Sabtu, 10 April 2010

jenis-jenis air yang keluar dari kemaluan


Soalan :
boleh tak akak terangkan pasal jenis-jenis air yang keluar dari kemaluan wanita?
dan hukumnya boleh bawa solat tak? (April/9/2010 9:26:40 PM)



Jawapan :

akak terangkan untuk lelaki dan wanita ok dik...

1) Air mani

adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.

Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani.

Air mani ini suci dari segi syarak jadi pakaian yang terkena air mani boleh dibawa solat..

Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya:
Bahawa suatu pagi seorang sahabat mencuci pakaiannya. Lalu Saidatina Aisyah r.a berkata: Sepatutnya kamu membasuh sebahagiannya sahaja.
Sekiranya kamu melihat kekotorannya, basuhlah tempat kotor tersebut.
Sebaliknya jika tidak kelihatan, memadailah dengan kamu memercikkan air disekitarnya sahaja. Sesungguhnya aku pernah mengikis air mani yang terdapat pada pakaian Rasulullah s.a.w seterusnya baginda menggunakan pakaian tersebut untuk mendirikan sembahyang.


2) Air wadi

warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.

Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut.

Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.


3) Air Mazi

Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita apabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat).

Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut.

Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan
tidak boleh dibawa solat.



further discussion : forum iLuvislam.com

p/s :
untuk perempuan, pakailah pantiliners terutamanya apabila hendak keluar dari rumah supaya memudahkan kita hendak bersolat.. ada pelbagai jenama dijual di pasaran. bagi mereka yang allergic,pakai yang unscented (tanpa perfume).. so sebelum nak solat, kita boleh bersihkan diri dan tukar pantiliners yang baru. kalau tak nak pakai pantiliners, pastikan anda bersolat dalam keadaan tiada air wadi pada pakaian.

Wallahualam...

3 ulasan:

  1. kalo kta membaca novel porno itu keluar air itu namanya air apa,apa wajib mandi

    BalasPadam
  2. Jika sedang ghairah, air yang jernih itu adalah mazi.. ia keluar sebelum air mani. Apabila nafsu sedang memuncak, keluar air keputihan iaitu mani. Apabila keluar mani, wajib mandi...

    BalasPadam
  3. kalo air madzi tertelan ketika oral itu hukumnya gmn yah?

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....