Memaparkan catatan dengan label dakwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dakwah. Papar semua catatan

Isnin, 22 Ogos 2011

Bagaikan permata di celahan kaca




Kerinduan kepada Allah,
melahirkan jiwa-jiwa yang rela bekorban.
Kecintaan kepada Allah,
melahirkan jiwa-jiwa yang penuh kesungguhan.
Ketaatan kepada Allah,
melahirkan jiwa-jiwa yang penuh ketenangan.


Hujan lebat. Pandangan hadapan cermin kereta saya kabur. Saya memperlahankan kenderaan. Lansung tidak nampak apa. Sudah tiga kali saya berulang alik dari rumah ke rumah-rumah pelajar. Sudah dua jam saya berkurung di dalam Proton Saga biru ini. Tubuh saya letih kerana bekerja tanpa henti selama dua hari berturut-turut.. Sepanjang siang sebelumnya pula saya sibuk membeli belah bahan-bahan untuk memasak dan peralatan majlis. Pinggan. Mangkuk. Bekas air. Malam itu pula saya pergi mengajar di Kundang. Kemudian saya lansung tidak tidur kerana mengemas bilik. Saya memindahkan satu katil keluar dari bilik saya supaya tetamu-tetamu perempuan boleh bersolat di bilik saya dengan selesa. Sepanjang siang hari berikutnya saya memasak bersama emak untuk menyediakan juadah berbuka puasa istimewa buat lebih 100 orang tetamu kami. Tetamu kami ialah anak-anak murid saya dan keluarga mereka. Memandangkan kapasiti rumah kami yang sederhana ruangnya, hanya anak-anak yang dijemput. Tetapi setiap anak-anak akan diberikan ‘tapau’ untuk dibawa pulang kepada keluarga tersayang.

Saya berhenti di hadapan sebuah flat. Hujan masih lebat. Seorang pelajar perempuan duduk di sebelah saya di dalam kenderaan memerhatikan titisan hujan yang mengalir di cermin kirinya.

“Ini rumah Aishah. Tingkatan empat,”saya bercerita kepada Fatin.

“Ibu Aishah sakit tulang belakang. Semenjak itu Aishah mengambil alih tugas ibunya. Dialah yang memasak untuk adik-adiknya dan menjaga mereka.”saya menyambung cerita.

“Cikgu kenal Aishah sebab cikgu mengajar di masjid secara percuma setiap hari Rabu. Banyak yang cikgu belajar daripada Aishah. Cikgu sayangkan dia kerana mengkagumi kasih sayang dia kepada keluarganya. Adakalanya ketika pelajar lain berbicara tentang kerja sekolah, boyfriend atau masalah-masalah remaja yang lain, Aishah pula bermonolog sendiri ‘Hari ni nak masak apa, balik ni nak tengok apa yang ada.’” Saya menghentikan kata-kata sebaik ternampak kalibat adik-adik Aishah yang begitu ceria melambai saya.

“Pernah satu kali Aishah balik lewat dari sekolah dan tidak sempat memasak lalu dia sms saya meminta tolong belikan nasi bungkus dan ayam goreng. Kebetulan ketika itu saya pula ada mesyuarat di tempat yang jauh. Saya tidak sampai hati nak menolak pesanan Aishah. Jadi say segera balik dan belikan makanan itu. Keesokkannya apabila saya bertemu Aishah barulah saya dapat tahu bahawa makanan itu dibelikan untuk ibunya sedangkan dirinya lansung tidak makan apa-apa pada tengah hari itu.”
Adik-adik Aishah masuk ke dalam kereta saya. Terkial-kial mereka menutup payung yang tersangkut menyebabkan kereta saya basah kerana terlalu lama pintu terbuka.

“Nabil puasa ke ni?”saya mengusik adik kecil

“Puasa!!”Jawab Nabil tegas.

“Ada ponteng-ponteng?”usik saya lagi.

“Tak ada. Penuh semuanya!” Suara Nabil penuh semangat.
Shahrin, abang kepada Nabil ketawa perlahan. Kereta sudah penuh. Aishah dan seorang lagi sahabatnya yang sepatutnya menumpang kereta saya memerhatikan sahaja kami dari jauh. Saya mendail telefon Aishah.

“Nanti cikgu datang semula ya, hehe”. Saya mengakhiri perbualan dengan ketawa kecil. Setiap kali saya menelefon anak-anak murid saya atau sahabat rapat, saya sudah terbiasa akan ketawa kecil di permulaan dan akhir perbualan. Barangkali hati ini terlalu bahagia apabila berbicara bersama mereka yang mendapat tempat di hati saya.

Saya menghantar Nabil, Shahrin dan Fatin ke rumah. Kemudian saya berpatah balik meredah hujan menuju ke flat tadi. Perjalanan mengambil masa 20 minit. Sebaik tiba di rumah saya pada kali kelima, jam suduh pukul 7 lebih. Sudah hampir waktu berbuka!

Hujan yang lebat. Saya tidak sangka masih ramai tetamu yang tetap bersungguh mahu hadir. Ruangan dalam rumah penuh. Ruangan luar rumah pula sedikit berterabur kerana tempias hujan lebat. Syukur Alhamdulillah, Romlah iaitu sahabat susah senang dan adik saya, Ali yang rajin ada di rumah untuk membantu. Kak Amy, pembantu rumah kami juga datang awal dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Mereka semua benar-benar menguatkan diri saya yang semakin lemah ini.

Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar. Saya menghantar beberapa ‘trip’ pelajar-pelajar pulang ke rumah. Saya turut menghantar Aishah ke rumahnya. Adik-adiknya kelihatan sangat gembira. Mereka begitu teruja dengan ‘tapau’ yang diberikan. Mungkin kecil bagi kita tetapi besar ertinya bagi mereka. Wajah-wajah ceria si kecil ini benar-benar membuatkan naluri saya tersentuh. Sepanjang perjalanan riuh rendah di dalam kereta. Semasa kami sudah hampir samapai ke flat mereka, Aishah bertanya “Cikgu, kenapa cikgu buat jamuan ni?”

Saya ketawa kecil. Bagaimana mahu menjawabnya?

“Ada banyak sebab…”

“Pertama ialah sebab bulan ni pahala berganda-ganda. Cikgu nak pahala berganda-ganda.” Jelas. Jujur.

“Kedua ialah sebab cikgu nak jumpa semua anak-anak murid cikgu, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Jadi cikgu pilih tarikh dalam bulan Ramadhan ni sebab bulan ni paling mulia.” Jelas.

“Ketiga… erm…” Berfikir.

“Sebab.. bulan ni anak-anak murid saya semua baik-baik. Sebab syaitan dah kena ikat. Jadi semua anak-anak murid saya baik-baik.”

Aishah ketawa.

“Ye ke?” Aishah meragui jawapan ketiga saya. Saya menyambutnya dengan ketawa.

Selepas menghantar Aishah dan adik beradiknya pulang, saya pergi sekali lagi menghantar ‘trip’ terakhir pulang ke rumah. Rumah terakhir ialah rumah Hidayah. Hidayah ini di pandangan saya merupakan anak yang sangat baik hati. Selalu dibuli. Selalu disakiti tetapi sangat sukar menyakiti. Selalunya memaafkan sahaja sesiapa pun tanpa dendam. Beliau sangat naïf dan bersih. Selalu juga membuat saya menangis kerana terlalu banyak yang saya belajar dari anak ini yang bernama Hidayah Solehah.

“Dah tapau?” soal saya walaupun sudah nampak Hidayah meriba sebungkus plastik yang sangat besar.

Sungguh besar. Cukup makan satu keluarga!

“Dah! Banyak ni cikgu…”Hidayah tersenyum-senyum.

“Tadi saya hampir tak dapat tapau.” Hidayah cuba membuka cerita.

“Eh kenapa pula, bukankah cikgu dah pesan ambil awal-awal.” Saya teringat semula bahawa saya menugaskan Hidayah membungkus tapau-tapau untuk semua pelajar.

“Saya bungkus-bungkus. Orang lain datang ambil-ambil. Saya tengok mereka semua lebih memerlukan. Jadi saya pun diam-diam sahaja..”sambung Hidayah. Budak ini memang selalu begini! Sering sahaja beralah dalam semua situasi. Hatinya terlalu lembut.

“Kemudian… ”Hidayah menyambung.

“Emak cikgu panggil. Emak cikgu tanya saya dah ambil ke belum. Lepas tu emak cikgu bagi semua ni!” Hidayah menghabiskan ceritanya dengan gembira. Saya membalas dengan senyuman. Saya tahu emak seorang yang sangat cekap matanya. Pasti emak sudah lama perasan tentang Hidayah yang tidak bertapau kerana sibuk menapau untuk sahabat-sahabat lain.

Jam 12 malam/pagi. Saya duduk di sofa yang masih belum disusun ke tempat asal bersama emak. Kami melihat gambar-gambar yang telah diambil sambil bersembang. Post mortem program. Emak memberitahu bahawa emak sangat gembira sebab majlis itu terasa keberkatannya. Emak sempat menghantar tapau untuk beberapa orang sahabatnya dan jiran sebelah rumah kami. Semoga Allah melimpahkan hidayah-Nya kepada kami semua… Alhamdulillah, ramai memuji makanan yang dijamu itu sedap. Tetapi mereka tidak tahu bahawa sepanjang memasak itu, kami berdua (emak dan saya) berzikir dan berdoa semoga Allah memberikan hidayah kepada yang menjamah makanan ini. Subhanallah Alhamdulillah. Lailahaillallah Allahuakbar!

Catatan ini saya titipkan buat pembaca yang dikasihi Allah. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata hati kita untuk melihat ke dalam diri insan di sekeliling kita. Tiada manusia yang sempurna. Namun di sebalik ketidak sempurnaan itulah hadirnya insan lain yang melengkapi kelompongan yang ada. Ada orang yang malu dilahirkan miskin dan cacat. Namun ada orang yang kaya dan sihat yang meminjam semangat si miskin dan cacat untuk meneruskan hidup. Bukankah Allah menciptakan semua itu ada tujuan tersurat dan tersirat?

"Ya Rabbana, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" [Ali-Imran :191]

Sabtu, 15 Januari 2011

menjadi orang yang paling bahagia.... =)

 Semalam rasa takut juga nak masuk tidur sebab seorang diri di rumah... Alhamdulillah tetap dapat tidur dengan sangat lena.. Sebaik selesai solat subuh, online internet untuk membaca laman OPRAH - kegemaran saya sambil-sambil mencari idea mempromosi kelas tuisyen saya...Kedengaran bunyi air di luar rumah, adik saya sedang membasuh kereta kesayangan dia.. Mungkin dia balik lewat malam tadi, setelah saya tidur.. Perasaan agak lega kerana ada orang lain di rumah ini...Alhamdulillah.

Sepanjang pagi sambil berselubung dalam selimut di bawah aircond, saya akhirnya berjaya menyiapkan ini
---> http://hometuitionbtp.blogspot.com/2011/01/bantu-anak-anda.html

Pukul 11.30 pagi, barulah saya keluar ke dapur dan menyediakan makanan tengah hari... Hari ini hari Jumaat... Sebentar lagi adik lelaki saya akan ke masjid.

"Min, nak masak apa?" saya mengintai dia yang masih asyik membersihkan keretanya.
"Apa-apa pun tak apa."Jawab dia ringkas.
"O.K" balas saya.

Selepas zohor, emak balik rumah bersama adik bongsu saya yang baru balik dari asrama. Gembira rasanya kerana rumah kembali meriah..... Sekian lama rumah ini sentiasa meriah, rasa aneh pula apabila tinggal bersendirian... Saya senang sekali apabila duduk di satu sudut sementara seorang yang lain akan duduk di sudut lain tanpa perlu bercakap. Masing-masing buat hal masing-masing. Saya rasa selamat begitu...
Paling rasa selamat ialah apabila emak berada di rumah..
fitrah... semua anak akan rasa selamat apabila bersama ibunya kan... =)

pada sebelah petangnya, saya ke masjid untuk mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada para pelajar perempuan tingkatan 4. Minggu lepas, saya dimaklumkan cuma 5 orang pelajar. Tetapi hari ini yang hadir 7 orang... dan minggu depan jumlahnya akan bertambah sehingga berbelas... Hari ini ada seorang tidak hadir kerana adiknya kemalangan jalan raya beberapa minit sebelum kelas bermula.

"Boleh kita berkongsi buku? Share-share... Sharing is caring.."pujuk saya.
"Boleh-boleh, tak ada masalah..."jawab mereka.
"Bulan ni, cikgu mampu beli ni je dulu.. Inshaallah bulan depan cikgu belikan untuk yang tak dapat buku lagi...."pujuk saya lagi...

Semua bersetuju. Terima kasih...Alhamdulillah... =)

Saya mendapat berita gembira lagi.. Nazir masjid memaklumkan bahawa mereka sangat mengalu-alukan kehadiran kami. Mereka telah menyediakan dewan di tingkat dua untuk kami.
"Di atas ada white board.. Dan kami akan susun kerusi meja untuk pelajar...."kata nazir.
"Terima kasih.. terima kasih sangat2 ustaz.."jawab saya..
Anak murid saya bersorak keriangan... =)

Alhamdulillah..... =)

"Cikgu...kita belajar Isnin sampai Jumaat ya...?"soal seorang pelajar. Tahun lepas, sebulan sebelum PMR, kami belajar setiap malam. Pulun untuk PMR.
"Tak.. Jumaat je.."jawab saya.
"Cikgu..kenapa kita tak belajar hari-hari?"soalnya lagi. Lembut. Maka saya pun perlulah menjawab dengan lemah lembut juga =)
"Saya kerja hari-hari lain... hari ini pun kerja.. tapi petang ini khas untuk kamu semua..."terang saya. Gadis di depan saya ini dibesarkan oleh ibu saudaranya selepas kematian ibunya. Ayahnya tidak mampu menjaga dia dan adik beradiknya, lalu diserahkan kepada ibu saudaranya. Ibu saudaranya tidak tahu berbahasa Melayu. Saya pernah beraya di rumahnya. Makcikya memasak nasi beriyani khas untuk saya.

Apabila waktu Asar semakin hampir, bacaan ayat suci Al-Quran dimainkan di corong pembesar. Kelas ditangguhkan untuk bersiap sedia solat Asar. Saya terharu melihat betapa gembiranya mereka bersiap untuk solat.
"Tak sabarnya saya... Tak sabar nak solat.. Selalu di rumah tak rasa pun macam ni."kata salah seorang pelajar kepada kawannya.
"Ye la, sebab ni kan di masjid. Tu yang semangat."jawab seorang lagi.

Telekung yang disediakan di masjid tidak mencukupi.

"Cikgu.. macam mana ni.. tak ada kain.."seorang pelajar mengadu kepada saya.

Mujurlah saya memakai stokin, jadi saya tidak perlu memakai kain telekung.

"Minggu depan bawa telekung ya.."pesan saya.

"Mesti!"jawab dia.



 Selesai solat Asar, jam sudah 5 lebih. Lewat!
"Cikgu.. tulis surat.. nanti mak ayah saya marah.. mereka tak percaya kalau saya cakap..."pujuk seorang pelajar.

Saya akur...
Saya menulis surat ringkas dan menanda tangan di hujung surat.

"Siapa tak ada 'transpot', balik dengan saya.."pelawa saya..

Selepas menghantar semua pelajar pulang, saya singgah ke kedai membeli barang untuk rumah.
Kalau dahulu saya tidak begitu terperinci dalam soal duit. Kini setiap sen yang keluar masuk perlu saya hitung.
Al maklum saya tidak mahu terbelanja lebih tanpa sedar. Saya tidak mahu menyesal setelah nasi menjadi bubur. Saya manusia biasa, bernafsu apabila melihat barang-barang mewah.. bernafsu apabila melihat jenama-jenama hebat.

    Syukurlah ada anak-anak angkat mengelilingi saya. Daripada saya melabur untuk menghiasi diri, bilik dan kereta... lebih baik saya membelanjakan duit untuk masa depan anak-anak angkat ini...Adakalanya saya berperang dengan nafsu sendiri.


'kau bodoh.. kau kerja siang malam.. kemudian kau beli buku mahal-mahal bagi pada budak-budak tu.. mereka tu bukannya boleh bagi kau apa-apa' hasut syaitan.

'kau cerdik... kau kerja siang malam.. kemudian kau beli buku-buku berkualiti bagi pada budak-budak tu... mereka manfaatkannya dan pahala mengalir sepanjang ilmu tu diamalkan.. dan duit tu masuk ke akaun akhirat... inilah bekalan untuk kau bawa balik jumpa Allah nanti...' bisik iman.

=)
petang tu mak suruh saya mencari kerja lain supaya dapat menambah pendapatan saya. Bagi emak abah, pendapatan saya ini sangat kecil. Mereka tidak tahu bahawa dalam jumlah yang kecil ini, saya cuma mengambil sebahagian yang kecil untuk diri sendiri. Andai mereka tahu semua itu, saya tidak pasti apakah reaksi mereka..... mungkin saya akan dikata 'gila'

=(


Selepas maghrib, saya berdoa memohon petunjukAllah  sama ada saya perlu mencari kerja lain atau menambah bilangan pelajar dengan cepat... ='(

Selepas melipat telekung, telefon berbunyi.. erm, ada seorang pelajar mendaftar untuk dua subjek.. =D Alhamdulillah... cepat betul Allah memakbulkan doa saya ....

   malam ini pula saya mengajar subjek Math Form 2 di rumah.. Seronok mengajar.. Tak kiralah mengajar berbayar atau tidak, saya sangat-sangat bahagia apabila dapat mengajar...

Syukur Alhamdulillah =)

jika ada orang yang sedang bahagia, sayalah orang tu.... =D

perancangan hidup saya melibatkan dua fasa... fasa hidup. yang pertama. dan fasa hidup kali kedua...
saya mahu berbahagia di kedua-dua fasa ...

perkenankanlah ya Allah... =')

Rabu, 18 Ogos 2010

Nota Cinta Seorang Cikgu


Dulu kawan-kawan cikgu pernah mengejek "Menjadi cikgu ibarat orang yang sesat jalan, sebab selepas keluar dari sekolah, masuk semula ke sekolah.."

Selepas lebih sepuluh tahun akhirnya cikgu berada di sini, duduk di atas kerusi di tapak perhimpunan bersama-sama guru yang lain.

Subhanallah.. Impian cikgu sekian lama ingin menjadi seorang guru tetapi tidak kesampaian kerana dihalang oleh abah cikgu. Demi mentaati kehendak abah, cikgu ketepikan niat di hati. Allah Maha Mengasihani, walaupun cikgu sudah berlari jauh meninggalkan lorong 'perguruan', akhirnya Allah meletakkan cikgu di sini juga.. Sungguh Dia Maha Berkuasa.


Walaupun status cikgu cumalah sebagai guru ganti sementara waktu, itu tidak penting. Apa yang penting, cikgu mahu menghitung setakat termampu betapa banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada cikgu. Cikgu mahu terus menerus bersujud syukur sebanyak-banyaknya!

Minggu Percubaan PMR dan Ujian Bulan Ogos

Subhanallah, anak-anak murid di kelas hujung-hujung mahupun yang depan-depan begitu menceriakan hidup cikgu. Setiap kali cikgu hendak ke kelas mereka, cikgu disambut dengan perangai yang menguji kesabaran.. Sungguh menguji!!

Adakalanya cikgu memarahi mereka sehingga cikgu sendiri rasa bersalah dan bimbang jika mereka tersinggung dengan kata-kata cikgu. Namun, sekejap sahaja mereka sudah kembali berbaik bergurau senda dengan cikgu seolah terlupa bahawa cikgu pernah memarahi mereka.

Subhanallah, betapa sucinya anak-anak muridku, begitu pemaaf!

Adakalanya ketika sedang marah,cikgu tergelak dengan perangai mereka.

"Kenapa cikgu gelak??"soal mereka pelik.


Ada yang sudah dibuang sekolah, tetapi hadir untuk peperiksaan percubaan PMR ini. Ada yang tidak pernah datang semenjak cikgu mengambil alih peranan guru sekolah, tetapi hadir untuk percubaan PMR ini.

Pelbagai gelaran yang cikgu dapat. 'Cikgu', 'Teacher' , 'Kakak' dan 'Ustazah'..

Pelbagai soalan yang cikgu terima termasuklah berkaitan hukum hakam.. bab puasa.. bab undang-undang..bab putus cinta.. dan lain-lain lagi.

Semakin hari cikgu semakin sayang kepada anak-anak murid cikgu.. Walaupun setiap hari cikgu kena menjerit, kena membebel dan bersengkang mata sebab menanda buku namun cikgu bahagia.. cikgu rasa damai dan tenang.. moga kalian mendapat hidayah Allah..

Semalam cikgu menumpangkan seorang pelajar balik ke rumah. Kini pelajar tersebut dalam tingkatan lima. Ketika dia tingkatan 3, kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap kanser. Alhamdulillah PMR dia dapat semua A. Ketika dia tingkatan 4, ayahnya meninggal dunia kerana kemalangan. Beberapa hari selepas ayahnya meninggal dunia, ada ujian di sekolah dan dia tetap hadir untuk ujian tersebut. Pihak sekolah ada menawarkan bantuan kepada dia untuk membeli buku tetapi dia tidak pernah meminta duit tersebut. Kelasnya sebelum ini terletak di tingkat atas sekali. Kawan-kawannya merayu supaya mereka semua berpindah ke kelas di tingkat bawah supaya memudahkan dia bergerak tetapi dia menghalang. Dia tidak mahu disebabkan oleh dia seorang maka semua orang terpaksa berpindah kelas.

Subhanallah.. Sungguh saya mengkagumi pada sifat yang Allah ciptakan pada pelajar ini.
Sungguh saya terharu dengan semangat dan kecekalan jiwanya...

Allah Ya Latiff...
Sungguh aku mencintaiMu...

Saya merancang untuk mengadakan iftar (majlis berbuka puasa) untuk anak-anak murid saya.
ada 5 kelas semuanya...
pelbagai reaksi yang saya terima daripada para pelajar.

"Cikgu, kena telefon mak saya.. sebab mak tak percayakan saya.."pujuk seorang murid saya.
"Inshaallah, berikan saya nombor mak kamu.."jawab saya.

"Cikgu.. saya tak ada transport,"seorang lagi mengadu.
"Bagi saya alamat rumah kamu,"jawab saya.

"Cikgu, saya ada tuisyen pukul 8 malam.."kata seorang lagi.
"Tak apa, nanti saya hantarkan.."kata saya.

Sebaik memaklumkan hasrat hati saya, emak berkata "Kakak, kena guna duit kakak sendiri ye.."

Sejujurnya saya tak ada duit yang cukup dalam tangan tetapi di dalam tabung haji ada sedikit simpanan yang saya tidak pernah usik lansung seumur hidup. Selama ini emak tak benarkan saya menggunakan duit tu.

Saya menghuraikan hadis ini kepada emak...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at- Tirmidzi


dan pagi tadi emak sms saya "Guna duit THaji"

Alhamdulillah... Semoga tautan yang cikgu ingin bina bersama anak-anak kesayangan cikgu ini diberkati dan diredhai Allah.. Semoga ianya sesuatu yang bermakna buat cikgu dan kalian semua.. Semoga Allah melembutkan hati kita dalam menerima kebenaran... Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua..


Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nya terus mencurah-curah



dengarkanlah sebuah nota cinta :



p/s : syukran jazilan my beloved hidayah for this song....
p/s/s : tu gambar anak2 kucing yang kini sudah dewasa.. cepatnya masa berlalu...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Khamis, 29 Julai 2010

Meraih cintaNya


"man,,, i'm so into it!!" status di facebook adik saya,Ali. Saya tertanya-tanya apa maksud dia.

Semalam di masjid ada kuliah. Kuliah cinta.. ;)
Kuliah tentang 'Mencintai Allah'..
Seriously saya larut dalam kehusyukkan kuliah tu. Subhanallah rasa sangat mendamaikan...
Ustaz kata "Cinta Allah sahaja yang sejati! Cinta kepada yang lain-lain ni semuanya adalah cinta makhluk. Dan cinta makhluk itu dusta!"

Subhanallah.. bagai terhenyak rasanya dengan ayat tu. Sepanjang drive balik masjid tu terngiang-ngiang ayat tu dalam fikiran saya.. (jarak rumah saya daripada masjid = 5km, tu yang drive..kalau berjalan kaki tentu boleh slim kan.. tapi tak pernah cuba lagi)

"I'm so into it!"getus adik saya ketika kami singgah di 7eleven untuk membeli slurpee.. Romlah dengan telekungnya masuk ke dalam 7eleven. Tersenyum si abang tu tengok punyalah banyak sampai 3 cawan bersaiz besar dibeli. Dah la hampir setiap kali balik masjid mesti beli!

"What do you mean?"soal saya.
"Kuliah di masjid. Rasa seolah each words meresap masuk dalam hati. Semalam punya kuliah dan hari ni punya kuliah.."jawab adik saya.

Saya diam.
Me too.. (hari ini saya khusyuk dengar kuliah. semalam mengantuk jadi sempat check facebook through handphone. Lain kali kena off handphone! godaan kuat tu..)

Selepas kuliah tu kami solat isyak berjemaah. Dan imam berkata "Andaikan ini solat kita yang terakhir.. lakukanlah ianya dengan penuh khusyuk dan penuh tawadhuk.."

Oh ya Allah... serta merta air mata turun mengiringi takbiratul ihram. Sepanjang solat terasa betapa hinanya diri ini!
Semoga air mata ini mencuci dosa-dosa saya..........
Ya Allah, aku ingin kembali padaMu hanya keranaMu..
Aku ingin berdiri, rukuk, duduk dan sujud hanya keranaMu..
Sambutlah cinta aku ya Allah...

Malam tadi ada meeting online berkenaan pengurusan AMANI. Sambil meeting tu sambil search folder mencari bahan-bahan roadshow. Sambil tu ym dengan sahabat lama yang sedang berkongsi masalah. Sambil tu sedang edit blog AMANI. Sambil tu sedang tengokkan adik saya yang masak 'sosej' di tengah malam. Sambil tu layan adik kawan saya yang main exchange icon ym. hehe. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Practice make perfect!

Petang tadi after masak, cepat-cepat suruh adik dan romlah makan. Sebab sebelum azan maghrib kami akan ke masjid. Tiba-tiba email masuk memberitahu yang gambar-gambar untuk Muslim Aid sudah pun ustaz Kamaruddin masukkan dalam facebooknya. Maka saya pergi lah pulak setelkan hal gambar tu.

(laptop ni di sebelah mereka yang sedang makan)

"Orang menganggur pun busy ye,"komen adik saya. Nasinya sudah habis. Ditambah sekali lagi.
"Gaji kakak dibayar oleh Allah, inshaallah."balas saya sambil meninggalkan laptop untuk makan.

Saya sangat mencemburui mereka yang ada masa lapang sehingga sempat bermenung dan khayal memikirkan masalah hidup mereka.. paling saya rasa marah apabila mereka bersedih memikirkan untung nasib mereka sedangkan masalah hidup mereka kecil! mereka sibuk memikirkan hal yang remeh temeh. mereka menangis sia-sia. bagi sini masa lapang mereka kepada saya supaya saya dapat manfaatkan untuk umat Nabi Muhammad saw ini!


Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada masalah hidup. Saya juga pernah ada keinginan-keinginan yang tidak dapat ditunaikan lantas menyebabkan saya bersedih. Namun itu hal remeh temeh dan tidak perlu diutamakan.. Come on, kita milik Allah. Kita hidup dan mati untuk Allah. Tak pernah ada dalil pun suruh kita meratapi musibah yang melanda. Tak pernah ada dalil pun suruh kita frust apabila break up bercinta. tak pernah ada satu dalil pun suruh kita bermogok apabila kita dianiaya. Come on, macam mana nak mencintai Allah andai ada lagi di hati kita makhluk-makhluk?

Apa perasaan kita andai suami kita menduakan kita? Apa perasaan kita andai isteri kita menduakan kita? Apa perasaan kita andai kekasih kita menduakan kita? confirm marah... Nah, Allah mecintai kita sementara kita menduakan Dia.. Apakah Dia tidak marah?

Tak perlu melihat jauh.. Tak semestinya perlu pergi menyembah berhala di kuil atau tokong baru dikira menduakan Allah, cukuplah kalau setakat solat lalai sebab teringatkan buah hati.. Cukuplah kalau setakat rajin baca Quran sebab nak menambat hati manusia.. Cukuplah kalau setakat membuat kebaikan hanya untuk manusia... Itu semua menduakan ALLAH!

Bila lah nak insaf?????

“Belum sampaikah lagi masanya
bagi orang-orang yang beriman,
untukkhusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan
pengajaran Allah?”
(Surah Al-Hadid: 16).

Astagfirullah.....
Ya Allah, berilah hidayah kepada diriku, mak, abah, adik-adikku, sahabat-sahabatku, kaum kerabatku dan semua yang membaca coretan ini.. Niatku satu, semoga mereka mencintaiMu...

Ya Allah... bukalah hati mereka.. sinarilah hati mereka dengan cintaMu...

Aku berserah diri kepadaMu wahai Pemilik ku...


"Jika kamu diselamatkan dari kesalahan dan kejahatan, waspadalah, dan jangan merasa aman; kerana hasrat dan hawa nafsu akan memperoleh kembali kekuatannya meski hanya dipicu oleh kemaksiatan atau kejahatan yang kecil. Ketenteraman jiwa dapat sirna tiba-tiba. Perintah Allah kepada hamba-hamba-Nya untuk menjauhkan diri segala yang diharamkan merupakan peringatan agar mereka senantiasa berwaspada."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

p/s : pesan pada diri sendiri (terutamanya)
p/s/s: quote ambil daripada facebook Shafiq. Syukran.
p/s/s/s: Maaf jika ada yang tersinggung.. Saya tak minta dipuji apatah lagi ucapan terima kasih. p/s/s/s/s: Saya di sini memikul amanah yang diletakkan di bahu saya oleh Allah swt untuk menyampaikan walaupun sepotong ayat.
p/s/s/s/s/s: Mari kita kembali kepada Dia... Dia sangat mencintai dan merindui kita....




Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 28 Julai 2010

Berteduh dalam redha Mu ya Latiff....



Dalam tempoh 3 minggu ni macam-macam yang berlaku dalam hidup saya. Dan Subhanallah ianya sangat best! Bila diingat semula rasa nak senyum je.. Macam-macam kerenah manusia ni.. Subhanallah..

Last week saya berhenti kerja dari sebuah syarikat motivasi. Berhenti bukan sebab kerja tu tak best tapi atas sebab nak cari redha mak abah. Seronok selalu outstation, tidur hotel. Jumpa dengan ramai orang hebat termasuklah Dr Sheikh Muszaphar dan lain-lain. Staf-staf pun baik-baik, rasa macam 1 happy family. Kerja pun interesting sebab sambil bekerja sambil berdakwah. Hinggakan kalau tengah demam sekalipun, bila tiba time kerja je serta merta segar bugar. Apapun semua tu adalah kenangan yang sangat sweet.. Alhamdulillah.. Semalam ex supervisor hantar email mendoakan saya dapat yang terbaik dalam hidup. Amin Ya Mujib... Inshaallah after this saya akan dapat yang lebih baik! :)

Minggu ni whole week saya ambil alih tugas emak jaga adik & rumah (include my cat & kura-kura) memandangkan emak abah ke luar negara. Sambil menghadap laptop conference meeting AMANI sambil menggoreng di dapur sambil melayan adik saya. Wah! akhirnya kentang di dalam kuali garing! Nasib baik tak rentung.. Kemudian ke kedai shopping makanan untuk adik dan makanan untuk kura-kura. Disebabkan nak pastikan adik saya solat berjemaah maghrib isyak di masjid maka saya pun turut stay di masjid. Malam yang ada kuliah dapatlah pengisian rohani, malam yang tak ada kuliah saya akan mengaji..
Seronok juga jadi housewife ni kan... :)

Semalam ada orang call offer kerja dengan syarikat motivasi mereka. Erm.. saya tak boleh nak buat keputusan segera. Apa-apa kena bincang dengan my parents dulu. Kalau ikut di hati rasa macam agak berat because tujuan saya bekerja bukan hanya sebab duit semata-mata. Apa yang utama ialah keberkatan hidup dan keredhaan my parents.. Adakah saya sedang mensia-siakan offer ni? I dont think so... :)

Saya terfikir nak further study.. Tapi tak minat nak ambil Master dalam bidang saya. Boleh tak if saya nak tukar bidang? Boleh tak kalau saya nak jadi seorang teacher? :) :) :)
Language teacher? How about jadi English teacher? Adik lelaki saya menyokong penuh dan dia cadangkan saya ke luar negara. Then one of kawan saya cadangkan saya study bahasa Arab. Erm, saya tak ada basic tapi she said boleh ambil basic di sana terus. (Yang ini pun study luar negara). Sekarang saya masih sedang mengumpul maklumat.. Mana satu pilihan hati ye? Apapun keputusan di tangan my parents.. :)

If saya ke luar negara, bagaimana dengan AMANI?
Semalam saya dengar ustaz yang bagi kuliah maghrib tu kata
"..keberkatan itu akan membuat sesuatu itu berkekalan..."

saya tersenyum memandang Romlah.
Ya, ukhwah yang berkat itu akan menyebabkan hubungan itu berkekalan..
Ya, urusan-urusan yang berkat itu akan menyebabkan urusan-urusan itu berkekalan..
walaupun hebatnya ujian yang melanda, namun ianya akan tetap kekal dan berterusan sebab Allah memeliharanya..
Semoga Allah memberkati AMANI dan memberkati gerak kerja AMANI dan segala sesuatu yang berkaitan dengan AMANI. Saya sayangkan AMANI...
Walaupun kami selalu tak ada duit, tak cukup kaki tangan untuk buat kerja tapi bantuan Allah sentiasa mengiringi.. Subhanallah... Sedikit bakti yang dicurahkan, berlipat ganda anugerah yang Allah kembalikan..
Sujud syukur!! Alhamdulillah ya Allah........

Bercakap tentang sujud syukur,saya ada satu kisah lucu.
Bulan lepas ketika misi ziarah janda dan anak yatim ke Selatan Thailand, saya telah menyerahkan dokumen-dokumen anak-anak yatim tersebut pada seorang sukarelawan lain yang akan pulang lewat ke Malaysia. Dan dokumen itu hilang! puas kami mencarinya...

Allah sahaja yang tahu betapa cemasnya saya sepanjang waktu tu. Akhirnya ketika dalam dalam kereta di Melaka, saya check email (melalui handphone) dan dapat berita daripada sahabat Thailand yang mereka terjumpa dokumen tu di pejabat mereka. Serta merta saya keluar daripada kereta dan bersujud di atas jalan raya. Selepas bangkit daripada sujud tu baru saya terasa agak malu sebab di belakang saya adalah sebuah restoren dan saya sedang berada di parking lot mereka.. Batu-batu kecil dan pasir melekat di dahi.. Adik saya yang duduk di bahagian driverterkejut dan cuba untuk snap gambar tapi tak sempat. Kenapa nak ambil gambar?

"Sebab pelik,"katanya

Pelik?

haha.. Sungguh semakin hati ni sayangggg pada Allah... Orang lain mungkin tak faham betapa hati ini sangatlah bersyukur, sebab mereka tak rasa apa yang saya rasa...
Susah nak explain, tak tahu nak guna ayat yang macam mana..
Rasa lucu dan malu juga bila diingat semula..

Back to topic.. erm, what should i do?
Saya tak kisah apa-apa pun asalkan sesuatu tu dapat mendekatkan saya pada Allah dan mendapat redha mak abah..
so conclusionnya saya akan teruskan mengumpul maklumat untuk dibentangkan kepada emak abah apabila mereka balik nanti...

dan saya beristikharah semoga Allah beri saya petunjuk yang terbaik untuk saya!

last sekali (pinjam pesan Shafiq lagi) "ingatlah untuk melihat Allah dalam segala kebaikan kerana makhluk cuma sarana; maka kuatkanlah pergantungan, keterikatan dan kesyukuran pada-Nya setulusnya, ya sahabat.. :) "


''...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),
nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,
maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.
Allah telahpun menentukan kadar dan masa
bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(At-Tallaq :2-3)

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Isnin, 19 Julai 2010

Segala-galanya hanya kerana Dia....


"Janganlah cita-citamu tertuju pada selain Allah. Harapan seseorang tak akan dapat melampaui Yang Maha Pemurah."

"Pinta tiada tertahan selama kamu memohon kepada Tuhan. Namun, pinta tiada mudah bila pada dirimu sendiri kamu berserah."

"Yang penting bukanlah adanya permohonan, melainkan bahawa kamu diberi kesopanan."

"Jangan menuntut Tuhanmu kerana permohonanmu belum dikabulkan. Namun, tuntutlah dirimu sendiri yang kurang sopan."

"Sebaik-baik permohonan yang harusnya kamu ajukan kepada Allah adalah apa yang dituntut Allah untuk kamu lakukan."

[Imam Ibnu 'Athaillah as-Sakandari]


*****

Saya memandang wajah anak-anak yang ada di hadapan saya. (saya bekerja dengan syarikat motivasi). Ibu bapa membayar dengan harga yang mahal supaya anak-anak ini dapat dimotivasikan. Ya, yuran yang syarikat kami kenakan tidak murah. Namun dewan tetap penuh.

Ya Allah, bantulah aku...
Terimalah hidupku ini sebagai ibadah...
Bantu aku ya Allah.....


Hujan renyai-renyai. Pengurus call dan memaklumkan ada pelajar sakit di bilik rehat. Saya bergegas ke bilik rehat. Seorang kanak-kanak demam. Memandangkan saya sahaja trainer perempuan, maka saya sahajalah yang menguruskan anak kecil ini. Ketika saya menemaninya di surau sementara menunggu ayahnya tiba, saya terlihat seorang wanita duduk bersendirian di surau. Wanita itu menghulurkan tangannya untuk bersalam.
"Anak peserta motivasi? "tanya ibu itu.
"Eh tak.. saya staf.."saya tersenyum.

Keesokkan harinya pada waktu majlis penutup, wanita itu menghampiri saya.
"Lambat lagi ke habis?"soal beliau.
"Dalam pukul 7 lebih puan.. Kenapa puan? Boleh saya bantu?"soal saya.
"Saya kena balik.. Nanti tertinggal bas. Kami duduk jauh.."katanya pula. Mata saya memandang tubuh wanita itu. Ya, beliau masih berpakaian sama seperti semalam. Barangkali beliau datang sehelai sepinggang ke tempat ini! Ketika ibu itu meninggalkan saya, saya mendapatkan anaknya. Sempat saya mengorek beberapa rahsia daripada si anak.
"Semalam kami tidur di surau,"kata si anak sambil matanya bergenang.

Ya Allah... kalaulah saya tahu semalam lagi saya sudah bawa mereka balik ke hotel.
"Dik.. kena hargai jasa mak.. mak dah susah payah bawa adik ke sini, adik mesti buat yang terbaik!"pesan saya.

Ketika majlis penutup saya menyaksikan para ibu dan bapa menangis. Allah...
Bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya peluang untuk menyaksikan semua ini..
Gaji staf-staf tidaklah besar. Dan saya dapat tahu yang tak ramai sanggup kerja seperti ini kerana bebanan yang agak berat. Selalu outstation..

Apakah yang menyebabkan mereka masih setia bekerja di sini?

Sebab nya ialah semangat mereka kembali hidup setiap kali mereka melihat hidayah Allah turun kepada anak-anak ini. Semangat kami kembali hidup apabila menyaksikan semangat orang lain untuk hidup. Dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas dapat menyaksikan ini semua. Orang-orang yang buta mata hatinya pasti tidak akan dapat melihat ini semua...

Malam terakhir..
Saya bertanya pada diri sendiri apakah saya benar-benar mahu melepaskan pekerjaan yang saya sayang ini? Saya perlu melepaskan pekerjaan ini atas sebab peribadi.

Jawapan : Saya di sini kerana Allah. Dan saya akan buat apa yang Dia mahu.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

Malam itu saya bermimpikan sesuatu dan saya terbangun awal pagi. Saya belajar sesuatu daripada mimpi itu. Sebenarnya bukan kita yang memilih sesuatu dalam hidup kita. Tetapi Allah yang memilih kita dan memilih jalan hidup kita. Dia yang berkuasa penuh di atas segala ketentuan hidup kita. Dia menjaga kita pada setiap masa tanpa penat dan jemu. Dia melindungi kita tanpa pernah merungut. Dia menyayangi kita sebelum kita menyayangiNya. Dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita! Mengapa perlu kita meraguiNya? Cukuplah pergantungan hanya pada Dia...

Terlalu banyak perkara yang tidak pernah saya terfikir kini telah pun berlaku dalam hidup saya.

Mak kata "Allah memberikan kakak ganti yang lebih baik berkat kesabaran kakak..."

dan mak kata lagi "Utamakan yang lebih afdhal.. Di situlah redha Allah,"

Inshaallah mak... i'll do my very best!

Cinta padaNya terlalu manis hingga yang pahit itu tidak terasa... YAKIN!


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Sabtu, 17 Julai 2010

Bangkit Islam Bangkit !


Ya Allah…
Aku akan mengahwini pemuda yang Kau cintai…
Seorang pemuda yang soleh dan memberikan jiwa raganya untukMu….
Dia berjuang demi cintanya padaMu…
Dan aku juga berjuang demi cintaku padaMu….
Aku akan tetap teruskan perjuangan ini sekalipun dia tiada di sisiku….
Cukuplah Engkau untukku…

Izinkanlah dia menggapai impiannya…
Izinkanlah aku menjadi pendokongnya…
Aku sayangkan dia ya Allah namun Kau lebih penyayang…
Hanya padaMu tempat aku bergantung…

Aku mahu membantu dia dan perjuangannya dengan segenap jiwa ragaku…
Aku mahu menjaga dirinya dan ibu bapanya seperti keluargaku sendiri....
Andai berkesempatan, aku mesti mendidik anak-anak kami untuk menjadi pejuang…
Aku mesti menjadi kuat supaya suami dan anak-anakku kuat…
Aku akan tersenyum andai suami atau anak-anakku syahid…
Aku akan bersujud syukur dan mengucap lafaz “Alhamdulillah…”

Andai…
Aku yang pergi terlebih dahulu meninggalkan mereka, Kaulah sebaik-baik pemelihara… Peliharalah mereka…..
Aku manusia yang punya hati dan cinta…
Namun kedua-duanya sudah kuserah padaNya…

Bangkit Islam Bangkit!


Ya Allah… seberapa banyak pahala yang aku dapat sepanjang perjalanan hidupku, sedekahkanlah pahala-pahala itu kepada emak dan abah... Semoga mereka berbahagia dunia akhirat…

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Do My Best!
Do My Very Best!


10 Julai 2010
Nilam Puri, UM, Kelantan

Ahad, 27 Jun 2010

berkahwin untuk menjadi janda

Berkahwin untuk menjadi janda...
Kerana suami yang pertama itu adalah perjuangan..
Sudikah kamu melepaskan dia dan hak-haknya terhadap kamu agar dia bisa sepenuhnya memberikan jiwa raga demi agamaNya?

"Sanggup emak melihat anak emak menjadi janda?"suara saya bercampur sebak.
"Sanggup! Emak bukan setakat fikirkan masa depan anak emak sahaja.. tetapi emak fikirkan masa depan cucu-cucu emak, zuriat emak... Biarlah darah yang mengalir tu darah orang-orang yang mati berjuang kerana Allah."

Allahuakbar. Saya menarik kusyen menutup muka. Saya kehilangan kata-kata.

Kebanyakkan orang lain berkahwin untuk mencari teman hidup. Sedangkan ibu saya pula mencarikan saya seorang lelaki yang sudah bercadang untuk pergi lebih awal meninggalkan saya. Kebanyakkan isteri berharap untuk bergantung kepada suaminya sepenuhnya. Sedangkan ibu saya pula mahu saya menguruskan rumahtangga sepenuhnya agar suami saya boleh full time pergi berdakwah. Saya terasa begitu kerdil dan lemah melihatkan impian ibu saya yang melangit tinggi.

"Isteri yang membantu suaminya berjihad akan masuk syurga lebih awal daripada suaminya..."ibu mengingatkan.

"Kakak, soal hidup atau mati itu di tangan Allah. Soal rezeki itu juga di tangan Allah. Apa yang lebih mulia daripada mati kerana Allah?" pujuk emak lagi.

Sungguh... air mata saya tak dapat berhenti. Iya, menjadi syuhada itu idaman setiap orang yang beriman. Saya juga mencintai untuk mati sebagai seorang syuhada. Sebolehnya seluruh hidup ini saya ingin penuhi dengan menginfakkan diri kepadaNya. Dan apabila saya mati, saya terlalu berharap supaya saya dapat mati dalam keadaan yang paling dicintaiNya. Tentulah menjadi kebanggaan saya seandainya orang yang saya sayang juga mati kerana Allah.

***beberapa bulan berlalu***

Allah mungkin tahu saya masih belum cukup bersedia untuk menjadi 'janda' lalu Dia mengaturkan supaya saya ditemukan dengan beberapa orang ibu tunggal yang cukup hebat...

Saya bertemu dengan seorang ibu tunggal. Arwah suaminya seorang guru yang mukhlis... Arwah mahir banyak bahasa dan mengajar di pelbagai masjid dan sekolah. Siang dan malam sama sahaja. Arwah sibuk menyedarkan golongan agama supaya bangun dan menghidupkan ajaran Islam dalam hidup. Seringkali beliau berpesan kepada isterinya supaya sentiasa yakin kepada pertolongan Allah, supaya isteri itu kuat dan cekal. Ketika arwah dikejar dan diganggu, arwah terpaksa meninggalkan keluarga selama setahun. Namun, arwah sentiasa menghubungi isterinya, hampir setiap hari. Setahun kemudian, arwah dipenjarakan tanpa sebab. Arwah lansung tidak menceritakan sebarang bentuk penyeksaan yang diterimanya kepada isterinya kerana mahu menjaga hati isterinya. Selepas dibuktikan tidak bersalah, arwah dibebaskan dari penjara. Namun, 3 bulan kemudian, arwah ditembak. Lama saya memandang wajah isterinya, ya.. wanita ini bertuah. Mungkin di pandangan manusia, dia dianggap bernasib malang.. namun dipandangan Allah, wanita ini cukup bertuah.. wanita ini bersuamikan seorang yang mencintai Allah sehingga ke hujung nyawa, wanita ini melahirkan dan membesarkan zuriat kepada seorang mujahid..

Subhanallah...

"Kak.. bagaimana dengan ekonomi kak? Sebolehnya kak beritahulah saya sekiranya ada keperluan yang tidak mencukupi, boleh saya usahakan sesuatu untuk membantu.."soal saya.

"Semuanya cukup.. Rezeki yakin pada Allah..."katanya lembut. Dia memaklumkan 'budget' bulanannya dan sumber-sumbernya. pendapatannya RM10 sehari itu cukup untuk mereka..

Selepas sesi temu bual itu saya bangun dan ke tandas.. Ya Allah.... Sebenarnya saya mahu menangis tetapi saya tidak mahu menangis di hadapan ibu tunggal itu.

Kalau sebelum ini saya pernah ada rasa takut untuk memegang status 'janda', Ya Allah, izinkanlah saya untuk bertaubat....

Kalau sebelum ini saya pernah ada rasa ragu untuk menguruskan anak-anak tanpa bantuan suami di sisi, Ya Allah, izinkanlah saya untuk bertaubat.....

Kalau sebelum ini saya pernah lemah kerana kurang yakin pada diri sendiri, Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati ini, agar hati ini bisa tetap dalam keadaan tenang walau apa sekali ujian yang datang...

********

Saya meziarahi ibu-ibu yang anak-anak lelakinya hilang entah ke mana.
"Awal pagi, dia akan pergi menoreh getah.. Kami orang susah.. Dia perlu membantu keluarga... Selepas itu, dalam pukul 8 pagi, dia akan ke sekolah.. Dia mahu belajar dan sekarang dia baru tamat sekolah.. dalam proses menyambung pengajian diploma. hujung minggu pula, dia mengajar kanak-kanak secara percuma." luah ibu pemuda itu.

Saya merenung ke dalam wajah ibu-ibu itu. Saya tahu mereka merindui anak-anak mereka. Tentu rindu mereka itu tidak jauh berbeza seperti mana ibu saya merindui saya. Apa yang sama ialah, saya yakin ibu-ibu itu berbangga dengan anak-anak mereka.

"Mak.. apa yang penting mak kena selalu doakan anak-anak mak.. mak perlu merestui mereka, redha pada mereka.. kalau mereka dapat redha mak, hidup mereka dipermudahkan.. dan mati mereka mendapat syurga.. Orang beriman tidak takut mati.. sebab kita yakin yang kita akan hidup lebih panjang selepas mati ni.. "saya memegang peha ibu pemuda itu. Ada air mata yang bergenang di ruang matanya. Dia memegang tangan saya sambil mengangguk- angguk.

"Mak.. semua orang mesti akan mati, cuma cara yang berbeza. Belum tentu mereka yang sedang dikejar itu mati dulu, mungkin kita yang sedang duduk-duduk ini mati dulu!" saya tersenyum. Ibu-ibu itu turut tersenyum.

Ya Rahim... Engkau sungguh dekat... Pada diri saya ini tak ada apa-apa, namun Allah Ya Rahim memberikan saya terlalu banyak nikmat yang cukup mahal... nikmat ketenangan.. nikmat kedamaian.. nikmat-nikmat yang ramai orang sedang mencarinya!
*********

"Kak.. saya ke sini tanpa saya mengetahui apa sebenarnya tujuan kita disini.. dan saya juga tidak faham apa yang akak perjuangkan.. tetapi saya di sini kerana saya ingin kenal akak, saya berharap saya dapat dekat kepada Allah.."ucap seorang adik ketika kami dalam perjalanan ke Hatnyai, Thailand.

Saya kelu.

Dia tidak tahu siapa saya dan dia tidak tahu apa yang saya buat, tetapi mahu bertemu saya untuk mengenali saya sedangkan nyawa kami sama-sama ibarat telur di hujung tanduk. Dia cumalah seorang pembaca tulisan-tulisan saya sebelum ini.

Seandainya dengan pengorbanan saya yang sedikit ini dan dengan coretan-coretan ini dapat membuka hati insan lain, dapat menjadi asbab turunnya hidayah Allah dan dapat menjadi penguat kepada mereka untuk dekat kepada Allah.... Ya Malik... izinkanlah saya untuk terus menerus berada di jalan Mu ya Allah... izinkanlah ya Allah...

******
"Lillah, bulan depan sertai lagi ke?"soal sahabat NGO Patani.
"InshaAllah,"balas saya.
"Ibu sudah izin?" soalnya lagi.
"Ibu saya kata, dia sudah izinkan saya. Sekarang dia sudah bersedia dengan apa-apa kemungkinan.."terang saya.
Sahabat saya tersenyum. Saya faham senyuman itu. Semoga dalam kesempatan hidup yang sedikit ini, saya mahu buat ramai orang tersenyum.. Moga-moga apabila saat akhir nyawa saya, saya mahu pergi dalam keadaan tersenyum juga...

Amin..


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

p/s: coretan dari Yala, Selatan Thailand

Rabu, 5 Mei 2010

inilah jalan yang telah aku pilih


"kak, kenapa mereka buat macam ni? kenapa kita nak buat baik tapi kita dianggap macam orang jahat?" tersekat-sekat suara si adik menangis dari dalam telefon.

"kalau adik yakin apa yang adik buat ni betul dan Allah kata betul , adik tetap betul biarpun satu dunia kata adik salah.."jawab saya.

Si adik masih menangis. Petang nanti dia akan menghadapi final exam. Pihak berkuasa pula asyik mengganggu dengan panggilan ugutan menakut-nakutkan si adik. Saya sedikit terkilan mengenangkan nasib kami yang dilayan seperti orang jahat sedangkan kami bekorban demi membantu saudara kami yang tertindas.. kami berjuang membantu nasib kira-kira 2000 janda di Pattani dan kira-kira 4000 anak yatim di Pattani.

"Sudah. Jangan menangis! Kita pemimpin kena cekal hati. Kena kuat semangat. Kalau kita menangis, siapa yang orang bawahan kita mahu bergantung? Cukup hanya kepada Allah untuk kita takut. Kakak nak adik fokus exam petang ni. Jangan menangis. Pergi belajar. Fokus. Hargai setiap masa yang ada. Kakak tak nak keputusan exam ni nanti jadi punca fitnah menyebabkan orang mengutuk kerja dakwah kita. Pergi solat hajat, berdoa pada Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah." saya bersuara tegas.

Saya masih seorang anak ketika saya seorang pejuang.. apa perjuangan saya?
membela nasib anak-anak yatim..
membela nasib ibu-ibu tunggal...
membimbing remaja-remaja yang terlanjur supaya kembali kepangkal jalan...
itulah perjuangan saya..

apabila emak abah merestui saya, saya tidak perlukan restu sesiapa lagi..


Ketika saya menyambung pengajian di peringkat master sebelum ini, saya pernah diberi pilihan
a) meninggalkan perjuangan saya dan meneruskan pengajian demi masa depan yang cerah
atau
b) meneruskan perjuangan dan dipaksa meninggalkan pengajian.

Saya memilih perjuangan.. pedih. tapi Allah mengubat dengan dekat padaNya..

Ketika itu dunia menghina saya tetapi Allah memelihara saya. Saya menyusun semula hidup saya dan mula mencari pekerjaan. Akhirnya saya temui sebuah kedamaian di celah kekalutan hidup. Saya temui sebuah kemanisan di celah kepahitan hidup. Alhamdulillah..

Saya tidak tahu mengapa hati ini semakin kuat untuk kekal di jalan ini meskipun ujian yang datang semakin besar. Barangkali ini kesan dari doa-doa yang dipohon saban hari agar kekal di jalan Allah...

Saya tidak pernah melihat akaun bank saya kering kontang. Dan minggu ini saya melihatnya. Ya, saya bekerja. saya bukan penganggur. Saya sudah bersedia untuk melalui detik ini kerana saya biasa membaca kisah perjuangan orang lain yang diuji dengan kemiskinan.

saya bertanya pada sahabat baik saya "Lillah boros ke?"

"Lansung tidak boros untuk diri sendiri. Tapi sangat boros untuk orang lain."kata Romlah.

Saya yakin Allah menjaga rezeki hamba-hambaNya. Saya tidak sedih jika saya tiada duit kerana saya tahu saya telah memanfaatkan duit itu untuk Allah. Apa yang saya sedih ialah saya tidak dapat membantu orang yang memerlukan ketika saya tidak berduit.

Sebelum ini saya tidak pernah dikejar pihak berkuasa.. dulu setakat pihak sekolah dan orang tertentu ganggu sikit-sikit tu adalah. Tetapi tak adalah sehingga di anggap orang jahat. Saya tidak pernah terlibat dengan politik parti apa-apa. Saya non partisan. Tapi kini saya berada dalam pengawasan polis. Hm.. sebab? Malaysia mengambil dasar berkecuali dalam menangani isu Selatan Thai. Sedangkan saya pula memperjuangkan nasib saudara-saudara di sana. Maka saya telah dianggap menggugat keselamatan negara?


Sahabat-sahabat bertanya : Tidak takutkah kamu?

Saya menjawab : Ya, saya takut.. tapi kalau saya tak buat semua ni, siapa lagi nak buat?


saya call emak : mak, kenapa mereka buat kami macam ni? Kami buat perkara yang betul...
mak jawab : sebab orang yang betul tu sikit. orang yang salah tu ramai. jadi yang sikit kelihatan seperti salah. Yang ramai seperti betul.

kepada pembaca-pembaca yang dirahmati Allah, doakan kami.. doakan keselamatan dunia akhirat kami.. doakan kekuatan iman kami..

“Tidak beriman seorang daripada kamu selagi ia tidak mengasihi saudara muslimnya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Di akhirat nanti, kita bakal ditanya apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita di Pattani? Ambillah teladan daripada burung kecil yang mahu membantu memadamkan api tatkala Nabi Ibrahim dibakar Namrud. Ingatlah, tidak berbuat apa-apa itu satu dosa apatah lagi mereka di Pattani adalah saudara kita.

untuk membantu, sila lawati amanpattani.blogspot.com

Ya Allah yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur ImanMu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redhaMu
Moga sinarMu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali padaMu Rabbi
MengadapMu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

aku mencintaiMu ya Allah....

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 23 April 2010

rindu itu adalah anugerah Allah...

menjadi seorang pendakwah..
ibarat menjadi seorang ibu yang mendidik anak-anaknya dengan kasih sayang..
memberi anak-anak bimbingan dan tunjuk ajar..
memberi semangat..
dan memberi kekuatan…
jangan berhenti dalam memberi kerana mereka adalah tanggungjawab kita..
menjadi seorang ibu, bertanggungjawab untuk memberi kasih sayang yang tidak putus, tidak mengenal waktu dan jarak, tidak mengenal putus asa, tidak mengenal jemu..
dan sentiasa berdoa di malam hari…
lakukanlah semua itu..
moga kalian terus dalam kebaikan.. :)

Demam…. batuk-batuk.. tapi tak rasa macam demam..
3.45 petang… sampai je ke USM, terserempak dengan adik-adik ex-Mt.. semua mengucap kata rindu pada saya.. dan mahu bersembang lama tapi saya dalam keadaan tergesa-gesa.. maafkan kak lillah.. kak lillah kena pergi cepat, ada banyak appointment..

1) appointment dengan ex roomet 2nd year & 3rd year (4.00petang-5petang)

ini kad raya dari dia.. sweet~ ;)

“Lillah.. makan ubat, kamu ni.. dari dulu sampai sekarang masih sama ja sibuknya…”komen sahabat saya. Dia sangat-sangat memahami saya. sangat-sangat kenal saya.. sangat-sangat banyak membantu saya.

“Tidur sini malam ni?”tanya dia. wajah dia berseri-seri.

“Err.. tak kot.. nak singgah kejap je ni, nak pergi bilik adik roomet lama.. dah janji nak jumpa dia.. takut lepas ni tak dapat jumpa dia dah..”jawab saya serba salah.


2) appointment meeting AMANI (5.30 petang-7.15 malam)

Bila nampak wajah adik-adik & sahabat-sahabat semasa meeting, hilang rasa sakit tu.. mereka penguat semangat saya.. mereka banyak bekorban untuk orang lain.. walaupun sibuk dengan urusan hidup masing-masing, di sini mereka berhempas pulas menjadi sukarelawan bekerja tanpa bayaran, semata-mata mengharap keredhaanNya.. apalah lagi yang boleh mencairkan hati saya melainkan melihat kesanggupan seorang hamba yang sanggup bekorban demi Islam? pandang-pandang abel, abel senyum.. pandang-pandang azila, azila senyum.. last-last main berbalas senyum semasa meeting. Saya tahu adik-adik itu rindukan saya.. kak lillah pun rindu kan korang tau.. serius!


3) appotment dengan NYDP1(8.15malam-10.15malam)

Masa yang suntuk sedangkan banyak urusan yang perlu diselesaikan. Ketika bertemu dengan adik yang menggantikan tempat saya dalam pimpinan PPMUSM, dia menegur “Akak… akak nampak letih sangat,”

Saya menjawab “Tak pa.. akak ok.. Apa lagi yang adik nak tanya pada akak, baik tanya sekarang..”.

semoga pertemuan kami malam semalam memberi makna yang besar dalam hidup kami.. dan juga dalam dakwah kami.. semoga Allah menguatkan langkah kami untuk terus istiqamah dalam memperbaiki diri dan mengukuhkan iman.. semoga Allah memelihara keikhlasan ini..


4) appointment dengan ex roomet 4th year (11 malam-12 malam)

“bila next paper?”soal saya. sekarang musim exam.

“esok kak,”jawab dia.

“esok?? oo.. ”saya terkejut. saya tak mahu dia terganggu dengan kehadiran saya. dia tentu nak pulun study saat-saat terakhir ni..

kami bersembang-sembang.. tapi agak tertahan, banyak yang tak dapat nak luah sebab ada orang lain di situ.. dia pun sama.. jam dah pukul 12 malam.. saya dah sangat exhausted..

“kenapa akak datang?” soal seorang kawannya. barangkali pelik melihat saya muncul tiba-tiba di malam hari.

“saja.. saja nak mengacau dia..”saya tersenyum. sebenarnya sudah banyak kali ex-roomet saya ni menghantar sms memanggil saya menjenguknya.. katanya rindu sangat..
kami sempat menjadi roomet sekejap je.. tak sampai 6 bulan. dan dalam tempoh tu, saya selalu sangat tak ada di bilik.. saya asyik sibuk dengan persatuan dan kerja part time.. kebanyakkan masa dia bersendirian di bilik.. tetapi jika saya ada di bilik, saya akan memanfaatkan masa untuk dia dengan sebaik-baiknya.. selalunya kami akan bersembang dan saya akan memberi berton-ton nasihat.

dia datang dari keluarga yang bercerai-berai.. tiada sesiapa yang mempedulikan dia.. dia bebas menentukan apa yang dia mahu dalam hidup.. ada kalanya dia tersasar.. apatah lagi darah muda sangat banyak cabarannya..

Di hati saya, dia istimewa… setiap insan yang Allah hantarkan kepada saya, saya akan terima dengan hati yang terbuka.. saya yakin bahawa Allah tidak mentakdirkan sesuatu itu secara sia-sia.. setiap pertemuan pasti ada hikmahnya.. dan saya yakin dia pasti ada sesuatu kelebihan dan keistimewaan yang saya boleh belajar dari dia ..
ya, antaranya yang saya telah temui ialah dia seorang yang cekal!

Saya tidak tahu apa keistimewaan saya terhadap dirinya.. Cuma yang saya tahu, dia tidak mahu kehilangan saya. berkali-kali dia katakan pada saya supaya jangan lost contact, sebab dia tak tahu dimana nak cari pengganti saya.. terharunya saya…

“Belajarlah.. esok exam kan.. akak nak balik..”saya sempat baring-baring di tilam dia. tak larat sangat sebenarnya masa tu…

“ala.. akak tidurla sini.. kak, saya study, akak baringla..”pujuk dia.

“takpe.. akak tak mau kacau kamu study.. study2.. final exam ni penting..”jawab saya.

“akak tidurlah sini.. saya boleh study. akak tidurla..akak…”pujuk dia.

Saya berkeras untuk tak nak juga tidur. sedangkan dalam hati memang tak sampai hati nak menolak.. apatah lagi menolak permintaan orang yang kita sayang..

“Buat yang terbaik untuk esok!”saya memeluk dia erat-erat sebelum melangkah pergi.

“Kak.. nanti kita jumpa di KL ya..”balasnya.

Saya meninggalkan bilik dia.. dan bila dah jauh sikit dari bilik dia, saya berjalan sambil menangis..
Ya Allah.. saya sayang dia.. saya sayang dia.. berikanlah dia hidayah.. berikanlah dia kebahagiaan dunia akhirat.. berikanlah dia kemanisan cintaMu.. ya Allah.. saya sayang Dia… sayang sangat-sangat… Lindungilah dia…. lindungilah dia… ya Allah…

akhirnya saya tidur di bilik ex roomet 2nd year & 3rd year.


pagi tu bangun awal..


teringatkan seorang lagi adik yang asyik menyebut rindu.. saya ada 30 minit sahaja masa berbaki sebelum teksi sampai. saya menguatkan hati untuk bertemu dengan adik tu.. Demam saya makin kuat. rupa-rupanya si adik pun sedang demam.. ikutkan hati mahu sahaja saya pergi ke bilik dia, menziarahi dia.. moga bila dia nampak wajah saya, dia gembira dan cepatlah sihat.. tapi saya tak larat sebab saya pun kepala berpusing-pusing..

“makan ubat ni.. ni ubat demam.”arah ex roomet saya.

“tapi tadi dah amik 2 biji panadol..”jawab saya.

“ubat ni kuat.. ” kesian saya tengok sahabat saya yang risaukan saya ni. demi tak nak buat dia risau, saya makan lah 2 biji lagi ubat demam.. nampaknya sekarang saya dah amik dos berlebihan.. errr…


bas bertolak ke KL.. hati rasa lapang dan damai… Alhamdulillah..

Sebaik sampai di stesen Duta, emak dah tunggu.

“mak.. macam mana kakak nak mengajar petang ni?… nak berdiri pun tak boleh..”saya mengadu pada emak. emak diam. emak pun tak tahu nak jawab macam mana. emak tahu saya pasti tak nak cancel class.

my students sedang drawing animal & plant cell di depan..

sebaik masuk ke kelas tuisyen.. sebaik terdengar suara anak-anak murid saya.. sebaik memandang wajah-wajah nakal mereka… hilang segala tak larat..! hilang segala sakit..! mengajar dengan penuh semangat.. ! best sungguh! bahagia sungguh! Alhamdulillah… :D

“mak tahu sangat kakak ni.. bila dia jumpa anak murid dia, bila dia jumpa kawan-kawan dia, mesti dia automatic jadi sihat.. ”kata emak semasa kami makan malam bersama…

hehe… seronoknya rasa..

esok sahabat-sahabat saya akan pergi ke selatan thai untuk hantar bantuan AMANI..
di facebook, ustaz Kamaruddin, penasihat AMANI menulis :
Waheeda,Munirah dan Saiful ke Patani dan Yala esok.
maaf saya tak dapat bersama ... didoakan selamat dlm perjalanan pergi dan balik ... anak muda yg komited ke sana walpun dlm situasi pergolakan .. semalam ada dua letupan di patani ...ramai yg cedera dan ada yg mati di balai polis patani .. mereka tetap tabah dan sabar utk hantar bantuan utk anak yatim di Siburi ...saya rasa bersalah tak dapat mengiringi mereka ke sana kali ini ..rasa gelisah membiarkan anak2 muda ini ke sana .. orang dewasa dan lama sibok dengan anak bini dan harta dunia. sepatutnya kita sama-sama susah, sama2 hadapi risiko, sama2 mati dlm perjalanan dakwah ...insyaAllah jika saya ada jugak ruang akan saya susuli anda semua ...


Allah ya Rabbi… hati ni rasa gelisah mengenangkan keadaan di sana sedang tak aman. Lekas-lekas saya call kak waheeda (kak wa).

“lillah demam ke?”soal kak wa sebaik mendengar suara saya.. ya Allah, saya rindukan suara kak wa!

“ha’ah.. akak.. akak nak pergi esok kan.. erm.. semoga kita semua mendapat penghujung hidup yang baik…”kata saya.

Saya mahu hilangkan rasa gelisah yang bersarang di jiwa. saya mahu gembira bila orang-orang yang saya sayang pergi berjuang kerana Allah. saya mahu bangga bila orang-orang yang saya sayang menempah syahid kerana Allah.. saya mahu yakin dengan sepenuh hati bahawa orang-orang yang syahid itu tempatnya di syurga Allah yang indah… saya mahu begitu!!

“eh lillah.. doakanlah supaya akak selamat pergi dan balik…” kak wahid tergelak.

“hehe.. ye..amin..amin.. moga akak selamat balik.. amin..”balas saya.

Inilah secebis rindu daripada yang berpeti-peti banyaknya perihal rindu yang tersimpan di hati.. selebihnya biarlah menjadi rahsia… rindu yang dititipkan atas landasan perjuangan kerana Allah.. segalanya kerana Allah.. rindu itu akan sangat mencengkam apabila ianya tidak dapat diluahkan.. hendak diluah, dibimbangi akan mengganggu insan yang dirindui.. jadi dibiar rindu itu tersimpan erat dalam hati.. hanya Allah yang mengetahui segala isi hati..

ya Allah, peliharalah rindu ini agar ianya sentiasa bersandarkan kerana Mu semata-mata..

Jangan biarkan diri kita hidup sendiri..
Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi..
Carilah insan yg dapat membimbing hati..
Agar hati terjaga hingga kita bertemu ilahi..
Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri..
Rosaklah ia binasalah diri.. Hanya Iman dan taqwa pencuci hati..
Agar diri sentiasa bercahaya ketika menemui ilahi..
Hati adalah seketul daging dalam diri..
Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi..
Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi..
Lembutkan lah ia dgn membaca al quranul karim..
Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi..


link ke blog Munira

link ke catatan kak wa



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Ahad, 18 April 2010

dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

Hari Jumaat minggu lepas. saya terjaga pukul 3.30 pagi kerana sahabat sebilik saya jatuh sakit. Selepas membantu sahabat saya, saya terus untuk bersolat malam dan bermunajat. Alhamdulillah.. pagi jumaat yang tenang dan mendamaikan... semoga keluarga dan sahabat-sahabat saya yang dekat dan jauh sihat-sihat tubuh badannya dan sihat-sihat imannya... semoga kita semua dipermudahkan untuk melakukan amal soleh...

"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu,
dan cinta kepada orang yang mencintai-Mu,
dan apa sahaja amalan yang menyampaikan daku pada cinta-Mu."


"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu itu lebih aku hargai
daripada air sejuk bagi orang yang kehausan."


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon Cinta-Mu,
dan cinta orang yang mencintai-Mu
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada Cinta-Mu."


"Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku
daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia kekuatan
untukku mencintai apa yang Engkau Cintai."


"Ya Allah, dan apa sahaja yang Engkau singkirkan
daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia keredhaan untukku
dalam mencintai apa yang Engkau Cintai."


"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu
sesuatu yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku,
hartaku dan air sejuk pada saat kehausan."


"Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu,
malaikat-Mu, Rasul-Mu,
(serta) hamba-Mu yang soleh."


"Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan Cinta-Mu,
dan jadikanlah aku bagi-Mu
seperti yang Engkau Cintai."


"Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu
dengan segenap cintaku
dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."


Amiin.. Ya Rabbal 'Aalamiin.

**(Hadis riwayat At-Tirmizi:
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
'Inilah du'a yang biasa dipohon oleh Nabi Daud a.s.'.)

Pagi jumaat itu saya menerima sepucuk surat yang ditujukan kepada abah.. dada terasa sedikit resah, lantas segera dicapai Al-Quran.. Abah balik rumah sebelum solat jumaat. sementara abah menunggu adik saya bersiap sedia untuk ke solat Jumaat, abah melihat-lihat pokok-pokok di luar pagar. Saya mengintai dari tingkap bilik.


Ya Allah.. apakah yang dapat saya selaku seorang anak perbuat supaya dapat mengembirakan hati insan yang saya hormati dan kasihi ini?
Ya Allah.. saya pohon kekal menjadi penyejuk mata dan penyejuk hati mak abah di dunia akhirat...
apakah yang dapat saya lakukan?

Selepas zohor, saya mendapat berita gembira.. Adik saya mahu keluar 3 hari untuk mengikuti jemaah tabligh. Alhamdulillah.. saya tidak kisah dia mahu sertai jemaah mana selagi jemaah tu berpaksikan AlQuran & Sunnah. apa yang penting ialah dia pergi berdakwah setelah mendapat restu mak abah.

3.30 petang.. saya mendapat berita mengejut tentang toksu malek masuk ICU. Toksu Malek dan isterinya, Toksu Tini sangat banyak membantu saya semasa saya belajar di USM. Kali terakhir kami bertemu ketika saya berkonvo, Mac lepas..
"Mak.. kita kena pergi sana mak..."

4.00 petang.. mak bagitahu yang Toksu Malek dah kembali ke rahmatullah pukul 3.30 petang tadi.. Innalillah..
Segera saya ke sejadah menanti solat asar. Saya yakin Toksu Malek ditempatkan bersama orang-orang yang baik.. saya kenal beliau semasa beliau masih hidup, beliau memang orang yang baik..

Sabda Rasulullah:
Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

Saya menangis.. bukan kerana saya rasa kehilangan.. saya menangis kerana saya rasa takut sangat memikirkan bagaimanakah penghujung hidup saya? bagaimana penghujung hidup emak abah saya? bagaimana penghujung hidup adik-adik saya? bagaimana... bagaimana....
Abah sms bagitahu yang pukul 12 malam nanti kami akan bertolak ke bukit mertajam, penang.

selepas asar, saya menyediakan sedikit minum petang untuk adik saya yang akan meninggalkan rumah demi mencari redha Allah.. walaupun jujur saya ni tak pandai masak-masak ni, buat air pun tak reti.. tapi semangat nak bagi dia makan. Saya tak dapat nak join dia, semoga Allah memberkati dia yang mahu keluar kepadaNya.. Semoga Allah memberkati ahli keluarga yang ditinggalkan keranaNya... Permudahkanlah ya Allah..

Adik bongsu saya, Fadilah merengek meminta saya membawanya ke kedai buku. Kebiasaannya emak yang bawa dia ke sana. Tapi emak dah keluar sebab nak hantar adik lelaki saya tadi. So selepas dapat keizinan mak, saya pun ke kedai.. fadilah tak sihat, jadi lepas tu kami singgah klinik.. dekat pukul 10 malam barulah sampai rumah.. balik tu, siap-siap packing untuk bertolak ke bukit mertajam..

Pukul 12 mlm abah sampai, kami bertolak ke rumah arwah toksu malek di Bukit Mertajam..
Cepatnya masa berlalu.. Pejam celik pejam celik.. Malam itu gelap.. tiba-tiba teringat yang saya belum baca Quran malam tu. selalunya sebelum tidur, saya akan mengaji dulu..

Ya Allah.. kalaulah saya dapat hafal isi kandungan Al-Quran, tentu saya boleh mengaji di mana-mana sahaja.. sambil buat kerja pun saya boleh mengaji... Ya Allah.. hidupkanlah Al-Quran dalam hati ini.. Ya Allah.. jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dalam kubur.. jadikanlah solat malam ku sebagai cahaya di dalam kubur.. Jadikanlah anak-anak dan keturunan kami termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa memelihara Al-Quran di dalam dada..






Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 31 Mac 2010

ingin menjadi KAFIL anak yatim syuhada' Ghazaa Palestin ?

Palestine Matt Miller 3

Some beautiful Palestinian kids. Their youngest brother was killed by the Israeli military


Abu Sharaf :

BERITA BAIK DARI YAMAN!!! Ingin menjadi KAFIL anak yatim syuhada' Ghazaa Palestin yang ditinggalkan kerana bapanya gugur mempertahankan bumi Islam Palestin, Masjid Al-Aqsa. Ayuh saudara, ana baru melawat pejabat Yayasan Menjaga Anak-Anak Yatim Palestin di Yaman. Dengan USD 150 sebulan anda akan diberikan seorang anak yatim Ghazah lengkap dengan butiran peribadinya yang akan diposlajukan ke alamat rumah anda.

Hanya Yaman sahaja menerima program ini dan rakyatnya yang miskin berpakat berkumpulan untuk menyara seorang anak yatim. Anak-anak yatim ini diprogramkan menjadi hafiz sebelum dilatih menjadi mujahid, bayangkan besarnya pahala akan anda perolehi selain menjadi kafil anda juga membesarkan mujahid. Anda tak boleh ke Al-Aqsa dan berdepan Israel dengan batu, tapi dengan program ini anda telah melahirkan seorang mujahid!

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang Ansar yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.

Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Al-Anfal: 74-75)



Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

(At-Taubah: 100)


Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredhaan serta Syurga, mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar

(at-Taubah: 20-22)

p/s: saya masih mengumpul maklumat lanjut.. inshaAllah nanti saya akan inform perkembangan nya..

p/s/s: Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al-Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya menghafaz Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagi setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya cukup untuk dibaca di dalam solat.

Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasa Aarab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara. Justeru, orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang memelihara Al-Quran daripada hilang. Ia menyimpannya di dalam dada, dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang.



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....