1. Make sure apa yg kita hadapi adalah benar2 suatu ‘kemungkaran’.. conformkan.. sahih kan.. pastikan.. ianya adalah sesuatu yg benar2 dilarang utk dikerjakan oleh syariat.. kata ‘munkar’ lebih bersifat umum daripada kata maksiat. Kata munkar tidak khusus utk dosa2 besar shj.. termasuk juga di dalamnya berduaan dgn wanita lain(yg bukan muhrimnya) dan melihat pada hal2 yg diharamkan, smua tu termasuk shagha’ir & hal yg wajib dicegah..
2.Hendaklah kemungkaran tu benar2 tampak, bukan suatu kesalahan yg dicari2.. krn setiap org yg menyembunyikan maksiat di rumahnya dan menutup pintunya, maka tidak boleh seorang pun memasuki rumah tu tanpa izin pemiliknya dgn tujuan mengetahui maksiat tersebut..krn Allah swt telah melarang kita utk mencari2 kesalahan dlm firman Nya “walaa tajassasuu”. Demikian juga apabila ada seorang yg dikenal sbg fasik, sementara di belakangnya ada sesuatu, kita still tak boleh membukanya..
3. Hendaklah kemungkaran itu diketahui tanpa ijtihad.. sesuatu yg memang sudah jelas, nyata & terang.. krn setiap sesuatu yg masih membuka ruang ijtihad itu tak boleh diingkari.. tak boleh bagi Hanafi mengingkari Syafie ttg sesuatu ijtihad did lm nya.. ertinya kemungkaran di sini bukan merupakan masalah yg diperselisihkan di antara para imam, krn tidak diketahui kesalahan orang secara pasti tetapi sekadar perkiaraan.. dengan kata lain ialah kemungkaran itu harus disepakati sbg kemungkaran..
Demikian juga terhadap firqah pembuat bid’ah, dia diingkari dlm kesalahan mereka yg sudah pasti. Bukan dalam kesalahan yg bersifat ijtihad; spt cara solat, qunut, membaca Al-Quran di masjid, 2 azan, minum & kencing sambil berdiri,hijab, & smua masalah yg bekaitan dgn ma’ruf & munkar.. krn smua itu temasuk masalah2 khilafiyah je..
Jom kita semak apa yg dikatakan oleh Imam Ibnul Qayyim
“ketika kau befikir ingin mengubah kemungkaran, maka pertimbangkan 4 kemungkinan berikut ini :
1. Ia hilang & berganti dgn yg sebaliknya
2. Ia berkurang namun tak boleh nak terhapus sama sekali
3. Ia berganti dgn kemungkaran yg srupa
4. Ia berganti dgn kemungkaran yg lebih parah darinya”
(1) Dan (2) adalah masyru’ (diperintahkan), sedangkan yg (3) oleh berijtihad iaitu kita boleh hapuskan atau kita boleh biarkan..dan yg (4) tu haram kita melakukan pemberantasan, jika kita melakukannya kita berdosa..
Atas dasar itulah jika kita nampak org2 yang biasa membuat maksiat bermain catur, maka bentuk pengingkaran kita kpd deorang ni adalah dari sisi bahawa mereka ni tak memahami & belum mengerti.. kesian kan deorang.. dan kita berusaha utk mengalihkan pandangan mereka dari perbuatan tu kpd perbuatan yg lbh dicintai Allah..
Jika awak melihat org2 fasik yg lalai dgn muzik & suasana yg melalaikan, kemudian awak rasa awak boleh mengalihkan mereka kpd perbuatan yg dicintai Allah, maka itulah yg diharapkan.. jika awak tak bole nak melakukan mcm tu, maka membiarkan mereka dalam keadaan centu adalah lebih baik daripada mencegah mereka tetapi mereka menolak dan melakukan sesuatu yang lebih parah kemungkarannya..
Imam ibnul Qayyim menceritakan gurunya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah bertemu dgn sekelompok tentera Tar-Tar yg sedang minum khamar ketika larut malam.sebahagian murid2nya mengingkari perbuatan tersebut, namun ibnu taimiyah berkata, “Biarkan mereka dalam mabuk dan permainannya. Sesungguhnya Allah mengharamkan khamar krn khamar itu mencegah seseorang itu mengingati Allah dan solat,sedangkan mereka tertahanoleh khamar dan membunuh jiwadan menumpahkan darah”
Ini semua dilakukan berdasarkan kaedah yg telah ditetapkan berdasarkan berikut:
“kita menahan diri dari membanteras suatu kemungkaran bila dikhuatirkan akan lahir kemungkaran yang lebih besar, dengan prinsip mengambil yg lebih ringan bahayanya di antara dua bahaya.”
Kita tak boleh melakukan sesuatu perbuatan yg boleh menjadi pendorong kpd perbuatan yg haram , meskipun pd asalnya perbuatan itu dibolehkan..
Allah melarang org2 beriman mencaci maki tuhan org2 kafir padahal mencaci maki itu merupakan pembelaan kpd Allah & menghina tuhan mereka. Ini krn hal ini akn menyebabkan mereka memaki Allah swt, maka kemaslahatannyautk tidak memaki Allah swt itu lebih diutamakan drpd kemaslahatan memaki tuhan mereka. Ini merupakan larangan yg tegas thdap sesuatu yg diperbolehkan , agar tidak menjadi penyebab dilakukannya sesuatu yg tidak boleh..
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan
yang mereka sembah selain Allah, krn mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan.”
(Al-An’am: 108)
Bahkan Allah swt memerintahkan Nabi Musa & Harun a.s utk memperlembut perkataannya terhadap Firaun padahal Firaun musuh Allah yg paling besar, paling kufur, & paling derhaka..
Allah memberi wasiat kpd Harun dan Musa dgn firmanNya :
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata2 yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut"
(Thaha:43-44) "
demikian itu agar ucapan yg keras tersebut tidak menjadi penyebab larinya Firaun sehingga dia menjadi tidak sabar menerima penjelasan dan perbincangan.
Allah juga menggambarkan hubungan Rasulullah saw dengan para sahabatnya :
"Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu bersikap lemah lembut terhadap mereka. sekiranya kamu berkeras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Ali imran :159)
Dari sinilah Allah swt melarang RasulNya utk mengeraskan bacaan Al-Quran di Makkah, krn org2 musyrik mendengarkannya, sehingga mereka akan memaki Al-Quran dan Zat yg menurunkannya, serta malaikat yg membawanya turun..
Wallahua’lam.. rujukan ms 185-190 Fiqih Dakwah oleh Jum’ah Amin Abdul Aziz..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)