Khamis, 8 Julai 2010

Jika kamu tak malu, saya tetap akan malu!


mak pesan "kakak, jaga syariat.."

kejap-kejap mak ulang lagi.

"kakak, jaga syariat..."

erm.. inshaallah mak..
Ya Allah.. Jagalah diri ini.. Jagalah hati ini..
Sesungguhnya diri ini gerun pada kemurkaanMu..
Kasihanilah diri ini ya Allah.....

Hari pertama saya outstation, itulah juga hari abah sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. dan itulah juga kali ketiga saya bertemu ibu tiri saya. Balik daripada ziarah abah, kelamkabut packing barang. Perasaan sedikit sedih, tak sengaja membuatkan emak risau.

Sampai destinasi sebelum subuh.. Masa masuk bilik hotel.. ahah.. rasa pelik sebab duduk seorang diri sedangkan bilik tu besar. Selepas subuh baca Quran dan terjemahan... Rasa damai..

Saya tak perlu takut, Allah ada menemani saya!
bukannya saya takut hantu, tapi takut timbul fitnah..

Ini dunia realiti.. saya bekerja dikelilingi kaum adam. saya tahu mereka ini baik-baik orangnya.

Terngiang-ngiang di telinga pesanan emak "kakak, jaga syariat..."

Ya Allah....
this is my dream job.. peliharalah diri ini daripada fitnah...

Ya Allah....
This is the things that i do for You, maka lindungilah diri ini.. hanya padaMu pergantunganku..

Semasa lunch saya bertanya kepada seorang senior "Slot saya nanti nak buat macam mana?"

"Apa-apa pun boleh. Masa tu nanti yang ada hanya Khalilah dan pelajar-pelajar perempuan.."terang beliau.

Menurut Pengurus, ini kali pertama mereka adakan slot pengisian pelajar perempuan sewaktu solat Jumaat. Dan saya incharge untuk itu. Sebelum ini mereka tiada trainer muslimat, jadi apabila waktu kecemasan yang melibatkan muslimat terpaksalah muslimin juga handle.. sebab itulah kali ini mereka berharap ada muslimat sebagai trainer.

Sewaktu test audio dalam dewan, mereka memasang lagu dan seorang senior lelaki memberikan saya mikrofon. Saya melarikan diri ke hujung dewan.
"Khalilah ni pemalu, macam mana boleh jadi motivator?"dia pelik.

Berkali-kali mereka mengatakan yang saya pemalu dan mereka hairan bagaimana saya boleh berada di sini.

"Hm.. mungkin nanti bila dia dapat mikrofon, tak nak lepas dah.."dia membuat andaian.

Saya cuma senyum je.. :)

last word saya semasa interview isnin lepas..

Saya soal : Mengapa saya berminat untuk menjadi motivator?

Saya jawab : Kerana saya mahu berkongsi hidup ini bersama manusia lain. Saya mahu terus menerus berada dalam jalan yang mana hati ini akan dicuci dan mencuci. Sebelum ini saya sering terlibat dengan program-program motivasi secara percuma. Kini saya amat berharap diberi peluang untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya. Masih banyak yang perlu saya belajar daripada mereka yang lebih mahir dan berpengalaman. Kerana itulah saya berharap saya diberi peluang untuk bersama dengan pihak tuan dalam usaha murni ini.

Dan Alhamdulillah saya berjaya dalam interview ini.


Prinsip saya :
apabila saya perlu malu, saya akan malu. apabila saya perlu berani, saya akan berani.
Malu bukanlah suatu perkara yang melemahkan tetapi suatu kekuatan yang melindungi diri saya. Malu itu adalah benteng mengekang nafsu. Dan dengan sifat malu itulah sebahagian daripada iman itu lengkap.

Seandainya saya bersendirian, saya masih tetap akan berasa malu..
kerana sebenarnya saya malu pada Allah...

“Jika engkau tidak merasa malu, berbuatlah sekehendakmu.”
(HR. Abu Daud)



Rasulullah pernah memberikan nasihat kepada para sahabatnya,
“Hendaklah kalian merasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya.”

Para sahabat menimpali,
“Allhamdulilah kami sudah merasa malu kepada Allah.”

Rasulullah lalu menyatakan,
“Tidak, kalian belum merasa malu. Orang yang betul-betul mersa malu kepada Allah hendaklah menjaga kepala berikut isinya (pikiranya), menjaga perut berikut isinya (makanan), dan hendaklah mengingat mati dan bencana, siapa yang menginginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah meninggalkan perhiasan dunia. Siapa yang sudah melakukan itu semua, berarti telah betul-betul mempunyai rasa malu kepada Allah.”

(HR. At-Tirmidzi).

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

5 ulasan:

  1. malu nak naik ke atas, jumpa cikgu-cikgu dan bergaul dengan mereka.. sbb takda tujuan yang konkrit sebab apa..

    Malu nak dengar hal-hal negatif tentg hal orang lain.. itu dan ini.

    Malu nak tegur cikgu muda ajnabi dgn senyuman sebaliknya dgn anggukan kecil dan senyuman nipis itu sudah cukup rasanya.

    malu nak bergurau senda di tempat2 terbuka..takut mnangkap perhatian manusia yang memerhati..

    Sya suka kerja skrg.. di ruang kecil itu, dari awal kerja sehingga habis kerja..di situ.. Tidak perlu merayau2 jauh huhu..

    alhamdulilah.. :)

    p/s: ALL the best lillah!! :)i know u can!! Because ALLAH always with us.. amin ya rabbal alamin..

    BalasPadam
  2. saya juga suka kerja saya sekarang...
    setiap kali slot pengisian tu, saya yang terisi..

    bila slot muhasabah, saya pun nangis skli...

    rasa sangat bersyukur sebab Allah pilih berada d sini...

    inilah kerja saya sekarang.. membakar semangat tunas-tunas baru Islam.. moga mereka menjadi jundullah yang kembali mengibarkan panji2 Islam...


    inshaAllah inilah yg terbaik buat saya...

    p/s : i miss u

    BalasPadam
  3. alhamdulilah.. tumpang gembira buat sahabat di sana.. :) Alhamdulillah ya ALLAH.. =')

    Peliharalah kami dari segala fitnah dan noda dosa dalam menjalankan tugas kami disini.

    Ikhlaskanlah hati kami semata2 mencari kredhaanMU.. aminn

    BalasPadam
  4. malu lagi diri ini pada alam ciptaanNya....setiap hari berpijak dibumi nyata...setiap hari dengar gemersik suara yang tidak putus2...masih alam ini bernyawa...masih jua alam ini berkata...cuma kekadang kita terlupa bahawa alam ini jua mempunyai perasaan malunya pada penciptaNya....maka apakah manusia itu tidak malu atas dosa2nya...apakah mereka tidak malu pada alam yang senantiasa malu pada penciptaNya....
    Moga malu itu akan menjadikan diri lebih dekat padaNya.....aminnnn

    BalasPadam
  5. salam.

    In The Name Of Allah.

    MALU itu sebahagian dari IMAN. Orang yang beriman faham pengertian MALU. Dan orang yang beriman akan mempraktikkan rasa MALUnya terhadap umum.

    Sebagai renungan, kita kini dikejutkan dengan berita berkenaan dengan kelahiran anak luar nikah, di mana hampir 260,000 orang telah di rekodkan oleh JPN. Dan jumlah yang teramai adalah datangnya dari golongan yang mengakui Islam. Ini satu kejutan, satu fenomena yang harus kita tanggung bersama dan satu tamparan pada pipi kita saat ini sebenarnya.

    Persoalannya...

    Kenapa saya bawakan berita itu di komentar ini?

    Jawapannya mudah.

    Kerana umat Islam (Islam baka, tanpa mengikut syariat-Nya) tidak ada perasaan MALU. Tiada perasaan MALU pada Haiwan, Tiada Perasaan MALU pada Manusia, malahan tiada perasaan MALU pada Allah Rabbul Jalil.

    Adakah kita ini tergolong dalam insan yang tahu erti MALU?

    Adakah kita ini insan yang langsung tidak tahu mengenai MALU?

    Fikir-fikirkan......

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....