Memaparkan catatan dengan label penyakit hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyakit hati. Papar semua catatan

Isnin, 19 April 2010

terlanjur : padah melayan cinta monyet


semalam ada seorang adik bertanya...
adik : hm..akak..
adik : boleh ke kalu berkawan dgn lelaki...nk bertunang...tp belum bertunang la..
adik : tp parents tau..

adik : cmna nk tegur kwn yg terlibat dgn benda ni ek?

adik : cuak gak...tkut dia terasa...

lillah : letakkan Allah no 1
lillah : dlm stiap tiindak tanduk kita

lillah : demi jaga hati Allah..
tegurlah dia sblm dia menderhaka..
lillah : jgn terlalu menjaga hati dia sbb dia akn buat kita kecewa

lillah : tegurlah dia...

lillah : sayangkan dia, tegurlah dia... krn Allah smuanya
lillah : moga2 Allah memberi kbaikan utk kalian..


dan tadi ada seorang saudari add ym saya, dan meletakkan satu link di YM nya.. Alhamdulilah.. Subhanallah... saya terjumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dari link itu
. sila baca komen-komen di bawah artikel di blog asal tu... menarik untuk sama-sama kita renungkan..

sebuah muhasabah cinta.. moga bermanfaat dunia akhirat.. amin..


“Apa yang dimaksud ‘terlajur’ pada ayat ustaz tu?” Tanya seorang pembaca setia laman blog penulis.

“Usahlah ditanya, cukuplah kalimah tersebut menghantui kepala saya sejak kebelakangan ini” Penulis cuba meredakan hati yang sedikit risau melihat gelagat muda-mudi masa kini.

Mungkin para teman dan pembaca tertanya-tanya kenapa terlalu banyak mesej pesanan di yahoo messenger hingga memeningkan sesetengah sahabat-sahabat, tidak cukupkah sekali dihantar?

Penulis terpaksa berbuat sedemikian bagi menjawab banyak pertanyaan sama yang diajukan di dalam e-mail, bahkan yang terbaru betul-betul menguji kesabaran penulis. Apakah ini yang dikatakan darah muda yang berani memperlakukan perbuatan terkutuk ini?

Ada yang mengaku telah ditebuk oleh teman lelaki, terkapai-kapai mencari jalan pulang kepada-Nya.

Allahu Rabbi…!

Namun paling merisaukan penulis, penyakit kronik ini berlaku di kalangan anta anti yang mempunyai asas ilmu agama sebagai pendiding. Ingatkan cerah hingga ke petang, hujan pula dipertengahan.

Inilah yang penulis persoalkan.

وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦۤ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلاً۬

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya” al-Israa’ (17:72)

Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya. Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama. Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.

Pendirian penulis berkenaan dengan no couple sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri. Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.

Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran. Mabuknya melampau-lampau. Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.

Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.

Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.

TIADA MATLAMAT HIDUP JELAS

Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala barat. Masalah ber-couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibu bapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.

Belum cerita lagi tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa? Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.

“Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kahwin la. Kamu sibuk kenapa? Macamlah baik sangat”

Biasa dengarkan ayat di atas?

Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertudung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka.

Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasul s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.

“Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu” antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.

Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan. Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang kenal sampai ke dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.

Pastinya kenyatan ini dijawab kembali:

“Ala itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu” Penulis terkedu mendengar ayat berapi ini.

SAY : “NO COUPLE”

Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” al-Furqan (25:74)

Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.

Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.

Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Taala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.

Mengapa perlu mencari marah Allah Taala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.

Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.

“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu. Duhai Allah”

ameen



sila rujuk komen-komen asal di sini ---->artikel asal

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 9 April 2010

jangan dikesali hidup ini!



kebiasaannya apabila saya online YM, pasti akan ada sahabat-sahabat yang buzz untuk berkongsi masalah bertanyakan pendapat. Kebanyakkan mereka adalah pembaca blog coretan ini yang saya sendiri tidak pernah bertemu. Namun kebelakangan ini saya jarang online disebabkan sibuk dengan urusan lain.. Hanya email sahaja yang sempat saya layan.. itupun adakalanya mengambil masa sebelum saya dapat reply.. maaf sangat-sangat... saya tetap menghargai kalian kerana sudi memberi saya peluang untuk membantu dan apa yang paling penting ialah saya memang mahu membantu... jadi jangan segan-segan.. kalau saya tak online, boleh email di kha_lillah@yahoo.com.sg

petang tadi ada seorang adik berkongsi sesuatu dengan saya. mungkin ada manfaat yang boleh diambil dari perkongsian ini.. moga bermanfaat dunia akhirat.. amin.

adik : nak minta pendapat akak...

adik : boleh tak?...

lillah: silakan

adik : akak tau kan saya pernah putus tunang dulu... ada cerita tak kenapa boleh putus?

lillah: takde kot

lillah: just bagi tau yang putus dan ada orang baru


adik : okeh... hurmm...

lillah: ???


adik : tak.. bekas tunang saya tu dah ada tunang lain... dia nak nikah bulan 7 ni kot insya
ALLAH...


adik : saya dapat rasakan yang mak dan adik-adik dia pandang saya yang bersalah dalam hal kami putus tunang ni...


adik : kami putus dulu sebab tunang saya tuduh saya mcm2...


adik : contohnya tuduh saya tidur dengan lelaki lain...


_____cut____ *confidential*

lillah: astagfirullah...


adik : dia buruk-burukkan family saya tapi..


adik : saya tak pernah cerita perkara-perkara tu pada mak dia

adik : dan saya rasa sekarang ni macam mak dan adik-adik dia pandang saya yang bersalah dalam hal ni.. contohnya yang saya ni tak setia.. akak faham tak?


lillah: faham dik...


lillah: kalau adik yakin apa yang adik buat betul..


lillah: dan Allah tahu itu betul


lillah: biarlah satu dunia kata adik salah pun


lillah: adik tetap betul..


lillah: dan..


lillah: alhamdulillah...


lillah: Allah selamatkn adik dari lelaki itu


lillah: semoga adik akan dijodohkan dengn lelaki yang lebih baik


lillah: yang soleh


lillah: yang menyayangi adik kerana Allah


lillah: yang bersedia untuk mendidik & melindungi adik


lillah: serta membahagiakn adik di dunia akhirat


lillah: tak ada apa yang perlu adik kesalkan


lillah: sebab adik tak kerugian apa2


lillah: adik patut banyakkan bersyukur pada Allah..


lillah: sebab memelihara adik.


lillah: selamatkan adik...


lillah: tentang pandangan serong family dia


lillah: biarlah dia nak burukkan mcm mana pun


lillah: Allah tahu kebenarannya


lillah: dan Allah boleh tunjukkan kebenaran tu bila-bila masa yang Dia kehendaki


lillah: kalau tak di dunia ni Allah tunjukkan kebenaran


lillah: di akhirat pasti Allah tunjukkan


lillah: yakin!


lillah: dan Allah dah berjanji akan membalas setiap amalan kebaikan dan amalan kejahatan


lillah: dgn seadil-adilnya..


lillah: tak ada sesuatu yang terlepas..


lillah: jadi.. dlm tempoh ini, dekatkan diri dengan Allah..


lillah: banyakkan sebut Alhamdulillah


lillah: banykkan sebut astagfirullah..


lillah: jangan mengeluh


lillah: jangan berputus asa


lillah: sebab Allah tak suka orang yang berputus asa


lillah: Allah menguji hambaNya sebab nak tahu siapakah diantara hambaNya yang beriman


lillah: jadi bila kita bersabar, kita redha


lillah: dengan taqdir Allah


lillah: bila kita bertaubat


lillah: Allah akan menaikkan darjat kita


lillah: setiap musibah yang datang ada 2 faktor..


lillah: 1. sebab perbuatan kita sendiri.. maksudnya kifarat dosa.. penghapus dosa2.. jadi banyakkan bertaubat


lillah: 2. sebab Allah nak tingkatkan darjat kita.. supaya lebih hampir dgn Allah...


lillah: ingat janji Allah itu benar


lillah: lelaki yg baik utk perempuan yg baik


lillah: mintalah pada Allah untuk Allah pilihkan lelaki yang baik untuk kita


lillah: pandangan kita selalu tertipu


lillah: tetapi pandangan Allah Maha Luas.. Allah mampu melihat ke dalam hati-hati hambaNya


lillah: dan Allah jualah yg berkuasa menggerakkn hati-hati itu


lillah: untuk saling bertaut


lillah: mintalah pada Dia...


lillah: kita tidak tahu siapa jodoh kita


lillah: pastinya jodoh kita juga mengharapkn wanita yang baik


lillah: jadi jagalah diri baik-baik


lillah: supaya kita dapat memberi yang terbaik pada suami kita yg sah


adik : terima kasih kak.....


lillah: sama2 dik..


adik: mendalam maksud nasihat akak 2...


lillah: moga mendapat jodoh yang baik..


lillah: amin


adik : terima kasih jugak sebab sudi bagi nasihat pd saya….


adik: amiin ya ALLAH....




Doa solat istikharah:

“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.

Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (di sini, orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.

Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku”

(HR. al-Bukhari)


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 7 April 2010

mencari keikhlasan dalam hidup


Saya selalu gagal temuduga. zaman belajar dulu temuduga JPA gagal, MARA pun gagal.. sekarang ni temuduga kerja tetap pula gagal (saya rasa macam gagal sebab saya telah buat dengan stupid sungguh. memalukan diri sendiri.. malu yang sangat-sangat!).

Rasa serbasalah kepada family kak mas yang bersusah payah ambil dan hantar saya ke kilang tu.. makcik hantar naik motor ke sana, wuuhuuu bestnya.. dah lama lillah tak naik motor, rasa sangat best! Alhamdulillah..
matahari terik di saat itu, Allah lah yang menciptakan matahari itu.. angin yang bertiup ke wajah, Allah lah yang menciptakan angin itu.. sungguh Dia lah yang sentiasa melindungiku...
actually kak mas pun ada interview menjadi guru tetap pada hari yang sama. moga kak mas berjaya ya. amin...

makcik dan kak mas tak henti-henti memberi semangat pada lillah. Syukran! memang sangat memerlukan semangat itu...

"Tak ada rezeki di sini tu maknanya adalah rezeki yang lebih baik di tempat lain..."pujuk makcik. Saya cuma mampu membalas dengan senyuman. Tak berdaya nak berkata apa-apa. Dalam hati sedang berperang dengan diri sendiri.


cakap pada hati sendiri : ucaplah Alhamdulillah.. InshaAllah akan dapat yang lebih baik.. (rasa dalam dada sedikit sesak)

selepas solat jamak taqdim, bergegas ke stesen bas untuk balik KL. Rasa sedikit hampa sebab balik dalam keadaan gagal.. astagfirullah.. semasa nak naik bas tu, makcik cakap "semoga dapat yang lebih baik.. dan dapat jodoh yang baik.."
kak mas mengaminkan doa. :p

"amin.."saya tersipu-sipu malu sambil naik ke dalam bas.

Kalau diikutkan hati mahu balik lewat sikit dari rumah kak mas supaya dapat sembang-sembang dengan kak mas. tapi esok saya perlu mengajar kelas tuisyen biology form 4 dan saya perlu prepare for it! (i like it..like..like.. love it!)

Sepanjang dalam bas tu bermuhasabah diri. Menganalisis kebodohan diri sendiri..
Pengajaran yang saya dapat kali ini :
Kalau kita betul-betul mahukan sesuatu tu, kita kena fokus pada sesuatu itu.
Kalau kita betul-betul mahukan sesuatu tu, kita kena bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu tu.

dan...

alangkah teruk dimalukan dihadapan penemuduga itu.. Ya Allah, bagaimanalah agaknya nanti saat saya dihisab di hadapanMu? Bagaimanalah agaknya saat ditemuduga untuk masuk ke syurga atau neraka?

Ya Allah.... astagfirullah...

Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan,
lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan”
(Al-Furqan:23)


Kalau nak diikutkan gaji cikgu tuisyen ni sangatlah kecik..kecik..kecik sangat.. berbanding gaji yang boleh saya dapat dari interview yang saya gagal tu. Sebelum ini saya merancang mahu melepaskan yang kecik ini demi mendapatkan yang besar. sangkaan saya jika saya dapat yang besar, dapatlah saya menggandakan infak untuk jalan dakwah.

mungkin saya tersilap... Allah lebih mengetahui.. dan setiap yang ditakdirkan itu adalah yang terbaik! Yakin!

ya Allah, peliharalah hatiku ini dari riak! dari ujub! dari takabur!!
ya Allah... ikhlaskanlah hidupku dan matiku hanya untukMu...

Jangan biarkan aku menjadi manusia yang tertipu....
Lindungilah hambaMu yang daif ini...


semasa mak menjemput saya dari stesen bas, mak berkata "walaupun duit gaji tu kecil tapi bila dapat dimanfaatkan dengan baik, nilainya akan menjadi besar.. "

ya.. betul kata emak.

Sabda Rasulullah saw ,

"Sesungguhnya Allah swt tidak melihat rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah swt melihat hati dan amalan-amalan kamu".
(HR Muslim).

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 2 April 2010

pasrah, redha, berserah



Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.
(QS: Shaad 38:82-83)

“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”.

Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita. Namun sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu? Adakah ia sekadar di bibir tetapi tidak sampai ke jiwa kita ungkapan pasrah, redha dan berserah.

Dahulu, walaupun saya tahu jika wang atau harta saya hilang merupakan takdir Allah SWT, namun agak sukar untuk menerima sepenuh hati. Perkataan ‘tapi’ selepas mengaku menerima takdir (aku terima takdir…tapi…) sering terucap apabila menunjukkan kekesalan dengan kehilangan atau apa jua musibah yang berlaku ke atas saya. Terima kasih Allah kerana telah menunjukkan saya jalan bagaimana untuk redha, pasrah dan berserah kepadaMu.

Ketahuilah bahawa Iblis tidak mampu menyesatkan kita bilamana kita menjadi hamba yang berserah. Kita wajib berserah di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Malah jika jiwa tidak benar-benar berserah pada Allah SWT di dalam solat, pasti khusyuk solat gagal dimiliki. Apatahlagi jika kita tidak berserah di dalam seluruh kehidupan kita. Bagaimana kita akan menghadapi sakaratul maut di dalam keadaan tidak berserah pada Allah SWT.

Bilakah masanya yang membuatkan diri kita benar-benar redha, pasrah dan berserah? Pastinya apabila kita mengetahui di saat ini sesuatu yang akan berlaku di masa akan datang. Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu yang akan menimpa kita kerana kita telah pun tahu akan sesuatu itu di saat ini.

Jika kita telah tahu kita akan gagal peperiksaan sedangkan keputusan sebenar belum pun keluar, pasti kita akan redha dan bersedia ketika mengambil keputusan peperiksaan. Mereka yang dihukum gantung sampai mati seharusnya berasa lebih redha dan bersedia untuk mati kerana mereka telah tahu masa kematian mereka walaupun yang mematikan mereka adalah Allah SWT bukanlah tali gantung itu.

Namun kebanyakan kita tidak mampu mengetahui apakah yang akan berlaku di masa hadapan kecuali mereka yang benar-benar dekat dengan Allah SWT. Maka seharusnya kita mesti menjadi orang yang dekat dengan Allah untuk mendapat ilham rasa mengetahui sesuatu di masa hadapan kita. Apabila kita dekat dengan Allah SWT, Allah SWT akan mengilhamkan kita dengan taqwa sehingga kita dapat mengetahui getaran rasa dengan jelas sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan kita.

Bagaimana untuk dekat dengan Allah SWT? Kita perlu berserah. Lalu persoalannya bagaimana untuk berserah?

Saya telah lama mempraktikkan doa mengikut doa solat istikharah. Bentuk doa solat istikharah merupakan doa yang benar-benar mempunyai kepasrahan dan penyerahan segala ketetapan kepada Allah SWT. Jika saudara semua membaca doa-doa yang ada di dalam laman web saya, semuanya berbentuk seperti doa solat istikharah.

Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita telah pasrah, redha dan berserah dari awal lagi semasa kita berdoa.

Doalah seperti doa solat istikharah. Ia sesekali tidak membuatkan diri kita berfikir negatif dengan menyebutkan ‘jika sesuatu itu gagal’ tetapi kita berserah pada Allah seandainya sesuatu itu tidak memberikan kebaikan kepada diri kita, maka kita redha, pasrah dan berserah kepada Allah untuk sesuatu yang lebih baik.

Doa solat istikharah:
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.

Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (di sini, orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.

Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku” (HR. al-Bukhari)

Secara ringkasnya, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah apabila:
1. Kita memohon agar Allah SWT makbulkan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.

2. Kita memohon agar Allah SWT jauhkan kita dengan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan bahaya atau keburukan untuk agama, kehidupan, diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.

Maka jika sesuatu itu tidak dimakbulkan, kita telah awal-awal lagi bersedia bahawasanya apa yang kita minta itu tidak memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah.

Ingatlah sekali lagi firman Allah SWT:

Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka. (QS: Shaad 38:82-83)

sumber copy paste : fuad latip

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

SOLAT ISTIKHARAH : Pembuka Ketenangan Jiwa & Kedamaian Hati


Pertama sekali, marilah kita sama-sama beristighfar dan mengucap syukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kita berupa kemanisan iman dan Islam. Dengan dua nikmat ini, Allah memberikan kita kebersihan hati dalam menilai segala perkara dan menenangkan kita terhadap musibah yang menimpa.

Sebagai permulaan, mari kita melihat dan merenung , apakah yang dimaksudkan dengan istikharah. Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah , tunduk kepada NYA. Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.

Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah. Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan , tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.

Selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjuk NYA dalam setiap perkara yang dilakukan.

Ada yang memahami, bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi. Tidak sekali-kali. Istikharah merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Penciptanya. Dan istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan. Sebagai contoh , dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seorang pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Apakah benar baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.

Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.

Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati. Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.

Perbincangan , penelitian yang hadir serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu cara seseorang itu memohon istikharah dari Allah. Penyerahan kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita peroleh adalah setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat istikharah.

Isi Terpenting Istikharah
1. Mengapa dalam pelbagai hal, perlu kita istikharah?
2. Apakah tidak boleh terus sahaja kita melakukan hal tersebut?

Kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang. Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan. Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadanya.

’Oleh itu, ingatlah kamu kepada Aku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada Aku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).’ Ayat 152 Surah Al-Baqarah

Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar. Ayat 153 Surah Al-Baqarah

Bila Mahu Dilakukan?

Imam Bukhari; Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagi ku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepada ku dalam urusan agama ku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusan ku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Mengapa Solat?

Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Penciptanya. Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hamba NYA, itulah sujud. Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Allah seperti seorang anak mengadu kepada ibunya. Kasih sayang Allah, melebihi kasih sayang seorang ibu. Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum. Setiap tindakan , ruku’ , iktidal, sujud , berdiri , tahiyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekalian Alam. Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.


sumber copy paste : menggapai cinta Allah

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Akan terasa lebih mudah dan ringan jika semuanya kita cintai krn Allah



“Wanita itu adalah aurat (harus ditutupi), bila ia ia keluar dari rumahnya, maka syaitan akan mengesankannya begitu cantik (di mata lelaki yang bukan mahramnya).”
(Riwayat At Tirmizy dan lainnya)


Orang-orang Arab mengungkapkan fenomena ini dengan berkata:


Setiap yang terlarang itu menarik (memikat).


Dahulu, tatkala hubungan antara anda dengannya terlarang dalam agama, maka syaitan berusaha sekuat tenaga untuk mengaburi pandangan dan akal anda, sehingga anda hanyut oleh badai asmara. Kerana anda hanyut dalam badai asmara haram, maka mata anda menjadi buta dan telinga anda menjadi tuli, sehingga andapun berkata:

Cinta itu buta.


Dalam pepatah arab dinyatakan:


Cintamu kepada sesuatu, menjadikanmu buta dan tuli.



Akan tetapi setelah hubungan antara anda berdua telah halal, maka spontan syaitan menyibuk dan berpaling tadah. Syaitan tidak lagi membentangkan tabir di mata anda, syaitan malah berusaha membendung badai asmara yang telah menggelora dalam jiwa anda. Saat itulah, anda mulai menemukan jati diri pasangan anda seperti apa adanya. Saat itu anda mulai menyedari bahawa hubungan dengan pasangan anda tidak hanya sebatas urusan paras wajah, kedudukan sosial, harta benda. Anda mulai menyedari bahawa hubungan suami-isteri ternyata lebih luas dari sekadar paras wajah atau kedudukan dan harta kekayaan. Terlebih lagi, syaitan telah berbalik arah, dan berusaha sekuat tenaga untuk memisahkan antara anda berdua dengan perceraian:



“Maka mereka mempelajari dari Harut dan Marut (nama dua setan) itu apa yang dengannya mereka dapat menceraikan (memisahkan) antara seorang (suami) dari istrinya.”
( Al Baqarah: 102)


Mungkin anda bertanya, lalu bagaimana saya harus bersikap?

Bersikaplah sewajarnya dan sentiasa gunakan naluri sihat dan hati nurani anda. Dengan demikian, tabir asmara tidak menjadikan pandangan anda kabur dan anda tidak mudah hanyut oleh bualan dusta dan janji-janji palsu.


Mungkin anda kembali bertanya: Bila demikian adanya, siapakah yang sebenarnya layak untuk mendapatkan cinta suci saya? Kepada siapakah saya harus menambatkan tali cinta saya?
Semaklah jawapannya dari Rasulullah saw bersabda:


“Biasanya, seorang wanita itu dinikahi karena empat alasan: karena harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan karena agamanya. Hendaknya engkau menikahi wanita yang taat beragama, niscaya engkau akan bahagia dan beruntung.”
(Muttafaqun ‘alaih)


Dan pada hadis lain baginda bersabda:


“Bila ada seorang yang agama dan akhlaqnya telah engkau sukai, datang kepadamu melamar, maka terimalah lamarannya. Bila tidak, niscaya akan terjadi kekacauan dan kerosakan besar di muka bumi.”
(Riwayat At Tirmizy dan lainnya)


Cinta yang tumbuh kerana iman, amal soleh, dan akhlak yang mulia, akan sentiasa bersemi. Tidak akan lekang kerana sinar matahari, dan tidak pula luntur kerana hujan, dan tidak akan putus walaupun ajal telah menjemput.



“Orang-orang yang (semasa di dunia) saling mencintai pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
(Qs. Az Zukhruf: 67)


Saudaraku! Cintailah kekasihmu kerana iman, amal soleh serta akhlaknya, agar cintamu abadi. Tidakkah anda mendambakan cinta yang senantiasa menghiasi dirimu walaupun anda telah masuk ke dalam alam kubur dan kelak dibangkitkan di hari kiamat? Tidakkah anda mengharapkan agar kekasihmu sentiasa setia dan mencintaimu walaupun engkau telah tua dan bahkan telah menghuni liang lahat?
Rasulullah saw bersabda:


“Tiga hal, bila ketiganya ada pada diri seseorang, niscaya ia merasakan betapa manisnya iman: Bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dibanding selain dari keduanya, ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintainya kecuali karena Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya, bagaikan kebenciannya bila hendak diceburkan ke dalam kobaran api.”
(Muttafaqun ‘alaih)


Saudaraku! hanya cinta yang bersemi kerana iman dan akhlak yang mulialah yang suci dan sejati. Cinta ini akan abadi, tak lekang diterpa angin atau sinar matahari, dan tidak pula luntur kerana titisan air hujan.


Yahya bin Mu’az berkata:
“Cinta kerana Allah tidak akan bertambah hanya kerana orang yang engkau cintai berbuat baik kepadamu, dan tidak akan berkurang kerana ia berlaku kasar kepadamu.”

Yang demikian itu kerana cinta anda tumbuh bersemi karena adanya iman, amal sholeh dan akhlaq mulia, sehingga bila iman orang yang anda cintai tidak bertambah, maka cinta andapun tidak akan bertambah. Dan sebaliknya, bila iman orang yang anda cintai berkurang, maka cinta andapun turut berkurang. Anda cinta kepadanya bukan kerana benda, pangkat kedudukan atau wajah yang rupawan, akan tetapi kerana ia beriman dan berakhlak mulia. Inilah cinta suci yang abadi saudaraku.


edit cut paste from Sweet oF iSlaM

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 24 Februari 2010

Biarkan Cintamu Berkata Tidak

sumber : genta rasa


Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Justeru, cinta orang mukmin itu “buta” kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip “kami dengar, kami taat” setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata “tidak” ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.

Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata “tidak” kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita…. Apakah pernah cinta kita berkata, “tidak”? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.

Kekadang ada isteri yang sudah semakin “toleransi” dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, sisuami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat… Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian… Itu pun masih didiamkan oleh sisuami. Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang…

Kekadang solat nya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu “ringkas” pula… Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan mengerjakan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi “jeran” dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang…

Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa “:semangat” Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya… si isteri melihat dari dekat.

Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin… biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya… demi cinta!

Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi…dan bercintalah kita kerana Allah.

Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.

Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.

Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat sibapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!

Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya “menghumban” anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu “sporting” berkata, “Biarlah… muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!”

Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itru akan kekal sampai bila-bila…

p/s : Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 30 Oktober 2009

DOSA bergambar dengan BUKAN MAHRAM....?


Soalan:

salam.. ada satu soalan..

1.apa hukum kalau lelaki dan wanita(yg bukan muhrim) bergambar berduaan dlm stu foto...

2.mcm mana nak elak.??- musykil2 tq

Jawapan :

w'salam.. {eh..macam ada 2 soalan la..takpe2..}

*sedikit kompius - lillah rasa maksud soalan ni ialah lelaki yang bukan mahram iaitu lelaki yang halal dinikahi..(^,~)v


1. hukum lelaki & wanita (yg bukan mahram) bergambar berduaan dlm satu foto

a) Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita...

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda, baik bergambar dengan ustaz atau sesiapa sahaja.. Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau nenek anda..

hal ini sangat merbahaya kerana boleh merosakkan hati-hati mereka yang terlibat.. boleh dari tak ada rasa apa-apa terus rasa macam2..
{syaitan akan menggoda..peluang untuk mendorong mendekati zina.. hukum mendekati zina itu haram}

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengarRasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

b) Malu lah untuk buat dosa...

“Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!”
[Hadith al-Bukhari : 3224]

c) Dosa membuat fitnah itu besar... jadi mengapa memfitnah diri sendiri?

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
Al-Baqarah : 191

"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Al-Humazah : 1

"Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar."
Al-Buruj : 10


2. cara mengelakkan..

1. jangan dibiasakan bergambar dengan lelaki bukan mahram.. so orang lain tahu yang kita ni anti bergambar dengan bukan mahram.. selalunya mereka akan segan bila nak ajak bergambar..

2. imej kita kenelah melambangkan kita orang yang menjaga syariat... selalunya mereka mengambil kesempatan terhadap perempuan yang tak berapa menjaga syariat.. ini termasuklah cara tingkah laku yang sangat mesra dan ramah membuatkan hati lelaki terusik..

3. tolaklah pelawaan dengan baik... minta maaf dari orang yang mengajak bergambar dan beri tahu yang anda tak boleh bergambar dengan lelaki bukan mahram.. dan anda harus konsisten.. janganlah pulak lepas tu anda bergambar dengan yang lain pulak.. hilang respect dia..

4. berdoalah... kadang2 lidah ni kelu nak 'reject2' ni.. doalah pada Allah untuk dijauhkan dari perkara2 mungkar... Doa tu senjata kita...

Wallahualam... moga membantu... (^,~)v

p/s : teringat masa zaman wajib ada formal dinner.. sebelum ke majlis tu, lillah akan inform kawan2 perempuan lillah yang lillah tak nak bergambar dengan lelaki bukan mahram.. (sambil tu nak nasihatkan mereka supaya janganlah buat macam tu).. dan bila sampai sana, tak adalah yang mengganggu sebab kawan2 akan membantu mengelakkan hal itu dari berlaku.. yang lelaki2 tu pun tak kecik hati sebab kawan lillah yang menolak, lillah diam aje (diam tanda stuju)... :p sekarang ni kalau habis je dinner, lillah akan jadi antara orang first cabut lari... pergilah toilet ke.. teman nenek merehatkan diri ke.. kemaskan barang di tempat lain ke.. berbuatlah apa sahaja untuk menyelamatkan diri.. Allah tahu niat kita.

Rabu, 9 September 2009

betapa sepinya sebuah lorong perjuangan....



lillah dan kawan2 sedang dalam perjalanan membawa juadah berbuka puasa ke sebuah kampung yang kelaparan... bahagianya dapat beri orang lapar makan.. happy nya... alhamdulillah..

entah kenapa jalan yang lillah pilih ini semakin sepi..
semakin lama semakin sakit rasanya memijak onak-onak di lorong ini...
takpe.. takpe... sabar.... sabar........

kenapa seorang demi seorang teman-temanku menghilang?
jasad mereka ada dekat tetapi roh mereka entah ke mana..
(roh = roh perjuangan)

kenapa semakin lama bahasa mereka semakin lillah tak faham?
adakah kerana kami sebenarnya menuju ke destinasi yang berbeza?
apa ni?? tak fahammm
kenapa ni?
kenapa korang semua ni???

:'-(

kenapa kalian menangis?
pelik..
pelik kalian menangis untuk perkara yang kecil.. terlalu murahkah air mata itu?

kalian minta nak berehat kejap.. katanya penat berjalan.. nak rehat kejap.. tapi hari dah nak senja.. kalian kata 'lillah.. pergilah dulu.. nanti kami menyusul..'

ok.. lillah pun pergi dulu.. takut.. takut sangat2.. sebab kene jalan sorang2... dan makin lama makin jauh.. hari makin gelap.. dah nak masuk waktu berbuka puasa... lillah kene cepat sebab nanti orang-orang yang lapar tu nak berbuka puasa...

dan lillah toleh belakang.. kot-kot nampak bayang-bayang korang.. tapi tak nampak pun.. takpe.. lillah jalan lagi... dan terus berjalan..
tapi korang tak pernah sampai kepada lillah...

lillah ternanti-nanti.. lillah mengharap.. dan lillah menangis... perlu ke lillah patah balik dan mencari kalian?
tapi kalau lillah patah balik, nanti tak sempat nak hantar makanan ni kepada orang-orang yang lapar tu.. takpelah..lillah jalan dulu..

tolonglah sedar..
tolonglah bangun dari mimpi...
lillah perlukan kalian dalam perjuangan ini...

janganlah biar diri lillah yang makin lama semakin lemah ni tersungkur....
tolonglah.........
ramai yang kelaparan di sana menanti kita.. dan makanan yang ada pada lillah ni tak cukup untuk menampung bilangan mereka yang lapar tu...

takpelah... semua yang berlaku tu dengan keizinan Allah..
cukuplah Allah untukku.. menemani setiap langkahku...

Ya Allah.. andai ini yang Engkau mahukan.. aku redha.. aku terima.. bantulah aku untuk mentaatiMu sepenuh jiwa ragaku sehingga aku menghadapMu di syurga Mu..
tetapkan hatiku.. janganlah Kau bolak balikkan hatiku setelah Kaau beri aku petunjuk...

dan.. ketika lillah sampai ke destinasi.. ternyata makanan itu terlalu sedikit untuk menampung bilangan mereka. bahasa mata mereka menagih meminta lagi.. di tangan lillah ada sedikit makanan untuk lillah sendiri berbuka puasa..

dan tiba-tiba ada tangan kecil mengambil makanan bahagian lillah tu..
'kak.. nanti saya nak jadi macam akak.. nak bawa makanan untuk orang lain..'kata si kecil tu sambil menyuapkan makanan tu ke mulut saya...

berderai air mata sebaik mendengar kata-kata si kecil tu..
bukan kerana terharu yang lillah akan punya teman..
tetapi lillah sedih kerana si kecil ini mungkin akan merasai kesakitan batin yang lillah pernah rasai ini...

p/s : aku belajar bekorban supaya mereka yang aku sayang tak tekorban.. dan aku tak mampu menyelamatkan mereka semua sendirian.. dan apa yang mampu aku buat ialah menangis melihat mereka yang aku sayang mati tekorban seorang demi seorang...

Ahad, 16 Ogos 2009

cuma 'teman biasa'... ada apa-apa kah?



fitrah manusia tak suka hak nya dirampas... bukan sahaja manusia, haiwan pun tak akan membiarkan hak nya dirampas.. kalau ikan sudah di mulut kucing, jangan haraplah si kucing tu nak sedekah kan ikan tu pada kucing lain sewenangnya.. kecuali lah mak kucing yang sedang mengajar anak-anaknya teknik makan ikan... tu kes lain..

kita biasa tengok di tv tentang haiwan jantan terutamanya yang sanggup bergelut hingga ke hujung nyawa demi nak mempertahankan kawasan jajahannya..

bila masuk persoalan hak dirampas.. atau dinodai atau diusik.. biasanya secara automatik, tuan hak akan terus bertindak.. kalau tak berdaya mempertahankan haknya.. kesedihan lah yang menyelubungi tuan hak tu..

kalau bab cinta.. air mata pun berderai...

bila seorang lelaki diijabkabulkan dengan seorang wanita.. maka lelaki tersebut berhak ke atas wanita tersebut.. wanita tersebut juga berhak ke atas lelaki tersebut..
hak ini bukanlah hak cipta yang dibuat oleh manusia..
juga bukan hak yang diberikan sebagai lambang cinta manusia..
tetapi ianya adalah anugerah Allah kepada hambanya demi kebaikan hamba-hambaNya...

tetapi adakalanya nakal sungguh manusia ni..
memperturutkan hawa nafsu sendiri..
yang halal terasa menjemukan..
yang haram terasa begitu enak dan lazat..
siang dan malam hanya terkenangkan yang bukan haknya..

kata mereka kami cuma teman biasa..
saling berkongsi saling membantu..
keluar bersama bukan apa-apa.. cuma sekadar berbual semata...

terpedayalah sudah mereka ke dalam perangkap iblis...

bila maksiat dianggap ringan..
dosa sudah tidak apa-apa lagi...

dari kasih bertukar sayang.. dari sayang bertukar rindu...
kata mereka cinta itu hadir tanpa dipinta..
masalahnya itu suami orang..
itu isteri orang..

bagi yang bujang pula.. atau yang menjanda atau yang menduda.. pilihlah aku menjadi teman hidupmu.. susah senang ku sedia bersama.. marilah kita bina masjid bersama-sama..

demi nak membina sebuah masjid baru.. masjid lama yang sedia ada sudah lama terbengkalai.. hampir roboh kerana dindingnya retak.. kubahnya bocor.. sudah usang tanpa orang berjemaah di dalamnya...

wahai saudaraku.. jangan dikendong air yang keruh.. kelak tercurah ke diri sendiri..

wahai lelaki.. tanggungjawab mu besar.. sudahkah kau laksanakan semua tanggungjawab mu terhadap ibu bapa mu? isterimu? anak-anakmu? masyarakat mu?

wahai perempuan.. peliharalah dirimu dari fitnah.. kerana jika kau sendiri ialah punca fitnah, kau sebenarnya sedang menempah tiket untuk ke neraka... ingatlah doa mereka yang teraniaya itu termakbul.. andai diri tak mampu menambah baik kebahagiaan orang lain, usahlah kita yang menjadi perosak kebahagiaan orang lain..

dedikasi buat sahabatku.. maaf sebab lambat menjawab persoalan ni.. :)

Isnin, 2 Februari 2009

saat aku menggapai cinta Mu.. kuatkan aku ya Allah..


ya ALLAH ...
detikkan di hatinya..
agar jangan ganggu hatiku lagi..
agar jangan mengusik hatiku yang cukup kuat ini..
yang sedang melawan perasaan fitrahku ini.. ya ALLAH..
jika boleh.. aku mahu semahunya melarikan diri daripadanya ..
untuk melarikan perasaanku ini.. aku mahu menyimpan segala perasaan ku ini .. dalam sanubariku ni.. sehinggalah ke liang lahadku nanti...
biarlah ia menjadi pahala jihadku..
dan ku harap KAU terimalah ya ALLAH..

ya Allah..
telah ku mencuba menjalani hidup ini tanpa dirinya
tapi hati ku sering berpihak padanya..
ampunkan diri ini ya Allah...
apalah daya diri ku ini kerana sesungguhnya aku terlalu mencintai dia...

ya ALLAH..
jika hati ini boleh ditukar ganti..
aku mahu sekali untuk menukar hatiku ini ..
kepada hati yang kosong..
agar ruang kosong itu aku isi dengan cintaku kepadaMU ya ALLAH ...
ya ALLAH aku syukuri segalanya...
yang selayaknya untukku..

ya ALLAH... kuatkan aku .. dalam menjadi manusia yang hikporit dan berpura-pura.. agar aku dapat menjaga hatiku dan hatinya.. dan juga aku dapat mencintaiMU sepenuh hatiku.. amin ya rabal alammin.

ya Allah..maafkanlah diriku ini..
aku tak mampu menjauh dari dia.. kerana aku terlalu mencintai dia..
sedangkan aku tahu dia belum sah milikku..
terseksa aku memendam perasaan ini..

namun aku masih teguh kerana aku gerun pada kemurkaanMU..
Maafkan diri ini ya ALLAh...
Apalah daya diriku ini...
Belum sampai masanya untuk aku meluahkan isi hati
kerana hidupku ini bukan sekadar mencari cinta..

demi cintaku padamu ALLAH..
aku memilihMu.. aku percaya padaMU..
andai dia milikku, jadikanlah dia penguat buatku istiqamah dalam mencintaiMU..



Ya ALLAH
semaikan rasa kasih sayang yang KAU anugerahkan kepadaku..

Mekar membunga seiring dengan cinta dan rinduku kepadaMU..
Ya ALLAH, Betapa aku syukuri dengan segala kurniaanMU..
Biarpun ia sekali sekala meragut air mataku…
Aku tidak kisah asalkan KAU menjadi pendengar setiaku.. KAU mengabulkan doa-doaku..
KAU gembirakan hatiku yang sedih..
Erm.. seperti aku bercinta denganMU ya ALLAH..
Bukan dengan orang yang ku sukai… Ku tidak peduli apa yang berlaku kepadanya…
Yang ku peduli adalah perhatian dan kasih sayangMU semata-mata…
Terasa nyaman dan damai… Aliran darah yang mengalir di badanku semuanya Adalah tanda kasih sayangMU kepadaku…
Terasa sejuk dan tenang di hati ini.. Air mata dan gelak kecil semuanya adalah keranaMU… Dan itu amat-amat membuatkan aku ingin menjadi hambaMU yang sebaiknya..
Aku mahu menjadi hambaMU yang baik dan solehah..
Mahu sentiasa tenang dengan nikmat kasih sayangMU…


Kini tidak lagi…

Alhamdullah…alhamdulillah…

Hm…manisnya bercinta denganMU ya ALLAH…
Setiap kali hatiku membisik kata rindu..
Pasti KAU yang pertama mendengarnya…
Dan KAU mudahkan segala kesusahanku..
Dan KAU berikan aku hadiah-hadiah yang aku perlu ‘buka ‘ sendiri..
Kadang-kala..aku putus asa dalam mmbukanya..
Tapi KAU pujuk hatiku..KAU tunjukkan aku caranya…

Alhamdulilah..

Ya ALLAH.. aku ingin sekali menjadi penghuni syurgaMU.. aku sedar..aku banyak lakukan dosa..tapi.. aku nak sangat.. aku nak sangat mengecapi kenikmatan di syurga nanti.. aku yakin KAU takkan hampakan harapanku .. kadang-kadang.. aku terfikir diriku dahulu… tidak sangka aku begitu sombong denganMU.. ya ALLAH ampunilah dosa-dosaku… aku tak sedar.. aku tidak yakin denganMU.. tetapi, KAU tidak pernah jemu memberi petunjuk kepadaku.. aku selak satu persatu lebaran surat cintaMU.. aku terjumpa ayat yang begitu indah..

“ dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang AKU, maka jawablah bahwasanya aku adalah DEKAT. Aku mengabulkan permohonan org yang berdoa apb ia berdoa kepadaKU, maka hendaklah mereka memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKU, agar mereka selalu dalam kebenaran” surah al Baqarah – 186.

Ya ALLAH..
KAU beri segala-galanya kepada aku..
Apa yang aku tak dapat..semuanya aku dapat…
Apa lagi yang aku masih tidak dapat…
Keluarga, kejayaan, rezeki..alhamdulilah..
Tetapi aku sedikit bersyukur kepadaMU…
Malu untuk aku nyatakan bahawa aku pernah sombong kepadaMU..
Aku malu semalu-malunya..

Ya ALLAH aku ingat lagi
Malam itu, KAU bukakan hadiah itu untukku..
Akhirnya aku sedar..dan aku sedar…
Aku bukan hamba yang baik kepadaMU..
Alhamdulilah…KAU masih inginkan aku menjadi hambaMU yang solehah ..
Kiranya hati ini jika masih tertutup… dan aku mati sebelum ini..
Aku takut..aku ke nerakaMU ya ALLAH…
Nauzubillah…

Kini aku sedar..
Aku tidak seharusnya menyekat fitrahku..
Aku harus biarkan ia mengalir…
Biarkan ia berkembang..
Dan aku seharusnya mencari hikmah setiap apa yang KAU berikan kepada aku..
Dan hikmah itu membuatkan aku lebih-lebih mendekatkan diriku kepadaMU…
Membuatkan aku lebih mencintaiMU..
Aku yakin..tiba suatu saat..
Aku pasti mati..
Dan aku mahu mati dengan tenang, meninggalkan dunia yang fana ini..
Dengan hati yang damai sekali..
Aku mahu menjadi penghuni syurgaMU..
KAU makbulkan impian ku ini..
Aku ingin sekali merasai keindahkan syurga
Seperti yang kerap kali KAU ceritakan dalam
Lebaran cintaMU yang kerap juga ku baca..
Aku ingin merasai keindahan dan kedamaian hati
Yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata..
Alhamdulilah…

Makbulkan doaku ya ALLAH..

~hasil nukilan kerjasama antara lillah & sahabat baik si __ (dia sruh rahsiakan nama dia)~
dedicate to mereka yg terlibat secara langsung dan tidak secara langsung..

:)

to my sahabat baik (from lillah) :
andai kau merasakan pahit memendam rasa, ketahuilah lebih pahit memendam hati yang dilukai..

andai kau merasakan beratnya menyimpan rahsia, ketahuilah masih byk rahsia Tuhanmu yg kau tak tahu.. maka lapangkanlah dadamu.. He knows best..
andai kau merasakan derita berada di sisinya tanpa dia mengerti gelora di hatimu, ketahuilah bahawa kau sebenarnya tidak tahu isi hatinya..
mungkin dia juga menyimpan rasa yang sama..
cuma masanya mungkin belum sesuai.. kerana kau dan dia pun menyedari bahawa kalian masih belum bersedia..
apa yg penting.. sementara ada peluang ni, hargailah dia sebaiknya sbg seorg sahabat fillah..
krn kita tak tahu adakah esok kita atau dia masih ada di bumi Allah ini...
:) ~jiweng ~

Ahad, 25 Januari 2009

bukan dunia itu yg bersalah.. tetapi hati yg penuh dunia itu yg bersalah



macam main kejar-kejar rasanya.. semakin kuat hati ni nak membuang 'dunia', semakin melimpah rezeki yang datang.. sesekali pandangan mata terkesima dengan kilauan dunia..

saya org yg simple..hidup secara simple.. membeli bila perlu.. tak suka membazir.. jarang bergaya.. ramai yg sangka saya dari keluarga susah tapi jenis yg suka belanja kawan makan & tolong org lain..

hm..tu di kampus..

tapi bila saya balik rumah.. cara hidup berbeza.. org senang.. hidup senang..

Argh! ini cuma fatamorgana!!(iman memujuk)

sesekali jiwa muda yang cetek dengan pengalaman hidup ini keliru dengan percaturan hidup ini.. ish, mana satu yang nak dipilih ni? semua nampak macam ada baik buruknya.. takut terlepas peluang yang takkan datang lagi..rugi!..takut juga tersalah pilih..bimbang tak boleh diundur selepas memilih sesuatu..

masa ni 2 insan yg paling menyayangi saya, mak abah menjadi tempat rujukan..

"buat ini.... jangan buat ini..." kata mak & abah..

kadang2 hati ini mudah menerima usul-usul dari mak abah.. kadang2 hati ini menolak sangat..

tetapi mak memujuk..

"sabar... ikut je lah.. adalah hikmahnya tu"

petang tadi hujan lebat.. kami sekeluarga (mak, abah, saya, fadilah) menaiki volvo hitam S 60 utk keluar makan..adik2 lelaki saya drive sendiri ke sana.. tak muat naik 1 kereta.. toyota unser dapat off day harini..

kami makan di secret recipe..

masa tu teringat org2 di gaza..

teringat tentang diskusi palestin malam semalam di masjid (1 family pergi kecuali saya sebab saya tak sihat)

Secret Recipe has successfully established its brand name in Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand, China and Philippines by virtue of its fine quality cakes, fusion food and distinctive service..

(okeh, ni bukan milik israel atau US)

actually kami nak 'celebrate birthday abah'..

bersembang tentang masa depan.. tentang kerja.. etc

hm.. takde sape2 ke nak cakap tentang dakwah?

tentang anak2 orang miskin?

balik dari makan2 tu, hujan lebat sangat.. semua kekenyangan.. dlm hujan yg lebat tu ternampak sebuah van dgn payung kecil yg menutup kuih2.. org berniaga tepi jalan.. macam nak terbang payung tu. tak de org beli.. kami pun dah kenyang..

tiba2 abah parking..abah beli banyak sangat kuih org tu.. (kuih tu tak menarik pun, dah sejuk..) saya & fadilah hairan.. la.. tadi makan dah beratus ringgit, lapar lagi ke?

saya dan fadilah cuba utk tidur sementara mak abah terus bersembang.. masa tu terdengar mak abah sembang2 tentang zakat.. tentang sedekah.. etc..

rupa-rupanya abah beli kuih tu sebab nak tolong org tu.. hari hujan, kuih dia tak laku.. bila abah dah beli banyak, org tu boleh la kemas2 utk balik.. sebab hujan lebat sgt,kesian dia..

tentang zakat pendapatan.. mak abah begitu teliti hal ni.. mereka berbincang ttg ada org baru yg layak terima zakat.. tentang hidup org tu.. ttg cara2 utk tolong org tu membina hidup mereka..

tentang sedekah.. abah tanya, berapa yg diperlukan utk ___? mak jawab__

abah memberi respon : sekarang ni, org buat surau pun setengah juta.. kalau deorang nak Rm--, tak cukup tu.. (nada positif.. ada harapan cek akan di kuarkan)

mak abah berbincang tentang perancangan kewangan keluarga..

pendidikan anak2..semua anak2 masih belajar.. duit3!!

kemudian perancangan kewangan utk atuk, nenek..rumah atuk nenek..etc..

perancangan kewangan utk insan2 yang memerlukan..yg memang takde kaitan langsung dgn kami..(kaitan akidah je.. tak de hubungan darah)

***

masa tu hati sebak.. shh.. tengah berlakon tidur ni.. sebelum ni saya terasa seperti kemewahan yg Allah kurniakan pada family kami seolah membuatkan mak abah terlepas pandang soal kebajikan umat ini..

rupa2nya mereka jauh lebih kritikal dalam berfikir untuk umat ini..

mereka memberi dalam diam..

secara rahsia2..

anak2 pun tak tahu sangat..

(saya ni kira membocorkan la ni.. tapi deorang tak tau..takpe kot..)

Alhamdulillah.. isk3.. dada sebak.. rasa terharu + syukur + gembira sebab dapat jawapan kepada 1 persoalan besar hidup saya..

Persoalan saya:Harta yang berkuasa. dengan harta semua menjadi. inilah seruan yang kita biasa dengar. hampir manusia putus asa menghadapi perdamaian, ilmu dan budi, kesucian dan kesopanan. sebab kesemuanya tidak melebihi kekuasaan harta si fulan, yang dahulunya berkuasa, ternama, termasyhur, diangkat dan dijunjung, bukan lantaran ilmunya, budinya, sopannya, tetapi lantaran hartanya.. bilamana harta habis, lenganglah orang dari kiri kanannya.. BERSALAHKAH HARTA itu?

Jawapan:
bukanlah yang bersalah harta itu.. tetapi pemiliknya..Di kalangan manusia ada orang yang dunia di tangannya tetapi tidak menyintainya. Dia memiliki dunia tetapi dunia tidak memilikinya. Dunia mencintainya tetapi dia tidak mencintainya.

Dunia mengejarnya dari belakang dan dia tidak mengejar dunia. Dia mempergunakan dunia tetapi dunia tidak dapat mempergunakannya. Dia memisahkan dunia tetapi dunia tidak memisahkannya.Kaum itu disibukkan untuk memberi dan melapangkan kesempitan makhluk. Mereka mengambil dan memberi. Mengambil dari kurnia dan rahmat Allah dan memberikan kepada fakir dan miskin yang kesempitan. :’-)

Ya Allah..
jadikanlah segala urusan dunia kami sebagai pendekat kepada Engkau..
Kosongkan dunia dan makhluk dari hati kami..
Jadikanlah segala yang ada di sekeliling kami sebagai saksi yang membela kami di hari Hisab nanti..
Wahai Allah.. tidaklah sesuatu itu menjadi sia-sia kecuali apabila Engkau mensia-siakannya.. Jauhkanlah aku, keluargaku, dan sahabat-sahabatku dari amalan yang sia-sia.. amin..

p/s:semoga perkongsian ini dpt membawa kebaikan dunia akhirat utk kita semua.. insya'Allah..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....