Ahad, 25 Januari 2009

bukan dunia itu yg bersalah.. tetapi hati yg penuh dunia itu yg bersalah



macam main kejar-kejar rasanya.. semakin kuat hati ni nak membuang 'dunia', semakin melimpah rezeki yang datang.. sesekali pandangan mata terkesima dengan kilauan dunia..

saya org yg simple..hidup secara simple.. membeli bila perlu.. tak suka membazir.. jarang bergaya.. ramai yg sangka saya dari keluarga susah tapi jenis yg suka belanja kawan makan & tolong org lain..

hm..tu di kampus..

tapi bila saya balik rumah.. cara hidup berbeza.. org senang.. hidup senang..

Argh! ini cuma fatamorgana!!(iman memujuk)

sesekali jiwa muda yang cetek dengan pengalaman hidup ini keliru dengan percaturan hidup ini.. ish, mana satu yang nak dipilih ni? semua nampak macam ada baik buruknya.. takut terlepas peluang yang takkan datang lagi..rugi!..takut juga tersalah pilih..bimbang tak boleh diundur selepas memilih sesuatu..

masa ni 2 insan yg paling menyayangi saya, mak abah menjadi tempat rujukan..

"buat ini.... jangan buat ini..." kata mak & abah..

kadang2 hati ini mudah menerima usul-usul dari mak abah.. kadang2 hati ini menolak sangat..

tetapi mak memujuk..

"sabar... ikut je lah.. adalah hikmahnya tu"

petang tadi hujan lebat.. kami sekeluarga (mak, abah, saya, fadilah) menaiki volvo hitam S 60 utk keluar makan..adik2 lelaki saya drive sendiri ke sana.. tak muat naik 1 kereta.. toyota unser dapat off day harini..

kami makan di secret recipe..

masa tu teringat org2 di gaza..

teringat tentang diskusi palestin malam semalam di masjid (1 family pergi kecuali saya sebab saya tak sihat)

Secret Recipe has successfully established its brand name in Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand, China and Philippines by virtue of its fine quality cakes, fusion food and distinctive service..

(okeh, ni bukan milik israel atau US)

actually kami nak 'celebrate birthday abah'..

bersembang tentang masa depan.. tentang kerja.. etc

hm.. takde sape2 ke nak cakap tentang dakwah?

tentang anak2 orang miskin?

balik dari makan2 tu, hujan lebat sangat.. semua kekenyangan.. dlm hujan yg lebat tu ternampak sebuah van dgn payung kecil yg menutup kuih2.. org berniaga tepi jalan.. macam nak terbang payung tu. tak de org beli.. kami pun dah kenyang..

tiba2 abah parking..abah beli banyak sangat kuih org tu.. (kuih tu tak menarik pun, dah sejuk..) saya & fadilah hairan.. la.. tadi makan dah beratus ringgit, lapar lagi ke?

saya dan fadilah cuba utk tidur sementara mak abah terus bersembang.. masa tu terdengar mak abah sembang2 tentang zakat.. tentang sedekah.. etc..

rupa-rupanya abah beli kuih tu sebab nak tolong org tu.. hari hujan, kuih dia tak laku.. bila abah dah beli banyak, org tu boleh la kemas2 utk balik.. sebab hujan lebat sgt,kesian dia..

tentang zakat pendapatan.. mak abah begitu teliti hal ni.. mereka berbincang ttg ada org baru yg layak terima zakat.. tentang hidup org tu.. ttg cara2 utk tolong org tu membina hidup mereka..

tentang sedekah.. abah tanya, berapa yg diperlukan utk ___? mak jawab__

abah memberi respon : sekarang ni, org buat surau pun setengah juta.. kalau deorang nak Rm--, tak cukup tu.. (nada positif.. ada harapan cek akan di kuarkan)

mak abah berbincang tentang perancangan kewangan keluarga..

pendidikan anak2..semua anak2 masih belajar.. duit3!!

kemudian perancangan kewangan utk atuk, nenek..rumah atuk nenek..etc..

perancangan kewangan utk insan2 yang memerlukan..yg memang takde kaitan langsung dgn kami..(kaitan akidah je.. tak de hubungan darah)

***

masa tu hati sebak.. shh.. tengah berlakon tidur ni.. sebelum ni saya terasa seperti kemewahan yg Allah kurniakan pada family kami seolah membuatkan mak abah terlepas pandang soal kebajikan umat ini..

rupa2nya mereka jauh lebih kritikal dalam berfikir untuk umat ini..

mereka memberi dalam diam..

secara rahsia2..

anak2 pun tak tahu sangat..

(saya ni kira membocorkan la ni.. tapi deorang tak tau..takpe kot..)

Alhamdulillah.. isk3.. dada sebak.. rasa terharu + syukur + gembira sebab dapat jawapan kepada 1 persoalan besar hidup saya..

Persoalan saya:Harta yang berkuasa. dengan harta semua menjadi. inilah seruan yang kita biasa dengar. hampir manusia putus asa menghadapi perdamaian, ilmu dan budi, kesucian dan kesopanan. sebab kesemuanya tidak melebihi kekuasaan harta si fulan, yang dahulunya berkuasa, ternama, termasyhur, diangkat dan dijunjung, bukan lantaran ilmunya, budinya, sopannya, tetapi lantaran hartanya.. bilamana harta habis, lenganglah orang dari kiri kanannya.. BERSALAHKAH HARTA itu?

Jawapan:
bukanlah yang bersalah harta itu.. tetapi pemiliknya..Di kalangan manusia ada orang yang dunia di tangannya tetapi tidak menyintainya. Dia memiliki dunia tetapi dunia tidak memilikinya. Dunia mencintainya tetapi dia tidak mencintainya.

Dunia mengejarnya dari belakang dan dia tidak mengejar dunia. Dia mempergunakan dunia tetapi dunia tidak dapat mempergunakannya. Dia memisahkan dunia tetapi dunia tidak memisahkannya.Kaum itu disibukkan untuk memberi dan melapangkan kesempitan makhluk. Mereka mengambil dan memberi. Mengambil dari kurnia dan rahmat Allah dan memberikan kepada fakir dan miskin yang kesempitan. :’-)

Ya Allah..
jadikanlah segala urusan dunia kami sebagai pendekat kepada Engkau..
Kosongkan dunia dan makhluk dari hati kami..
Jadikanlah segala yang ada di sekeliling kami sebagai saksi yang membela kami di hari Hisab nanti..
Wahai Allah.. tidaklah sesuatu itu menjadi sia-sia kecuali apabila Engkau mensia-siakannya.. Jauhkanlah aku, keluargaku, dan sahabat-sahabatku dari amalan yang sia-sia.. amin..

p/s:semoga perkongsian ini dpt membawa kebaikan dunia akhirat utk kita semua.. insya'Allah..

2 ulasan:

  1. Subhanallah,

    indah entry akhi. Benarlah kata-kata apabila kita mencari rezeki,tidak semestinya keberkatan itu ada,tetapi jika kita cari keberkatan,maka pasti adanya rezeki. Jazkallah khaira ya akhi.

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....