Isnin, 19 Januari 2009

mengikat hati sebelum menjelaskan..

motmot dpt soalan di blog dia.. tp dia sruh lillah jwbkan.. ni blog motmot

Q: bagaimana pula kalau dah terjebak dengan ber ’sms’ bende2 lucah? same juga kah?mcm ini. saya ada mengatahui tentang sahabat saya yang baik. (maksud saya luarannya) tetapi saya terkejut kerana dia melakukan perbuatan seperti yang saya telah tanyakan.merujuk soalan td. kenapa ada golongan sebegini?
menunjukkan kebaikan diri. menasihati orang lain. ttp diri sendiri tdk mahu berubah.
maafkan saya. saya tidak tahan melihat kan sahabat saya yang selalu berlagak baik di hadapan saya. banggakah dia dengan dirinya yang sebenarnya lain dibelakang.
terima kasih di atas respon saudari.

MY COMMENTS~

soklan yg di tanya ialah 'kenapa ada segolongan yg nasihatkn org lain tp diri sendiri teruk'..

my answer :
no one perfect.. stiap org ada kelebihan dan kelemahan masing2..
actually, kawan awak tu dah berusaha utk jadi baik.. sebab tu depan org dia tunjukkan yg baik2.. dia bukan berlagak baik.. dia dah cuba yg terbaik... awak kata dia suka menasihatkan org lain kan.. tu ciri2 org yang baik.. kalau kita nak tunggu hanya yg dah betul2 baik 100% baru dapat lesen menasihati org lain, em.. bukan itu yg Islam ajarkan. islam mengajar kita utk menyampaikan kebaikan (dakwah).. antara cara berdakwah ialah menasihati org lain...


“Maka berilah peringatan,
karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.
Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka.”

(al-Ghasyiah 88: 21-22)

“Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk,
akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq)
siapa yang dikehendaki-Nya...”
(al-Baqarah 2:272)


bila menerima nasihat dari seseorang tu, analisis nasihatnya.. bukan diri yang bercakap tu.. sekalipun dia seorang hamba Allah yang derhaka, tapi kalau apa yang disampaikan itu mengikut syarak Islam, kita kenalah terima.. seandainya dia menderhaka secara terang-terangan, kita boleh tegur dia secara terang-terangan... tetapi jika dia menderhaka secara secret2.. kita kena nasihat dia secret2..

apa yg penting ialah.. pandanglah dia dengan kasih sayang walau seburuk manapun perangai dia.. kita tak benci diri dia.. kita cuma bencikan perangai buruk dia je.. dan dia masih ada 1001 lagi perkara baik yg ada pada diri dia.. sayangilah dia... sayangilah dia..

dan apa yg penting ialah kita sampaikan nasihat pd dia secara berhikmah...
Apa yang penting adalah kita melakukan usaha sekadar yang kita mampu. Sambil itu, kita berusaha memperbaiki kelemahan diri serta mempertajamkan kemahiran dakwah kita.

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada
orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang saleh
dan berkata:
"Sesungguhnya aku termasuk
dari kalangan orang-orang Muslim (yang menyerah diri)?"”
(Fussilat 41:33)


Dalam kitab Ihya Ulumuddin bab amar ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, Imam Ghazali menyatakan
"Tidak bisa memerintahkan kpd yang ma'ruf
dan mencegah dari yang mungkar kecuali org yg lemah lembut
terhadap apa yg diperintahkan dan lemah lembut terhadap apa yg dia cegah,
mengerti terhadap apa yg diperintahkan dan mengerti terhadap apa yg dia cegah."


di antara kisah yang diceritakan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya:

"Ada seorang laki2 masuk ke rumah khalifah Al-Makmun utk memerintahkan yg ma'ruf kepadanya dan mencegah dari berbuat yg mungkar. maka org itu berkata kasar kpd beliau dan keras dalam mengungkapkan sesuatu, dan tidak memerhatikan setiap kondisi itu ada ungkapan tertentu sesuai dengan kondisi tertentu. Sedangkan Al-Makmun adalah seorang yang memahami fiqih dakwah, maka beliau berkata kepadanya,
"Hai saudaraku, bersikaplah lemah lembut. sesungguhnya Allah telah mengutus orang yang lebih baik daripada kamu kepada orang yang lebih buruk daripada aku, namun Allah tetap memerintahkan utusanNya itu untuk bersikap lemah lembut. Allah telah mengutus Musa dan Harun- di mana keduanya lebih baik daripada kamu- kepada Firaun, yang dia itu lebih buruk daripada aku.
Allah memberi wasiat kpd Harun dan Musa dgn firmanNya :

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata2 yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut"
(Thaha:43-44) ""

Allah juga menggambarkan hubungan Rasulullah saw dengan para sahabatnya :
"Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu bersikap lemah lembut terhadap mereka. sekiranya kamu berkeras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Ali imran :159)

p/s: walaupun soalan cuma nak tau punca ada manusia yg berlagak baik.. tp lillah nak jugak bgtau ttg teknik berdepan dgn org2 yg camni.. sbb yg penting ialah apa tindakan yg boleh diambil, dan bukannya hanya menyalahkan pihak yg terbabit..

wallahua'lam..

rujukan : Mengikat hati sebelum menjelaskan, pg 231-236, fiqih dakwah oleh Jum'ah Amin Abdul Aziz..

2 ulasan:

  1. trima kaseh eh cik mot..
    nnti copy msukkan kt comment xpn post terus yg cik mot tlis tu utk dia..

    cyg cik mot.ehehehhe

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....