“Lillah….”
“Lillah……..”
Dia menangis. Saya pula tidak segera menerpa dan memujuk dia. Saya mendiamkan diri.. Saya sudah selalu melihat dia begini.
“Ya saya..” saya menjawab perlahan.
“Lillah….” Dia menangis semahu-mahunya. Saya masih diam di tempat saya, tidak berganjak. Dia merapati saya.
“Hati saya remuk.. kecewa!” Air mata mengalir ke pipinya.
“Kecewa!”
“Tiada tempat lagi!”
Saya meletakkan tangan di lehernya sambil memujuk “Sabar.. Sabar..”
Dia masih bersungguh-sungguh dalam menangis. Sakit benar nampaknya…
“Sekelip mata Allah memberi, sekarang ini Allah ambil balik.. Adakah Allah adil pada saya?!”
Sendu-sendunya menjadi-jadi. Saya tahu tiada gunanya saya menjawab atau berdebat dengan orang yang sedang tidak stabil emosinya. Barangkali dia langsung tidak memaksudkan kata-kata itu, dia berkata sedemikian kerana terlalu sedih.
“Ada mathurat?” Saya bertanya. Dia memandang saya kehairanan. Kemudian meneruskan tangisannya.
“Di bilik ada mathurat tak?” Saya bertanya padanya. Dia tidak menjawab sebaliknya masih bersungguh-sungguh menangis.
“Apa dosa saya?!” dia memintas.
“Sehingga saya sentiasa diperlakukan seperti ini?!”
“Adakah Allah tidak sayang saya?!”
“Ada mathurat tak di bilik ni?” Saya mengabaikan pertanyaan dia. Sebenarnya saya ada mesyuarat yang perlu dihadiri dalam beberapa minit lagi. Dan saya sudah lewat!
“Ada tak?” sekali lagi saya bertanya. Dia masih menangis.
“Nak suruh tengok satu doa ni… ” sambung saya lagi. Tiada respons. Yang ada cumalah air mata dan sendu-sendu.
“Ada…” dia bersuara perlahan.
“Hati saya berkecamuk.” Sambung dia lagi.
“Pergi ambil sekejap,” arah saya.
“Badan saya semakin lemah.. saya rasa seperti mahu rebah…”keluh dia.. Dia sudah penat menangis tetapi masih dalam keadaan beremosi.
“Lillah pun nak ambil mathurat sekejap,” saya berlalu meninggalkan dia dan kembali ke bilik saya dan kemudian kembali kepada dia.
Sebaik ternampak saya, dia bersuara “Tersungkur…. Kenapa Allah buat macam ini?”
“pada saya…” dia terus bermonolog.. Saya duduk di sebelah sambil mencari-cari doa yang saya mahu bagi kepada dia.
“Kenapa saya yang diuji Lillah?!” Dia kelihatan agak geram kepada saya.
“Kenapa harus saya yang menanggung semua derita ini?”
Saya hanya membiarkan dia melepaskan segala-galanya. Handphone saya berbunyi. Saya sudah terlewat untuk ke mesyuarat!
“Dah ambil mathurat?” tanya saya tanpa memandang wajah dia. Dia bangkit dan mengambil mathurat.
“dah..” Dia duduk di sebelah saya.
“Cari satu doa ni..” saya membaca doa tersebut.
“Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan”
“ wa a uzubika minal ajzi wal kasal”
“wa a u zubika minal jubni walbuhli”
Dia membelek-belek mathurat di tangannya..“hutang?” dia bersuara. Saya tidak mempedulikan dia dan menyambung bacaan doa yang saya memang sudah hafal ini.
“wa a uzubika min ralabatiddain waqahrir rijal”
Dia membaca doa tersebut perlahan. Tagisannya sudah berhenti.
“Ada tak tulis maksud di dalam mathurat tu?” tanya saya. Dia masih membaca..
“Doa ni Nabi ajarkan kepada sahabat.. walau sebesar mana kesedihan dan hutang, inshaAllah akan hilang bila amalkan doa ini..” sambung saya lagi. Dia diam sambil matanya tertumpu ke mathurat.
“Ada tak tulis maksud di dalam mathurat tu?” soal saya.
“Ada..ada.” jawab dia.
“Lillah… saya… saya dilukai!” dia kembali hendak mengadu. Wajahnya berkerut sambil
memandang saya.
“Apa yang tertulis di situ?” soal saya tanpa mempedulikan kata-kata dia.
“Ya Allah aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan glisah dan aku berlindung pada Mu dari sikap pengecut dan aku blindung pada Mu dari cengkman dan penindasan orang..”dia membaca perlahan.. Saya tersenyum. Saya sayang sahabat saya ini, tetapi saya mahu bertegas dengan dia.
“Lillah, adakah saya jahat? Allah sentiasa menghukum saya!” Dia kembali kepada keadaan asal.
Ya Allah… Sekarang kesabaran saya benar-benar teruji!
“Chik.. pergi ambil wudhuk, kalau belum solat, solat dulu.. Kemudian pergilah hafal doa ini..”arah saya sambil bangun dan bersiap-siap untuk keluar.
“Hati tidak tenang…” Dia menghempaskan badan ke tilam.
“Pergilah menghafal doa ini, inshAllah hati akan tenang..”sambung saya lagi.
“Sedih terkenangkan nasib..” Dia menyambung lagi.
“Pergilah hafal doa ini.. percayalah! Baca dan ulang-ulang malam ni!”saya menegaskan.
“Allah benci saya ke?” Dia merenung ke atas.
“Pergilah sayang..”ucap saya. Sejujurnya saya sedang cuba menahan sabar.
“Bacalah sampai hati tenang.. pergilah.. kasihan pada diri sendiri, jangan sakiti diri tu lagi.”ucap saya lagi.
“Saya tidak sanggup menangis.. Saya rasa sakit teramat sangat..”sambung dia.
YA ALLAH! BEERILAH AKU KEKUATAN UNTUK BERSABAR.
“Pergi baca doa tu banyak-banyak kali sampai hafal.”Saya sudah bersedia untuk meninggalkan bilik.
“Jiwa saya benar-benar menderita sekarang. Kenapa saya? Apakah dosa saya lillah? Penyakit saya datang balik kerana terlalu sedih.”
Saya bangun dan berdiri berhadapan dengannya.
“Kalau kita sakit, kita kena makan ubat. Tapi kalau kita beli ubat, tapi bila sakit tak makan ubat tu…. Adakah kita akan sihat? Samalah macam sekarang. Bila Chik sedih, tapi Chik tak nak baca doa pengubat kesedihan yang Allah dah sediakan, adakah kesedihan itu akan hilang? ” saya membebel.
Dia terdiam.
“Sangatlah mustahil….”sambung saya. Saya terus berlalu meninggalkan dia. Saya berlari menuju ke arah kereta saya. Tiba-tiba telefon berbunyi. SMS dari dia.
“Lillah.. doakan supaya Allah terima cinta saya.. Doakn agar saya berjumpa dgn cinta sejati iaitu cinta Ilahi..”
Dalam hati saya meng ‘amin’kan doanya itu..
Jangan berhenti jangan terhenti
Mencari teduh cinta sejati
Aku peduli aku simpati ranjauanmu
Aku menanti ayuh solehah
Yang indah budi sederhana
Aku doa engkau pun jua bahagia
Yang lalu biarkan berlalu
Tak mungkin tercantum lagi
Redhala ketentuan ini
Tak usah diamuk resah
Lihatlah sang mentari
Menyuluh luas bumi
Cahayanya menerangi
Begitu hidup ini
Sinarnya kan menanti…
p/s : saya snap gambar tu dari meja kwan saya.. dia macam nak pengsan melihatkan saya menguplod gambar tu.. saya sukakan tulisan dia, cute! =)
Mencari teduh cinta sejati
Aku peduli aku simpati ranjauanmu
Aku menanti ayuh solehah
Yang indah budi sederhana
Aku doa engkau pun jua bahagia
Yang lalu biarkan berlalu
Tak mungkin tercantum lagi
Redhala ketentuan ini
Tak usah diamuk resah
Lihatlah sang mentari
Menyuluh luas bumi
Cahayanya menerangi
Begitu hidup ini
Sinarnya kan menanti…
p/s : saya snap gambar tu dari meja kwan saya.. dia macam nak pengsan melihatkan saya menguplod gambar tu.. saya sukakan tulisan dia, cute! =)
beginilah cara seorang pendakwah... pendakwah mesti kuat kesabarannya... perlu hikmah... juga tegas dlm mempertahankan kebenaran...
BalasPadammasyaAllah... sy kagum dgn cara awk... sy doakan awk terus istiqamah... sy doakan awk jgk dpt smbung master kat usm...
p/s : mmg sukar nak jumpa org muda yg hikmah dlm dakwahnya... :)
moga perkongsian ini bermanfaat dunia akhirat...amin
BalasPadamsemoga kebaikn yg didoakan tu kembali kpd awak juga... amin..
alhamdulillah, saya dah dapt sambg master.. skrg dlm proses buat proposal.. =)