Sabtu, 24 Januari 2009

Etika melawak dan bergelak ketawa

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah saw bergurau dengan seorang wanita tua..

Wanita itu berkata kpd baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.”
Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis.

Baginda saw bersabda “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar. (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:


Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.

(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua:
Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

“ Wahai orang2 yang beriman
janganlah satu puak itu menghina puak yang lain,
kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina.
Janganlah wanita menghina wanita yang lain ,
kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik
dari yang wanita menghina… “
( 11 : al-Hujarat)


Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan
apabila dia menghina saudaranya semuslim.”

(Hr Muslim – sahih)
Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda

“Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”
(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat.

Rasulullah saw bersabda
Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.
(Hr Thabrani – sahih)
Nabi saw bersabda
“ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.”

(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak. Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

“Tiga perkara yang mana yg mana
diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius:
1. Nikah

2. Cerai
3. Membebaskan hamba.


(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:
“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan
dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya,
tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.”
(59 – 61 : an-Najm)


Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:
“Janganlah kamu banyak ketawa.
Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.”

(Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)
Saidina Ali ra:

“Masukkan lawak dalam kata2
sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata: Bersederhanalah dalam melawak.
Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan
dan menyebabkan orang-orang yg bodoh
akan berani terhadap mu.
Meninggalkan melawak akan menjauhkan
orang2 yang hendak bermesra dan
menyebabkan orang2 yang berdamping
dgn mu berasa rimas.”

Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

1 ulasan:

  1. Salam kenal!
    Mohon ijin copy paste untuk WINA PRIVATE COURSE
    http://herusupanji.blogspot.com

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....