Khamis, 11 Disember 2008

bila kekasih berubah hati..

Artikel ni telah diubahsuai.. khas untuk seorang sahabat baik saya yang sedang bersedih.. saya paste di blog ni krn mungkin ada sahabat2 lain yang turut sama berada dalam situasi ini dapat kita sama2 berkongsi.. semoga sedikit perkongsian ini mendapat kebaikan bersama dunia akhirat..amin..

Situasi:

Zes tiba-tiba memutuskan hubungan dengan Zaid. Sedangkan sebelum ini hubungan mereka sudah serius dan sudah mula berbincang tentang perkahwinan. Pelbagai usaha dari pihak Zaid agar Zes kembali.. namun semuanya sia2.. Zes terus mendiamkan diri.. Zes langsung tidak mahu member komen apa2.. apatah lagi berbincang. Perkara ini membuatkan Zaid buntu. Disebabkan Zaid tidak jelas dengan punca tindakan Zes, hingga kini Zaid masih berharap agar Zes kembali. Zes akhirnya bercakap.. namun seolah2 tiada apa yang berlaku.. seolah2 kisah lama mereka tidak lebih daripada seorang teman biasa.. sedangkan hati Zaid pula makin kuat mengharapkan Zes kembali..

My comment:

Wahai sahabatku yg dikasihi..

Cinta adalah soal hati.. soal hati ni suatu perkara yang tak boleh dipaksa.. kita boleh memaksa orang masuk islam dengan mengucap kalimah syahadah.. tetapi kita tak boleh memaksa hatinya mengesakan Allah yang satu.. Di sini dapat kita lihat betapa besar kuasa yang dimainkan oleh hati.. persoalannya apa yang ada dalam hati?

Apa yang sebenarnya dalam hati si dia?

Sejauh manakah kebenaran alas an yang dia berikan itu benar2 datang dari hati dia? Atau cuma sekadar ayat yang direka2 untuk menjauhkan diri?

Wahai sahabatku yg disayangi..

Lillah tak tahu apa punca si dia memencilkan diri..

Mungkin.. just point to ponder antara sebabnya… (barangkali..)

Kasih manusia bermusim dan berubah.. faktor persekitaran, family, ekonomi, politik etc menyebabkan kasih berubah.. mungkin dulu dia seorang yang tercari2 dan memerlukan seorang teman berbicara.. dan mungkin kini si dia sudah punya impian sendiri.. dia berubah adakalanya tanpa dia sedari.. dia cuba untuk survive dalam liku2 hidup ini.. cabaran mendewasakan dia untuk dia berfikiran matang dan berpijak di bumi nyata.. dia mula belajar bahawa cinta bukanlah segalanya dalam hidup ini.. dia mula belajar mengutamakan tanggungjawab yang menjadi amanah untuk dia.. dia memang seorang yang baik..

Dia mula berfikir sejauh manakah keserasian yang wujud dapat dikekalkan hingga ke hujung hayat?

Dia mula berfikir sejauh manakah keselarian impian dua jiwa ini dapat terus selari?

Dia menghormati dan sangat menghargai jiwa yang mengasihinya itu.. dia kagum dengan luhurnya cinta dan pengorbanan yang ingin jiwa itu curahkan demi bersamanya.. dia terharu dengan kesediaan jiwa itu menghulurkan kesediaan untuk bersusah senang bersama.. namun dia tidak mampu menipu dirinya apatah lagi menipu jiwa yang mengasihinya itu.. dia bimbang harapan yang diberikan si kekasih terlampau tinggi dan dia tak mampu untuk memenuhinya..

Mungkin dulu cita2nya sama seperti cita2 si kekasih..

Tetapi itu kisah lama..

Kini dia sudah dewasa.. dan dia ada cita2 yang lebih praktikal sesuai dengan dirinya..

Dan si kekasih belum pasti bersedia dengan impian yang baru ini..

Wahai sahabatku yang dikasihi..

Bukan sengaja dia berdiam diri.. tetapi dia mungkin merasakan tidak perlu dia terus melukakan hati yang sudah cukup terluka dek tindakan pertama itu. Dia mungkin merasakan senarai ketidak puasan hati itu lebih baik disimpan seorang diri..

Kerana mungkin isi senarai itu cuma akan menyebabkan si kekasih yang terluka menjadi benci kepadanya.. mungkin sudah lama si dia mengumpul senarai ‘tak puas hati’ tu.. tapi dia tak cukup kuat untuk berlaku jujur mengatakannya.. kerana mungkin senarai ‘tak puas hati’ tu bukanlah tercatat lantaran kelemahan si kekasih.. mungkin kerana hebatnya si kekasih itu juga termasuk dalam senarai mengapa dia tak mungkin mampu terus bersama.. dia sedar, dengan kreadibiliti dan sifat semulajadi si kekasih yang mungkin termasuk dalam senarai tak puas hati nya itu, akan menyebabkan si kekasih terus maju ke depan.. jadi dia biarkan sahaja si kekasih menjadi dirinya yang sebenar..

Dia memang seorang yang baik..

Dan dia berfikir.. lebih baik diam dan membiarkan si kekasih menyimpan memori indah dan kata2 manis sebagai kenangan terakhir.. dan bukannya kata2 pahit yang mungkin membunuh semangat si kekasih dalam hidup. Dan mungkin kerana itulah dia berdiam diri..

Wahai sahabatku yang disayangi..

Alhamdulillah, akhirnya mahu juga dia bersembang sedikit.. walaupun tak lebih dari teman biasa.. cukuplah sampai disini sahaja.. lillah sedar lillah tak layak menghalang awak dari memberi pengharapan kepada si dia.. tetapi sebagai seorang sahabat, saya sangat menghargai sahabat saya.. kerana untuk memulakan sebuah persahabatan, kita Cuma memerlukan tempoh beberapa jam sahaja.. mungkin juga minit sahaja.. tetapi untuk melupakan seseorang kita memerlukan seumur hidup..

jika benar dia masih perlukan masa untuk dia bersedia, dia tentu akan meminta awak menunggunya dan bukannya memutuskan terus dan menjauhkan diri..

Saya tahu dia seorang yang istimewa.. dia seorang yang baik.. Dan dia berjaya menawan hati awak untuk sekian lama..

Cuma mungkin dia bukanlah yang terbaik untuk awak.. yang PASTINYA Allah dah pun ciptakan yang khas terbaik untuk awak.. Cuma siapakah dia? Wallahu’alam..

daripada terus memaksa dia dengan pujuk rayu yang bertalu2, yang mungkin menyebabkan dia akan fade up dan pergi jauh sekali lagi, lebih baiklah meneruskan hubungan sebagai teman biasa.. ya, tidak mudah.. tetapi boleh jika benar awak benar2 ikhlas menyayangi si dia.. jika awak benar2 menyayangi si dia, tentu awak mahukan si dia bahagia.. betul kan? Dan awak akan sanggup korbankan kebahagiaan awak.. betulkan?

Jangan biarkan hidup kita ini kehilangan dari insan2 yang hebat seperti dia.. biarlah mereka terus di sekeliling kita meskipun mereka bukan hak milik kita.. hidup kita ceria kerana mereka, rugilah kita jika kehilangan mereka..

Wahai sahabat ku yang disayangi..

Kadang2 suatu benda yang cantik tu kita tak dapat miliki.. ibarat seekor rama2 yang cantik, sayapnya akan rosak jika kita menangkapnya.. jadi kita terpaksa melepaskannya demi ingin terus melihatnya kekal cantik.. andai dia memang tertakdir untuk kita, dia kembali semula kepada kita.. andai tidak, biarlah dia terus terbang bebas dan kekal cantik.. :)

Wahai sahabatku sayang.. awak baik, awak akan dapat yang baik..

Yakinlah dengan janji Allah.. Dia tak pernah berubah meskipun kita berubah..

ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (Ar-Rum: 21)

2 ulasan:

  1. salam..
    menyingkap kenangan lalu sampai adakala membuatkan kt umpama mempertikaikan kembali apa yg telah tersurat buat kt. walaupun sebenarnya kt ketahui andai ditimpa sbrg musibah yg terbaik adalah kesabaran yg pertama kali. moga kt senantiasa di bwh lindungan Allah senantiasa dan hingga ke akhir hayat..

    BalasPadam
  2. w'salam.. iye.. kita merancang.. Allah pun merancang.. tapi perancangan Allah adalah yang terbaik :)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....