Ahad, 21 Disember 2008

surprise! ^o^


semalam sibuk berkemas barang2 yang nak dibawa balik. siang tu sepanjang hari dah keluar berjalan. saya pergi beli hadiah utk kwn2 saya..
nak buat srprise..hehe dua ekor puppies toys.
adik bongsu saya menegur "kawan kakak ni chinese ke?"
"a'ah"jawab saya.
"kenapa tak beli teddy je?"tanya dia lagi.
"sebab pertama puppies ni cute. sebab kedua bila pegang rasa lembut sgt.. cuba adik rasa.. sebab ketiga akak nak sampaikan mesej yang orang Islam tak benci anjing, cuma kita tak boleh suka-suka nak pegang sebab najis. non muslim selalu ingatkan orang islam ni benci pada doggy & piglet kan.."terang saya. adik saya diam.
"dulu fadilah pernah belikan snoopy toys pada sorang kawan. mahal tau.. tapi sebab dia cute & special, adik beli juga utk birthday kawan adik. pastu dia kecoh cerita pada semua orang adik bagi dia anjing. geram betul! tu snoopy je.. "sambung fadilah dalam nada kecewa..
oo.. patutla dia lain macam je dari tadi, ada kisah sdih rupanya.
"hm.. jom dik kita amik gambar 2 puppies ni," saya cuba menceriakan dia kembali. fadilah ni memang suka bergambar. bukan gambar dia je, gambar barang2 dia dan toilet pun dia suka snap.. yang hairan tu ada pulak kawan dia yang nak tengok gambar2 tu...
tak faham saya.. ~_~

biasanya malam family kami tak de dinner formal. siapa lapar cari la sendiri makanan di dapur. biasanya mak just prepare breakfast and lunch only. dan masa mak memasak, wajib 2 org anak perempuannya ni kena tolong di dapur.. adik lelaki saya selalunya kene handle 'dobi' dan 'vacum' rumah.

lepas habis kemas barang2, saje2 turun ke bilik mak sebab nak tukar duit syiling dengan mak. hairan bilik kosong. biasanya lepas maghrib dia akan mengaji.. kalau tak pun dia biasanya baring-baring sementara tunggu masuk waktu isyak. dah la whole floor gelap gelita. tiba2 ternampak lampu terpasang luar dapur (wet kitchen).. mak sedang memasak!

"mak masak?!!"saya terkejut. dia senyum. sebab biasanya kalau nak masak dia mesti panggil saya utk tolong.
"nape tak panggil kakak?"huh! rasa bersalah sgt2.. dah nak siap pun dia masak.
"mak nak buat suprise utk kakak."jawab mak.
la... terharunya. tak terkata apa. nak cakap time kasih mak pun tak terucap. mak ni kan.. orang dah nak balik Usm ni dah la rasa berat hati, ni buat2 camni lagi la rasa tak nak balik..hish..

apa lagi seperti biasa saya pun mengambil telefon bimbit dan snap beberapa gambar masakan mak..

rupa-rupanya malam semalam amin yang tolong mak. dia balik rumah sekejap pagi tu sebab as elder brother yang kene mewakili pihak abah pergi kenduri anak sepupu abah.. abah ada di Bandung,Indon so anak nya la kene ganti.. tak pergi langsung tak leh sebab dah sedara kan.. malam tu dia balik KLIUC smula..

best dinner malam tu. semua org pun happy. kami recall semula memori2 silam zaman kecik2 dulu..
saya ni nak buat surprise utk org lain, tapi diri sendiri terkene dulu..
Alhamdulillah ya Allah for everything.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....