Ahad, 4 Januari 2009

Palestin jadi mangsa pengkhianatan

KONFLIK Palestin adalah pertikaian antarabangsa paling lama dan bakal berterusan 'tanpa cahaya kelihatan di penghujung terowong' selepas 60 tahun. Pengkhianatan terbaru terhadap aspirasi Palestin ini adalah berdasarkan retorik dan perkembangan sekeliling, kepada serangan terbaru Israel di Gaza atas alasan untuk menghentikan serangan roket pejuang Hamas.

Pertama, serangan ini mendapat 'lampu hijau' daripada pentadbiran Presiden George W Bush apabila Washington menggelar pergerakan Hamas yang mentadbir Gaza sebagai 'samseng'. Jelas sekali, gelaran itu tidak mengambil kira sokongan penduduk Palestin terhadap Hamas. Tanpa menghiraukan siapa yang menjajah dan siapa kena jajah, Rumah Putih pula terang-terang meminta Hamas berhenti melancarkan roket sebagai syarat, atas alasan Israel berhak mempertahankan diri.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula mengeluarkan kenyataan meminta ‘semua pihak’ menghentikan kegiatan ketenteraan. Kenyataan lembik ini tidak menghairankan kerana ia dipengaruhi Amerika Syarikat yang memegang kuasa veto dan tidak pernah menyokong sebarang resolusi menghukum Israel.

Seterusnya, usaha Mesir menjadi broker mewujudkan gencatan senjata baru walaupun wajar dipuji, hanya dilakukan selepas tamatnya gencatan senjata enam bulan sebelum ini. Namun amat sukar untuk melihat kemajuan dicapai kerana ia membabitkan Presiden Mahmud Abbas yang tidak sebulu dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin yang tidak diiktiraf kuasa Barat dan sekutu rejim Zionis.

Ketara sekali Amerika Syarikat adalah broker proses damai berat sebelah khususnya ketika pentadbiran Bush yang menjanjikan negara Palestin dalam tempoh pemerintahannya. Beberapa minggu sebelum Bush bersara sebagai Presiden Amerika Syarikat, janji tinggal janji.

Mungkin selepas ini wartawan Palestin pula akan membaling kasut terhadap Bush.

Penggantinya, Barack Obama tentu sedar adalah tidak bijak untuk berjanji dalam isu Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi paling jelas menyatakan punca konflik Palestin berlarutan.

Malaysia kesal dengan penggunaan kuasa tentera yang tidak seimbang terhadap penduduk Gaza.

Israel mempunyai senjata nuklear yang tidak pernah diperiksa pakar antarabangsa, pesawat tempur, kereta kebal dan peralatan ketenteraan canggih serta menerima bantuan kredit berbilion dolar dari Amerika Syarikat.

Pemerintah Gaza yang tidak disokong Washington menyaksikan Israel mengawal laluan masuk ke wilayah itu. Israel juga boleh mengenakan sekatan bekalan elektrik dan kemanusiaan lain terhadap Gaza.

Anggota keselamatan Gaza sekadar bersenjata senapang, pistol, roket dan mortar. Betapa luas jurang kekuatan antara dua pihak ini. Malang sekali penduduk Palestin akan terus menjadi mangsa pengkhianatan Amerika Syarikat yang menguasai PBB yang mendabik dada sebagai pejuang demokrasi serta hak asasi manusia sejagat tetapi hanya mengiktiraf hak Israel ke atas Palestin.

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Rencana/20081230081058/Article/index_html

my comments: sejauh mana kita sensitif dengan isu ini? sejauh mana kita memahami isu ini? ia bukan lagi isu sempadan, politik , ekonomi semata2.. ianya isu Islam yang dipermainkan.. sejauh mana kita telah mempergunakan sehabis baik peluang & ruang sbg mahasiswa utk org sekeliling kita merasai kehadiran kita?

muhasabah diri kita kembali
1. nilai semula di mana diri kita (realiti dunia hari ini)
2. apa yg dah kita buat utk org sekeliling rasai Islam itu ada
3. jadikan isu2 saudara seagama sbg isu kita (kita perlu bersatu utk kuat)

mahasiswa atau tidak.. kita wajib membawa panji2 islam.

2 ulasan:

  1. isu palestin isu umat islam sedunia..isu akidah ummat islam dicabar..isu saudara islam kita dihina..isu tempat ibadat kita dimusnah kan..isu pejuang islam dilebal penganas.. sampai bila kita mahu berdiam diri saudara islam ku.. jgn hanya tahu mnyatan ksedihan kita shj..jgn hanya pandai mgiling kepala shj.. ayuh kita bangkit melakukan sesuatu mgikut kemampuan kita membantu saudara kita disana..

    BalasPadam
  2. ye.. khamis ni ada iftar, solat hajat utk palestin dan diskusi ttg palestin.. details program akan lillah bg tau kmdn.

    ~thanks ydp~

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....