Jumaat, 16 Januari 2009

lafaz yg tersimpan..

sensitif itu penting.. tetapi biarlah bertempat.. sifat marah itu perlu tetapi perlu dikawal.. emosi itu seringkali memenangkan nafsu amarah menjadikan kita dengan tak sengaja melafaz kata-kata yang tajam menikam saudara2 kita yang lain.. terlajak perahu boleh di undur tetapi terlajak kata?

seandainya maaf itu mampu melupuskan kenangan silam alangkah bagusnya.. tetapi maaf itu cumalah satu perkataan yang mendamaikan 2 pihak. meskipun luka sembuh parut tetap ada..

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]

kita sama2 berjuang di jalan Allah dalam satu barisan.. kita saling memerlukan antara satu sama lain. ingatlah, setiap org dari kita telah mengorbankan sesuatu yg beharga yg ada pada diri mereka untuk bersama dengan kita di jalan ini. terbalaskah segala jasa dan budi baik mereka itu?
mereka bersengkang mata di malam hari, menahan lapar, bekorban hati dan perasaan demi agama ini.. sudah terbalaskah jasa mereka? mereka tak pernah meminta balasan.. mereka tak peduli langsung kalau mereka terus di sakiti.. cuma.. adakah kita yg tak berhati perut ini mampu utk hidup dalam medan dakwah ini tanpa mereka? mampukah kita menegakkan agama ini sendirian tanpa saudara kita yang lain?

siapa kita? siapa mereka?

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada
orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang saleh
dan berkata:
"Sesungguhnya aku termasuk
dari kalangan orang-orang Muslim (yang menyerah diri)?"”
(Fussilat 41:33)

wahai sahabat fillah yang dikasihi.. fitnah itu sangatlah dahsyat.. semenjak dari dahulu lagi fitnah2 digunakan oleh musuh2 islam utk menghancurkan agama ini.. fitnah jugalah yang memecah belahkan umat bertuah ini.. jadi, mengapa tatkala sesuatu berita yg dtg itu tidak kita periksa dulu dgn mencari bukti2 sahih.. dan kemudian baru mengeluarkan perkataan..dan penilaian..?
we must know our real enemy..


and we must know we are muslim.. org Islam yg beriman berkasih sayang sesama mereka.. marah mereka bukan krn benci.. tetapi krn sayang.. bila kita marah krn sayang, yg dimarahi tu tak rasa jauh hati sebaliknya akan tersedar dan menginsafi dirinya..insya'Allah.. krn marah dalam keadaan sayang tak pernah sama dengan marah dalam keadaan benci..

bukan intan permata bukan paras rupa yg menjadi nilaian dalam memilih teman2 seperjuangan..
tetapi ketulusan hati dan kesanggupan untuk setia bersusah senang bersama2 adalah nilaian dalam menentukan teman berjuang.. harga sebuah jalinan ukhwah dapat dinilai tatkala hati diuji.. pada masa itulah baru kita akan tahu siapa kita di sisi dia dan siapa dia di sisi kita..

sebuah perjuangan memerlukan pengorbanan..
memerlukan keikhlasan..
memerlukan keazaman..
memerlukan kesabaran..
memerlukan kekuatan..

dari dalam dan luar..

agar bila diuji ia bukannya suatu halangan untuk kita berputus asa sebaliknya semakin utuh ukhwah yang dibina itu..

“Adalah seorang mu’min itu
dengan
mu’min yang lainnya
ibarat sebuah bangunan,
satu bahagian
menguatkan
bahagian yang lainnya.”
(Hadis Muttafaqun ‘alayh daripada Abu Musa al-Asy’ari, al-Lu’lu’ wal Marjan, 1670)


ketahuilah sahabatku.. aku memerlukan mu melebihi apa yang kau sangka.. kembalilah krn masih byk amanah yg perlu kita laksanakan..

p/s: artikel ni x ditujukn direct kpd 1 individu ttp ditulis stlh beberapa rentetan peristiwa blaku.. moga ia dapat menjadi muhasabah kpd yg membacanya.. tmasuk yg mnulisnye.. agar ukhwah yg dibina ini membawa kita hingga ke syurga..

Wallahu’alam.

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum..
    hmm, ana pun kd2 susa hati
    pglman dgn prngai humans ni
    tp sbb dh nama wanita, mgkin kdg kala kesilapan 'itu' bole dmaafkan
    tp xbisa dlupakan..
    'dia' mgkui pjuang islam tp msih bole mfitnah ana
    huuu, bnr2 mguji ksbaran..

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....