Ahad, 4 Julai 2010

Seharian bertasbih kepadaMu


Masalah-masalah berat dunia pada kepalaku, masalah-masalah berat akhirat pada hatiku,
masalah-masalah berat yang berkaitan Allah pada rahsiaku,
Apakah yang ada yang dapat menolongku?
Barangsiapa yang berbuat baik dan memuji Allah, majulah padaku.
[Syeikh Abdul Qadir Jailani]


"Akak, rumah akak jauh tak dari Bukit Jalil?"tanya seorang adik melalui handphone.

Saya masih bertelekung, sengaja menanti azan isyak. Hajat di hati mahu berdua-duaan bersama Quran.

"Kat mana ni dik? Jauh juga tapi kenapa dik? Sekarang ni di mana?" soal saya cemas. Sebenarnya saya memang ternanti-nanti panggilan daripada dia. Dia bertolak dari Thailand awal pagi dan dan seorang diri. Esoknya dia ada sesi penulis bersama publisher. (Dia seorang penulis novel)

Dalam masa 15 minit saya sudah siap bertudung dan berlari-lari ke kereta. Sebenarnya saya baru balik je rumah maghrib tu. Dari pagi ada meeting sampai ke petang. Petang tu pula pergi kedai gambar prepare bahan untuk interview Isnin ni. Malam nya bercadang nak siapkan menjahit tempahan tudung-tudung.

Bertemankan Romlah yang sentiasa setia menemani saya ke hulu ke hilir, kami berpandukan GPS untuk ke jalan Duta.. Sepatutnya saya sudah hafal jalan tapi kurang yakin pada diri sendiri. 90% ingat, 10% lupa. Jadi masa dalam kereta romlah nak lorong lain, saya nak lorong lain.. akhirnya yang betul ialah lorong GPS.... ;)

Sampai rumah dah dekat pukul 11 lebih. Sembang sikit-sikit kemudian suruh adik tu tidur. Bila tengok kawan-kawan tidur macam best je, ish tak kuat iman.. rasa nak join the club jugalah.. akhirnya selamatlah tudung-tudung tak disentuh.

Bangun pagi, semasa qiam ternampak kain tudung yang tak siap! oh, godaan.. qiam dulu... jangan usik kain-kain tu! Time sebelum subuh ni adalah masa yang sangat bagus kalau nak berdating dengan Allah, kena fokus.. masa ni doa-doa mustajab.. sudah seharian saya sibukkan diri dengan dunia, tapi awal pagi ini memang khas untuk Khaliq sahaja.

Semasa bersalaman lepas solat subuh baru saya sedar yang tangan adik tu panas. Dia demam.. Ya Allah kesian pada dia... Barangkali dia sangat kepenatan selepas seminggu lebih di Thailand untuk program AMANI dan tergesa-gesa pulang ke Malaysia untuk program di pesta buku. Hati saya terharu.. Hanya Allah yang Maha Kaya akan dapat membalas budimu sayang....

Selepas subuh juga barulah sempat siapkan 4 helai tudung sebelum keluar hantar adik tadi ke pesta buku. Sekali lagi saya berada dalam keadaan kurang keyakinan diri kerana tak hafal jalan.. erm, tapi Alhamdulillah paksa diri ingat dan.. GPS tolong sikit.. Alhamdulillah sampai.. Hujan turun lebat mencurah. Romlah excited nak ikut sebab nak bagi semangat kepada adik tadi. sokongan moral ni..

Sampai di pesta buku on time.. Memandangkan orang yang sepatutnya menjemput adik tadi masih belum sampai, saya dan Romlah pun tunggulah di situ.. dan mungkin memang Allah dah pilih kami untuk hadir ke program tu. Terasa bagai hadir ke majlis ilmu pula. Terpesona dengan kupasan novel tersebut... Saya ni bukanlah kaki novel. Selalunya saya cuma melayan buku-buku yang bersifat tasauf.. Selebihnya buku-buku sirah. Saya sukakan kisah yang real, yang sebenar..
Memandangkan kamera adik tu di tangan saya, maka puaslah saya ambil gambar dia di pentas. Dia malu tersipu-sipu.. sesekali tersenyum.

Selesai slot adik tu, saya terpaksa meminta diri kerana ada urusan lain lagi.. petang ni nak siapkan tudung sikit lagi dan kemudian keluar survey jalan untuk interview esok.. hm, malam ni buat report persatuan.

Planner untuk bulan ni dah padat.
Malam ke siang.. siang ke malam.. Tunaikanlah perintah Allah, cegahlah larangan Allah, bersabarlah terhadap ujian-ujian dan dekatkanlah diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunnah.

Maka jika saya tak online YM, tu maknanya saya ok.. saya sihat..cuma saya sedang menggunting kain la kot.. tak pun sebab saya sedang pegang stering.. kalau tak pun sebab saya sedang mengaji.. dan lain-lain (sebab ramai yang tanya kenapa kak lillah tak online..)

Kepada yang hantar sms tak berbalas.. erm, bill bulan lepas dah RM300 lebih maka saya dalam usaha menjimatkan bil.. dan kadang tak sempat nak balas.. apapun saya hargai sms tazkirah2 tu.. :)

kepada sahabat-sahabat yang dikasihi, hargailah hidup ini.. jangan dibazirkan masa yang sangat beharga itu... jangan dibazirkan umur yang sangat beharga itu.. jangan dibazirkan air mata yang sangat beharga itu...

Dan jangan juga sibuk dengan dunia hingga tercicir akhirat...

Ingatlah bahawa keseimbangan itu penting.. Bahagia di akhirat itu bermula daripada bahagia di dunia..

Sibukkanlah diri dengan kebaikan hingga kita tiada masa untuk melakukan keburukan..

Apabila kita berbuat sesuatu untuk Allah, inshaAllah akan dimudahkan.. PertolonganNya hampir seandainya kita benar-benar yakin.

Tak ada apa yang lebih wajar kita takuti selain kemurkaanNya.. Selebihnya cumalah permainan hidup sahaja.

p/s: mak kata hidup saya still tak teratur sebab macam terlalu sibuk.

p/s/s: saya pulak kata , hidup saya ini bukan sepenuhnya ditentukan oleh saya. Tak semua yang kita dah rancang dalam planner tu akan menjadi. Kadang-kadang ada banyak emergency yang tak diduga menyebabkan planner tu terpaksa diubah suai.

p/s/s/s: pada setiap ujian yang datang, jangan biarkan hatimu terhijab... berlarilah kepada Penciptamu kerna disitulah ada perlindungan yang paling selamat... so apapun maintain senyum! Sebab hati bahagia.. cheese~ Alhamdulillah..

p/s/s/s/s: Amalkan tasbih Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar33x sebelum tidur.. Inshaallah rasa segar di siang hari.

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

3 ulasan:

  1. Akak terima kasih banyak ye..huhu..buat masa sekarang hidup saya pun tak berapa teratur. sedang berusaha mengatur kembali..=)

    BalasPadam
  2. saya silent rider...blog ni dapat dari saranan sorang teman yang slalu berkata die mahui sorang anak seperti saudari lillah..
    dah lama tak dapat buka it,skrg baru buka dan trasa kecik sgt diri bile baca entry pasal 'janda' tu...ye,saya bukan siapa2 kat dunia ini..cuma mharap...suatu hari melalui pembacaan begini saya juga akan brubah kepada lebih baik...

    BalasPadam
  3. munira :
    bagaimana dgn program talk AMANI hari ni?
    terima kasih sebab ganti tempat akak... akak tak tau nak minta bantuan sape...
    trimaksih sgt2.....

    she-G :
    Alhamdulillah...moga perkongsian kisah hidup ini bermanfaat d dunia dan akhirat... amin..


    :)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....