Tuesday, November 10, 2009

suara dari dalam sangkar dunia



Di dunia ini nafsu kita terpenjara..
Di dunia ini nafsu kita meronta-ronta...
Ada kalanya apa yang ditagih oleh si nafsu itu memang jelas nampak buruknya.
Ada kalanya pula apa yang di mahukan oleh si nafsu itu terselit di sebalik nawaitu yang murni...

“Katakanlah:
“Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu
atau kamu melahirkannya,
pasti Allah mengetahui”.
Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi.
Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”
(Ali Imran 3:29).

sungguh..
adakalanya kita tertipu.
baiknya dipandang sedangkan buruk yang hakikatnya..
sungguh kita terpedaya..

kembali kepada fitrah insani..
kembali kepada susun atur yang telah Allah ciptakan..
fardu kifayah kita kejarkan sedangkan yang fardu ain tergadai..

“Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan
(janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”

(Al-Anfal 8:27)

carilah keredhaan seribu malah sejuta makhluk..
namun tidak akan sama dengan redha seorang ibu..

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa
manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa..
(hadis sahih al-Tirmizi)

laburlah kasih sayang malah wang ringgit pada seluruh dunia..
namun tidak akan hilang kewajipan memberi nafkah kepada anak dan isteri..

Setiap daripada kalian adalah pemimpin
dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.
Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya.
Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin
dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.
(Hadis sahih Al-Bukhari)

larilah ke mana yang kamu kehendaki..
menyoroklah di mana sahaja yang kamu mahu..
malaikat maut akan tetap menemui kamu..
kerana tiada sesiapa pun yang akan berjaya keluar dari dunia ini hidup-hidup...

adakah engkau memahami?
andai engkau memahami..
jadilah anak yang baik, sahabat yang baik dan wanita atau lelaki yang baik..

kerana kita ada anak-anak untuk melihat kita sebagai contoh mereka...


“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah
kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Maka semuanya enggan untuk memikulnya dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikul amanah itu oleh manusia”

(Al-Ahzab (33):72).

Sunday, November 8, 2009

Jemputan misi dakwah & ziarah ke Yala, Thai (17-20 Dis 2009)

sahabat2 bersama kenderaan yg akn kita gunakan utk misi ini..


assalamualaikum sahabat2 yg dikasihi..

kalian dijemput untuk menyertai misi dakwah & ziarah ke Yala,Thai

pada 17-20 Dis 2009 ini.

anda hendaklah memberi respon sebelum 15 Dis 2009 (paling lewat)

Kamaruddin Kassim: السلام عليكم

lillah: waalaikumussalam..

Kamaruddin Kassim: prog 17-20 Dis ni boleh tak ke Yala

Kamaruddin Kassim: jadual terperinci saya belum buat lagi

lillah: saya ke ustz?

Kamaruddin Kassim: yer

lillah: atau shbt2 yg lain?

lillah: sy x pasti lagi

lillah: sbb ada prog 15-25 dis tu...

lillah: hm..

Kamaruddin Kassim: maklumkan pada semua sahabat2 ...

lillah: utk 17-20 tu ye?

Kamaruddin Kassim: 17Dis-20Dis

lillah: sebelum ni muslimat yg pergi ke sana tinggal di mana ye?

Kamaruddin Kassim: tempat tinggal boleh diuruskan

Kamaruddin Kassim: semua perbelanjaan ditanggung sednri

lillah: agak2 dalam berapa kos perbelanjaan tu?

lillah: utk tempoh 3 hari tu?

Kamaruddin Kassim: war-war awai supaya mereka sempat buat pasport, simpan duait dan ejas cuti

Kamaruddin Kassim: nanti saya berapa kosnya kemudian

Kamaruddin Kassim: perbelanjaan tak tinggi

Kamaruddin Kassim: bertolak awai pagi pd 17hb

Kamaruddin Kassim: ptg cdg nk meeting dgn pihak sek haji harun

lillah: ooo

Kamaruddin Kassim: mlm kita mula bengkel dan taklimat

lillah: nak berapa org ?

Kamaruddin Kassim: 18hb kita dh mula buat ziarah dakwah ... bengekel kita banyak dalam perjalanan

lillah: ooo

Kamaruddin Kassim: cuma malm sahaja kita tak bergerak ke mana-mana .. cuma kita buat bengkel di lokasi tertutup

Kamaruddin Kassim: kita cuba berapa org yg boleh

Kamaruddin Kassim: tak lebih daripa 30 org

Kamaruddin Kassim: kurang pun kita teruskan jgk

Kamaruddin Kassim: 20hb ptg kita bertolak balik

You have accepted the invitation to start photo sharing.


lillah: ok ustz

lillah: nti ust bg sy detail tempat & kos nya ye..

Kamaruddin Kassim: kita guna kenderaan begini

lillah:

lillah: mcm pergi ke kuala mu je

Kamaruddin Kassim: supaya lebih lasak dan mudah ziarah tak bnyak soal pihak tentera

lillah: siapa lg yg akn pg 17hb nanti?

Kamaruddin Kassim: buat masa ni kjp tadi si Hadi dh bagi komitmen

Kamaruddin Kassim: ahli API, LANDAS dan aktivis yg pernah bersama

Kamaruddin Kassim: kita pilih di kalangan yg pernah bagi komitmen dgn kita

Kamaruddin Kassim: tujuan utk memantapkan lagi kegiatan dakwah bil hal

Kamaruddin Kassim: latihan peningkatan di kawasan tak selesa

lillah: baiklah.. insyaAllah nanti sy akn follow up mereka...

lillah:

Kamaruddin Kassim: sya cdg buat di sek hj harun jika ada tempat

Kamaruddin Kassim: kalau tidak sy akan bincang dgn kawan2 disana

Kamaruddin Kassim: dlm bulan Nov ni saya akan sekali lagi ke sana utk susunan jadual latihan bersma mereka

Kamaruddin Kassim: ada sapa2 yg nk ikut?

lillah: bila due date nak cari org utk prog 17hb ni?

Kamaruddin Kassim: due date ... 15hb Dis

Kamaruddin Kassim: 15hb dh muktamad

lillah: ok..

Kamaruddin Kassim: ziarah dakwah melibatkan wilayah patani, yala, narathiwat

Kamaruddin Kassim: masa balik baru kita singgah di songkhla

Kamaruddin Kassim: kalau boleh kita ejas utk melawat majlis agama islam songkhla
kenderaan yg lasak....
majlis agama islam songkhla
majlis agama islam yala
inilah tempat kita akan bermesyuarat, di Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Pondok Haji Harun). insyaAllah kita akan turut mengadakan ziarah dan latihan dakwah (training of trainers -TOT) selama 3 hari pada bulan Disember ini (17-20 Dis).. insyaAllah...

Thursday, November 5, 2009

PERHATIAN !! sukarelawan sebagai guru diperlukan......

pelajar-pelajar sekolah pondok haji harun seramai 5500 orang

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi..
Kami memerlukan seramai 5 orang guru perempuan dan 5 orang guru lelaki untuk menjadi sukarelawan sebagai guru bahasa melayu dan inggeris.
tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat... ;)

nama sekolah :
Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Sekolah Pondok Haji Harun)

tempat :

Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala


masa :
bulan Mac 2010 atau April 2010

tempoh mengajar :
sebulan (3-4minggu)

bilangan murid :
5500 orang

gaji :
tiada~ ini fisabilillah.... ;)

kemudahan :
penginapan dan makan minum disediakan seadanya

tugasan anda :
mengajar bahasa melayu dan bahasa inggeris

bilangan guru yang diperlukan :
5 lelaki dan 5 perempuan

follow up :
bulan disember ini akan ada mesyuarat dengan mudir sekolah.

inilah tempat kita akan bermesyuarat, di Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Pondok Haji Harun). insyaAllah kita akan turut mengadakan ziarah dan latihan dakwah (training of trainers -TOT) selama 3 hari pada bulan Disember ini (17-20 Dis).. insyaAllah...


anda berminat?

sila hubungi saya nur khalilah rasyidah (lillah)
di kha_lillah@yahoo.com.sg

atau
saudara Mohd Saiful Afindi Sulaiman
019-4131472

sebelum bulan Disember 2009 ini...

sila beri
1) nama penuh anda,
2) nombor telefon,
3) latar belakang pendidikan
4) dan email anda.


semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan memberi ruang untuk kita melibatkan diri dalam kerja-kerja amal...
*******************************************************************
sedikit catatan (MESTI BACA) :

sekolah pondok haji Harun ini merupakan sebuah sekolah aliran agama dan akademik.. sekolah ini terletak di Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala.

sesi pagi fokus akademik manakala sesi petang fokus agama.

terdapat empat kuliah iaitu
kuliyah bahasa arab, syariah, tarbiyah dan usuluddin. jumlah pelajar kuliah ini adalah lebih kurang 600 orang.

di sini juga terdapat sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6. sekolah ini mempunyai lebih 500 orang guru.

sebelum ini sekolah ini pernah mempunyai lebih kurang 8000 orang pelajar. kini pelajarnya cuma 5500 berikutan pergolakan yang berlaku di selatan thai. terdapat beberapa kes dimana beberapa orang guru ditembak menyebabkan ramai yang tidak berani untuk meneruskan pelajaran di sini.


*******************
Anda ingin menyumbang???

Untuk bantun sumbangan kewangan boleh disalurkan boleh di salurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

kami memerlukan dana untuk membantu menyediakan:
1)keperluan asas pelajar seperti pakaian sekolah, beg sekolah, alatan belajar dan buku-buku yang boleh dimanfaatkan
2)membina dan meningkatkan kemudahan asas sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan, pejabat dan sebagainya.



rombongan sukarelawan ke pondok Haji Harun.. ustaz kamaruddin (dua dari kiri), saiful (empat dari kiri)


******************************************************
Ada apa dengan bahasa melayu???


sebelum ini rakyat Thai tidak dibenarkan menggunakan bahasa melayu. mereka yang menggunakan bahasa melayu akan didenda. sedangkan penduduk Patani adalah orang-orang melayu. kesannya ialah anak-anak muda melayu Patani sudah tidak tahu menggunakan bahasa melayu kecuali mereka yang berada dalam kelompok kecil seperti di sekolah pondok ini. kini mereka sudah dibenarkan menggunakan bahasa melayu dan mereka memerlukan kita untuk membantu mereka. rata-rata mereka sudah hampir lupa untuk menggunakan bahasa melayu.

click sini untuk memahami peranan bahasa melayu dalam perkembangan islam



p/s:
uji keupayaan diri, periksa tahap iman, cari susunan dlm keadaan sempit & sentiasa membina diri.. doa kepada Allah supaya Dia memberi kita peluang untuk beramal soleh... tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah...


Tuesday, November 3, 2009

<: akademi dakwah 2009 :>



Assalamualaikum sahabat2 pembaca blog yang dikasihi...


Siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada
orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah,
dan
mengerjakan amal yang saleh dan
berkata sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri ?


(Fushshilat:33)


menyahut seruan ini, lillah ingin mengajak sahabat2 khususnya mereka yang bergelar Muslimin untuk menyertai

Akademi Dakwah...




Program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti dakwah di lapangan secara terancang dan terfokus.

syarat penyertaan adalah seperti berikut :

1) Para peserta haruslah berumur di antara 19 hingga 30 tahun sahaja


2) yuran yang dikenakan hanyalahRM70.00 sahaja.


Program ini akan diadakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bertemakan serangan pemikiran, kepenggunaan, alam sekitar, gejala sosial, masyarakat minoriti dan dakwah dalam penulisan, program ini akan memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam menghayati erti dakwah melalui pengisian oleh pakar-pakar dalam bidang dakwah yang disebutkan tadi.

program ini adalah di bawah Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP)

maklumat lanjut click sini

p/s : manfaatkan sapa2 & apa2 je yg saya ada sebaik2nya utk Allah..

Sunday, November 1, 2009

penyakit yang menyibuk di rumah Allah


masih penyakit yang sama...

setelah hampir 4 tahun lebih saya meninggalkan daerah ini.. surau ini masih menghidap penyakit yang sama..

dengan penuh selamba tanpa meminta izin dari pihak surau, saya telah mengadakan study group dengan anak-anak murid saya setiap hujung minggu.. silibus STPM dan SPM..

{perlu ke minta izin?
kami bukannya ramai pun..
duduk di anjung je.. pukul 5.30ptg-7mlm je..
lagipun bukankah ini fungsi rumah Allah ni?}


seorang pakcik lalu lalang banyak kali.. jeling dan menjeling pada kami.. kami buat tak tau.. dan akhirnya dia datang bertanya..

siapa kami..

buat apa di sini..

sekolah yang mana..

dan kemudian dia berlalu...

kemudian datang lagi..

dia tanya pukul berapa nak habis?


hm... cara dia macam tak selesa dengan kami.. tapi kami tak buat apa-apa yang salah kan...
kami cuma mengimarahkan rumah Allah yang sepi ini...

kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya bawa adik-adik ini ke tempat lain.. tetapi saya nak ajar mereka 1 perkara yang mungkin saya tak dapat nak ajar mereka kalau kami berpindah tempat...

perkara itu ialah 'rumah Allah adalah tempat umat Islam berkumpul dan mendekatkan diri pada Allah'..


tak apelah pakcik, minggu depan jumpa lagi.. minggu satu lagi pun kita jumpa lagi... insyaAllah.... (^,~)v

{flash back zaman sekolah}


saya memulakan kelas tuisyen secara study group untuk adik-adik junior sekolah semenjak saya form 3.. dan kami buat di surau pada hari jumaat (lelaki tak ada sebab solat jumaat di masjid).. macam-macam kerenah pihak tertentu buat supaya kami keluar dari surau tu..

hinggalah dalam 1 kes, saya pernah dihadapkan kepada guru besar... puan pengetua itu berkata
"siapa suruh awak buat perhimpunan haram..."


saya terkejut.. masa tu baru form 3.. saya balik rumah dan menangis pada emak.. saya tak tahu apa-apa tentang politik.. saya non partisan, begitu juga emak abah saya...

emak cakap
"kalau kakak rasa apa yang kakak buat tu Allah kata betul... kakak tetap betul walaupun satu dunia kata salah... "


dan kelas tuisyen itu diteruskan...

ketika saya form 4 pertengahan tahun, saya telah berpindah sekolah.. dan masa form 5, di sekolah baru sekali lagi saya buat kelas tuisyen...

tempat?

surau juga...

tetapi ketika di sekolah baru ni, saya tak sepopular di sekolah lama, dan pihak pentadbiran tak tahu kewujudan kelas tuisyen ni.. hehe..

dan saya ada good relationship dengan puan pengetua walaaupun ada ustzah yang anti dengan saya... tak tau kenapa ustazah tu anti dengan saya, tapi dia telah membekukan banyak aktiviti dakwah yang sedia ada..

dan masa first day dia jumpa saya dia kata

"awak jangan ingat awak pakai tudung ni bagus sangat...yang penting dalam Islam ialah ekonomi!"


apapun syukur Alhamdulillah sebab Allah beri keizinan untuk saya meneruskan kelas tuisyen tu... kelas tuisyen yang free.. yang penuh dengan tazkirah dan perkongsian.. khas untuk perempuan.. best (^,~)v

untuk mencari alasan untuk tak nak berdakwah... ada lebih dari 10001 alasan...
tetapi..
untuk mencari alasan untuk berdakwah hanya 1 aje...
iaitu kerana Allah...

Ya Allah... berilah diriku, keluargaku & orang di sekelilingku hidayahMu.... amin..

p/s: gambar atas tu... comel kan nota anak murid saya... ada drawing.. cute sangat!! terharu cikgu nya~

lucky i'm in love with my Allah....

lucky i\
He is closer to you than the blood in your veins. He gives you better than what you ask for. He loves you for the tiniest things that you do. There is no love greater than His...Alhamdulillah :-)

cikmot di sini...

cikmot di sini...
click picture d sini nnti dpt meow yg d sana....

Followers

tempat utk singgah membaca-baca.. :)

award dari tania meow

award from taniameow

award dari tania meow

award dari tania meow