Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Khamis, 14 Jun 2012

Bagaimana Cara Bercinta ?




Jatuh cinta itu perkara biasa. Apabila sudah terjatuh yang begini, sukarlah untuk bangun berdiri dalam keaadaan tegak. Masakan tidak kerana fikiran sudah angau. Tutup mata tetapi masih terbayang-bayang. Tutup telinga tetapi masih terdengar-dengar. Dunia dirasakan begitu indah berbunga-bunga. Hari-hari tersenyum sendirian. Syok sendiri.

 Itu kalau mencintai seseorang.

Jika membenci seseorang pula? Mulailah apa sahaja yang diperbuatnya menjadi sakit dan buruk di mata kita. Setiap kali namanya kedengaran, mulailah rasa menyampah di hati kita. Jika boleh tidak mahu lansung bertegur. Sedangkan kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Tidak mustahil orang yang paling kita cintai akan berubah menjadi orang yang kita paling benci. Lihat sahaja kisah rumahtangga artis-artis yang berkahwin gah bak puteri raja semata-mata kerana lambang cinta.Masing-masing saling memuja dan memuji pasangan seolah begitu sempurna. Hakikatnya mana ada manusia yang sempurna segala-galanya. Rumah tangga mana yang tidak akan diuji ombak. Maka selepas berkahwin, rasa cinta semakin pudar apabila keburukan pasangan mula terdedah. Lebih menyedihkan sekiranya jodoh tidak berpanjangan dan diakhiri penceraian. Pasangan suami isteri mulai saling membenci dan memburuk-burukkan satu sama lain. Kasihan anak-anak, kebingungan dan tersepit di antara ibu dan bapa.

Tidak mustahil orang yang paling kita benci akan berubah menjadi orang yang paling kita cintai. Kita mungkin membenci seseorang kerana terlalu melihatkan keburukan seseorang dan tidak mengetahui kebaikan dirinya. Tetapi apabila mengetahui kebaikan dirinya yang adakalanya sangat sukar untuk ditemui pada insan lain, maka kita akan serta merta berubah hati.

Kesimpulannya, jika mencintai seseorang beserdahanalah dan jika membenci seseorang juga beserdahanalah. Satu lagi, janganlah sombong sangat dan menghina orang lain sesuka hati. Orang yang meludah ke langit, kelak ludahnya terkena muka sendiri.
Fahamkah maksud saya? :)

Di dalam hidup ini, tiada manusia yang sempurna. Semua manusia belajar untuk menjadi sempurna. Belajar.. Belajar.. Dan belajar.. Orang yang paling hampir dengan kesempurnaan adalah orang yang sentiasa memperbaiki diri. Untuk perbaiki diri, perlulah bersedia mendengar teguran kesilapan. Inshaallah :)

Sabtu, 24 September 2011

Kehidupan Baru..


Cinta itu anugerah Allah, beruntunglah manusia yang mempunyai cinta di dalam hatinya.
Cinta suci itu adalah cinta yang lahir di jiwa yang subur imannya. Cinta suci itu tercipta untuk membahagiakan pemiliknya dan yang menerimanya. Cinta dusta itu pula tercipta untuk menyakiti pemiliknya dan yang menerimanya. Peliharalah cinta di dalam hatimu supaya cinta itu membawamu meniti ke syurga-Nya...

Subhanallah dan Alhamdulillah... 
Allah menumbuhkan rasa cinta di dalam sanubari ini terhadap kerjaya yang diceburi. Kini saya bekerja bukanlah sekadar untuk mencari sesuap rezeki sebaliknya adalah kerana cinta yang semakin mekar di sanubari ini.

Allah Maha Penyayang. Ketika kita mahukan sesuatu, kita berharap dan berusaha. Namun Allah tidak memberinya kepada kita apabila Allah mengetahui bahawa ianya tidak baik untuk kita. Apabila keadaan dan masanya sudah sesuai, dirasakan hamba-Nya yang lemah ini sudah bersedia, barulah Allah akan memperkenankan keinginan hamba-Nya. Adakalanya apa yang diberikan Allah tidak seperti yang hambaNya  pinta kerana Allah memberikan yang jauh lebih baik dari doa hambaNya. Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Berkuasa.

Saya masih ingat beberapa bulan yang lepas, saya meninjau beberapa rumah kosong. Ada sesetengahnya begitu menarik hati saya. Saya sudah jatuh hati kepada rumah tersebut. Jiwa mahu lekas pindah dan tidak sabar-sabar mahu berumah baru. Namun Allah menahan kehendak hati. Mulanya jiwa alpa ini memberontak dan akhirnya mengaku kalah kepada kuasa Allah. Jiwa ini kembali tenang setelah bermuhasabah. Niat perlu betul. Sebagai seorang anak perempuan, memilih untuk melangkah keluar dari rumah ayah bonda bukanlah semudah bermalam di hotel. 

Apabila Allah berkehendak, segalanya menjadi mudah.. Subhanallah.. Sebelum raya lepas, saya terpaksa berpindah keluar dari rumah secara mengejut. Dalam masa kurang 24 jam, saya akhirnya mendapat rumah baru yang sangat selesa dan cantik! Lebih cantik berbanding rumah-rumah yang saya pernah lihat sebelum ini. Mungkin istilah 'cantik' di mata saya tidaklah 'cantik' di mata anda. Saya tidak mengharapkan sebuah kediaman yang mewah dan lengkap serba serbi. Apa yang saya harapkan cumalah sebuah tempat yang dapat memberi ketenangan dan dapat membuatkan saya teringatkan Allah...


Ini bilik saya. Bukan bilik tidur. Kalau nak tidur pun boleh je. Bilik ni masih dalam proses make over. Rumah ni ada 3 bilik. Bilik yang paling besar saya jadikan library. Bilik kecil saya jadikan surau. Bilik sederhana untuk saya berehat. :) Ruang tamu pula untuk kelas tuisyen... Rumah ni masih dalam sesi makeover... 




Ini anak sepupu saya. Senang jaga budak ni, letak je. Dia baru pandai meniarap jadi barang-barang saya masih selamat. Tak lama lagi kalau dah laju merangkak, memang semua barang kena susun tempat tinggi.


Adik-adik tiri saya beli aiskrim dan terjatuhkan dried ice dalam sinki. Apalagi... Menarik kan. Saya suka apabila dapur emak menjadi makmal sains. :) Budak-budak lebih cepat memahami konsep sains melalui eksperimen. 
Junior, Omeyy dan Kitty..


Sama color dengan carpet..






Kitty kucing betina, jadi dia berminat dengan handbag wanita.


Abdul : Cikgu, lepas saya pindah nanti kita boleh jumpa lagi? :(
Saya : Tak boleh lah jumpa. Kan dah jauh. Abdul mintalah emak cari tusyen lain di sana. :)
Abdul : Kita dah tak dapat jumpa samapai bila-bila?!! :((
Saya : Eh, boleh-boleh. Raya datang lah rumah saya. :0
Abdul : Nanti saya call cikgu sebelum datang. :)

P/s: sedih nak berpisah.. kelas personal coach  selalu memberi kesan yang mendalam di hati saya. :'(






 Makan-makan untuk group 1 di kelas tuisyen. Group 2 open house di rumah mak..
Disebabkan saya demam, adik saya tolong bersihkan rumah termasuk cuci toilet dan uruskan segala makan minum murid-murid ni. mana nak cari adik baik macam ni? :'(

 Alhamdulillah... Seronok bila tengok peningkatan prestasi anak murid... Seronok bila dapat habiskan silibus awal... Seronok bila dapat meraikan kejayaan mereka... Alhamdulillah...



Cinta itu bagaikan warna-warna pelangi. Indah. Bewarna-warni. Keindahan itu hadir selepas hujan reda. Maka kita hendaklah bersabar dan terus bersabar semasa hujan turun sekiranya kita ingin melihat pelangi yang indah. 

:)

InshaAllah....

Khamis, 20 Januari 2011

bukan salah sesiapa... cuma ianya adalah takdir... kehendak Dia...

lillah :
realiti kehidupan...
sebagai seorang yng bertuhankan Allah
kita yakin setiap apa saja yang berlaku semuanya adalah takdir
yang telah ditetapkan oleh Allah
bukan salah si dia

fairuz :
yaa

lillah :
bukan salah kita

lillah :
bukan salah sapa-sapa
semua tu berlaku sebab Allah dah takdirkan....
Allah yang menggerakkan hati A untuk sakiti kita
bukannya A yang berkuasa nak sakiti kita
tapi Allah pilih A untuk sakiti kita
jadi jangan kita dendam benci marah A
sebab yang menentukan semua tu adlah Allah

fairuz :
yakinlah.. apa yang diberiNYA tidak sia2...pasti ada hikmah....


lillah :
tak semestinya A yg sakiti kita
sesiapa saja bole sakiti kita
kalau Allah mahu
mungkin org yg paling kita sayang
yg paling kita percaya
yg kita anggp x akn sakiti kita
bole akhirnya sakiti kita jika Allah mahu

aisyah :
mmm..

lillah :
sbb itu apa saja perkara yg menimpa kita
kita kena sentiasa ingat
semua itu adalah ats kehendak Allah
Allah telah mentakdirkn semua tu untuk kita
mahu marah pada siapa ?
pada Allah?
amboi2... Allah ciptakan kita seketul jantung yang sgt efisien tak penah behenti bekerja
semenjak dari kita belom lahir
sampaila kita mati
tak penah sekalipun jantung ambil cuti
siapa yg menciptakan jantung tu?
Allah bukan?
berapa harga jantung kita?
kalau kita mahu berkira dgn Allah

fairuz :
betul2....

lillah :
adakah kita mampu bayar harga jantung kita?
jantung berdegup semenjak kita masih janin...
sebelum tangan kita terbentuk..
sebelum kaki kita terbentuk..
jantung dah mula berdegup..
bila kita lahir ke dunia
kita makan
main
tidur
tapi jantung tak berhenti2 bekerja
sehinggakan saintis kata itulah mesin terhebat di dunia
sbab warranty lifetime
tak tertanding mesin2 lain

fairuz :
subhanaALLAH....

lillah :
pressure = tekanan yg ada dalam jantung sgt2 laju..
kalau mesin biasa, dalam tekanan yg tinggi, akn cepat rosak..
ini baru jantung yg 1
belum lain2 nikmat Allah yg lain...

nurul :
;0

lillah :
sbb itulah, kalau kita kenal diri kita

nurul :
klu dlm sains pun ada explain ttg ni

lillah :
kita akan knl Pencipta kita
kalau kenal Pencipta kita
kita tak akan stress
tak akan depress
tak akan risau
tak akan susah hati
duit dicuri orang
kita tetap tenang sbb tau tu mmg bukan rezeki kita
barangkali Allah ambil duit tu sbb nak ganti dgn yg lebih banyak duitnya
kekasih dicuri orang

fairuz :
ya betul!!!

lillah :
kita tetap tenang sbb tau tu mmg bukan jodoh kita
barangkali Allah ambil dia sbb nak ganti dgn yg lebih baik dari dia

nurul :
hmm

lillah :
kena buang kerja
kita tetap tenang sbb tau tu mmg bukan rezki kita
barangkali Allah nak ganti dgn pekerjaan yg lebih baik dari tu
org kesayangan diambil Allah
kita tetap tenang sbb tau Allah sayang dia

fairuz :
subhanaALLAH....

lillah :
dia mungkin sdg bahagia menikmati nikmat syurga dalm kubur
kalau kita rasa dia sedang diseksa dlm kubur, bersyukurlah sbb kita masih hidup
barangkali Allah sengaja biar kita hidup
supaya kita dapat kirim pahala pada dia
supaya dapat kirim doa keselamatan utk dia
jadi pokok pangkalnya semua takdir Allah itu adalah
yg terbaik utk kita semua...
kita beriman pada Dia
kita yakin sepenuh hati pada Dia
yakin Dia tak akan sia-siakan kita
biarlah 1 dunia tunggang langgang terbalik
tapi selagi kita berpegang teguh pada DIa
tak ada apa-apa yang mampu mencalarkan walau sdikitpun pada kulit kita

wallahualam


fairuz :
Dalam hati ada ALLAH...
usah bimbang..usah khuatir..

p/s : ini adalah sebahagian petikan daripada usrah muslimah online facebook =)
jika ada muslimat lain yang berminat nak join, boleh PM facebook lillah....

Rabu, 18 Ogos 2010

Nota Cinta Seorang Cikgu


Dulu kawan-kawan cikgu pernah mengejek "Menjadi cikgu ibarat orang yang sesat jalan, sebab selepas keluar dari sekolah, masuk semula ke sekolah.."

Selepas lebih sepuluh tahun akhirnya cikgu berada di sini, duduk di atas kerusi di tapak perhimpunan bersama-sama guru yang lain.

Subhanallah.. Impian cikgu sekian lama ingin menjadi seorang guru tetapi tidak kesampaian kerana dihalang oleh abah cikgu. Demi mentaati kehendak abah, cikgu ketepikan niat di hati. Allah Maha Mengasihani, walaupun cikgu sudah berlari jauh meninggalkan lorong 'perguruan', akhirnya Allah meletakkan cikgu di sini juga.. Sungguh Dia Maha Berkuasa.


Walaupun status cikgu cumalah sebagai guru ganti sementara waktu, itu tidak penting. Apa yang penting, cikgu mahu menghitung setakat termampu betapa banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada cikgu. Cikgu mahu terus menerus bersujud syukur sebanyak-banyaknya!

Minggu Percubaan PMR dan Ujian Bulan Ogos

Subhanallah, anak-anak murid di kelas hujung-hujung mahupun yang depan-depan begitu menceriakan hidup cikgu. Setiap kali cikgu hendak ke kelas mereka, cikgu disambut dengan perangai yang menguji kesabaran.. Sungguh menguji!!

Adakalanya cikgu memarahi mereka sehingga cikgu sendiri rasa bersalah dan bimbang jika mereka tersinggung dengan kata-kata cikgu. Namun, sekejap sahaja mereka sudah kembali berbaik bergurau senda dengan cikgu seolah terlupa bahawa cikgu pernah memarahi mereka.

Subhanallah, betapa sucinya anak-anak muridku, begitu pemaaf!

Adakalanya ketika sedang marah,cikgu tergelak dengan perangai mereka.

"Kenapa cikgu gelak??"soal mereka pelik.


Ada yang sudah dibuang sekolah, tetapi hadir untuk peperiksaan percubaan PMR ini. Ada yang tidak pernah datang semenjak cikgu mengambil alih peranan guru sekolah, tetapi hadir untuk percubaan PMR ini.

Pelbagai gelaran yang cikgu dapat. 'Cikgu', 'Teacher' , 'Kakak' dan 'Ustazah'..

Pelbagai soalan yang cikgu terima termasuklah berkaitan hukum hakam.. bab puasa.. bab undang-undang..bab putus cinta.. dan lain-lain lagi.

Semakin hari cikgu semakin sayang kepada anak-anak murid cikgu.. Walaupun setiap hari cikgu kena menjerit, kena membebel dan bersengkang mata sebab menanda buku namun cikgu bahagia.. cikgu rasa damai dan tenang.. moga kalian mendapat hidayah Allah..

Semalam cikgu menumpangkan seorang pelajar balik ke rumah. Kini pelajar tersebut dalam tingkatan lima. Ketika dia tingkatan 3, kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap kanser. Alhamdulillah PMR dia dapat semua A. Ketika dia tingkatan 4, ayahnya meninggal dunia kerana kemalangan. Beberapa hari selepas ayahnya meninggal dunia, ada ujian di sekolah dan dia tetap hadir untuk ujian tersebut. Pihak sekolah ada menawarkan bantuan kepada dia untuk membeli buku tetapi dia tidak pernah meminta duit tersebut. Kelasnya sebelum ini terletak di tingkat atas sekali. Kawan-kawannya merayu supaya mereka semua berpindah ke kelas di tingkat bawah supaya memudahkan dia bergerak tetapi dia menghalang. Dia tidak mahu disebabkan oleh dia seorang maka semua orang terpaksa berpindah kelas.

Subhanallah.. Sungguh saya mengkagumi pada sifat yang Allah ciptakan pada pelajar ini.
Sungguh saya terharu dengan semangat dan kecekalan jiwanya...

Allah Ya Latiff...
Sungguh aku mencintaiMu...

Saya merancang untuk mengadakan iftar (majlis berbuka puasa) untuk anak-anak murid saya.
ada 5 kelas semuanya...
pelbagai reaksi yang saya terima daripada para pelajar.

"Cikgu, kena telefon mak saya.. sebab mak tak percayakan saya.."pujuk seorang murid saya.
"Inshaallah, berikan saya nombor mak kamu.."jawab saya.

"Cikgu.. saya tak ada transport,"seorang lagi mengadu.
"Bagi saya alamat rumah kamu,"jawab saya.

"Cikgu, saya ada tuisyen pukul 8 malam.."kata seorang lagi.
"Tak apa, nanti saya hantarkan.."kata saya.

Sebaik memaklumkan hasrat hati saya, emak berkata "Kakak, kena guna duit kakak sendiri ye.."

Sejujurnya saya tak ada duit yang cukup dalam tangan tetapi di dalam tabung haji ada sedikit simpanan yang saya tidak pernah usik lansung seumur hidup. Selama ini emak tak benarkan saya menggunakan duit tu.

Saya menghuraikan hadis ini kepada emak...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at- Tirmidzi


dan pagi tadi emak sms saya "Guna duit THaji"

Alhamdulillah... Semoga tautan yang cikgu ingin bina bersama anak-anak kesayangan cikgu ini diberkati dan diredhai Allah.. Semoga ianya sesuatu yang bermakna buat cikgu dan kalian semua.. Semoga Allah melembutkan hati kita dalam menerima kebenaran... Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua..


Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nya terus mencurah-curah



dengarkanlah sebuah nota cinta :



p/s : syukran jazilan my beloved hidayah for this song....
p/s/s : tu gambar anak2 kucing yang kini sudah dewasa.. cepatnya masa berlalu...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Isnin, 14 Jun 2010

diantara 2 : cinta Allah vs cinta suami


Apabila berlaku pertembungan antara cinta kepada Allah dan cinta kepada manusia, cinta kepada Allah yang wajib dimenangkan.

Misalnya seorang isteri yang mencintai suaminya, tiba-tiba si suami melarang si isteri melakukan ketaatan kepada Allah dalam hal menutup aurat. Walhal menutup aurat itu tuntutan Allah. Maka kecintaan si isteri kepada Allah akan mendorong untuk menutup aurat walaupun dia terpaksa kehilangan suaminya. Demi kecintaan kepada Allah, cinta kepada suaminya sanggup dikorbankan. Sebaliknya jika dia menurutkan kehendak suaminya itu, cintanya kepada Allah dikira pura-pura dan cinta kepada suaminya itu pula bersumberkan nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apa lagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah mencintai Allah, cinta yang lain menjadi kecil dan rendah padanya.

Ini cumalah salah satu daripada beribu-ribu contoh yang kita semua sedia maklum. Biarlah ketaatan kepada suami itu menjadi asbab untuk seorang isteri itu masuk ke syurga Allah. Semoga berkat ketaatan isteri ini kepada Allah, dikuniakan pula anak-anak yang turut sama mentaati Allah.

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Isnin, 26 April 2010

beramal demi Wajah-Nya


Siapa yang beramal demi pahala, niscaya akan letih dengan harapan. Siapa yang beramal karena takut siksa, niscaya akan letih dengan prasangka baik. Siapa yang beramal demi Wajah-Nya, niscaya tiada letih baginya.”
(Imam An-Nifari)

Subhanallah…
sungguh mendamaikan jiwa tatkala membaca quote ahli sufi ini..
saya paste quote ini di facebook dan mendapat respon dari seorang sepupu saya,fikri :
akak, dlm hadith ni ada confiused la..
arr.. "siapa yg beramal demi wajahnya, niscaya tiada letih baginya" fikri ada 3 kefahaman tentang di atas
1. sbb x ikhlas, buat sbb org sbb tu x leth dgn apa2 pengharapan
2. beramal krna nak pahala, itulah iman dan ikhlas
3. "niscaya tiada letih baginya" krana ykin penuh dgn ALLAH, so xksh apa terjadi sbb yakin dgn ketentuanNya


sebagai menjawab kekeliruan ini..

dik, ini bukan hadis.. ini kata-kata seorang ahli sufi dari Iraq, Imam An-Nifari..

Siapa yang beramal demi Wajah-Nya, niscaya tiada letih baginya.

seseorang yang beramal semata-mata kerana cintanya kepada Allah adalah orang yang paling merdeka. orang ini menjadikan seluruh hidupnya untuk mencintai Allah dan seluruh amal dalam kehidupannya adalah demi menuju kekasihnya.. demi melihat wajahNya..

dia melakukan kebaikan tanpa menghitung-hitung dan jemu-jemu tanpa mengharapkan balasan kecuali balasan cinta daripada Penciptanya.. Sama ada manusia memuji atau mencelanya, dia rasa sama sahaja kerana dia sudah tidak peduli lagi dengan itu semua. Dia hanya peduli apakah Allah akan menerima dirinya yang sangat-sangat mengharapkan pertemuan dengan Allah…
Subhanallah...

Siapakah orang-orang itu ? Allah menjawab dalam firmannya :

Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa,
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati
(pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).
(Al-Lail : 17-21)

Subhanallah…

Orang yang ikhlas hidupnya untuk mencintai Allah ini tetap akan mendapat pahala dari Allah.. dan mendapat segala balasan kebaikan yang dijanjikan Allah iaitu kebahagiaan selepas mati..
Lebih bertuah kerana dia merasai nikmat kebahagiaan dan ketenangan semenjak dari dunia lagi.. Masakan dia tidak berbahagia ketika di dunia, sedangkan dia sedang diulit mabuk cinta kepada Rabbnya semenjak di dunia lagi…
Di syurga itu sudah pasti lebih membahagiakan, itulah detik melepaskan segala rindu yang sekian lama dipendam.. untuk bertemu kekasih hati, InshaAllah…

“Mereka di dalamnya (syurga) memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami (ada) tambahannya (melihat wajah Allah Ta’ala)”\
(Qaaf : 35).


Siapa yang beramal demi pahala, niscaya akan letih dengan harapan. Siapa yang beramal karena takut siksa, niscaya akan letih dengan prasangka baik.

Mengapa perlu kita berkira-kira menghitung-hitung amal kebaikan kita yang sedikit ini demi mengejar pahala?

Pasti sekali kita tidak akan mampu menghitung nikmat kurniaan Allah kepada kita.. Mata yang memandang ini milik Allah.. Tangan yang menaip ini milik Allah.. Kulit yang melindungi badan ini milik Allah.. Tubuh yang sihat ini milik Allah.. Jantung yang berdegup ini milik Allah.. Udara yang disedut ini milik Allah.. Langit yang tinggi ini milik Allah.. Emak, abah, adik beradik dan sahabat handai milik Allah..

MashaAllah.. saya tidak mampu menghitung semua yang telah Allah berikan kepada saya.. nikmat ketenangan itu infiniti.. nikmat kasih sayang itu infiniti.. nikmat redha.. nikmat yang dirasai tanpa ada bahasa dapat menterjemahkan itu sungguh tidak terhitung...
sungguh malu untuk saya menghitung apa yang saya telah lakukan….

Apabila kita menghitung-hitung dalam beramal kebaikan.. “oh, saya qiam, saya bersedekah, saya membuat usaha dakwah, saya …bla bla”
bukankah itu boleh menimbulkan rasa ‘saya orang yang baik..’ dan syaitan mula berbisik ‘saya lebih baik dari si dia..’ dan paling teruk apabila ‘saya sudah jadi baik!’

Astagfirullah.. itu sudah menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit hati yang boleh menghapuskan pahala dan merosakkan hati kita.. nauzzubillah..

Apa yang mungkin Imam An-Nifari mungkin maksudkan ialah orang yang beramal kerana mengharapkan pahala akan merasa letih kerana dia sendiri tidak tahu apakah dia sudah dapat pahala itu. Pahala itu boleh bertambah dan boleh berkurang bergantung kepada amalan seseorang. Adakalanya tanpa kita menyedari perbuatan-perbuatan buruk kita yang terlepas pandang akan merosakkan pahala kita. nauzzubillah.

Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan,
lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan”
(Al-Furqan:23)


hanya satu sahaja cara untuk menjaga hati dari digoda syaitan.. iaitu ikhlaskanlah dirimu…

Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.

(QS: Shaad 38:82-83)


Sekadar lontaran fikiran..
sekiranya kamu mentaati perintahNya kerana mengharapkan pahala.. adakah kamu akan menderhakaiNya jika Dia tidak memberikan kamu pahala?

Daripada mengejar pahala, lebih bijaksana kalau kita mengejar cinta Si yang memberi pahala itu... kerana orang yang mengejar pahala belum pasti beroleh cinta sedangkan orang yang mengejar cinta Nya pasti beroleh kedua-duanya.. Bijaklah dalam beramal!

wallahualam..


"Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu
dengan segenap cintaku
dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."


Jumaat, 2 April 2010

Akan terasa lebih mudah dan ringan jika semuanya kita cintai krn Allah



“Wanita itu adalah aurat (harus ditutupi), bila ia ia keluar dari rumahnya, maka syaitan akan mengesankannya begitu cantik (di mata lelaki yang bukan mahramnya).”
(Riwayat At Tirmizy dan lainnya)


Orang-orang Arab mengungkapkan fenomena ini dengan berkata:


Setiap yang terlarang itu menarik (memikat).


Dahulu, tatkala hubungan antara anda dengannya terlarang dalam agama, maka syaitan berusaha sekuat tenaga untuk mengaburi pandangan dan akal anda, sehingga anda hanyut oleh badai asmara. Kerana anda hanyut dalam badai asmara haram, maka mata anda menjadi buta dan telinga anda menjadi tuli, sehingga andapun berkata:

Cinta itu buta.


Dalam pepatah arab dinyatakan:


Cintamu kepada sesuatu, menjadikanmu buta dan tuli.



Akan tetapi setelah hubungan antara anda berdua telah halal, maka spontan syaitan menyibuk dan berpaling tadah. Syaitan tidak lagi membentangkan tabir di mata anda, syaitan malah berusaha membendung badai asmara yang telah menggelora dalam jiwa anda. Saat itulah, anda mulai menemukan jati diri pasangan anda seperti apa adanya. Saat itu anda mulai menyedari bahawa hubungan dengan pasangan anda tidak hanya sebatas urusan paras wajah, kedudukan sosial, harta benda. Anda mulai menyedari bahawa hubungan suami-isteri ternyata lebih luas dari sekadar paras wajah atau kedudukan dan harta kekayaan. Terlebih lagi, syaitan telah berbalik arah, dan berusaha sekuat tenaga untuk memisahkan antara anda berdua dengan perceraian:



“Maka mereka mempelajari dari Harut dan Marut (nama dua setan) itu apa yang dengannya mereka dapat menceraikan (memisahkan) antara seorang (suami) dari istrinya.”
( Al Baqarah: 102)


Mungkin anda bertanya, lalu bagaimana saya harus bersikap?

Bersikaplah sewajarnya dan sentiasa gunakan naluri sihat dan hati nurani anda. Dengan demikian, tabir asmara tidak menjadikan pandangan anda kabur dan anda tidak mudah hanyut oleh bualan dusta dan janji-janji palsu.


Mungkin anda kembali bertanya: Bila demikian adanya, siapakah yang sebenarnya layak untuk mendapatkan cinta suci saya? Kepada siapakah saya harus menambatkan tali cinta saya?
Semaklah jawapannya dari Rasulullah saw bersabda:


“Biasanya, seorang wanita itu dinikahi karena empat alasan: karena harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan karena agamanya. Hendaknya engkau menikahi wanita yang taat beragama, niscaya engkau akan bahagia dan beruntung.”
(Muttafaqun ‘alaih)


Dan pada hadis lain baginda bersabda:


“Bila ada seorang yang agama dan akhlaqnya telah engkau sukai, datang kepadamu melamar, maka terimalah lamarannya. Bila tidak, niscaya akan terjadi kekacauan dan kerosakan besar di muka bumi.”
(Riwayat At Tirmizy dan lainnya)


Cinta yang tumbuh kerana iman, amal soleh, dan akhlak yang mulia, akan sentiasa bersemi. Tidak akan lekang kerana sinar matahari, dan tidak pula luntur kerana hujan, dan tidak akan putus walaupun ajal telah menjemput.



“Orang-orang yang (semasa di dunia) saling mencintai pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
(Qs. Az Zukhruf: 67)


Saudaraku! Cintailah kekasihmu kerana iman, amal soleh serta akhlaknya, agar cintamu abadi. Tidakkah anda mendambakan cinta yang senantiasa menghiasi dirimu walaupun anda telah masuk ke dalam alam kubur dan kelak dibangkitkan di hari kiamat? Tidakkah anda mengharapkan agar kekasihmu sentiasa setia dan mencintaimu walaupun engkau telah tua dan bahkan telah menghuni liang lahat?
Rasulullah saw bersabda:


“Tiga hal, bila ketiganya ada pada diri seseorang, niscaya ia merasakan betapa manisnya iman: Bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dibanding selain dari keduanya, ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintainya kecuali karena Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya, bagaikan kebenciannya bila hendak diceburkan ke dalam kobaran api.”
(Muttafaqun ‘alaih)


Saudaraku! hanya cinta yang bersemi kerana iman dan akhlak yang mulialah yang suci dan sejati. Cinta ini akan abadi, tak lekang diterpa angin atau sinar matahari, dan tidak pula luntur kerana titisan air hujan.


Yahya bin Mu’az berkata:
“Cinta kerana Allah tidak akan bertambah hanya kerana orang yang engkau cintai berbuat baik kepadamu, dan tidak akan berkurang kerana ia berlaku kasar kepadamu.”

Yang demikian itu kerana cinta anda tumbuh bersemi karena adanya iman, amal sholeh dan akhlaq mulia, sehingga bila iman orang yang anda cintai tidak bertambah, maka cinta andapun tidak akan bertambah. Dan sebaliknya, bila iman orang yang anda cintai berkurang, maka cinta andapun turut berkurang. Anda cinta kepadanya bukan kerana benda, pangkat kedudukan atau wajah yang rupawan, akan tetapi kerana ia beriman dan berakhlak mulia. Inilah cinta suci yang abadi saudaraku.


edit cut paste from Sweet oF iSlaM

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 26 Mac 2010

... love .... love... love is in the air.....

Love is in the air
Everywhere I look around
Love is in the air
Every sight and every sound

And I don't know if I'm being foolish
Don't know if I'm being wise
But it's something that I must believe in

Love is in the air
In the whisper of the trees
Love is in the air
In the thunder of the sea


p/s :click pitcures to view larger image ;)


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 3 Mac 2010

dunia yang indah



Subhanallah.. Hari yang indah.. Walau apapun yang berlaku, hari ini tetap indah.. sama seperti semalam.. tetap kekal indah... hari esok juga akan indah.. Alhamdulillah...

Saya tiada apa-apa kecuali Dia dan saya tidak berhasrat untuk apa-apa kecuali Dia.
Saya hidup dengan belas ihsan Dia dan sedang menunggu saat kembali pada Dia.
Tiada kerunsingan.. Tiada kekeliruan.. Tiada persoalan..

Ya Quddus.. Ya Salam.. Ya Mu'min.. Ya Muhaimin

Isnin, 1 Mac 2010

pada saat cinta kembali kepadaNya...





Pengabdian padaNya

pada saat tuan saya berkata “Sudah tak perlulah awak aktif-aktif berusrah.. semangat tu akan hilang juga akhirnya.. nanti bila dah kerja, lupa semuanya…”. saya tersentak. benarkah?

adakah benar saya akan kehilangan semangat ini?

adakah saya akan melupakan semua ini?

sedangkan saya melakukan ini semua dengan sepenuh kecintaan saya kepada Nya…..
sedangkan saya melsakukan ini semua dengan penuh rindu agar dapat meneruskan apa yang Rasulullah saw pernah lakukan pada suatu masa dahulu….

Maka saya meminta kekuatan kepada Allah yang Penyayang untuk saya tetap di jalan dakwah ini meskipun tugas-tugas kerja begitu padat… Adakalanya saya buntu, beristigfar seketika dan kemudian menyiapkan tugasan secepat dan sesempurna yang boleh.. Akhirnya saya tersenyum sendiri.. Allah mahu melatih saya mencabar diri dalam susunan yang sempit.. oh terima kasih ya Allah… Saya sungguh bertuah kerana mampu bergerak seperti ini..

Dahulu ketika di permulaan bertugas, disebabkan masih belum membiasakan diri, saya pernah terfikir “Saya tak ada kehidupan…”

kini saya selalu mengulang-ulang rasa syukur pada Allah “inilah kehidupan saya.. mengabdi pada Dia pada setiap detik dan saat…”

Kata-kata yang dilafazkan oleh tuan saya itu umpama api yang memarakkan semangat saya.. untuk membuktikan kata-katanya silap… Ya Allah, Saya memegang janjiMu, berilah saya kekuatan dari sisiMu…. Buktikanlah pada diriku ya Allah, bahawa cinta ini akan terus kekal.. buktikanlah pada saya Ya Allah bahawa pekerjaan di atas nama cinta ini juga akan terus kekal….


Menghindar Fitnah

Pada saat emak saya berkata “Fokus pada pelajaran, jangan sampai kesibukan gerak kerja menyebabkan result jatuh.. jangan sampai ini menjadi fitnah kepada dakwah..”. saya tersentak.. benarkah emak?? Dakwah ini akan menyebabkan anakmu ini sibuk dan result anakmu ini jatuh? Adakah benar jatuhnya anakmu ini dalam pelajaran menjadi fitnah kepada dakwah?
takut…. takut yang teramat… Ya Allah, janganlah kau biarkan saya jatuh dalam pelajaran ini…. saya tidak sanggup melihat dakwah yang saya cintai ini dihina… saya terlalu mencintainya….


Menjadi cermin

Pada saat sahabat-sahabat saya berkata “jangan paksa kami menjadi seperti kamu… kami mahu menjadi manusia biasa yang ada kehidupan.. jika kamu rasa kamu mahu teruskan, pergilah kami tidak menghalang.. tetapi jangan paksa kami untuk seperti kamu..” berderai air mata saya.. hati ini bagai dikopek-kopek sehingga berdarah… Ya Allah… Ya Allah… Ya Allah… Berilah hidayah kepada diri kami, kepada keluarga kami, dan kepada insan di sekeliling kami….

Pada saat sahabat saya berkata “Saya di sini untukmu..” saya diam. saya bingung. Perlukah diucap terima kasih? Sedangkan Allah ada di sisi saya sudah sedia dengan penuh cintaNya mahu melindungi saya, mengasihi saya, memperkenankan hajat saya dan mahu mengampuni saya… Oh kamu jangan sombong!!! Sahabat kamu itu adalah cerminan untuk kamu memperbaiki diri. Hargailah dia.. Sesungguhnya kamu wajib mencintai dia kerana Allah dan Rasulullah saw mencintai manusia yang sempurna imannya dalam bersaudara….
“Syukran sahabat.. ukhwahfillah Abadan abada…” Saya mencintaimu kerana Allah.. maka apabila kamu melakukan sesuatu yang akan membuatkan Allah murka, saya tidak akan teragak-agak untuk menegurmu.. adakah kamu sedia menerima teguran itu?


Redha padaNya

pada saat saya mengetahui abah sedang dilanda pelbagai masalah.. saya terasa kerdil dan lemah… Ya Allah… anak ini tidak mampu berbuat apa-apa melihat orang tua yang begitu banyak berjasa itu dihimpit masalah hidup.. Ya Quddus… Ya Mujib…Berikanlah abah kekuatan dan kesabaran untuk menempuh dugaan ini… Pada saat saya melihat wajah emak yang menanggung penuh kesabaran dugaan yang menghimpit ini, saya menahan sebak di dalam dada… Ya Mujib… Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim… Saya mencintai ibu bapa saya.. tetapi saya rela melihat mereka diuji olehMu.. Saya mencintai Mu dan saya yakin ujian-ujian ini adalah pendekat kami kepada Mu… berilah cintaMu pada keluarga kami agar ujian-ujian ini terasa manis di hati kami….


Permata hati

pada saat saya memandang wajah adik-adik saya.. saya kelu… benarlah sukar melafaz sayang pada yang paling kita sayang… ya Allah, saya tidak mampu untuk berada di sisi mereka untuk memantau mereka.. Saya tidak mampu untuk memberi kata-kata yang mampu membuat mereka menangis keinsafan… saya tidak berdaya.. dosa-dosa yang menyelubungi diri saya ini menjadi hijab antara saya dan mereka… Ya Allah ampunilah kami… Astagfirullah al azim….


Segalanya milikMu

Ya Allah.. Kau boleh mengambil apa sahaja yang Kau mahu… Kau boleh berbuat apa sahaja mengikut kehendakMu, saya rela…. Jangan biarkan saya buta dalam melihat cintaMu… Jangan biarkan saya sesat dalam memburu cinta Mu.. Jangan biarkan saya lemas dalam lautan cintaMu…

Saya mahu perjalanan ini sampai ke destinasi.. Saya mahu bertemu dengan Rasulullah saw yang merindukan dan mencintai umatnya di hujung zaman ini.. Saya mahu menatap wajahMu yang begitu mencintai saya.. yang sudi mengampuni saya.. yang terlalu banyak memberi nikmat kepada saya…

Sungguh… saya mencintai keluarga saya.. saya mencintai sahabat-sahabat saya… saya mencintai pelajaran dan pekerjaan saya… namun kecintaan itu semua hanyalah kerana Engkau mahukan saya menjadi sebaik-baik manusia… maka sudilah Kau mengampuni saya… dan menerima saya hambaMu ini yang mengabdi padaMu….cintailah saya…

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

kekasih Allah



Yaa Rasulullah salamun 'alaik, Yaa habbiballah salam 'alaik
Nazhroh ilayya Yaa Rasulullah athfan 'alayya habiiballah
Min nuuri thoha sholata lahaa dzikrul ilahi zait ilaihaa
Min qolbi Ahmad nusqo wa nur syad min qolbi Ahmad dzakal muraad

Kekasih Allah juga semesta
Sholawat salam kita semua
Jalan kehidupan pancarkan cinta
Kasih dan damai ajarannya

Yaa Rasulullah salamun 'alaik, Yaa habbiballah salam 'alaik
Turn thy face to me, prophet of Allah
Give your compassion, Allah's beloved

Ya Allah... keluarkan dunia dari hatiku.. penuhkan cintaMu dan cinta RasulMu dalam hatiku...

Ahad, 28 Februari 2010

Demi nyawaku yang di tanganNya...

Ya Allah ya Rahman ya Rahim...
aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam
hidupku..


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau biarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaiMu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau benarkan kasihku
MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku




source: Ketulusan Hati by Anuar Zain

p/s: kepada sesiapa yang mahu mencari 'sesuatu', silalah ke ESQ.... nak tahu apa ESQ? go Google yourself... ;)

p/s/s: Ya Allah... berilah hidayah petunjuk kepada diri kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami, dan umat manusia ini agar kembali kepada fitrah kami... kembali taat dan patuh pada Mu.... amin...

Selasa, 26 Januari 2010

bercinta di jalan dakwah


Saya terjumpa artikel yang saya pernah tulis suatu ketika dahulu... di website orang lain.. agak terkejut sebab artikel ni dah dikopi ber pes pes.... ini adalah kisah benar... kisah beberapa tahun yang lalu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .
”


“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

p/s : Takkan kau rasai indahnya cinta andai tiada cinta buat yang Esa..
p/s/s : gambar tu masa tahun 1992, diambil sebelum abah mengerjakan haji.. adik bongsu saya pun belum wujud lagi..
p/s/s/s : setiap sesuatu ada masa dan ketikanya...
p/s/s/s/s: kalau tidak silap, saya menulis artikel ini semasa tahun kedua di USM.. uish, entah apalah yang sedang saya fikirkan.. dah lupa!

Rabu, 9 September 2009

betapa sepinya sebuah lorong perjuangan....



lillah dan kawan2 sedang dalam perjalanan membawa juadah berbuka puasa ke sebuah kampung yang kelaparan... bahagianya dapat beri orang lapar makan.. happy nya... alhamdulillah..

entah kenapa jalan yang lillah pilih ini semakin sepi..
semakin lama semakin sakit rasanya memijak onak-onak di lorong ini...
takpe.. takpe... sabar.... sabar........

kenapa seorang demi seorang teman-temanku menghilang?
jasad mereka ada dekat tetapi roh mereka entah ke mana..
(roh = roh perjuangan)

kenapa semakin lama bahasa mereka semakin lillah tak faham?
adakah kerana kami sebenarnya menuju ke destinasi yang berbeza?
apa ni?? tak fahammm
kenapa ni?
kenapa korang semua ni???

:'-(

kenapa kalian menangis?
pelik..
pelik kalian menangis untuk perkara yang kecil.. terlalu murahkah air mata itu?

kalian minta nak berehat kejap.. katanya penat berjalan.. nak rehat kejap.. tapi hari dah nak senja.. kalian kata 'lillah.. pergilah dulu.. nanti kami menyusul..'

ok.. lillah pun pergi dulu.. takut.. takut sangat2.. sebab kene jalan sorang2... dan makin lama makin jauh.. hari makin gelap.. dah nak masuk waktu berbuka puasa... lillah kene cepat sebab nanti orang-orang yang lapar tu nak berbuka puasa...

dan lillah toleh belakang.. kot-kot nampak bayang-bayang korang.. tapi tak nampak pun.. takpe.. lillah jalan lagi... dan terus berjalan..
tapi korang tak pernah sampai kepada lillah...

lillah ternanti-nanti.. lillah mengharap.. dan lillah menangis... perlu ke lillah patah balik dan mencari kalian?
tapi kalau lillah patah balik, nanti tak sempat nak hantar makanan ni kepada orang-orang yang lapar tu.. takpelah..lillah jalan dulu..

tolonglah sedar..
tolonglah bangun dari mimpi...
lillah perlukan kalian dalam perjuangan ini...

janganlah biar diri lillah yang makin lama semakin lemah ni tersungkur....
tolonglah.........
ramai yang kelaparan di sana menanti kita.. dan makanan yang ada pada lillah ni tak cukup untuk menampung bilangan mereka yang lapar tu...

takpelah... semua yang berlaku tu dengan keizinan Allah..
cukuplah Allah untukku.. menemani setiap langkahku...

Ya Allah.. andai ini yang Engkau mahukan.. aku redha.. aku terima.. bantulah aku untuk mentaatiMu sepenuh jiwa ragaku sehingga aku menghadapMu di syurga Mu..
tetapkan hatiku.. janganlah Kau bolak balikkan hatiku setelah Kaau beri aku petunjuk...

dan.. ketika lillah sampai ke destinasi.. ternyata makanan itu terlalu sedikit untuk menampung bilangan mereka. bahasa mata mereka menagih meminta lagi.. di tangan lillah ada sedikit makanan untuk lillah sendiri berbuka puasa..

dan tiba-tiba ada tangan kecil mengambil makanan bahagian lillah tu..
'kak.. nanti saya nak jadi macam akak.. nak bawa makanan untuk orang lain..'kata si kecil tu sambil menyuapkan makanan tu ke mulut saya...

berderai air mata sebaik mendengar kata-kata si kecil tu..
bukan kerana terharu yang lillah akan punya teman..
tetapi lillah sedih kerana si kecil ini mungkin akan merasai kesakitan batin yang lillah pernah rasai ini...

p/s : aku belajar bekorban supaya mereka yang aku sayang tak tekorban.. dan aku tak mampu menyelamatkan mereka semua sendirian.. dan apa yang mampu aku buat ialah menangis melihat mereka yang aku sayang mati tekorban seorang demi seorang...

Rabu, 15 Julai 2009

benci & sayang kerana Allah?



seandainya terdapat rasa benci atau sayang di dalam hatimu kepada seseorang...
maka periksalah ia dengan teliti..
tanyalah pada dirimu : adakah rasa benci atau sayang itu hadir berlandaskan Al-Quran dan Hadis?
seandainya rasa benci itu hadir berlandaskan Al-Quran dan hadis.. Alhamdulillah.. tahniah! kerana tu maknanya kita sudah membuat sesuatu menurut perintah Allah dan Rasulullah saw..

tetapi.. seandainya rasa benci yang hadir tu bukanlah berlandaskan Al-Quran dan hadis.. sebaliknya mungkin kerana kelemahan, keegoan dan kedegilan kita sendiri.. ketahuilah bahawa kita sedang mengikut hawa nafsu kita...

sayang seribu kali sayang.. seorang sahabat menegur kita lantaran kelemahan diri kita.. kita naik marah dan membenci si dia.. sedangkan kita tahu apa yang dilakukan sahabat kita tu betul..
sayang sungguh... sayang kerana kita membenci orang yang menyayangi kita...

maka...
kembalilah kepada Allah.. jadikanlah taubat sebagai sebahagian dari diri kita.. amalan harian kita.. Rasulullah saw sendiri yang maksum pun beristigfar 100 kali sehari... apatah lagi kita ni yang banyak berdosa ni.... patutnya kene lagi banyak beristigfar..

mohonlah pada Allah supaya hati kita dilembutkan.. dan dibukakan hati kita ni untuk mengasihi orang-orang yang beriman...

bersikaplah dengan sikap yang kita nak orang yang kita sayang buat pada kita.. supaya kita disayangi..


tetapi pastikan perbuatan tu berlandaskan Al-Quran dan Hadis..
jika Al-Quran dan Hadis membenarkan sesuatu tu, kita kene membenarkan ia walaupun rasa sangat-sangat benci perkara tu...
dan jika Al-Quran dan Hadis membenci sesuatu, kita kene membenci perkara tu walaupun kita sangat-sangat suka perkara tu...

kesimpulannya... sayangilah dan bencilah sesuai dengan kehendak Allah dan Rasulullah saw...

seandainya kita mengasihi seseorang sedangkan Al-Quran dan hadis membencinya, maka kita telah mengikuti hawa nafsu kita...

dalam surah Shaad :38, Allah berfirman :
"Hai Daud,
sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi,
maka berilah keputusan di antara manusia
dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu,
kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah
akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan."

Jumaat, 24 April 2009

bila 'si dia' kesayangan menjadi milik org lain.. :'-(



  • menyayangi x semestinya memiliki..
kita sringkali menyangka dgn memiliki org yg kita sayang, kita & dia akan sama2 bahagia..
hakikatnya mungkin kita bukanlah orang terbaik yang dapat membahagiakan orang kesayangan kita..dia pun mungkin bukanlah org yg tepat yg betul2 dpt membahagiakan kita..

so Allah jauh-jauhkan kita dari dia.. mungkin si pengganti tmpt dia & tmpat kita tu yang dapat membahagiakan dia & kita.. sebab kita tak tahu apa yg akan blaku esok, lusa & akan dtg...

  • biarkan ia pergi...
apabila kita membenci, kitalah yg sebenarnya lebih tersiksa..
apabila kita menyayangi, kitalah yg sebenarnya lebih bahagia..

ramai org lain yg turut merasai 'kehilangan' seperti yg kita pernah rasa.. dan ramai org yg boleh terus meneruskan hidup seprti biasa.. ramai juga yg hidupnya menjadi bertambah bahagia, bertambah ceria & lebih bermakna selps mengalami 'kehilangan' tersebut..


  • bagaimanakah hendak menjadi spt mereka?


1. maafkan mereka yg menyakiti anda..


ye, memang pahit..
nak mengenali seseorang mengambil masa mungkin beberapa tahun..
tetapi nak melupakan seseorang mengambil masa seumur hidup..

bila kita teringat je pada mereka cpt2 ckap pada diri sendiri
"Ya Allah, aku dah maafkan dia.. it's ok..." .

ulang2 kata-kata ni supaya kita redha..
maybe mula2 tu kita akan selalu menangis, tak lena tidur, tak lalu makan minum etc.. takpe... take your time... setiap luka perlukan masa utk sembuh...


2. beralihlah..

start a new life..

bahagiakan org2 yg sayangkan anda..
kita akan rasa useless (x berguna) bila kita rasa x da siapa sayangkan kita.. atau bila kita rasa org yg kita sayang mensia2kan kita.. atau bila kita rasa org lain bahagia, sedangkan kita sengsara..

jika itulah yg anda rasa..
berubahlah..

kalau sblm ni kita ada si dia sbg pendengar setia, beralihlah kpd menjadi pendengar setia kpd org2 sekeliling kita..
kalau sblm ini kita ada si dia sbg pengubat duka lara kita, beralihlah kpd menjadi pengubat kpd org2 sekeliling kita..
kalau dulu kita ada dia sebg pelengkap diri kita, beralihlah menjadi pelengkap kpd org2 sekeliling kita..

pada masa itu, kita akan rasa lebih beharga & bersyukur..
kerana pada masa itu terlalu ramai yg akan takut kehilangan kita & mahu menjaga kita dgn baik.. insya'Allah... :'-)


3. bersangka baik dgn Allah..

kita kehilangan org yg kita sayang tak bermakna takde org lain yg akan sayngkn kita..
moga2 kita akan dapt yg jauh berganda2 sayangkn kita & lbh menghargai kita..
amin..

walaupun hati kita pernah ada insan lain sblm ini, tu tak bermakna hati kita lepas ni tak boleh terima org yg baru..

masa hati tgh sakit memg la macam susah nk terima pengganti tu.. tapi bila Allah dah temukan dgn yg memang benar2 dapat menyentuh hati kita, masa tu mulut kata 'NO!!' tapi hati kata 'YES 3x !!'


45858itkef51mr1.gif

646378xb7pmu4huz.gif

setiap org Allah dh tetapkan rezki, jodoh & maut..

Anda seorg yg baik... teruskan menjadi org yg baik.. insya'Allah akn d temukan dgn pemilik hati yg baik...amin..

wallahua'lam..

Katakanlah:
"Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungghuhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Az-Zumar 39:53)




Ahad, 19 April 2009

Erti Cinta~ Jodoh Pertemuan ~


artikel copy-edit from helmi suhaimi... mengupas tentang jodoh pertemuan... :)
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Surah An-Nur:26



Dari firman ALLAH di atas jelas ALLAH telah menjanjikan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat (sama juga untuk pihak perempuan). Apakah definisi sebenar baik dan jahat dari segi Islam? Sebenarnya konsep baik jahat terletak kepada akhlak dan iman seseorang.


Seringkali terdengar perkataan merendah diri. 'saya tidak sesuai untuk awak kerana awak terlalu baik'. Ayat sebegini bagus kerana merendah diri, tetapi adakah lebih elok dikatakan 'InsyaAllah saya akan berusaha jadi lebih baik kerana ALLAH dan saya bersyukur mengenali awak'. Mengapa ia lebih elok? Jawapan: Menunjukkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan seseorang yang beriman dan soleh atau solehah. Tidak perlu lah terlalu merendah diri sehingga seolah-olah tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah adalah perkataan yang sebaik-baiknya kerana memberi segala kesyukuran kepada ALLAH.

Jodoh pertemuan sebenarnya telah ditetapkan oleh ALLAH. Cuma adakah kita benar-benar mengharap kepada ALLAH. Beginilah, harapan kepada ALLAH itu suatu kemestian, tetapi hendaklah disertai dengan usaha. Bagaimana ingin berusaha? Jawapan: Carilah yang beriman. Kita semestinya tidak mengetahui siapakah yang menjadi milik kita (suami isteri) dan ia tetap menjadi rahsia ALLAH sehinggalah tiba saatnya.


Ungkapan yang suka saya lafazkan di sini adalah




" Seseorang yang BERIMAN pasti ia BAIK dan seseorang yang BAIK tidak semestinya BERIMAN. Pilihlah yang BERIMAN.Pasti berbahagia"


~Helmi Suhaimi~



Apa yang saya ingin lafazkan di sini ialah tentang konsep keimanan. Jika diperhatikan pada ayat surah AnNur ayat 26 di atas baik di situ bolehlah di kategorikan sebagai beriman. Ini kerana jika kita perhatikan baik adalah suatu perkataan yang meluas. Orang kafir ada yang baik. Sebagai contoh Bill Gates, mempunyai yayasan tersendiri untuk membantu orang-orang yang susah dan miskin. Mahatma Ghandi, dikatakan mempunyai akhlak yang baik dan sangat besederhana. Nah, banyak lagi contoh yang boleh kita katakan di sini. Tetapi keislaman dan keimananlah yang perlu dititikberatkan.

Konsep keimanan sendiri merupakan satu cabang kecintaan kepada ALLAH seperti yang kita pelajari di dalam Rukun Iman:


  1. Keimanan kepada ALLAH

  2. Keimanan kepada Malaikat

  3. Keimanan kepada Kitab-kitab

  4. Keimanan kepada Rasul-Rasul

  5. Keimanan kepada Hari Qiamat

  6. Keimanan kepada Qada' dan Qadar



Perhatikanlah tentang Rukun Iman di atas. Itulah keimanan sebenar. Persoalan: Benarkah kita telah benar-benar beriman dan menyerlahlah keimanan kita? Jawapan: InsyaAllah, perlihatkanlah keimanan kamu di mana-mana sahaja kamu berada walaupun di campakkan ke dalam api yang marak.

Kadangkala tanpa disangka-sangka kita bertemu dengan insan yang memberi inspirasi kepada kita untuk terus menerus memberi kebaikan kebaikan di muka bumi ini. (InsyaAllah berterusan Istiqamah dalam perjuangan biarlah kerana ALLAH kerana jadikanlah Insan inspirasi sekadarnya). Fitrah manusia menyukai seseorang yang menampilkan kata-kata yang baik, mengingatkan kepada ALLAH, mengajak kepada kebaikan dll kebaikan.

Kebaikan sememangnya wajib dilakukan oleh setiap insan. Tidak perlu berkata "alah, malaslah nak buat benda tue (cth sedekah), nanti orang kata menunjuk-nunjuk pulak" Lihat kepada kata-kata ini seolah-olah berbuat baik iaitu perkara disukai ALLAH boleh jadi menunjuk-nunjuk. Sebenarnya, teruskanlah berbuat perkara yang disukai ALLAH tanpa berpikir perkara lain. Untuk urusan lain biarlah ALLAH tetapkan. Sentiasalah berdoa kepada ALLAH untuk tetapkan hati. CINTAlah kepada perkara kebaikan walaupun kamu tidak tahu perkara itu baik untuk kamu atau tidak. Yang pasti kita telah mengerjakan perkara yang disukai ALLAH. InsyaALLAH pahala dan ganjaran tetap ada. InsyaALLAH..


Di sini saya akan tekankan bahawasanya yakinlah kepada ALLAH yang mana jika kita membuat kebaikan kerana keCINTAan pada keimanan sebenar pasti ALLAH akan mempertemukan kita dengan isan yang serupa dengan kita. Teruskanlah mempamerkan keimanan kamu. Berkatalah, Aku bangga menjadi umat ISLAM!.

Kadangkala timbul persoalan "aku banyak buat dosa adakah ALLAH akan beri ampun pada aku". Jika kita benar-benar ikhlas dalam taubat yang dilakukan pasti ALLAH tunjukkan sinar keimanan dalam hati kita. ALLAH Maha Pengampun, mintalah keampunan kepada ALLAH nescaya ALLAH akan ampun kan. Berusahalah untuk tidak mengulangi dosa-dosa itu. InsyaAllah berkekalan ke sinar cahaya. Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa kerana kita adalah lemah, seperti surah An-Nisa':28
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.


ALLAH akan memberikan rahmat di buka bumi dan syurga pada sesiapa sahaja yang di kehendaki. Selalulah berdoa "Ya ALLAH kurniakanlah daku hidayah di dalam hati ku dan berilah rahmatmu. Jadikan aku insan yang bersyukur".

Ada yang bertanya kepada saya "Aku telah telanjur, bagaimanakah aku nak cari lelaki yang baik. Ada ke lelaki boleh terima aku? Aku kotor dan jijik" Jawapan bagi saya adalah ya! pasti ada lelaki yang beriman (bukan saja baik) yang akan menerima anda jika anda betaubat dan tidak mengulangi perkara yang lalu. Lelaki yang beriman tidak akan mempertikaikan perkara yang lepas dilakukan oleh seseorang perempuan apabila dia telah benar-benar bertaubat. Hari ini dan hari mendatanglah yang patut di perhatikan. InsyaALLAH berbahagia selalu. Yakinlah kepada ALLAH nescaya dia akan temukan seseorang insan yang soleh dan menerimamu seadanya. 'Kotor dan jijik'. Satu sahaja yang boleh saya katakan bersucilah dengan taubat. InsyaAllah akan jadi suci dan bersih seperti kain putih yang suci tanpa kekotoran. Tidak dinafikan seseorang lelaki mahukan isteri yang tidak pernah disentuh oleh lelaki. Tetapi ingatlah wahai lelaki taubat dan keredhaan ALLAH lagi terutama. InsyaAllah ke syurga bersama.

Ramai pula yang inginkan lelaki dan perempuan yang baik (fitrah manusia). Tetapi mestila kita sendiri memperbaiki diri kita terlebih dahulu. Sucikan dan tambah ilmu dalam diri untuk medapat kurniaan rahmat dari ALLAH. Janji ALLAH pasti benar. Coraklah diri kita dengan kebaikan sebelum berniat dan berhajat untuk mendapat jodoh yang baik.

InsyaAllah semoga kita semua mendapat pasangan yang soleh solehah dan beriman. Sentiasa challengingly kita kepada ALLAH. Saling lengap melengkapi. Bersama cinta mencintai (suami isteri) kerana ALLAH. Pertemuan di mulakan dengan pernikahan. Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan ALLAH dan ALLAH telah jadikan kita semua berpasang-pasangan.




"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"


- Saidina Umar Ibnul Khattab -




Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....