bersyukurlah dengan setiap kejatuhan dan kegagalan.. kerana di situlah ada peluang untuk kamu bangun... dan di situlah ada peluang untuk kamu menarik tangan mereka yang jatuh. dan di situlah ada peluang untuk kamu memberi manfaat kepada manusia.. dan di situlah ada peluang untuk kamu menjadi pecintaNya.. dan di situlah ada peluang kamu ke syurgaNya.. dan di situlah ada peluang melihat wajahNya..
Udara pagi yang sejuk dan nyaman sungguh mendamaikan. Pagi ini sama seperti pagi-pagi lain. Saya bangun dari tidur dan melihat sekeliling. Entah berapa ribu kali saya telah melakukan perbuatan yang sama - bangun pagi dalam keadaan melihat alam yang masih kekal indah, tidak berubah.
walaupun dunia yang indah ini dicemari dengan penindasan, peperangan dan pencemaran.. Dunia ini masih indah. (saki baki yang tetap indah)
1993 - Kuala Lumpur... Saya dimasukkan ke tadika A, 3 bulan sahaja bertahan. Tadika B, 3 bulan lagi.. Setiap hari saya fobia hendak ke tadika. Kenapa fobia?Abah selalu terlupa hendak mengambil saya sewaktu balik dari tadika. Adakalanya disebabkan abah ada mesyuarat, abah mengambil saya lewat. Kadang-kadang anak-anak kawan abah akan mengambil saya. Tetapi saya tidak sukakan mereka, maka satu sahaja cara untuk protes iaitu menangis!
Akhirnya saya belajar membaca dan menulis di rumah bergurukan emak. Sambil menyusukan adik kecil, emak akan memegang hos paip untuk merotan kami. Tapi hos itu hanya hinggap pada bantal dan menghasilkan bunyi yang kuat. Mengerikan.... Yang hinggap di betis saya adalah tangan emak- cubit. Emak mewajibkan anak-anaknya mesti sudah pandai membaca dan menulis sebelum masuk ke sekolah.
Saya akan menangis hingga muntah-muntah sebab tidak sukakan tadika itu, tidak sukakan anak-anak kawan ayah saya, dan tidak suka semuanyalah.. Mungkin pada ketika itu, dunia saya tidaklah indah sangat. Tetapi perasaan itu telah lama hilang.
Semenjak saya lahir hinggalah saya darjah 2 (1995), saya menghidap sejenis penyakit di esofagus. Saya akan muntah macam air paip apabila saya menangis atau ketawa yang berlebihan. Bayangkan, penghidap Bulemia yang rajin memuntahkan makanan itu akan menjadi ramping. Saya ketika itu sudah seperti tengkorak. (Tidak pernah menyangka sekarang akan menjadi macam Big Mac). Untuk mengatasi penyakit ini,saya cuma ada satu sahaja cara... MENGAWAL EMOSI. Ketika ini saya penggeli & penakut kepada kucing.
Masuk sekolah, darjah 1 di Johor. Penyakit muntah masih tidak boleh di atasi. Pernah sewaktu sedang makan tengah hari dan saya sudah lengkap berpakaian sekolah, tiba-tiba bas sekolah datang. Saya jadi panik dan serta merta muntah.. ketika itu kami sekeluarga makan dalam talam. Kelang kabut jadinya emak saya. Saya rasa emak memang tidak pernah tenang seketika dari menguruskan saya dan muntah itu.. Entah berapa hari sahaja saya pergi sekolah kerana cikgu-cikgu pasti akan menghantar saya balik ke rumah. Saya disambut dengan marah oleh emak.
"Kawal emosi! Sampai bila nak macam ni? Kalau tak pergi sekolah, nak jadi apa? Cuci longkang? Angkat najis?"marah emak.
Sebagai denda, apabila saya tidak ke sekolah, saya perlu baring di atas katil hingga waktu sekolah tamat- tidak boleh menonton televisyen ataupun bermain di luar rumah. Orang sakit kenalah buat macam orang sakit. Sambil melayan kebosanan itu, saya mula berangan-angan menjadi pencuci longkang. Tetapi saya tidak pernah melihat pengangkut najis, jadi saya tidak dapat membayangkannya.... Apapun, semasa peperiksaan akhir tahun saya dapat cemerlang.. Top 5!
1995- berpindah ke Perak. Sekolah baru. Di kampung ini, nenek saya seorang yang agak popular- ustazah.. Apabila saya ke mana-mana, orang akan sebut-sebut nama nenek saya. Sedangkan saya bukanlah baik sangat. Ketika itu malas bertudung apabila keluar rumah. Selalu kena marah dengan emak. Emak kata saya perlulah jaga maruah keluarga.. Pakailah tudung, itu kewajipan. Aurat kena ditutup.. Dosa anak yang belum baligh ditanggung oleh mak abah sebab mak abah yang bertanggungjawab kepada anak itu..
Maka saya pun apalagi, pergi ke sekolah dan menyeru kawan-kawan saya bertudung. Kawan baik saya, datang dari keluarga yang memang tidak bertudung pun akhirnya merengek kepada ibunya meminta tudung. Terjadilah satu revolusi budak-budak darjah 2 bertudung dengan mendadak...
Setiap petang akan dipaksa belajar. Selagi belum pukul 5, tidak boleh main di luar. Maka saya yang nakal ini menyuruh kawan baik saya datang pukul 4.30.. Apabila terdengar suara dia memanggil saya, saya akan dibebaskan awal! Wuuhuu.... bahagia! macam-macam lagi helah saya buat.. cerdik kan.. hehe..
muntah?Alhamdulillah. Dah baik dah...
Peperiksaan akhir tahun dapat Top 1!
1996- pindah Kuala Lumpur. Menjadi seorang pengawas.. Saya sangatlah gembira dapat menjaga kelas budak darjah 1 apabila guru-guru bermesyuarat. Saya akan buat Kuiz dan menawarkan hadiah kepada adik-adik itu. Saya terpengaruh dengan rancangan televisyen yang berbentuk kuiz. (masih ingat rancangan Perdana Ria?)
Maka kelas yang dijaga oleh saya akan meriah sedangkan sepatutnya kelas itu diam. Saya akan mengikat perut kerana mahu menyimpan duit untuk membeli pensel tekan, pemadam atau apa-apa hadiah untuk mereka.
Setiap pagi, saya akan dihantar ke sekolah agama swasta. Tetapi saya selalu memujuk ustazah saya supaya membatalkan kelas. Kemudian saya bermain kuiz!!! Disebabkan kuiz saya adalah kuiz berdasarkan subjek yang kami sudah belajar, ustazah sangatlah mengalu-alukan aktiviti saya.. Ada satu lagi aktiviti saya, saya akan memujuk ustazah untuk memandikan bayi-bayi comel yang berumur 5 bulan- 2tahun.. Di sekolah ini ada nurseri, dan saya paling suka sewaktu bermain air.. eh mandi sebenarnya... wah!! bahagia kan.
peperiksaan akhir, Top 2!
1997- pindah lagi... sekolah inilah yang paling lama.. sampai UPSR. Kali ini saya telah di 'brain wash' oleh emak supaya jangan bermain di sekolah. Emak pesan duduk diam-diam. Jangan merayau!
Saya patuh. Saya akan duduk diam di meja saya... dan.... saya melukis.. Lukis gambar orang. Lukis komik. Dan.. saya telah mengadakan pertandingan ratu cantik berdasarkan lukisan-lukisan itu. Juri-jurinya adalah semua pelajar perempuan kelas saya. Saya juga menerima tempahan membuat komik. Upahnya sebanyak 50sen. Syaratnya, mereka perlu menyediakan sebatang pensel tekan dan sebuah buku tulis sendiri. Saya juga kemudiaannya membuka kelas tuisyen melukis. Antara salah satu topik yang saya ajar ialah 'letakkan tahi lalat di sekitar bibir supaya cantik'. (pengaruh Dato Siti)
seorang kawan India saya merungut : "Tak nak... tak nak... tak suka!!"
saya yang ditaktor : "Kene juga! Kalau tak, tak dapat A!"
Semua ini berterusan hinggalah saya UPSR. Macam-macam projek saya buat.. Pemalas buat homework terutama Math. Cikgu Math tu lelaki yang sweet, langsung tidak menakutkan. Maka saya sentiasa rela dirotan oleh dia. Mujurlah saya duduk di belakang ketua pengawas saya. Dia asyik membebel suruh saya belajar dan berhenti merapu (menjalankan projek). Saya malas nak buat math, sedangkan si ketua pengawas ni gila math. Jadi saya selalu mengambil manfaat dari dia- tanya apa jawapan soalan ketika cikgu panggil. hehe. semasa kursus persediaan UPSR, ha... AYAHnda dia telah diletakkan oleh PIBG untuk ajar saya math..
dan di situlah bermulanya minat saya dalam math... (Adakalanya kita tak boleh nak terima apa yang mak sendiri cakap, tapi bapak orang lain boleh pulak!)
Ketika ini saya sudah mula jadi penyelamat kucing. Puas kena marah dengan mak abah. Tapi apakan daya, saya ini degil. Lepas seekor, seekor lagi saya angkut bawa balik.. (Pengaruh Animal Planet). Ketika itu bercita-cita mahu menjadi Rangers. Kemudian mahu jadi veteriner.. kemudian....
sebelum UPSR, saya sibuk buat study group yang mana berubah menjadi sembang group. Kami akan buat di rumah kawan saya yang ada angsa, ada CD belambak dan emak ayah tiada di rumah. Boleh teka apa yang kami buat selain belajar?
UPSR 4A. Saya ketiadaan perasaan ketika ini. Saya tidak tahu mengapa emak selalu menangis setiap kali saya dapat result exam... ketika ini saya lihat ketua pengawas sekolah saya menangis sebab dapat 4A sahaja. eh, kita samalah.. masa itu saya tidak faham kepedihan yang kawan saya itu rasa.
dan masuk sekolah menengah!!..
form 1 - saya dikelilingi students chinese yang hidup bermisi dan bervisi! dan saya terpengaruh. siang malam pagi petang kami cuma tahu satu sahaja - Who will win this battle?
ketika ini keluarga saya mula diuji dengan pelbagai cabaran yang hanya orang dewasa mengerti. banyak cabaran suami isteri kan?
dan ibu bapa saya tidak terkecuali.
maka saya mulalah tidak suka duduk di rumah. Permulaannya saya berazam mahu belajar bersungguh-sungguh supaya segera dapat kerja yang hebat dan seterusnya membeli rumah sendiri. Saya siap menanda di kalendar tarikh-tarikh untuk lari dari rumah.
Di sekolah, saya maintain Top 5 untuk whole form.. dan kelihatan semuanya adalah orang belum islam (semoga mereka mendapat hidayah Islam).. di manakah orang Islam yang mahu memartabatkan Islam di sekolah ini?
Saya mula membenci diri saya dan kehidupan saya. Terasa dunia ini begitu kejam dan zalim. Penuh dengan pembohongan. Saya benci apabila orang-orang dewasa melakukan sesuatu yang saya yakin mereka tahu perbuatan mereka keji. Saya mula membaca karya-karya Al-Ghazali, Imam Nawawi dan Buya Hamka.. Saya banyak membaca yang berkaitan Tasauf.
Saya mencari jawapan kepada persoalan mengapa saya mesti hidup? (sebab banyak kali menonton dalam televisyen orang bunuh diri, maka mengapa tidak saya mencubanya?)
Saya mencari jawapan kepada persoalan mengapa mesti taatkan ibu, abah dan guru? (adakalanya orang dewasa memang mengelirukan, lebih-lebih lagi apabila kita bertanya soalan dan mereka menjawabnya dengan "kecik lagi... nanti dah besar tahulah.". Mereka tidak tahu betapa seksanya jiwa menunggu besar.. penantian itu satu penyeksaan!)
Saya mencari jawapan siapakah yang ada untuk melindungi saya dan menunaikan kehendak saya?
(saya mula istiqamah solat malam semenjak form 1.. permintaan yang sama dan masih sama.... Ya Allah... Bagilah aku dapat melihat wajahMu di syurga tertinggi! Bagilah aku dapat memartabatkan agamaMu! Bagilah aku nombor 1!)
ketika saya form 1, cita-cita saya nak jadi yang palinggggggg tinggi... sampai terkeluar dari awan. nak jadi Angkasawan. hehe..
Form 2, saya mula join pengawas sekolah.. Saya join sebab minoriti Islam yang jadi pengawas. Saya tahu saya perlu terjun ke dalam badan itu sekiranya saya mahu badan itu berubah seperti yang saya mahu.. Dan saya mahukan keadaan yang lebih baik!.
Saya tidak perah menduga saya akan menjadi sangat aktif dalam hal-hal selain belajar. Sedangkan tujuan ke sekolah adalah untuk belajar. Saya sangkakan apabila kita tidak tahu atau tidak faham, kita akan terseksa dan tidak bahagia. Maka saya sibuk mengambil tahu dan mencari- cari jawapan yang belum sampai umur saya untuk mengetahuinya. Rupa-rupanya pengetahuan itu hadir bersama air mata ketakutan, kebimbangan dan penyesalan...
sedih melihat orang ramai diselubungi kejahilan yang melemaskan..
pilu melihat kejahilan yang membunuh jiwa-jiwa yang KOSONG!
maka....
saya pun memulakan projek.. projek telekung, projek kira haid, projek mini library, projek soalan jawapan, projek buletin, projek tuisyen dan macam-macam... Pada saya 'mereka tidak tahu, sedangkan saya tahu, jadi saya mesti bagi tahu'. Ketika inilah saya dipanggil menghadap guru disiplin, Guru Besar..
Semua perkara ada suka duka. Cabaran itulah yang mematangkan kita. Jalan A ditutup, kita gunalah jalan B. Jalan B ditutup, gunalah jalan C... .... dan seterusnya hinggalah X, Y, Z... setakat ini tidak pernah sampai Z lagi..
Pernah satu kali saya dipanggil guru disiplin.
"Awak buat apa khalilah?" mata cikgu tajam.
"Check period diorang.." jawab saya.
"Macam mana? check spender?"soal cikgu.
"Tak perlu. Saya ada wakil yang akan tick pada senarai solat pada waktu solat di surau. saya akan collect senarai ni. dan mana-mana students yang dah lebih 15 hari tak solat, saya akan pergi jumpa dia secara private untuk ajarkan dia cara nak kira hari haid dan hari istihadah serta cara solat ketika istihadah. Cikgu jangan risau, wakil saya tu dirahsiakan supaya kawan-kawan mereka tak marah pada dia.. ada ramai. setiap form ada beberapa orang wakil. saya ada senarai nama form 1 hingga form 3... cikgu jangan risau," saya menenangkan cikgu...
Dia ketawa besar sebaik mendengar penerangan saya. Ketika itu saya form 3... oooi, orang lain nak PMR, saya pulak asik dengan projekkk!
PMR- 8A.. Saya memaksa diri belajar sebab mahu jadi contoh pada adik-adik junior dan supaya saya dapat mengekalkan pengaruh saya.. selagi saya boleh maintain best students, tiada siapa akan dapat halang saya membuat apa yang saya mahu.
terjadi beberapa kali orang yang tak puas hati mahu mensabotaj saya.. tapi, Allah selalunya akan menjadikan keadaan itu baik untuk saya.
Adakalanya populariti kita akan naik apabila kita dikutuk.. Mungkin niat asal kita dikutuk supaya kita dihina.. Tetapi masyarakat jadi simpati dan menyokong kita..
Apabila kita sudah bergerak.. dan ramai orang di belakang kita.. apabila halaju kita menurun, anak-anak buah kita akan push kita... maka pecutan adalah sekata...
saya ada problem dengan Addmath. asik C je.. masa percubaan SPM gagal. hehe.. masa tu insaf. saya pun tiba-tiba berazam nak buat 10 kali latihan buku-buku latihan yang saya dah pernah buat.. heii, rupanya practice je.. sampai lancar... akhirnya saya berjaya menjadikan A sebelum ke dewan exam..
SPM.. 10A..
Kemudian telah ke matrikulasi... setahun di sana... study macam gila. eh, saya memang gila study. Sampaikan room mate saya stress sebab tengok saya study. Budak 'Hayat' memang sepatutnya banyak menghafal..nama urat-urat pun kena hafal.. dan saya ada buat kelas bimbingan kepada sahabat-sahabat yang lemah dalam subjek. ketiku itu saya berkenalan dengan seorang sahabat ini, Zailiana. kami cuma kenal nama sahaja.
dan result.. PNGK 3 pointer.. tapi saya menerima sms 'Anda gagal masuk IPTA'
check di internet... "Anda gagal"
masa tu perasaan saya? er... ketiadaan rasa..
emak menangis. Abah diam. Atuk dan saudara mara kecoh... Kawan-kawan saya kata saya tipu.
wah!! ketika beli surat khabar, tertulis angka ------- yang Gagal masuk IPT.. Wahhhh! saya salah seorang!
rumah saya di luar bandar. kalau hendak ke cybercafe, 5km tu.. dan saya terpaksa berulang alik ke sana untuk buat rayuan.
dan tulisan yang asyik keluar 'Permohonan tidak diterima'. Rasa macam nak bom je computer tu.
beberapa hari kemudian... suasana yang kecoh menjadi tenang... dan saya mendapat panggilan dari USM melalui telefon. Baiklah.. kesilapan teknikal sebenarnya. Saya memaafkan mereka walaupun kesan kesilapan mereka saya telah disumpah macam-macam oleh orang ramai.
selamat datang USM!!!! pada hari orang submit OMR, saya baru minta form OMR... dan pelbagai pengalaman suka duka ditempuhi di USM... Tak payahlah cerita apa yang berluka. Kalau anda click old post di sudut blog ini, akan keluar semua coretan sepanjang di USM... coretan fisabilillah ini saya mula tulis semenjak tahun 1 USM...
ingat tak Zailiana yang saya cerita kenal di matrikulasi? Dia menjadi teman saya sepanjang 3 tahun di USM.. rupa-rupanya kami sama kuliah.. sebijik sama. ke kelas bersama, masuk ko-K bersama, buat FYP bersama dan tentulah berfoya-foya bersama.. macam belangkas.
di bumi USM ini saya ditemukan dengan PPM.. sebuah gerakan dakwah yang bagi saya mereka 'otai'.. sesuai dengan jiwa saya. Jenuh mereka mentarbiyah saya yang agak keras dengan pendirian sendiri. Mula-mula saya junior.. kemudian saya jadi senior.. tapi itu tidak bermakna senior itu lebih baik dari junior. Setiap orang ada kelebihan masing-masing yang Allah kurniakan. Manfaatkanlah sebaiknya!
dan sekarang dah habis dah USM... akan convo inshaAllah Mac nanti..
petang ini saya akan bertolak ke Pulau Pinang. InshaAllah malam ini ada mesyuarat berkaitan projek kemanusiaan di selatan Thai.
esok, saya perlu berjumpa Prof bagi membincangkan tajuk untuk kajian... doakan saya dapat buat Master dan seterusnya phD dengan cemerlang supaya dapat memartabatkan Islam!
p/s : kakak menulis supaya dapat memberi adik-adik semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan berdakwah sungguh-sungguh! perjuangan ini adalah sehingga hujung nyawa! langit tidak selalu cerah, tetapi selepas hujan akan ada pelangi yang indah..
p/s/s : manalah tahu satu hari nanti saya berjaya jadi angkasawan, jangan terkejut..hehe
p/s/s/s : menjadi orang dewasa ini memeningkan.. banyak perkara nak difikirkan.. di situlah kita belajar menjadi matang. hargailah umur kita!
p/s/s/s/s :Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about. Allah will test us differently according to our strength.. good luck, do your best! have fun.. (^_^")
jawapan "anda gagal" mmg menakootkan.
BalasPadamhuhuhuhuu ~ cerita yg menarik. Revolusi bertudung budang pompuan darjah 2? ok .. epic!
>>______<<
patutla pg tadi nmpk khusuk jer...rupa2 ada kisah yg nk diceritakan..
BalasPadamherm...da lama rasanya x komen blog nie..windu saat2 kerap mengomen dulu...
kisah hdp setiap org mmg sgt b'beza..
setuju sgt : Allah menguji kita mengikut kemapuan kita..
mungkin bagi org len ujian yg lillah lalui agak berat, tapi insyaAllah yg pastinya lillah mesti dapat laluinya..dgn bantuan dari ALlah =)..insyaAllah..
i know u can do it...
all d best...
semoga dipermudahkan dlm urusan..
happy2 slalu...
BalasPadammoga selamat sampai ke usm...
enjoy ur life, once it past..i won't comeback nymore.. *~nasihat tok diri sndr gak~*
lillah yang g thai tu apa perkembangannya??
BalasPadamto Frodo...
BalasPadamepic?? o.O
berani gagal! mari... =D
to insan kerdil :
BalasPadamu too sis..
amin.....
amin..............
amin...................
take good care our babies & their mother.. meow..meow..
take good care my mother & yourself...
=D
to sis qirana :
BalasPadam=) {sdg senyummm}
Perkara : Bengkel Pendidikan
Tarikh : 1 April 2010 hingga 1 Mei 2010
(masa ni sekolah tu cuti.. time lain sekolah tu tak ada cuti kecuali bulan Ramadhan dan hari jumaat)
4 kelas
1 kelas = 30 orang
subjek yang diajar : BM & BI
Aspek pengajaran
1. Bahasa untuk komunikasi
2. Tulisan
(mereka mahir jawi dan bahasa Thai saja)
Fokus yang kita ingin bawa dalam bengkel ini :
1. Serasikan antara guru dan murid supaya penyampaian maklumat adalah lancar & tepat. (guru perlu belajar memahami murid manakala murid belajar memahami guru)
2. Timbulkan minat tehadap bahasa, (murid2 tak minat bahasa inggeris & bahasa melayu.)
Pendekatan yg kita akan guna :
menggunakan modul yang memanfaatkan Alat Bantu Mengajar.
Kebajikan sukarelawan guru :
tiada elaun... tapi tempat tinggal & makanan akan disediakan..
bilangan guru sukarelawan : maksimum 7.. setakat ni tak ada seorang pun yang betul-betul conform.. huhu..
kami sedang berusaha mendapatkan tarikh lain.. (bulan April tu, IPT sdg exam.. bakal guru pun sedang LM.. )
setakat ni tak dapat nak diubah tarikh tu...
=)
it will b my pleasure...
BalasPadambesnye post ni..
BalasPadamtip top
BalasPadamlillah, nabil kagum amat dengan lillah. moga2 dapat jadi macam lillah.
BalasPadam:)
to insan kerdil :
BalasPadamOnly Allah can reward all your good deeds..
i really appreciate u sis! =D
to serikandi islam :
BalasPadamAlhamdulillah... eichan doakan akk supya mati di jalan dakwah ye.. plzzz =)
to attiq :
BalasPadamattiq pun kena doakan akk tau.. supaya akk istiqamah dlm mardhatillah.. =)
to nabil :
BalasPadamnabil doakan la utk sahabat mu ini... yg baik tu bole la dicontohi.. yg merapu tu abaikan.. doakanlh supya 'kakak' ini dpt jd contoh pd yg len2...
p/s: dh tgk muvi phalanx lakonan adik2 kita? hehe... SBPI