Sabtu, 31 Januari 2009

semua orang memang tak memahami saya! benci keje dgn org lain..


Bila segalanya serba tak kena.. kita rasa semua orang tak layan kita dengan baik.. kita rasa nasib tak menyebelahi kita.. kita rasa semua orang tak faham kita.. kita rasa nak marah je.. kita rasa tension.. tetiba nak nangis.. tak tau punca masalah.. tak tau apa masalahnyer..

Well.. masalahnya ialah DIRI anda sendiri..

Open your mind.. terimalah hakikat bahawa ‘masalah’ tu perkara biasa dalam hidup ni.. semua manusia ada masalah dlm hidup mereka..masalah adalah kembar kehidupan.. yang membezakan antara anda dan mereka adalah cara masalah itu di handle.. cara masalah itu dihadapi.. dan cara masalah itu diselesaikan.

Ada orang yang kita nampak happy2.. jenis happy go lucky, gelak2.. suka buat jokes.. actually banyak masalah yang dia sorokkan di sebalik gelak ketawa tu! Bravo..! good job man.. manusia yg hebat ialah manusia yang mampu senyum pada saat hati sedang menangis.. kerana senyuman di waktu susah tanda hati yang redha.. hati yang redha lambang jiwa yang beriman.. jiwa yang beriman adalah kunci kekuatan seseorang.. selagi seseorang tu beriman & bertakwa, selagi itulah mereka menang..

Ada orang yang masalah nye kecik je.. tapi mereka sengsara.. mengapa? Kerana dunia mereka kecil..dalam dunia kecil itu Cuma ada tuan diri sendiri, orang2 yang tersayang dan kerjaya sendiri.. bila dtg 1 masalah, dunia yang sudah sedia kecil itu menjadi sempit..

Luaskanlah dunia mu.. bukalah pintu hati anda kepada dunia yang luas.. lihatlah diri dan kehidupan orang lain.. masih ramai lagi orang yang menerima lebih hebat ujian hidup mereka daripada anda.. belajarlah jadi hamba yang bersyukur.. berhentilah hanya memandang ke atas (kpd mereka yg lebih senang dalam nikmat hidup).. pandang juga ke bawah.. (kpd mereka yang hidup susah dan dalam ujian hidup yang bertali arus)

Abah pernah berkata:

“Sometimes facing hardwork for 6 months just for a day result.. Sometimes facing hardwork for days just for 5 minutes cheer.. Having problem daily is normal. We may learn slowly but surely! ”

(abah sent msg ayat2 motivasi ni ketika saya tgh ‘down’ sgt2 hinggakan nak lari dari hostel.. masa tu di kolej matrikulasi.. hehe, bejuang utk survive dalam dunia baru~ ekspress matrik 1 thn)

Luaskan dunia anda.. ramai kan jumlah mereka yang anda sayang.. ramaikan mereka yang sayangkan anda.. mempunyai hanya sebuah keluarga yang menyayangi anda tak mencukupi.. jadilah manusia yang mudah menyayangi orang lain.. berhadapan dengan manusia, jadilah manusia yang fleksibel dan versatile..

Kita tak perlu menjadi seorang yang kekal dalam satu watak yang sama 24 jam.. membosankan…..!

Jadilah seseorang yang bersikap fleksibel dengan orang yang berlainan.. ada org yg gila2 perangainya, perlu kita menjadi gila2 bersamanya.. jika tak, orang tu boleh pengsan bila kita datang menghampirinya pengsan sebab tak tahan dgn perangai skema.. :)

Ada org yg memang jenis skema , kene la kita approach mereka dgn skema.. jika tak mereka ketakutan setiap kali kita approach mereka.. ada org yang mula2 malu2 dan pijak semuk pun tak mati.. tapi bila dah kenal kita, pijak gajah pun mati.. dengan prang yang macam ni kita kena tegas.. masa bergurau, boleh bergurau tapi masa serius dia kene serius.. dan dia perlu tahu ada beberapa perkara sensitive yang tak boleh di bawa bermain.. :)

Dalam bergerak kerja, bepersatuan, kerja kumpulan atau apa2 sahaja urusan yang melibatkan ramai orang.. paling penting ialah bagaimana cara kita menyesuaikan diri kita dengan orang lain.. kita tak mampu nak paksa orang lain menyesuaikan diri mereka dengan kita.. dan kita tahu kalau mereka dan kita tak serasi, misi gerak kerja tak boleh nak dicapai.. so kitalah yang perlu flesibel.. menyesuaikan diri dengan mereka..

Setiap orang ada kelemahan & kelebihan.. cuba memahami mereka terlebih dahulu.. supaya kita dapat tahu kelemahan & kelebihan mereka.. sama ada mereka nak memahami kita atau tidak, tu perkara kedua.. kalau kita berkeras & terus berdegil, mana mungkin gerak kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna?

Kita perlu tahu kelemahan mereka untuk kita tutup dengan kelebihan kita.. kalaupun bukan kita, kita boleh gunakan kelebihan kawan2 lain untuk cover kelemahan tu.. yang penting cover.. siapa yang cover, tak kisahla.. kita focus utk jadikan ia perfect.. kita perlu tahu kelebihan seseorang supaya kita dapat letak dia di posisi yang betul.. kalau kita letak seseorang di tempat yang salah, kita akan menyeksa dia dan sedang membazir keupayaan dia.. contohnya, seorang yang bersifat kreatif dan banyak idea cenderung untuk ‘tak minat’ bila menulis surat dan mengira-ngira.. bab teknikal agak kureng.. so kita letakla org yg macam ni bahagian modul.. jangan letak sebagai team teknikal fizikal atau sebagai setiausaha.. membazir sangat2.. sebab tak ramai orang yang boleh ‘sekreatif’ dia.. sedangkan ada orang lain yang jenis tak suka berfikir memerah otak sebaliknya suka buat kerja2 yang sama berulang kali.. susah untuk bosan.. orang macam ni sesuai diletakkan sebagai setiausaha dan teknikal fizikal..

(opps.. masuk sikit tentang gerak kerja PPM.. )

Mak saya kata kita perlu dengar penjelasan dari orang lain.. tu mak saya la yang kata. Sebab nya ialah bila kita tak jelas dalam sesuatu tindakan orang lain, kita cenderung menganalisis sendiri secara tidak adil. Dan cenderung berburuk sangka.. ada sesetengah organisasi yang memang jenis tak suka dengar alas an sebab bagi deorang kita mencari jalan, bukannya alas an.. organisasi macam ni, sangat produktif Cuma.. Cuma kurang perikemanusiaan.. kalau kita terpaksa terikat dengan organisasi macam ni, makesure org2 yang kita sayang memahami situasi kita..

Dalam organisasi yang membina ummah.. yang bukan semata-mata profit.. focus bukan duit-duit semata-mata.. nak tak nak , organisasi macam ni terpaksa mengambil masa untuk sit down dan listen mendengar macam2 alasan ahli mereka.. tujuan nya nak memahami situasi ahli tu.. kemudian nak membantu mana yang boleh dengan harapan ahli tu akan bagi komitmen dalam organisasi tu.. hm.. bagus untuk ahli tu.. Cuma dari segi produktiviti organisasi tu tak lah sehebat organisasi ‘kejam’ yang mula2 tadi..

Adalah lebih baik jika kita menyatukan dua elemen di atas kepada satu.. dalam gerak kerja kita..

Mendengar utk memahami.. kemudian mencari jalan bersama-sama..

‘happy employee’ cenderung memberi yang terbaik kepada ‘customer’..

‘happy customer’ cenderung datang semula (come back) menggunakan perkhidmatan yang pernah diterima..

‘come back’ pula akan membuatkan ‘share holder’ happy..

Apa yang paling penting ialah kita belajar untuk terus memperbaiki diri kita dan melengkapkan diri dengan segala macam kemahiran diri.. berilah yang terbaik kpd org2 di sekeliling kita agar mereka gembira dan puas hati bersama2 dgn kita.. sebab kita bukan selamanya akan berada di samping keluarga & best fren kita .. sampai satu masa nanti kita akan ke tengah masyarakat juga.. dan mereka yang baru nak mengenali kita ni tak akan tahu apa yang boleh membuatkan kita gembira.. tapi, bila mereka gembira di sisi kita, mereka akan berusaha buat kita gembira..

jgnla benci2 bila kene bekerja dgn org lain.. sayang2 lah.. byk faedahnya utk diri sendiri dik..

Enjoy.. :)

P/s: good luck motmot, zailiana, fairuz, k.ila, -test khamis ni.. :)

Khamis, 29 Januari 2009

malu tapi mahu.. sebuah pertemuan ..

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
(kucing siapa tah tersesat kat umah kami)

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
(asik ikut ali je dia ni.. tapi bila nak sentuh dia taknak)

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(kucing ni mcm taku2 dgn orang.. dia malu2.. atau trauma ke?)


Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
(tapi bila orang buat tak layan, dia datang tunjuk muka sambil meow2 nak manja..)

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
(nak apa sayang..? nak makan? nak minum? nak main? nak manja2?)

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
(setelah sekian lama akhirnya kucing itu memberanikan diri..approach ali)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
(dan ekor dia pun mcm manja2.. bunyi purr.. hehe..)


Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
(tahniah ali.. dah dpt geng baru ye..)


Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
(hai.. kami bagi nama dia 'papa'.. papa yg hensem, pandang la depan..)

manusia : my brother mohd ali b. abd karim
kucing : kucing siapa tah tersesat kat rumah kami, nama dia 'papa'
masa : maghrib,lepas balik dari surau
lokasi : luar rumah
tajuk lagu: sebuah pertemuan, unic

p/s: kucing tu malu2 kucing kat si ali ni.. dia mcm interested nk berkenalan tapi malu.. tapi berjaya akhirnya kami memikat si papa ni... hingga dia pun hilang malu2 & wat mcm rumah sendri.. sebuk plak nak masuk rumah.. tak blehh!! :P

Rabu, 28 Januari 2009

RADICAL ISLAM: Terror in its own words

adik saya, Ali menunjukkan saya youtube ni.. hm.. hebat ye kita, umat islam yang diasuh dari kecil untuk mencintai syahid demi menegakkan Islam.. dan ternyata mereka musuh2 agama Islam merasa gerun dan bimbang dengan semangat ini..



persoalannya..

adakah kita, keluarga kita dan orang sekeliling kita turut mempunyai semangat jihad ini?

Lihat, Hadith Riwayat Abu Daud, hadith ke-4284, Bab 32 (Perang):

Dari Thawban bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Di akhir zaman nanti, umat Islam akan diserang oleh musuh-musuhnya

seperti manusia lahap yang berkongsi menjamah hidangan.”

Tanya sahabat: “Adakah mereka sedikit jumlahnya?”

Jawab Rasulullah s.a.w.: “Tidak, malahan lebih ramai. Tetapi mereka seperti buih-buih di lautan, hidup sia-sia. Kerana mereka dijangkiti al-Wahn.

Sedangkan musuh-musuh mereka Allah s.w.t. cabut ketakutan dari dada-dada mereka terhadap umat Islam ketika itu.”

Tanya sahabat lagi: “Apakah al-Wahn itu wahai Rasulullah?”

Jawab baginda: “Cintakan dunia, takutkan mati.

Selasa, 27 Januari 2009

kemungkaran.. nak cegah atau nak biar?

SYARAT2 UNTUK MELAWAN KEMUNGKARAN

1. Make sure apa yg kita hadapi adalah benar2 suatu ‘kemungkaran’.. conformkan.. sahih kan.. pastikan.. ianya adalah sesuatu yg benar2 dilarang utk dikerjakan oleh syariat.. kata ‘munkar’ lebih bersifat umum daripada kata maksiat. Kata munkar tidak khusus utk dosa2 besar shj.. termasuk juga di dalamnya berduaan dgn wanita lain(yg bukan muhrimnya) dan melihat pada hal2 yg diharamkan, smua tu termasuk shagha’ir & hal yg wajib dicegah..


2.
Hendaklah kemungkaran tu benar2 tampak, bukan suatu kesalahan yg dicari2.. krn setiap org yg menyembunyikan maksiat di rumahnya dan menutup pintunya, maka tidak boleh seorang pun memasuki rumah tu tanpa izin pemiliknya dgn tujuan mengetahui maksiat tersebut..krn Allah swt telah melarang kita utk mencari2 kesalahan dlm firman Nya “walaa tajassasuu”. Demikian juga apabila ada seorang yg dikenal sbg fasik, sementara di belakangnya ada sesuatu, kita still tak boleh membukanya..

3.
Hendaklah kemungkaran itu diketahui tanpa ijtihad.. sesuatu yg memang sudah jelas, nyata & terang.. krn setiap sesuatu yg masih membuka ruang ijtihad itu tak boleh diingkari.. tak boleh bagi Hanafi mengingkari Syafie ttg sesuatu ijtihad did lm nya.. ertinya kemungkaran di sini bukan merupakan masalah yg diperselisihkan di antara para imam, krn tidak diketahui kesalahan orang secara pasti tetapi sekadar perkiaraan.. dengan kata lain ialah kemungkaran itu harus disepakati sbg kemungkaran..


Demikian juga terhadap firqah pembuat bid’ah, dia diingkari dlm kesalahan mereka yg sudah pasti. Bukan dalam kesalahan yg bersifat ijtihad; spt cara solat, qunut, membaca Al-Quran di masjid, 2 azan, minum & kencing sambil berdiri,hijab, & smua masalah yg bekaitan dgn ma’ruf & munkar.. krn smua itu temasuk masalah2 khilafiyah je..

Jom kita semak apa yg dikatakan oleh Imam Ibnul Qayyim

“ketika kau befikir ingin mengubah kemungkaran, maka pertimbangkan 4 kemungkinan berikut ini :

1. Ia hilang & berganti dgn yg sebaliknya

2. Ia berkurang namun tak boleh nak terhapus sama sekali

3. Ia berganti dgn kemungkaran yg srupa

4. Ia berganti dgn kemungkaran yg lebih parah darinya”

(1) Dan (2) adalah masyru’ (diperintahkan), sedangkan yg (3) oleh berijtihad iaitu kita boleh hapuskan atau kita boleh biarkan..dan yg (4) tu haram kita melakukan pemberantasan, jika kita melakukannya kita berdosa..

Atas dasar itulah jika kita nampak org2 yang biasa membuat maksiat bermain catur, maka bentuk pengingkaran kita kpd deorang ni adalah dari sisi bahawa mereka ni tak memahami & belum mengerti.. kesian kan deorang.. dan kita berusaha utk mengalihkan pandangan mereka dari perbuatan tu kpd perbuatan yg lbh dicintai Allah..

Jika awak melihat org2 fasik yg lalai dgn muzik & suasana yg melalaikan, kemudian awak rasa awak boleh mengalihkan mereka kpd perbuatan yg dicintai Allah, maka itulah yg diharapkan.. jika awak tak bole nak melakukan mcm tu, maka membiarkan mereka dalam keadaan centu adalah lebih baik daripada mencegah mereka tetapi mereka menolak dan melakukan sesuatu yang lebih parah kemungkarannya..

Imam ibnul Qayyim menceritakan gurunya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah bertemu dgn sekelompok tentera Tar-Tar yg sedang minum khamar ketika larut malam.sebahagian murid2nya mengingkari perbuatan tersebut, namun ibnu taimiyah berkata, “Biarkan mereka dalam mabuk dan permainannya. Sesungguhnya Allah mengharamkan khamar krn khamar itu mencegah seseorang itu mengingati Allah dan solat,sedangkan mereka tertahanoleh khamar dan membunuh jiwadan menumpahkan darah”

Ini semua dilakukan berdasarkan kaedah yg telah ditetapkan berdasarkan berikut:

“kita menahan diri dari membanteras suatu kemungkaran bila dikhuatirkan akan lahir kemungkaran yang lebih besar, dengan prinsip mengambil yg lebih ringan bahayanya di antara dua bahaya.”

Kita tak boleh melakukan sesuatu perbuatan yg boleh menjadi pendorong kpd perbuatan yg haram , meskipun pd asalnya perbuatan itu dibolehkan..

Cth:

Allah melarang org2 beriman mencaci maki tuhan org2 kafir padahal mencaci maki itu merupakan pembelaan kpd Allah & menghina tuhan mereka. Ini krn hal ini akn menyebabkan mereka memaki Allah swt, maka kemaslahatannyautk tidak memaki Allah swt itu lebih diutamakan drpd kemaslahatan memaki tuhan mereka. Ini merupakan larangan yg tegas thdap sesuatu yg diperbolehkan , agar tidak menjadi penyebab dilakukannya sesuatu yg tidak boleh..

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan

yang mereka sembah selain Allah, krn mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan.”

(Al-An’am: 108)

Bahkan Allah swt memerintahkan Nabi Musa & Harun a.s utk memperlembut perkataannya terhadap Firaun padahal Firaun musuh Allah yg paling besar, paling kufur, & paling derhaka..

Allah memberi wasiat kpd Harun dan Musa dgn firmanNya :

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata2 yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut"
(Thaha:43-44) "

demikian itu agar ucapan yg keras tersebut tidak menjadi penyebab larinya Firaun sehingga dia menjadi tidak sabar menerima penjelasan dan perbincangan.

Allah juga menggambarkan hubungan Rasulullah saw dengan para sahabatnya :

"Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu bersikap lemah lembut terhadap mereka. sekiranya kamu berkeras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Ali imran :159)

Dari sinilah Allah swt melarang RasulNya utk mengeraskan bacaan Al-Quran di Makkah, krn org2 musyrik mendengarkannya, sehingga mereka akan memaki Al-Quran dan Zat yg menurunkannya, serta malaikat yg membawanya turun..

Wallahua’lam.. rujukan ms 185-190 Fiqih Dakwah oleh Jum’ah Amin Abdul Aziz..

Ahad, 25 Januari 2009

bukan dunia itu yg bersalah.. tetapi hati yg penuh dunia itu yg bersalah



macam main kejar-kejar rasanya.. semakin kuat hati ni nak membuang 'dunia', semakin melimpah rezeki yang datang.. sesekali pandangan mata terkesima dengan kilauan dunia..

saya org yg simple..hidup secara simple.. membeli bila perlu.. tak suka membazir.. jarang bergaya.. ramai yg sangka saya dari keluarga susah tapi jenis yg suka belanja kawan makan & tolong org lain..

hm..tu di kampus..

tapi bila saya balik rumah.. cara hidup berbeza.. org senang.. hidup senang..

Argh! ini cuma fatamorgana!!(iman memujuk)

sesekali jiwa muda yang cetek dengan pengalaman hidup ini keliru dengan percaturan hidup ini.. ish, mana satu yang nak dipilih ni? semua nampak macam ada baik buruknya.. takut terlepas peluang yang takkan datang lagi..rugi!..takut juga tersalah pilih..bimbang tak boleh diundur selepas memilih sesuatu..

masa ni 2 insan yg paling menyayangi saya, mak abah menjadi tempat rujukan..

"buat ini.... jangan buat ini..." kata mak & abah..

kadang2 hati ini mudah menerima usul-usul dari mak abah.. kadang2 hati ini menolak sangat..

tetapi mak memujuk..

"sabar... ikut je lah.. adalah hikmahnya tu"

petang tadi hujan lebat.. kami sekeluarga (mak, abah, saya, fadilah) menaiki volvo hitam S 60 utk keluar makan..adik2 lelaki saya drive sendiri ke sana.. tak muat naik 1 kereta.. toyota unser dapat off day harini..

kami makan di secret recipe..

masa tu teringat org2 di gaza..

teringat tentang diskusi palestin malam semalam di masjid (1 family pergi kecuali saya sebab saya tak sihat)

Secret Recipe has successfully established its brand name in Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand, China and Philippines by virtue of its fine quality cakes, fusion food and distinctive service..

(okeh, ni bukan milik israel atau US)

actually kami nak 'celebrate birthday abah'..

bersembang tentang masa depan.. tentang kerja.. etc

hm.. takde sape2 ke nak cakap tentang dakwah?

tentang anak2 orang miskin?

balik dari makan2 tu, hujan lebat sangat.. semua kekenyangan.. dlm hujan yg lebat tu ternampak sebuah van dgn payung kecil yg menutup kuih2.. org berniaga tepi jalan.. macam nak terbang payung tu. tak de org beli.. kami pun dah kenyang..

tiba2 abah parking..abah beli banyak sangat kuih org tu.. (kuih tu tak menarik pun, dah sejuk..) saya & fadilah hairan.. la.. tadi makan dah beratus ringgit, lapar lagi ke?

saya dan fadilah cuba utk tidur sementara mak abah terus bersembang.. masa tu terdengar mak abah sembang2 tentang zakat.. tentang sedekah.. etc..

rupa-rupanya abah beli kuih tu sebab nak tolong org tu.. hari hujan, kuih dia tak laku.. bila abah dah beli banyak, org tu boleh la kemas2 utk balik.. sebab hujan lebat sgt,kesian dia..

tentang zakat pendapatan.. mak abah begitu teliti hal ni.. mereka berbincang ttg ada org baru yg layak terima zakat.. tentang hidup org tu.. ttg cara2 utk tolong org tu membina hidup mereka..

tentang sedekah.. abah tanya, berapa yg diperlukan utk ___? mak jawab__

abah memberi respon : sekarang ni, org buat surau pun setengah juta.. kalau deorang nak Rm--, tak cukup tu.. (nada positif.. ada harapan cek akan di kuarkan)

mak abah berbincang tentang perancangan kewangan keluarga..

pendidikan anak2..semua anak2 masih belajar.. duit3!!

kemudian perancangan kewangan utk atuk, nenek..rumah atuk nenek..etc..

perancangan kewangan utk insan2 yang memerlukan..yg memang takde kaitan langsung dgn kami..(kaitan akidah je.. tak de hubungan darah)

***

masa tu hati sebak.. shh.. tengah berlakon tidur ni.. sebelum ni saya terasa seperti kemewahan yg Allah kurniakan pada family kami seolah membuatkan mak abah terlepas pandang soal kebajikan umat ini..

rupa2nya mereka jauh lebih kritikal dalam berfikir untuk umat ini..

mereka memberi dalam diam..

secara rahsia2..

anak2 pun tak tahu sangat..

(saya ni kira membocorkan la ni.. tapi deorang tak tau..takpe kot..)

Alhamdulillah.. isk3.. dada sebak.. rasa terharu + syukur + gembira sebab dapat jawapan kepada 1 persoalan besar hidup saya..

Persoalan saya:Harta yang berkuasa. dengan harta semua menjadi. inilah seruan yang kita biasa dengar. hampir manusia putus asa menghadapi perdamaian, ilmu dan budi, kesucian dan kesopanan. sebab kesemuanya tidak melebihi kekuasaan harta si fulan, yang dahulunya berkuasa, ternama, termasyhur, diangkat dan dijunjung, bukan lantaran ilmunya, budinya, sopannya, tetapi lantaran hartanya.. bilamana harta habis, lenganglah orang dari kiri kanannya.. BERSALAHKAH HARTA itu?

Jawapan:
bukanlah yang bersalah harta itu.. tetapi pemiliknya..Di kalangan manusia ada orang yang dunia di tangannya tetapi tidak menyintainya. Dia memiliki dunia tetapi dunia tidak memilikinya. Dunia mencintainya tetapi dia tidak mencintainya.

Dunia mengejarnya dari belakang dan dia tidak mengejar dunia. Dia mempergunakan dunia tetapi dunia tidak dapat mempergunakannya. Dia memisahkan dunia tetapi dunia tidak memisahkannya.Kaum itu disibukkan untuk memberi dan melapangkan kesempitan makhluk. Mereka mengambil dan memberi. Mengambil dari kurnia dan rahmat Allah dan memberikan kepada fakir dan miskin yang kesempitan. :’-)

Ya Allah..
jadikanlah segala urusan dunia kami sebagai pendekat kepada Engkau..
Kosongkan dunia dan makhluk dari hati kami..
Jadikanlah segala yang ada di sekeliling kami sebagai saksi yang membela kami di hari Hisab nanti..
Wahai Allah.. tidaklah sesuatu itu menjadi sia-sia kecuali apabila Engkau mensia-siakannya.. Jauhkanlah aku, keluargaku, dan sahabat-sahabatku dari amalan yang sia-sia.. amin..

p/s:semoga perkongsian ini dpt membawa kebaikan dunia akhirat utk kita semua.. insya'Allah..

Aku, Engkau, Mereka dan Kita

I got from ensyuhadah's blog:

ensyuhadah : *I got this article entry from akhi Hijaz's blog. I felt like there is a deep connection with this entry with me, so here I share the story. For someone that is very far, but near to heart and for all who just have a moment of their time, to read. Disclaimer: The writer wishes to remain anonymous. Out of respect, I shall not state my source nor share any information about this piece. Allahua'lam.
_______________________________

Ini Jalanku

Aku memilih jalan dakwah. Sepertimana dipilih Rasul. Bukan pengaruh tokoh. Bukan desakan naqib. Aku sedar akan tanggungjawabku. Tanggungjawab terhadap umat. Tanggungjawab memperjuangkan agamaku. Melaksanakan shahadatul haq!

Jemaah

Aku bernaung di bawah jemaah yang ISLAM. Walaupun aku tahu terdapat jemaah lain yang juga memperjuangkan ISLAM. Aku tidak sesama sekali meremehkan mereka. Malah aku wajib membantu mereka sekiranya mampu. Siapalah aku untuk menilai mereka? Sedangkan mereka diterajui golongan ulama' yang jauh lebih hebat dariku. Ataupun graduan-graduan profesional yang mempunyai daya pemikir yang jauh dari kemampuanku. Sudah tentu mereka mudah mematahkan segala hujahku terhadap jemaah mereka. Maka aku tidak akan sesekali merendahkan mereka.

Aku dan Engkau

Kita semestinya di jalan yang sama. Akidah yang sama. Tuhan yang sama. Berani ku katakan, TUJUAN yang sama. BERANI juga ku katakan, methodologi yang berbeza. Methodologi karangan manusia. Ijtihad atas tafsiran Quran dan Sunnah. Methodologi yang tidak maksum. Maka janganlah kita gah. Jangan kita taksub. Quran dan Sunnah pegangan hakiki. Jangan lupa itu. Jemaah hanya wadah. Demi meraih keredhaanNya.

Eksklusif?

"Bagaimana dengan 'mat salleh' itu? Adakah dia tidak layak menerima picisan dakwah yang kau bawa?" Sebak dadaku. Berat. Hiba. Siapalah aku untuk mengkategorikan manusia kepada 'layak', mahupun 'tidak layak'. Tetapi aku terpaksa memilih. Bukan kerana menidakkan haknya mendapat kebenaran.Tetapi atas kelemahan diriku sendiri. Aku tidak yakin dengan kemampuanku menyentuh hatinya. Kita berbeza. Budaya berbeza. Budaya yang memungkinkan aku dan dia berpijak atas satu kesamaan. Tetapi berbeza. Bahasa berbeza. Bahasa yang merupakan kunci merungkaikan permasalahan di hati. Jua berbeza.

Melayu tak Melayu

"Engkau ni 'racist'lah. Islam tidak mengenal warna kulit. Tapi Islam yang engkau bawa ni, seolah menitik beratkan MELAYU"Janganlah begitu, wahai sahabat. Aku bukan racist. Aku perlu bermula dari bawah. Bermula dari yang terdekat. Sepertimana juga Rasulullah. Aku perlu mendapat kekuatan. PERLUkan sokongan dari masyarakatku. Mentarbiyyah individu menjadi da'ie, di samping mentarbiyyah diriku. Membangunkan masyarakat. Menegakkan syiar. Kemudian mengejar yang dahulunya pernah bernaung. Khulafa' Islam. Bukan Khulafa' Melayu. Tetapi Islam.Aku tidak mengabaikan mereka. Aku masih berhubungan dengan mereka. Aku menunaikan hak mereka sebagai mad'u. Aku juga menyampaikan sekdar yang aku mampu. Seperti juga kamu. Tetapi itu bukan FOKUS aku. Fahamilah perbezaan itu.Aku berjanji kepadamu. Pada suatu hari nanti, engkau akan lihat. Bahawa Islam yang aku bawa ini tidaklah hanya untuk MELAYU. Mudah kita menilai. Berhenti di situ. Bukan hak kamu. Biar Allah penentu.

Perjuanganmu

“Objektif kita berlainan. Fikrah lain. Kamu kejar itu. Kami kejar ini. Tak mungkin serasi.” Mengapa meraikan perbezaan? Sedangkan persamaan itu banyak. Allahu Rabbuna. Rasul Qudwatuna. Quran Dusturuna. Kita bekerja di syarikat yang sama. Kita bernaung bawah CEO yang sama. Kita inginkan kejayaan yang sama. Kita inginkan ISLAM. Walaupun aku berada di pejabat berbeza. Allah jua memberi gaji, di akhirat nanti.

Aku Sahabatmu

Adakah kau lupa. Sebelum kita keliru dengan jemaah. Kita berukhuwwah semata-mata. Tiada bezanya, antara kau dan aku, ketika itu. Adakah dengan adanya jemaah, ukhuwwah itu terjejas?Ingatlah suatu ketika dahulu. Engkau peka mengesan, ketika aku mundur. Kau ikhlas membantu walau tidak dipinta. Kau bisa meniup, semangat dalam diriku. Tetapi kini, terlalu banyak berubah. Sahabatku. Aku rindui kamu.

Pengakhiran

Aku tetap sahabatmu. Mendambai kehadiranmu. Aku menunggu di sini. Minda terbuka. Tangan terdepa. Sesungguhnya, aku sahabatmu.

my comments:

I'm not perfect.. so did u.. kita saling memerlukan.. selagi mana jalan dakwah ini adalah jalan yang kau pilih, selagi itulah kau akan mendapat tempat istimewa di hatiku.
.. pergilah ke mana sahaja.. buatlah apa sahaja.. jadilah apa sahaja.. yang penting misi mencapai keredhaan Allah kita laksanakan..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda,

“Siapakah di antaramu yang menerima kata-kata berhikmat langsung diamalkan?” Kata Abu Hurairah,”Aku hai Rasulullah!” lalu diambilnya jariku lalu dihitungnya sampai lima, katanya,

“Peliharalah dirimu dari segala yang terhitung haram engkau akan termasuk manusia yang paling tekun beribadat; berasa cukup dengan kurnia Allah yang dibagi-bagikannya kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling kaya; berbakti dan bantulah tetanggamu di setiap saat yang diperlukan, engkau akan dianggap manusia mukmin yang terbaik; cintailah untuk manusia itu apa yang kau inginkan untuk dirimu engkau akan menjadi seorang Muslim yang sejati; dan jangan perbanyak ketawa terbahak-bahak kerana itu akan membeku dan mematikan jiwa.”

(H.R Tirmizi)

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. [Surah Al-Imran ayat 139]


tsunami yg bakal melanda timur tengah


"What is happeing now in Gaza is not between the Muslim and the Jews; nor it is between Islam and Judaism; but it is a case between the oppressed (Palestinians) and the oppressor (Zionists)!"

"The oppresors are not only the Zionists; Bush and the European leaders; the oppressors also include MUBARAK!, ABBAS!, THE SAUDI ROYAL FAMILY!"

"An the good news is, They are all coming down!!! They are all coming down!!!"


Azzam Tamimi, 10/1/2009; London, UK. (sumber: youtube, find: Azzam Tamimi, Gaza)

Ini merupakan wacana politik.
Wacana sebeginilah yang mudah difahami dan mudah dikongsi bersama oleh masyarakat dunia yang sedar.

Inilah realiti yang perlu difahami oleh semua.

Inilah realiti yang dapat menjawab persoalan-persoalan menegenai kekejaman Mubarak yang enggan membuka pintu sempadan Refah, keterlibatan kerajaan Saudi dengan AS dan Israel, dan juga peranan sebenar Abbas yang merupakan hipokrit terbesar di dalam isu ini".


Gelombang sokongan masyarakat dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin tidak dapat dibendung lagi.
Serangan rejim Zionis ke atas 'HAMAS' telah memberikan legitimasi perjuangan kemerdekaan Palestin hanya kepada HAMAS.
HAMAS menjadi hero rakyat Palestin; dan dunia telah kembali melihat rejim Zionis sebagai penjenayah setelah mereka pernah di'suci'kan dari gelaran tersebut oleh Yasser Arafat.
Segala perjanjian damai di antara Arafat dengan rejim Zionis (Madrid, Oslo, Wye River, Camp David) telah menghalalkan rejim Zionis Israel.
Kini gelombang masyarakat dunia kembali menuntut agar 'Israel' kembali kepada tahap penjenayah mereka.


Malangnya, penjenayah Zionis ini tidak akan kembali diiktiraf sebagai penjenayah selagi terdapat aparat-aparat mereka menjadi penguasa di negara-negara Arab. Para diktator ini perlu dijatuhkan dahulu. Gelombang kebangkitan rakyat ini wajib digunakan sepenuhnya oleh masyarakat sivil di Mesir, Saudi dan Jordan untuk menurunkan para diktator yang menghisap kekayaan negara dan menzalimi rakyat di bumi sendiri. Doakan perkara ini akan segera berlaku, sedarkan rakan-rakan warga Mesir, warga Saudi dan warga Jordan. Media eletronik dan alam virtual merupakan senjata yang paling ampuh untuk mengejutkan kelekaan rakyat jelata di bumi tersebut. Kebangkitan marhaen dan proletariat perlu disegerakan...

Maszlee
Durham, UK.
(Masih tidak faham apakah logiknya fatwa salah seorang ulama tersohor Saudi mengharamkan demonstrasi mengecam Israel dan menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin...)

Sabtu, 24 Januari 2009

Etika melawak dan bergelak ketawa

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah saw bergurau dengan seorang wanita tua..

Wanita itu berkata kpd baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.”
Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis.

Baginda saw bersabda “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar. (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:


Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.

(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua:
Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

“ Wahai orang2 yang beriman
janganlah satu puak itu menghina puak yang lain,
kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina.
Janganlah wanita menghina wanita yang lain ,
kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik
dari yang wanita menghina… “
( 11 : al-Hujarat)


Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan
apabila dia menghina saudaranya semuslim.”

(Hr Muslim – sahih)
Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda

“Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”
(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat.

Rasulullah saw bersabda
Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.
(Hr Thabrani – sahih)
Nabi saw bersabda
“ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.”

(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak. Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

“Tiga perkara yang mana yg mana
diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius:
1. Nikah

2. Cerai
3. Membebaskan hamba.


(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:
“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan
dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya,
tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.”
(59 – 61 : an-Najm)


Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:
“Janganlah kamu banyak ketawa.
Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.”

(Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)
Saidina Ali ra:

“Masukkan lawak dalam kata2
sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata: Bersederhanalah dalam melawak.
Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan
dan menyebabkan orang-orang yg bodoh
akan berani terhadap mu.
Meninggalkan melawak akan menjauhkan
orang2 yang hendak bermesra dan
menyebabkan orang2 yang berdamping
dgn mu berasa rimas.”

Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

hikmah: yg susah terselit kemanisan


sekrg tiap2 hari dpt msg dari adik XX .. adik XX ni sgt2 special.. sy btmu dgn dia semasa prog kem anak soleh di skolah tunas bakti dulu.. skolah tu bukan sebarangan skolah, adik2 di situ di train mcm askar.. nk kata pusat juvana.. em, lebih kurangla..

dlm byk2 adik tu.. yg ni paling susah nk jaga.. asik2 hilang je.. stiap kali hilang, seorg lagi adik BBB akan jadi tukang mencari adik XXX..
yg BBB ni pun satu hal, diam tak bersuara..
dan masa last day tu BBB kene kurung dlm bilik khas.. before meninggalkan skola tu, kawan bgtau yg that little brother nak jupe lillah.. so pergila jupe dia.. huh!! masa ternampak dia hati ni sayu sgt2.. deorang dok dlm bilik berpagar mcm penjara, pakai sluar je.. ada katil je dlm tu.. dgn rak2 kosong tanpa pintu.. ya Allah.. keadaan mcm... em, x yah sebutlah..

lillah nak menangis sgt2 masa tu (tp dlm hati je menangis).. ya Allah, adikku sayang.. masa tgh bekerja kene la control emosi.. so cuba sedaya upaya menahan gelora jiwa.. dan masa tu XXX muncul.. dia senyum2 je.. spt biasa lillah x kan lepaskan pluang ni.. x tau bila lagi dpt jupe dia.. si XXX ni dah 5 tahun dok sni.. seluruh hidup dihabiskan di sini.. dan skrg dah 17thn.. lps spm dia akan kuar dari situ.. sukar rasanya memulakan hidup baru di dunia luar..

fakta sejarah menunjukkan ramai adik2 yg dah insaf kembali terjebak kpd tabiat x elok lantaran kehilangan pagar besi yg melindungi mereka selama ini..

hm... ya Allah...

skrg ni 2009.. adik XXX dah dibebaskan.. hari2 dia sms lillah.. ayat yg sama setiap hari.. tanya khabar. tanya dah makan ke lum..

:'-(

bila ditanya ttg khabar dia.. dia mcm x welcome utk bercerita.. dia lebih suka dgr kakak dia ni membebel, memberi nasihat, potpet.. etc.. seakan selama ni tak da sapa pduli pada dia..

siapa yg mem'follow up' siapa??

sy yg patut follow up dia supaya terus kuat semangat utk berdepan dgn masyarakat yg pesimis

atau

dia yg sdg mem follow up saya supaya jgn berhenti memikirkan dan mencurahkan kasih sayang kpd adik2 yg terpinggir?

adik2 yg masuk skolah tunas bakti ni jauh lebih bertuah dari students skolah saya.. dlu di skolah saya tak ada sape2 peduli tentang kebajikan kami sedangkan skolah kami berdepan dgn krisis sosial yg kritikal.. kongsi gelap etc..
(hm.. lillah ni kategori nakal sebenarnye.. dah tu produk skolah nakal.. cuma sbb takut pd Allah, ke'brutal'an tu terkunci dalam diri.. huhu)

bersyukur di hati ini krn dikurniakan teman2 seperjuangan, sahabat2 dan wadah2 yg banyak memberi didikan, bimbingan, nasihat & peluang kpd lillah utk belajar dan terus belajar.. banyak yg lillah ketinggalan dari kawan2 lain terutama dalam bidang agama.. majoriti shbat2 dari background agama yg mantap2 sedangkan lillah cuma dari sekelompok masyarakat yg bermasalah.. sebelum ni cuma belajar teknik2 survival je.. rasa mcm kecik je dibandingkan dgn kwn2 lain ~_~

harap sgt2 sem dpn lillah diizinkan Allah utk sambung part time dalam bidang agama.. nak blajar betul2, attend class dan take exam.. mungkin inilah hikmahnya kene extent 1 sem.. sem depan kne extent sebab ada 1 paper minor yg clash time table sem ni, so tinggal 4 unit je lagi.. kiranya next sem in 1 week cuma 2 hours je kelas..
masa mula2 dapat tau kene extent, ya Allah.. rasa mcm nak terduduk je.. pointer ok, dan takde subjek yg boleh di ulang.. sedangkan kalau extent ni, duittt kene pikir2.. nak sambung master pun x leh.. kawan2 dan lecturer pun ramai yg tak puas hati sbb hal ni berlaku pd lillah.. bagi mereka ni satu kerugian.. mungkin pandngn mata dunia, lillah rugi.. tapi lillah ambil subjek minor tu sebab permintaan abah.. dan kalau ini dapat membuatkan dia redha dgn anak dia ni, anak dia ni akan go on.. timbalan dekan pusat pengajian minor pernah berkata "kenapa u ikut ckp abah u? dia tak faham ke yg u akan menyusahkan ?"
hm.. yg susah tak semestinya pahit yg mudah tak semestinya manis..

my focus ialah redha mak abah.. tu je, ttg study ni cuma
'what i want to have in my life'
tapi menjadi anak yg taat adalah 'what i want to be'..
tapi bila fikir balik, mungkin ini adalah salah satu peluang keemasan yg Allah bg pd lillah utk lillah buat sesuatu utk cover semula apa yg pernah lillah missed dan memang lillah sgt2 nak, tapi tak berkesempatan... sblm ni hidup lillah sgt2 padat.. kali ni memang ada ruang yg memang kosong.. 1 thn plak tu.. keje? maybe part time.. tp plg ptg ialah.. nak attend kelas agama.. nak belajar agama.. :') izinkanlah ya Allah...

..::@~
Ya Allah..
aku memohon pertolonganMu, jadikanlah aku hambaMu yg solehah..
Ya Allah..
aku memohon pertolonganMu, jadikanlah aku hambaMu yg taat..
taat pada perintahMu..
taat pada menjauhi laranganMu..
taat pada RasulMu..
Taat pada mak abah tercinta..
Ya Allah..
aku memohon, jadikanlah aku hambaMu yg bijaksana..
yg dibekali oleh Mu ilmu yg menjadikan teguhnya pendirianku
dalam bertaqwa mengabdikan diri padaMu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu..

Khamis, 22 Januari 2009

cik mot's family

ni salah 1 keluarga yg telah terpilih krn slalu menceriakan kafeteria Restu di USM..
(byk sungguh kucing skrg ni kat sini tau.. ^_~)

~sementara menunggu waktu meting yg blum bmula, deorang ni menjadi penghibur.. bahagianya.. ^-^


wajah cik comel yg cuba menggunakan deria bau utk mengenali handset lillah.. besarnye mata..

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Kalau hati itu bersih, pandangan hati itu yang hakiki


walaupun deorang ni dibesarkan oleh mak deorang je.. tp deorang hepi... siapa bapanyer? calon ramai sgt.. namun si ibu tetap tabah dalam hidup ini.. x pernah complaint.. dia just focus pd amanah yg Allah bg utk membesarkn anak2 dia sebaik mungkin.. susah senang tu biasa la..

kehidupan ini adalah suatu perjuangan
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

cik mot comot....!! dah besar.. hampir sama besar ngan mak dia dah.. x lama lg putus susu.. pastu akan pergi mulakan hidup sendiri.. meneruskan perjuangan mak dia.. memuji Allah sementara hidup sambil mengembangkan generasi kucing di bumi Allah.. perjuangan hanya berakhir apabila ajal menjemput..

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan disana sini

wajah emak yg mengantuk.. anak dia asik melekat je.. pergilah main dgn cik comel,cik mot.. mak nak cari makanan.. lepas menyusukan anak2 ni, rasa lapar..

Walau Kesederhanaan
Yang Mampu Kuhulurkan
Kau Tadah Penuh Keredhaan
Limpah Syukurmu Kususun Rapi
Agar Dirimu Dapat Kuhargai
Sebagai Bidadari

huh!! cik mot... gaya kenyang.. walaupun comot, tapi kak motmot sgt syg pd kamu cik mot..

Miskin dan kaya bukan ukuran
Iman dan taqwa nilaian Tuhan
Ganjaran syurga sedia menanti
Hidup disana kekal abadi

(Surah Al-Hadid Ayat 20-21)

Ertinya:
Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan)
kehidupan di dunia
itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa
semata-mata permainan

dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang),
juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah
diantara kamu
( dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan )
serta berlumba-lumba

membanyakkan harta benda dan anak pinak;
(semuanya itu terhad waktunya)
samalah seperti hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang menghijau subur)
menjadikan penanaman suka
dan tertarik hati kepada kesuburannya,

kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu),
selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;

akhirnya ia menjadi hancur bersepai;
dan (hendaklah diketahui lagi,
bahawa) di akhirat ada azab yang berat
(disediakan bagi golongan yang hanya
mengutamakan kehidupan di dunia itu
),
dan (ada pula) keampunan besar
serta keredhaan dari Allah
(disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat).
Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain
hanyalah kesenangan
bagi orang-orang yang terpedaya.

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....