Sabtu, 17 April 2010

perkongsian terakhir selaku NYDP 1 (bahagian dakwah tarbiyyah)



Bismillahir Rahmanir Rahim

buat adik-adikku yang disayangi…

maafkan akak kerana tak dapat hadir AGM malam semalam.. ada sesuatu perkara yang menimpa menyebabkan akak terhalang untuk ke sana... ketahuilah, hati ini tidak pernah terpisah dari kalian...

wahai adik-adikku yang disayangi…

tiada yang lebih manis selain berada dalam nikmat kemanisan iman.. dan nikmat kemanisan iman itu tidak mungkin dimiliki kecuali mereka yang berjuang mencari keredhaanNya…

Sabda Nabi SAW,
"Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, niscaya dia merasakan manis Iman, iaitu :
hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ; dia mencintai seseorang,
tidak mencintainya melainkan kerana Allah
dan dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu,
sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

wahai adik-adikku yang disayangi…

hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ; dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah..

Sungguh, ini adalah suatu perintah yang cukup indah dari Allah Yang Maha Indah…
adakalanya rasa kasih dan sayang terhadap seseorang itu tidak boleh hadir walaupun kita cuba sedaya upaya memaksa perasaan itu untuk tumbuh.. barangkali lantaran keburukan dan kelemahan yang ada pada seseorang itu.. dalam bergerak kerja bersama pastinya akan ada saat-saat diuji hingga hati itu rasa begitu sakit.. masihkah kita mampu mengasihi, menyayangi dan berlaku baik dengan mereka yang menyakiti kita?

Akhirnya kita mendapati tiada sebab untuk kita mengasihi, menyayangi dan berlaku baik terhadap seseorang itu KECUALI SATU SEBAB… kerana ALLAH semata-mata…

Indah bukan?

Pada saat itu hanya kerana mematuhi perintah Allah lah yang menyebabkan kita masih mampu kekal berada bersama-sama dengan seseorang itu… hanya kerana mematuhi perintah Allah lah yang membuatkan kita masih membantu dia dengan bersungguh-sungguh.. hanya kerana mematuhi perintah Allah lah yang membuatkan kita masih tidak jemu-jemu memberi nasihat dan bimbingan pada dia…

walau disakiti, lansung kita tidak pernah berniat untuk menyakitinya kembali.. walau dihalau, lansung kita tidak pernah berniat untuk menjauhinya kembali.. walau dibenci, lansung kita tidak pernah berniat untuk membencinya kembali..

Indah bukan?

Wahai adik-adikku yang dirahmati Allah…

benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka.

Sungguh, ini juga suatu perintah yang cukup indah dari Allah Yang Maha Indah…
Kita hambaNya yang daif, yang penuh dengan kelemahan… yang tidak mampu berdiri lama.. yang pasti menangis apabila jiwanya terseksa.. yang pasti memerlukan pergantungan kepada Allah..

Kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Namun rahmat keampunan Allah terlalu luas melebihi kemurkaanNya…

Cintailah sesiapa sahaja yang kamu sukai, pasti dia akhirnya akan tetap meninggalkan kamu.. Berbuatlah apa sahaja yang kamu sukai, pasti kamu akhirnya akan dipersoalkan tentang perbuatan kamu… Pergilah kemana sahaja yang kamu sukai, pasti kamu akhirnya akan mati…

maka sucikanlah diri dengan taubat nasuha.. bertaubatlah supaya kita menjadi orang-orang yang dekat dengan Allah.. bertaubatlah supaya hati kita bercahaya dan biarlah cahaya itu menerangi hati-hati manusia yang mendampingi kita… biarkanlah air mata taubat yang mengalir itu memadamkan api neraka.. moga-moga Allah sentiasa memelihara diri kita dari kelalaian yang berpanjangan..

buat pimpinan baru, akak sangat menyayangi kalian.. namun Allah lebih menyayangi kalian… akak berdoa semoga Allah sentiasa memberi ketenangan dan kelapangan dada kepada kalian untuk tetap teguh walaupun ribut menggoncang iman…

yakinlah, Allah sentiasa bersama kalian utk meneguhkan org2 yg sabar berjihad d jalanNya...

Lakukanlah yang terbaik.. lakukan dari hati yang ikhlas.. Lakukan sungguh-sungguh!!

Sabda Rasulullah saw ,

"Sesungguhnya Allah swt tidak melihat rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah swt melihat hati dan amalan-amalan kamu".

(HR Muslim).




kepada yang telah bersara, bermuhasabahlah apakah sepanjang memikul amanah itu, sudah kita lakukan dengan sungguh2? urusan kita masih belum selesai..... sekarang kita sedang menanti untuk dipertanggungjawabkan atas amalan kita di mahkamah Allah....

Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.
(Hadis sahih Al-Bukhari)



perjuangan masih belum selesai.. kini kita sedang memegang status ‘MANTAN’ untuk sepanjang hayat kita.. Sepatutnya kita sudah faham sendiri amanah kita dan apa tindakan yang perlu kita ambil.. Jawatan selaku hamba dan khalifah masih menjadi full time profesion kita selagi mana nyawa dikandung badan… Ingat! Jangan sesekali berniat melarikan diri dari medan dakwah, kerana kamu pasti akan menyesal dengan sungguh-sungguh.. Tiada istilah ‘jemu’ dalam dakwah. Kamu bertanggungjawab di atas diri kamu sendiri.

Jaga iman, jaga amal, jaga mad’u… inshaAllah Allah akan menjagaMu..

dikesempatan ini saya, nur khalilah rasyidah binti abd karim memohon ampun dan maaf kepada sahabat2, andai ada terkasar bahasa, andai ada perbuatan yang menyinggung perasaan atau ada tugasan yang terlepas pandang.. saya sudah cuba memberi yang terbaik tetapi pasti ianya tetap tidak akan sempurna kerana saya seorang manusia.. mohon halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar.. mohon supaya ukhwah yang dibina di atas nama Allah ini terus utuh berkekalan hingga ke syurga Allah.. mohon kalian mendoakan diri ini untuk hidup dan mati di jalan Allah...

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh...
ukhwahfillah abadan abada...

nukilan hamba Allah yang daif,
MANTAN PPMUSM generasi 9 & 10..



p/s : akak dah tengok slideshow AGM... ya Allah rasa rindu pada kalian.. :) akak dah add YM new Mts.. :)
p/s/s : walaupun akak jauh, akak tetap bersama adik-adik.. so, feel free untuk berkongsi masalah dan meminta bantuan ok.. jangan segan2.. akak pernah berada di tempat kalian, akak tahu apa rasanya berada di situ.. :)
p/s/s/s: akak tak upload gambar2 yang abel bagi tu walaupun ianya sangatlah comel2.. akak nak simpan ianya sebagai personal khas for me...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

3 ulasan:

  1. ^_^\/...syukran jzk, k.lillah...

    BalasPadam
  2. thanks 4 everytg kak lillah...3 tahun kenal PPM dan dibimbing oleh senior2 n kak lillah yg byk membantu mematgkan saya ttg cara berfikir,gerak kerja...dan yg paling best di sinilah wan kenal apa itu UKHAWAH..sebelum ni wan x penah kenal n x penah dgr pun apa itu UKHWAH..1st time kenal mase mule2 joint MBM 1st year,..thanks byk membantu...PPM sekarg adalah sebahgian dari hidup saya...saya x kan tgglkan PPM walau dah jadi mantan..PPM sentiasa berada dlm lgkungnku..insya ALLAH

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....