Isnin, 11 Januari 2010

resah menanti...

Belum genap seminggu pun kembali ke bumi USM tercinta ini. Tetapi rasanya bagai dah SETAHUN!
Setiap hari terasa begitu panjang tetapi biarlah.. Seperti kata-kata yang kita biasa dengar 'Penantian Satu Penyeksaan', dan saya mungkin sedang mengalami nya, eh..rasa bertuah. Saya sedang menantikan permohonan Master saya diluluskan.


Oh rindunya pada si gebu tiga ekor ni! Ya Allah... Tangan ini terasa-rasa lembut badan si gebu ini! Bila nak balik rumah ni?

Sebenarnya bukanlah 'Master' itu dapat atau tidak yang menyebabkan saya begitu ternanti-nanti jawapan itu.. Tetapi kerana saya sudah tidak sabar hendak memulakan usrah, meeting dan pelbagai projek sampingan lain yang memerlukan saya untuk settel down. Selagi saya tidak conform untuk sambung belajar di USM, saya tidak berani memberi janji-janji untuk commit dengan perkara-perkara tersebut.. Saya tidak mahu memungkiri janji saya. Saya benci perbuatan khianat maka saya tidak mahu menjadi pengkhianat. Apatah lagi mengkhianati kesayangan-kesayangan saya...

Betapa happy wajah-wajah junior saya tatkala mengetahui saya di sini. Moga keceriaan itu berkekalanlah...

Seandainya saya tidak dapat sambung di USM, saya perlulah segera memohon ke universiti lain. Apapun USM kekal my 1st choice. Tapi saya tahu Allah tahu apa yang terbaik untuk saya. Di mana juga Dia letakkan saya, saya akan tetap usahakan yang terbaik! inshaAllah..

Sementara ada di sini, oh.. padat juga jadual saya dengan meeting dan dating.. Tahu mengapa dating dan meeting penting untuk saya? kerana saya mengkategorikan meeting & dating sebagai salah satu teknik berusrah & kaderisasi.... Saya menggalakkan anda mencubanya!

Saidina Umar al -Khatab berkata (rujuk gambar bawah ni)
maka saya berpendapat melalui meting dan dating itu akan tercapainya satu bentuk tarbiyah yang membina kekuatan iman saya dan mereka yang terlibat... Pengorbanannya tidak sikit, itu pasti!

Setelah 2 hari berturut-turut cuma makan instant noodles, saya pun pergi ke Marrybrown. Sebenarnya saya pergi ke sana sebab nak call emak yang sangat dirindui, bilik saya tak ada line.. Kebetulan kedai tu kosong, kedai lain ramai orang.. Saya mahukan tempat yang ada privacy, manalah tahu nanti ternangis tiba-tiba masa sedang call emak ke kan, tak adalah segan sangat..hehe. Dan saya nak enjoy my lunch selepas 2 hari saya ketiadaan nafsu makan sedangkan perut sangatlah lapar. Semasa duduk di meja berbuaian itu, saya ternampak ini.....

apakah ini?

siapa yang letak di sini?

buka mataku... buka hatiku....

Ya Allah....
terangilah hidupku dengan sinarMu...

Aku meraba tidak berdaya..
Tanpa rahmatMu aku hilang...

Ya Allah....
Izinkanah aku membuat Master dan Phd untuk memartabatkan Ad-Din Mu...



p/s : doakanlah yang terbaik untuk saya (#_*)

p/s/s : terasa kerdil & hina diri ini bila melihat kekuasaan Allah yang Maha Hebat

p/s/s/s : Saya tidak boleh down walaupun dalam keadaan yang critical sebab ada adik-adik yang akan meniru jadi down. maka saya perlulah mengekalkan senyuman ini... senyum!

p/s/s/s/s : eh, masa itu nyawa! maybe tak sempat hidup sampai esok.. maka hari ini perlu dimanfaatkan sebaiknya! sudah!! pergi cepat cari pahala!

p/s/s/s/s/s : tata...

1 ulasan:

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....