Isnin, 26 Julai 2010

melawan naluri 'songsang'.. . tips meninggalkan maksiat


SOALAN : bagaimana dengan naluri saya yang menyesakan? keseorangan pasti sahaja saya sunyi tanpa teman. tetapi mahu bertemankan seorang lelaki rasa tiada perasaan. nafsu ini hanya bergelora pada perempuan yang saya cinta. kenapa agaknya Allah melahirkan rasa songsang ini? hari ke hari jiwa saya makin sempit. kehidupan harian saya semakin sesak sesesak nafas ini.

saya solat walaupun kadang-kadang cukup tetapi kadang-kadang tidak. saya mengaji. saya berzikir. tapi jiwa ini tetap jugak tidak tenang saudari. tolong ~
Saudariku...


JAWAPAN :

Antara riyadah atau latihan yang sering dikemukakan oleh para ulama akhlak untuk membimbing hati ke arah ketaqwaan ialah kita hendaklah sentiasa melatihnya agar sentiasa sukakan kebaikan.

Jika kita telah melakukan sesuatu perbuatan yang berupa maksiat, hati itu mestilah melalui proses mengubat dan mendidik hati semula.

Kerana hakikatnya menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Huzaifah apabila melakukan maksiat, hati akan ditimpa titik hitam.Jadi ia Hati perlu dibebaskan semula dari kekotoran maksiat yang berbekas di padanya itu.

Hati yang baik dan bersih akan memberi arahan kepada anggota tubuh badan yang lain agar sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan.


UBATILAH HATI

Bagi mengubat dan menghidupkan hati, hendaklah jauhkan hati daripada segala racun yang boleh merosakkan dan membunuh hati secara senyap tanpa disedari.

Maka kuatkan diri jauhi SEMUA punca-punca yang mendorong ke arah terbit 'keinginan' itu. Termasuklah menjauhi orang yang berkaitan, laman web yang berkaitan, dan apa sahaja yang boleh mendorong ke arah itu.

Mungkin tidak mudah tetapi yakinlah Allah menghitung sejauh mana kita berusaha dan Allah tidak akan sekali-kali mensia-siakan usaha kita. Allah akan membantu hambaNya yang bersungguh-sungguh! YAKIN!

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungghuhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar 39:53)


BERSABARLAH DALAM MENINGGALKAN MAKSIAT

setiap orang pada hari kebangkitan merasa sangat terseksa jauh sebelum mereka dihisab. Setiap orang merasakan sangat haus, lapar, penat, takut, sedih, bimbang stres dan berbagai kesusahan zahir dan batin serta lain-lain yang belum dapat kita bayangkan pada saat ini.
Mereka terus dalam keadaan itu bertahun-tahun lamanya hingga Allah berkenan memulakan proses hisab dan penghitungan amal.

Al-Ghazali berkata,
“Fikirkanlah suasana panjang dan beratnya penungguan hari itu agar dengan itu terasa ringan bagimu dalam bersabar meninggalkan maksiat sepanjang hidupmu yang singkat ini.”


NIKMATILAH KEDAMAIAN MENINGGALKAN MAKSIAT

Percaya atau tidak, kita dapat merasai balasan daripada amalan meninggalkan nafsu yang kita lakukan di dunia ini sebelum menerima pahalanya di akhirat kelak. Balasan minima yang segera kita rasakan adalah kenikmatan kembali kepada Allah dan berdamai dengan hati nurani.


Ibrahim Al-Khawas berkata:
“Barang siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun ia tidak merasakan (kelazatan) balasannya dalam hati, bererti ia tidak jujur dalam meninggalkannya.”


Balasan lain yang sedang menunggu seperti yang dijelaskan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ubay bin Ka’b katanya:
“Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu kerana Allah, melainkan Allah akan memberinya sesuatu yang lebih baik daripada itu dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Ucapan ini diriwayatkan oleh Ibn Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd.


"Barangsiapa meninggalkan sesuatu karena Allah, nescaya Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik darinya."
( HR Ahmad V/78,79 )



DOA MENGELAKKAN MAKSIAT

Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan pendengaranku , kejahatan penglihatanku , kejahatan lidahku , kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku.


CARA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua dirikanlah solat malam Qiamullail (solat taubat, solat tahajud)
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh (libatkan diri dengan majlis ilmu, dakwah)
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima banyakkan berzikir (Lailahaillallah... basahkan lidah dengan zikrullah hingga sebati di hati)

Saudariku...
Apabila kita sibuk mengingati Allah kita akan kurang mengingati tabiat lama... Setiap kali keinginan lama datang, halau ia dengan 5 cara di atas... Andai rasa hendak menangis, menangislah.. Air mata taubat dan air mata berjuang itu akan memadamkan api neraka... Bersyukurlah jika ada air mata yang turun pada saat-saat ini...

Saudariku...
Teruskan usaha.. Selagi kita hidup, selagi itulah kita perlu teruskan berusaha. Allah mengetahui apa yang saudari lakukan!

If you believe, u will achieve! Do your best, do your very BEST!

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....