Ahad, 31 Julai 2011

Buat diriku yang terlupa... (part 1)

Secebis teguran untuk diri saya yang terlupa daripada seorang sahabat.... Saya kongsikan di sini bukan bertujuan untuk mengaibkan diri sendiri atau orang lain... Saya berharap kita semua yang membacanya dan insan yang menulisnya mendapat pahala yang mengalir tanpa henti walaupun setelah kami mati... :'(

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalalamualaikum warahmatulla hiwabarokatuh.

Alhamdulillah. bersyukur kte kehadrat illahi, masih diberikan nikmat-Nya,
masih diberikan kesempatan utk berbuat baik kpda ibu bapa kte,
masih diberikan waktu utk kte beribadah, memohon kpda-Nya,
masih diberikan nafas, nikmat anggota utk bersujud kpda-Nya,
masih diberikan ruang utk saling nasihat-menasihati, saling ingat-mengigati,
Maha Suci Allah Yang Memiliki Arasy Yang Agung,
Maha Suci Allah Yang Mempunyai Rahmat,
Maha Suci Allah Yang Maha Melihat dan Mendengar setiap hamba-Nya,
dan Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui Segala Rahsia Di Langit dan Bumi.
Tiada pujian seindah itu, hanyalah kepada Allah Ta'ala.

Dengan Rahmat-Nya, kte masih saling menginsafi diri,
saling mengigati, saling membetulkan kesilapan diri
dan saling mensyukuri.

Alhamudlillah. terima kasih akak krana berkongsi
sedikit cerita tentang Kebesaran Allah, Keagungan Allah.
izinkan sy meminta maaf, kerana tidak sempat membalas
kiriman email akak smlm.

Alhamduililah, sy sdh mbaca kisah akak.
kisah seorang hamba Allah yg mencari keredhaan-Nya.
sy juga manusia biasa, tiada kelebihan yg Allah hadiahkan,
cukup sekadar iman yg kukuh, hanya itu yg slalu sy minta kpda Allah.

Mentaati ibu bapa itu adalah wajib. Ibu bapa ini adalah kurniaan Allah
kpda kte smua. dikurniakan utk membimbing kte, mencari jalan yg
diredhai, menjaga iman dn dijadikan bekalan apabila mereka
kembali kpda Allah nanti.

Tersentuh hati sy seketika, saat akak mceritakan tentang hrapan
ibu dn bapa akak yg mahu akak menyambung master,
mereka begitu mengharapkan yg terbaik utk anak mereka,
mereka takut jika di akhirat nanti, Allah bertanya apakah
tanggungjawab yg telah mereka laksanakan kpda Allah?
ibu itu, begitu mulia di sisi Allah, Rasullullah S.A.W menyebut sbanyak
3 kali kemudian barulah ayah. jelas bahawa ibu ini begitu tinggi
darjatnya disisi Allah.
cuma, sy agak keliru sdkit apabila akak kata, akak amat sygkn ibu,
akak mentaati sgala yg ibu hajatkan, yg ibu suruh
sehingga akak sanggup ______________________________.
begini, mmg syurga itu dibawah tapak kaki ibu bg seorang anak,
syurga isteri pula adalah dibawah tapak kaki suami. itu smua
janji Allah. semua umat manusia sudah jelas.
ttp, jika kte tdk mpunyai iman, kte akak sesat wlaupun sesaat.
dlm kes akak, sy faham, mentaati ibu bapa adalah wajib, tetapi
biarlah dgn niat dn iman yg betul.
kte mentaati ibu bapa kte krana Allah, kte mentaati Allah
melalui ibu bapa kte. itu yg sebaik-baik iman.
jgn kte mentaati ibu bapa krana terpaksa mengikut semua
yg disuruh, ia berbeza.
jika kite mentaati Allah, tetapi melalui ibu bapa, maka redhalah
dgn setiap ketentuaan Allah, Allah itu Maha Mengetahui.
tersimpan disisi-Nya dgn begitu banyak Rahsia yg kte tidak tahu.
Subahanallah, Maha Suci Allah.
ini yg kte slalu tersalah dlm mencari iman.

jika ibu meminta duit, jika ibu meninta itu, ini,
pasti akan lahir dlm hati kte perasaan was-was.
bukankah was-was itu dri syaitan yg dilaknat?
timbul la rasa marah, benci kpda ibu atau bapa.
bile kte tdk dpt menturuti permintaan mereka,
kte mula menyalahkan takdir Allah,
kte mula merasa terkongkong, merasa benci.
ttp tahukah kte bhawa Allah itu Maha Melihat?
Maha Mendengar, Maha Esa?

apabila kte membetulkan iman kte,
insya'allah, segala ketentuan itu, dipelihara oleh Allah.
sbgai contoh, " ak beri wang ini, hasil kudratku, hasil kerja yg halal,
hasil kerja yg Allah redhai, hasil nikmat yg Allah beri, ak hadiahkan kpda
ibuku dn ayahku kerana mereka telah melahirkan ku, membesarkanku, hanya kepada
mereka ak mentaati-Mu Ya Allah, hanya kepada mereka, aku memohon
keredhaan-Mu Ya Rahman, hanya kepada mereka, ak berserah kepada-Mu
Ya Rahim..ampunilah dosa mereka, berkatilah mereka, rahmatilah mereka, amin."
inilah sbnarnya kemanisan iman yg sebenar-benarnya.
kte manusia ini, sering melakukan dosa, mudah sombong dgn Allah.

kte mudah lupa, mudah lalai, mudah tersesat.
mohonlah kpda Allah, iman yg kuat, hati yg slalu mengigati Allah,
hati yg selalu mensyukuri nikmat-Nya.

berkaitan pula dgn master, result, biasiswa dn supervisor.
Alhamdulillah, tersimpan disisi-Nya Rahsia, dimana semua makhluk ciptaan-Nya
tidak ketahui sedikit pun melainkan dgn rahmat dari-Nya.

[255] – Ayatul Kursi Surah Al-Baqarah
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Kursi Allah ni begitu luas, sbb tu Allah kurniakan nikmat kpda
hamba dia, dgn kepandaian, kebijaksaan, utk dia manfaatkan nikmat Allah itu.
dgn nikmat Allah itulah, manusia itu mjadi seorang yg berakal,
menjadi seorang doktor falsafah, pensyarah, mahunpun guru.
tetapi, dgn nikmat Allah jugalah mereka menjadi riak, sombong.
dengan nikmat Allah juga la mereka berlaku zalim, menindas mereka yg lemah.
usahlah kte gentas, usahlah akak takut kpda manusia, mreka juga
hamba Allah, mereka juga lemah, cma mereka lupa,
siapa yg memberikan nikmat itu, mereka riak, mereka sombong.
bukankah sudah dijanjikan Allah bahawa akan dtg hari pembalasan itu?
bukankah Allah akan mengadili segalanya dn tiada seorang pun yg akan dianayai?
mengapa kte harus takut akak?
mengapa? apa yg Allah janjikan, pasti akan dia tunaikan.
Allah tidak memungkiri janji, Allah itu Maha Suci. Maha Mulia, Segala Pujian Hanya Untuk Allah.
tp, hakikatnya, kitelah manusia yg lupa, yg sombong, yg alpha.
jgn la kte risau, jgn la akak menyalahkan diri akak krana tidak
dapat memhadiahkan segulung master utk ibu dn ayah.
jgn la akan rasa berputus asa, bukankah Allah sudah menjanjikan sesuatu
kebahagiaan kpda kte nanti? bukankah janji Allah itu benar?
mengapa masih ramai yg mendustai.
memohonlah keredhaan Allah, supaya ibu dn ayah kte
mdapat pertunjuk, meredhai segala ketentuan illahi.
jgn dilihat nikmat dunia, tolehlah, lihat nikmat akhirat
yg telah Allah janjikan. tidakkan kte mahu mencari keredhaan Allah?
tidakkah kte mahu merasa nikmat syurga Allah?

rezeki Allah itu brada dimana-mana sahaja.
jika Allah mengizinkan, Dia akan izinkan,
jika Allah tidak mengizinkan, Dia tetap tidak izinkan,
jgnlah kte berasa putus asa dgn rezeki yg ada.
jgn la kte mengeluh, memarahi Allah jika kte xmampu menberikan hadiah
kpda ibu bapa, jgnlah kte menyiksa tubuh badan kte,
berlapar krana hanya ingin membahagiakan ibu bapa kte,

biarlah kte berlapar kerana mcari keredhaan Allah,
biarlah kte menangis, takutkan neraka Allah,
biarlah kte dikongkong, kerana mencari rahmat Allah,
biarlah kte dianayai, kerana mencari kenikmatan iman.

akak, sy juga berpesan kpda diri sy sndiri.
sy ni hamba Allah yg begitu lemah.
setiap hari, sy memohon supaya Allah memandang sy,
mendengar luahan hati sy, melihat sy bersujud kpda Dia.
sy tidak mncari kenikmatan dunia. sy hanya mencari kenikmatan akhirat.
sy rindukan Nabi Muahammad S.A.W, jika diberi peluang, sy ingin
menyentuh tubuh kekasih Allah, sy ingin mencium tangan kekasih Allah,
sy ingin duduk di samping kekasih Allah, sy ingin melihat kekasih Allah,
tp, bukankah smua itu sudah ditakdirkan?
kite hanya ditinggalkan dengan 2 perkara, Al-Quran dn Sunnah.
itulah panduan kte smua, jika kte lalai, kte akan sesat.
seperti burung helang yg sdg mencari makanan, jika dia lalai
wlaupun sesat, nescaya terlepaslah buruannya itu.
begitu kte dgn Allah, jika kte lalai, jika kte sombong,
jika kte alpha, kte akan smakin jauh dgn Allah.
kte akan semakin lupa dgn Allah.

Allah hadiahkan kte dgn hati. jika bersih hati itu, maka bersihlah imannya.
jika kotor hati itu, maka kotorlah seluruh imannya.
sy bersyukur, masih diberikan kesempatan, berkongsi tentang kenikmatan Allah.
sesama manusia. marilah kte sling ingat-mengigati, saling pesan-berpesan,
agar kte mendapat keredhaan Allah.
jgn la kte sombong dgn Allah, jgn la kte menderhaka dgn Allah,
jgn la kte lalai, terleka dgn nikmat dunia, jgn sesekali kte berasa
megah dgn nikmat yg Allah pinjamkan wlau hnya sketika.
jgn la kte berdabik dada dgn Allah, jgn la kte berasa tinggi, berasa hebat.
sujudlah kpada Allah, malulah kpada Allah,
bersyukurlah kepada Allah.

Alhamudilillah, gembira sy dgar bila akak dn asma membantu
remaja perempuan yg telah terpesong.
bimbing la mereka ke jalan yg diredhai.
bawalah mereka mengenali Allah,
suruhlah mereka bertaubat, takutkan Allah.
jgn disisih, syangilah mereka. mereka tersesat
kerna tiada siapa yg membimbing mereka.
sy tidak punyai apa utk mbantu, hanya sekadar doa.
tp, jika akak memerlukan bantu sy tentang nasihat,
tentang penggunaan komputer, software, insya'allah sy sedia membantu.
semoga kite mendapat kerahmatan dari Allah. :)

" jika satu hari nanti, Malaikat Izrail dtg menjemput kte, maka diberikan kte 2 pilihan :

1) Diberikan telifon, diberikan masa selama 2 minit, siapa yg akan kte hubungi?
2) Diberikan masa selama seminggu, kemudian Malaikat Izrail akan dtg kembali dn menjemput kte.

soalan sy, yg manakah pilihan yg akan kte pilih? jika kte memilih utk menalifon ibu kte,
adakah sempat kte memohon maaf atas segala dosa kte selama ini kpda ibu? atau mungkin ayah?
sahabat? jiran? guru? pensyarah? atau sesama umat islam?
atau jika kte memilih masa selama seminggu, sempatkah kte berbuat amal siang dn malam?
bersujud kpda Allah? tanyalah usia kte, sudah berapa tahun kte hidup, diberikan nafas,
diberikan dgn begitu banyak nikmat, tanyalah usia kte, apa yg kte sudah lakukan? .
adakah menghambakan diri kpda Allah? atau menghambakan diri kpada duniawi?
tanyalah diri kte ape yg telah kte lakukan...?

p/s: :'(

Khamis, 28 Julai 2011

Menghitung hari....

EmoticonsEmoticons

Excited. Happy. Berdebar. Tersenyum. Menangis. Sabar...

Semoga Allah memberi keampunan dan rahmat-Nya kepada diri kita, keluarga kita, sahabat-sahabat kita dan seluruh alam.....

EmoticonsEmoticons



Rabu, 27 Julai 2011

Keutamaan Berkasih Sayang Sesama Manusia


Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.”


Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta di antara mereka. 
Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.”
Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5


Selasa, 26 Julai 2011

Allah rindu mendengarkan rintihanmu....

11 malam. Saya baru sampai rumah. Segera saya bersolat isyak. Selepas bersolat terasa hati begitu sayu. Saya sengaja berlama-lama di sejadah berdoa. Bagai terbayang-bayang keletah anak-anak murid saya sebentar tadi. Kenakalan mereka membuat saya insaf. Kisah hidup mereka juga membuatkan saya berfikir-fikir tentang diri sendiri.

Ya Allah... Diri ini begitu lemah. Sememangnya setiap kali kelas hendak bermula, hati kecil saya akan berteriak "Ya Allah help me!!!". Mengapa saya menjadi begini? Kerana akhirnya saya sedar bahawa hanya kuasa Allah yang mampu membuatkan anak-anak murid saya duduk dengan tenang dan fokus di dalam kelas serta diberi kefahaman. Semuanya adalah kuasa Allah. Tidak kiralah sehebat mana saya berusaha hendak membuatkan mereka faham, saya akan tetap gagal jika Allah tidak mengizinkan. Maka setiap kali kelas hendak bermula, saya merintih di dalam hati meminta belas kasihan dari-Nya..... Adakalanya rintihan itu berterusan walaupun setelah kelas habis......

Selesai melipat telekung, saya merancang untuk masuk tidur. Mata terasa bengkak kerana menangis dan penawarnya adalah tidur.


Tiba-tiba hati terasa sangat nak check email.

Terkejut.
Ada satu email dari seorang sahabat yang sudah lama tidak bersua.
Sahabat lama....


Mari saya kongsikan email tersebut :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum Warahmatulla Hiwabarokatuh.
ape khabar Kak Lillah? Sehat ke? Alhamdulillah.
Semoga Allah melimpahi Rahmat-Nya kpada kte smua.
maafkan sy, jika email sy ini menganggu Kak Lillah.
sy sekadar ingin bertanya khabar dn berkongsi cerita
tentang ape yg selama ini sy lalui.
Alhamdulillah, Segala Puji Hanya Kepada Allah.
Zat yg Mulia, Maha Suci Allah.
sy hanyalah hamba Allah yg begitu kerdil.
entah adakah ruang utk sy disisi-Nya nanti.
Kak Lillah, sy bercerita ini, bukan utk membuka
pekung dn mengaibkan diri sy sendiri.
tp, sekadar mahu berkongsi kpda semua,
biarlah kite saling ingat-mengigati, saling nasihat-menasihati.
sekiranya akak ingin menjadikan kisah sy sebgai iktibar
kepada org lain utk saling mengigati dn menasihati,
Dengan Nama Allah, sy izinkan.
Akak, sejak sy mula melangkah masuk ke USM,
banyak yg telah sy lalui. 3 tahun sy disana, 3 tahun
sy menimba ilmu. dengan Rahmat Allah, Dia hadiahkan sy
segulung ijazah. kini, sy sambung pelajaran sy lg di USM,
untuk ijazah ke-2 dlm jurusan Bachelor of Architecture
selama 2 tahun. Alhamdulillah, sy telah habiskan
1 tahun di sini, kini berbaki lg 1 tahun.
sementara cuti semester ini, sy ambil peluang utk
bekerja di Penang. utk meringankan beban abah sy.
Alhamdulillah, dengan Rahmat Allah, hampir 2 bulan sy disini.
Insya'allah, hujung ramadhan nti, tamatlah kerja sy disini.
selepas aidilfitri, sy akan sambung baki pengajian sy di USM
selama 1 tahun.
kisah yg sy ingin ceritakan ini, adalah tentang sy.
hamba Allah yg begitu sombong. angkuh dn bongkak.
selama ini, sy tidak pernah memperakui bahawa Allah itu Maha Besar,
sy tidak pernah mengakui bahawa Allah itu Maha Agung.
sy lalai dengan dunia sy, sy banyak melakukan maksiat, sy banyak
melakukan dosa. dlm sedar atau tidak.
sy lupa Allah, sy tak cintakan Nabi Muhammad (S.A.W).
sy semakin jauh, sy smakin sesat.
sy semakin jahil.
sbgai bukti, org berikan sy amanah, sy tidak tunaikan.
dlu, Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM)
dibawah Pengerusi Saudara Rahimi. dia amanahkan sy
dibawah Biro Serikandi, ttp sy tidak tunaikan amanah itu,
malah sy memperlekehkan lg ape yg diamanahkan.
sy sombong, sy angkuh sesama manusia sndiri.
jauh akak, jauh sgt sy tersesat.
tp, Allah sentiasa memberikan Rahmat-Nya, Nikmat-Nya kepada sy.
ape yg sy minta, selalu dipermudahkan oleh Allah.
tp, sy sombong, sy angkuh dgn Allah.
sepanjang sy di USM, sepanjang sy menjadi manusia,
banyak laluan berduri yg sy lalui.
banyak lorong hitam yg sy gagahi.
banyak dosa yg sy kumpulkan.
dn banyak maksiat yg sy persembahkan.
jika dihitung pasir di tepian pantai, begitu banyaknya dosa
sy kpada Allah, begitu malunya sy pada Allah.
begitu kerdilnya sy pd Allah.
bulan rejab yg lalu. sy muhasabah diri sy sndiri.
adakah selamanya sy harus begini?
sombong dengan semua ciptaan Allah.
angkuh, lupa diri?
terus bergelumang dgn maksiat? dosa?
sampai bila? adakah sy tahu bila Malaikat Izrail akan dtg menjemput sy?
adakah pd saat itu, sempat lg sy memohon maaf pd Allah?

sepanjang bulan rejab, bulan Allah.
sy banyak mendekatkan dri kpada pemilik semesta alam ini, Allah.
jika dulu, sy slalu melengahkan sembahyang, selalu meninggalkan sembahyang,
kini, sy selalu berdoa kepada Allah, kuatkan iman sy, peliharalah solat sy.
Alhamdulillah, kini solat sy jaga, sy sering ke surau atau ke masjid.
sy takutkan Allah. sy takut Allah tidak memaafkan sy.
sy takut, kdg2 sy mengigil bila menyebut nama Allah.
airmata sy tidak henti saat sy merayu kpada Allah.
adakah peluang utuk sy bertaubat?
adakah Allah masih mahu menerima sy?
adakah Nabi Muhammad (S.A.W) mahu syafaatkan sy nti
di akhirat?

sepanjang sya'aban, perlahan-lahan Allah menarik
nikmat-Nya kpda sy. duit sy habis.
sy tidak punyai duit utk makan, ape yg ad,
itu yg sy syukuri.
Allah itu Maha Mengetahui.
mungkin ini adalah ujian Allah buat sy.
selama ini sy lupa, sy alpha.
kini, Allah tarik nikmat Dia pd sy.
tp, sy tidak berputus asa, sy hadapi smua ni
dgn kesyukuran krana Allah msh sygkn sy.
Allah masih berikan sy ruang, peluang utk bertaubat.
Allah itu Maha Pengampun.
Allah sygkan semua hamba-Nya.
kini, sy rindukan kekasih sy, Allah.
sy rindukan cinta sy, Nabi Muhammad (S.A.W),
sy slalu berdoa semoga Kekasih sy tunjukkan jalan
yg lurus, jalan yg Dia redhai.
sy bersyukur, diberikan nafas, diberikan nikmat
utk berjalan, lidah yg basah utk berzikir,
kaki yg kuat utk ke rumah-Nya.
kini, bru sy sedar, sy hanyalah hamba yg lemah.
hamba yg hina. hamba yg jahil.
sy tidak layak utk menjadi hamba yg sombong, angkuh, bongkak.
sy malu atas segala dosa sy, setiap saat,
sy sentiasa bermohon agar Allah kekalkan iman sy.
kuatkan tubuh badan sy, agar sy dapat beribadah kepada-Nya.
Solatku, Ibadahku, Hidupku dn Matiku hanya kerana Allah Taala.
semoga kisah sy ini menjadi pengajaran kpada smua.
amin.
--


Saya membalas email beliau :

Waalaikumussalam wbt....Akak sudah lama tak buka email.. Tiba-tiba hati terdetik nak buka email..
Bersyukur kepada-Nya... Alhamdulillah kerana dalam berjuta-juta manusia, kita terpilih untuk diuji-Nya...Bersyukur kepada-Nya.... Alhamdulillah kerana dalam berjuta-juta manusia, kita terpilih untuk diberi anugerah kemanisan iman....
Inshaallah akak akan share kisah ni.... Sepanjang akak di USM, akak kenal * dan akak tahu serba sedikit tentang *... Tentu sekali menerima email ini suatu perkara yang mengejutkan akak... :'-) Rasa.... terharu! Terima kasih berkongsi... Adakalanya akak pun terasa lemah, berada di dunia luar ni memang mencabar.. Email * ini memberi motivasi pada akak untuk bangkit semula... Semoga Allah sentiasa menyayangi * dan berterusan memberi kemanisan iman kepada *...
*...
Jika kita kehilangan satu dunia, relakanlah....
Asalkan kita tidak kehilangan cinta-Nya.....
Miskin ataupun kaya, cerah ataupun gelap, di sisi Allah, yang MULIA dan
terpandang adalah hati yang penuh ketaqwaan (takut kepada Allah)...
Selamat menyambut Ramadhan.... Moga Allah meredhai kita di dunia akhirat.... Amin.... :'-D
 
Lillah Khalilah

Isnin, 25 Julai 2011

Korek Hidung, Mandi Semasa Berpuasa dan Ganti Puasa

Hari ini rata-rata umat Islam beramal dengan sesuatu yang ikut-ikutan. Mereka tiada hujah sahih untuk dipegang kerana mereka sendiri tidak mencari kesahihan amalan mereka. Apabila mereka tidak tahu, mereka sekadar bertanyakan sesuatu kepada ustaz tanpa melihat kepada sumber pertama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Semasa budak-budak dahulu, selalu terdengar tentang jika korek hidung dan telinga semasa berpuasa, maka puasa akan batal. Hinggakan seorang kawan saya pernah berkata ketika di dalam kenderaan yang tersekat dalam traffic jam, dia telah mengorek hidung kerana mahu berbuka puasa memandangkan tiada air ataupun makanan. Saya terkejut mendengarnya.  Perbuatan mengorek hidung atau mengorek telinga itu TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
Ada tiga perkara yang membatalkan puasa iaitu bersetubuh, makan dan minum.

Firman Allah:
Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan
oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih(cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).
[al-Baqarah 2:187]

Apabila kita makan atau minum sesuatu yang boleh mengenyangkan, barulah puasa kita akan terbatal. Bagaimana pula dengan merokok? Merokok itu menyedut asap yang secara psikologinya mengenyangkan maka ianya MEMBATALKAN PUASA.

Jika kita terhidu asap kereta, itu tidak membatalkan puasa kerana menyedut asap tersebut secara psikologi tidak mengenyangkan...

Semasa budak-budak dahulu selalu juga mendengar orang kata makruh mandi semasa berpuasa. Sebenarnya mandi semasa berpuasa adalah Sunnah. Rasulullah saw pernah mandi ketika berpuasa untuk menyejukkan badan.

Abu Bakar r.a berkata :
Aku melihat Rasulullah s.a.w di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya sedangkan pada waktu itu baginda berpuasa. Yang demikian itu kerana kehausan atau kepanasan."
Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 2365 (Kitab puasa, Bab orang berpuasa yang disiram ke atasnya air…).

Seorang murid perempuan saya bertanya "Cikgu, tahun lepas saya tak ganti puasa. Tahun ni saya kena  ganti dua kali ganda sebab yang tahun lepas? Dan kena bayar fidyah? Berapa banyak fidyah?"

Syaikh al-Qaradhawi :
Adapun jika penundaan puasa qadha terjadi tanpa keuzuran, maka ada keterangan daripada sejumlah sahabat yang mengatakan bahawa dia wajib memberi makan orang miskin (fidyah) setiap hari sebagai denda bagi penundaannya. Pendapat ini dipegang oleh Malik, al-Tsauri, al-Syafi‘e, Ahmad dan lain-lain.
Ada pendapat lain yang menyebut bahawa hal itu (penundaan puasa qadha) tidak menuntut apa pun selain qadha. Ini adalah pendapat al-Nakha‘e, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya serta dikuatkan oleh pengarang kitab al-Raudhah al-Nadiyah. Ini kerana tidak ada dalil apa jua tentang hal itu (penundaan puasa qadha) yang dapat disandarkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika ada sekali pun, paling kuat ia adalah kata-kata sekelompok sahabat. Tentu ini bukan hujah bagi seseorang kerana kita tidak boleh beribadah kepada Allah dengan hujah seseorang. Oleh itu kerana itu, hukum bagi hal ini (penundaan puasa qadha) adalah neutral dan dikembalikan kepada dasarnya (iaitu qadha sahaja tanpa fidyah). Tidak boleh menggunakan nukilan daripada kata-kata sahabat (dalam bab hukum-hakam) melainkan hadis (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) yang sahih.
Saya (Syaikh al-Qaradhawi) melihat bahawa mengambil dalil daripada kalangan sahabat hanyalah sekadar hal-hal yang sunat, bukan wajib. Adapun yang wajib, kita memerlukan nas dalil daripada yang maksum (yakni Rasulullah) dan ini tidak kita perolehi.
Maka jawapan saya "Kamu TIDAK PERLU menggantikan puasa dua kali ataupun membayar fidyah. Cukuplah menggantikan sahaja mengikut jumlah yang ditinggalkan."

Selamat berpuasa... Moga Ramadhan ini lebih baik dari tahun -tahun sebelum ini.. :)

Jumaat, 22 Julai 2011

hukum kembiri kucing

Hukum kembiri kucing. Ramai orang tertanya-tanya, apa sebenarnya hukum mengembiri kucing? Haram ke? Boleh ke? Berdosa ke? Aku pun tak terlepas dari diajukan soalan macam tu. Tak kurang juga orang yang bagi komen dalam blog aku, tapi komen yang dia bagi tak lebih dari luahan emosi semata-mata.
Kat bawah ni aku masukkan komen yang seorang hamba Allah ni tulis dalam blog aku dan jawapan aku kepada persoalan dan komen dia...:
---------
Hamba Allah kata:::
Salam..xder benda lain ker nk buat..ada ke patut ko menidakkan fitrah seekor kucing..ko tanya la ustaz2 mana yg ko kenal..dosa ker tak ko wat cam tu..aku ni bkn ustaz..so xlayak nk bgtau hukumnya kat ko..kalu kucing tu kembirikan ko mcm mana?..baru padan muka ko..xleh guna dh 'anu' ko..LUPIKIR AR SENDIRI..

p/s: sedey tul aku..aku bela bnyk kucing gak..mcm2 spesis..tapi xder la sampai tahap nk kembiri kan diorg..kalu abu hurairah masih hidup, mesti dia pun sedey gak...
Posted by: hamba allah | Friday, 25 December 2009
---------
Aku kata:::
salam...

terima kasih atas pandangan ko. aku pun dulu sekolah kt skola agama. tapi aku tak nafikan yang ilmu aku sendiri belum cukup untuk menentukan hukum kembiri kucing. sebab tu aku buat kajian, tanya pakar2 agama pasal hal ni. ko igt aku saje2 je xde benda lain nk buat, pastu pergi kembiri kucing tu..

aku bukan menidakkan fitrah seekor kucing. tapi, apa yang aku buat ni berdasarkan pandangan yang aku terima dari org2 yang lebih berhak bercakap soal agama. menurut jabatan mufti negeri sembilan, hukum kembiri kucing makruh kalau xde manfaatnya. JAKIM plak menyatakan harus hukumnya utk jaga maslahat ummah.

dikalangan mazhab sendiri ada berbeza pendapat tentang hkum kembiri kucing ni. tapi, ulama semasa berpendapat yang hukum kembiri haiwan seperti kucing adalah harus untuk menjaga maslahah ammah...

Ada satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majjah:


أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين عظيمين موجوءين


Maksudnya: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah mengorbankan dua ekor kibas yang besar dan yang dikasikan.” (Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah)

Tapi, cara pengembirian menstilah tak bagi mudarrat kat haiwan tu.

Menurut al-Syeikh al-Uthaimin plak,


إذا كانت القطط كثيرة مؤذية ، وكانت العمليَّة لا تؤذيها : فلا حرج ؛ لأن هذا أولى من قتلها بعد خلقها .. وأما إذا كانت قططاً معتادة ولا تؤذي : فلعلَّ في بقائها تتنامى خيراً

Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatawa Islamiyah 4/448).

Mesti ko tak tau, yg sebenarnya sekarang ni ada BANYAK SANGAT kucing yang terbiar kat shelter2 kt Malaysia ni. bile neuter, die takleh reproduce n ada peluang yg haiwan kt shelter ni akan diadopt... kalo xneuter/spay, kucing akan reproduce, pastu bile dah byk, honestly, tendency utk buang diorg mesti ada...kn? this is not a mere assumption tp mmg ini la hakikat kite sbg manusia.. bile dah byk, jd leceh, mesti terdetik walaupun sekelumit yg kite sbnanya da xlrat nk jaga sbb da bnyk. mngkin tak semua org yang fikir ianya leceh, mcm ko. sbb ko kate ko dpt bela byk kucing. tp, tak semua org mcm ko sedara..

ko tau x yg berapa ramai tuan2 kucing buang kucing diorg kt tepi2 jalan. berapa byk kucing liar yg pakai collar [dulunya ada tuan]. dan berapa ramai yg surrender kucing diorg kt shelter mcm paws ngan spca.

pastu da la kucing yg branak byk tu dibuangnya, yg kt shelter plak tertunggu2 tuan bru diorg... lepas tu lagi, ble kt shelter dah penuh sgt, diorg terpaksa TIDURKAN kucing2 tu.

Saudara, ko pk blk... al-Syeikh al-Uthaimin, ulama' Arab Saudi yang terkenal ckap kembiri lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah ciptakan. tapi, berapa ramai tuan kucing yg hantar kucing ke shelter utk ditidurkan sbb diorg dah taknak bela kucing2 tu. dr dikembiri, diorg lg sanggup kucing2 tu dibunuh... astaghfirullah... jiran aku sndiri cakap die taknak kembiri, sbb die nk anta kucing2 tu untuk DILUPUSKAN... mana lg kejam saudara? mengembiri untuk kebaikan umat dan kucing tu sndiri atau mematikan kucing yg diciptakan Allah dalam keadaan sihat walafiat hanya kerana kita sbg manusia dah tak mau jaga die?

sekurang2nya kucing jantan yg dikembiri dpt elak aktiviti cri psangan yg dpt menyebabkan die accident, gaduh2 smpai luka ngan penyebaran penyakit TVT. Dia tak kencing merata2 jd kebrsihan pn dpt dijaga. lgpun saudara, menurut pakar2 haiwan, kucing xada konsep identiti seksual atau ego. diorg lepas dikembiri xada tindak balas emosi atau krisis identiti.

jd saudara, apa yg aku buat ni bukan saja2, xde keje ngan membabi buta... aku dah pk2kn, dptkan penjelasan dr yg berhak memberi dan timbang2kan semua hujah yg ada. dan akhirnya, aku amek keputusan utk kembri kucing aku berdasarkan hujah yang aku berikan di atas. igt saudara, kadang2, mengelakkan kelahiran sesetengah haiwan peliharaan dapat menyelamatkan nyawa yang lain.

dan tologn jgn buat penilaian sendiri tntang perasaan abu hurairah kalau beliau masih hidup. sbb kite sndiri tak tau apa yang akan beliau rasa jika beliau masih hidup... biarlah apa yang kita buat itu, berdasarkan kajian yg tlah dibuat.
dan saudara,

mungkin ko patut pergi tgk keadaan kucing2 kt shelter2 mcm paws ngan spca. pastu, kalo ko still xtau apa yang dimaksudkan dengan TIDURKAN KUCING, aku cadangkan ko pergi kt ste nih:

http://www.youtube.com/watch?v=EFb3E0MJZ5Y

atau ko gi kt Youtube dan taip cat euthanization...

wallahu a'lam...
copy from : Mr Kairul Izwan -- > Posted by: kairul izwan | Friday, 25 December 2009

Selasa, 19 Julai 2011

Dalam Sujud Cintaku

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Isnin, 11 Julai 2011

Mutiara Kata


"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku"...- Ustaz Asri Rabbani

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..." (Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

‎"Berbahagialah orang yang telah sempurna cinta kepadaNYA.Kesempurnaan cintanya itu ialah kerana ia menginsafi tanasub(persesuaian),batin antara dirinya dengan Allah."

Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia![Ustaz Pahrol]

‎"Apa pun yang (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." (As Syura : 36)

"Demi Allah, dunia ini di akhirat kelak hanyalah seperti air yang melekat pada jari telunjuk salah seorang dari kamu yang dimasukkan ke dalam samudera luas. Oleh itu hendaklah dia merenungi bekalan apakah yang hendak dibawa untuk menghadap Tuhannya." (HR. Muslim)

"Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya." (Imam Syafie)

‎" Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka,sebuah Kitab (alQuran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. "(al A'raaf : 52 )

Kebahagiaan itu sebenarnya ialah pada mereka yang boleh bersyukur & bersabar. Bersyukur atas nikmat & bersabar atas ujian. Bersyukur atas kesenangan & bersabar atas kesusahan. (Susah itu tarbiyyah..Sabar itu indah)

‎"Taubat itu seperti perahu yang dilengkapi semua perlengkapan dan perbekalan, serta dikemudikan oleh pelaut yang mahir. Perahu taubat itu berlayar mengharungi lautan keagungan Allah, layarnya adalah cinta yang dalam kepada-Nya, terbentang ditiup angin nan lembut, iaitu angin kerinduan hamba kepada-Nya."(Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.)

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)





(sumber)

Jumaat, 8 Julai 2011

Aqiqah untuk anak...

Aqiqah berasal dari kata ‘Aqq yang berarti memutus dan melubangi, dan ada yang mengatakan bahwa aqiqah adalah nama bagi haiwan yang disembelih, dinamakan demikian kerana lehernya dipotong, dan dikatakan juga bahwa ia adalah rambut yang dibawa si bayi ketika lahir. Adapun maknanya secara syari’at adalah haiwan yang disembelih untuk menebus bayi yang dilahirkan.


Hukum Aqiqah


Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat adalah sunnah muakkadah, dan ini adalah pendapat Jumhur Ulama, berdasarkan anjuran Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam dan perbuatannya. “Bersama anak laki-laki ada aqiqah, maka tumpahkan (penebus)darinya darah (sembelihan) dan bersihkan darinya kotoran (Maksudnya cukur rambutnya).” (HRL Ahmad, Al Bukhari dan Ashhabus Sunan)
Perkataannya Rasululullah Shallallaahu alaihi wa Sallam, yang artinya: “maka tumpahkan (penebus)darinya darah (sembelihan),” adalah perintah, namun bukan bersifat wajib, kerana ada sabdanya yang memalingkan dari kewajiban yaitu: “Barangsiapa di antara kamu ada yang ingin menyembelihkan bagi anaknya, maka silakan lakukan.” (HR: Ahmad, Abu Dawud dan An Nasai dengan sanad yang hasan).
Perkataan Rasululullah Shallallaahu alaihi wa Sallam, yang artinya: “ingin menyembelihkan,..” merupakan dalil yang memalingkan perintah yang pada dasarnya wajib menjadi sunnah.


Hikmah Aqiqah


Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim alaihissalam tatkala Allah Subhanahu wa Ta’ala menebus putera Ibrahim yang tercinta Ismail alaihissalam.
Dalam aqiqah ini mengandungi unsur pengusiran syaithan dari mengganggu anak yang terlahir itu, dan ini sesuai dengan makna hadits, yang artinya: “Setiap anak itu tergadai dengan aqiqahnya.” (Hadits shahih riwayat Ahmad, Abu Dawud, At Tirmidzi, An Nasai, Dan Ibnu Majah)
Maksudnya bahwa terlepasnya dia dari syaithan tergadai oleh aqiqahnya, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Al Qayyim. Imam Ahmad mengatakan: Dia tergadai dari memberikan Syafaat bagi kedua orang tuanya (dengan aqiqahnya).
Merupakan bentuk taqarrub kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari si anak ketika awal dia keluar di dunia, dan si anak sangat mengambil manfaat darinya sebagaimana dia mengambil manfaat dengan doa. Dan sebagai ungkapan syukur nikmat atas dikurniakan anak.
Haiwan Sembelihannya
Haiwan yang dibolehkan disembelih untuk aqiqah adalah sama seperti haiwan yang dibolehkan disembelih untuk qurban, dari sisi usia dan kriterianya.

Imam Malik berkata: Aqiqah itu seperti layaknya nusuk (sembelihan denda larangan haji) dan udhhiyah (qurban), tidak boleh dalam aqiqah ini haiwan yang cacat, kurus, patah tulang, dan sakit. Imam Asy Syafiiy berkata: Dan harus dihindari dalam haiwan aqiqah ini cacat-cacat yang tidak diperbolehkan dalam qurban.
Ibnu Abdul Barr berkata: Para ulama telah ijma' bahwa di dalam aqiqah ini tidak diperbolehkan apa yang tidak diperbolehkan di dalam udhhiyah(qurban), (harus) dari Al Azwaj Ats Tsamaniyyah (kambing, domba, sapi/lembu dan unta), kecuali pendapat yang ganjil yang tidak dianggap.
Namun di dalam aqiqah tidak diperbolehkan bercampur sebagaimana dalam udhhiyah, baik kambing/domba, atau sapi/lembu atau unta. Sehingga bila seseorang aqiqah dengan sapi/lembu atau unta, itu hanya cukup bagi satu orang saja, tidak boleh dibahagi tujuh orang.


Kadar Jumlah Haiwan


Kadar aqiqah yang mencukupi adalah satu ekor baik untuk laki-laki atau pun untuk perempuan, sebagaimana perkataan Ibnu Abbas rahimahullah: “Sesungguh-nya Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam mengaqiqahi Hasan dan Husain satu domba satu domba.” (Hadits shahih riwayat Abu Dawud dan Ibnu Al Jarud)

Ini adalah kadar cukup dan boleh, namun yang lebih utama adalah mengaqiqahi anak laki-laki dengan dua ekor, ini berdasarkan hadits-hadits berikut ini:
Ummu Kurz Al Ka’biyyah berkata, yang artinya: “Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam memerintahkan agar disembelihkan aqiqah dari anak laki-laki dua ekor domba dan dari anak perempuan satu ekor.” (Hadits sanadnya shahih riwayat Imam Ahmad dan Ashhabus Sunan)
Dari Aisyah Radhiallaahu anha berkata, yang artinya: “Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam memerintahkan mereka agar disembelihkan aqiqah dari anak laki-laki dua ekor domba yang sepadan dan dari anak perempuan satu ekor.” (Shahih riwayat At Tirmidzi)
Oleh kerana kebahagiaan dengan mendapatkan anak laki-laki adalah berlipat ganda dari dilahirkannya anak perempuan, dan kerana juga laki-laki adalah dua kali ganda wanita dalam banyak hal.


Waktu Pelaksanaannya

Pelaksanaan aqiqah disunnahkan pada hari yang ketujuh dari kelahiran, ini berdasarkan sabda Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam, yang artinya: “Setiap anak itu tergadai dengan haiwan aqiqahnya, disembelih darinya pada hari ke tujuh, dan dia dicukur, dan diberi nama.” (HR: Imam Ahmad dan Ashhabus Sunan, dan dishahihkan oleh At Tirmidzi)

Dan bila tidak dapat melaksanakannya pada hari ketujuh, maka boleh dilaksanakan pada hari ke empat belas, dan bila tidak boleh, maka pada hari ke dua puluh satu, ini berdasarkan hadits Abdullah Ibnu Buraidah dari ayahnya dari Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam, beliau berkata yang artinya: “Haiwan aqiqah itu disembelih pada hari ketujuh, ke empat belas, dan ke dua puluh satu.” (Hadits hasan riwayat Al Baihaqiy)
Namun setelah tiga minggu masih tidak mampu maka bila-bila saja pelaksanaannya di kala sudah mampu, kerana pelaksanaan pada hari-hari ke tujuh, ke empat belas dan ke dua puluh satu adalah sifatnya sunnah dan paling utama bukan wajib. Dan boleh juga melaksanakannya sebelum hari ke tujuh.
Bayi yang meninggal dunia sebelum hari ketujuh disunnahkan juga untuk disembelihkan aqiqahnya, bahkan meskipun bayi yang keguguran dengan syarat sudah berusia empat bulan di dalam kandungan ibunya.
Aqiqah adalah syari’at yang ditekan kepada ayah si bayi. Namun bila seseorang yang belum di sembelihkan haiwan aqiqah oleh orang tuanya hingga ia besar, maka dia boleh menyembelih aqiqah dari dirinya sendiri, Syaikh Shalih Al Fauzan berkata: Dan bila tidak diaqiqahi oleh ayahnya kemudian dia mengaqiqahi dirinya sendiri maka hal itu tidak apa-apa menurut saya, wallahu ‘Alam.


Pembagian daging Aqiqah

Adapun dagingnya maka dia (orang tua anak) boleh memakannya, menghadiahkan sebahagian dagingnya, dan mensedekahkan sebahagian lagi. Syaikh Utsaimin berkata: Dan tidak apa-apa dia menyedekahkan darinya dan mengumpulkan kerabat dan tetangga untuk menjamu makanan daging aqiqah yang sudah matang. Syaikh Jibrin berkata: Sunnahnya dia memakan sepertiganya, menghadiahkan sepertiganya kepada sahabat-sahabatnya, dan menyedekahkan sepertiga lagi kepada kaum muslimin, dan boleh mengundang teman-teman dan kerabat untuk menjamunya, atau boleh juga dia menyedekahkan semuanya. Syaikh Ibnu Bazz berkata: Dan engkau bebas memilih antara menyedekahkan seluruhnya atau sebahagiannya dan memasaknya kemudian mengundang orang yang engkau lihat selayaknya diundang dari kalangan kerabat, tetangga, teman-teman seiman dan sebahagian orang faqir untuk menjamunya, dan hal serupa dikatakan oleh Ulama-ulama yang terhimpun di dalam Al lajnah Ad Daimah.
Wallahu a'lam...

 by Abdul Aziz Ismail Nuh

Khamis, 7 Julai 2011

Bagaimana Membuat Modul Program LGM?

Buat adik-adikku sayang yang jauh di mata tetapi dekat di hati…
Anggaplah tulisan Kak Lillah ini umpama akak sedang bercakap di depan mata adik-adik ya…

1) Apakah itu modul?

Modul boleh didefinisikan sebagai satu pakej pengajaran untuk membolehkan seseorang atau sekumpulan manusia itu menguasai sesuatu pelajaran sebelum bergerak ke langkah seterusnya.
Contohnya, modul LGM membolehkan sekumpulan pelajar USM menguasai cara bergerak kerja dalam masyarakat. Sepanjang LGM, semua penggerak dan peserta akan mematuhi modul itu supaya objektif (tujuan) modul tercapai. Sekiranya selepas program tamat, peserta sudah boleh menguasai gerak kerja maka modul dianggap berjaya. Sekiranya selepas program tamat, peserta masih belum boleh menguasai gerak kerja, maka modul dianggap gagal.

Modul yang berjaya atau gagal perlulah dianalisis semula semasa post-mortem (bedah siasat) selepas program tamat. Semasa sesi post mortem, kita hendaklah mencari apakah kelebihan program, kelemahan program dan cadangan baru. Hasil post mortem ini dapat membantu kita membuat modul yang lebih baik di masa akan datang.

Jangan sedih seandainya modul gagal kerana kita manusia biasa, tidak sempurna.. Kita belajar daripada kesilapan dan cuba perbaiki modul kita di masa akan datang.

Ini contoh modul Program Motivasi Sayangi Remaja. Cuba klik link dan tengok-tengok.

2) Apa yang ada dalam modul?

Kaedah menulis modul perlulah straight to the point supaya memudahkan orang membacanya. Modul juga perlu mudah dibaca dan difahami.
Untuk nampak kemas, kita menggunakan jadual semasa mengisi modul.

a) Modul perlu ada ‘Masa’, ‘Slot’, ‘Objektif’, ‘Kaedah’, ‘Bahan’dan ‘PIC’.
Kalau modul LGM melibatkan tempat dan hari yang berbeza, jadi perlu tambah column untuk 'Hari dan tarikh', 'Tempat'

PIC adalah singkatan Person In Charge iaitu Orang Yang Bertugas.

b) Objektif slot (column 3) hendaklah jelas serta mampu dicapai. Jangan letak objektif yang samar-samar atau mengelirukan. Kita perlu tahu siapa PIC. Adakah PIC mampu menyampaikan objektif tersebut? Sekiranya adik-adik menjemput penceramah, bagi tahu kepada penceramah objektif yang telah adik-adik pilih di dalam modul.

c) Semasa merancang kaedah, pastikan kaedah itu tidak mengelirukan. Sebaiknya adakan rahearsel ringkas supaya dapat membayangkan suasana sebenar. Ayat-ayat dalam menulis kaedah perlulah jelas dan terang supaya orang yang lansung tidak tahu menahu pun tahu apa yang perlu dilakukan. Bayangkan jika ada fasilitator yang tidak dapat hadir briefing (penerangan modul), jadi kita perlulah pastikan fasilitator itu tetap dapat memahami modul dengan membacanya sendiri.

d) Perlu diingat, kaedah ini tidaklah wajib dipatuhi 100%. Apa yang penting ialah objektif slot itu tercapai. Kaedah menjalankan slot yang terpapar di dalam modul cumalah satu cadangan untuk mencapai objektif. Sekiranya PIC merasakan pada hari kejadian ada kaedah lain yang lebih sesuai untuk mencapai objektif, silalah melakukannya!

e) Pastikan ‘Masa’ adalah logik. Team modul perlulah melawat tapak program dan melihat sendiri keadaan tempat untuk membuat anggaran masa.

Contoh : Masa untuk pelajar-pelajar makan di dalam dulang yang telah disediakan adalah lebih singkat berbanding beratur untuk mengambil makanan secara buffet.

Sebaiknya, panjangkan sedikit masa daripada masa sebenar bagi mengelakkan pertindihan jadual. Sekiranya terdapat masalah pertindihan masa, susun semula modul supaya slot-slot yang tidak penting dibuang manakala slot-slot yang penting dikekalkan. Jadi kita perlu tahu apa slot yang menjadi ‘CORE’ dan mana slot yang menjadi penyeri sahaja.

3. Modul LGM

LGM adalah singkatan Latihan Gerak Masyarakat. Objektif program ini untuk menggerakkan masyarakat yang sedar supaya bergelumang dalam masyarakat. Tempoh program ini satu minggu. Satu keistimewaan LGM ialah kita akan membawa peserta-peserta untuk bergelumang dalam pelbagai isu yang melingkari masyarakat.
Contoh : Masalah dadah, masalah kemiskinan, masalah zina, masalah nelayan, masalah penjaja, masalah tanah dan lain-lain…
LGM juga sangat istimewa kerana kita akan menerangkan teori kepada para peserta dan kemudiannya melakukan  practical (amali) di lapangan. Tujuannya ialah supaya peserta dapat mempraktikkan ilmu yang diterimanya.

4. Langkah-langkah membuat modul LGM.

Langkah 1
Senaraikan isu-isu yang ingin disentuh. Brainstorming Objektif setiap slot.
Slot CORE (tak boleh dicicirkan) :
Slot Core
Objektif
a) Apa itu PPM?

1. Menjelaskan tujuan PPM diwujudkan.
2. Mendorong peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam PPM.

b) Apa itu LGM?
1. Menjelaskan tujuan LGM diadakan.
2. Mendorong peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam LGM.

c) Niat

Menetapkan tujuan peserta supaya berprogram semata-mata kerana Allah.
d) Slot Hamba dan Khalifah

1.Menjelaskan tujuan sebuah kehidupan.
2. Memotivasikan peserta supaya berkeyakinan tinggi dan berani dalam menegakkan kebenaran.
3. Mendorong peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam membantu masyarakat.

LDK Soft Skill :
Slot
Objektif
a) News Monitoring
1. Menjelaskan tujuan melaksanakan News Monitoring.
2. Menjelaskan kaedah melaksanakan News Monitoring.
3. Mengupas maksud ‘Isu’ dan ‘Masalah’.
4. Mengenal pasti langkah praktikal yang boleh dilakukan oleh peserta.

b) Pemetaan Komuniti
1. Menjelaskan kaedah membuat peta sosial,ekonomi dan infrastuktur kawasan yang dikaji.
2. Menjelaskan kaedah menganalisa pemetaan komuniti.
3. Mengenal pasti masalah-masalah dan isu di kawasan kajian.
4. Mengenal pasti langkah praktikal yang boleh dilakukan oleh peserta.



Langkah 2
Buat draf modul. Isikan tajuk-tajuk slot , tarikh dan objektif ke dalam modul.

Langkah 3
Hubungi NGO yang berkaitan dan maklumkan bahawa adik-adik dari PPMUSM dan akan mengadakan LGM pada --- September 2011. Sehubungan dengan itu, adik berharap dapat bekerjasama dengan pihak mereka.  Objektif slot ialah ---bla bla---- . Tanya pihak mereka ada cadangan? Sebab selalunya mereka lebih pakar dalam bidang mereka. Jika kita ada cadangan, boleh juga beri tahu mereka dan minta pandangan mereka.
NGO yang boleh dihubungi :
Bidang
NGO
Oranng yang boleh dihubungi
No tel
Pendidikan
-
A. Izzat/K.Kinah

Pengguna
CAP
A.Wan

Sosial
UNGGAS
Ustz Kamaruddin Kassim

Palestin
API
Hadi

Patani
AMANI
Saiful

Nelayan, Bakau, Sungai
SAM
K. Fatin/A. Shamsul/ K.Waheedah

Akidah
API
A. Izzat / A.Nuruddin

Dakwah Non muslim
IPSI
Ustz Kamaruddin Abdullah IPS

Dakwah minority- orang Asli
CAP
A. Shah


Langkah 4:
Lengkapkan modul.

Langkah 5:
Persembahkan modul kepada Team Manis iaitu bahagian dakwah dan tarbiyah.

Langkah 6 :
Baiki apa-apa kelemahan.

Langkah 7 :
Siap!!!! 

-----------------------------Tamat--------------------------------------------------------
p/s: faham ke? kalau tak faham boleh tanya..
p/s/s : ada salah tak? kalau ada sila tegur…
p/s/s/s : harap membantu…Semoga Allah memberkati usaha ini..

Ahad, 3 Julai 2011

Orang Mukmin Sentiasa Muraqabah Terhadap Allah SWT

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk menjadi mukmin sejati, perlu kepada pengorbanan dan usaha-usaha yang berterusan, iaitu berkorban dan berusha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Muraqabah terhadap Allah SWT adalah sifat jiwa seorang mukmin.Dia sentiasa merasai dan yakin sepenuh hati bahawa Allah SWT mengawasi segala perjalanan hidupnya, perasaannya, bisikan hatinya samaada dia berseorangan atau bersama orang lain.

Mukmin sejati yakin peristiwa di Padang Mahsyar tempat di hisap dengan seadil-adilnya segala amalan dan perbuatannya ketika di dunia ini. Perasaan takut, malu dan gementar untuk berhadapan di Mahkamah Allah SWT nanti membuatkan hati dan jiwanya sentiasa muraqabah terhadap-Nya.Ingatlah ketika di sini nanti lidah akan dikunci, giliran anggota lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan dan saksi bagi semua perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki serta alam yang ada disekitarnya, hari dan masa semuanya akan mengaku perbuatan itu dan ini. Ketika itu manusia akan terperangkap dengan perbuatan dosa kerana anggota badan sendiri tidak menyebelahinya. Terbongkarlah rahsianya!

Di tambah pula akan di tayangkan 'video clip' semua perbuatannya semasa di dunia.Ia tidak boleh berbohong dan berdalih. Semua ini akan menyingkap kekejiannya. Memalukan dan membawa segunung penyesalan kepadanya.

Orang yang muraqabah , bertakwa dan muhsin akan tenang walau pun mendapat nikmat, pujian, atau menghadapi kesusahan, tohmahan dan seumpamanya. Dia merasa bimbang sekiranya kehilangan reda dan pertolongan dari Allah SWT

Nabi SAW pernah berpesan yang bermaksud "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam mukmin." Maknanya , ketika dalam hati seseorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah SWT. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah SWT melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.

Hati orang mukmin dan hati yang dapat muraqabah bersedia menerima tarbiah dan peringatan, kerana segala peringatan akan memandu seluruh anggata kita melakukan ketaatan. Firman Allah SWT yang bermaksud "Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermenfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9). Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan terhadap Allah SWT seperti firmanNya yang bermaksud "Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa, ayat 10).

Latihan paling utama ke arah mendidik hati yang hadir ialah menerusi ibadat solat. Apabila di dalam solat sesaorang itu merasai Allah SWT mengawasinya, maka ketika di luar solat atau di mana jua berada hatinya akan tetap muraqabah.

Nabi SAW di waktu malam banyak menghabiskan masa untuk bersolat tahajud, bermunajat, berdoa dan memohon ampun kehadrat Allah SWT. Contoh peribadi mulia ini semestinya menjadi pedoman dan amalan setiap para da'i untuk merapatkan hubungan dengan Allah SWT, mencari tenaga baru untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiah.

Sayydina Omar al- Khattab berkata "Hisablah dirimu sebelum di hisab pada hari kiamat"

Setiap mukmin perlu sentiasa muhasabah diri demi kebahagiaan masa hadapan. Firman Allah SWT yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakannya untuk hari esok (hari kiamat), dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan" (Surah ai- Hasyr ayat 18).

Kecemerlangan hidup manusia sebagai hamba Allah SWT adalah terletak kepada ketaatan pada perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, mematuhi tanpa soal Kitab Allah SWT dan sunnah NabiNya.

Nabi SAW bersabda maksudnya "Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah kematiannya, sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT" (hadis riwayat Imam at- Turmudzi)

Imam Mubarakfuri berkata "Orang yang lemah adalah bersambong dengan lemahnya ketaatan kepada Allah s.w.t dan selalu ikut hawa nafsunya tidak pernah minta ampun kepada Allah s.w.t bahkan selalu berangan-angan bahawa Allah SWT mengampunkan doas-dosanya"

Panjang angan-angan atau berangan-angan adalah satu sifat peribadi yang tidak di sukai oleh Nabi SAW. Panjang angan-angan adalah sifat malas berusha, mengikut hawa nafsu dan terpengaruh dengan pujukan syaitan laknatullah.Setiap barang yang berharga perlu di bayar dengan harga yang mahal, kejayaan untuk mendapat sekeping ijazah perlu di sertakan dengan usaha yang gigih dan berterusan, begitu juga SYURGA ALLAH SWT, untuk memilikinya perlu pengorbanan, jihad yang berterusan, mujahadah,muraqabah dan muhasabah.

Di dalam syurga yang penuh nikmat dan rahmat hanya layak di duduki oleh mereka-mereka yang memiliki hati yang cinta kepada-Nya, hati yang sejahtera, hati yang bersih, hati yang ikhlas dan hati yang bebas daripada syrik kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT maksudnya " Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak di kabulkan"
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Luqman Hakim, Rasulullah SAW menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang terkenal dengan kerja-kerja sehariannya hanyalah mencuri. Hampir setiap malam dia mencuri harta benda kepunyaan jiran tetangganya. Jirannya sentiasa menasihati beliau agar meninggalkan pekerjaan yang keji itu.

Pada suatu malam, ketika dia hendak pergi mencuri tiba-tiba dia bertemu dengan seorang miskin yang sentiasa duduk di dalam mesjid. Dia tidak mengetahui bahawa orang yang bercakap dengan dia itu adalah orang miskin yang sangat soleh dan zuhud terhadap dunia. Maka tanpa segan silu pencuri itu mengajak lelaki miskin itu pergi mencuri bersama-sama dengannya.

"Hai orang miskin," kata pencuri itu.

"Mengapa engkau selalu duduk di dalam mesjid sambil menanti belas kasihan orang lain. Marilah ikut aku nescaya engkau akan memperoleh pekerjaan yang menguntungkan. Kalau engkau bersetuju marilah kita pergi mencuri bersama-sama," ajak pencuri itu.

"Baiklah" jawab orang miskin itu ringkas.

"Kalau begitu marilah kita pergi sekarang kerana hari sudah gelap" ajak pencuri itu

"Lebih baik kita atur rancangan dahulu" kata pencuri lagi.

"Aku masuk kedalam kedai manakala engkau nampak orang datang segeralah beritahu aku, ingat... jangan sampai kita tertangkap."

Setelah mereka merancang dengan teliti maka pencuri itu pun memulakan tugasnya mengikut apa yang telah di rancangkan. Pencuri itu pun masuk kedalam kedai manakala orang miskin yang soleh itu menanti di luar. Setelah agak lama pencuri itu berada di dalam tiba-tiba orang miskin yang soleh itu berteriak :
"Hai kawan, cepat keluar, ada orang datang kemari?"

Mendengar teriakan orang miskin itu pencuri itu kalang-kabut lari keluar untuk menyelamatkan diri bersama-sama dengan kawannya itu. Setelah keadaan agak tenteram, dia pun berkata kepada kawannya itu.

"Tadi engkau kata ada orang datang, tapi mana orang itu?"

Maka orang miskin itu menjawab dengan lemah lembut :
"Benar kata engkau hai kawan, tidakkah engkau sedar bahawa Zat Yang Maha Melihat yang sentiasa melihat kita. Walaupun kita tidak melihat-Nya, Dia sentiasa melihat kita. Dia itulah Allah Yang Maha Pemurah yang telah menyediakan rezeki untuk semua hamba-Nya."

Orang miskin itu terus berkata :
"Hai kawan, engkau telah mengajak aku untuk mencari kekayaan dengan cara mencuri. Sekarang bolehkah engkau membuktikan kepada aku manakah pencuri yang telah menjadi kaya di dunia ini ?"

Pencuri itu termenung mendengar kata-kata orang miskin itu lantas dia pun menyatakan keinsafannya serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk itu.

Berdasarkan kisah tersebut dapatlah kita menyedari bahawa hidup kita ini sentiasa di perhatikan dan diawasi oleh Allah SWT. Apabila kita tergerak untuk membuat sesuatu maksiat atau sesuatu perkara yang di larang oleh agama ingatlah Allah SWT. Maha Melihat di atas segala amalan perbuatan kita, keyakinan yang tertanam dalam hati nurani kita sebenarnya adalah akidah Tauhid Rububiyah kepada Allah SWT. Sehinggakan niat dan bisikan hati kita dapat di ketahui oleh Allah Azzawa Jalla. Kita tidak boleh membuat sesuatu yang lari dari peraturan dan kehendak Allah SWT.

Pengajaran yang boleh di ambil :

1.Kita digalakkan untuk membantu dan bersedekah kepada orang fakir miskin, dan dilarang kita menghina mereka di sebabkan kemiskinan.

2.Islam melarang umatnya menjalankan pekerjaan haram seperti mencuri kerana orang yang mencuri telah mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.

3.Kita di suruh oleh Islam untuk amar makruf nahi mungkar dan memberi nasihat yang baik kepada mereka yang melakukan kemungkaran dan perbuatan haram.

4.Sebagai pendakwah dan para da'ie perlulah mengambil pendekatan cara hikmah untuk mengajak manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar.



by Abu Basyer on Sunday, July 3, 2011 at 7:28am

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....