Isnin, 22 Disember 2008

mengutip hari silam,melakar masa depan

Lillah menerima satu email dari seorang saudari,Gina (bukan nama sebenar)..

Situasi Gina yang lillah ringkaskan: Saya dilahirkan tidak sesempurna insan lain dan ini mungkin antara faktor saya masih belum berkahwin walaupun usia telah lanjut. Saya pernah terlanjur suatu ketika dulu dan saya benar-benar yakin saya perlu berkahwin. Saya pernah bertunang tetapi putus di tengah jalan atas sebab yang saya sendiri tidak pasti. Saya kecewa dan mencuba nasib mencari cinta di alam siber tetapi ternyata lelaki yang menjadi teman chatting tidak mahu menjalin hubungan yang serius. Saya akhirnya bercinta dengan suami orang. Demi mengelakkan zina, saya melakukan onani. Jiwa saya keresahan dan saya tak tahu sampai bila perkara ini akan berlarutan.

My comments:

Point 1: Saya dilahirkan tidak sesempurna insan lain dan ini mungkin antara faktor saya masih belum berkahwin walaupun usia telah lanjut.

Wahai saudariku yang disayangi.. mari kita sama-sama merenungi firman Allah:

Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? ( Al-Muminun:115)

Wahai saudariku.. jodoh tiada kaitan dengan paras rupa.. jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. jodoh tiada kaitan dengan harta.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang..Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 selepas sembahyang.. Allah mendengar.

Wahai saudariku.. selagi mana kita meletakkan paras rupa sebagai kayu ukur bahawa itu faktor utama lelaki tertarik dengan kita, selagi itulah kita hanya akan bertemu dengan lelaki2 buaya.. Untuk bertemu dengan lelaki yang baik, kita perlu menjadi perempuan yang baik. Lelaki yang baik mahukan ibu yang baik untuk anak2nya.. lelaki yang baik tidak meletakkan paras rupa sebagai kayu ukur pertama dalam pemilihan calon. Lelaki yang baik tidak akan mempergunakan atau mengeksploitasi kecantikan isterinya dengan mempamerkan kecantikan isterinya kepada kawan-kawannya. Isteri bukanlah bahan pameran atau aksesori yang memberi kebanggaan kepada si suami di hadapan kawan-kawannya. Kerana itulah kita dapat lihat betapa banyak rumah tangga artis-artis yang cun melecun pun terbarai.

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

Wahai saudariku sayang.. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Biarlah lelaki yang bakal menjadi pasangan anda adalah lelaki yang mencintai peribadi anda dan menerima zahir anda seadanya, dengan harapan cintanya takkan luntur walaupun kulit dah berkedut dan rambut pun dah beruban
..

Point 2 : Saya pernah terlanjur suatu ketika dulu dan saya benar-benar yakin saya perlu berkahwin.

Wahai saudariku..
ye.. memang perlu.. teteapi sebelum tu mari kita betulkan perspektif tentang perkahwinan dulu..

sebab..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Perkahwinan tidak menjanjikan kepuasan seksual.. perkahwinan tidak menjanjikan anda tidak akan sunyi.. perkahwinan tidak menjanjikan anda akan disayangi.. perkahwinan tidak menjanjikan nasib anda akan terbela.. perkahwinan tidak menjanjikan kebahagiaan..

Seksual penting dalam perkahwinan hinggakan boleh menuntut fasakh andai nafkah batin ini tidak dipenuhi. Tetapi perkahwinan adalah kenikmatan yang lebih dari itu. Seksual cuma salah satu daripada perkara yang menambah kenikmatan perkahwinan. Sedangkan pra syarat utama perkahwinan yang berjaya adalah perkahwinan yang terdiri dari hati-hati yang bersatu yang ikhlas dalam rumahtangga tersebut. Misalnya seorang suami balik kerja disambut oleh isterinya dengan senyuman, disambut oleh anak-anaknya dengan keriangan. Isteri dan anak-anaknya tidak menyambut lelaki itu kerana lelaki itu seorang professor atau seorang doktor atau apa jua sebab penghormatan yang mulia di mata manusia tetapi kerana Allah yang memuliakan kedudukan seorang pemimpin keluarga, seorang suami. Suami keluar mencari rezeki pula ikhlas kerana mencari rezeki untuk menunaikan nafkah untuk keluarganya. Ikhlas ialah melakukan sesuatu kerana Allah.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cubamendaki naik.

Wahai saudariku sayang.. Sebelum berkahwin, anda terpaksa berenang sendirian meredah gelombang ombak hidup utkmeneruskan hidup. at least anda still fikirkan ttg diri anda.. tetapi kebanyakkan mangsa2 penderaan suami, penganiayaan rumahtangga itu langsung dah tidak akan memikirkan tentang diri sendiri.. siang malam mereka hanya kekal bertahan untuk hidup demi nasib anak2..

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang
..

Point 3 : Saya pernah bertunang tetapi putus di tengah jalan atas sebab yang saya sendiri tidak pasti. Saya kecewa dan mencuba nasib mencari cinta di alam siber tetapi ternyata lelaki yang menjadi teman chatting tidak mahu menjalin hubungan yang serius. Saya akhirnya bercinta dengan suami orang.

Wahai saudariku sayang.. lumrah lelaki yang mahu bermain-main cinta murahan bersepah di mana-mana.. sedangkan lelaki yang betul2 bertanggungjawab dan sedia memberi komitmen hubungan yang serius sangat sedikit dan sukar dicari.. Bersyukurlah kerana Allah menyelamatkan anda dari lelaki-lelaki yang tidak jujur sebelum anda melangkah lebih jauh. Bayangkanlah kalau setelah anda mendirikan rumahtangga baru anda menyedari tembelang lelaki tersebut bukankah lebih buruk..

Wahai saudariku sayang.. usah biarkan diri terus menerus dikecewakan.. tidak kiralah lelaki bujang ataupun yang sudah berkahwin, jika anda mahu menjalinkan hubungan cinta dengannya, biarlah lelaki tersebut lelaki yang mahu mengahwini anda. Ramai orang berkata cinta adalah permulaan sebuah derita, tetapi sebenarnya mencintai orang yang tidak mencintai anda adalah sebuah permulaan sebuah derita. Mencintai seseorang yang tidak mungkin anda miliki hanya akan menyeksa jiwa anda, lebih-lebih lagi anda sendiri sedar akan sampainya untuk anda berpisah dengannya..

Wahai saudariku sayang.. Islam memuliakan, menghormati dan membela kedudukan seorang wanita. Status seorang isteri amat mulia dan dihormati tidak kiralah dia isteri pertama, kedua, ketiga mahupun keempat. Setiap orang isteri berhak mendapat layanan zahir dan batin yang sama adil. Tetapi status perempuan simpanan amat hina di pandangan agama. Realitinya, masyarakat akan menghina bukan si lelaki yang curang tetapi si perempuan yang tidak mempunyai hubungan yang sah.. Sayangku, barangkali keresahan dan keserabutan jiwa yang melanda saudari kerana satu perkara yang saudari terlepas pandang iaitu keredhaan Allah.. Keredhaan Allah terletak pada ketaatan sedangkan kemurkaan Allah terletak pada kederhakaan hambaNya.. Adakalanya kebaikan yang kecil seperti menyusun kasut depan pintu mengundang keredhaan Allah kerana mungkin itulah amalan kita yang paling ikhlas.. Kita tidak tahu amalan manakah yang kita ikhlas.. sedangkan amalan yang Allah terima hanyalah yang ikhlas.. Dan kadang2 kita rasa keci je dosa yang kita buat, contohnya lewatkan solat sebab main internet.. sedangkan ada kemungkinan Dia sangat2 murka sebab kita memperkecilkan dan meremehkan perintah Dia.. Sayangku, kebahagiaan itu adalah dari Allah.. bagaimana kita hendak mengecapi bahagia itu andai kita jauh dari Allah? Bagaimana kita dapat hampir dengan Dia sedangkan segala perbuatan kita menjauhkan kita dari Dia?

Sayangku..sebaiknya, buatlah istikharah dan kemudian bawalah berbincang dengan lelaki tersebut. Andai dia benar-benar jujur terhadap anda, dia akan mengambil anda secara sah dan terhormat dan bukannya membiarkan anda dalam keadaan tergantung-gantung. Andai dia tidak mahu, cukuplah setakat situ sahaja anda memberi pengharapan. Tutuplah hati dari dia dan bukalah hati untuk insan lain. Kebahagian yang sebenar bukanlah berada di sisi insan yang kita cintai tetapi berada di sisi insan yang Allah cintai. Carilah cinta Allah, kerana akan datang insan yang mencintai anda kerana Allah..

Point 4 : Demi mengelakkan zina, saya melakukan onani.

Wahai saudariku.. Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-

“Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yangberbunyi:

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yangmelewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)

Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan batas kebolehannya itu dalam dua

perkara:

Karena takut berbuat zina.

Karena tidak mampu kawin.

Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina.Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya

dia tidak berlaku zina.

Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepadasetiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapatmenundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa,sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam

Point 5 : Jiwa saya keresahan dan saya tak tahu sampai bila perkara ini akan berlarutan.

Wahai sayangku.. Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita s
elalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Wahai saudariku sayang, betapa berat sekalipun mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.. tatpi yakinlah dengan janji Allah bahawa Dia tidak membebani seseorang dengan sesuatu yang hamba itu tidak mampu.. bukankah Dia sebaik-baik pemegang janji?
Firman-Nya
''Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahata (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.'' (Al Baqarah: 286).

Sayangku.. berhadapan dengan hati yang dukacita, tegakkanlah rasa redha.. terimalah takdir ini kerana Allah telah berfirman:
''Tiada suatu musibahpun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirmu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya, sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepadamu dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri'' (Al-Hadid:22-23)

Orang yang redha akan terlupa sengsara dan perit hidupnya. Dia terlupa bukan kerana dia bodoh atau gila tetapi memang itulah hakikat redha, yang pahit menjadi manis dan yang susah menjadi senang. Orang yang tidak redha akan berterusan melawan takdir Allah sedangkan tiada sesuatu pun yang mampu melawan takdir it. Jiwanya akan sakit dan bertambah sakit. Orang yang redha sentiasa meyakini bahawa setiap perkara yang Allah jadikan ada hikmahnya. Orang yang redha meyakini janji Allah bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu secara main-main. Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? ( Al-Muminun:115)

Wahai sayangku.. pilihlah untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..

firman Allah dalam Surah Al-Ra'd ayat 11, tafsirnya: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Kita dituntut untuk berusaha memperbaiki diri kita seperti dalam hadith di bawah:

Hadits yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim dan lafazh dari riwayat Imam al-Bukhari dari Ali bin Abi Thalib, sesungguhnya Nabi bersabda.
''Setiap orang dari kalian telah ditentukan tempatnya di Surga atau di Neraka. Seseorang bertanya, 'Kenapa kita tidak pasrah saja, wahai Rasulullah?' Beliau menjawab: 'Jangan, akan tetapi berbuatlah karena masing-masing akan dimudahkan”. Kemudian beliau membaca ayat, 'Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa.''
(AI-Lail: 5)

Dalam riwayat Muslim dengan lafahz
''Masing-masing dimudahkan sesuai takdirnya.''
Maka Rasulullah memerintahkan untuk berbuat dan melarang pasrah kepada takdir.

Semoga dengan usaha menjadi wanita yang solehah, Allah akan menemukan anda dengan lelaki yang soleh.. usah berputus asa kerana kita tidak tahu penghujung usia kita bagaimana. Mungkin anda akan jadi wanita yang jauh lebih baik dari wanita-wanita yang baik yang pernah anda temui. Siapa pernah menyangka Michael Jackson akan memeluk islam? Sedangkan sebaik Micheal mengucap syahadah, segala dosa silamnya terhapus. Dia kembali suci seperti bayi yang baru lahir. Sedangkan kita yang memang lahir dalam Islam pula sudah menggunung dosa.. Namun yakinlah, walaupun dosa menggunung tinggi, rahmat dan kasih sayang Allah melangit luas. Dia Maha Pengampun..

Wahai saudariku.... selalunya lelaki yang ‘baik dan masih available’ ini tidak terburu-buru dalam soal hati. Seandainya anda bertemu dengan lelaki-lelaki yang baik, usah terburu-buru dalam menyatakan hasrat hati. Berilah dia masa untuk mengenali diri anda dan dapat menerima buruk baik anda. Supaya, sekalipun anda dan dia tidak ada jodoh, anda ada sahabat yang baik untuk dijadikan tempat rujuk masalah. Lelaki yang baik hanya akan menerima sesuatu amanah jika dia mampu menunaikannya. Jika lelaki baik tersebut merasakan dia mampu mendidik dan membela diri anda, dia akan membuka hatinya untuk anda. Jika dia merasakan masih terlalu sukar untuk melentur sifat-sifat keras pada wanita itu, lelaki yang baik cenderung untuk menjadi seorang sahabat sahaja.. tetapi jika anda terburu-buru, lelaki itu mungkin akan meninggalkan anda terus. Manusia tidak dapat memilih siapa yang patut menjadi ibu bapanya. Tetapi manusia diberi peluang boleh memilih siapa bakal pasangan hidupnya. Justeru pemilihan bakal pasangan suami adalah kritikal sebenarnya. Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata sehingga melupakan pertimbangan akal dan pedoman syarak maka boleh membawa padah.. Dibimbangi nanti suami tidak menyambung ke landasan utama jalan menuju ke syurga. Suami sebenarnya ibarat ibu sawat penghubung talian taat dan cinta sejati seorang isteri kepada Allah. Jangan hendaknya talian taat dan cinta kepada Allah itu terputus di tengah jalan..

Wahai saudariku yang disayangi... lillah katakan begini krn perkahwinan akan menyebabkan rangkaian jalan isteri ke syurga berpindah melalui suami; bukan lagi ibu dan bapanya. Maka utamakanlah memilih lelaki yang kuat pegangan agamanya dan tinggi kefahaman hidup beragama.. namun ambil kira juga soal kufu, keturunan, paras rupa & harta.. itulah antara nasihat Rasulullah saw untuk memilih calon isteri yang boleh juga dipakai untuk memilih calon suami.. pilihlah calon suami yang mampu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, pendidik dan teman hidup yang penyayang..

Wahai sayangku.. di sini lillah letakkan sesuatu untuk saudari.. ianya adalah soal jawab dengan teman rapat kita iaitu Al-Quran.. kita muhasabah kembali, di mana teman sejati kita ini? Sudah berapa lamakah kita tidak menyentuhnya?

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA (FRUST)?

QURAN MENJAWAB:

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Ali-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?

QURAN MENJAWAB:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....”
-Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA: BAGAIMAN JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN LAGI??!!

QURAN MENJAWAB:

.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

6 ulasan:

  1. Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya.. =) saya baru jer nak wat blog nih. tak reti sangat. Mula2 nak lepas kan geram jer. lepas baca blog orang len, baru rasa tahu matlamat buat blog nih. Saya sebenarnya suka nak cari and baca blog2 yang berbentuk islamic. Well, saya suka dengan blog akak nih. Entry yang bagus. Harap akak dapat benarkan saya linkkan blog akak pada blog saya. =)

    BalasPadam
  2. akak pun x reti nak mnulis2 ni.. ni pun asalnya blog melepas prasaan aje dik..:D

    BalasPadam
  3. akak, sy dah emel gmbar meowwww...hehe

    BalasPadam
  4. hehe.. makasih!!! sayang kat eny! hehe :D

    happy sgt2 ni!

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....