Rabu, 22 April 2009

rasa hati seorang pembimbing..


separuh dari hidup ini sibuk memikirkan utk orang lain.. ops bukan je orang lain.. makhluk lain.. binatang2 juga termasuk.. dulu masa zaman sekolah dulu bercita-cita nak kerja sbg veteriner.. nak bekerja di Sepilok,Sabah.. nak selamatkan endangered species.. :p

rupa-rupanya bukan endangered species yang tidak berakal yang Allah pilih untuk diri ini selamatkan.. tetapi endangered species yang berakal-->manusia.. manusia sedang mengalami krisis kepupusan akidah..

sekarang musim exam.. tapi seperti biasalah semenjak dari dulu, exam ke tak exam ke, otak ni dok sibuk dengan hal lain.. my first paper pada Friday lepas.. saya baru je balik USM penang pada 15hb tu.. dan dari 15-17 tu sepatutnya saya fokus utk exam.. tapi saya pulak pergi jumpa dengan ramai orang untuk sesi kaunseling atau meting atau solving problems.. kalau saya tak jumpa orang, orang pulak jumpa saya.. sehinggalah malam before exam pun ada adik yang datang ke bilik.. ada sahabat terdekat yang memberi cadangan supaya saya duduk dalam bilik dan tutup lampu utk mengelakkan gangguan orang lain terutamanya time exam ni.. hehe..

perlukah?

lillah tak buat apa yang lillah suka.. lillah buat apa yang lillah perlu buat.. dan lillah menyukai apa yang lillah perlu buat.. bila kita mahu menjadi pembimbing atau pendidik atau sahabat atau kakak.. kita kene sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berkhidmat kepada orang lain.. mereka yang datang jumpa lillah atas pelbagai urusan kebiasaannya bukan sekadar borak-borak kosong.. majoriti datang dengan masalah yang boleh mengugat akidah mereka..
jadi perlu untuk lillah available for all of them. kalaupun mereka tak dapat jumpa face to face, lillah perlu make sure yang mereka boleh reach melalui my phone..atau email..


seriuskah?

manusia adalah makhluk Allah yang paling istimewa.. ada hati dan perasaan..ingin sayang dan menyayangi.. dan fitrah membuktikan manusia akan dipengaruhi oleh manusia yang mereka sayangi.. tatkala kristian missionary datang berdakwah kepada anak-anak orang Islam.. wahh.. semua orang bencikan si kristian.. mengapa? mengapa marah kepada orang yang sayangkan anak-anak kita lebih dari kita sendiri menyayangi anak-anak kita? tahukah kalian bahawa orang-orang kristian yang berdakwah ni kerana mereka meyakini bahawa untuk selamat dari neraka, kita perlu beriman kepada Jesus... maka kerana sayang pada kita, nak selamatkan kita, mereka ni dengan tak malu-malu datang berdakwah pada anak-anak kita.. kita ni pulak yang kononnya sayangkan anak-anak kita tak pulak selamatkan anak-anak kita.. sebab? yang kita asyik ajarkan anak-anak kita cuma cara nak cari duit dan nak jadi cantik.. cara nak cari iman dan nak cantikkan iman kita abaikan..

bila anak-anak ikan menyayangi adik2 kita.. tak lama lepastu adik kita pun jadi sama anak ikan..
bila geng night club menyayangi adik2 kita.. tak lama lepastu adik kita pun jadi kaki night club..
bila geng couple peluk2 menyayangi adik2 kita.. adik2 kita pun couple peluk2..
nauzzubillah..

nak contoh lagi ke?
tak payahla..

dan sahabat-sahabat.. adik-adik yang ada di sekeliling kita.. datang dari kelompok mereka yang memang sedang mencari-cari manusia yang ingin menyayangi mereka.. untuk mereka berpaut. tak salahkan mereka hendak berpaut? terbebankah? mereka memang bukan adik kandung kita.. bukan saudara se datuk se nenek.. tapi mereka manusia makhluk Allah yang subhanallah mempunyai potensi untuk dibentuk menjadi khalifah yang adil.. seorang khalifah yang mampu meneruskan dakwah membimbing insan lain.. sebelum itu mereka perlulah dibimbing..

ya Allah.. permudahkanlah..

Alhamdulillah.. berada di bahagian pimpinan dalam sebuah gerakan menjadi suatu bonus utk lillah.. bonus dari segi pengiklanan.. hehe.. ramai orang yang tak kenal pun akan datang meminta nasihat.. kadang-kadang selalu rasa nak lepaskan jawatan ni cepat2.. tapi bila fikir semula, i need to be here for them.. sekalipun pada masa akan datang saya dah jadi mantan gerakan, saya still kene letakkan diri di tempat yang orang lain boleh cari untk meminta bantuan.. dan lillah mengharapkan supaya kawan2 yg lain pun buat perkara yg sama... please...

bagaimanakah?
secret~

tolonglah.. lillah merayu... usahlah kalian memberi 1001 alasan untuk mengabaikan mereka yang kita sayangi.. alasan boleh dicipta.. bertanyalah pada diri sendiri dengan jujur. betulkah aku betul-betul tak boleh nak peduli tentang mereka?


sekarang ni kesihatan lillah pun makin tak berapa baik.. peluang untuk mengaktifkan diri dengan program2 luar semakin terbatas.. tapi ini bukan alasan.. ini juga peluang untuk dekat pada Allah.. peluang untuk memantapkan iman yang sering goyah.. kalau dahulu masa sihat, bila nak pergi program tak ada rasa diri ni tak mampu.. kategori ganas juga saya ni sebab program yang hard core pun saya join.. masa tu memang tak ada alasan untuk saya tak berdakwah.. masa tu pergi ke kawasan yang ustad2 jarang atau tak masuk langsung untuk berdakwah.. cth: bawah jambatan , pedalaman etc..

sekarang ni bila dah sedar diri tak sekuat yang dulu.. lillah beralih fokus.. sekarang fokus bukan terus kepada golongan sasaran directly.. tetapi kepada adik2 yang hendak pergi berdakwah.. erm, selalunya mereka tak sedarpun yang kakak diorang ni sedang train mereka menjadi daie.. sebab bahasa yang selalu lillah gunakan 'kita kene sampaikan tentang kebaikan'..
kebanyakkan adik2 ni datang dari insan yang sakit hati yang baru nak sembuh..

ubat sakit hati ialah?
hantar ke program dakwah :)

anda sakit hati? jom pergi program dakwah.. sebabnya ialah orang yang mengalami penyakit hati ni selalu fikir tentang diri sendiri je.. fikir tentang kelemahan diri je.. selalu fikir yang orang lain tak fikirkan diri mereka.. macam2 la..
bila kita bawa orang-orang yang sakit hati ni untuk berfikir tentang umat yang jauh lebih serius penyakitnya.. wabak merbahaya yang dapat memupuskan akidah.. masa tu baru mereka yang sakit hati ni tak sibuk nak fikir tentang diri sendiri.. masa tu mereka akan fikirkan bagaimana diri yang ada kelemahan ini boleh dimanfaatkan untuk menyelamatkan umat yang sakit tu..

wahai kawan2 yang disayangi...
kita hanya akan tahu betapa berharganya diri kita bukanlah bila hadirnya kita membuat orang ketawa.. tetapi.. betapa kita berharga adalah apabila kita tiada lagi membuatkan orang menangis..

manfaatkanlah masa muda & sihat ini..
permudahkanlah urusanku ya Allah.. kerja ini untukMu.. :'-)

terangi jalan hidupku
dengan cahaya kasihMu
bimbinglah daku dengan hidayahMu
Ya Allah..
di malam syahdu ini ku merayu
ampunilah...
segala dosaku yang lalu..
sujudku..
mendambakan keredhaanMu
tempatkan daku dalam rahmatMu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
suburkan jiwaku dengan keimanan
hanya padaMu ya Allah..
ku sandarkan harapan..

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum, perkongsian yg baik...
    teringat satu kata2 dlm satu citer ni,mungkin bleh guna utk renungan bersama..."hiduplah utk memberi sebyk2nya bukan utk menerima sbyk2nya"....

    BalasPadam
  2. salam adik2ku..

    Akak sebagai pembimbing mahu adik2 semua kuat dan teguh dalam menjalankan tanggungjawab yang di pikul. Kadang2 kita rasa seperti di gunakan, di anayai, tidak di hiraukan, tersisih, di perbodohkan.. ya..akak juga merasainya. Tapi apalah sangat rasa itu jika kita tahu balasan ALLAH berikan kepada org2 yang bersabar dan kuat dalam medan perjuangan. Jika adik2 tahu betapa ALLAH sayang pada kita kerana kita berjuang di waktu muda ini hanyalah semata2 mahukan redha illahi..subhanaALLAH..adik2 tak kan kisah lagi masalah2 hati ini.
    Apa2pun.. tetapkan niat.." AKU BUAT SEMUA INI KERANA ALLAH TAALA. BILA LAGI KALAU BUKAN SEKARANG!! KALAU SALAH TAKPER BELJAR LAGI..BELAJAR LAGI SEHINGGA JADI PANDAI!.YANG PENTING PANDANGAN ALLAH BUKAN MANUSIA"

    adik2..kadg2 kita merasakan beban di hati yang hanya ALLAH sahaja tau. Dan kita takut nk share kerana takut org lain akan salah sangka/marah dengan kita. Dan ia membuat kita tertekan seorang diri. Adik.. cepat buang tekanan. Kerana dari tekanan itu akan timbul prasangka buruk dan dari prasangka buruk akan menjadikan hati kita gelap. kalau gelap, nur chaya xdpt nk tembusi lagi. Hati kita kan penuh dendam dan amarah. Akibatnya kita lari dari realiti. Oleh itu, luahkan lah di solatmu, bersama2 sahabat yang boleh di percayai( yg mmpu nasihat baik pda kita). InsyaALLAH..adik akan temui ketenangan.
    Selama bergelar akak di ppm, banyak menguji erti SABAR. Bukan shj sabar dgn karenah adik2 je..karenah sahabat2 jua. Macam2 perangai satu2 kena telan. Akak banyak telan dari luah..hehe.Rsanya semua sahabat2 akak rasa begitu. Perangai sorang2 boleh nak ddetailkan kat sini. Ngeh2.. lain kali kot.:D. Yang penting hargailah sahabat kamu. Biarpun sesakit mana dia menyakitimu..bersabarlah. Berilah senyuman ikhlas padanya. Berilah peluang padanya berubah. Jika marah padanya..marahla di belakangnya..dan kembali dengan wajah yang ceria. Marah tadi cuma nk releasekan perasaan je. InsyaALLAh, dia akan kenal siapa adik sbenarnya. Bersangka baiklah selalu. Jangan berfikiran streotype. Setiap org berbeza..dan belajarlah mengenalinya. Mcam2 kita dpt beljar drinya. baru setahun bersama ppm sebagai Mt..masih tak cukup nasihat yang ingin diberi. Ini barulah secubit pengalaman akak. InsyaALLAH.. PPM memberi seribu kenangan satu pengertian. Pada hati2 yang bersih dan terbuka hatinya. InsyaALLAH.. wasalam..

    kak fyruz
    mantan SUO 0809
    p/s : maaf pada sahabat2 semua. :)
    Maaf kerana aku manusia yang bergelar insan. Yang lupa diri dan alpa. Maaf kerana aku manusia yang punyai sikap ego dan sombong. Semoga esok lebih baik dari hari ini. =)

    BalasPadam
  3. Kasih sayang itu titi
    Kasih sayang penghubung hati
    Kasih sayang itu tali
    Kasih sayang pengikat diri

    Dari kasih timbul simpati
    Dengan sayang ada persaudaraan
    Kerana kasih ingin berbakti
    Saling sayang ma'af mema'afkan

    Kasih sayang itu baja
    Kasih sayang penyubur jiwa
    Kasih sayang itu penawar
    Penguat cinta penghapus duka

    Kasih manusia sering bermusim
    Sayang manusia tiada abadi
    Kasih TUHAN tiada bertepi
    Sayang TUHAN janji-NYA pasti

    Tanpa kasih sayang TUHAN
    Tiada simpati tiada persaudaraan
    Tanpa kasih sayang TUHAN
    Tiada bakti tiada kema'afan

    ( korus )
    Kasih sayang pada semua
    Kasih sayang sesama kita
    Kasih sayang oooo dunia
    Moga selamat di Akhirat sana

    BalasPadam
  4. asslamualaikum....
    maaf...mcmner ek nak antar emel kt awk??

    BalasPadam
  5. wa'alaikumussalam...

    email sy

    kha_lillah@yahoo.com.sg

    BalasPadam
  6. assalamualaikum,.. alhamdulillah satu pkongsian yg baik sbg teguran n nasihat yg berguna utk smua... bagi yg mletakkn diri mrk sbg pembimbing atu yg dlm proses utk mjadi pembimbing suka utk sy mgajak shb2 utk kita mencontohi sikap 'cermin'..kata ulamak s,org muslim itu cermin kpd muslim yg ln... apa ciri cermin yg dpt kita cthi: 1. senyap-cermin xpernah bersuara dlm menegur penilip nya(cth:cermin tak pernh kata kalu kita ada jerawat tp kita yg sedar sdiri bila mlihatnya). 2.tak memilih siapa yg nk menilipnya(cermin xpernah memilih yg cantik o hendsem je utk menilipnya) . 3.tak pernah mgunkit kburukn pnilipnya(cermin xpernah kata kita mata juling o hidung senget ke walaupn tu yg dtunjukkn). 4.setiasa menegur stiap kali menilipnya(cermin xpernah menetapkn masa2 tertentu saja utk menilipnya). jd sbg pembimbing kita jg adalh cermin utk shbt2 n org dsekeliling kita..ambik lh mn yg baik ye..maaf xpandai sgt..utk pnerangan lebih lanjuk blh tgk blog sy..promot blog pl..huhu..maaf ye pmilik blog xmnt izin dl promot blog sdiri..hehe..

    BalasPadam
  7. wa'alaikumussalam..
    la...
    apa link blog awk...??

    cmna org len nk tau..

    BalasPadam
  8. Saya tahu link blog dia lillah.. haha...

    lillah pun tahu.. haha

    BalasPadam
  9. artikal tu xsiap lg..nanti siap sy bg link blog tu...huhu..trima kasih..

    BalasPadam
  10. ro fairuz:
    wa.. cmana fairuz tau.. hebatnya spek mata... kagum3!!!

    :p

    to anonymous:
    oooh... atikel tu x siap lg??
    xpa.. sy nk tgk artikel2 yg sblm tu bole?
    bg la link tu... bg la...
    :p

    BalasPadam
  11. wah..entri yg bagus...terkesima bile bace entri kali ni....

    BalasPadam
  12. to budak tunggal :

    wan akn faham apa yg akk maksudkn x lama lg.... :)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....