Mungkin akan ada mereka yang bertanya apa itu MBM?
MBM pada keseluruhannya adalah suatu landasan atau lapangan untuk melahirkan mahasiswa yang berupaya menjana pemikiran kritis.
Tapi, bagaimana?
Kami memperlihatkan kepada peserta-peserta MBM tentang realiti kehidupan. Masalah-masalah sebenar yang membelenggu masyarakat tatkala kita sebagai mahasiswa hanya sibuk menyelak buku-buku kuliah tanpa sempat menjenguk realiti hidup ini yang sebenar-benarnya. Sangat rugi jika kita yang digelar sebagai golongan intelektual tetapi tidak tahu untuk bertindak dan mengaplikasi kebolehan kita untuk membantu masyarakat di luar sana. menyedari perkara ini, PPM telah merancang satu program diberi nama; Mahasiswa Bersama Masyarakat, untuk memberi pendedahan dan latihan kepada mahasiswa supaya dapat lebih bersedia berhadapan dengan realiti hidup, cabaran-cabarannya dan cara bertindak.
ini antara aktiviti yang kami lakukan semasa Mahasiswa Bersama Masyarakat (MBM) ‘09 pada cuti sidang lepas, di Pekan Darat.
penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. selama seminggu peserta akan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing.
kita akan melakukan Pemetaan Komuniti (PK). peresta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan berjalan sekeliling kampung dan pantau apa yang berlaku dan mencari isu untuk diketengahkan. ketika ini, peserta akan dilatih untuk berfikiran kritis. memikirkan masalah dan isu tersirat di kampung berkenaan. sambil beramah mesra dengan penduduk kampung.
ini antara rumah yang kami kunjungi semasa membuat Pemetaan Komuniti.
kita akan berpeluang bertemu pelbagai lapisan masyarakat. ketika ini, peserta akan dilatih cara berkomunikasi (soft skill) dengan berkesan.
setiap kali selesai membuat Pemetaan Komuniti, kita akan berdiskusi. melukis peta-peta lengkap perjalanan seluruh kampung berkenaan. menanda kawasan yang mempunyai isu yang dirasakan perlu untuk diketengahkan.
biasanya kita akan melakukan Pemetaan Komuniti selama beberapa hari, untuk mengesan isu sebenar.
dan apabila isu-isu masyarakat mula dibangkitkan, kita akan merancang program yang akan kita sendiri jalankan.
antaranya adalah program penyayang, iaitu ceramah kepada penduduk kampung. peserta sendiri yang akan penggelola program ini dengan pantauan dari PPM. peserta berpeluang mengetahui cara sesuatu program dirancang, siapa yang perlu dihubungi, apa yang perlu dilakukan, bagaimana dan bila masa yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu program. semuanya akan dilatih ketika ini.
hasil pantauan dari aktiviti Pemetaan Komuniti sidang lepas, di kampung tersebut terdapat masalah-masalah dari segi pembelajaran. maka kami mengambil keputusan untuk melakukan program motivasi di sekolah berdekatan. mungkin ada yang akan bertanya, bagaimana untuk berurusan dengan pihak sekolah? bagaimana merancang modul untuk program motivasi ini? kami di PPM akan berkongsi pengalaman dengan peserta-peserta. peserta-peserta akan dilatih tentang pengurusan gerak kerja program.
peserta akan dilatih bagaimana untuk menjadi fasi.
(gambar di sawah padi) pada waktu petang, biasanya peserta bebas melakukan apa-apa aktiviti bersama keluarga angkat dan sahabat-sahabat lain.
sewaktu gotong royong di kawasan kubur
peserta yang terpilih menjadi wakil akan berpeluang bersidang dengan penduduk kampung. dalam persidangan ini, kita akan kemukakan isu-isu yang telah kita kaji sepanjang MBM dan tindakan yang dirasakan perlu dilakukan dan diteruskan di kampung tersebut.
antara aktiviti pada hari akhir kita berprogram….aktiviti mewarna bagi kanak-kanak
pamiran dengan kerjasama AADK…ini juga akan dirancang oleh peserta sendiri.
aktiviti ibu dan ayah angkat masing-masing
kesemua idea-idea program ini dirancang sepenuhnya dari peserta-peserta MBM.
majlis penutup yang diketuai oleh peserta MBM
MBM telah berjaya melahirkan mahasiswa yang mampu merancang dan mengerakkan program mereka sendiri. mereka berani melontarkan idea dalam masa yang sama berani bertindak merealisasikan idea mereka.
ucapan tahniah dari PPM kepada aktivis-aktivis MBM…
anda berminat menjadi seperti mereka? kami di PPM mengalu-galukan penyertaan anda untuk sidang kali ini.
MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT
TARIKH: 12 – 20 FEB 2010
TEMPAT: KAMPUNG NELAYAN, KG RAJA BASAH, KUALA KURAU, PERAK
BAYARAN: RM45 SAHAJA (masih boleh dirunding)
kepada sesiapa yang berminat, boleh datang ke
FOYER DK P (28/1/10 – 4/2/10)…(9.00 – 5.00 petang)
SIJIL DISEDIAKAN
SEMUA MAHASISWA/I DIJEMPUT
boleh hubungi NUR SHAFIKA ABEL BINTI RAZALI__ 019-4499940
Saya terjumpa artikel yang saya pernah tulis suatu ketika dahulu... di website orang lain.. agak terkejut sebab artikel ni dah dikopi ber pes pes....ini adalah kisah benar...kisah beberapa tahun yang lalu...
"Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
p/s : Takkan kau rasai indahnya cinta andai tiada cinta buat yang Esa.. p/s/s : gambar tu masa tahun 1992, diambil sebelum abah mengerjakan haji.. adik bongsu saya pun belum wujud lagi.. p/s/s/s : setiap sesuatu ada masa dan ketikanya... p/s/s/s/s: kalau tidak silap, saya menulis artikel ini semasa tahun kedua di USM.. uish, entah apalah yang sedang saya fikirkan.. dah lupa!
“Dah dia anggap saya munafik. Dia ingat semua orang tak pakai tudung ni jahat. Saya pun dah kecik hati lah.” Cerita tuan rumah saya kepada saya mengenai seorang gadis yang hampir menyewa rumah ini sebelum saya. Menurut cerita, si gadis itu dihalang ayahnya dari menyewa di sini kerana kakak ini tidak bertudung dan mewarnakan rambut.
“Masa Nur datang nak tengok rumah hari tu, saya risau.. macam manalah kalau Nur tengok saya ni.. tak bertudung,”kata tuan rumah saya lagi.
Saya tersenyum. Saya terkenangkan peristiwa pada malam pertama kali saya menemui tuan rumah ini. Saya terfikir juga bagaimanakah respon dia sewaktu melihat saya yang bertudung labuh ini. Sudikah dia menerima saya?
“Mak Nur tahu tak saya macam ni? Tak bertudung?” Soal dia lagi. Hm.. nampaknya dia sendiri sangat ambil peduli isu bertudung ini. Saya juga peduli! Tapi saya ada rancangan tersendiri untuk mengajak kakak ini bertudung…
“Tahu. Saya dah beritahu mak sebaik lepas jumpa akak pertama kali.. mak kata, akak dah berbudi bahasa dengan saya, saya kenalah berbudi bahasa dengan akak… mak jugalah yang bagi cadangan supaya saya bayar sewa lebih..”terang saya. Tuan rumah saya kelihatan lega.
Alhamdulillah, mudah sahaja hati saya menerima tuan rumah ini dan keadaan rumah ini. Ada sahabat saya yang menegur saya kerana tinggal di kawasan majoriti Cina. Mereka tidak senang dengan bau colok dan anjing-anjing yang berkeliaran. Tetapi bagi saya, itu bukan apa-apa untuk saya. Selagi saya boleh berlindung, beribadah dan berdakwah itu sudah cukup selesa untuk saya.
Malam ini tuan rumah saya kemalangan. Dan saya telah menemani dia sepanjang malam menguruskan hal yang patut. Jam 1.27am baru kami sampai rumah. Banyak perkara yang kami sembangkan malam ini. Dan saya sayangkan dia.. Perasaan bimbang, terharu, dan gembira bercampur-campur. Letih itu sudah pastilah.. Alhamdulillah..
Kali pertama saya menjejakkan kaki ke kawasan ini, hati terasa berbunga-bunga.. Oh Allah.. adakah Kau sedang memberi aku peluang untuk berdakwah di sini? Aku sangat gembira ya Allah….
Namun saya tidak pernah menyangka dakwah saya akan bermula dari dalam rumah ini sendiri. Apa sahajalah yang Kau berikan, aku terima dengan penuh syukur..
“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan pengajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang baik.” (An-Nahl : 125)
Dalam menyampaikan dakwah, saya berpegang pada 3 perkara :
1. Hikmah dan hasanah iaitu kemahiran penyampaian yang memenuhi dan menyantuni kehendak kelompok sasaran tanpa meninggalkan prinsip. Memilih kaedah terbaik di samping didikan dan teguran dilakukan dengan cara yang baik. Mengelakkan eksrimisma dan sentiasa bersikap sederhana dalam segala hal. (rujuk An-Nahl:125)
2. Role modeling (Dakwah bil Hal) iaitu kita menjadi contoh ikutan kepada kelompok sasaran dengan menampilkan akhlak yang baik bukan menjadi hipokrit namun dalam waktu yang sama berusaha untuk belajar menjadi yang terlebih baik untuk diri sendiri dalam proses ini. (rujuk As-Saff :2-3)
3. Kefahaman bukan ikutan (Tafhum la taklik) iaitu memberi kefahaman tentang tujuan kebaikan atau sebab musabab perbuatan mereka bukan semata-mata menyuruh.
Wallahualam..
p/s : ya Allah, limpahkanlah hidayahMu kepada kami, keluarga kami dan orang-orang di sekeliling kami… amin…
Dari seorang YDP, saya belajar erti kasabaran.. terkagum melihat tegarnya seorang pemuda yang penyabar tatkala insan lain pasti tergugah…
Dari seorang timbalan NYDP1, saya belajar erti membahagiakan.. terkagum melihat besarnya jiwa seorang permaisuri yang solehah..
Dari seorang NYDP2, saya belajar erti pengorbanan... terkagum melihat kesanggupan mengenepikan rasa hati tatkala sedang berjuang di medan..
Dari seorang SUA, saya belajar erti persahabatan.. terkagum melihat kerelaan bekorban kerana ikatan ukhwah..
Dari seorang SUO, saya belajar erti rahsia.. terkagum melihat tegar dalam rahsianya menahan air mata di sebalik senyuman..
Dari seorang SUE, saya belajar erti Tarbiyyah.. terkagum melihat jiwa yang bertarung melawan dua suara dari dalam diri..
Dari seorang Bendahari, saya belajar erti keberanian.. terkagum melihat jiwa itu berdiri sebaris dengan yang lain tanpa ragu..
Dari seorang timbalan Bendahari, saya belajar erti kepuasan.. terkagum melihat kesungguhan jiwa itu begitu berdedikasi dalam merealisasikan impian kami…
Dari sebuah organisasi, saya belajar erti kedewasaan... di sini saya disekolahkan untuk hidup sebagai pemberi.. terima kasih kepada guru-guru saya.. hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian… teruskan perjuangan kalian .. ukhwahfillah Abadan abada.. =)
Kami memerlukan sukarelawan di sekitar Pulau Pinang untuk membantu membuat bancian penduduk Tanjung Tokong
Hari : Sabtu Tarikh : 23 Jan 2010 Masa : 8.30pagi hingga petang
Kami memerlukan ramai sukarelawan bagi melancarkan perjalanan program. Lebih ramai sukarelawan, bancian dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.
Bagi mahasiswa/wi USM, pengangkutan akan disediakan.
hubungi : Rahimi, YDP Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM (PPMUSM) 0139975537 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selepas Buah Pala, kampungku pula bakal dirodok jentera… selamatkan Tanjung Tokong!
aku tak tahu apa nak jadi dengan Pulau Pinang, negeri bertuah di mana aku dibesarkan, negeri bertuah di mana berasalnya susur galur keturunanku
nampaknya baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat di negeri itu, tidak mampu berbuat apa-apa bila tiba tiba isu pengambil alihan tanah oleh para pemaju lintah darat
Tanjung Tokong mempunyai nilai yang sangat sentimental buat diriku, bukan saja ibuku dilahirkan di sini tetapi aku sendiri dibesarkan di kampung berkenaan sebelum berhijrah ke Terengganu pada tahun 1984
dari segi sejarahnya pula, Tanjong Tokong adalah sebuah perkampungan yang tertua dan mengekalkan kebudayaan Melayu dalam negeri ini, sebuah buku yang berjudul “Penang Lama” menjelaskan kampung Melayu tersebut wujud sejak 200 tahun dahulu sebelum kedatangan Inggeris iaitu Sir Francis Light pada tahun 1786
Tanjung Tokong bukan setinggan for God sake!
namun dalam afidavit yang di kemukakan oleh pemaju iaitu UDA, jelas menyatakan bahawa penduduk kampong ini adalah setinggan
yang menyedihkan hati aku, di saat perkampungan Melayu seperti Tanjung Tokong dicap sebagai sebagai setinggan, perkampungan nelayan kaum Cina di Bang Laud dan juga Jetti diiktiraf pula oleh kerajaan negeri
aku difahamkan, UDA mahu merobohkan kampung ini semata-mata kerana hendak membina 650 unit bungalow dan juga rumah kos rendah di tanah seluas 40 hektar dan menyusun semula penduduk , yang mana ianya bukan pemilik tanah tersebut
aku tak tahu bila episod malang Tanjung Tokong akan berakhir…namun aku tetap optimis bahawa akan ada ‘cahaya’ di hujung perjalanan saga ini walaupun hakikatnya jentera besi sudah semakin hampir untuk melahap tanah bertuahnya
bagi aku, kalau betul kampung-kampung yang ada di Pulau Pinang seperti Buah Pala dan Tanjung Tokong hanya akan menyusahkan kerajaan, baik digugurkan saja bom atom biar semua penghuninya mampus…kemudian ratakan tanah yang ada dan bangunkanlah sebanyak mana banglo mewah dan hotel lima bintang di atasnya
sekurang-kurangnya ia lebih telus daripada terus membohongi rakyat atas alasan pembangunan!
Mustafa Kemal Ataturk (12 Mac 1881 - 10 November 1938) atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia Pertama. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentara Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.
1901, War Academy
Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.
Nama Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari Tentera Ottoman. Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, beliau diberi nama 'Ataturk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'.
Kehidupan awalrumah kelahiran
Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Selanik (Thessaloniki, Greece). Bapa beliau, Ali Riza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak. Ataturk berusia 7 tahun ketika bapa beliau meninggal dunia. Beliau kemudian dibesarkan oleh ibunya, Zübeyde Hanım.Apabila berusia 12 tahun, beliau dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir (kini Bitola, Republik Macedonia). Ataturk menyertai Akademi Tentera Ottoman di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan). Gerakan sulit ini aktif menentang regim autokratik Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.
kakak, ibu dan Attaturk
Siapakah Mustafa Kamal Attaturk ? Beliau lahir pada tahun 1881 disebuah kawasan miskin di Salonik, Turki. Salonik adalah kawasan Yahudi Daulamah iaitu sekumpulan Yahudi dari Sepanyol yang berhijrah ke situ. Salunik sebuah bandar dalam negara Yunani yang tunduk dibawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Jika ditelusuri latar belakangnya, bermakna dia dari keturunan Yahudi. Beliau sempat berada di sekolah Fatimiyyah yang masyhur. Namun selepas itu ayahnya menukarkan beliau ke sekolah lain yang memakai sistem barat kerana benci kepada sheikh-sheikh agama. Peringkat menengah beliau memasuki sekolah tentera dan menjadi ahli Freemasonry. Ketika zaman mahasiswa, Kamal bergabung dengan kumpulan nasionalis yang fanatik. Kelompok ini tidak jemu-jemu menyalahkan Islam sebagai punca keterbelakangan Turki dan terus menerus menyebarkan kebencian terhadap Syariat yang dianggap kolot serta menjadikan ajaran-ajaran sufi sebagai bahan tertawaan. Kamal menyatakan keinginannya untuk membangunkan Turki yang dihormati oleh Negara-negara lain di dunia. Ia pernah menyatakan,
“ Saya adalah Turki ! Menghancurkan saya sama ertinya dengan menghancurkan Turki !”
Setelah berkuasa, Kamal menyatakan dengan tegas bahawa ia akan menghancurkan seluruh kesan-kesan Islam dalam kehidupan bangsa Turki. Hanya dengan menghapuskan segala sesuatu yang berbau Islam, maka Turki boleh memperolehi kemajuan menjadi bangsa yang moden. Kamal juga menyerang Islam dengan ungkapan,
“Selama hampir 500 tahun, hukum dan teori-teori ulama, Arab serta tafsir para pemalas dan tiada guna telah menentukan hukum perdata (baca:hukum berkaitan harta) dan pidana (baca:hukum berkaitan jenayah) Turki. Tidak ada wahyu Tuhan ! Islam itu hanyalah rantai yang digunakan para ulama, dan penguasa zalim untuk membelenggu rakyat. Penguasa yang memerlukan agama adalah orang yang lemah. Orang yang lemah tidak boleh berkuasa!”
Ketika berkuasa, Mustafa Kamal menjadi dictator absolute .Seluruh bangsa Kurdis di Turki dibinasakan dengan cara yang bengis ,desa-desa dibakar ,ternak dan hasil tanaman dimusnahkan, perempuan dan anak-anak diperkosa dan dibantai. Bangsa Kurdis adalah bangsa yang beragama Islam. Mereka bukan orang Turki. Solehuddin Al-Ayubi juga adalah bangsa Kurdis. Rakyat Turki juga harus menerima reformasi anti Islam seperti larangan mengenakan fez / tarbus (kopiah Turki) dan serban. Rakyat Turki diwajibkan mengenakan pakaian Eropah, wajib menggunakan tulisan Turki (tidak boleh menulis tulisan Jawi dan Arab), kalendar Hijrah dihapuskan dan Hari Ahad adalah hari cuti menggantikan Jumaat. Akibatnya, jutaan rakyat Turki khasnya di desa-desa dan Bandar-bandar kecil mengutuk Mustafa Kamal. Tanggal 29 Okt 1923 menjadi satu hari bersejarah untuk umat Islam sedunia. Rancangan awal Mustafa Kamal mendapatkan keberhasilan. Beliau berdiri diatas pentas dan mulai menyampaikan ucapan.
“Anda telah menugaskan saya untuk menyelamatkan keadaan di saat yang kritis ini. Namun krisis ini bukan akibat perbuatan anda. Sumber dari krisis ini bukanlah satu perkara yang sederhana ,namun kesalahan mendasar dalam sistem pemerintahan kita. Majlis Nasional melaksanakan fungsi sebagai lembaga legislative. Setiap anggota Majlis Nasional masih harus ikut campur dalam setiap pengambilan keputusan pemerintah dan turut mengatur Kementerian- kementerian pemerintahan dan keputusan para Menteri.
Tuan-tuan !
Tidak seorang menteri yang dapat melaksanakan tanggungjawab dan menerima kedudukannya dalam keadaan seperti itu. Anda harus menyedari bahawa pemerintahan yang dibangun dengan landasan seperti itu tidak akan dapat berdiri tegak dan kalau pun tegak, itu satu pemerintahan yang kacau bilau. Kita harus mengubah keadaan ini. Oleh sebab itu, saya telah memutuskan bahawa Turki harus menjadi sebuah Republik dengan seorang Presiden yang terpilih.”
Pidato itu pun menyudahi Khilafah Islam yang memang sudah runtuh sejak tergulingnya Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909 dan digantikan oleh Sultan Muhammad V. Pidato itu hanya sebagai bulldozer yang menyapu bersih puing-puing khilafah yang telah hancur. Mustafa Kamal Attaturk menyempurnakan penutupan buku dengan terpilihnya dia sebagai Presiden Turki dan pengkhinat besar dalam sejarah Islam.
Antara tarik-tarikh penting yang perlu kita ketahui:
1) 28 Okt 1922 - satu muktamar diadakan dan wakil Kerajaan Turki dijemput bagi memutuskan pembentukan Republik Turki dan penghapusan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan tidak dibenarkan wakil Turki bersuara.- Majlis Kebangsaan Turki membuat keputusan memecat Sultan Muhammad IV (selepas Sultan Muhammad V ) dan sistem khalifah dihapus.
2) 17 Nov 1922 - Majlis Kebangsaan isytihar Turki adalah negara Republik dan jawatan sultan tidak diperlukan lagi sehingga Sultan Muhammad IV melarikan diri.
3) 24 Julai 1923 - Turki mesti membebaskan Qobrus, Syam, Iraq, Al-Jazair,Tunisia, Mesir dan Libya dari taklukannya dan dibahagi sesama Inggeris.
4) 3 Mac 1924 - Sistem Khalifah dihapus secara rasmi dan Ankara diisytihar sebagai ibu Negara Turki menggantikan Istanbul.
Undang-undang yang bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa antaranya ialah :
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Kehidupan peribadi Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.
gambar perkahwinan
bersama isterinya (bertudung)
Kematian Di saat kematiannya, beliau menghidap penyakit yang sangat menyeksakan. Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tidak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!