Selasa, 16 Disember 2008

'translation Quran' ini untuk siapa?


Ya Allah, jadikanlah Al-Quran sebagai teman sejatiku semasa ku hidup dan mati..

Saya bawa translation Quran kecil yang dibeli ketika 1st year USM. Quran tu ada baju biru berzip, kecil dan comel dibawa kemana-mana. So, senang letak dalam fail..Fail tu mak belikan masa darjah4 sekolah rendah dulu. Fail tu warna hijau berzip.. (Saya suka benda-benda yang ada zip, rasa selamat, barang yang dalam tu selamat)


#tapi sekarang ni fail tu dah takde.. kitab translation tu pun dah takde.. baru hilang 3 mingu lalu, hilang masa kenderaan mak saya kene pecah cermin.


Pada suatu hari salah seorang lab group saya (Chinese girl) ternampak translation Quran tu dalam fail saya.
“Apa tu? Boleh pegang?” Soal dia. Budak ni semenjak dari saya 1st year lagi dia selalu nak tau macam-macam tentang saya. Kemana saya pergi dan apa saya buat, semua dia nak tahu. Termasuklah status saya dan sebab musabab prinsip-prinsip hidup saya.
“Boleh, tu tafsir.”jawab saya. Dia mengambil dan cuba membuka zip tafsir tu. tiba-tiba satu tangan dari belakang saya merampas.

**Actually tu bukan nye tafsir Quran.. tu translation Quran.. tapi masa tu saya tak tau bezakan translation dan interpretation (tafsir).. hehe :p

“Jangan pegang!”Seorang lagi Chinese girl merampas kitab tu .
“Boleh la!”balas dia dan merampas semula.
“Boleh kan?”Dia meminta kepastian.
“Boleh, ini cuma tafsir.”jawab saya perlahan. Saya tengah tak berapa stabil sebab keletihan masa tu. Budak dua orang ni pula berebut bising-bising sebelah telinga saya.

**Actually, kalau dia nak pegang Quran pun boleh..

“Tak pegang lebih baik!”balas yang seorang lagi dan sekali lagi merampas kitab tu. Kemudian menyimpannya di dalam fail saya. Dan menutup zip fail saya… kemudian kedua-duanya berlalu. Saya tak terkata apa-apa. Saya terasa yang masih diperhatikan dari jauh. Oh, saya membuat dia rasa terancam.. hm.. bila dia nak bawa bible? Mari saya nak pinjam.. mungkin dari situ kami dapat mulakan diskusi perbandingan agama ni..

Weekend tu, kakak abang dari Angkatan Pemuda Islam (API) ajak PPM join‘uzlah tazkiyah’. Tu program santapan rohani Ramadhan.. sewa banglo tepi laut..Uzlah tu maknanya pengasingan. Tazkiyah tu maknanya pembersihan. Uzlah tazkiyah ni nak polish iman supaya berkilauan setelah sekian lama iman ni berkarat.. Dan nak cerita, petang before berbuka puasa kami pergi bagi translation Quran in English pada non Muslim. Hurm.. kami edarkan free Quran tu sekitar Batu Feringgi.. Cover tafsir tu tulis : THE MEANING OF HOLY QURAN.

Nampak ramai orang lalu lalang tapi tak berani nak dekat. At last ternampak dua orang lelaki Negro berambut panjang kerinting ke bahu masuk sports shop. Saya, Fairuz dan adik Faz pun pergi… Seperti biasa, mestilah saya yang dalam keterpaksaan kene mula tegur dulu.. menggigil wei.. Alhamdulillah lelaki tu terima kitab tu sebagai ‘gift’. 6 buah kitab berjaya kami bagi kepada non muslim (ni tak termasuk lagi group lain..).

Ada yang menolak dengan baik, ada yang menolak dengan buruk.. ada yang rupanya foreign people tapi Muslim..
Balik dari program tu, si NINI adik kecik cOmOT masukkan senaskah translation dalam beg saya. Dia suruh saya bagi pada kawan2 di USM.. leceh betul la, sekarang terpaksa bertanggungjawab menyampaikan kitab tu pada seseorang.. tapi siapa??

Saya teringat kawan lab group saya tu.. Dia baik, bulan puasa aritu dia ada hadiahkan saya kurma. Besar-besar kurma tu dan dibungkus cantik dalam kotak buatan sendiri. Saya tak tahu apa yang menyebabkan saya masih simpan senaskah kitab translation in English tu di rak saya.. sedangkan hati saya nak sangat bagi pada dia.. saya teringat kata-kata saya pada foreign people yang saya temui di Batu Feringgi “If you have time, I would appreciate if you can flip through it..”..

ya Allah.. kan bagus kalau saya boleh cakap macam tu pada dia….Dengan orang lain boleh, kenapa dengan dia saya kelu???? Saya sayangkan dia.. Ramai kawan non muslim yang saya dah rapat dan mula sayang.. tapi kenapa bila dah sayang, lidah ni kelu???


Mungkin memang kitab translation tu bukan untuk dia.. hari tu mak kata adik saya minta mak carikan buku agama in English.. hm, adik saya ni presiden GEMS (GENERATE ENGLISH MIND SOCIETY).. so saya pass kitab translation tu pada mak untuk diberikan pada adik saya yang bersekolah asrama.

Dan haritu masa jumpa dia, dia bagitau macam-macam komen.. mostly positif.. ramai kawan yang pinjam.. ada kawan2 yang pinjam dan mula berceramah sesame student menggunakan dalil in English.. dia kata kat sekolah, isu agama sering diperdebatkan..
Alhamdulillah, Allah lebih mengetahui yang terbaik.. :D


5 ulasan:

  1. naseebah (asfal awliya')16 Disember 2008 3:30 PTG

    bagussnyaaa

    BalasPadam
  2. ekceli tu bkn tafsir, tp twanslation. tafsir=interpretation.

    kite slalu sbut ulama tafsir, bkn ulama terjemahan.

    kitab2 tafsir bkn yusuf ali or muhammad asad.. tp cam tafsir ibnu kathir, az-zilal (syed qutb), al-manar (rashid redha), qurtubi etc.

    kalaupun ia bkn tafsir, sbnrnya ia bleh disentuh oleh non-muslim. no prob.

    pjg perbahasannya.

    :p

    BalasPadam
  3. owh.. hehe :p
    em..sy nk sbut apa tu?
    kitab translation ke?
    mcm pelik aje bunyinya..

    BalasPadam
  4. saya pun mempunyai ramai rakan non - muslim ... housemate saya pun ada seorang non - muslim ... memang syg bila dh rapat sgt ...

    sy berada dalam keadaan dilemma ... bila sayang susah mahu dilepaskan ... tp sy akn b'tegas jg nnt krn aurat saya & dia seperti aurat saya dgn lelaki yg bkn muhrim ... sy mahu pindah ke rumah lain ... tp amat sukar utk m'ngatakannya kpd housemate saya ...

    doakan saya berjaya ... maaflah sbb comment kuor tajuk ... br tahu yg awak USM student ... sy UiTM shah alam ...

    BalasPadam
  5. to cik ghost_Mar

    awk.. dlu2 masa sy kat matrik, sy dok ngan rumet non muslim.. masa tu ustzah sy kata sy bole nk buka tudung dpn kwn non muslim tu.. sbb dia kata darurat. 24hours mmg dgn kwn non muslim tu.. tp masa tu sy x yakin sgt dgn hujah ustzh tu.. sbb sy x rasa berat pakai tudung dpn dia..

    setahun sy rumet ngan dia, setahun juga la sy pakai tudung masa tido.. tp bukn la tdung labuh.. tudung nipis yg cun2..hehe :p
    (org len hadiahkn sy tudung bawal cantik2 tp x lulus auratnyer..nipis sgt)

    alhamdulillah, dsbbkn sy always ada d sisi rumet sy tu, byk yg dia belajar ttg Islam..

    sy x pernah bckp ttg agama direct dgn kwn2 non muslim..

    teknik yg sy gunakan ilh bg dia motivasi.. stiap hari sy akn bg dia kata2 smngt b4 dia g kelas, b4 dia study.. so masa dia tgh sedih n bmasalah dia akan cari sy. masa tu la baru sy akn ckp skit2..sy just ckp secara ganeral ttg Tuhan adil, Tuhan Penyayang, etc..
    bila dia fight juga sbb x pcaya, cthnya dia salahkn tuhan dia.. masa tu baru la go deep skit, citer ttg Allah..

    hehe.. masa tu kan, sy asik wat solat hajat lps sy solat tahajud.sy x tau yg dia perasan sbb sy slalunya diam2 x nak kacau dia tido. hingga 1 aritu bila kwn2 dia tido kat bilik sy, dia pesan supya jgn gggu tmpt sy nk 'solat malam'.. wah terharu sy!! sayang kat dia.. :p

    insya'Allah awk mampu hadapi situasi awk dgn baik.pergunakanlh kesempatan yg ada b4 awk pindah utk bg rumet non muslim awk tu 'kenangan terindah'.. at least bila awk dh x de nnti, dia akan ingt ttg sorang budak prmpuan yg sgt2 baik.. dan budak tu ialah seorang Islam..

    ^o^

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....