Isnin, 29 Disember 2008

Kelakian Lelaki..?

Tertarik dengan sebuah artikel dari sebuah majalah yang ditulis oleh seorang lelaki Pahrol Mohamad Juoi tentang lelaki. Suatu perspektif yang menarik.. Yang ni copy dari majalah Anis Oct 2002 (koleksi kepunyaan emak yang bakal di recycle)

Wajahnya berkerut. Matanya agak merah. Entah kerana marah, entah kerana sedih, saya tidak pasti. Tetapi jelas lelaki di hadapan saya ini rasa tercabar kewibawaannya.

“Bayangkan… seolah-olah kita ni semua nak dianggap semacam haruan. Haruan makan anak!”

“Biasalah begitu. Orang kekadang terlalu sentiment. Segelintir lelaki yang salah, semua lelaki terhukum,”ujar saya.

Saya senyum. Lucu pula. Takut kata-katanya disalah anggap. Mujur tidak ada orang lain berhampiran kami.

“Bersabar bila tercabar itulah lelaki sebenar,”kata saya pendek.

“Apa mereka tu ingat wanita boleh hidup tanpa lelaki?”

“Eh, mana boleh… tapi bolehkah kita pula hidup tanpa wanita?”

Dia terdiam.

“Di mana sebenarnya kelakian lelaki?” tanyanya terus terang. Saya tersenyum lagi.

“sebelum saya menjawab, setujukah kalau dikatakan lelaki berbeza dengan wanita?” jawab saya dengan satu pertanyaan.

“Sudah tentu.. dari segi fizikal, kita lebih tegap dan gagah…”

“bukan itu sahaja… Dari segi dalaman pun kita berbeza. Jiwa, perasaan dan pemikiran lelaki berbeza dengan wanita. Apakah ini satu diskriminasi?” jolok saya lagi.

“Tuhan yang menjadikan manusia Maha Pengasih. Tak kan begitu…”

“Betul, cakap awak. Perbezaan itu bukan satu diskriminasi…. Tetapi perbezaan itu disebabkan perbezaan peranan dan tugasan. Macam berbezanya jari tangan, masing-masing ada peranan. Begitulah lelaki dan wanita…”

“Awak belum jawab soalan di mana kelakian lelaki?” katanya mengingatkan.

“Kelakian lelaki terletak pada keberkesanannya melaksanakan peranannya yang unik dan tersendiri.”

“Maksud awak?”

“Memimpin wanita! Lelaki adalah pemimpin wanita. Itu adalah peranan yang tidak boleh di ambil alih wanita,” jawab saya.

“Tetapi sekarang dah ramai wanita yang memimpin lelaki. Ramai pengarah, pengurus dan bos di kalangan wanita. Dah jadi menteri pun ada… macam mana ni? Dan awak tengoklah ramai wanita yang tak boleh terima kepimpinan lelaki,” keluhnya.

“kepimpinan yang saya maksudkan bukan kepimpinan di bidang-bidang kehidupan. Dalam soal tu, siapa yang lebih ahli dan pakar, dialah pemimpin, tak kira lelaki atau wanita.Misalnya dalam bidang teknologi, jika ada wanita yang lebih pakar dalam bidang tu, dialah yang layak memimpin bidang tu. Nabi pernah bersabda, maksudnya jika sesuatu pekerjaan diserahkan kepada bukan ‘ahlinya’ maka tunggulah saat kehancurannya.”jelas saya.

Saya menyambung lagi. “Yang saya maksudkan ialah kepimpinan dalam satu institusi yang sangat penting. Itu mesti dipegang oleh lelaki. Institusi itu adalah nucleus kepada segala-galanya. Ia nadi. Benteng utama kepada keselamatan masyarakat dan Negara. ”

“maksud awak?”

“Institusi keluarga. Lelaki adalah pemimpin seluruh anggota keluarga. Dia pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya. Tak kira, sekalipun wanita itu seorang Perdana Menteri tetapi dalam keluarganya dia tetap pengikut kepada suaminya…”

“Kelakian kita terletak di situ?”

“Ya. Sejauh mana kita mampu memimpin seluruh anggota keluarga kita. Dan untuk memimpin, kita perlu ada kelebihan….”

“Sebab itu nabi Adam dijadikan terlebih dahulu daripada Hawa agaknya, ya?”

Terasa semacam menyimpang pula butiran perbualannya.

“Peristiwa itu bukan hanya signifikan dari segi masa… tetapi maksud ‘dahulu’ itu adalah ‘di hadapan’. Kaum adam di hadapan dari segi kejiwaan, pemikiran , seterusnya membuat pertimbangan dan keputusan. Untuk memimpin, lelaki mesti di hadapan dari segi kestabilan jiwa, kemantapan akal dan ketenangan perasaan. ”

“kata orang lelaki lebih rasional daripada wanita, kan?”

“Hanya lelaki yang benar-benar lelaki….”

“Apa rahsia kelakian kita, opss… maksud saya rahsia kejayaan dalam kepimpinan kita?”

Saya senyum melihat dia tersenyum.

“Sejauh mana kita berjaya memimpin diri kita sendiri. Itu kunci utama kepimpinan. Dan sejauh mana kita berjaya memimpin diri terletak pula pada sejauh mana kita berjaya memimpin hati,akal, perasaan dan nafsu kita.”

“Kata orang, lelaki memiliki 9 akal 1 nafsu manakala wanita memiliki 9 nafsu 1 akal. Betul ke?”

“Tu saya tak pasti. Tetapi yang pasti akal adalah pemimpin nafsu. Kalau benar nafsu lelaki Cuma 1, kenapa akal yang 9 tu tak mampu memimpinnya? Kenapa ramai lelaki yang tak jadi lelaki? Maksud saya kalah pada hasutan nafsunya?”

Keningnya berkerut.

“Sebab…. Tak cukup hanya dengan memiliki, tetapi mestilah digunakan. Akal lelaki yang 9 tak berguna kalau tidak digunakan. Sebaliknya nafsu yang 1 tu dibiarkan bermaharajalela. Itulah sebab ada hukama berkata ada akal tapi tak berakal. ”

Lelaki di hadapan saya mula berfikir. Mungkin akalnya mula mendominasi emosinya yang meluap-luap di awal perbualan tadi.

Melihat itu saya terangsang untuk terus ‘mengusik’ mindanya.

“jadi sebenarnya siapakah yang menjatuhkan kelakian lelaki?”

“Lelaki,” jawabnya pantas.

“lelaki yang bukan lelaki!” tambah saya.

“Janganlah risau sangat. Jangan sedih kalau kita tidak dihargai, tetapi sedihlah kalau benar kita tidak mampu menjadikan diri kita beharga.”pujuk saya.

Masalah peribadi yang diceritakan pada saya sebelum ini seolah-olah sudah terungkai. Mudah-mudahan ‘kelakian’nya yang diragukan sejak awal tadi telah kembali!

Ahad, 28 Disember 2008

i believe...

1. I believe that life is there to enjoy. Allah berfirman yang orang beriman tak berdukacita waktu ada problem.. so i want to enjoy every obstacles that He gives dengan harapan dapat tergolong sebagai orang yang beriman.

2. I believe crushes are there to crush hearts. Nabi saw mruntuhkan berhala dalam hati para sahabat sebelum meruntuhkan berhala di sekeliling ka'abah. supaya ke mana sekalipun mereka menghadap, hati mereka hanya menyembah Allah.. so.. dalam berdakwah, kita grab dulu hati mereka yang kita nak dakwah tu.. insya'Allah lebih mudah dlm nak memberi nasihat..

3. I believe true love is there from the start. hanya hati mampu membaca hati. even animal can differentiate either kita nak menggosok dia dengan penuh kasih sayang atau benci.. apatah lagi manusia? jadi kalau nk apa yang kita sampaikan tu meresap ke dalam hati org yg kita dakwah tu, kita kena ikhlas sayangkan dia.. memberi nasihat krn sayang lebih besar kesannya berbanding memberi nasihat kerana tugas.

4. I believe you should give people chances. sedangkan Allah Maha Pengampun, siapa la pula kita ni tak nak maafkan orang lain..

5. I believe you should treat people the same because you never know what they will do for you in the future.

6. I believe that good things will come to people who work hard. Allah dah janji akan membalas walau sebesar zarah amalan tu..


7. I believe great things come to people who never give up. sebab ni ciri2 org yg percaya pada Qada'& Qadar..

8. I believe silence will teach you something if you listen hard. bercakap tanpa ilmu sia2 & takde faedah..

9. I believe that the heart leads you in the right direction if you follow it.

10. I believe friends are needed no matter who you are.

11. I believe family should stick by your side.

12. I believe Allah will help you if you believe in him and trust him. Dia sebaik2 pemegang janji.

13. I believe drugs& cigarettes destroy.

14. I believe qiamulail calms the soul.

15. I believe the heart and soul are more important than looks.

16. I believe trust helps the world go round.

17. I believe love brings great things.

18. I believe kids could teach adults a lot if adults would just listen.

19.I believe pets are great because they listen and love you no matter what you look like.

20. I believe you should always chase your dreams.

21. I believe hope is something everyone needs.

22. I believe you need to make time for fun.

23. I believe Quran soothes the soul.

24. I believe that money cannot buy happiness.

25. I believe books can take you anywhere.

26. I believe jokes have to be there to keep people sane.

27. I believe people are special the way they are.

28. I believe that true friends will last a lifetime.

29. I believe that enjoying what you do will help you enjoy life more.

30. I believe parents are more important than you think. penentu ke syurga atau neraka..

31. I believe the sky is the limit. jgn mencabar kuasa Allah..

32. I believe you should shoot for the stars.

33. I believe being loved and loving are two totally different things.

34. I believe that you have to love yourself before you can love others.

35. I believe records are made to be broken.

36. I believe promises should be kept.

37. I believe brothers and sisters are made to teach.

38. I believe a simple smile can make anybody's day better.

39. I believe that being popular is not the key to life.

40. I believe in being nice to nerds because you might grow up and have to work for one.

Sabtu, 27 Disember 2008

request about study

Request 1:
salam kak lillah.. kak lillah kenal lagi tk sari??? dlu kta penah jmpa kat tunas muda smkab.... tahun 2007...akak pekabar nih??? lma xdengar cite.. hehe... sari still igt lagi mka kak lillah sbb sma ngan kawan sari..hehe...kak lillah.. sari nak mntak tlong kak lillah boleh??? kak lillah ada tak kata2 semangat or any motivation words for lil sister?? adik sari nak exam tp dia low confident about her target...sari klu boleh nak membantu dia dari segi motivation.. hopefully kak lillah boleh tolong...sari tergerak hati ni bla sari tgk kak lillah tolong adik2 kak lillah study.... (*_*)
reply eh~~ hehe... wassalam~~
Request 2:
lillah apa khabar?
Lilah maaf menganggu.. saya nk tanya lilah.. macammana lilah study ye? buat nota, buat assignment? di samping tu nak tanya macammana lilah boleh bahagikan masa dengan baik.. saya juga ingin menjadi seperti anda.. ingin menjadi NYDP yang mampu memberi nasihat dan sebagainya.. tapi takde keberanian di samping tu saya rasa saya tak cukup kemampuan untuk jadi semua tu.. saya tak lah pandai sangat.. Lilah, tolong bagi pandangan anda ya..
My comments:
Untuk request 1:
W’salam adik..heehe.. rindu kat smkab. Dulu saya ke skolah ni sbg fasilitator je.. Muka akak macam kawan adik? Wah.. bestnyer. ramai orang kata ada kawan muka macam akak.. kalaulah kami dapat buat reunion kan best deh.. haha.. Hurm, sari ni kakak yang baik..bagus2.. ni yang akak sayang kat Sari nih.:p
Dik, akak rasa kalau bagi semangat untuk berjaya tapi tak bagi tips utk berjaya macam tak lengkap.. so akak bagi beberapa point yg boleh difikir2kan..
Point 1: Yakinlah Semua insan berhak untuk berjaya
Be confident with yourself.. siapa kita untuk mengatakan kita tak mampu cemerlang macam orang lain? apa hak kita nak menafikan kemampuan kita untuk berjaya macam orang lain? siapa mereka yang berhak nak kata kita tak layak berjaya? So.. set mentaliti kita yang semua orang berhak untuk berjaya.. semua orang boleh berjaya. kalau orang lain boleh mengapa kita tak boleh? Tak ada sesiapa pun boleh menghalang kalau Allah dah nak jadikan kita cemerlang.. Allah tak kejam.. Allah dah pun berjanji dalam firmannya:
Al-Ra'd ayat 11, tafsirnya: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
So.. kalau kita nak Berjaya, satu je syaratnya.. BERUSAHA MENGUBAH YANG ADA PADA DIRI SENDIRI.. tentang nak berubah ni terletak dalam tangan tuan badan. Kalau dia sendiri tak nak mengubah sifat-sifat tak baik dia, satu dunia paksa pun tak boleh nak tolong dia.. jadi adikku, bukalah hati anda untuk berubah. Kalau tuan badan sendiri tak nak tolong diri sendiri, siapa lagi yang nak tolong?
Point 2: letak target
Letak targt yang adik yakin adik boleh capai.. yang adik confident boleh capai.. yang realistik.. Adik kene tau apa yang adik nak.. nak lulus je ke.. nak C je ke.. nak B je ke.. nak A.. nak berapa A.. adik kene letak yang adik mampu mencapainya.dan target ni perlu sentiasa di naikkan dari satu tahap ke satu tahap.. dia tak boleh statik je. Set target setinggi bintang supaya kalau kita tak berjaya mencapai bintang, kita dapat mencapai awan.. kalau kita target nak capai awan, kita mungkin mencapai atas pokok je..
Kata Ibn Qayyim:
Cita2 yg tinggi adalah lambang kejayaan seseorang,
Cita2 yg rendah adalah lambang kegagalannya..
Orang2 yg mempunyai cita2 yg tinggi laksana burung helang yg terbang tinggi, ia tidak akan turun melainkan ia nampak akan tujuannya, juga, semakin tinggi ia terbang, semakin jauhlah dari hal2 yg dapat menggagalkannya”
[Madarij as-Saalikin, 3:172]
Point 3: Untuk berubah adik kene jelas dan faham apa yang perlu diubah.
Berapa ramai orang study macam nak gila tapi tak juga score.. sebab……………..? cara study silap. Ibarat nak buka pintu dengan kunci yang salah, walaupun ada kunci tapi pintu tak boleh buka juga kan.. sebaiknya adik list down atas kertas dua column. Satu bahagian senaraikan perkara yang baik yang adik buat dan belum buat yang boleh mendorong kepada kejayaan. Column kedua senaraikan perkara yang tak baik yang adik biasa buat yang menyebabkan result tak boleh naik.. asik dok kat situ je tak gerak.. kemudian pilih yang mana yang adik mampu buat dan mampu tinggalkan.. pilih mengikut kemampuan diri. Jangan buat perubahan terlampau drastik.. ubah perlahan2..
Akak tak tau adik Sari ni form berapa..PMR atau SPM..tak kisah la
Cuma ada beberapa perkara yg kita perlu fokus:
Subjek BM, BI, BA : subjek ni adik cuba hafal vocabulary perkataan yang hebat2 untuk guna dalam esei.. hafal contoh esei.. buat latihan grammar..dan latihan pemahaman.
Subjek math : adik kene tau konsep, faham. Dan practice…. Latih tubi jgn sesekali lupa. Bila dah terbiasa, adik akn dapat buat dengan laju tau.. best!
Subjek sejarah, geog,agama: yang ni adik draw point penting atas manila kad atau kertas lukisan dan lekat la kat dinding ke, siling ke.. mana2 yg adik selalu pandang.. akak dulu tampal depan meja peta malaysia lukisan sendiri yg lengkap lukisan sungai2,banjaran, kawasn perlombongan dll seluruh asia tenggara. Pastu akak tampal jadual ciri2 tamadun di siling.. supaya akak boleh baca sambil baring..lepas tu tido.. masa tido tu, memori akan save apa yang last kita baca. Dan bangun tido tu akak baca dulu yang di siling tu sebelum akak bangun dari baring..pastu cuba cerita pada kawan2 ttg yg kita dah hafal tu.. latih tubi jangan lupa.
Sains: yang ni kene faham konsep. Buat latihan sambil tengok jawapan.. sebab yang ni banyak kene guna aplikasi. Tak salah tengok jawapan, selagi belum exam.. tirula.. masa exam je jgn tiru.. kalau adik perasan di tepi2 buku rujukan ada kotak kecil tulis “tahukah anda?” atau “ujian IQ” atau “uji minda”atau yang sewaktu dengannya.. ha.. jawab soalan2 tu.. sebab soalan2 tu melatih adik2 berfikir dengan kreatif.. buat, jgn tak buat. Conteng je jawapan kat situ supya senang nak rujuk semula.. kalau tak buat nanti menyesal lepas exam..
Subjek2 lain pun lebih kurang jugala.. kalau chemistry SPM tu kene buat latih tubi calculation mol, persamaan reaction.. buat la 1001 latihan ulang2 macam2 bentuk. Cari buku yang ada langkah kerja.. dulu akak pakai buku latih tubi pelangi. Tak tau sekarg apa brand yg bagus.. cuba intai2 kawan2 yg skor cemerlang pakai buku ape..hehe..
Kalau Bio tu fahamkan.. hafal…lukis dan tulis semula dlm mind map. Dan tampal di dinding..
Fizik.. konsep..fahamkan.. practice..
Kalau sastera, baca dan tambahkan pengetahuan am.. kene kreatif, latih otak suka baca newspaper.
Point 4: berubah sekarang atau terlewat..
Pada saat adik tersedar yang adik ni sedang on the way menuju kegagalan, cepat2 berubah.. jangan tangguh-tangguh.. sebab ramai sangat orang yang dah menyesal sebab menangguh 2 akhirnya masa tak cukupm dan….. mencapai result lebih rendah dari kemampuan sebenar..
contohnya: akak dulu suka sangat tengok TV.. dari pagi 8am sampai la 8pm ..especially hari cuti..nak buat camana, cerita kat TV best2 kan. Hehe.. ni realiti.. so mula2 akak study 2 jam pagi, 2 jam petang. Dan setiap 10 minit akak take a break.. rehat 5 minit. Baki masa yang ada akak main2 je.. kemudian akak terasa yang 4 jam tu tak cukup. Sebab PMR silibus lebih banyak dari UPSR.. so akak tambah 2jam sebelum subuh, 2 jam pagi, 2 jam petang.. dan akak rasa masih tak cukup untuk score.. tapi akak tak larat nak tambah lagi jam belajar.. huhu.. akak sibuk dengan pengawas, persatuan, kelas tuisyen etc.. nak tengok tv ..so akak tambah 10 minit sebelum mula study pagi2 akak solat hajat.. akak doa supaya Allah bagi study akak tu berkat, dapat faham dengan cepat & tepat, dapat tolong orang lain dan dapat meningkatkan martabat Islam.. dan akak tambah 5 minit lagi setiap kali sebelum belajar akak akan baca doa belajar (akak ulang banyak2 kali…. sambil menangis kadang2 sebab akak betul2 berharap Allah tolonglah akak.. akak betul2 nak berjaya ni..)
kisah benar: akak ni budak yang pemalas.. haha.. masa akak form 4 akak malas sungguh buat addmath. Sebab akak tak suka cikgu dia, boring.dah la homework banyak tapi dia tak pernah semak.. so akak tak buat pun homework tu..keh keh.. dan masa percubaan SPM, padan muka fail. Haha.. masa tu baru akak tersedar. Penat2 akak pergi sekolah dari darjah 1 hingga form 5 tiba2 ni ke result yang akak nak simpan seumur hidup.. sijil spm ni untuk seumur hidup.. masa tu akak ada lagi sebulan nak spm. Dah la tu first paper. Akak pun paksa diri buat latih tubi sampai nangis2 belajar. Tidur dengan buku latihan.. buat past year.. buat ulang2 sampai mahir dan dapat kenal bentuk soalan dan jawapan.. hehe, masa SPM kacang je rasa.. alhamdulillah dapat A1..adik2.. akak ni bukanlah budak baik yang pandai.. akak ni pemalas dan slow.. tapi alhamdulillah akak berjaya dapat 10A SPM di samping pegang persatuan etc.. tak perlu dilahirkan bijak utk score exam.. sebab ramai dah org yang berlagak ingat diri sendiri pandai jadi pemalas dan akhirnya result ###.. akak yang tak pandai ni boleh, adik2 yang memang dah masuk skolah pandai2 ni insya’Allah boleh buat lebih baik dari akak.. :)
Point 5: istiqamah
dari contoh yang akak bagitu, akak buat perubahan sikit-sikit..tapi yang penting akak tak stop di tengah jalan. Resepi nak berjaya bukanlah setakat berubah. Tetapi resepi nak berjaya ialah berubah dan berterusan memperbaiki diri. Memperbaiki diri hingga ke tahap yang kita mahu.
Point 6: sanggup bekorban
Adikku sayang.. nak berjaya tak ada short cut. Kita kene berusaha. Dan kita kena belajar untuk mengorbankan perkara-perkara yang kita sayang.. contohnya masa tido yang best.. masa main yang best.. masa merayau yang best.. masa bersembang yang best.. dan lain2 lagi yang mencuri masa yang banyak. Tak perlu korbankan sampai tak buat langsung.. tido je la, jangan jadi zombi.. Cuma kurangkan je.. dari 10 jam kepada 8 jam.. kemudian 6 jam.. tapi akak dulu masa skolah menengah maximum 4 jam aje.. yang penting masa tidur tu berkualiti. Rehat betul2..masa main, main betul2.. masa study , study betul2.. ala.. bukannya lama.. lepas exam tido la 48 jam pun bole, bangun solat je. Nak main 36 jam non stop pun bole, yang penting kita dah pulun sungguh2 before exam, baru la nikmat terasa lepas exam..
Point 7: jangan kedekut ilmu
Nak jadi orang yang berjaya kita kene suka ajar orang lain. tolong kawan2 yang tak faham.. ajar sampai mereka faham.. kalau deorang faham, maknanya kita faham.. kalau deorang tak faham.. ntah2 kita pu n tak faham.. ilmu tu milik Allah, bila kta buat yg Dia suka, Dia akan memberkati usaha kita.. so kita akan semakin faham.. dan semakin dipermudahkan urusan..
KESIMPULAN:
Kita tak perlu jadi orang yang dilahirkan special untuk berjaya. Sesiapa pun boleh berjaya. Yang penting dia ada matlamat dan kaedah yang betul..matlamat nak belajar supaya kita dapat result cemerlang dan dengan itu diharapkan dapat menjadi inspirasi kpd kawan2 yg lain.. (ni teknik dakwah ni.. membuktikan yg orang islam berkualiti)
Untuk request 2:
W’salam..
jujur lillah katakan yang lillah ni tak pernah dapat dean list sepanjang dok study di USM.. so lillah bukanlah pelajar yang cemerlang terbilang.. mana tak nya, sibuk je dengan persatuan.. sekarang jadi NYDP2 ni lagi la busy nya.. weekend memang tak ada di bilik.. kecuali kalau tak sihat, baru la ada di bilik.. malam pulak ada je hal.. meeting la, usrah la.. date la..apa2 je la.. so, setakat ni Cuma mampu maintain result 3 pointer aje.. Alhamdulillah.. usaha seciput, result cukup2 makan ajela.. orang lain study nangis2 nak dapatkan 3.o pun susah kan.. harap perkongsian ni dapat memberi manfaat kpd saudari..
Lillah sedar lillah tak ada banyak masa terluang. Jadi lillah sangat menghargai masa. Lillah akan gunakan masa sebaik2nya. Masa study yg sikit tu lillah paksa diri untuk fokus. Jangan ingat persatuan masa tu. Masa berpesatuan pun kene fokus persatuan je sebab ni amanah. Lillah tak suka kalau kerja lillah dalam persatuan tak siap dan menyusahkan kawan2 yang lain. dan lillah tak suka kerja study lillah tak siap dan menyusahkan coursemet lillah.. so masa study, study betul2..masa pesatuan, pesatuan betul2.. masa main2, main2 betul.. dan lillah ada 1 je kalendar perancangan. Di kalendar tu lillah catat semua tarikh pentinng aktiviti pesatuan dan tarikh penting pelajaran dan aktiviti sosial peribadi supaya lillah tak tertinggal mana2 bahagian dan tak memberatkan sebelah pihak..
Paling penting bagi saya kita kena pandai mengawal emosi.. sebab kalau emosi kita tak dapt kawal, study akan terbarai dan persatuan juga akan terbarai.. so kita kena control stress dengan bijak.. saya tak suka bersedih sebab tak best. Saya tak suka tengok orang lain sedih. So saya akan buat apa yang akan membuatkan orang lain happy dan ini akan membuatkan saya happy.. saya akan motivasi kawan2 saya dan mereka juga membuat perkara yang sama pada saya.. kami saling mengembirakan antara satu sama lain. di kampus ni, kawan lah tempat kita berharap susah senang.. mak ayah jauh..kalau dengan kawan dalam persatuan, dah selalu jumpa masa program jadi kita kene bina ukhwah kuat untuk gerak kerja yang lancar.. kalau dengan kawan yang tak sama persatuan, saya selalu teman mereka pergi shopping complex, makan luar dan pergi tepi laut. Saya tak mahu mereka rasa terabai dan diketepikan sekalipun saya busy dengan study dan persatuan.. so saya luangkan masa seminggu sekali untuk keluar dengan kawan2 yang bukan ahli persatuan.. saya sayangkan mereka dan saya tau mereka sayangkan saya.. lillah ada banyak geng yang berbeza kawan.. geng persatuan membantu saya membina soft skill.. geng study membantu saya melalui study group, geng santai menjadi tempat untuk saya berkongsi masalah. Bagi lillah, penting untuk kita mempunyai kawan-kawan yang ramai kerana lebih mudah untuk berdakwah dalam pelbagai suasana.. andai mereka merasakan mereka perlukan kehadiran saya, sebenarnya sayalah yang sangat perlukan mereka untuk belajar erti hidup…

maafkanlah kesalahannya..

Bila hati sudah terguris, mudahkah kita untuk memaafkan? Bila perasaan telah disakiti, mampukah kita melupakannya? Bila kawan sekerja tidak menyelesaikan kerja kumpulan seperti yang anda harapkan, mampukah anda bersabar? Bila anak nakal atau murid tidak dengar cakap,apakah kita mampu menahan marah? Bila jiran mengumpat dan menghina kita, apakah kita mampu untuk bertenang dan tidak berdendam?

Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain, ertinya kita belum memiliki hati yang benar-benar bersih. Kita belum menjadi seorang pemaaf.

Bagaimana mahu melunakkan hati agar kita dapat berlapang dada dengan melupakan kesalahan orang lain seterusnya memaafkan orang lain?

Sama-sama kita merenungi perkara di bawah:


  1. Kalau kita susah memaafkan orang lain itu tandanya kita ada sifat ego sombong yang dimurkai Allah. Seolah-olah kita ini ‘tuan’ orang lain maka kita mahu supaya orang lain menuruti kemahuan dan kehendak kita. Apabila mereka tidak menjadi seperti yang kita mahu, kita pun marah dan berdendam supaya dia menerima balasannya.
  2. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan termasuklah kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula bersalah dengan orang. Apakah kita boleh menjamin yang kita tidak akan buat salah dan silap? Kalau kita mahu orang memaafkan kita pastinya orang lain mahu kemaafan dari kita.
  3. Kalau kita masih susah melupakannya, ingatlah bahawa segala yang terjadi itu bukanah hakikatnya dengan izin Allah jua? Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari Allah. Dia mahu lihat apakah kita menerimanya dengan sebaik-baiknya . bila kita tetap marah-marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, ertinya kita sedang marah pada Allah umpama kita berkata “Allah tak patut buat aku begini..”
  4. Kita seringkali salah dalam mentafsir tindakan seseorang. Kadang-kadang kita ingat dia bergurau rupa-rupanya dia serius . Kadang-kadang kita ingat dia faham rupa-rupanya sebaliknya. Mudah sangat berlakunya salah faham dalam sesebuah komunikasi. Kadang-kadang orang marah pada kita, kita sangkakan dia membenci kita, tetapi rupa-rupanya dia sayangkan kita. Kadang-kadang orang lain menolak pelawaan kita untuk keluar bersama menyebabkan kita berkecil hati, sedangkan kita tidak tahu rupa-rupanya orang tu ada masalah lain yang ditanggung. Mengapakah tidak kita cuba menyelami isi hati dia?
  5. Setiap orang tidak tahu penghujung hidupnya. Adakah baik penghujung hidupnya atau buruk penghujung hidupnya. Apabila berdepan dengan orang yang kita rasa cukup jahat dia ni.. tahap maksimum jahatnya dia ni.. pujuk diri kita untuk bersangka baik dengan si dia. Runtuhkan rasa benci dan binalah rasa simpati. Doakanlah untuk dia. Berlaku baiklah dengan dia. Kerana hati dia Allah yang pegang, andai Allah mahu dia jadi baik, dengan mudah dia boleh brubah. Mungkin dia pernah sangat-sangat menyakiti anda.. tetapi tidak mustahil dia juga boleh menjadi orang yang paling membahagiakan anda.
antara kaedah nak hilangkan rasa marah tu ialah mengenang kembali saat-saat manis bersama.. hm.. ingat tak 3 tahun lalu, masa program Kem Persediaan Peserta KPP? masa tu lillah jadi team modul.. kami pilih lagu 'Bersatu ' ni sebagai lagu tema.. :) masa tengah menulis artikel ni, romlah request for this song..katanya dia rindu nak dengar lagu ni tapi dia tak tau tajuk lagu ni.. gambar ni classic weih..gambar group lillah masa program.zaman masa tengah blur-blur tak tau apa je la PPM ni.. saat pertama kali jatuh hati pada PPM kot.. (mengaku..) teringat masa lillah menangis masa balik dari KPP tu, kawan2 siap melambai masa kereta nak keluar dari pagar.. huhu :">

Bersatu

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Khamis, 25 Disember 2008

Alhamdulillah for my frnz~

Alhamdulillah bertuahnya saya hadir dalam generasi ke 10 ppmusm ni.. sebab lelaki dlm ppm ni suka jadi chef yg dgn sukacita memasak.. malah lebih pakar.. kami yg sisters mmg respect la bila brother2 ni memasak especially nydp1 kita yg masak.. haha.. syukur... so dapat la kami yg sister ni pergi main2 tepi laut masa brothers masak.. bila time makan, terima kasih krn menunggu kami..hehe.. sampai terbaring2 menunggu .. kelaparan ke? kesian..

actually kami pergi picnic pagi tadi. objektif program ukhwah. simple je progrm. ta'aruf, masak, solat,makan,debat..
tapi ta'aruf ni special.. sgt detail.. sgt panjang masanya.. haha.. mcm2 rahsia bocor time tu.. hehe.. tapi bagus sifat telus ni, kita lebih saling memahami. saling memahami ni penting. especially dlm gerak kerja. yg dtg picnic ni sume yg core ppm.. tulang belakang ppm.. nadi ppm..

lillah patutnya x leh nk join picnic tu sebab tengah tak sihat.. tapi sebab teringatka
n MT yg pergi mcm x cukup je, paksa2 pergi.. tapi bila balik tadi fikir2.. alhamdulillah lillah pergi. kalau tak pergi mesti menyesal.. sangat2 menyesal... masa kat sana kwn2 semua sgt ambil berat ttg lillah so tak ada side effect pun. masa nak pergi masjid, pinjam motor brothers.. tapi sisters semua tak de lesen. fairuz tau bawa motor.. dan dia pun telah memberanikan diri membawa motor.. wa.. hebat fairuz bawa.. jantung berdegup laju.. dan lillah ingat Allah je sampai la ke masjid tu..~_~
jangan marah fairuz.. saje je.. masa tengah naik motor tu tetiba terperasan ada motor lain di jalan bertentangan tp bergerak selari dgn kami. eh? tiba2 ternampak ada kereta dari depan.. la.. kami salah lorong, makan jalan orang.. :P

nini pulak, dia bagi lillah pinjam beg dia sebab lillah takde beg nak pegi program.. lepas beg
lillah kene curi aritu, lillah tak beli pun beg baru untuk ganti.. haha.. din kata patutla macam pernah tengok beg tu..

asma pulak, team modul yg baik. walaupun kita
langsung tak ikut flow modul, tapi kita berjaya capai objektif modul. thumbs up for asma! romlah plak... dah nak pergi oversea,, jgn lupa bagitau sebelum pergi tau.. nak tuntut macam2 :D

to all brothers~ time kasih sbb masakkan utk kami.. time kasih sebab malam semalam stay up basuh ayam, potong & perap ayam tu.. time kasih sebab masakkn nasi goreng tu.. time kasih sebab basuh dulang2 dan bekas2 lepas kita makan tu.. time kasih sbb jd driver kami.. dan lain2.. banyak rasanya budi baik u all.. ^_^ Thumbs up for zaidi, din, saiful, afiq, abrar, farid, rahimie
.. to all senior yg sudi singgah menjenguk adinda2 kalian.. mekasih banyak2.. kami really appreciate it! :D

banyak kan yg kita dah belajar hari ni.. ttg ukhwah.. ttg sebuah perjuangan.. ttg persahabatan.. banyak la.. masa sesi muhasabah tu, lillah tak tau apa yg lillah dah cakap.. tapi harap kita semua terkesan dgn muhasabah tu.. dan tak lupa pada ta'aruf yg berjela-jela tu..


Selama ini

Kumencari-cari
Teman yang sejati

Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian

Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu

Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya

Kejujuran kita

Isnin, 22 Disember 2008

mengutip hari silam,melakar masa depan

Lillah menerima satu email dari seorang saudari,Gina (bukan nama sebenar)..

Situasi Gina yang lillah ringkaskan: Saya dilahirkan tidak sesempurna insan lain dan ini mungkin antara faktor saya masih belum berkahwin walaupun usia telah lanjut. Saya pernah terlanjur suatu ketika dulu dan saya benar-benar yakin saya perlu berkahwin. Saya pernah bertunang tetapi putus di tengah jalan atas sebab yang saya sendiri tidak pasti. Saya kecewa dan mencuba nasib mencari cinta di alam siber tetapi ternyata lelaki yang menjadi teman chatting tidak mahu menjalin hubungan yang serius. Saya akhirnya bercinta dengan suami orang. Demi mengelakkan zina, saya melakukan onani. Jiwa saya keresahan dan saya tak tahu sampai bila perkara ini akan berlarutan.

My comments:

Point 1: Saya dilahirkan tidak sesempurna insan lain dan ini mungkin antara faktor saya masih belum berkahwin walaupun usia telah lanjut.

Wahai saudariku yang disayangi.. mari kita sama-sama merenungi firman Allah:

Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? ( Al-Muminun:115)

Wahai saudariku.. jodoh tiada kaitan dengan paras rupa.. jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. jodoh tiada kaitan dengan harta.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang..Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 selepas sembahyang.. Allah mendengar.

Wahai saudariku.. selagi mana kita meletakkan paras rupa sebagai kayu ukur bahawa itu faktor utama lelaki tertarik dengan kita, selagi itulah kita hanya akan bertemu dengan lelaki2 buaya.. Untuk bertemu dengan lelaki yang baik, kita perlu menjadi perempuan yang baik. Lelaki yang baik mahukan ibu yang baik untuk anak2nya.. lelaki yang baik tidak meletakkan paras rupa sebagai kayu ukur pertama dalam pemilihan calon. Lelaki yang baik tidak akan mempergunakan atau mengeksploitasi kecantikan isterinya dengan mempamerkan kecantikan isterinya kepada kawan-kawannya. Isteri bukanlah bahan pameran atau aksesori yang memberi kebanggaan kepada si suami di hadapan kawan-kawannya. Kerana itulah kita dapat lihat betapa banyak rumah tangga artis-artis yang cun melecun pun terbarai.

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

Wahai saudariku sayang.. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Biarlah lelaki yang bakal menjadi pasangan anda adalah lelaki yang mencintai peribadi anda dan menerima zahir anda seadanya, dengan harapan cintanya takkan luntur walaupun kulit dah berkedut dan rambut pun dah beruban
..

Point 2 : Saya pernah terlanjur suatu ketika dulu dan saya benar-benar yakin saya perlu berkahwin.

Wahai saudariku..
ye.. memang perlu.. teteapi sebelum tu mari kita betulkan perspektif tentang perkahwinan dulu..

sebab..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Perkahwinan tidak menjanjikan kepuasan seksual.. perkahwinan tidak menjanjikan anda tidak akan sunyi.. perkahwinan tidak menjanjikan anda akan disayangi.. perkahwinan tidak menjanjikan nasib anda akan terbela.. perkahwinan tidak menjanjikan kebahagiaan..

Seksual penting dalam perkahwinan hinggakan boleh menuntut fasakh andai nafkah batin ini tidak dipenuhi. Tetapi perkahwinan adalah kenikmatan yang lebih dari itu. Seksual cuma salah satu daripada perkara yang menambah kenikmatan perkahwinan. Sedangkan pra syarat utama perkahwinan yang berjaya adalah perkahwinan yang terdiri dari hati-hati yang bersatu yang ikhlas dalam rumahtangga tersebut. Misalnya seorang suami balik kerja disambut oleh isterinya dengan senyuman, disambut oleh anak-anaknya dengan keriangan. Isteri dan anak-anaknya tidak menyambut lelaki itu kerana lelaki itu seorang professor atau seorang doktor atau apa jua sebab penghormatan yang mulia di mata manusia tetapi kerana Allah yang memuliakan kedudukan seorang pemimpin keluarga, seorang suami. Suami keluar mencari rezeki pula ikhlas kerana mencari rezeki untuk menunaikan nafkah untuk keluarganya. Ikhlas ialah melakukan sesuatu kerana Allah.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cubamendaki naik.

Wahai saudariku sayang.. Sebelum berkahwin, anda terpaksa berenang sendirian meredah gelombang ombak hidup utkmeneruskan hidup. at least anda still fikirkan ttg diri anda.. tetapi kebanyakkan mangsa2 penderaan suami, penganiayaan rumahtangga itu langsung dah tidak akan memikirkan tentang diri sendiri.. siang malam mereka hanya kekal bertahan untuk hidup demi nasib anak2..

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang
..

Point 3 : Saya pernah bertunang tetapi putus di tengah jalan atas sebab yang saya sendiri tidak pasti. Saya kecewa dan mencuba nasib mencari cinta di alam siber tetapi ternyata lelaki yang menjadi teman chatting tidak mahu menjalin hubungan yang serius. Saya akhirnya bercinta dengan suami orang.

Wahai saudariku sayang.. lumrah lelaki yang mahu bermain-main cinta murahan bersepah di mana-mana.. sedangkan lelaki yang betul2 bertanggungjawab dan sedia memberi komitmen hubungan yang serius sangat sedikit dan sukar dicari.. Bersyukurlah kerana Allah menyelamatkan anda dari lelaki-lelaki yang tidak jujur sebelum anda melangkah lebih jauh. Bayangkanlah kalau setelah anda mendirikan rumahtangga baru anda menyedari tembelang lelaki tersebut bukankah lebih buruk..

Wahai saudariku sayang.. usah biarkan diri terus menerus dikecewakan.. tidak kiralah lelaki bujang ataupun yang sudah berkahwin, jika anda mahu menjalinkan hubungan cinta dengannya, biarlah lelaki tersebut lelaki yang mahu mengahwini anda. Ramai orang berkata cinta adalah permulaan sebuah derita, tetapi sebenarnya mencintai orang yang tidak mencintai anda adalah sebuah permulaan sebuah derita. Mencintai seseorang yang tidak mungkin anda miliki hanya akan menyeksa jiwa anda, lebih-lebih lagi anda sendiri sedar akan sampainya untuk anda berpisah dengannya..

Wahai saudariku sayang.. Islam memuliakan, menghormati dan membela kedudukan seorang wanita. Status seorang isteri amat mulia dan dihormati tidak kiralah dia isteri pertama, kedua, ketiga mahupun keempat. Setiap orang isteri berhak mendapat layanan zahir dan batin yang sama adil. Tetapi status perempuan simpanan amat hina di pandangan agama. Realitinya, masyarakat akan menghina bukan si lelaki yang curang tetapi si perempuan yang tidak mempunyai hubungan yang sah.. Sayangku, barangkali keresahan dan keserabutan jiwa yang melanda saudari kerana satu perkara yang saudari terlepas pandang iaitu keredhaan Allah.. Keredhaan Allah terletak pada ketaatan sedangkan kemurkaan Allah terletak pada kederhakaan hambaNya.. Adakalanya kebaikan yang kecil seperti menyusun kasut depan pintu mengundang keredhaan Allah kerana mungkin itulah amalan kita yang paling ikhlas.. Kita tidak tahu amalan manakah yang kita ikhlas.. sedangkan amalan yang Allah terima hanyalah yang ikhlas.. Dan kadang2 kita rasa keci je dosa yang kita buat, contohnya lewatkan solat sebab main internet.. sedangkan ada kemungkinan Dia sangat2 murka sebab kita memperkecilkan dan meremehkan perintah Dia.. Sayangku, kebahagiaan itu adalah dari Allah.. bagaimana kita hendak mengecapi bahagia itu andai kita jauh dari Allah? Bagaimana kita dapat hampir dengan Dia sedangkan segala perbuatan kita menjauhkan kita dari Dia?

Sayangku..sebaiknya, buatlah istikharah dan kemudian bawalah berbincang dengan lelaki tersebut. Andai dia benar-benar jujur terhadap anda, dia akan mengambil anda secara sah dan terhormat dan bukannya membiarkan anda dalam keadaan tergantung-gantung. Andai dia tidak mahu, cukuplah setakat situ sahaja anda memberi pengharapan. Tutuplah hati dari dia dan bukalah hati untuk insan lain. Kebahagian yang sebenar bukanlah berada di sisi insan yang kita cintai tetapi berada di sisi insan yang Allah cintai. Carilah cinta Allah, kerana akan datang insan yang mencintai anda kerana Allah..

Point 4 : Demi mengelakkan zina, saya melakukan onani.

Wahai saudariku.. Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-

“Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yangberbunyi:

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yangmelewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)

Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan batas kebolehannya itu dalam dua

perkara:

Karena takut berbuat zina.

Karena tidak mampu kawin.

Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina.Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya

dia tidak berlaku zina.

Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepadasetiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapatmenundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa,sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam

Point 5 : Jiwa saya keresahan dan saya tak tahu sampai bila perkara ini akan berlarutan.

Wahai sayangku.. Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita s
elalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Wahai saudariku sayang, betapa berat sekalipun mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.. tatpi yakinlah dengan janji Allah bahawa Dia tidak membebani seseorang dengan sesuatu yang hamba itu tidak mampu.. bukankah Dia sebaik-baik pemegang janji?
Firman-Nya
''Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahata (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.'' (Al Baqarah: 286).

Sayangku.. berhadapan dengan hati yang dukacita, tegakkanlah rasa redha.. terimalah takdir ini kerana Allah telah berfirman:
''Tiada suatu musibahpun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirmu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya, sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepadamu dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri'' (Al-Hadid:22-23)

Orang yang redha akan terlupa sengsara dan perit hidupnya. Dia terlupa bukan kerana dia bodoh atau gila tetapi memang itulah hakikat redha, yang pahit menjadi manis dan yang susah menjadi senang. Orang yang tidak redha akan berterusan melawan takdir Allah sedangkan tiada sesuatu pun yang mampu melawan takdir it. Jiwanya akan sakit dan bertambah sakit. Orang yang redha sentiasa meyakini bahawa setiap perkara yang Allah jadikan ada hikmahnya. Orang yang redha meyakini janji Allah bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu secara main-main. Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? ( Al-Muminun:115)

Wahai sayangku.. pilihlah untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..

firman Allah dalam Surah Al-Ra'd ayat 11, tafsirnya: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Kita dituntut untuk berusaha memperbaiki diri kita seperti dalam hadith di bawah:

Hadits yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim dan lafazh dari riwayat Imam al-Bukhari dari Ali bin Abi Thalib, sesungguhnya Nabi bersabda.
''Setiap orang dari kalian telah ditentukan tempatnya di Surga atau di Neraka. Seseorang bertanya, 'Kenapa kita tidak pasrah saja, wahai Rasulullah?' Beliau menjawab: 'Jangan, akan tetapi berbuatlah karena masing-masing akan dimudahkan”. Kemudian beliau membaca ayat, 'Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa.''
(AI-Lail: 5)

Dalam riwayat Muslim dengan lafahz
''Masing-masing dimudahkan sesuai takdirnya.''
Maka Rasulullah memerintahkan untuk berbuat dan melarang pasrah kepada takdir.

Semoga dengan usaha menjadi wanita yang solehah, Allah akan menemukan anda dengan lelaki yang soleh.. usah berputus asa kerana kita tidak tahu penghujung usia kita bagaimana. Mungkin anda akan jadi wanita yang jauh lebih baik dari wanita-wanita yang baik yang pernah anda temui. Siapa pernah menyangka Michael Jackson akan memeluk islam? Sedangkan sebaik Micheal mengucap syahadah, segala dosa silamnya terhapus. Dia kembali suci seperti bayi yang baru lahir. Sedangkan kita yang memang lahir dalam Islam pula sudah menggunung dosa.. Namun yakinlah, walaupun dosa menggunung tinggi, rahmat dan kasih sayang Allah melangit luas. Dia Maha Pengampun..

Wahai saudariku.... selalunya lelaki yang ‘baik dan masih available’ ini tidak terburu-buru dalam soal hati. Seandainya anda bertemu dengan lelaki-lelaki yang baik, usah terburu-buru dalam menyatakan hasrat hati. Berilah dia masa untuk mengenali diri anda dan dapat menerima buruk baik anda. Supaya, sekalipun anda dan dia tidak ada jodoh, anda ada sahabat yang baik untuk dijadikan tempat rujuk masalah. Lelaki yang baik hanya akan menerima sesuatu amanah jika dia mampu menunaikannya. Jika lelaki baik tersebut merasakan dia mampu mendidik dan membela diri anda, dia akan membuka hatinya untuk anda. Jika dia merasakan masih terlalu sukar untuk melentur sifat-sifat keras pada wanita itu, lelaki yang baik cenderung untuk menjadi seorang sahabat sahaja.. tetapi jika anda terburu-buru, lelaki itu mungkin akan meninggalkan anda terus. Manusia tidak dapat memilih siapa yang patut menjadi ibu bapanya. Tetapi manusia diberi peluang boleh memilih siapa bakal pasangan hidupnya. Justeru pemilihan bakal pasangan suami adalah kritikal sebenarnya. Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata sehingga melupakan pertimbangan akal dan pedoman syarak maka boleh membawa padah.. Dibimbangi nanti suami tidak menyambung ke landasan utama jalan menuju ke syurga. Suami sebenarnya ibarat ibu sawat penghubung talian taat dan cinta sejati seorang isteri kepada Allah. Jangan hendaknya talian taat dan cinta kepada Allah itu terputus di tengah jalan..

Wahai saudariku yang disayangi... lillah katakan begini krn perkahwinan akan menyebabkan rangkaian jalan isteri ke syurga berpindah melalui suami; bukan lagi ibu dan bapanya. Maka utamakanlah memilih lelaki yang kuat pegangan agamanya dan tinggi kefahaman hidup beragama.. namun ambil kira juga soal kufu, keturunan, paras rupa & harta.. itulah antara nasihat Rasulullah saw untuk memilih calon isteri yang boleh juga dipakai untuk memilih calon suami.. pilihlah calon suami yang mampu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, pendidik dan teman hidup yang penyayang..

Wahai sayangku.. di sini lillah letakkan sesuatu untuk saudari.. ianya adalah soal jawab dengan teman rapat kita iaitu Al-Quran.. kita muhasabah kembali, di mana teman sejati kita ini? Sudah berapa lamakah kita tidak menyentuhnya?

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA (FRUST)?

QURAN MENJAWAB:

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Ali-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?

QURAN MENJAWAB:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....”
-Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA: BAGAIMAN JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN LAGI??!!

QURAN MENJAWAB:

.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....