Rabu, 17 Disember 2008

bagaimana mengajak? (dakwah anak-anak)

Setelah timbul kesedaran dan keinsafan akan tanggungjawab dan kewajipan dakwah dalam kehidupan bekeluarga, maka kita tentu akan bertanya dan terus bertanya "Bagaimana cara dan kaedah yang berkesan untuk mengajak anak-anak kepada kebaikan?"
1. Mulakan (berdakwah pada diri sendiri). ini faktor penting dalam dakwah atau menyeru kepada kebaikan. kita mesti melakukannya pada diri sendiri dulu. itu merupakan satu keutamaan sebagaimana kehendak Allah swt. "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka" (At-TAhrim : 6). Dalam ayat ini, Allah menyuruh kita 'peliharalah dirimu', kemudian barulah 'ahli keluarga kamu' daripada seksa api neraka.
  • berilmu~ contohnya, untuk berdakwah kita kena ada ilmu. kalau tak ada ilmu, apa yang hendak didakwahkan? di sini jelas sekali tuntutan supaya ibu bapa perlu sekali cinta kepada ilmu dan mendalami sebanyak mungkin ilmu.
  • hubungan dengan Allah~ mulakan dengan diri sendiri juga maksudnya, bapa atau ibu perlu kuat hubungannya dengan Allah swt. Hubungan dengan Allah itu adalah penguat diri kita. kuat hubungan kita dengan Allah, maka akan dibantulah kerja-kerja dakwah kita. lemah hubungan kita dengan Allah, bermakna Allah tidak beserta dalam apa sahaja yang kita lakukan(niat kita lari dari keikhlasan). Kalau hubungan kita lemah dengan Allah, bagaimanakah kita hendak menyeru, mendidik dan membawa anak-anak kepada Allah? Bagaimana bateri yang lemah dapat mengecas bateri lemah yang lain? ingatlah, Allah adalah sumber kefahaman dan hidayah.
    Sebenarnya , bila ibu dan ayah (selaku pendakwah) kuat hubungan dengan Allah, barulah mereka mendapat untuk memberi sesuatu yang berharga dan bermanfaat kepada anak-anak. sekiranya jawapan adalah sebaliknya, bermakna malang sekali nasib anak-anak kita. Yakni mereka sama ada sedar atau tidak sedang beribu bapakan insan-insan yang akan mengheret tangan dan kaki mereka ke kawah api neraka, nauzzubillah.. ustaz Uthman El-Muhammady memberi contoh sebuah lopak di tepi pantai untuk memberi gambaran jauhnya perbandingan antara ibu bapa yang kuat hubungan dengan Allah dengan ibu bapa yang tidak kuat hubungannya dengan Allah. ibu bapa yang tidak kuat hubungannya dengan Allah ibarat seorang yang mengorek satu lubang yang jauh dari pantai untuk menggunakan airnya. namun air dari satu lubang atau lopak kecil itu berapa lamalah tahannya. sekiranya air lopak dicedok beratus kali akan cepatlah keringnya.
    manakala ibu bapa yang kuat hubungannya dengan Allah pula ibarat seorang yang mengorek lopak berdekatan pantai untuk kegunaannya, kemudian membuat satu aliran air dari laut ke lopak itu. maka air laut akan mengalir masuk ke dalam lopak itu tidak putus-putus. bermakna bilamana lopak itu dihubungkan dengan air laut yang luas itu, orang tadi tidak menghadapi masalah kekurangan air. lopak air akan sentiasa penuh dengan air walaupun dicedok berkali-kali. fikirkanlah.. kalau jiwa kita kering, bagaimana kita mampu membasahi dan mengairi jiwa anak-anak kita?
2. berdakwah (mengajak) melalui sikap dan perbuatan~ seruan atau ajakan (dakwah) melalui kaedah bil hal (sikap) terbukti sangat berkesan. dalam satu kata-kata hikmah dituliskan bahawa "Lisanul hal (perbuatan) lebih fasih dari lisanul maqal (kata-kata)". dalam bahasa kita pula sering disebut 'kepimpinan melalui tauladan'.
sebenarnya anak-anak lebih terkesan dengan apa yang kita lakukan dari apa yang kita katakan. demikian menurut pakar2 motivasi. mereka tentu akan keliru dan bercelaru sekiranya melihat apa yang kita lakukan bercanggah dari apa yang kita katakan dan nasihat kepada mereka. contohnya kita menyuruh anak solat awal waktu sedangkan kita pula melewatkan waktu solat.contoh lain ialah kita memarahi anak berbohong sedangkan kita juga berbohong. perasaan celaru mereka kadang-kadang tersimpan lama di lubuk hati. Bila anak sudah besar panjang, dan sudah fasih berkata-kata, anak-anak mula mempertikaikan tindakan ibu ayah yang cakap tidak serupa bikin.
Adalah salah dan dimurkai Allah kalau kita mengajak orang lain termasuk anak-anak kita sendiri berbuat kebaikan sedangkan kita sendiri tidak melakukannya.
"Wahai org2 yg beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Besar sekali kemurkaan Allah (yakni) bilamana kamu mengatakan sesuatu yang tidak melakukannya."(As-Saff: 2-3). Justeru, faktor kedua ini lebih mengajak ibu bapa menjadi model kepada anak2.
3. mengajak dengan hikmah
hikmah dituntut dalam semua perkara dan keadaan, lebih2 lg di dalam dakwah dan pendidikan kerana ia jelas dinyatakan dalam firman Allah "Serulah kepada Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik.." (An-Nahl : 125)
Oleh itu utk mengajak anak2 kpd kebaikan ada beberapa ciri hikmah yg perlu kita utamakan:
  • kaedah belaian dan kasih sayang. mendekati & mengajak anak dgn cara ini tentunya jauh lebih berkesan drpd kita memaksa & mengherdik krn fitrah jiwa anak lembut & sensitif.
  • penggunaan ayat & contoh yg sesuai mengikut tahap IQ mereka.
  • memberikan kata-kata pujian & insentif hadiah kiranya mereka dapat melakukan perintah agama. kalau kita boleh memberi hadiah kpd anak yg lulus cemerlang dalam peperiksaan, kenapa kita tak boleh beri hadiah kepada anak yang dapat mengekalkan solat subuh berjemaah misalnya.
  • boleh juga dibuat perbandingan-perbandingan baik dan buruk dalam bahasa yang mudah difahami.
  • dibacakan kisah2 tauladan khasnya sirah Rasulullah saw. Elok sekiranya kita sendiri menghayati kisah-kisah Rasulullah saw dengan sering membaca dan menelaahnya. buku riwayat hidup & anekdot kehidupan Rasulullah saw mesti ada dalam simpanan setiap rumah.
  • membawa anak-anak melihat kebesaran Allah dan merasai kehebatan Allah melalui kehebatan ciptaan2nya. rajin-rajinlah bercerita ttg kebesaran Allah pd waktu melihat pemandangan tepi pantai, gunung ganang dan langit yang luas. Di samping beriadah & beristirehat dengan anak-anak dapat pula di ajar Tauhid kepada anak2 tanpa mereka sedari. apabila anak-anak sudah dikenalkan dengan Allah, mudahlah untuk kita mengajak mereka melaksankan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
  • mengajak anak membenci kejahatan. anak2 perlu di ajar dari kecil untuk membenci sifat2 mazmumah dan menyukai sifat2 mahmudah. Anak-anak di ajar untuk bercakap benar dan benci berbohong.
  • menerapkan budaya mencintai ilmu agama misalnya dengan meminta anak yang sudah boleh membaca untuk membaca satu hadis untuk dihayati bersama.
dengan kata lain, untuk mengajak anak2 kpd kebaikan, kita mesti jadi 'promoter' atau pencetus kepada kebaikan itu sendiri. menyukai sesuatu kebaikan dan membenci keburukan adalah antara ciri-ciri bertakwa. sekurang-kurangnya kalau pun belum menjadi orang bertaqwa, kita sebagai ibu bapa mestilah berusaha memperbanyakkan ciri-ciri taqwa pada diri kita serta mengajak anak2 sama2 melakukan amalan2 taqwa. Mudah-mudahan usaha kita menempuh jalan utk menjadi baik itu sendiri di samping mengajak anak2 kita menempuh jalan yg sama, akan dinilai sbg kebaikan di sisi Allah.. :)

2 ulasan:

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....