Sabtu, 20 Disember 2008

jalan itu susah tp indah..


saya menerima banyak email setiap hari untuk di baca, difahami dan sesetengahnya di reply. ada yang saya boleh reply pada masa tu juga dan ada yang saya perlu ambil masa beberapa hari kerana perlu mencari sedikit ilmu sebelum menjawab email tersebut.

nak mohon maaf zahir dan batin kpd semua pembaca2 especially those yang email lillah tentang mcm2 isu.. maafkan lillah andai pandangan dan respon lillah tak berkenan di hati, tersinggung hati atau terkasar.. maaf.. lillah sedang belajar dan akan belajar untuk memperbaiki diri ni dari semasa ke semasa.

wahai sahabat2ku,kakak abang adik etc semua lah..
tidak mengapa andainya hati terganggu oleh kerenah-kerenah manusia atau mainan rasa. tetapi capai segera Al-Qurandan bacalah. Bacalah... itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. jiwa yang tak membaca Quran ni kita bole umpamakan telefon bimbit yang kehabisan bateri. betapa canggih fungsinya & betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna..
begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa Al-Quran segalanya tidak berguna.

wahai semua jiwa2 harapanku..
jgn mendaki puncak hanya utk meninggikan tmpt jatuh. jgn memburu fatamorgana dunia hanya utk ditipuolehnya. ingat wahai diriku & dirimu, janji kesibukan yg tanpa henti, kelesuan yg takde penghujung, kejemuan yg sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu2 dunia yg bagaikan anjing rakus memburu bangkai. sebaik2 bekalan adalah takwa. sebaik2 perlindungan adalah Al-Quran. Mereka yg begini sahaja mampu menukar bangkai dunia menjadi baja dlm kehidupan..
barulah kehidupan dgn semangt org yg bersedia utk mati. jadilah insan yg bijaksana yg menghayati pesanan Rasulullah saw agar sentiasa ingat mati & bersedia menghadapinya. jadilah umpama sahabat Rasulullah saw yg hidup bahagia, tenang, & aman sambil mengurus & mentadbir urusan dunia dgn cekap & berkesan. jgn jadi Namrud, Firaun & Haman yg mengurus dunia dgn ketamakan & kezaliman. nanti kita diburu resah, gelisah, kesibukan, kejemuan, kemarahan yg tiada berkesudahan..

ingatlah wahai jiwa2 yang mencari ketenangan & kebahagiaan..
tak mengapa sekiranya kalian tak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kalian telah menempuh jalan. sebab kebahagiaan & ketenangan tu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi sepanjang jalan..
Genggam Al-Quran, ingat mati & berangkatlah. jalan mujahadah itu susah tapi indah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....