Lillah terima email daripada hamba Allah yang terjebak dengan dosa homoseksual. Tak perlulah nak paste email dia di sini. Just nak paste jawapan lillah je di sini. Semoga ianya bermanfaat untuk pembaca lain juga.
****
waalaikumussalam wbt.
Tahniah saudari kerana Allah memilih saudari untuk diuji dan kemudian mencampakkan pula gerak hati untuk bertaubat.
Bukan semua orang yang sedang dibelenggu dosa akan tergerak hati untuk bertaubat. Hidayah Allah sangat mahal! Maka hargailah hidayah yang Allah beri ini. Sama ada berubah sekarang ataupun mungkin lepas ini lansung tidak ada peluang lagi. Noktah.
Pertama sekali ingin saya katakan bahawa hanya saudari sahaja yang boleh mengubah diri saudari. Walau siapapun yang datang untuk membantu saudari tidak kisahlah sehebat manapun orang tu, kunci untuk berubah itu TETAP di tangan saudari.. Allah tidak mengubah nasib kita sehinggalah kita sendiri mengubah nasib kita.
Kedua, saudari perlu jelas mengapa saudari perlu berubah. Sebabnya ialah perbuatan homoseksual termasuk dalam dosa besar yang dibenci Allah. Tidak pelik apa yang menimpa saudari, kerana Kaum Lut telah terlebih dahulu mengamalkan perbuatan tersebut. Sebagai balasan, Allah menghancurkan Kaum Lut dengan sedahsyatnya. Itu baru balasan di dunia yang berakhir dengan kematian. Bagaimana pula dengan balasan azab kubur yang gelap gelita menakutkan, sangat sempit hingga tulang rusuk terhimpit, panas hingga hangus segala daging dan azab neraka yang lebih dahsyat lagi... api neraka yang mengaum memaki penghuninya. Ini belum masuk seksa yang dikenakan oleh malaikat bengis Malik.
Saudari..lakukanlah apa sahaja untuk selamatkan diri daripada azab-azab yang tidak berpenghujung ini....
Saudari... andai hidup ini kita terpaksa bersusah payah menangis seumur hidup, itu jauh lebih baik daripada terpaksa berendam dalam lautan nanah yang busuk dan menangis mengeluarkan air mata darah di neraka....
Saudari... percayalah apa yang saya katakan ini... ambillah wudhuk dan ambillah quran yang ada terjemahan bahasa Melayu... bukalah surah Al-Mulk.. baca terjemahannya.. bukalah surah Al-Haqqah... bukalah surah al Waqiah..... bacalah... bacalah.. bacalah...
Saudari ku...
Syurga itu terlalu indah, penuh kenikmatan.. tetapi Syurga yang indah itu untuk orang yang beriman...
Orang yang beriman sangat takut kepada Allah... Takut buat perkara yang akan membuatkan Allah marah.. takut buat perkara yang Allah benci... Apabila terbuat salah akan segera bertaubat bersungguh-sungguh!
Orang yang beriman malu kepada Allah. Malu untuk berbuat dosa sama ada secara terang-terangan mahupun secara sorok-sorok. Sebab orang beriman tahu Allah sentiasa melihat kita. Dan apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini walaupun sebesar zarah akan dibalas semula.Allah menghitung setiap perbuatan kita. Termasuklah isi hati kita yang berbicara ini akan dihitung! Semua ini akan dibentangkan di mahkamah Allah.. Dan kita akan menonton semula tayangan hidup kita. Kita akan melihat semula tayangan kita sepanjang hidup kita. Ketika itu kita akan malu sehingga gugur kulit-kulit kita. Ketika itu seluruh anggota badan kita akan berbicara! Demi Allah, setiap anggota badan kita akan berkata-kata kecuali mulut kita!
Dan kemaluan kita juga akan berbicara tentang apa perbuatan yang telah diperlakukan terhadapnya !
Dan anggota badan kita adalah saksi-saksi yang tidak tahu berbohong!
Saudariku yang dikasihi....
Orang yang beriman yakin kepada Allah... yakin bahawa Allah Maha Adil... Setiap pengorbanan yang dilakukan kerana Allah tidak akan disia-siakan. Yakin!!!
Maka saudariku yang dikasihi....
Kembalilah kepada Allah... Buangkanlah pakaian buruk(kesilapan silam) dan mulakanlah hidup baru.
Orang yang bertaubat akan diampunkan dosa-dosa mereka seumpama bayi yang baru lahir. Suci bersih!
Saudariku...
Tentu sekali dalam usaha untuk mengubah diri akan ada cabaran-cabarannya..
Syurga Allah mahal... Maka pengorbanan untuk ke sana juga tidak sikit..
Tetapi bagi mereka yang bersungguh-sungguh mahukan syurga itu, Allah akan membantunya....
Yakinlah bahawa walau seberat manapun ujian yang datang, ianya tetap tak akan lebih berat daripada yang kita mampu.
Apa yang perlu kita buat ialah Tetapkan HATI. Setelah kita berazam maka bersungguh-sungguhlah!
Andai kita perlu menangis kerana terpaksa bersabar, menangislah!
Andai kita terpaksa dihina dan dimaki kerana ingin menjauhi dosa, relakanlah!
Ketahuilah saudariku, sudah ramai orang-orang yang terima seksaan berat kerana mencari hidayah Allah.. Ada orang yang bila memeluk islam diseksa oleh keluarga hingga terpaksa tidur di kandang babi dan ditikam berkali-kali. Ada yang dicampak dalam longkang supaya mati. Mereka tetap bersabar demi mempertahankan iman!
maka kalau mereka boleh bertahan, mengapa tidak kita juga pertahankan iman kita?
jagalah iman...ingat mati selalu. ingat kehidupan selepas mati... tiada kekasih yang sudi menemani kita selepas mati.. tiada... kubur itu sepi... hanya orang yang beriman sahaja kuburnya indah dan mengembirakan.
Sentiasalah ingat mati... Dan sentiasa ingatlah bahawa Allah akan mempertanggungjawabkan setiap perbuatan yang kita lakukan ini.
Hanya ini yang dapat saya bantu.. Selebihnya terletak di tangan saudari...
Moga Allah memberikan kekuatan kepada saudari untuk berlari ke SyurgaNya.. amin
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)