetapi suatu kekuatan yang melindungi diri saya. Malu itu adalah benteng mengekang nafsu. Dan dengan sifat malu itulah sebahagian daripada iman itu lengkap.

Seandainya saya bersendirian, saya masih tetap akan berasa malu..
kerana sebenarnya saya malu pada Allah...

“Jika engkau tidak merasa malu, berbuatlah sekehendakmu.”
(HR. Abu Daud)



Rasulullah pernah memberikan nasihat kepada para sahabatnya,
“Hendaklah kalian merasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya.”

Para sahabat menimpali,
“Allhamdulilah kami sudah merasa malu kepada Allah.”

Rasulullah lalu menyatakan,
“Tidak, kalian belum merasa malu. Orang yang betul-betul mersa malu kepada Allah hendaklah menjaga kepala berikut isinya (pikiranya), menjaga perut berikut isinya (makanan), dan hendaklah mengingat mati dan bencana, siapa yang menginginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah meninggalkan perhiasan dunia. Siapa yang sudah melakukan itu semua, berarti telah betul-betul mempunyai rasa malu kepada Allah.”

(HR. At-Tirmidzi).

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Ahad, 4 Julai 2010

Seharian bertasbih kepadaMu


Masalah-masalah berat dunia pada kepalaku, masalah-masalah berat akhirat pada hatiku,
masalah-masalah berat yang berkaitan Allah pada rahsiaku,
Apakah yang ada yang dapat menolongku?
Barangsiapa yang berbuat baik dan memuji Allah, majulah padaku.
[Syeikh Abdul Qadir Jailani]


"Akak, rumah akak jauh tak dari Bukit Jalil?"tanya seorang adik melalui handphone.

Saya masih bertelekung, sengaja menanti azan isyak. Hajat di hati mahu berdua-duaan bersama Quran.

"Kat mana ni dik? Jauh juga tapi kenapa dik? Sekarang ni di mana?" soal saya cemas. Sebenarnya saya memang ternanti-nanti panggilan daripada dia. Dia bertolak dari Thailand awal pagi dan dan seorang diri. Esoknya dia ada sesi penulis bersama publisher. (Dia seorang penulis novel)

Dalam masa 15 minit saya sudah siap bertudung dan berlari-lari ke kereta. Sebenarnya saya baru balik je rumah maghrib tu. Dari pagi ada meeting sampai ke petang. Petang tu pula pergi kedai gambar prepare bahan untuk interview Isnin ni. Malam nya bercadang nak siapkan menjahit tempahan tudung-tudung.

Bertemankan Romlah yang sentiasa setia menemani saya ke hulu ke hilir, kami berpandukan GPS untuk ke jalan Duta.. Sepatutnya saya sudah hafal jalan tapi kurang yakin pada diri sendiri. 90% ingat, 10% lupa. Jadi masa dalam kereta romlah nak lorong lain, saya nak lorong lain.. akhirnya yang betul ialah lorong GPS.... ;)

Sampai rumah dah dekat pukul 11 lebih. Sembang sikit-sikit kemudian suruh adik tu tidur. Bila tengok kawan-kawan tidur macam best je, ish tak kuat iman.. rasa nak join the club jugalah.. akhirnya selamatlah tudung-tudung tak disentuh.

Bangun pagi, semasa qiam ternampak kain tudung yang tak siap! oh, godaan.. qiam dulu... jangan usik kain-kain tu! Time sebelum subuh ni adalah masa yang sangat bagus kalau nak berdating dengan Allah, kena fokus.. masa ni doa-doa mustajab.. sudah seharian saya sibukkan diri dengan dunia, tapi awal pagi ini memang khas untuk Khaliq sahaja.

Semasa bersalaman lepas solat subuh baru saya sedar yang tangan adik tu panas. Dia demam.. Ya Allah kesian pada dia... Barangkali dia sangat kepenatan selepas seminggu lebih di Thailand untuk program AMANI dan tergesa-gesa pulang ke Malaysia untuk program di pesta buku. Hati saya terharu.. Hanya Allah yang Maha Kaya akan dapat membalas budimu sayang....

Selepas subuh juga barulah sempat siapkan 4 helai tudung sebelum keluar hantar adik tadi ke pesta buku. Sekali lagi saya berada dalam keadaan kurang keyakinan diri kerana tak hafal jalan.. erm, tapi Alhamdulillah paksa diri ingat dan.. GPS tolong sikit.. Alhamdulillah sampai.. Hujan turun lebat mencurah. Romlah excited nak ikut sebab nak bagi semangat kepada adik tadi. sokongan moral ni..

Sampai di pesta buku on time.. Memandangkan orang yang sepatutnya menjemput adik tadi masih belum sampai, saya dan Romlah pun tunggulah di situ.. dan mungkin memang Allah dah pilih kami untuk hadir ke program tu. Terasa bagai hadir ke majlis ilmu pula. Terpesona dengan kupasan novel tersebut... Saya ni bukanlah kaki novel. Selalunya saya cuma melayan buku-buku yang bersifat tasauf.. Selebihnya buku-buku sirah. Saya sukakan kisah yang real, yang sebenar..
Memandangkan kamera adik tu di tangan saya, maka puaslah saya ambil gambar dia di pentas. Dia malu tersipu-sipu.. sesekali tersenyum.

Selesai slot adik tu, saya terpaksa meminta diri kerana ada urusan lain lagi.. petang ni nak siapkan tudung sikit lagi dan kemudian keluar survey jalan untuk interview esok.. hm, malam ni buat report persatuan.

Planner untuk bulan ni dah padat.
Malam ke siang.. siang ke malam.. Tunaikanlah perintah Allah, cegahlah larangan Allah, bersabarlah terhadap ujian-ujian dan dekatkanlah diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunnah.

Maka jika saya tak online YM, tu maknanya saya ok.. saya sihat..cuma saya sedang menggunting kain la kot.. tak pun sebab saya sedang pegang stering.. kalau tak pun sebab saya sedang mengaji.. dan lain-lain (sebab ramai yang tanya kenapa kak lillah tak online..)

Kepada yang hantar sms tak berbalas.. erm, bill bulan lepas dah RM300 lebih maka saya dalam usaha menjimatkan bil.. dan kadang tak sempat nak balas.. apapun saya hargai sms tazkirah2 tu.. :)

kepada sahabat-sahabat yang dikasihi, hargailah hidup ini.. jangan dibazirkan masa yang sangat beharga itu... jangan dibazirkan umur yang sangat beharga itu.. jangan dibazirkan air mata yang sangat beharga itu...

Dan jangan juga sibuk dengan dunia hingga tercicir akhirat...

Ingatlah bahawa keseimbangan itu penting.. Bahagia di akhirat itu bermula daripada bahagia di dunia..

Sibukkanlah diri dengan kebaikan hingga kita tiada masa untuk melakukan keburukan..

Apabila kita berbuat sesuatu untuk Allah, inshaAllah akan dimudahkan.. PertolonganNya hampir seandainya kita benar-benar yakin.

Tak ada apa yang lebih wajar kita takuti selain kemurkaanNya.. Selebihnya cumalah permainan hidup sahaja.

p/s: mak kata hidup saya still tak teratur sebab macam terlalu sibuk.

p/s/s: saya pulak kata , hidup saya ini bukan sepenuhnya ditentukan oleh saya. Tak semua yang kita dah rancang dalam planner tu akan menjadi. Kadang-kadang ada banyak emergency yang tak diduga menyebabkan planner tu terpaksa diubah suai.

p/s/s/s: pada setiap ujian yang datang, jangan biarkan hatimu terhijab... berlarilah kepada Penciptamu kerna disitulah ada perlindungan yang paling selamat... so apapun maintain senyum! Sebab hati bahagia.. cheese~ Alhamdulillah..

p/s/s/s/s: Amalkan tasbih Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar33x sebelum tidur.. Inshaallah rasa segar di siang hari.

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....