Ahad, 31 Januari 2010

JEMPUTAN mahasiswa bersama masyarakat (MBM)

Mungkin akan ada mereka yang bertanya apa itu MBM?

MBM pada keseluruhannya adalah suatu landasan atau lapangan untuk melahirkan mahasiswa yang berupaya menjana pemikiran kritis.

Tapi, bagaimana?

Kami memperlihatkan kepada peserta-peserta MBM tentang realiti kehidupan. Masalah-masalah sebenar yang membelenggu masyarakat tatkala kita sebagai mahasiswa hanya sibuk menyelak buku-buku kuliah tanpa sempat menjenguk realiti hidup ini yang sebenar-benarnya. Sangat rugi jika kita yang digelar sebagai golongan intelektual tetapi tidak tahu untuk bertindak dan mengaplikasi kebolehan kita untuk membantu masyarakat di luar sana. menyedari perkara ini, PPM telah merancang satu program diberi nama; Mahasiswa Bersama Masyarakat, untuk memberi pendedahan dan latihan kepada mahasiswa supaya dapat lebih bersedia berhadapan dengan realiti hidup, cabaran-cabarannya dan cara bertindak.

ini antara aktiviti yang kami lakukan semasa Mahasiswa Bersama Masyarakat (MBM) ‘09 pada cuti sidang lepas, di Pekan Darat.

penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. selama seminggu peserta akan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing.

kita akan melakukan Pemetaan Komuniti (PK). peresta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan berjalan sekeliling kampung dan pantau apa yang berlaku dan mencari isu untuk diketengahkan. ketika ini, peserta akan dilatih untuk berfikiran kritis. memikirkan masalah dan isu tersirat di kampung berkenaan. sambil beramah mesra dengan penduduk kampung.

ini antara rumah yang kami kunjungi semasa membuat Pemetaan Komuniti.

kita akan berpeluang bertemu pelbagai lapisan masyarakat. ketika ini, peserta akan dilatih cara berkomunikasi (soft skill) dengan berkesan.

setiap kali selesai membuat Pemetaan Komuniti, kita akan berdiskusi. melukis peta-peta lengkap perjalanan seluruh kampung berkenaan. menanda kawasan yang mempunyai isu yang dirasakan perlu untuk diketengahkan.

biasanya kita akan melakukan Pemetaan Komuniti selama beberapa hari, untuk mengesan isu sebenar.

dan apabila isu-isu masyarakat mula dibangkitkan, kita akan merancang program yang akan kita sendiri jalankan.

antaranya adalah program penyayang, iaitu ceramah kepada penduduk kampung. peserta sendiri yang akan penggelola program ini dengan pantauan dari PPM. peserta berpeluang mengetahui cara sesuatu program dirancang, siapa yang perlu dihubungi, apa yang perlu dilakukan, bagaimana dan bila masa yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu program. semuanya akan dilatih ketika ini.

hasil pantauan dari aktiviti Pemetaan Komuniti sidang lepas, di kampung tersebut terdapat masalah-masalah dari segi pembelajaran. maka kami mengambil keputusan untuk melakukan program motivasi di sekolah berdekatan. mungkin ada yang akan bertanya, bagaimana untuk berurusan dengan pihak sekolah? bagaimana merancang modul untuk program motivasi ini? kami di PPM akan berkongsi pengalaman dengan peserta-peserta. peserta-peserta akan dilatih tentang pengurusan gerak kerja program.

peserta akan dilatih bagaimana untuk menjadi fasi.

(gambar di sawah padi) pada waktu petang, biasanya peserta bebas melakukan apa-apa aktiviti bersama keluarga angkat dan sahabat-sahabat lain.

sewaktu gotong royong di kawasan kubur

peserta yang terpilih menjadi wakil akan berpeluang bersidang dengan penduduk kampung. dalam persidangan ini, kita akan kemukakan isu-isu yang telah kita kaji sepanjang MBM dan tindakan yang dirasakan perlu dilakukan dan diteruskan di kampung tersebut.

antara aktiviti pada hari akhir kita berprogram….aktiviti mewarna bagi kanak-kanak

pamiran dengan kerjasama AADK…ini juga akan dirancang oleh peserta sendiri.

aktiviti ibu dan ayah angkat masing-masing

kesemua idea-idea program ini dirancang sepenuhnya dari peserta-peserta MBM.

majlis penutup yang diketuai oleh peserta MBM

MBM telah berjaya melahirkan mahasiswa yang mampu merancang dan mengerakkan program mereka sendiri. mereka berani melontarkan idea dalam masa yang sama berani bertindak merealisasikan idea mereka.

ucapan tahniah dari PPM kepada aktivis-aktivis MBM…

anda berminat menjadi seperti mereka? kami di PPM mengalu-galukan penyertaan anda untuk sidang kali ini.

MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT

TARIKH: 12 – 20 FEB 2010

TEMPAT: KAMPUNG NELAYAN, KG RAJA BASAH, KUALA KURAU, PERAK

BAYARAN: RM45 SAHAJA (masih boleh dirunding)

kepada sesiapa yang berminat, boleh datang ke

FOYER DK P (28/1/10 – 4/2/10)…(9.00 – 5.00 petang)

SIJIL DISEDIAKAN

SEMUA MAHASISWA/I DIJEMPUT

boleh hubungi NUR SHAFIKA ABEL BINTI RAZALI__ 019-4499940

atau email kepada shahabel_razali@yahoo.com

*kami menerima peserta dari semua lapisan umur dan dari semua IPTA/IPTS , TIDAK TERHAD kepada USM sahaja.

p/s : sumber :http://ppmusm.wordpress.com/2010/01/30/mahasiswa-bersama-masyarakat-mbm-09/

p/s/s : saya selaku NYDP 1 menjemput pembaca blog saya untuk turut serta bersama kami =)


2 ulasan:

  1. waahh ada byk logo umno... kalo yg taksub politik parti ni... mesti taknak join... hehehe gurau je...

    program ni tbuka utk mahasiswa je ke?

    BalasPadam
  2. hehe... kami PPMUSM ni non partisan.. jadi kami tak kisah bekeja sama dgn parti apa.. yang kami kisah ialah tujuan dan kaedah kerjasama tu...

    program ni utk mahasiswa... tujuannya utk mengupayakan mahasiswa dlm gerak kerja masyarakt bdsrkn AQ Sunnah..

    :)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....