ensyuhadah : *I got this article entry from akhi Hijaz's blog. I felt like there is a deep connection with this entry with me, so here I share the story. For someone that is very far, but near to heart and for all who just have a moment of their time, to read. Disclaimer: The writer wishes to remain anonymous. Out of respect, I shall not state my source nor share any information about this piece. Allahua'lam.
Aku memilih jalan dakwah. Sepertimana dipilih Rasul. Bukan pengaruh tokoh. Bukan desakan naqib. Aku sedar akan tanggungjawabku. Tanggungjawab terhadap umat. Tanggungjawab memperjuangkan agamaku. Melaksanakan shahadatul haq!
Aku bernaung di bawah jemaah yang ISLAM. Walaupun aku tahu terdapat jemaah lain yang juga memperjuangkan ISLAM. Aku tidak sesama sekali meremehkan mereka. Malah aku wajib membantu mereka sekiranya mampu. Siapalah aku untuk menilai mereka? Sedangkan mereka diterajui golongan ulama' yang jauh lebih hebat dariku. Ataupun graduan-graduan profesional yang mempunyai daya pemikir yang jauh dari kemampuanku. Sudah tentu mereka mudah mematahkan segala hujahku terhadap jemaah mereka. Maka aku tidak akan sesekali merendahkan mereka.
Kita semestinya di jalan yang sama. Akidah yang sama. Tuhan yang sama. Berani ku katakan, TUJUAN yang sama. BERANI juga ku katakan, methodologi yang berbeza. Methodologi karangan manusia. Ijtihad atas tafsiran Quran dan Sunnah. Methodologi yang tidak maksum. Maka janganlah kita gah. Jangan kita taksub. Quran dan Sunnah pegangan hakiki. Jangan lupa itu. Jemaah hanya wadah. Demi meraih keredhaanNya.
"Bagaimana dengan 'mat salleh' itu? Adakah dia tidak layak menerima picisan dakwah yang kau bawa?" Sebak dadaku. Berat. Hiba. Siapalah aku untuk mengkategorikan manusia kepada 'layak', mahupun 'tidak layak'. Tetapi aku terpaksa memilih. Bukan kerana menidakkan haknya mendapat kebenaran.Tetapi atas kelemahan diriku sendiri. Aku tidak yakin dengan kemampuanku menyentuh hatinya. Kita berbeza. Budaya berbeza. Budaya yang memungkinkan aku dan dia berpijak atas satu kesamaan. Tetapi berbeza. Bahasa berbeza. Bahasa yang merupakan kunci merungkaikan permasalahan di hati. Jua berbeza.
"Engkau ni 'racist'lah. Islam tidak mengenal warna kulit. Tapi Islam yang engkau bawa ni, seolah menitik beratkan MELAYU"Janganlah begitu, wahai sahabat. Aku bukan racist. Aku perlu bermula dari bawah. Bermula dari yang terdekat. Sepertimana juga Rasulullah. Aku perlu mendapat kekuatan. PERLUkan sokongan dari masyarakatku. Mentarbiyyah individu menjadi da'ie, di samping mentarbiyyah diriku. Membangunkan masyarakat. Menegakkan syiar. Kemudian mengejar yang dahulunya pernah bernaung. Khulafa' Islam. Bukan Khulafa' Melayu. Tetapi Islam.Aku tidak mengabaikan mereka. Aku masih berhubungan dengan mereka. Aku menunaikan hak mereka sebagai mad'u. Aku juga menyampaikan sekdar yang aku mampu. Seperti juga kamu. Tetapi itu bukan FOKUS aku. Fahamilah perbezaan itu.Aku berjanji kepadamu. Pada suatu hari nanti, engkau akan lihat. Bahawa Islam yang aku bawa ini tidaklah hanya untuk MELAYU. Mudah kita menilai. Berhenti di situ. Bukan hak kamu. Biar Allah penentu.
“Objektif kita berlainan. Fikrah lain. Kamu kejar itu. Kami kejar ini. Tak mungkin serasi.” Mengapa meraikan perbezaan? Sedangkan persamaan itu banyak. Allahu Rabbuna. Rasul Qudwatuna. Quran Dusturuna. Kita bekerja di syarikat yang sama. Kita bernaung bawah CEO yang sama. Kita inginkan kejayaan yang sama. Kita inginkan ISLAM. Walaupun aku berada di pejabat berbeza. Allah jua memberi gaji, di akhirat nanti.
Adakah kau lupa. Sebelum kita keliru dengan jemaah. Kita berukhuwwah semata-mata. Tiada bezanya, antara kau dan aku, ketika itu. Adakah dengan adanya jemaah, ukhuwwah itu terjejas?Ingatlah suatu ketika dahulu. Engkau peka mengesan, ketika aku mundur. Kau ikhlas membantu walau tidak dipinta. Kau bisa meniup, semangat dalam diriku. Tetapi kini, terlalu banyak berubah. Sahabatku. Aku rindui kamu.
Aku tetap sahabatmu. Mendambai kehadiranmu. Aku menunggu di sini. Minda terbuka. Tangan terdepa. Sesungguhnya, aku sahabatmu.
my comments:
I'm not perfect.. so did u.. kita saling memerlukan.. selagi mana jalan dakwah ini adalah jalan yang kau pilih, selagi itulah kau akan mendapat tempat istimewa di hatiku... pergilah ke mana sahaja.. buatlah apa sahaja.. jadilah apa sahaja.. yang penting misi mencapai keredhaan Allah kita laksanakan..
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda,
“Siapakah di antaramu yang menerima kata-kata berhikmat langsung diamalkan?” Kata Abu Hurairah,”Aku hai Rasulullah!” lalu diambilnya jariku lalu dihitungnya sampai lima, katanya,
“Peliharalah dirimu dari segala yang terhitung haram engkau akan termasuk manusia yang paling tekun beribadat; berasa cukup dengan kurnia Allah yang dibagi-bagikannya kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling kaya; berbakti dan bantulah tetanggamu di setiap saat yang diperlukan, engkau akan dianggap manusia mukmin yang terbaik; cintailah untuk manusia itu apa yang kau inginkan untuk dirimu engkau akan menjadi seorang Muslim yang sejati; dan jangan perbanyak ketawa terbahak-bahak kerana itu akan membeku dan mematikan jiwa.”
(H.R Tirmizi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)