
oh ya Allah.. tetapkanlah diriku, keluargaku, keturunanku & sahabat2ku dalam Islam...
yang mengamalkan ajaran Al-Quran & Sunnahnya...
yang mencintai Mu & Rasul Mu...
p/s : click pitcure to get clearer view
‘aku dah belajar banyak benda. Banyak topic yang aku dah cover, banyak subjek yang aku dah revise. Kesimpulannya hari ini aku telah berjaya melakukan banyak benda dan yang paling penting hari ini aku dah study dari pagi sampai petang dan aku tak buang masa aku dengan benda tak berfaedah cam orng lain’
aku dah cukup baik, aku tak kacau hidup orang lain dan orang lain juga tak kacau hidup aku..hidup kau hidup kau, hidup aku adalah hidup aku.Kita rasa kita dah jadi pelajar yang cemerlang dan terbilang kerana kita adalah yang terajin dalam kumpulan kita, atau mungkin kita adalah yang terpandai dalam batch kita. Dari segi akhlak dan perangai pulak, kita rasakan kita dah mencapai piawaian kerana kita seorang yang rajin belajar, pandai manfaatkan masa terluang dengan menelaah buku pelajaran, maklumlah nak jadi doctor ilmu kena banyak.
‘…iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya’ (18:104)
‘dan Kami perhatikan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amalan itu (bagaikan ) debu yang beterbangan’ (25:23)
source

apabila saya handle sesi kaunseling :
sayang… this is how it should be! Okay? {saya menyoal dengan nada loving mother}
Okay…{jawab mereka dengan nada keanak-anakan}
cakap pada diri sendiri :
Kamu tahukan berdosa mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan?????
Sendiri jawab :
TAU!!! (T_T) tapi arghhhhhh! Syaitan goda la! Nafsu jahat,shuhhh!!!
“we are soooo different. You are too much.. outspoken!” komen emak.. Dush!
“Akulah si jahat itu… hahaha” {gelak jahat sambil air mata meleleh di pipi}
“lillah… awak ni… mak tak pernah ajar ke -----????!!”
“mungkin untuk orang lain, anak-anak emak dah cukup bagus.. sangat bagus.. berkelip-kelip macam bintang.. tapi bagi emak, emak ada ISO sendiri.. emak nak anak-anak emak bukan setakat bintang di dunia.. tapi bintang di akhirat juga.. so listen to me, I am your mother..”
"org yang sembahyangnya tidak mencegahnya drpd melakukan pkra keji dan mungkar, buknlh org itu betmbh dekat kpd Allah, melainkan dia (terpelanting) jauh dari Allah"maksudnya solat org tu tak lulus.. belum cukup syaratnya..zahirnya solat.batinnya tak hadir,lalai.. ada 1 lg hadis dlm ihya' ulumuddin juz 1ms 212
[ rujkn At-thabrani, al-mu'jam al kabir, juz 11 ms54 ]
sabda Nabi "Allah x memerhatikan sembahyang seseorang yg hatinya tidak hadir bersama2 jasadnya.."sembahyang diukur dengan timbangan khusyu' sumber khusyu' itu d hati..
sabda nabi saw : kalaulah hati org ini khusyu', nescaya seluruh anggotanya khusyu'.Bagaimana & apa tandanya orang khusyu' itu ?
[ruj al-hakim &tarmizi drpd abu hurairah. lafaz hadis dicatat berdasarkn kitab Syarh Sunan Ibn Majah, karangan as-Suyuthi, juz 1, m.s 95]
Saiditina Aisyah ra pernah berkata "Adalah Rasulullah saw berbincang & bercakap-cakap dengan kami. Begitu juga kami berbincang & bercakap-cakap dengan baginda. Tetapi apabila masuk sembahyang, Baginda umpama tidak kenal kami dan kami pula, juga umpama tidak kenal Baginda."Mengapa? Mengapa begini? Kerana pada ketika itu hati dan fikiran hanyalah bulat kepada Allah semata-mata. kesimpulannya kita patut berhati-hati supaya solat kita berhasil.. benar-benar berkesan dan dapat menghalang kita daripada perbuatan mungkar. sembahyang bukanlah kerja tulang 4 kerat malah kerja hati. sembahyang pada hakikatnya adalah dialog dengan Allah swt. Jadi mana mungkin dialog itu dapat berlansung dengan sempurna tanpa sepenuh hati.



pelajar-pelajar sekolah pondok haji harun seramai 5500 orang
inilah tempat kita akan bermesyuarat, di Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Pondok Haji Harun). insyaAllah kita akan turut mengadakan ziarah dan latihan dakwah (training of trainers -TOT) selama 3 hari pada bulan Disember ini (17-20 Dis).. insyaAllah...
Siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada
orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah,
dan
mengerjakan amal yang saleh dan
berkata sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri ?
(Fushshilat:33)


{perlu ke minta izin?
kami bukannya ramai pun..
duduk di anjung je.. pukul 5.30ptg-7mlm je..
lagipun bukankah ini fungsi rumah Allah ni?}
siapa kami..
buat apa di sini..
sekolah yang mana..
dan kemudian dia berlalu...
kemudian datang lagi..
dia tanya pukul berapa nak habis?
perkara itu ialah 'rumah Allah adalah tempat umat Islam berkumpul dan mendekatkan diri pada Allah'..
{flash back zaman sekolah}
"siapa suruh awak buat perhimpunan haram..."
"kalau kakak rasa apa yang kakak buat tu Allah kata betul... kakak tetap betul walaupun satu dunia kata salah... "
"awak jangan ingat awak pakai tudung ni bagus sangat...yang penting dalam Islam ialah ekonomi!"
Ya Allah... berilah diriku, keluargaku & orang di sekelilingku hidayahMu.... amin..

{syaitan akan menggoda..peluang untuk mendorong mendekati zina.. hukum mendekati zina itu haram}
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas,b) Malu lah untuk buat dosa...
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkarayang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
c) Dosa membuat fitnah itu besar... jadi mengapa memfitnah diri sendiri?
“Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!”
[Hadith al-Bukhari : 3224]
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
Al-Baqarah : 191
"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Al-Humazah : 1
"Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar."
Al-Buruj : 102. cara mengelakkan..
1. jangan dibiasakan bergambar dengan lelaki bukan mahram.. so orang lain tahu yang kita ni anti bergambar dengan bukan mahram.. selalunya mereka akan segan bila nak ajak bergambar..
2. imej kita kenelah melambangkan kita orang yang menjaga syariat... selalunya mereka mengambil kesempatan terhadap perempuan yang tak berapa menjaga syariat.. ini termasuklah cara tingkah laku yang sangat mesra dan ramah membuatkan hati lelaki terusik..
3. tolaklah pelawaan dengan baik... minta maaf dari orang yang mengajak bergambar dan beri tahu yang anda tak boleh bergambar dengan lelaki bukan mahram.. dan anda harus konsisten.. janganlah pulak lepas tu anda bergambar dengan yang lain pulak.. hilang respect dia..
4. berdoalah... kadang2 lidah ni kelu nak 'reject2' ni.. doalah pada Allah untuk dijauhkan dari perkara2 mungkar... Doa tu senjata kita...
Wallahualam... moga membantu... (^,~)v
p/s : teringat masa zaman wajib ada formal dinner.. sebelum ke majlis tu, lillah akan inform kawan2 perempuan lillah yang lillah tak nak bergambar dengan lelaki bukan mahram.. (sambil tu nak nasihatkan mereka supaya janganlah buat macam tu).. dan bila sampai sana, tak adalah yang mengganggu sebab kawan2 akan membantu mengelakkan hal itu dari berlaku.. yang lelaki2 tu pun tak kecik hati sebab kawan lillah yang menolak, lillah diam aje (diam tanda stuju)... :p sekarang ni kalau habis je dinner, lillah akan jadi antara orang first cabut lari... pergilah toilet ke.. teman nenek merehatkan diri ke.. kemaskan barang di tempat lain ke.. berbuatlah apa sahaja untuk menyelamatkan diri.. Allah tahu niat kita.




“Kalau dahulu yang bertudung litup tu insya’Allah selamat… sekarang ni, err.. tak berani nak bagi ‘guarantee’…” ucap seorang teman.
“aku takut nak cari bini.. takut tersalah pilih… kang kalau dah kantoi.. ish, menyesal tak sudah!!” rungutnya lagi.
“Siapa yang kantoi?? Awak terkantoi?? Nauzzubillah…”saya meletakkan tangan di meja.
“bukan!! Ish.. maksud aku… kalau dah kahwin baru tau bini tu tak suci, tak ke nahas…!” terang lelaki itu.
“tenang-tenang… janganlah cakap kuat-kuat.. habis semua orang pandang sini..”pujuk saya.Kelihatan mata-mata lain memerhatikan kami dari jauh. Saya tunduk dan meneguk teh ais sambil tersenyum. Dia ikut sama meneguk teh ais.
“hum.. kalaupun bini tu dah tak dara… tapi dia dah bertaubat.. ‘okeyl’ah tu..”sambung saya lagi.
“apa yang ‘okey’ nya??”sambung dia pula.
“ ‘okay’ ‘means’ tak ada masalah.. sebab apa yang penting dia dah bertaubat..”terang saya lagi.
“apa yang ‘okey’ nya? Dia dah jadi bekas orang lain.. geli.. jijik.. hina!”dia memaki.
“awak ni.. awak mesti nak kahwin dengan perempuan yang baik kan…?” soal saya. Dia diam.. diam tanda setuju!
“Adakah ukuran perempuan yang baik tu terletak pada dara dia??” soal saya lagi.
“mestilah.. siapa nak ibu kepada anak-anak mereka bekas pelacur,”sambung nya lagi.
“kalaupun dia bekas pelacur, tetapi kemudian dia bertaubat dengan sungguh-sungguh.. dia tinggalkan kehidupan silam dia.. dia mulakan hidup yang baru… dia dah bukan lagi wanita yang jahat.. dia seorang wanita yang baik..”sambung saya lagi.
“alah.. banyak lagi la bunga di dunia ni..”balas dia dengan nada protes.
“tak banyak yang baik… ”sambung saya pula.
“wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. ”balas dia lagi. Saya tersenyum lebar sambil mengangguk..
“betul tu.. bukannya wanita dara untuk lelaki teruna..!”sambung saya lagi.
“ceh..”protes dia lagi. Saya tergelak kecil.
“kalau nak cari perempuan yang baik, mestilah kita nilai pada kebaikan yang ada pada diri dia.. kalau kita rasa dia baik, insya’Allah dia orang yang baik..
dan kalau dah kahwin baru dapat tahu kisah silam dia..
diam-diam ajelah..
selagi tak ada sesiapa buka mulut, selagi itulah rahsia selamat.. yang penting dapat isteri seorang yang baik..
Islam ajar kita untuk tutup aib diri kita dan orang lain. islam ajar kita untuk mengasihi orang lain macam diri sendiri..
islam ajar kita menjadi pemaaf, bagi peluang pada orang lain.. islam ajar kita untuk saling memahami keadaan orang lain.. ”
“kesiannya suami dia..”wajahnya ditarik.
“kita tak layak mengukur ‘baik’ atau jahat seseorang tu.. kita tak tahu apa yang ada dalam hati mereka.. tak semua orang lahir dalam keluarga yang terdidik agamanya.. dan berilah mereka peluang untuk membina keluarga baru yang ada didikan dan bimbingan agama.. Allah meletakkan kayu ukur ‘takwa’ yang membezakan taraf hamba-hambanya.. takwa tu takut pada Allah..”
“beruntung kalau seorang suami dapat seorang isteri yang takutkan Allah.. isteri itu akan setia menjaga dirinya walaupun suami dia tak ada di sisi.saya tak pasti dia boleh terima dengan pandangan saya ini.. tetapi saya berharap dia fikir-fikirkanlah pandangan yang saya beri itu...
Beruntung seorang isteri yang mendapat seorang suami yang takutkan Allah.. isteri itu akan mendapat suami yang sentiasa membimbing dirinya untuk mendekati Allah kerana suami tu sedar dia bertanggung jawab membimbing isterinya..
semua orang berdosa kecuali Nabi yang maksum.
Awak pun tak terlepas.. saya pun sama..
tapi orang yang bertaubat, ibarat orang yang suci bersih dari dosa yang pernah dilakukan.. itulah orang-orang yang baik… kalaupun awak tak mahu berkahwin dengan mereka, jangan hina mereka..
bencilah perbuatan dosa mereka, bukan diri mereka… sebab awak sendiri pun tak tahu kesudahan diri awak.. entah kita sempat bertaubat atau tidak di penghujung umur...” terang saya panjang lebar.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri..
Al-Baqarah : 222