Jumaat, 19 Disember 2008

suasana berjemaah.. mencari semangat dalam beribadah

dalam beramal juga, seseorg akn mendapat kekuatan jika berada dlm suasana berjemaah, iaitu dlm suasana ramai di mana masing2 mahu dan sibuk beramal.. bukankah beramal lebih meriah dan best dalam keadaan ramai?? makan ramai2 kan lebih best berbanding makan sendirian.. ye tak?

dlm berjemaah juga, rakan sehaluan mudah dicari.. yang sama wavelength pemikirannya.. pergaulan dapat dijaga dan suasana yang membantu (conducive) dapat dicipta. Bukan mudah utk membina dan menjaga iman dan amalan jika bersendirian (tanpa jemaah)..

unit jemaah yg paling kecil & dekat ialah keluarga atau rumah tangga. maka pembentukan rumahtangga keluarga amat penting agar suasana jemaah itu dalam keadaan baik & betul sejak dari awal lagi. oleh itu wanita hendaklah berhati2 dlm memilih bakal suami. Suamilah sumber ilmu, pimpinan dan didikan yg paling hampir utk menuju ke syurga. Semua ini termasuk dlm hal2 yg upaya diusaha & di ikhtiar. Namun Allah jua yang menentukannya..

Manusia tidak dpt memilih siapa yg patut jadi ibu bapanya.. tetapi manusia masih ada ruang dan peluang utk memilih siapa bakal pasangan hidupnya.

Justeru pemilihan bakal pasangan suami adalah kritikal sebenarnya. Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata sehingga melupakan pertimbangan akal dan pedoman syarak maka boleh membawa padah.. Dibimbangi nanti suami tidak menyambung ke landasan utama jalan menuju ke syurga. Suami sebenarnya ibarat ibu sawat penghubung talian taat dan cinta sejati seorang isteri kepada Allah. Jangan hendaknya talian taat dan cinta kepada Allah itu terputus di tengah jalan..

lillah katakan begini krn perkahwinan akan menyebabkan rangkaian jalan isteri ke syurga berpindah melalui suami; bukan lagi ibu dan bapanya. Maka utamakanlah memilih lelaki yang kuat pegangan agamanya dan tinggi kefahaman hidup beragama.. namun ambil kira juga soal kufu, keturunan, paras rupa & harta.. itulah antara nasihat Rasulullah saw untuk memilih calon isteri yang boleh juga dipakai untuk memilih calon suami.. pilihlah calon suami yang mampu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, pendidik dan teman hidup yang penyayang..

andai kata telah terlajak pilih, maka masih ada ruang waktu utk berusaha memperbaikinya.. pintu doa & taubat masih belum tertutup selagi nyawa masih dikandung badan. usaha perubahan masih boleh dilakukan melalui jalan pendidikan(belajar) dan mujahadah memperbaiki diri. gunakanlah segala saluran yg amat luas utk mendapat ilmu.. sambil itu jgn lupa meminta belas kasihan & bantuan Allah. sudah dijelaskan bukan usaha & amal jadi nilaian utk berjaya tetapi usaha itu diperintahkan utk dilaksanakan oleh Allah spt dlm firmannya :

"Berbuatlah, nescaya Allah dan Rasul akan menjadi saksi dan orang mukmin akan melihat." (At Taubah : 105)

Hadits yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim dan lafazh dari riwayat Imam al-Bukhari dari Ali bin Abi Thalib, sesungguhnya Nabi bersabda.
''Setiap orang dari kalian telah ditentukan tempatnya di Surga atau di Neraka. Seseorang bertanya, 'Kenapa kita tidak pasrah saja, wahai Rasulullah?' Beliau menjawab: 'Jangan, akan tetapi berbuatlah karena masing-masing akan dimudahkan”. Kemudian beliau membaca ayat, 'Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa.''
(AI-Lail: 5)

2 ulasan:


  1. Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga). (24:26)

    BalasPadam
  2. [Surah Al-Ankabut, ayat 2-3]
    Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....