sy cuma nk mntk pendapat akak secara peribadi n hopefully akak dpt tlg nasihatkn or beri sedikit pandangan ttg mslh sy ni..
My Comments
W’salam dik.. akak betul2 minta maaf sbb lambat balas email adik ni.. ya ampun.. alhamdulillah kalau blog akak ni membawa manfaat kpd adik.. memang tu pun yg akak harapkan. Kalau tak membawa manfaat baik delete aje kan, ye tak? Buat apa bazir masa buat pekara yg tak bepaedah kan dik.. :)
Point 1: bagaimana cara nak melupakan seseorang
adik kene bertegas dengan diri adik setelah adik buat keputusan untuk melupakan seseorang. Jika tidak misi melupakan itu akan gagal…
- 1. Ngadu kat Allah.. buat solat hajat minta ketetapan hati..
- 2. Cari perkara baru yang dapat menarik perhatian adik. Cth: membaca buku yg tak ada kaitan dgn cinta, menulis ttg sesuatu yg ilmiah, menonton muvi kanak2, berjalan2 etc~ (apa2 yg lain daripada kebiasaan adik. Buang hobi yang pernah adik kongsi bersama dia.)
- 3. Kurangkan masa bersendirian sebaliknya sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti berkumpulan
- 4. Jangan buka cerita lama dengan kawan2
- 5. Simpan barang2 dia di tempat yang tak nampak
- 6. Berhenti menjadi pendengar masalah peribadi dia.
- 7. Buat macam adik dah tak de perasaan pada dia. layan dia macam kawan biasa yang baru jumpa. Tak banyak perkara nak sembang. Setakat tegur2 jumpa tepi jalan gitu2 aje. Dan masa ada hal kerja baru jumpa.
- 8. Elakkan bertentangan mata. Mata mampu menggambarkan isi hati seseorang. Dia boleh membaca isi hati adik yang sedang bertarung melupakan dia. Sebab tu dalam Islam kita disuruh menjaga pandangan.
- 9. Kurangkan bergurau dengan dia. biasanya kita bergurau untuk hilangkan jarak antara kawan2. Tapi dalam hal ni biarlah ada jarak di antara adik dan dia.
- 10. Carilah pengganti dia
Point 2 : apa yg dia nak dari adik???
Dari kes adik ni.. akak rasa dia Cuma mahukan perhatian sahaja. Tak lebih dari tu.. dan akak juga tak rasa dia ni seorang yang bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius. Atau dalam erti kata lain membazir masa serius dengan mereka yang tidak mahu serius. Akak nasihatkan adik supaya tutuplah hati dari dia dan bukalah hati kepada lelaki lain. dalam hal bercinta ni, kalau adik rasa penghujungnya kabur2, tak nampak macam ada kesungguhan untuk ke alam rumahtangga yang serius, ianya tak lebih dari bermain2 sahaja. Sedangkan medan cinta yang sebenar ialah susah senang yang ditanggung bersama selepas berkahwin.
Point 3: silaturrahim terputus.
Adik tidak dianggap memutuskan silaturrahim apabila adik mahu melupakan dia. adik tak perlu buang dia dari hidup adik. Adik still boleh bekerjasama dengan dia. no problem.. Cuma adik perlu delete status dia insan istimewa. Tu je..
Point 3: bagaimana nak jauhkan diri dari orang yang kita tak suka
- 1. Jujur pada diri sendiri yg kita mmg tak suka dia. ada beza diantara melupakan org tu sbb tak suka dgn melupakan org tu sbb tepaksa lupakan dia. kalau betul2 tak suka jgn layan langsung. Jangan beri harapan palsu pd dia.. kalau terpaksa lupakan dia, jelaskan pada dia sebab2 perlu lupakan dia dan bagitau yang keputusan ni diambil bukan atas sebab benci atau dendam.biar dia jelas situasi adik.
- 2. Doalah pada Allah.. minta pada Dia.. Kalau kita nak sesuatu tu, usahala macam mana pun takkan berjaya kalau Dia tak izinkan.. centulah juga dalam pertemuan dan perpisahan ni. Segalanya terletak pada DIa. buatlah solat hajat minta pada Dia.. buat byk2 kali..
Penyanyi / Artist : Zamani
Biarkan Ia Pergi
Zamani
Kisah yang dulu
Tak mungkin berulang kembali
Bukan maksud ku membiar dirimu
Dalam penantian cinta tanpa noktahnya
Dulu pernah kau bertanya
Bagaimana kesudahannya
Biarpun terluka melafaz kata-kata
Namun ku terpaksa...
Biarkan ia pergi
Jangan dikesalkan
Tuhan lebih mengerti
Apa yang disuratkan
Lupa saja diriku
Seperti biasa kau lakukan dulu ...
Walau segunung rindu
Terbuku di hatimu
Tak mungkin kembali
Cinta yang telah pergi
Lupa saja diriku
Seperti biasa kau lakukan dulu ...
Mungkin bukan di sini hatimu
Yang cuba untuk menyata kekurangan
Kerna kusedari
Terlalu mudahnya lupa
Pada janji-janji ...
nk pratice la...nk ikut bleh lillah..;)
BalasPadam