Sabtu, 27 Disember 2008

maafkanlah kesalahannya..

Bila hati sudah terguris, mudahkah kita untuk memaafkan? Bila perasaan telah disakiti, mampukah kita melupakannya? Bila kawan sekerja tidak menyelesaikan kerja kumpulan seperti yang anda harapkan, mampukah anda bersabar? Bila anak nakal atau murid tidak dengar cakap,apakah kita mampu menahan marah? Bila jiran mengumpat dan menghina kita, apakah kita mampu untuk bertenang dan tidak berdendam?

Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain, ertinya kita belum memiliki hati yang benar-benar bersih. Kita belum menjadi seorang pemaaf.

Bagaimana mahu melunakkan hati agar kita dapat berlapang dada dengan melupakan kesalahan orang lain seterusnya memaafkan orang lain?

Sama-sama kita merenungi perkara di bawah:


  1. Kalau kita susah memaafkan orang lain itu tandanya kita ada sifat ego sombong yang dimurkai Allah. Seolah-olah kita ini ‘tuan’ orang lain maka kita mahu supaya orang lain menuruti kemahuan dan kehendak kita. Apabila mereka tidak menjadi seperti yang kita mahu, kita pun marah dan berdendam supaya dia menerima balasannya.
  2. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan termasuklah kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula bersalah dengan orang. Apakah kita boleh menjamin yang kita tidak akan buat salah dan silap? Kalau kita mahu orang memaafkan kita pastinya orang lain mahu kemaafan dari kita.
  3. Kalau kita masih susah melupakannya, ingatlah bahawa segala yang terjadi itu bukanah hakikatnya dengan izin Allah jua? Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari Allah. Dia mahu lihat apakah kita menerimanya dengan sebaik-baiknya . bila kita tetap marah-marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, ertinya kita sedang marah pada Allah umpama kita berkata “Allah tak patut buat aku begini..”
  4. Kita seringkali salah dalam mentafsir tindakan seseorang. Kadang-kadang kita ingat dia bergurau rupa-rupanya dia serius . Kadang-kadang kita ingat dia faham rupa-rupanya sebaliknya. Mudah sangat berlakunya salah faham dalam sesebuah komunikasi. Kadang-kadang orang marah pada kita, kita sangkakan dia membenci kita, tetapi rupa-rupanya dia sayangkan kita. Kadang-kadang orang lain menolak pelawaan kita untuk keluar bersama menyebabkan kita berkecil hati, sedangkan kita tidak tahu rupa-rupanya orang tu ada masalah lain yang ditanggung. Mengapakah tidak kita cuba menyelami isi hati dia?
  5. Setiap orang tidak tahu penghujung hidupnya. Adakah baik penghujung hidupnya atau buruk penghujung hidupnya. Apabila berdepan dengan orang yang kita rasa cukup jahat dia ni.. tahap maksimum jahatnya dia ni.. pujuk diri kita untuk bersangka baik dengan si dia. Runtuhkan rasa benci dan binalah rasa simpati. Doakanlah untuk dia. Berlaku baiklah dengan dia. Kerana hati dia Allah yang pegang, andai Allah mahu dia jadi baik, dengan mudah dia boleh brubah. Mungkin dia pernah sangat-sangat menyakiti anda.. tetapi tidak mustahil dia juga boleh menjadi orang yang paling membahagiakan anda.
antara kaedah nak hilangkan rasa marah tu ialah mengenang kembali saat-saat manis bersama.. hm.. ingat tak 3 tahun lalu, masa program Kem Persediaan Peserta KPP? masa tu lillah jadi team modul.. kami pilih lagu 'Bersatu ' ni sebagai lagu tema.. :) masa tengah menulis artikel ni, romlah request for this song..katanya dia rindu nak dengar lagu ni tapi dia tak tau tajuk lagu ni.. gambar ni classic weih..gambar group lillah masa program.zaman masa tengah blur-blur tak tau apa je la PPM ni.. saat pertama kali jatuh hati pada PPM kot.. (mengaku..) teringat masa lillah menangis masa balik dari KPP tu, kawan2 siap melambai masa kereta nak keluar dari pagar.. huhu :">

Bersatu

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

2 ulasan:

  1. lilah... erm.. "maafkanlah kesalahannya"..btul2..kita kena sentiasa berfikiran positive bila berdepan dengan masalah hati ni..hehe.. biarpun dia kasar, sombong, ego tinggi, tak pandai layan dengan baik dan lain-lain demi persahabatan keranaNYA, kita kena sentiasa bersangka baik dan berfikiran positive.. mungkin dia ada smthing nk bgtau kita tpi..masa ini tk berapa sesuai. Dia macam nk bgi berita baik..bagi dulu berita buruk2 dulu..dah puas nangis..baru best nk dengar berita baik kan2..hehe

    --> tiada kena mengena antara hidup dan mati<---

    dalam persahabatan bak kata mesage malam semalam, jgn pandang dia ni perfect, nanti bila dia ad kekurangan kita menyisihkan dia.. fikir balik sapa kita nk hukum org itu.. kita manusia biasa sama spt smua orang, ada kelemahan dan kekuatan. macam manga dan kunci..tkda kunci tkleh bukak manga kan2..

    sbnarnya org pun tk thu nk komen apa.. tpi yng penting orang insyaA selagi nyawa di kandung badan, org akan jga persahabatan dengan lillah dan semua yang org bersahabat. InsyaA jika orng bersalah, org akan segera minta maaf, jika kamu smua bersalah, orang cepat2 lupakan.. sbb bila bersahabat kita tk mahu kepahitan..kita mhu kemanisan dalam bersahabat..itu yang mahu kita kekalkan dalam ingatan kita bila dah tua2 nanti hehe..

    ok..mahu bersiap ni.. by2..lillah

    BalasPadam
  2. fairuz....!!!!
    apasal ayat sebelum
    --> tiada kena mengena antara hidup dan mati<---

    rasa macam ada kene mengena ngan hidup & mati.. ish3

    lillah pun mengharapkan kemaafan dari fairuz & sahabat2 lain.. ampun.. ^o^

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....