Jumaat, 22 Januari 2010

BANCIAN PENDUDUK TANJUNG TOKONG. Sukarelawan diperlukan!

Kami memerlukan sukarelawan di sekitar Pulau Pinang untuk membantu membuat bancian penduduk Tanjung Tokong

Hari : Sabtu
Tarikh : 23 Jan 2010
Masa : 8.30pagi hingga petang

Kami memerlukan ramai sukarelawan bagi melancarkan perjalanan program. Lebih ramai sukarelawan, bancian dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

Bagi mahasiswa/wi USM, pengangkutan akan disediakan.

hubungi :
Rahimi, YDP Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM (PPMUSM)
0139975537
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

selepas Buah Pala, kampungku pula bakal dirodok jentera…
selamatkan Tanjung Tokong!

107_0971

aku tak tahu apa nak jadi dengan Pulau Pinang, negeri bertuah di mana aku dibesarkan, negeri bertuah di mana berasalnya susur galur keturunanku

nampaknya baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat di negeri itu, tidak mampu berbuat apa-apa bila tiba tiba isu pengambil alihan tanah oleh para pemaju lintah darat

Tanjung Tokong mempunyai nilai yang sangat sentimental buat diriku, bukan saja ibuku dilahirkan di sini tetapi aku sendiri dibesarkan di kampung berkenaan sebelum berhijrah ke Terengganu pada tahun 1984

dari segi sejarahnya pula, Tanjong Tokong adalah sebuah perkampungan yang tertua dan mengekalkan kebudayaan Melayu dalam negeri ini, sebuah buku yang berjudul “Penang Lama” menjelaskan kampung Melayu tersebut wujud sejak 200 tahun dahulu sebelum kedatangan Inggeris iaitu Sir Francis Light pada tahun 1786

Village_historical_pix_(2)

Tanjung Tokong bukan setinggan for God sake!

namun dalam afidavit yang di kemukakan oleh pemaju iaitu UDA, jelas menyatakan bahawa penduduk kampong ini adalah setinggan

yang menyedihkan hati aku, di saat perkampungan Melayu seperti Tanjung Tokong dicap sebagai sebagai setinggan, perkampungan nelayan kaum Cina di Bang Laud dan juga Jetti diiktiraf pula oleh kerajaan negeri

aku difahamkan, UDA mahu merobohkan kampung ini semata-mata kerana hendak membina 650 unit bungalow dan juga rumah kos rendah di tanah seluas 40 hektar dan menyusun semula penduduk , yang mana ianya bukan pemilik tanah tersebut

aku tak tahu bila episod malang Tanjung Tokong akan berakhir…namun aku tetap optimis bahawa akan ada ‘cahaya’ di hujung perjalanan saga ini walaupun hakikatnya jentera besi sudah semakin hampir untuk melahap tanah bertuahnya

Village_residents_(2)

bagi aku, kalau betul kampung-kampung yang ada di Pulau Pinang seperti Buah Pala dan Tanjung Tokong hanya akan menyusahkan kerajaan, baik digugurkan saja bom atom biar semua penghuninya mampus…kemudian ratakan tanah yang ada dan bangunkanlah sebanyak mana banglo mewah dan hotel lima bintang di atasnya

sekurang-kurangnya ia lebih telus daripada terus membohongi rakyat atas alasan pembangunan!

artikel tanjung tokong diambil dari :http://syahrilkadir.wordpress.com/2009/09/16/selepas-buah-pala-kampungku-pula-bakal-dirodok-jentera-selamatkan-tanjung-tokong/


6 ulasan:

  1. Salam.. survey yg bagaimana akan dilakukan? untuk kajian atau ada langkah-langkah lain yg akan tercipta?

    BalasPadam
  2. moga2 dgn usaha (bancian) ni... dpt laa sedikit sebanyak membantu dlm usaha membela nasib penduduk Tanjung Tokong ni... maaf sy tak dpt serta sbb ada urusan kerja... sy doakan agar Allah permudahkan usaha kalian...

    p/s:Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba-Nya...

    BalasPadam
  3. to abg shamsul (mantan PPM)

    ianya kajian yang mengharapkan ada langkah tercipta...

    BalasPadam
  4. Good day, sun shines!
    There have were times of hardship when I felt unhappy missing knowledge about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright pessimistic person.
    I have never imagined that there weren't any need in big starting capital.
    Now, I'm happy and lucky , I begin to get real income.
    It gets down to choose a proper partner who uses your funds in a right way - that is incorporate it in real deals, parts and divides the income with me.

    You can ask, if there are such firms? I'm obliged to tell the truth, YES, there are. Please get to know about one of them:
    http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

    BalasPadam
  5. Hello everyone!
    I would like to burn a theme at here. There is such a nicey, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of financial piramyde, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.

    For quite a long time, I make money with the help of these programs.
    I'm with no money problems now, but there are heights that must be conquered . I get now up to 2G a day , and I started with funny 500 bucks.
    Right now, I managed to catch a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my blog to get additional info.

    http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....