Sabtu, 31 Januari 2009

semua orang memang tak memahami saya! benci keje dgn org lain..


Bila segalanya serba tak kena.. kita rasa semua orang tak layan kita dengan baik.. kita rasa nasib tak menyebelahi kita.. kita rasa semua orang tak faham kita.. kita rasa nak marah je.. kita rasa tension.. tetiba nak nangis.. tak tau punca masalah.. tak tau apa masalahnyer..

Well.. masalahnya ialah DIRI anda sendiri..

Open your mind.. terimalah hakikat bahawa ‘masalah’ tu perkara biasa dalam hidup ni.. semua manusia ada masalah dlm hidup mereka..masalah adalah kembar kehidupan.. yang membezakan antara anda dan mereka adalah cara masalah itu di handle.. cara masalah itu dihadapi.. dan cara masalah itu diselesaikan.

Ada orang yang kita nampak happy2.. jenis happy go lucky, gelak2.. suka buat jokes.. actually banyak masalah yang dia sorokkan di sebalik gelak ketawa tu! Bravo..! good job man.. manusia yg hebat ialah manusia yang mampu senyum pada saat hati sedang menangis.. kerana senyuman di waktu susah tanda hati yang redha.. hati yang redha lambang jiwa yang beriman.. jiwa yang beriman adalah kunci kekuatan seseorang.. selagi seseorang tu beriman & bertakwa, selagi itulah mereka menang..

Ada orang yang masalah nye kecik je.. tapi mereka sengsara.. mengapa? Kerana dunia mereka kecil..dalam dunia kecil itu Cuma ada tuan diri sendiri, orang2 yang tersayang dan kerjaya sendiri.. bila dtg 1 masalah, dunia yang sudah sedia kecil itu menjadi sempit..

Luaskanlah dunia mu.. bukalah pintu hati anda kepada dunia yang luas.. lihatlah diri dan kehidupan orang lain.. masih ramai lagi orang yang menerima lebih hebat ujian hidup mereka daripada anda.. belajarlah jadi hamba yang bersyukur.. berhentilah hanya memandang ke atas (kpd mereka yg lebih senang dalam nikmat hidup).. pandang juga ke bawah.. (kpd mereka yang hidup susah dan dalam ujian hidup yang bertali arus)

Abah pernah berkata:

“Sometimes facing hardwork for 6 months just for a day result.. Sometimes facing hardwork for days just for 5 minutes cheer.. Having problem daily is normal. We may learn slowly but surely! ”

(abah sent msg ayat2 motivasi ni ketika saya tgh ‘down’ sgt2 hinggakan nak lari dari hostel.. masa tu di kolej matrikulasi.. hehe, bejuang utk survive dalam dunia baru~ ekspress matrik 1 thn)

Luaskan dunia anda.. ramai kan jumlah mereka yang anda sayang.. ramaikan mereka yang sayangkan anda.. mempunyai hanya sebuah keluarga yang menyayangi anda tak mencukupi.. jadilah manusia yang mudah menyayangi orang lain.. berhadapan dengan manusia, jadilah manusia yang fleksibel dan versatile..

Kita tak perlu menjadi seorang yang kekal dalam satu watak yang sama 24 jam.. membosankan…..!

Jadilah seseorang yang bersikap fleksibel dengan orang yang berlainan.. ada org yg gila2 perangainya, perlu kita menjadi gila2 bersamanya.. jika tak, orang tu boleh pengsan bila kita datang menghampirinya pengsan sebab tak tahan dgn perangai skema.. :)

Ada org yg memang jenis skema , kene la kita approach mereka dgn skema.. jika tak mereka ketakutan setiap kali kita approach mereka.. ada org yang mula2 malu2 dan pijak semuk pun tak mati.. tapi bila dah kenal kita, pijak gajah pun mati.. dengan prang yang macam ni kita kena tegas.. masa bergurau, boleh bergurau tapi masa serius dia kene serius.. dan dia perlu tahu ada beberapa perkara sensitive yang tak boleh di bawa bermain.. :)

Dalam bergerak kerja, bepersatuan, kerja kumpulan atau apa2 sahaja urusan yang melibatkan ramai orang.. paling penting ialah bagaimana cara kita menyesuaikan diri kita dengan orang lain.. kita tak mampu nak paksa orang lain menyesuaikan diri mereka dengan kita.. dan kita tahu kalau mereka dan kita tak serasi, misi gerak kerja tak boleh nak dicapai.. so kitalah yang perlu flesibel.. menyesuaikan diri dengan mereka..

Setiap orang ada kelemahan & kelebihan.. cuba memahami mereka terlebih dahulu.. supaya kita dapat tahu kelemahan & kelebihan mereka.. sama ada mereka nak memahami kita atau tidak, tu perkara kedua.. kalau kita berkeras & terus berdegil, mana mungkin gerak kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna?

Kita perlu tahu kelemahan mereka untuk kita tutup dengan kelebihan kita.. kalaupun bukan kita, kita boleh gunakan kelebihan kawan2 lain untuk cover kelemahan tu.. yang penting cover.. siapa yang cover, tak kisahla.. kita focus utk jadikan ia perfect.. kita perlu tahu kelebihan seseorang supaya kita dapat letak dia di posisi yang betul.. kalau kita letak seseorang di tempat yang salah, kita akan menyeksa dia dan sedang membazir keupayaan dia.. contohnya, seorang yang bersifat kreatif dan banyak idea cenderung untuk ‘tak minat’ bila menulis surat dan mengira-ngira.. bab teknikal agak kureng.. so kita letakla org yg macam ni bahagian modul.. jangan letak sebagai team teknikal fizikal atau sebagai setiausaha.. membazir sangat2.. sebab tak ramai orang yang boleh ‘sekreatif’ dia.. sedangkan ada orang lain yang jenis tak suka berfikir memerah otak sebaliknya suka buat kerja2 yang sama berulang kali.. susah untuk bosan.. orang macam ni sesuai diletakkan sebagai setiausaha dan teknikal fizikal..

(opps.. masuk sikit tentang gerak kerja PPM.. )

Mak saya kata kita perlu dengar penjelasan dari orang lain.. tu mak saya la yang kata. Sebab nya ialah bila kita tak jelas dalam sesuatu tindakan orang lain, kita cenderung menganalisis sendiri secara tidak adil. Dan cenderung berburuk sangka.. ada sesetengah organisasi yang memang jenis tak suka dengar alas an sebab bagi deorang kita mencari jalan, bukannya alas an.. organisasi macam ni, sangat produktif Cuma.. Cuma kurang perikemanusiaan.. kalau kita terpaksa terikat dengan organisasi macam ni, makesure org2 yang kita sayang memahami situasi kita..

Dalam organisasi yang membina ummah.. yang bukan semata-mata profit.. focus bukan duit-duit semata-mata.. nak tak nak , organisasi macam ni terpaksa mengambil masa untuk sit down dan listen mendengar macam2 alasan ahli mereka.. tujuan nya nak memahami situasi ahli tu.. kemudian nak membantu mana yang boleh dengan harapan ahli tu akan bagi komitmen dalam organisasi tu.. hm.. bagus untuk ahli tu.. Cuma dari segi produktiviti organisasi tu tak lah sehebat organisasi ‘kejam’ yang mula2 tadi..

Adalah lebih baik jika kita menyatukan dua elemen di atas kepada satu.. dalam gerak kerja kita..

Mendengar utk memahami.. kemudian mencari jalan bersama-sama..

‘happy employee’ cenderung memberi yang terbaik kepada ‘customer’..

‘happy customer’ cenderung datang semula (come back) menggunakan perkhidmatan yang pernah diterima..

‘come back’ pula akan membuatkan ‘share holder’ happy..

Apa yang paling penting ialah kita belajar untuk terus memperbaiki diri kita dan melengkapkan diri dengan segala macam kemahiran diri.. berilah yang terbaik kpd org2 di sekeliling kita agar mereka gembira dan puas hati bersama2 dgn kita.. sebab kita bukan selamanya akan berada di samping keluarga & best fren kita .. sampai satu masa nanti kita akan ke tengah masyarakat juga.. dan mereka yang baru nak mengenali kita ni tak akan tahu apa yang boleh membuatkan kita gembira.. tapi, bila mereka gembira di sisi kita, mereka akan berusaha buat kita gembira..

jgnla benci2 bila kene bekerja dgn org lain.. sayang2 lah.. byk faedahnya utk diri sendiri dik..

Enjoy.. :)

P/s: good luck motmot, zailiana, fairuz, k.ila, -test khamis ni.. :)

10 ulasan:

  1. Best pula membaca entry ini. Pertemuan pun tak kurang bestnya. Teruskan ya ukhti.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. yg best2 kita share.. yg x best pun kita share gak..

    sama2 kita istiqamah..

    BalasPadam
  3. ingatkan apa la tadi..
    rupanya ada teguran di sebalik tajuk.

    manusia ni pelbagai.
    lain sifat lain sikap.
    andai fikiran kita tertutup, memang kita tak ke mana..
    belajar untuk menerima mereka.
    harapnya, kita dapat tegur yang mana salah dan kurang elok.
    agar kita saling tegur menegur.
    insyaallah.

    BalasPadam
  4. hehe..
    biasa la.. kne creative skit utk attract readers~
    tenik dakwah ni...

    btul3..stuju ngan pdgn ttg mcm2 prangai manusia..
    tanda2 kbesaran Allah, menciptakan makhluk yg unik, manusia.. :)

    BalasPadam
  5. Salam...
    adeh kak... penah taip pepanjang sekali takleh pos lak...
    sedey2...

    hehe juz nak minta izin akak nana nak culik entry nih...
    ayat simple tp padat n sendat dgn perngertian....
    ajar sket camne nak berkarya...
    hehe...

    nak tambah ni... biase masalah manusia puncakan dari kegagalan...
    salah tu... kejayaan pun kdg2 leh jd masalah...
    yelah bila kejayaan tu wat kita jd takbur o etc.. tu dah 1 masalah.. hehe... kegagalan bukan beerti gagal selamanya... kegagalan tu leh jd dasar kepada kepuasan sebelum mncapai sesuatu...

    kak, ana suka ayat tang " fleksibel n versetile" tu.. manthop gitu...

    kak, nak tanya.. akak setuju tak statement " sahabat ialah cerminan diri " yelah kdg2 ana monolog dlam diri...
    yelah pe cara kawan kita layan kita, sebenarnye tulah cara kita layan kawan kita...
    adehai...
    jawab kak jawab...

    BalasPadam
  6. salam lillah motmot ( nini yang ajar hhuhu )

    yelaa..ada test la khamis ni.. alhamdulilah khamis ni. Nasib baik..huhu..

    lillah.. best2 artikel. Bgus untuk adik2 dan jgak akak2.


    anyway.. oklah..nnti komen lain plak.. assalamualaikum.

    BalasPadam
  7. to Ruhul Syaheedah :

    w'salam..

    akk stuju 90% ttg sikap org lain thdp kita berdasarkan reaksi kita pd org lain.. thats why dakwah dgn perbuatan lebih bkesan bbdg percakapan :)

    tapi kalau nak melihat peribadi seseorg... em, rasanya akk stuju 60% je kita bole tgk dari kwn2 org tu..

    sbb..
    amik cth diri akk ni..
    akk berkawan dgn mcm2 jenis org.. dari yg thiqah sampaila yg othai2... akk kawan dgn ramai org sbb akak nak luaskan medan dakwah.. dgn semua org akk bole ngam (bole masuk).. so x adil la kalau nak nilai peribadi akk melalui kwn2 akk.. hehe..

    ikut situasi la..
    kebanyakkn org memang salu stick dgn geng yang satu.. yg tu mmg kita bole judge peribadi mreka..

    ok dik...? akk mjwb soklan k? huhu...

    ~_~

    BalasPadam
  8. Salam Lillah,best entry ni...

    BalasPadam
  9. w'salam akk... huhu.. alhamdulillah... segan la akk bace.. akk mmg srikandi d medan sebnar...

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....