Ya Allah..
malam terasa indah apabila berbisik kepadaMU,
siang hanya terasa indah apabila mematuhiMU.
Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepadaMU.
Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaaafan daripadaMU.
Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat mengasihiMU...
Ya Allah...
Perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali ketika kedua telapak kakinya telah menginjak ke pintu syurga.
(Imam Ahmad Ibnu Hanbali)
malam terasa indah apabila berbisik kepadaMU,
siang hanya terasa indah apabila mematuhiMU.
Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepadaMU.
Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaaafan daripadaMU.
Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat mengasihiMU...
Ya Allah...
Perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali ketika kedua telapak kakinya telah menginjak ke pintu syurga.
(Imam Ahmad Ibnu Hanbali)
Ya Matin…
Ya Wali….
Ya Hamid…
saya rasa sangat tenang… Alhamdulillah…
KETENANGAN ITU ADALAH SUATU KEBAHAGIAAN…
Lama saya tidak bertemu dengan abah. Call dan sms jauh sekali, kalau adapun terhantar sms adalah kerana tersalah send. Mahu send kepada orang lain tetapi ter ‘send ’ kepada abah.. Abah saya bukan seperti abah orang lain yang suka bersembang-sembang beramah tamah.. Dia hanya bercakap apabila perlu sahaja. Rindu seorang anak kepada bapanya ini terus menerus saya pendam.. Jarang bertemu membuatkan setiap pertemuan itu terasa begitu bermakna dan wajib dihargai!
Hari itu birthday atuk yang ke 77.. dan abah nak balik Johor.. so kami pun balik kampung… sepanjang dalam kereta tu abah dan emak tak henti-henti bersembang dari satu topik ke satu topik. Sesekali diselangi ketawa disebabkan lucunya kisah yang disembangkan. Saya dan adik saya, Ali cuma menumpang gelak sahaja… rasa sangat bahagia bila melihat kesayangan-kesayangan saya bahagia…
saya pasti tidak ramai orang yang mampu bergurau senda dengan kesayangan mereka pada saat diri sedang diuji dengan pelbagai ujian berat.. namun, syukur sangat-sangat sebab abah dan emak terpilih untuk menjadi orang-orang yang tenang…. Alhamdulillah..
Tujuan utama kami balik Johor sebab sepupu saya masuk wad.. disyaki menghidap bengkak hati.. sampai je ke rumah atuk, kami rehat kejap dan terus ke hospital.
APABILA MENYAYANGI, SAYANGILAH SECARA KESELURUHANNYA….
Sebaik menjejakkan kaki ke wad.. saya terpandang seorang nurse.. kemudian dia memandang saya.. rasa macam kenal.. dan kami pun saling berpelukan. hehe.. bajet macam jejak kasih.. abah terpinga-pinga tapi abah macam segan-segan so abah berlalu meninggalkan saya dan terus direct ke katil sepupu saya.. Nurse tu adalah kakak kepada kawan baik saya.. tak sangka lah pulak akan jumpa dia di sini.. actually saya tak kenal sangat pun kakak dia ni.. tapi saya sangat-sangat sayangkan kawan saya tu so saya sayang seluruh ahli keluarga dia dan apa-apa yang ada kaitan dengan dia pun saya akan automatic menjadi sayang…
Sepupu saya nampak sihat. Dia dah excited nak keluar hospital.. Ada beberapa paper exam yang telah tertunggak sedang menanti untuk dijawab.. Alhamdulillah dia kelihatan sangat ceria walaupun hari itu adalah hari pertama dia sihat setelah berhari-hari demam..
“ini kena gigit dengan Dracula ke?”usik saya sebaik melihat lengannya yang lebam-lebam. Dia ketawa. Dahsyat nya kesan ambil darah…
“Sakit tak?”soal saya.
“Sakit…. dah la mereka cucuk.. tak jumpa saluran darah.. cucuk tempat lain pula.. tak jumpa juga.. cucuk lagi..”ngadu sepupu saya..
tiba-tiba saya rasa pening…. rasa macam nak pitam.. saya takut tengok darah..
MENJADI IBU…
adik kecil sepupu saya mengintai dari luar tingkap.. beberapa kali abah meninggikan suara kerana risaukan takut adik sepupu saya tu terlanggar hujung tingkap lah, terjatuh longkang lah.. abah asyik tertinjau-tinjau di luar tingkap.
“Budak tak boleh masuk sini, tu yang biar dia duduk luar..”kata ibu sepupu saya..
“mak.. jom balik!”si adik mula bosan keseorangan di luar.. si ibu mula bersiap-siap untuk balik.
“Kak Yah.. Kak Yah jangan sakit pula lepas ni.. kesian emaknya menjaga anak-anak.. Yang di
rumah sakit, yang di hospital pun sakit.. yang seorang lagi kecik nak perhatian… sabar ya kak Yah…” emak memeluk si ibu, maklong saya. Suami maklong sebelum ni kena strok, sekarang dah sihat sikit….
“Kak Yah ingat kata-kata seorang penjaga pesakit kak yah….”maklong menarik nafas dalam-dalam. Maklong ni nurse.
“Dia kata… jadi ibu tak boleh sakit,yang boleh mati je..”sambung maklong.
Saya sebak.. Besar sungguh pengorbanan insan bergelar ibu. Ya Allah, saya mahu jadi seperti mereka yang begitu gigih menunaikan amanahMu itu.. Jangan nangis khalilah! Suasana hospital ceria.. Semua orang buat lawak.. Saya pun seronok mengusik sepupu saya, terhibur melihat dia ketawa..
SOLAT MALAM…
Malam itu sepupu-sepupu saya datang ke rumah atuk.. erm, kebiasaanya saya akan tidur bersama makngah tetapi malam itu, adik sepupu saya mahu tidur dengan makngah.. saya pun beralah la.. Cuma saya tak tahu nak baring di mana.. mata saya dah sangat-sangat mengantuk ni.. tiba-tiba atuk datang.
“Kakak.. kakak tidur di bilik atuk..”kata atuk lembut.
“Atuk?” soal saya.
“Atuk boleh tidur je kat mana-mana.. kat ruang tamu tu boleh.. ”atuk tersenyum.
saya membalas dengan senyuman. Seronoknya rasa, Allah sahaja yang tahu!
Bilik atuk ni bilik paling best tau…Alhamdulillah~~~
sebaik nak melelapkan mata tiba-tiba saudara mara saya sampai dan menyerang bilik ini.. hasrat saya untuk tidur terbantut. Emak muncul dengan senyuman paling manis.. Rupa-rupanya makcik-makcik itu datang sebab nak jumpa emak.. mereka nak minta nasihat dan pandangan emak tentang masalah anak mereka.. entah bila saya terlena. ngantuk tahap tak tahan!
Pukul 4.30 pagi saya terjaga. Oh, mahu tahajjud tapi saya takut nak bangun keluar bilik untuk ke toilet.. so saya bermunajat.. berdoa itu dan ini.. saya yakin Allah tidak akan bosan mendengar permintaan saya yang tak pernah berhenti.. Allah mengenali saya lebih dari saya mengenali saya sendiri.. Ya, saya kadang-kadang tidak faham dengan diri sendiri. Tapi Allah sentiasa memahami saya.. Dialah yang sentiasa melindungi saya, sentiasa ada untuk saya.. sentiasa setia untuk mendengar luahan hati saya.. memujuk saya..
Alhamdulillah…
pukul 5.30 pagi.. saya membuka sedikit pintu bilik tapi saya masih tak keluar. tiba-tiba atuk muncul dengan senyuman.. atuk sudah siap untuk ke surau.. hensemnya atuk berjubah dan berserban putih, sejuknya hati saya..
“kakak tidur lena tak?”tegur atuk sambil senyum lebar.
“Tidur mati tuk.. hehe. atuk tidur macam mana semalam?”soal saya pula.
“Atuk tidur sekejap je. Pukul 3, atuk dah bangun.. ”jawab atuk sambil berlalu.
Atuk bangun awal dari saya laaaa! dan atuk bersama dengan Allah lebih lama dari saya….!
Sedangkan saya pula sedang tidur pada masa tu.. semoga saya akan dapat kekuatan untuk bangun bermunajat dan bertahajud secara istiqamah.. walaupun time sedang period (haid), saya tetap mahu bangun bermunajat! berazam.. ya Allah, tolong kejutkan saya setiap pagi…
saya rindu….
REDHA PADA TAKDIR ALLAH…
Semasa on the way balik ke rumah, abah dan emak tetap rancak bersembang.. Nampaknya terlalu banyak perkara yang mereka mahu kongsikan. Tapi semasa perjalanan balik ini lebih seronok sebab ianya ada kaitan dengan tetamu-tetamu emak yang meminta nasihat emak malam semalam. Emak abah berbincang tentang ‘anak perempuan’, ‘menantu’ dan.. ‘kahwin’.. Rasa macam perjalanan tu cepat lah pulak, ish tak puas dengar kuliah…
“Setiap takdir Allah mesti ada hikmahnya .. Betul tak kakak?!!”soal abah tiba-tiba. Terkejut saya.
“Betul-betul-betul…”jawab saya terputus-putus.
Kami singgah di Melaka.. dan berpecah dua. Abah ada meeting dan perlu rushing balik ke KL. Emak, saya dan Ali perlu jumpa hafiz di MFA. Hafiz ni pun tak henti-henti menerima ujian-ujian dari Allah.. Emak kata emak nak jumpa hafiz sebab nak bagi hafiz semangat.. nak bagi tazkirah.. emak kata hafiz ni dalam proses ‘turn a new leaf’ (dulu dia agak nakal.. sekarang dalam proses nak mendekatkan diri pada Allah.. dan ujian yang datang macam hujan..)
“Hafiz.. jangan sesekali putus asa.. ujian yang hafiz terima ni kecil je. ramai lagi orang lain yang dapat ujian lebih besar. jadi jangan sesekali berputus asa. ingat, jangan abaikan Allah.. jangan buat maksiat.. mak tak nampak, tapi Allah nampak.. jaga solat.. hafiz kena redha dengan apa yang Allah tentukan.. baru hafiz akan tenang..”pesan emak.
sesekali saya menyampuk.. dan mengusik dia supaya dia ketawa.. dan semua orang ketawa. kadang kala terasa saya ni lagha lah… Astagfirullah.. saya yang ceria meria ni mahu family yang ceria meria. Dan bagi saya kita perlu menghadapi situasi pahit manis dengan hati yang ceria meria. :)
Senyuman di waktu senang tanda hati yang bersyukur… :)
Senyuman di waktu susah tanda hati yang redha.. :)
Hendaknya kita menerima hidup ini dalam keadaan tenang… sebab hakikat hidup yang sebenar adalah yang selepas hidup ini.. maka sewajarnya kita menjadikan hidup yang singkat ini sebagai ladang untuk dituai hasilnya di akhirat..
Addunya mazraatul akhirah!
p/s : sila senyum untuk Allah… :)
p/s/s : thanks…. nanti di akhirat, sila claim ganjaran senyum tu… :)
p/s/s/s : senyum……… :D
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)