Khamis, 29 April 2010

andai kau tahu... bisakah kau mengerti?

Ziarah Kebajikan PROGRAM PENGUPAYAAN ANAK YATIM SELATAN THAI di Pondok Comae Koko, Darunsat Wittaya School Taluban, Patani.






23 April 2010

Program yang bermula pada 16 April itu sudah hampir melabuhkan tirai ketika krew kami berangkat ke Taluban Patani. Kira-kira pukul 4 petang kami bertolak dari USM dengan van yang dijadualkan khas untuk perjalanan ke Hatyai, wilayah Songkhla, Thailand dengan perasaan bercampur baur. Gementar, bimbang dan takut. Tambahan pula, untuk ziarah kali ini, tiada wakil dari mereka yang lebih dewasa lantaran perjuangan masing-masing menuntut kehadiran mereka.

Kami tiba di Hatyai ketika matahari sudah tiada lagi di kanvas langit. Dan kami hanya akan tiba di daerah yang terletak dalam wilayah Pattani itu lewat malam.Itulah kali pertama krew kami membuat perjalanan pada sebelah malam ke wilayah bergolak berkenaan. Waktu yang dikhabarkan tembakan secara rambang acap berlaku. Dari Hatyai, kami menaiki sebuah kereta sewa yang telah ditempah khas oleh saudari Huda untuk membawa kami ke tempat program. Panggilan demi panggilan yang krew kami terima daripada Ustaz Kamaruddin Kassim sedikit sebanyak melegakan gundah di jiwa.

Alhamdulillah, kami tiba di Pondok Comae Koko, Darunsat Wittaya School Taluban, Pattani lebih kurang pukul 10.30 malam dan disambut hangat oleh sahabat-sahabat di sana.

Program selam sepuluh hari itu, disertai oleh 96 orang anak-anak dari pelbagai latar belakang yang menyayatkan hati. Sekitar 50 orang yang terdiri daripada pelajar universit, lepasan university, aktivis Deep South Woman Network For Peace (Deep Peace) dan Promoting Human Right And Access To Justice Network (HAP) menawarkan diri untuk menjadi fasilitator dan urusetia program berkenaan.

Jaringan kerjasama antara badan-badan pertubuhan bukan kerajaan yang terdapat di sana, boleh kami ibaratkan seperti jaringan pohon buluh atau lebih mesra dengan nama bamboo network. Pokok buluh tumbuh daripada bawah dengan cabang yang banyak. Cabang pokok buluh ini seolah-olah membesar secara nafsi-nafsi. Namun hakikatnya, mereka terhimpun dalam satu umbut dan berkongsi akar yang sama. Begitulah jaringan kerjasama yang wujud antara mereka di sana.

Biarpun program ini adalah anjuran Deep Peace, sahabat-sahabat dari Hatyai, Bangkok dan serata Thailand turun membantu. Lantaran hati-hati mereka diikat oleh satu aksara. Aqidah (عقيدة).

24 April 2010

Saat waktu Dhuha menjelang, adik-adik disajikan dengan video Upin dan Ipin dalam usaha membantu memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan para peserta. Program diteruskan dengan slot muhasabah.


“Kita hanya tiada ayah. Kita masih punya ibu. Paling penting kita masih dikurniakan peluang untuk hidup. Jadi, kita tidak boleh menjadikan alasan tiada ayah untuk terus lemah dan berada di takuk lama. Siapa lagi yang hendak bangkit membela kematian ayah-ayah kita, abang-abang kita jika bukan kita!”
Berdiri bulu roma kami saat mendengar bicara saudari Siti Hawa, salah seorang urusetia program yang tampil ke hadapan berbicara buat menaikkan semangat adik-adik.

Krew kami turut dijemput untuk berbual bicara dengan para peserta bagi membiasakan mereka dengan Bahasa Melayu suratan. Saudari Azwaahidah turut memnghiburkan adik-adik dengan sebuah nasyid berjudul ‘Teman Sejati’.

Program yang dirangka tamat pada 26 April 2010 ini menekankan tiga aspek utama yakni agama, bahasa dan bangsa serta sejarah tanah air disamping memulihkan semangat anak-anak yatim berkenaan. Objektif yang tiga ini diadun dan diserap masuk ke dalam pelbagai aktiviti yang sesuai dengan jiwa anak-anak. Antara lainnya, mereka diajar maddah fiqh (مادة فقه) yakni cara berwudhuk, mendirikan solat, maddah akhlak (مادة اخلاق), maddah hadith, maddah sains dan matematik, membuat rekacipta, melukis, menonton video Upin dan Ipin, ceramah tentang sejarah Fathoni, sukaneka dan malam kesenian dan kebudayaan.

Pada sebelah petang, urusetia cuba menyuntik kesedaran agama, bahasa dan bangsa serta kecintaan kepada tanah air melalui aktiviti yang digelar gedung alif, ba, ta. Alif untuk Agama, ba untuk bahasa dan bangsa serta ta untuk tanahair. Dalam slot ini, adik-adik peserta didedahkan tentang nasib agama, bangsa, bahasa dan tanah tumpah darah mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga disedarkan bahawa merekalah bakal menggalas tanggungjawab merungkai belenggu yang merantai mereka dari menjalankan perintah agama dengan sempurna sekaligus menyelamatkan bangsa mereka yang tinggal nyawa-nyawa ikan.

Pada sebelah malam, krew kami menyambung tugas menemuramah saudara Chu Ya untuk mendapatkan profil lengkap pertubuhan bukan kerajaan pimpinannya yakni HAP.

25 April 2010

Krew kami merancang untuk berangkat pulang pada hari ini. Namun, sahabat-sahabat dari Selatan Thai memohon untuk kami memanjangkan tempoh ziarah kebajikan kami.

“Kalau balik juga, saya tahan semua kereta yang hendak keluar dari Thailand ini,” gurau Saudara Che Lah. Bersungguh-sungguh mereka meminta kami menunggu sehingga hari akhir program.

Dek kerana tidak mahu menghampakan mereka, kami mengubah rancangan perjalanan.

Pada sebelah pagi, aktiviti sukaneka diteruskan untuk memberi adik-adik peluang bermain dan menghiburkan hati. Sayu melihat anak-anak yatim itu berkejar-kejaran di tengah padang berlantaikan pasir halus. Mungkin, itu saatnya tawa pertama yang meleret di wajah mereka setelah bertahun hidup dalam ketakutan dan dibelenggu kenangan pahit yang singgah dalam diari hidup mereka.

Perasaan kami diruntun pilu saat temubual ringkas dibuat bersama-sama dengan adik-adik dan urusetia yang terpilih.

“ Ayah suruh saya dan adik pergi ke rumah jiran ketika askar-askar itu datang ke rumah saya. Lalu saya dan adik berlari-lari keluar dari rumah. Kami dengar bunyi tembakan dan jeritan ayah. Apabila askar-askar pergi, saya kembali ke rumah. Saya lihat ayah sudah tidak bernyawa lagi. Lehernyanya dicekik dan darah mengalir membasahi tubuh dari kesan-kesan kelaran,”
cerita Jawari Rusdi, 11 tahun. Gadis kecil itu cukup tenang saat memutarkan kembali pita ingatan terhadap peristiwa pilu itu.

Apa yang diceritakan oleh Adik Wan Irfan bin Ahmad tidak kurang menyiat jiwa. Ayahnya sedang mengasuh adiknya sementara dia sedang mengaji di tingkat atas rumah ketika askar, polis dan para military yang berbaju hijau datang ke rumahnya. Antara mereka ada yang menaiki motor dan ada yang menaiki kereta. Pada petang itu, mereka sekadar datang menyoal siasat. Namun, selepas maghrib mereka datang sekali lagi. Ayahnya ditembak di bahagian pipi dan meninggal. Adik Irfan akan menangis saat berseorangan mengenang nasib yang menimpa keluarganya.

Pada sebelah malam, adik-adik tampil membuat pelbagai persembahan yang menghiburkan. Antaranya nasyid, pantun, syarahan dan lakonan. Krew kami tidak terkecuali diminta untuk membuat persembahan. Sekali lagi, saudari Azwaahidah tanpil dengan sebuah nasyid berjudul “Rahmat Ujian”.
Persembahan hanya tamat kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan.

Oh ibu mana ayah,
Atas pucuk syurga tuhan,
Oh abang mana hilang,
Dalam tempat telaga batu,
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Mana ayah mana abang,
Tanya ibu kata tak tahu.


Lagu yang digubah oleh saudara Ismail ini benar-benar membuatkan jiwa adik-adik tersentuh tatkala didendangkan. Tiada yang tidak mengalirkan air saat bait-bait lagu ini singgah di cuping telinga. Hatta urusetia, fasilitator bahkan kami krew kami sendiri. Adik-adik peserta yang datang hampir keseluruhannya menjadi yatim setelah ayah-ayah mereka dibedil sementara abang-abang mereka dibawa pergi tanpa khabar berita dapat dititipkan lagi.

26 April 2010

Kami bersiap-siap dan bertolak pulang ke Pulau Pinang. Terlalu banyak pelajaran yang dapat kami kutip dalam ziarah kali ini. Bahkan, setiap kali ziarah kebajikan yang krew kami lakukan ke sana, pasti ada sahaja ‘ibrah yang dapat dibawa pulang sebagai buah tangan berharga. Pergolakan dan tekanan demi tekanan yang diterima bagi mereka yang darahnya tumpah di atas bumi Pattani membuatkan anak-anak kecil seawal 4 tahun perlu cakna akan tanggungjawab membebaskan agama dan bangsanya daripada terus ditindas. Saat kanak-kanak seusia mereka di negara kita seronok bermain playstation dan menonton movie Adnan Sempit, anak-anak di Selatan Thai ini terpaksa dipulihkan jiwanya dek trauma kehilangan ayah dan abang dalam keadaan yang menghiris jiwa.

Manisnya buah uhkwah yang dihulurkan oleh sahabat-sahabat di sana menjentik nurani. Dalam serba kekurangan, mereka cuba menghulurkan yang terbaik agar krew kami selesa. Biar mereka sendiri mengikat batu di perut. Mereka bersusah payah menghantarkan kami ke stesen bas untuk ke Hatyai. Sebaik sahaja tiba di Hatyai seorang lagi sahabat mereka, Abdullah menyambut kami. Beliau menunggu lebih kurang tiga jam bersama-sama kami dan hanya pulang setelah kami selamat menaiki van pulang ke Malaysia.

Hati kami benar-benar terusik. Tiada apa dapat kami hulurkan sebagai balasan melainkan latunan doa rabithah. Moga hati-hati kita disatukan di atas jalan dakwah ini.

Ya Allah,

Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,

telah berjumpa dalam taat padaMu,

telah bersatu dalam dakwah padaMu,

telah berpadu dalam membela syari’atMu.

Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.

Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan

keindahan bertawakkal kepadaMu.

Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.

Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.

Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin.

Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

Oleh:

Siti Munirah Abdul Rashid, Waahidah Badarudin, Saiful Afindi Sulaiman
(krew AMAN PATTANI)

lawati http://amanpattani.blogspot.com


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 28 April 2010

harga sebutir permata...


“Ya Allah,
aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat,
dari hati yang tidak khusyu’,
dari nafsu yang tidak pernah kenyang,
dan dari doa yang tidak dikabulkan.”

(HR Muslim 4899)


bagi mereka yang sedia ada di jalan dakwah, tentu mereka tahu betapa mahalnya kos untuk berada di jalan ini. semuanya mahal-mahal! jarang ada promosi jualan murah.
macam mana tidak mahal, permintaan tinggi sedangkan stok adalah terhad!

tanggungjawab yang hendak dipikul terlalu banyak.. sedangkan bilangan mereka yang mahu bertanggungjawab sangat sedikit.

so.. bila dah bayar mahal-mahal.. kenalah dimanfaatkan sehabis baik supaya tidak membazir. sebab itulah kalau kita terjumpa orang-orang yang ada di jalan dakwah ni, sila manfaatkan mereka sebaik-baiknya.

Ya Qayyum...
mahal sungguh jiwa-jiwa yang menginfakkan diri dan harta mereka di jalanMu..

Barang yang mahal, perlu dijaga dengan baik. Supaya tidak rosak. Supaya kekal berfungsi dengan baik walaupun dimamah usia. Supaya kekal cantik dan mengembirakan tuannya.
(kos menjaganya juga mahal..)

keinginan untuk memiliki sesuatu yang mahal menjanjikan sebuah pengorbanan yang tidak sikit.

masa saya form 4 dulu, saya pernah merengek nak pindah sekolah.. abah jawab "kalau kakak ni permata, campak dalam lumpur pun bercahaya.. kalau tahi ayam, atas meja pun tetap busuk.."

ugh!! tercabar... merajuk.. tapi bila fikir-fikir kata abah ni... ada benarnya..

****

hanya jauhari yang mengenal manikam..

*****

kamu tak akan faham apa maksud saya andai kamu tidak melalui jalan yang saya lalui...



*****

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Selasa, 27 April 2010

Open Your Eyes

semalaman tidak tidur kerana cuba membuat pamplet.. siang sibuk dengan urusan lain, so malam ajela masa untuk buat extra task ni.. sebenarnya tak reti nak buat pamplet-pamplet ni.. explore sana sini.. tak sedar dah 5pagi.. rehat sekejap untuk solat sunat.. dan tiba-tiba ada orang menegur di YM..

sembang-sembang dengan seorang muslimah... muslimah(kakak) tu menceritakan kisah hidupnya yang penuh cabaran.. semoga Allah memberi kita semua kekuatan untuk menempuh segala ujian yang Allah beri dengan penuh jayanya.. semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu.. semoga Allah mendekatkan diri kita kepadaNya .. amin ya Mujib.


kakak : adik doakanlah ek

lillah: kita saling doa mendoakan ya kak

kakak : insyallah

lillah: apa yang penting kita menghargai zaman sigle ni.. untuk menjadi wanita yang solehah..

kakak : insyallah...kalau kita ni tak sempurna pada masa lalu camana?
Allah ampunkan ke ek?

lillah: yang dah lepas tu biarkan berlalu.. yang penting yang akan datang..
penghujung hidup kita.selagi nyawa tak sampai di krongkong, selagi tu
ada pluang bertaubat.. kalau nyawa kita diambil sebelum sempat bergelar
isteri.. mudah-mudahan kita dapat masuk syurga Allah sebagai anak2 solehah dan
wanita2 solehah.

kakak : owh....insyallah

lillah: dan bertemu jodoh d syurga Allah...


kita selalu berat untuk menerima takdir Allah kerana jauh di sudut hati kita meragui bahawa Allah akan memberi yang terbaik untuk kita. Sedangkan apabila kita meyakini bersungguh-sungguh bahawa Allah yang Maha Mengetahui tu tahu apa yang TERBAIK untuk kita, dan Dia akan memberi yang TERBAIK untuk kita, hati kita akan menjadi lapang dan tenang...

Allah Maha Bijaksana.. Allah mengatur alam ini dengan cukup sempurna.. apalah kita ini cuma makhluknya yang kecil... yakinlah pada Allah... yakinlah bahawa Dia lebih mengenali kita melebihi diri kita sendiri. dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita melebihi diri kita sendiri.
Maka, setelah kita berusaha dan berdoa, bertawakal lah kepada Allah... yakin pada Allah!


memandangkan kakak tu tak dapat buka youtube, lillah paste lagu ni di blog..

dearie sister... the lyric is very meaningful.. hayatilah... :)





Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Isnin, 26 April 2010

beramal demi Wajah-Nya


Siapa yang beramal demi pahala, niscaya akan letih dengan harapan. Siapa yang beramal karena takut siksa, niscaya akan letih dengan prasangka baik. Siapa yang beramal demi Wajah-Nya, niscaya tiada letih baginya.”
(Imam An-Nifari)

Subhanallah…
sungguh mendamaikan jiwa tatkala membaca quote ahli sufi ini..
saya paste quote ini di facebook dan mendapat respon dari seorang sepupu saya,fikri :
akak, dlm hadith ni ada confiused la..
arr.. "siapa yg beramal demi wajahnya, niscaya tiada letih baginya" fikri ada 3 kefahaman tentang di atas
1. sbb x ikhlas, buat sbb org sbb tu x leth dgn apa2 pengharapan
2. beramal krna nak pahala, itulah iman dan ikhlas
3. "niscaya tiada letih baginya" krana ykin penuh dgn ALLAH, so xksh apa terjadi sbb yakin dgn ketentuanNya


sebagai menjawab kekeliruan ini..

dik, ini bukan hadis.. ini kata-kata seorang ahli sufi dari Iraq, Imam An-Nifari..

Siapa yang beramal demi Wajah-Nya, niscaya tiada letih baginya.

seseorang yang beramal semata-mata kerana cintanya kepada Allah adalah orang yang paling merdeka. orang ini menjadikan seluruh hidupnya untuk mencintai Allah dan seluruh amal dalam kehidupannya adalah demi menuju kekasihnya.. demi melihat wajahNya..

dia melakukan kebaikan tanpa menghitung-hitung dan jemu-jemu tanpa mengharapkan balasan kecuali balasan cinta daripada Penciptanya.. Sama ada manusia memuji atau mencelanya, dia rasa sama sahaja kerana dia sudah tidak peduli lagi dengan itu semua. Dia hanya peduli apakah Allah akan menerima dirinya yang sangat-sangat mengharapkan pertemuan dengan Allah…
Subhanallah...

Siapakah orang-orang itu ? Allah menjawab dalam firmannya :

Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa,
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati
(pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).
(Al-Lail : 17-21)

Subhanallah…

Orang yang ikhlas hidupnya untuk mencintai Allah ini tetap akan mendapat pahala dari Allah.. dan mendapat segala balasan kebaikan yang dijanjikan Allah iaitu kebahagiaan selepas mati..
Lebih bertuah kerana dia merasai nikmat kebahagiaan dan ketenangan semenjak dari dunia lagi.. Masakan dia tidak berbahagia ketika di dunia, sedangkan dia sedang diulit mabuk cinta kepada Rabbnya semenjak di dunia lagi…
Di syurga itu sudah pasti lebih membahagiakan, itulah detik melepaskan segala rindu yang sekian lama dipendam.. untuk bertemu kekasih hati, InshaAllah…

“Mereka di dalamnya (syurga) memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami (ada) tambahannya (melihat wajah Allah Ta’ala)”\
(Qaaf : 35).


Siapa yang beramal demi pahala, niscaya akan letih dengan harapan. Siapa yang beramal karena takut siksa, niscaya akan letih dengan prasangka baik.

Mengapa perlu kita berkira-kira menghitung-hitung amal kebaikan kita yang sedikit ini demi mengejar pahala?

Pasti sekali kita tidak akan mampu menghitung nikmat kurniaan Allah kepada kita.. Mata yang memandang ini milik Allah.. Tangan yang menaip ini milik Allah.. Kulit yang melindungi badan ini milik Allah.. Tubuh yang sihat ini milik Allah.. Jantung yang berdegup ini milik Allah.. Udara yang disedut ini milik Allah.. Langit yang tinggi ini milik Allah.. Emak, abah, adik beradik dan sahabat handai milik Allah..

MashaAllah.. saya tidak mampu menghitung semua yang telah Allah berikan kepada saya.. nikmat ketenangan itu infiniti.. nikmat kasih sayang itu infiniti.. nikmat redha.. nikmat yang dirasai tanpa ada bahasa dapat menterjemahkan itu sungguh tidak terhitung...
sungguh malu untuk saya menghitung apa yang saya telah lakukan….

Apabila kita menghitung-hitung dalam beramal kebaikan.. “oh, saya qiam, saya bersedekah, saya membuat usaha dakwah, saya …bla bla”
bukankah itu boleh menimbulkan rasa ‘saya orang yang baik..’ dan syaitan mula berbisik ‘saya lebih baik dari si dia..’ dan paling teruk apabila ‘saya sudah jadi baik!’

Astagfirullah.. itu sudah menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit hati yang boleh menghapuskan pahala dan merosakkan hati kita.. nauzzubillah..

Apa yang mungkin Imam An-Nifari mungkin maksudkan ialah orang yang beramal kerana mengharapkan pahala akan merasa letih kerana dia sendiri tidak tahu apakah dia sudah dapat pahala itu. Pahala itu boleh bertambah dan boleh berkurang bergantung kepada amalan seseorang. Adakalanya tanpa kita menyedari perbuatan-perbuatan buruk kita yang terlepas pandang akan merosakkan pahala kita. nauzzubillah.

Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan,
lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan”
(Al-Furqan:23)


hanya satu sahaja cara untuk menjaga hati dari digoda syaitan.. iaitu ikhlaskanlah dirimu…

Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.

(QS: Shaad 38:82-83)


Sekadar lontaran fikiran..
sekiranya kamu mentaati perintahNya kerana mengharapkan pahala.. adakah kamu akan menderhakaiNya jika Dia tidak memberikan kamu pahala?

Daripada mengejar pahala, lebih bijaksana kalau kita mengejar cinta Si yang memberi pahala itu... kerana orang yang mengejar pahala belum pasti beroleh cinta sedangkan orang yang mengejar cinta Nya pasti beroleh kedua-duanya.. Bijaklah dalam beramal!

wallahualam..


"Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu
dengan segenap cintaku
dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."


Jumaat, 23 April 2010

rindu itu adalah anugerah Allah...

menjadi seorang pendakwah..
ibarat menjadi seorang ibu yang mendidik anak-anaknya dengan kasih sayang..
memberi anak-anak bimbingan dan tunjuk ajar..
memberi semangat..
dan memberi kekuatan…
jangan berhenti dalam memberi kerana mereka adalah tanggungjawab kita..
menjadi seorang ibu, bertanggungjawab untuk memberi kasih sayang yang tidak putus, tidak mengenal waktu dan jarak, tidak mengenal putus asa, tidak mengenal jemu..
dan sentiasa berdoa di malam hari…
lakukanlah semua itu..
moga kalian terus dalam kebaikan.. :)

Demam…. batuk-batuk.. tapi tak rasa macam demam..
3.45 petang… sampai je ke USM, terserempak dengan adik-adik ex-Mt.. semua mengucap kata rindu pada saya.. dan mahu bersembang lama tapi saya dalam keadaan tergesa-gesa.. maafkan kak lillah.. kak lillah kena pergi cepat, ada banyak appointment..

1) appointment dengan ex roomet 2nd year & 3rd year (4.00petang-5petang)

ini kad raya dari dia.. sweet~ ;)

“Lillah.. makan ubat, kamu ni.. dari dulu sampai sekarang masih sama ja sibuknya…”komen sahabat saya. Dia sangat-sangat memahami saya. sangat-sangat kenal saya.. sangat-sangat banyak membantu saya.

“Tidur sini malam ni?”tanya dia. wajah dia berseri-seri.

“Err.. tak kot.. nak singgah kejap je ni, nak pergi bilik adik roomet lama.. dah janji nak jumpa dia.. takut lepas ni tak dapat jumpa dia dah..”jawab saya serba salah.


2) appointment meeting AMANI (5.30 petang-7.15 malam)

Bila nampak wajah adik-adik & sahabat-sahabat semasa meeting, hilang rasa sakit tu.. mereka penguat semangat saya.. mereka banyak bekorban untuk orang lain.. walaupun sibuk dengan urusan hidup masing-masing, di sini mereka berhempas pulas menjadi sukarelawan bekerja tanpa bayaran, semata-mata mengharap keredhaanNya.. apalah lagi yang boleh mencairkan hati saya melainkan melihat kesanggupan seorang hamba yang sanggup bekorban demi Islam? pandang-pandang abel, abel senyum.. pandang-pandang azila, azila senyum.. last-last main berbalas senyum semasa meeting. Saya tahu adik-adik itu rindukan saya.. kak lillah pun rindu kan korang tau.. serius!


3) appotment dengan NYDP1(8.15malam-10.15malam)

Masa yang suntuk sedangkan banyak urusan yang perlu diselesaikan. Ketika bertemu dengan adik yang menggantikan tempat saya dalam pimpinan PPMUSM, dia menegur “Akak… akak nampak letih sangat,”

Saya menjawab “Tak pa.. akak ok.. Apa lagi yang adik nak tanya pada akak, baik tanya sekarang..”.

semoga pertemuan kami malam semalam memberi makna yang besar dalam hidup kami.. dan juga dalam dakwah kami.. semoga Allah menguatkan langkah kami untuk terus istiqamah dalam memperbaiki diri dan mengukuhkan iman.. semoga Allah memelihara keikhlasan ini..


4) appointment dengan ex roomet 4th year (11 malam-12 malam)

“bila next paper?”soal saya. sekarang musim exam.

“esok kak,”jawab dia.

“esok?? oo.. ”saya terkejut. saya tak mahu dia terganggu dengan kehadiran saya. dia tentu nak pulun study saat-saat terakhir ni..

kami bersembang-sembang.. tapi agak tertahan, banyak yang tak dapat nak luah sebab ada orang lain di situ.. dia pun sama.. jam dah pukul 12 malam.. saya dah sangat exhausted..

“kenapa akak datang?” soal seorang kawannya. barangkali pelik melihat saya muncul tiba-tiba di malam hari.

“saja.. saja nak mengacau dia..”saya tersenyum. sebenarnya sudah banyak kali ex-roomet saya ni menghantar sms memanggil saya menjenguknya.. katanya rindu sangat..
kami sempat menjadi roomet sekejap je.. tak sampai 6 bulan. dan dalam tempoh tu, saya selalu sangat tak ada di bilik.. saya asyik sibuk dengan persatuan dan kerja part time.. kebanyakkan masa dia bersendirian di bilik.. tetapi jika saya ada di bilik, saya akan memanfaatkan masa untuk dia dengan sebaik-baiknya.. selalunya kami akan bersembang dan saya akan memberi berton-ton nasihat.

dia datang dari keluarga yang bercerai-berai.. tiada sesiapa yang mempedulikan dia.. dia bebas menentukan apa yang dia mahu dalam hidup.. ada kalanya dia tersasar.. apatah lagi darah muda sangat banyak cabarannya..

Di hati saya, dia istimewa… setiap insan yang Allah hantarkan kepada saya, saya akan terima dengan hati yang terbuka.. saya yakin bahawa Allah tidak mentakdirkan sesuatu itu secara sia-sia.. setiap pertemuan pasti ada hikmahnya.. dan saya yakin dia pasti ada sesuatu kelebihan dan keistimewaan yang saya boleh belajar dari dia ..
ya, antaranya yang saya telah temui ialah dia seorang yang cekal!

Saya tidak tahu apa keistimewaan saya terhadap dirinya.. Cuma yang saya tahu, dia tidak mahu kehilangan saya. berkali-kali dia katakan pada saya supaya jangan lost contact, sebab dia tak tahu dimana nak cari pengganti saya.. terharunya saya…

“Belajarlah.. esok exam kan.. akak nak balik..”saya sempat baring-baring di tilam dia. tak larat sangat sebenarnya masa tu…

“ala.. akak tidurla sini.. kak, saya study, akak baringla..”pujuk dia.

“takpe.. akak tak mau kacau kamu study.. study2.. final exam ni penting..”jawab saya.

“akak tidurlah sini.. saya boleh study. akak tidurla..akak…”pujuk dia.

Saya berkeras untuk tak nak juga tidur. sedangkan dalam hati memang tak sampai hati nak menolak.. apatah lagi menolak permintaan orang yang kita sayang..

“Buat yang terbaik untuk esok!”saya memeluk dia erat-erat sebelum melangkah pergi.

“Kak.. nanti kita jumpa di KL ya..”balasnya.

Saya meninggalkan bilik dia.. dan bila dah jauh sikit dari bilik dia, saya berjalan sambil menangis..
Ya Allah.. saya sayang dia.. saya sayang dia.. berikanlah dia hidayah.. berikanlah dia kebahagiaan dunia akhirat.. berikanlah dia kemanisan cintaMu.. ya Allah.. saya sayang Dia… sayang sangat-sangat… Lindungilah dia…. lindungilah dia… ya Allah…

akhirnya saya tidur di bilik ex roomet 2nd year & 3rd year.


pagi tu bangun awal..


teringatkan seorang lagi adik yang asyik menyebut rindu.. saya ada 30 minit sahaja masa berbaki sebelum teksi sampai. saya menguatkan hati untuk bertemu dengan adik tu.. Demam saya makin kuat. rupa-rupanya si adik pun sedang demam.. ikutkan hati mahu sahaja saya pergi ke bilik dia, menziarahi dia.. moga bila dia nampak wajah saya, dia gembira dan cepatlah sihat.. tapi saya tak larat sebab saya pun kepala berpusing-pusing..

“makan ubat ni.. ni ubat demam.”arah ex roomet saya.

“tapi tadi dah amik 2 biji panadol..”jawab saya.

“ubat ni kuat.. ” kesian saya tengok sahabat saya yang risaukan saya ni. demi tak nak buat dia risau, saya makan lah 2 biji lagi ubat demam.. nampaknya sekarang saya dah amik dos berlebihan.. errr…


bas bertolak ke KL.. hati rasa lapang dan damai… Alhamdulillah..

Sebaik sampai di stesen Duta, emak dah tunggu.

“mak.. macam mana kakak nak mengajar petang ni?… nak berdiri pun tak boleh..”saya mengadu pada emak. emak diam. emak pun tak tahu nak jawab macam mana. emak tahu saya pasti tak nak cancel class.

my students sedang drawing animal & plant cell di depan..

sebaik masuk ke kelas tuisyen.. sebaik terdengar suara anak-anak murid saya.. sebaik memandang wajah-wajah nakal mereka… hilang segala tak larat..! hilang segala sakit..! mengajar dengan penuh semangat.. ! best sungguh! bahagia sungguh! Alhamdulillah… :D

“mak tahu sangat kakak ni.. bila dia jumpa anak murid dia, bila dia jumpa kawan-kawan dia, mesti dia automatic jadi sihat.. ”kata emak semasa kami makan malam bersama…

hehe… seronoknya rasa..

esok sahabat-sahabat saya akan pergi ke selatan thai untuk hantar bantuan AMANI..
di facebook, ustaz Kamaruddin, penasihat AMANI menulis :
Waheeda,Munirah dan Saiful ke Patani dan Yala esok.
maaf saya tak dapat bersama ... didoakan selamat dlm perjalanan pergi dan balik ... anak muda yg komited ke sana walpun dlm situasi pergolakan .. semalam ada dua letupan di patani ...ramai yg cedera dan ada yg mati di balai polis patani .. mereka tetap tabah dan sabar utk hantar bantuan utk anak yatim di Siburi ...saya rasa bersalah tak dapat mengiringi mereka ke sana kali ini ..rasa gelisah membiarkan anak2 muda ini ke sana .. orang dewasa dan lama sibok dengan anak bini dan harta dunia. sepatutnya kita sama-sama susah, sama2 hadapi risiko, sama2 mati dlm perjalanan dakwah ...insyaAllah jika saya ada jugak ruang akan saya susuli anda semua ...


Allah ya Rabbi… hati ni rasa gelisah mengenangkan keadaan di sana sedang tak aman. Lekas-lekas saya call kak waheeda (kak wa).

“lillah demam ke?”soal kak wa sebaik mendengar suara saya.. ya Allah, saya rindukan suara kak wa!

“ha’ah.. akak.. akak nak pergi esok kan.. erm.. semoga kita semua mendapat penghujung hidup yang baik…”kata saya.

Saya mahu hilangkan rasa gelisah yang bersarang di jiwa. saya mahu gembira bila orang-orang yang saya sayang pergi berjuang kerana Allah. saya mahu bangga bila orang-orang yang saya sayang menempah syahid kerana Allah.. saya mahu yakin dengan sepenuh hati bahawa orang-orang yang syahid itu tempatnya di syurga Allah yang indah… saya mahu begitu!!

“eh lillah.. doakanlah supaya akak selamat pergi dan balik…” kak wahid tergelak.

“hehe.. ye..amin..amin.. moga akak selamat balik.. amin..”balas saya.

Inilah secebis rindu daripada yang berpeti-peti banyaknya perihal rindu yang tersimpan di hati.. selebihnya biarlah menjadi rahsia… rindu yang dititipkan atas landasan perjuangan kerana Allah.. segalanya kerana Allah.. rindu itu akan sangat mencengkam apabila ianya tidak dapat diluahkan.. hendak diluah, dibimbangi akan mengganggu insan yang dirindui.. jadi dibiar rindu itu tersimpan erat dalam hati.. hanya Allah yang mengetahui segala isi hati..

ya Allah, peliharalah rindu ini agar ianya sentiasa bersandarkan kerana Mu semata-mata..

Jangan biarkan diri kita hidup sendiri..
Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi..
Carilah insan yg dapat membimbing hati..
Agar hati terjaga hingga kita bertemu ilahi..
Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri..
Rosaklah ia binasalah diri.. Hanya Iman dan taqwa pencuci hati..
Agar diri sentiasa bercahaya ketika menemui ilahi..
Hati adalah seketul daging dalam diri..
Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi..
Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi..
Lembutkan lah ia dgn membaca al quranul karim..
Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi..


link ke blog Munira

link ke catatan kak wa



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Khamis, 22 April 2010

Dialog Aktivis Pemuda Pattani dan Aktivis Pemuda Malaysia Sempena Minggu Kesedaran Selamatkan Pattani

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Semoga Tuan/Puan berada dalam lindungan dan RahmatNya.

2. Kami di pihak Aman Pattani (AMANI), badan bertindak terhadap isu konflik Selatan Thai yang digerakkan di bawah naungan Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) telah merancang satu program dialog antara aktivis pemuda Pattani dan aktivis pemuda Malaysia. Program dialog ini dirangka sempena Minggu Kesedaran Selamatkan Pattani anjuran pihak kami.

3. Objektif program dialog ini adalah untuk membuka ruang interaksi yang lebih luas dan jelas antara masyarakat Malaysia dengan masyarakat Pattani khususnya kumpulan aktivis muda mengenai realiti sebenar pergolakan yang berlaku di Selatan Thai. Sesi dialog ini juga diharap dapat menjadi medan perkongsian maklumat dan perbincangan mengenai pelan tindakan untuk membantu saudara kita di sana serta membina jaringan lebih luas dalam mendalami permasalahan ummat Islam seluruh dunia.

4. Berikut adalah maklumat program dialog yang kami rancang :

Tarikh : 1 Mei 2010
Masa : 8.30 –12.00 malam
Tempat : Dewan Muzakarah, Masjid Al-Malik Khalid, USM.

5. Sebarang persoalan bolehlah menghubungi : amanpattani@yahoo.com

atau terus kepada penggerak AMANI :-

Koordinator :
Saiful
0194131472
email : saiful_pedang87@yahoo.com.my

Pengurusan Sumber Maklumat :
Lillah
0194737645
kha_lillah@yahoo.com.sg

Pengurusan Program :
Azila
0195236057
apple_biru17@yahoo.com

Pengurusan Dana :
Abel
0194499940
shahabel_razali@yahoo.com

Pengurusan Rangkaian Luar :
Zahari
0139549794
zahari_bakar@yahoo.com

Rujukan Kami : AMANI/DIALOG/01/10

Blog RASMI : http://amanpattani.blogspot.com


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Selasa, 20 April 2010

terima kasih ya Malik... !



tadi semasa on the way balik dari kelas, seorang sahabat berkata kepada saya :

“Dulu masa saya hidup seorang diri.. tak campur dengan orang lain.. dan tak tahu kisah hidup orang lain.. saya sangkakan hidup sayalah yang paling susah.. sekarang ni baru saya tahu ramai lagi orang yang lebih susah dari saya.. terasa saya jauh lebih bertuah…”

saya membalas dengan senyuman. Akhirnya….. akhirnya… akhirnya dia faham. Alhamdulillah..


Semalam saya menemani emak menemui seorang sahabat saya. Sahabat ini mempunyai masalah besar yang saya sendiri pun tidak mampu untuk membantu, sebab itulah saya meminta bantuan dari emak. Permulaannya sahabat tu agak malu-malu dengan emak, tapi sebab emak rilex & sporting, sahabat tu mula selesa..

“Lillah, akak cemburu sebab lillah ada emak yang orang lain tak ada..”kata sahabat tu.

“Tak payah nak cemburu, share ajelah mak lillah ni dengan sape-sape. mak memang ramai anak angkatnya..”saya menjawab sambil gelak. dia dan emak menyambutnya dengan gelak.

Actually, walaupun kelihatan seolah nampak macam mak sedang memberi tazkirah kepada sahabat tu, dan saya pulak cuma peneman sahaja.. tapi saya terasa banyak sangat isi yang saya dapat.. isi yang saya sendiri memang sangat-sangat perlukan…. dan ada diantaranya keluar dari mulut emak .. dan ada yang keluar dari mulut sahabat tadi.. Allah Ya Rabbi.. rasa nak menangis sebab begitu halus Allah menegur saya yang lalai ini…. begitu lembut Allah menegur saya yang banyak berdosa ini.. begitu sopan dan santun Allah mengingatkan saya yang lupa ini… Ya Allah, saya.. saya jatuh cinta pada Mu..

“Saya dah putus asa.. saya diuji begini.. keluarga saya diuji begini.. mungkin makcik dan Lillah tak mengalami yang begini…”katanya lemah.

Saya dan emak berpandangan. Kami tersenyum. Ramai orang menilai saya dan emak sebagai wanita paling bahagia. Senyuman itu penghias wajah kami. Kemesraan dan ketenangan itu pakaian kami.. seolah-olah kami tidak pernah ada masalah hidup. Apabila orang meminta, kami memberi.. seolah-olah duit tu sentiasa ada. Apabila orang meminta nasihat dan semangat, kami memberi.. seolah-olah kami sendiri sangatlah kuat.. Mana mungkin kami berkeadaan sedemikian.. kami juga manusia biasa.

emak yang suka bermain computer game menjawab. suka bermain, bukannya ketagih... suka sebab game tu mencabar minda..

“Mana ada hidup yang tak ada ujian.. Makcik ada ujian untuk makcik.. Lillah pun ada ujian untuk dia.. macam tu juga dengan semua orang.. hidup ni macam main game.. untuk level 1, tahap senang.. menang level 1, naik level 2.. semakin banyak cabaran.. kalau menang masuk level seterusnya. dan cabaran semakin bertambah dan terus bertambah.. macam itulah hidup ni.. semakin kuat orang tu, semakin besar ujiannya.. namun, sebesar manapun ujian tu, jika dia berjaya melepasinya, dia akan naik ke level untuk menerima ujian yang lebih besar… dan mati ketika di level 1 tak sama dengan mati di level 7.. tentulah kita nak mati di level tinggi berbanding di level rendah.. sebab kita akan rasa lebih puas hati,” emak menerangkan sambil tersenyum.

Saya terbayang-bayang game yang emak selalu main di laptop. Sahabat saya tergelak mendengar penerangan emak.


semasa kami nak balik, sahabat saya berkata
“dulu.. akak tak percaya bila orang cakap Allah memberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka. malam ini, sekarang.. akak percaya..”

jawab saya “kak, tu ayat Quran.. tu firman Allah.. ayat seribu dinar.. Allah memberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka. kami pun tak sangka akan berada di sini dengan akak.. Allah yang mengatur semua ni. Kalau nak ikut logik, tak logik lillah di sini. sebab jadual lillah sangat padat kak… tapi Allah yang menggerakkan hati ini dan Allah mengaturkan semua ni.. inshaAllah ini adalah yang terbaik..”

sungguh saya tak sangka saya akan bertemu dia.. selepas setahun berpisah.. dan selepas hanya satu kali kami pernah berbual di tahun lepas.. Subhanallah.
kami sampai rumah lewat malam. perjalanan balik dibantu GPS di handphone saya.. Allah mempermudahkannya, Alhamdulillah..


Hari ini saya ke Bangi untuk belajar Quran.. keluar pagi, balik malam.. semakin banyak belajar, terasa diri makin bodoh.. banyaknya yang saya tak tahu! rasa seronok gila bila dapat belajar… sungguh, Al-Quran itu memang satu mukjizat yang agung!

Sebelum balik, singgah beli tiket untuk ke Penang.
esok pukul 7.30am, saya kena bertolak ke stesen bas.. bas pukul 9am.. sepanjang dalam bas tu saya akan prepare bahan-bahan untuk kelas tuisyen saya.

3ptg, sampai je di Penang, saya ada meeting dengan junior PPMUSM diikuti meeting dengan AMANI..

sebelah malam ziarah mad’u..

keesokkannya 9am bertolak ke KL.. sampai d KL dalam pukul 3, terus rush ke pusat tuisyen tempat saya mengajar..dan selalunya selepas maghrib barulah saya balik rumah..

walaupun kepala saya pening, tapi dada saya lapang… hati saya tenang..
walaupun saya tak ada duit yang banyak, tapi ianya cukup untuk saya dan saya masih boleh memanfaatkannya untuk membantu yang lain..
walaupun saya tak ada banyak masa lapang, tapi saya sentiasa rasa lapang..
apalagi yang saya mahukan?
…………….. saya mahukan keredhaan Allah..........................



komen emak “MashaAllah… ”
saya : “kenapa mak?”
emak : “tak apalah.. kakak masih muda.. ”

dulu semasa zaman kampus, mak selalu call saya.. dan tegur saya.

“kenapa mesti kakak asyik meeting-meeting dan meeting?? tiap2 malam pula tu? weekend asyik program..”

puas saya explain pada emak..

“meeting tu bukannya meeting yang sama mak.. meeting untuk projek yang berbeza.. memantau anak-anak buah yang berbeza.. target yang berbeza.. program weekend pun program yang berbeza… bukan yang sama.. kakak bukan berfoya-foya mak.. kakak buat kerja ni sebab ada tanggungjawab mak…”

tapi mungkin masa tu mak tak berapa jelas dengan apa yang saya buat. Sekarang bila saya tinggal di rumah dengan emak dan tentulah emak nampak segala apa yang saya buat, emak mula memahami tuntutan yang saya sedang cuba laksanakan.

“emak.. kesian adik akak ni mak.. dia tengah nak final exam, tapi terpaksa berpening fikirkan projek selatan thai tu mak.. sekarang ni kami kekurangan penggerak.. semalam cermin mata dia rosak, kesian dia.. ”saya bercerita pada emak mengenai seorang junior saya.

emak diam dan berfikir sesuatu.

“kakak.. mak izinkan kakak pergi lah sana jenguk mereka.. tolong apa yang patut..”kata emak.

Alhamdulillah.. tiada apa yang anakmu ini pinta selain restu dan doa dari mu ayahnda bonda.. kerana di situlah terletaknya keredhaan Allah…

terima kasih ya Malik…..!


di bawah ni ada sesuatu yang istimewa... moga ada manfaatnya dunia akhirat... amin..






Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Isnin, 19 April 2010

terlanjur : padah melayan cinta monyet


semalam ada seorang adik bertanya...
adik : hm..akak..
adik : boleh ke kalu berkawan dgn lelaki...nk bertunang...tp belum bertunang la..
adik : tp parents tau..

adik : cmna nk tegur kwn yg terlibat dgn benda ni ek?

adik : cuak gak...tkut dia terasa...

lillah : letakkan Allah no 1
lillah : dlm stiap tiindak tanduk kita

lillah : demi jaga hati Allah..
tegurlah dia sblm dia menderhaka..
lillah : jgn terlalu menjaga hati dia sbb dia akn buat kita kecewa

lillah : tegurlah dia...

lillah : sayangkan dia, tegurlah dia... krn Allah smuanya
lillah : moga2 Allah memberi kbaikan utk kalian..


dan tadi ada seorang saudari add ym saya, dan meletakkan satu link di YM nya.. Alhamdulilah.. Subhanallah... saya terjumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dari link itu
. sila baca komen-komen di bawah artikel di blog asal tu... menarik untuk sama-sama kita renungkan..

sebuah muhasabah cinta.. moga bermanfaat dunia akhirat.. amin..


“Apa yang dimaksud ‘terlajur’ pada ayat ustaz tu?” Tanya seorang pembaca setia laman blog penulis.

“Usahlah ditanya, cukuplah kalimah tersebut menghantui kepala saya sejak kebelakangan ini” Penulis cuba meredakan hati yang sedikit risau melihat gelagat muda-mudi masa kini.

Mungkin para teman dan pembaca tertanya-tanya kenapa terlalu banyak mesej pesanan di yahoo messenger hingga memeningkan sesetengah sahabat-sahabat, tidak cukupkah sekali dihantar?

Penulis terpaksa berbuat sedemikian bagi menjawab banyak pertanyaan sama yang diajukan di dalam e-mail, bahkan yang terbaru betul-betul menguji kesabaran penulis. Apakah ini yang dikatakan darah muda yang berani memperlakukan perbuatan terkutuk ini?

Ada yang mengaku telah ditebuk oleh teman lelaki, terkapai-kapai mencari jalan pulang kepada-Nya.

Allahu Rabbi…!

Namun paling merisaukan penulis, penyakit kronik ini berlaku di kalangan anta anti yang mempunyai asas ilmu agama sebagai pendiding. Ingatkan cerah hingga ke petang, hujan pula dipertengahan.

Inilah yang penulis persoalkan.

وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦۤ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلاً۬

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya” al-Israa’ (17:72)

Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya. Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama. Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.

Pendirian penulis berkenaan dengan no couple sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri. Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.

Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran. Mabuknya melampau-lampau. Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.

Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.

Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.

TIADA MATLAMAT HIDUP JELAS

Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala barat. Masalah ber-couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibu bapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.

Belum cerita lagi tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa? Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.

“Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kahwin la. Kamu sibuk kenapa? Macamlah baik sangat”

Biasa dengarkan ayat di atas?

Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertudung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka.

Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasul s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.

“Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu” antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.

Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan. Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang kenal sampai ke dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.

Pastinya kenyatan ini dijawab kembali:

“Ala itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu” Penulis terkedu mendengar ayat berapi ini.

SAY : “NO COUPLE”

Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” al-Furqan (25:74)

Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.

Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.

Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Taala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.

Mengapa perlu mencari marah Allah Taala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.

Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.

“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu. Duhai Allah”

ameen



sila rujuk komen-komen asal di sini ---->artikel asal

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

penggerak & sukarelawan AMANI diperlukan

Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu, hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian! Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat. Saudara kita di sana sedang berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?

Aman Pattani (AMANI) terdiri daripada sukarelawan yang bergerak untuk membantu saudara-saudara kita yang tertindas di Selatan Thailand.

Bantuan yang dihulurkan termasuklah sumbangan dana, ilmu dan maklumat semasa.

Fact Finder AMANI sentiasa akan turun lapangan di Selatan Thailand untuk mendapatkan maklumat semasa yang sahih memandangkan kebanyakkan maklumat berkenaan kezaliman yang berlaku di Selatan Thailand disekat dari dibawa keluar dari sana.


Kami terdiri daripada pelbagai lapisan sukarelawan daripada kalangan pelajar hinggalah mereka yang sudah bekerja. AMANI memerlukan bantuan anda untuk terus memainkan peranannya dalam membantu saudara-saudara kita di sana.

Kepada mereka yang tinggal di sekitar Pulau Pinang, anda diperlukan untuk menjadi PENGGERAK AMANI. Anda akan dipanggil untuk menghadiri mesyuarat AMANI bagi membincangkan segala gerak kerja perancangan AMANI dan perlaksanaan perancangan tersebut dari semasa ke semasa. Mesyuarat ini akan dibimbing oleh koordinator AMANI, saudara Saiful.


Kepada mereka yang tinggal di luar kawasan Pulau Pinang, anda diperlukan untuk menjadi Sukarelawan AMANI yang memainkan peranan dalam menghebahkan info-info yang diterima daripada AMANI termasuklah untuk terlibat dalam roadshow dan mengumpulkan dana untuk program-program AMANI.


Jika berminat, sila hubungi :

amanpattani@yahoo.com

AMANI juga boleh dirujuk di laman sosial facebook .

Semoga Allah memilih kita untuk termasuk dalam golongan hambaNya yang mukhlis.. amin.


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Ahad, 18 April 2010

dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

Hari Jumaat minggu lepas. saya terjaga pukul 3.30 pagi kerana sahabat sebilik saya jatuh sakit. Selepas membantu sahabat saya, saya terus untuk bersolat malam dan bermunajat. Alhamdulillah.. pagi jumaat yang tenang dan mendamaikan... semoga keluarga dan sahabat-sahabat saya yang dekat dan jauh sihat-sihat tubuh badannya dan sihat-sihat imannya... semoga kita semua dipermudahkan untuk melakukan amal soleh...

"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu,
dan cinta kepada orang yang mencintai-Mu,
dan apa sahaja amalan yang menyampaikan daku pada cinta-Mu."


"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu itu lebih aku hargai
daripada air sejuk bagi orang yang kehausan."


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon Cinta-Mu,
dan cinta orang yang mencintai-Mu
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada Cinta-Mu."


"Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku
daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia kekuatan
untukku mencintai apa yang Engkau Cintai."


"Ya Allah, dan apa sahaja yang Engkau singkirkan
daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia keredhaan untukku
dalam mencintai apa yang Engkau Cintai."


"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu
sesuatu yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku,
hartaku dan air sejuk pada saat kehausan."


"Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu,
malaikat-Mu, Rasul-Mu,
(serta) hamba-Mu yang soleh."


"Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan Cinta-Mu,
dan jadikanlah aku bagi-Mu
seperti yang Engkau Cintai."


"Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu
dengan segenap cintaku
dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."


Amiin.. Ya Rabbal 'Aalamiin.

**(Hadis riwayat At-Tirmizi:
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
'Inilah du'a yang biasa dipohon oleh Nabi Daud a.s.'.)

Pagi jumaat itu saya menerima sepucuk surat yang ditujukan kepada abah.. dada terasa sedikit resah, lantas segera dicapai Al-Quran.. Abah balik rumah sebelum solat jumaat. sementara abah menunggu adik saya bersiap sedia untuk ke solat Jumaat, abah melihat-lihat pokok-pokok di luar pagar. Saya mengintai dari tingkap bilik.


Ya Allah.. apakah yang dapat saya selaku seorang anak perbuat supaya dapat mengembirakan hati insan yang saya hormati dan kasihi ini?
Ya Allah.. saya pohon kekal menjadi penyejuk mata dan penyejuk hati mak abah di dunia akhirat...
apakah yang dapat saya lakukan?

Selepas zohor, saya mendapat berita gembira.. Adik saya mahu keluar 3 hari untuk mengikuti jemaah tabligh. Alhamdulillah.. saya tidak kisah dia mahu sertai jemaah mana selagi jemaah tu berpaksikan AlQuran & Sunnah. apa yang penting ialah dia pergi berdakwah setelah mendapat restu mak abah.

3.30 petang.. saya mendapat berita mengejut tentang toksu malek masuk ICU. Toksu Malek dan isterinya, Toksu Tini sangat banyak membantu saya semasa saya belajar di USM. Kali terakhir kami bertemu ketika saya berkonvo, Mac lepas..
"Mak.. kita kena pergi sana mak..."

4.00 petang.. mak bagitahu yang Toksu Malek dah kembali ke rahmatullah pukul 3.30 petang tadi.. Innalillah..
Segera saya ke sejadah menanti solat asar. Saya yakin Toksu Malek ditempatkan bersama orang-orang yang baik.. saya kenal beliau semasa beliau masih hidup, beliau memang orang yang baik..

Sabda Rasulullah:
Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

Saya menangis.. bukan kerana saya rasa kehilangan.. saya menangis kerana saya rasa takut sangat memikirkan bagaimanakah penghujung hidup saya? bagaimana penghujung hidup emak abah saya? bagaimana penghujung hidup adik-adik saya? bagaimana... bagaimana....
Abah sms bagitahu yang pukul 12 malam nanti kami akan bertolak ke bukit mertajam, penang.

selepas asar, saya menyediakan sedikit minum petang untuk adik saya yang akan meninggalkan rumah demi mencari redha Allah.. walaupun jujur saya ni tak pandai masak-masak ni, buat air pun tak reti.. tapi semangat nak bagi dia makan. Saya tak dapat nak join dia, semoga Allah memberkati dia yang mahu keluar kepadaNya.. Semoga Allah memberkati ahli keluarga yang ditinggalkan keranaNya... Permudahkanlah ya Allah..

Adik bongsu saya, Fadilah merengek meminta saya membawanya ke kedai buku. Kebiasaannya emak yang bawa dia ke sana. Tapi emak dah keluar sebab nak hantar adik lelaki saya tadi. So selepas dapat keizinan mak, saya pun ke kedai.. fadilah tak sihat, jadi lepas tu kami singgah klinik.. dekat pukul 10 malam barulah sampai rumah.. balik tu, siap-siap packing untuk bertolak ke bukit mertajam..

Pukul 12 mlm abah sampai, kami bertolak ke rumah arwah toksu malek di Bukit Mertajam..
Cepatnya masa berlalu.. Pejam celik pejam celik.. Malam itu gelap.. tiba-tiba teringat yang saya belum baca Quran malam tu. selalunya sebelum tidur, saya akan mengaji dulu..

Ya Allah.. kalaulah saya dapat hafal isi kandungan Al-Quran, tentu saya boleh mengaji di mana-mana sahaja.. sambil buat kerja pun saya boleh mengaji... Ya Allah.. hidupkanlah Al-Quran dalam hati ini.. Ya Allah.. jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dalam kubur.. jadikanlah solat malam ku sebagai cahaya di dalam kubur.. Jadikanlah anak-anak dan keturunan kami termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa memelihara Al-Quran di dalam dada..






Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Sabtu, 17 April 2010

perkongsian terakhir selaku NYDP 1 (bahagian dakwah tarbiyyah)



Bismillahir Rahmanir Rahim

buat adik-adikku yang disayangi…

maafkan akak kerana tak dapat hadir AGM malam semalam.. ada sesuatu perkara yang menimpa menyebabkan akak terhalang untuk ke sana... ketahuilah, hati ini tidak pernah terpisah dari kalian...

wahai adik-adikku yang disayangi…

tiada yang lebih manis selain berada dalam nikmat kemanisan iman.. dan nikmat kemanisan iman itu tidak mungkin dimiliki kecuali mereka yang berjuang mencari keredhaanNya…

Sabda Nabi SAW,
"Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, niscaya dia merasakan manis Iman, iaitu :
hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ; dia mencintai seseorang,
tidak mencintainya melainkan kerana Allah
dan dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu,
sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

wahai adik-adikku yang disayangi…

hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ; dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah..

Sungguh, ini adalah suatu perintah yang cukup indah dari Allah Yang Maha Indah…
adakalanya rasa kasih dan sayang terhadap seseorang itu tidak boleh hadir walaupun kita cuba sedaya upaya memaksa perasaan itu untuk tumbuh.. barangkali lantaran keburukan dan kelemahan yang ada pada seseorang itu.. dalam bergerak kerja bersama pastinya akan ada saat-saat diuji hingga hati itu rasa begitu sakit.. masihkah kita mampu mengasihi, menyayangi dan berlaku baik dengan mereka yang menyakiti kita?

Akhirnya kita mendapati tiada sebab untuk kita mengasihi, menyayangi dan berlaku baik terhadap seseorang itu KECUALI SATU SEBAB… kerana ALLAH semata-mata…

Indah bukan?

Pada saat itu hanya kerana mematuhi perintah Allah lah yang menyebabkan kita masih mampu kekal berada bersama-sama dengan seseorang itu… hanya kerana mematuhi perintah Allah lah yang membuatkan kita masih membantu dia dengan bersungguh-sungguh.. hanya kerana mematuhi perintah Allah lah yang membuatkan kita masih tidak jemu-jemu memberi nasihat dan bimbingan pada dia…

walau disakiti, lansung kita tidak pernah berniat untuk menyakitinya kembali.. walau dihalau, lansung kita tidak pernah berniat untuk menjauhinya kembali.. walau dibenci, lansung kita tidak pernah berniat untuk membencinya kembali..

Indah bukan?

Wahai adik-adikku yang dirahmati Allah…

benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka.

Sungguh, ini juga suatu perintah yang cukup indah dari Allah Yang Maha Indah…
Kita hambaNya yang daif, yang penuh dengan kelemahan… yang tidak mampu berdiri lama.. yang pasti menangis apabila jiwanya terseksa.. yang pasti memerlukan pergantungan kepada Allah..

Kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Namun rahmat keampunan Allah terlalu luas melebihi kemurkaanNya…

Cintailah sesiapa sahaja yang kamu sukai, pasti dia akhirnya akan tetap meninggalkan kamu.. Berbuatlah apa sahaja yang kamu sukai, pasti kamu akhirnya akan dipersoalkan tentang perbuatan kamu… Pergilah kemana sahaja yang kamu sukai, pasti kamu akhirnya akan mati…

maka sucikanlah diri dengan taubat nasuha.. bertaubatlah supaya kita menjadi orang-orang yang dekat dengan Allah.. bertaubatlah supaya hati kita bercahaya dan biarlah cahaya itu menerangi hati-hati manusia yang mendampingi kita… biarkanlah air mata taubat yang mengalir itu memadamkan api neraka.. moga-moga Allah sentiasa memelihara diri kita dari kelalaian yang berpanjangan..

buat pimpinan baru, akak sangat menyayangi kalian.. namun Allah lebih menyayangi kalian… akak berdoa semoga Allah sentiasa memberi ketenangan dan kelapangan dada kepada kalian untuk tetap teguh walaupun ribut menggoncang iman…

yakinlah, Allah sentiasa bersama kalian utk meneguhkan org2 yg sabar berjihad d jalanNya...

Lakukanlah yang terbaik.. lakukan dari hati yang ikhlas.. Lakukan sungguh-sungguh!!

Sabda Rasulullah saw ,

"Sesungguhnya Allah swt tidak melihat rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah swt melihat hati dan amalan-amalan kamu".

(HR Muslim).




kepada yang telah bersara, bermuhasabahlah apakah sepanjang memikul amanah itu, sudah kita lakukan dengan sungguh2? urusan kita masih belum selesai..... sekarang kita sedang menanti untuk dipertanggungjawabkan atas amalan kita di mahkamah Allah....

Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.
(Hadis sahih Al-Bukhari)



perjuangan masih belum selesai.. kini kita sedang memegang status ‘MANTAN’ untuk sepanjang hayat kita.. Sepatutnya kita sudah faham sendiri amanah kita dan apa tindakan yang perlu kita ambil.. Jawatan selaku hamba dan khalifah masih menjadi full time profesion kita selagi mana nyawa dikandung badan… Ingat! Jangan sesekali berniat melarikan diri dari medan dakwah, kerana kamu pasti akan menyesal dengan sungguh-sungguh.. Tiada istilah ‘jemu’ dalam dakwah. Kamu bertanggungjawab di atas diri kamu sendiri.

Jaga iman, jaga amal, jaga mad’u… inshaAllah Allah akan menjagaMu..

dikesempatan ini saya, nur khalilah rasyidah binti abd karim memohon ampun dan maaf kepada sahabat2, andai ada terkasar bahasa, andai ada perbuatan yang menyinggung perasaan atau ada tugasan yang terlepas pandang.. saya sudah cuba memberi yang terbaik tetapi pasti ianya tetap tidak akan sempurna kerana saya seorang manusia.. mohon halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar.. mohon supaya ukhwah yang dibina di atas nama Allah ini terus utuh berkekalan hingga ke syurga Allah.. mohon kalian mendoakan diri ini untuk hidup dan mati di jalan Allah...

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh...
ukhwahfillah abadan abada...

nukilan hamba Allah yang daif,
MANTAN PPMUSM generasi 9 & 10..



p/s : akak dah tengok slideshow AGM... ya Allah rasa rindu pada kalian.. :) akak dah add YM new Mts.. :)
p/s/s : walaupun akak jauh, akak tetap bersama adik-adik.. so, feel free untuk berkongsi masalah dan meminta bantuan ok.. jangan segan2.. akak pernah berada di tempat kalian, akak tahu apa rasanya berada di situ.. :)
p/s/s/s: akak tak upload gambar2 yang abel bagi tu walaupun ianya sangatlah comel2.. akak nak simpan ianya sebagai personal khas for me...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 16 April 2010

wahai anak kesayanganku, dengarkanlah perkataan ini...


Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :
Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW
(di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda :

' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.

Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu,

peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu.

Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata.

Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata.

Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah.

Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu.

Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

(HR. Turmuzi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).



Hari Khamis = Hari Mengajar BIOLOGI form 4!!

Emak bertanya “Kakak dah siap?” Ha.. saya masih belum bersiap-siap untuk pergi mengajar. Tinggal 1 jam ½ lagi kelas akan bermula. Perjalanan nak ke sana pula mengambil masa 40 minit (kalau takde traffic jam).

“Kakak.. dari zaman sekolah mak jaga, sampai zaman dah jadi cikgu pun mak nak kena jaga…”emak mula gelisah. Mata emak memandang ke arah jam dinding. Maafkan kakak emak, tak berniat nak buat emak risau.
“Mak kena jaga kakak sampai kakak kahwin la..hehe” sempat saya menjawab sekadar nak bergurau. Bergurau yang memang betul pun kan. Emak menggelengkan kepala.

½ jam lagi.. semoga takada traffic jam. Rawang terkenal dengan traffic jam!!
So sepanjang jalan berzikir-berzikir dan berzikir.. hanya Allah yang boleh membantu.. Ya Allah, saya tahu saya yang bersalah sebab saya bersiap lambat tapi please ya Allah.. tolong lapangkan urusan hambaMu ini…

Alhamdulillah saya sampai sana awal 1 minit.. Alhamdulillah~~~



Memulakan kelas dengan Ummul Kitab.. Alfatihah..

anak-anak murid saya ini pelbagai ragamnya. Datang dari pelbagai background. ada yang berseluar pendek dan ada yang bertudung labuh. Semoga apa yang ingin saya sampaikan dapat meresap ke dalam hati-hati mereka.. semoga tempoh singkat kami bersama ini mendapat rahmat kasih sayang dari Allah.. (sementara menunggu staf tolong fotostatkan bahan-bahan untuk students, saya mengambil peluang 10 minit untuk memberi pengisian rohani)

“Ok.. pernah dengar hadis ‘Sesungguhnya Allah swt tidak melihat rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah swt melihat hati dan amalan-amalan kamu’ ? ”soal saya.

semua menggeleng kepala. ada yang menjawab dengan membuat bunyi bising dan membuat mimik muka yang pelik. Adiklelaki yang berseluar pendek itu duduk di hadapan sekali. segera ditariknya hujung seluar untuk menutup hujung lututnya sambil tersenyum-senyum kepada saya.

“kak, dia malu kak..”kawannya memberi komen. saya membalas dengan senyuman. Syukurlah dia masih ada rasa malu.. rasanya tidak perlulah saya explain lebih lanjut kepada dia.. adik-adik yang nakal dan suka buat bising inilah yang menceriakan kelas ini. mereka tidak henti-henti membuat saya terhibur dengan telatah mereka. alhamdulillah..

“akak ada satu true story..” saya biasa membahasakan diri kakak berbanding cikgu. sebab saya memang bukan cikgu pun.. kelas tuisyen yang saya conduct lebih berbentuk study group. Untuk adik-adik sekolah menengah, mereka akur memanggil saya kakak. Tetapi adik-adik sekolah rendah memanggil saya kejap teacher.. kejap cikgu.. kejap ustazah.. mana-mana yang mudahlah.. tak kisahlah…

“true story... kisah tentang seorang pemuda yang tak hensem…”saya merenung wajah-wajah anak-anak murid kesayangan saya.. mereka memberi senyuman. dan saya balas dengan senyuman..

“miskin.. tak ada harta apa-apa…”sambung saya lagi.. mereka semakin fokus. semua sudah duduk diam dan cuba menghayati kisah saya..

“yang ada pada dia cumalah seorang ibu yang uzur…” kali ini saya memandang dalam-dalam wajah anak-anak murid saya, baik lelaki mahupun perempuan. Tahukah anda anak-anak sangat mudah untuk disentuh apabila kita menyebut perihal ‘ibu’?



kisah nya begini…

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali :

“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :

“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”



Siapakah Uwais Al-Qarni?

Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari :
“ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :

“ Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”

Uwais menjawab :

“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi :

“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”

Uwais menjawab :

“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka
saya juga masuk syurga. “

Ibunya berkata lagi :

“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. “

Uwais berkata :

“ Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. “

Ibunya menambah :
“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. ”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :
“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ”

Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.
'Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni."

Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata :

“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku."

Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.



Moral of the story ?

staf pusat tuisyen menghantar bahan-bahan fotostat..

"apa moral from this story?" soal saya sambil mengedarkan bahanfotostat. Pelbagai jawapan diterima.. semua jawapan boleh diterima, no right no wrong sebab itu adalah pandangan masing-masing..

"bagi akak, pengajaran yang akak dapat ialah berbuat baiklah walaupun kamu tidak dipandang oleh manusia ataupun disalah faham oleh manusia, sebab Allah akan tetap memandang kamu dan memahami kamu..."terang saya.

Sabda Rasulullah saw ,

"Sesungguhnya Allah swt tidak melihat rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah swt melihat hati dan amalan-amalan kamu".

(HR Muslim).

“ok.. sekarang mari kita mulakan chapter 2, tajuk kita hari ini ialah…”saya mengeluarkan 3 batang whiteboard marker merah, biru dan hitam lalu memulakan topik hari itu.


wahai Allah yang Paling Penyayang, jadikanlah kami anak-anak yang soleh solehah.. jadikanlah keturunan-keturunan kami soleh solehah.. peliharalah kami pada setiap detik dan saat.. berilah hidayah pada kami.. dan jadikanlah kami punca hidayah kepada orang sekeliling kami... amin ya Mujib..


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....