Rabu, 28 November 2012

Bulan bermuhasabah

Bulan ini agak sempit untuk kami yang bekerja di HTBTP. Maklumlah sudah cuti sekolah. Sesi 2012 telah selesai. Kini kami bergantung kepada pendaftaran baru sesi 2013 yang ternyata tidak memberansagkan.
Petant tadi bayar gaji staff bulan November. Selepas dikira-kira salah seorang itu gajinya cuma RM200++ sahaja. Kebiasaannya gaji beliau RM1800. Semua ini kerana kelas yang diajar oleh beliau terlalu sedikit dan bilangan pelajar juga terlalu sedikit. Saya memujuk beliau supaya mengambil gaji 'advance' ditarik dari bulan hadapan kerana ternyata RM200 itu terlalu sedikit!! Beliau enggan.

:'(

Saya mengusik teman serumah beliau yang juga adalah pekerja saya. "Yati, kalau nampak Zura makin mengurus, bagitau akak tau.."

Yati ketawa. Yati menjawab "Zura, kau rasa kau akan mengurus ke kalau tak ada duit?"
Zura ketawa. "Tidak punya.. Walaupun duit tak ada, makan tetap macam 'heaven'"

Haha...

:)

Yati menambah "Kak Lillah.. Jangan risau. Keluarga Yati pun sebenarnya tak banyak duit. Ayah pun tak bekerja tapi kami makan sedap-sedap, kenyang.. dan boleh gemuk! Rezeki itu datang dari arah yang tidak disangka-sangka."

Zura menambah "Betul.. Betul. Inshallah ada rezeki nanti."

:)

Alhamdulillah. Bertuahnya saya dapat pekerja-pekerja yang baik begini. Semoga Allah memberkati setiap usaha kami dan melapangkan urusan kami di dunia dan akhirat.

Allahuakbar!

Rabu, 21 November 2012

Buat Bakal Suamiku

Buat bakal suamiku...
Inshaallah 
Andai ada jodoh
Kita bertemu di dunia

Inshaallah 
Andai ada jodoh 
Kita membina masjid bersama

Inshaallah 
Andai ada rezeki
Kita miliki anak-anak sendiri

Inshaallah
Saatnya bakal tiba
Bagaimanakah persediaan kita?

Wahai bakal suamiku
Cinta agung adalah cinta-Nya
Cinta manusia sering membuat alpa

Wahai bakal suamiku
Ibu bapamu lebih berhak terhadapmu berbanding isteri dan mertua

Wahai bakal suamiku
Dahulukan-Nya kerana di situ syurga
Dahulukan ibu bapamu kerana di situ redha-Nya

Wahai bakal suamiku
Aku memuliakanmu kerana Allah memuliakan suami ke atas isteri
Aku terpikat padamu kerana iman, bukan pada rupa
Aku kagumi pengorbananmu, bukan kerana darjat
Aku kasih pada zuhudmu, bukan pada hartamu

Wahai bakal suamiku
Aku tidak mahu menjadi penghalang kejayaanmu
Aku tidak mahu menjadi fitnah kepada agamamu
Aku mahu melihatmu berjaya dalam impianmu
Aku ingin menjadi pendokong dalam kejayaanmu

Wahai bakal ayah kepada anak-anak ku
Andai dirimu pergi dahulu
Semoga anak-anak kita dapat mengenalimu dengan nama yang indah
Inshaallah akan aku asuh dan didik mereka menjadi kebanggaanmu di akhirat
Usahlah khuatir kerana kami ada Allah sebaik-baik pemelihara

Andai diriku pergi dahulu
Semoga anak-anak kita dapat mengenaliku dengan nama yang baik
Asuhlah dan didiklah mereka supaya di akhirat aku dapat berbangga kerana melahirkan mereka
Usahlah khuatir kerana kalian ada Allah sebaik-baik pemelihara

Wahai bakal suamiku
Aku mendambakan cinta suci terpelihara
Aku mendambakan redha dan doamu mengiringiku ke syurga

Hanya Allah yang tahu siapa dirimu
Moga suatu hari nanti di hadapan Allah kita dapat tersenyum gembira kerana tergolong dalam kekasih-Nya.

*Lillah 14/11/2012*

p/s : Tunang belum tentu suami

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....