Siapa yang beramal demi pahala, niscaya akan letih dengan harapan. Siapa yang beramal karena takut siksa, niscaya akan letih dengan prasangka baik. Siapa yang beramal demi Wajah-Nya, niscaya tiada letih baginya.”
(Imam An-Nifari)
Subhanallah…(Imam An-Nifari)
sungguh mendamaikan jiwa tatkala membaca quote ahli sufi ini..
saya paste quote ini di facebook dan mendapat respon dari seorang sepupu saya,fikri :
akak, dlm hadith ni ada confiused la..
arr.. "siapa yg beramal demi wajahnya, niscaya tiada letih baginya" fikri ada 3 kefahaman tentang di atas
1. sbb x ikhlas, buat sbb org sbb tu x leth dgn apa2 pengharapan
2. beramal krna nak pahala, itulah iman dan ikhlas
3. "niscaya tiada letih baginya" krana ykin penuh dgn ALLAH, so xksh apa terjadi sbb yakin dgn ketentuanNya
sebagai menjawab kekeliruan ini..
dik, ini bukan hadis.. ini kata-kata seorang ahli sufi dari Iraq, Imam An-Nifari..
Siapa yang beramal demi Wajah-Nya, niscaya tiada letih baginya.
seseorang yang beramal semata-mata kerana cintanya kepada Allah adalah orang yang paling merdeka. orang ini menjadikan seluruh hidupnya untuk mencintai Allah dan seluruh amal dalam kehidupannya adalah demi menuju kekasihnya.. demi melihat wajahNya..
dia melakukan kebaikan tanpa menghitung-hitung dan jemu-jemu tanpa mengharapkan balasan kecuali balasan cinta daripada Penciptanya.. Sama ada manusia memuji atau mencelanya, dia rasa sama sahaja kerana dia sudah tidak peduli lagi dengan itu semua. Dia hanya peduli apakah Allah akan menerima dirinya yang sangat-sangat mengharapkan pertemuan dengan Allah…
Subhanallah...
Siapakah orang-orang itu ? Allah menjawab dalam firmannya :
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa,
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati
(pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).
(Al-Lail : 17-21)
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati
(pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).
(Al-Lail : 17-21)
Subhanallah…
Orang yang ikhlas hidupnya untuk mencintai Allah ini tetap akan mendapat pahala dari Allah.. dan mendapat segala balasan kebaikan yang dijanjikan Allah iaitu kebahagiaan selepas mati..
Lebih bertuah kerana dia merasai nikmat kebahagiaan dan ketenangan semenjak dari dunia lagi.. Masakan dia tidak berbahagia ketika di dunia, sedangkan dia sedang diulit mabuk cinta kepada Rabbnya semenjak di dunia lagi…
Di syurga itu sudah pasti lebih membahagiakan, itulah detik melepaskan segala rindu yang sekian lama dipendam.. untuk bertemu kekasih hati, InshaAllah…
“Mereka di dalamnya (syurga) memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami (ada) tambahannya (melihat wajah Allah Ta’ala)”\
(Qaaf : 35).
(Qaaf : 35).
Siapa yang beramal demi pahala, niscaya akan letih dengan harapan. Siapa yang beramal karena takut siksa, niscaya akan letih dengan prasangka baik.
Mengapa perlu kita berkira-kira menghitung-hitung amal kebaikan kita yang sedikit ini demi mengejar pahala?
Pasti sekali kita tidak akan mampu menghitung nikmat kurniaan Allah kepada kita.. Mata yang memandang ini milik Allah.. Tangan yang menaip ini milik Allah.. Kulit yang melindungi badan ini milik Allah.. Tubuh yang sihat ini milik Allah.. Jantung yang berdegup ini milik Allah.. Udara yang disedut ini milik Allah.. Langit yang tinggi ini milik Allah.. Emak, abah, adik beradik dan sahabat handai milik Allah..
MashaAllah.. saya tidak mampu menghitung semua yang telah Allah berikan kepada saya.. nikmat ketenangan itu infiniti.. nikmat kasih sayang itu infiniti.. nikmat redha.. nikmat yang dirasai tanpa ada bahasa dapat menterjemahkan itu sungguh tidak terhitung...
sungguh malu untuk saya menghitung apa yang saya telah lakukan….
Apabila kita menghitung-hitung dalam beramal kebaikan.. “oh, saya qiam, saya bersedekah, saya membuat usaha dakwah, saya …bla bla”
bukankah itu boleh menimbulkan rasa ‘saya orang yang baik..’ dan syaitan mula berbisik ‘saya lebih baik dari si dia..’ dan paling teruk apabila ‘saya sudah jadi baik!’
Astagfirullah.. itu sudah menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit hati yang boleh menghapuskan pahala dan merosakkan hati kita.. nauzzubillah..
Apa yang mungkin Imam An-Nifari mungkin maksudkan ialah orang yang beramal kerana mengharapkan pahala akan merasa letih kerana dia sendiri tidak tahu apakah dia sudah dapat pahala itu. Pahala itu boleh bertambah dan boleh berkurang bergantung kepada amalan seseorang. Adakalanya tanpa kita menyedari perbuatan-perbuatan buruk kita yang terlepas pandang akan merosakkan pahala kita. nauzzubillah.
Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan,
lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan”
(Al-Furqan:23)
lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan”
(Al-Furqan:23)
hanya satu sahaja cara untuk menjaga hati dari digoda syaitan.. iaitu ikhlaskanlah dirimu…
Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.
(QS: Shaad 38:82-83)
Sekadar lontaran fikiran.. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.
(QS: Shaad 38:82-83)
sekiranya kamu mentaati perintahNya kerana mengharapkan pahala.. adakah kamu akan menderhakaiNya jika Dia tidak memberikan kamu pahala?
Daripada mengejar pahala, lebih bijaksana kalau kita mengejar cinta Si yang memberi pahala itu... kerana orang yang mengejar pahala belum pasti beroleh cinta sedangkan orang yang mengejar cinta Nya pasti beroleh kedua-duanya.. Bijaklah dalam beramal!
wallahualam..
"Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu
dengan segenap cintaku
dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."
dengan segenap cintaku
dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)