Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya.
Dan bekerjalahuntuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
(Riwayat lbnu Asakir)
Dan bekerjalahuntuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
(Riwayat lbnu Asakir)
Lama saya termenung. Bingung. Apa yang patut saya buat ni???. Semenjak kebelakangan ini semua yang saya rancangkan tidak menjadi, its okay.. saya yakin pada perancangan Allah adalah yang terbaik. Dalam tempoh dua minggu ni, saya cuba untuk mencari kerja tetap tetapi tak ada respon. saya mahu segera bekerja supaya saya ada duit untuk support kerja-kerja dakwah yang telah saya rancangkan.
dalam banyak-banyak tempat yang saya mohon, ada satu syarikat ni yang saya sangat berharap.. sebab saya pernah melawat kilang tu dulu semasa latihan industri (2 tahun lepas). Kilang tu sangat menarik hati saya.. sebab abah saya nak saya bekerja di bidang saya. Dia tahu saya ni asyik cari peluang nak jadi cikgu sedangkan kepakaran saya bukan di situ.
masuk minggu kedua menganggur(busy jer sebenarnya. Amanah belambak),
maka saya pun meminta izin emak untuk menjadi guru tuisyen sebagai part time. Saya punyalah bersungguh-sungguh masa memujuk tuan tempat tuisyen tu supaya bagi saya peluang tu. Actually saya tak mengharap sangat gaji tu tetapi saya sangat mengharap saya dapat share something dengan bakal anak-anak murid saya. Its about sharing your love, passion and life.
Dan Allah yang Maha Pemurah telah menggerakkan hati tuan tempat tuisyen tu untuk beri saya satu projek motivasi sekolah untuk form 6. ~alangkah terujanya hati.. Alhamdulillah~
Tiba-tiba syarikat yang saya pernah menyimpan hati menghantar email. dan tarikh interview sama tarikh dengan tarikh kelas tuisyen tu.
ya Allah.. saya rasa S.E.R.B.A.S.A.L.A.H ditambah M.A.L.U terhadap tuan tempat tuisyen tu.
lepas tanya pendapat mak, saya pun terpaksa melepaskan kelas tuisyen tu.. Masa tu asyik berdoa supaya Allah lembutkanlah hati tuan tempat tuisyen tu.. saya masih berharap projek motivasi untuk form 6 tu...
kamu tahu mengapa saya suka handle program motivasi? sebab itu salah satu platform untuk mengenalkan orang yang tak kenal Allah supaya kenal kepada Allah.. itu jugalah platform untuk mencuci karat hati.. itulah juga platform untuk mengejutkan orang2 yang tidur lena.. dan platform supaya saya membasuh diri sendiri sebelum membasuh orang lain. (sebanyak mana yang kamu beri, sebanyak itulah yang kamu terima kembali)
keesokkan harinya, syarikat tu telah mempercepatkan sehari awal tarikh interview saya. Ya Rabbi... sujud syukur. (nampak ada chance nak jadi cikgu tuisyen!!)
tetapi hari interview saya tu clash pula dengan hari adik saya, Ali ada interview JPA.. erm.. transport terhad. saya interview di Perak. Adik saya di KL. Saya sayangkan adik saya, tentulah saya akan berat hati nak mendahulukan diri sendiri.. Menyesal tak?
"kakak nak kereta kakak semula ke?" tanya mak. Kereta saya ada pada adik saya yang di Melaka. Kebetulan pada tarikh yang sama itu juga adik saya sangat-sangatlah perlukan kereta tu.
"Takpelah mak, hafiz perlukan kereta tu. Dia dah cop awal-awal tarikh tu.." saya sedang melepaskan satu lagi peluang. Menyesal tak?
Mak gelak. kenapa mak ni? confuse.
"Kakak ni bukannya sudah jatuh ditimpa tangga, tapi sudah jatuh ditimpa tarikh.."mak mengusik. maybe sebab nampak muka saya macam stress je.
"Entah-entah lepas dapat kerja, kena lepaskan kerja tu pulak disebabkan hal lain.."usik mak lagi.
"Mak.. kakak dah malu sangat.. kalau tidak kerana kakak yakin pada takdir, mesti kakak rasa geram pada diri sendiri.."jawab saya.. Lemahnya rasa....
"Kakak pergi naik bas lah, tumpang rumah kak mas.. Kalau ada kak mas, mak tak risaukan kakak. ada orang jaga kakak."cadang mak.
"yes, kak mas.. best2. Allah nak bagi kakak peluang sembang dengan kak mas ni.." saya kembali ceria. lama saya tak bertemu senior saya tu. Dulu masa di kampus, kak mas ni lah orang yang paling concern dengan diri saya. Walaupun selalu kena marah dengan kak mas, tapi tetap asyik cari kak mas. sebab rasa selamat bila dengan kak mas. rindu... rindu.. kagen!
So saya pun sms tuan tempat tuisyen memaklumkan yang saya boleh hadir mengajar seperti yang dijanjikan.. saya tidak tahu berapa lama saya boleh mengajar. Kalau saya berjaya dalam interview, saya kena pindah ke Perak... dan sayonara kepada kelas tuisyen ini.. tak ada pilihan lain.
dalam hidup ni kita merancang dan merancang sebab memang itu adalah tanggungjawab kita. orang yang tidak merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal.
Ada masa kita tidak mampu melaksanakan perancangan itu. Dan saya rasa sangat malu bila saya terpaksa menghampakan orang lain. Tapi saya tidak mampu.. bukan saya tidak mahu..memang saya betul-betul tidak mampu... Saya merelakan diri kalau orang nak marah saya, marah ajela puas-puas. Janji lepas dia marah tu, dia maafkanlah saya ya... saya dah selalu kena marah.. saya tak marah kepada orang yang marahkan saya sebab saya ni cuma hamba Allah.. hamba mana boleh demand lebih-lebih.
Ya Allah.. janganlah biar aku kehilangan sifat amanah.. janganlah biar aku kehilangan sifat thiqah...
apabila kamu mahu menjadi orang yang dipercayai, kamu akan merasa sakit apabila orang hilang kepercayaan terhadap kamu.
baru-baru ni saya belajar satu perkara, adakalanya kita perlulah melepaskan sesuatu untuk dapat sesuatu.
dan saya juga belajar satu perkara penting iaitu :
maafkan orang lain sebab kamu juga mengharapkan kemaafan dari orang lain.. maafkanlah saya... :(
hari tu hujan lebat.. saya ternampak seekor anjing berkaki tiga.. anjing tu berlari dalam hujan setangkas anjing-anjing yang berkaki empat. Ya Allah, hati saya tersentuh. Anjing itu tak pernah mengeluh. Anjing tu tetap meneruskan hidupnya seperti anjing lain. Ya, mengapa saya mahu mengeluh? Ish, malu lah cik lillah! Malulah pada anjing tu.. Malulah pada Allah.....
Maafkan hambaMu ini... Astagfirullah...
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ku serahkan diriku ini secara total dalam pengurusanmu dan janganlah Kau berikan hatta sesaat utk ku mengendalikan urusanku sesungnguhnya aku tidak mampu. Kau lebih tahu mana yang terbaik buat hambaMu ini Ya Allah. permudahkanlah urusan duniawi ku ini mencari redhaMu dalam menuju penghidupan akhirat yang kekal abadi nanti..
BalasPadamamin...
BalasPadamaduhai lilah ku syg....
BalasPadamdatang je tpg...
jgn segan2...
i'm glad u'll be here...
rindu lama xjumpa... :)
moga Allah menyediakan yang terbaik buatmu....pintalah padaNya...kita tidak mengetahui rencanaNya....maka redha atas segala adalah yang terbaik sebagai hamba diatas muka bumi yang fana ini... kita adalah hambaNya....
BalasPadam