Memaparkan catatan dengan label syariat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syariat. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Oktober 2009

DOSA bergambar dengan BUKAN MAHRAM....?


Soalan:

salam.. ada satu soalan..

1.apa hukum kalau lelaki dan wanita(yg bukan muhrim) bergambar berduaan dlm stu foto...

2.mcm mana nak elak.??- musykil2 tq

Jawapan :

w'salam.. {eh..macam ada 2 soalan la..takpe2..}

*sedikit kompius - lillah rasa maksud soalan ni ialah lelaki yang bukan mahram iaitu lelaki yang halal dinikahi..(^,~)v


1. hukum lelaki & wanita (yg bukan mahram) bergambar berduaan dlm satu foto

a) Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita...

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda, baik bergambar dengan ustaz atau sesiapa sahaja.. Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau nenek anda..

hal ini sangat merbahaya kerana boleh merosakkan hati-hati mereka yang terlibat.. boleh dari tak ada rasa apa-apa terus rasa macam2..
{syaitan akan menggoda..peluang untuk mendorong mendekati zina.. hukum mendekati zina itu haram}

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengarRasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

b) Malu lah untuk buat dosa...

“Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!”
[Hadith al-Bukhari : 3224]

c) Dosa membuat fitnah itu besar... jadi mengapa memfitnah diri sendiri?

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
Al-Baqarah : 191

"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Al-Humazah : 1

"Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar."
Al-Buruj : 10


2. cara mengelakkan..

1. jangan dibiasakan bergambar dengan lelaki bukan mahram.. so orang lain tahu yang kita ni anti bergambar dengan bukan mahram.. selalunya mereka akan segan bila nak ajak bergambar..

2. imej kita kenelah melambangkan kita orang yang menjaga syariat... selalunya mereka mengambil kesempatan terhadap perempuan yang tak berapa menjaga syariat.. ini termasuklah cara tingkah laku yang sangat mesra dan ramah membuatkan hati lelaki terusik..

3. tolaklah pelawaan dengan baik... minta maaf dari orang yang mengajak bergambar dan beri tahu yang anda tak boleh bergambar dengan lelaki bukan mahram.. dan anda harus konsisten.. janganlah pulak lepas tu anda bergambar dengan yang lain pulak.. hilang respect dia..

4. berdoalah... kadang2 lidah ni kelu nak 'reject2' ni.. doalah pada Allah untuk dijauhkan dari perkara2 mungkar... Doa tu senjata kita...

Wallahualam... moga membantu... (^,~)v

p/s : teringat masa zaman wajib ada formal dinner.. sebelum ke majlis tu, lillah akan inform kawan2 perempuan lillah yang lillah tak nak bergambar dengan lelaki bukan mahram.. (sambil tu nak nasihatkan mereka supaya janganlah buat macam tu).. dan bila sampai sana, tak adalah yang mengganggu sebab kawan2 akan membantu mengelakkan hal itu dari berlaku.. yang lelaki2 tu pun tak kecik hati sebab kawan lillah yang menolak, lillah diam aje (diam tanda stuju)... :p sekarang ni kalau habis je dinner, lillah akan jadi antara orang first cabut lari... pergilah toilet ke.. teman nenek merehatkan diri ke.. kemaskan barang di tempat lain ke.. berbuatlah apa sahaja untuk menyelamatkan diri.. Allah tahu niat kita.

Ahad, 19 April 2009

Erti Cinta~ Jodoh Pertemuan ~


artikel copy-edit from helmi suhaimi... mengupas tentang jodoh pertemuan... :)
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Surah An-Nur:26



Dari firman ALLAH di atas jelas ALLAH telah menjanjikan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat (sama juga untuk pihak perempuan). Apakah definisi sebenar baik dan jahat dari segi Islam? Sebenarnya konsep baik jahat terletak kepada akhlak dan iman seseorang.


Seringkali terdengar perkataan merendah diri. 'saya tidak sesuai untuk awak kerana awak terlalu baik'. Ayat sebegini bagus kerana merendah diri, tetapi adakah lebih elok dikatakan 'InsyaAllah saya akan berusaha jadi lebih baik kerana ALLAH dan saya bersyukur mengenali awak'. Mengapa ia lebih elok? Jawapan: Menunjukkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan seseorang yang beriman dan soleh atau solehah. Tidak perlu lah terlalu merendah diri sehingga seolah-olah tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah adalah perkataan yang sebaik-baiknya kerana memberi segala kesyukuran kepada ALLAH.

Jodoh pertemuan sebenarnya telah ditetapkan oleh ALLAH. Cuma adakah kita benar-benar mengharap kepada ALLAH. Beginilah, harapan kepada ALLAH itu suatu kemestian, tetapi hendaklah disertai dengan usaha. Bagaimana ingin berusaha? Jawapan: Carilah yang beriman. Kita semestinya tidak mengetahui siapakah yang menjadi milik kita (suami isteri) dan ia tetap menjadi rahsia ALLAH sehinggalah tiba saatnya.


Ungkapan yang suka saya lafazkan di sini adalah




" Seseorang yang BERIMAN pasti ia BAIK dan seseorang yang BAIK tidak semestinya BERIMAN. Pilihlah yang BERIMAN.Pasti berbahagia"


~Helmi Suhaimi~



Apa yang saya ingin lafazkan di sini ialah tentang konsep keimanan. Jika diperhatikan pada ayat surah AnNur ayat 26 di atas baik di situ bolehlah di kategorikan sebagai beriman. Ini kerana jika kita perhatikan baik adalah suatu perkataan yang meluas. Orang kafir ada yang baik. Sebagai contoh Bill Gates, mempunyai yayasan tersendiri untuk membantu orang-orang yang susah dan miskin. Mahatma Ghandi, dikatakan mempunyai akhlak yang baik dan sangat besederhana. Nah, banyak lagi contoh yang boleh kita katakan di sini. Tetapi keislaman dan keimananlah yang perlu dititikberatkan.

Konsep keimanan sendiri merupakan satu cabang kecintaan kepada ALLAH seperti yang kita pelajari di dalam Rukun Iman:


  1. Keimanan kepada ALLAH

  2. Keimanan kepada Malaikat

  3. Keimanan kepada Kitab-kitab

  4. Keimanan kepada Rasul-Rasul

  5. Keimanan kepada Hari Qiamat

  6. Keimanan kepada Qada' dan Qadar



Perhatikanlah tentang Rukun Iman di atas. Itulah keimanan sebenar. Persoalan: Benarkah kita telah benar-benar beriman dan menyerlahlah keimanan kita? Jawapan: InsyaAllah, perlihatkanlah keimanan kamu di mana-mana sahaja kamu berada walaupun di campakkan ke dalam api yang marak.

Kadangkala tanpa disangka-sangka kita bertemu dengan insan yang memberi inspirasi kepada kita untuk terus menerus memberi kebaikan kebaikan di muka bumi ini. (InsyaAllah berterusan Istiqamah dalam perjuangan biarlah kerana ALLAH kerana jadikanlah Insan inspirasi sekadarnya). Fitrah manusia menyukai seseorang yang menampilkan kata-kata yang baik, mengingatkan kepada ALLAH, mengajak kepada kebaikan dll kebaikan.

Kebaikan sememangnya wajib dilakukan oleh setiap insan. Tidak perlu berkata "alah, malaslah nak buat benda tue (cth sedekah), nanti orang kata menunjuk-nunjuk pulak" Lihat kepada kata-kata ini seolah-olah berbuat baik iaitu perkara disukai ALLAH boleh jadi menunjuk-nunjuk. Sebenarnya, teruskanlah berbuat perkara yang disukai ALLAH tanpa berpikir perkara lain. Untuk urusan lain biarlah ALLAH tetapkan. Sentiasalah berdoa kepada ALLAH untuk tetapkan hati. CINTAlah kepada perkara kebaikan walaupun kamu tidak tahu perkara itu baik untuk kamu atau tidak. Yang pasti kita telah mengerjakan perkara yang disukai ALLAH. InsyaALLAH pahala dan ganjaran tetap ada. InsyaALLAH..


Di sini saya akan tekankan bahawasanya yakinlah kepada ALLAH yang mana jika kita membuat kebaikan kerana keCINTAan pada keimanan sebenar pasti ALLAH akan mempertemukan kita dengan isan yang serupa dengan kita. Teruskanlah mempamerkan keimanan kamu. Berkatalah, Aku bangga menjadi umat ISLAM!.

Kadangkala timbul persoalan "aku banyak buat dosa adakah ALLAH akan beri ampun pada aku". Jika kita benar-benar ikhlas dalam taubat yang dilakukan pasti ALLAH tunjukkan sinar keimanan dalam hati kita. ALLAH Maha Pengampun, mintalah keampunan kepada ALLAH nescaya ALLAH akan ampun kan. Berusahalah untuk tidak mengulangi dosa-dosa itu. InsyaAllah berkekalan ke sinar cahaya. Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa kerana kita adalah lemah, seperti surah An-Nisa':28
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.


ALLAH akan memberikan rahmat di buka bumi dan syurga pada sesiapa sahaja yang di kehendaki. Selalulah berdoa "Ya ALLAH kurniakanlah daku hidayah di dalam hati ku dan berilah rahmatmu. Jadikan aku insan yang bersyukur".

Ada yang bertanya kepada saya "Aku telah telanjur, bagaimanakah aku nak cari lelaki yang baik. Ada ke lelaki boleh terima aku? Aku kotor dan jijik" Jawapan bagi saya adalah ya! pasti ada lelaki yang beriman (bukan saja baik) yang akan menerima anda jika anda betaubat dan tidak mengulangi perkara yang lalu. Lelaki yang beriman tidak akan mempertikaikan perkara yang lepas dilakukan oleh seseorang perempuan apabila dia telah benar-benar bertaubat. Hari ini dan hari mendatanglah yang patut di perhatikan. InsyaALLAH berbahagia selalu. Yakinlah kepada ALLAH nescaya dia akan temukan seseorang insan yang soleh dan menerimamu seadanya. 'Kotor dan jijik'. Satu sahaja yang boleh saya katakan bersucilah dengan taubat. InsyaAllah akan jadi suci dan bersih seperti kain putih yang suci tanpa kekotoran. Tidak dinafikan seseorang lelaki mahukan isteri yang tidak pernah disentuh oleh lelaki. Tetapi ingatlah wahai lelaki taubat dan keredhaan ALLAH lagi terutama. InsyaAllah ke syurga bersama.

Ramai pula yang inginkan lelaki dan perempuan yang baik (fitrah manusia). Tetapi mestila kita sendiri memperbaiki diri kita terlebih dahulu. Sucikan dan tambah ilmu dalam diri untuk medapat kurniaan rahmat dari ALLAH. Janji ALLAH pasti benar. Coraklah diri kita dengan kebaikan sebelum berniat dan berhajat untuk mendapat jodoh yang baik.

InsyaAllah semoga kita semua mendapat pasangan yang soleh solehah dan beriman. Sentiasa challengingly kita kepada ALLAH. Saling lengap melengkapi. Bersama cinta mencintai (suami isteri) kerana ALLAH. Pertemuan di mulakan dengan pernikahan. Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan ALLAH dan ALLAH telah jadikan kita semua berpasang-pasangan.




"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"


- Saidina Umar Ibnul Khattab -




Rabu, 4 Februari 2009

lelaki + perempuan dlm gerak keje dakwah

lillah menerima soalan dari seorang adik perempuan yang lillah ringkaskan kepada berikut:

"saya nak jadi seorang da'ie mcm akak.. tapi saya keliru tentang gerak kerja dakwah yang melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan. sejauh manakah ukhwah antara lelaki dan perempuan tu bole? kawan2 saya kata tak ada ukhwah antara lelaki & perempuan kecuali perkahwinan. camana ye kak?"

jawapan:

wahai adikku sayang... first of all, kita kene clear apa sebab kita nak jadi da'ie (org yg menyeru kpd kebaikan) ni.. kita nak jadi da'ie sebab ini perintah Allah..so, tetapkan niat adik yang kerja2 dakwah ini hanyalah semata2 utk Allah..

adikku sayang.. secondly kita kene clear cara kita nak berdakwah tu.. ada 1001 cara berdakwah yg adik boleh pilih.. pilih la mana2 yang adik rasa sersuai dengan adik.. setiap orang ada capacity yang berbeza.. akak pilih berdakwah melalui gerak kerja berpesatuan. akak pilih cara ni sebab

‘kita ada tuntutan untuk dibimbing oleh mereka yang lebih mahir dan kita ada tuntutan untuk membimbing mereka yang kurang mahir..dalam persatuan ni, akak ada kawan2 yang berilmu dan berpengalaman yang sentiasa bersedia dengan sukacitanya hendak membimbing akak.. dan akak ada kawan2 yang memerlukan bimbingan dalam menempuh hidup mereka agar mereka ini bukan sahaja bangkit dari kegelapan malah dibimbing untuk menjadi da'ie2 yang meluaskan lagi gerak kerja dakwah ini.. dan kawan2 ni ada yg perempuan dan lelaki’


Maka.. kaedah yang akak pilih ni meletakkan akak di suatu posisi gerak kerja yang melibatkan adanya percampuran antara lelaki dan perempuan.. akak tak nafikan ada je gerakan islam yang langsung tak campur kecuali dengan nikah.. itulah yang sebaiknya..

Adikku sayang.. akak pernah berada dalam dilemma antara 3 gerakan yang akak nak bagi full swing commitment.. dan akak terpaksa pilih satu sahaja. Akak tak pilih yang paling baik (brother & sister sgt2 soleh….mostly kalau ada pape, berdikari masing2.. takde gurau2 yang sia2.. takde senyum2.. takde sms2.. memang soleh solehah sungguh2.. sejuk je hati ni..)

dan yang paling teruk..(brother & sister macam adik beradik.. pegang2.. sayang2.. sharing2 pinggan cawan etc..) ++ni bukan gerakan dakwah, ni pestuan biasa2 aje..

tapi akak pilih yang ditengah-tengah.. (ahlinya ada yang soleh solehah dan ada yang nakal2, othai2, rock2.. hehe)

akak tak kata akak punya pilihan adalah yang paling baik.. tapi inilah yang terbaik untuk akak.. adikku sayang.. pilihlah gerakan dakwah yang paling sesuai dengan hati kita.. sebab once kita dah commit, jangan pandang belakang.. kita kene teruskan sampai ke final..

adikku sayang, apa yang akak sering dengar dari orang macam2 gerakan dakwah yang menolak gerak kerja campur lelaki perempuan adalah disebabkan ‘masalah hati’..

adikku sayang, akak nak bertanya.. andai 3 tahun atau 4 tahun kita di kampus ni, kita Cuma bergaul dengan perempuan sahaja… dan kita tak ada masalah hati.. adakah selepas kita keluar kampus, kita dah jauh dari gerakan kita tadi, kita tak ada masalah hati?

Kalau adik2 lepas habis zaman kampus, dan terus nikah dan kebetulan hanya bekerja dalam bidang yang semuanya perempuan je.. Alhamdulillah..

Realitinya, tak semua orang akan menempuh hidup sedemikian.. majority akan bekerja di bidang yang akan ada percampuran lelaki dan perempuan.. dan masalah hati pun timbul.. jiwa pun gundah gulana.. adikku.. daripada kita lari dari masalah, marilah kita berdepan dengan masalah.. marilah kita cari penyelesaian masalah hati ni..

Jadi, pada pandangan akak.. menafikan ukhwah antara lelaki dan perempuan tu bukanlah suatu perkara yang betul dalam gerak kerja dakwah.. ukhwah tu penting sayang.. ukhwah tu kesatuan hati.. hati ini berkumpul dan berpadu untuk memikul beban dakwah sayang…

apa yang penting ialah gerak kerja tu kita ikutlah syariat, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Adikku sayang.. dalam menjaga soal hati ni, ianya memerlukan ketegasan yang jelas. Adik kene jelas siapa adik, apa yang adik sedang buat dan di mana adik..akak akui yang akak bergerak kerja dengan ramai lelaki.. dari yang paling soleh.. hinggalah yang nakal.. dan semua pemimpin di dunia ni.. artis2 pun.. orang2 popular.. aka nada org yg suka mereka dan aka nada org yang benci mereka.. yang benci tu kerja deorang tak lain, asik nak jatuhkan orang lain.. yang suka tu pulak ada dua perangai.. ada yang suka dan membantu gerak kerja kita.. dan ada yang suka hingga mengganggu gerak kerja kita.. contohnya peminat fanatik.. akak akui akak ada menerima gangguan panggilan telefon hinggakan akak terpaksa menukar nombor telefon dua kali.. dan akak terpaksa meminta bantuan kawan2 lain dalam beberapa perkara demi keselamatan akak.. gangguan email lucah tu satu kes.. zaman akak sekolah dulu, akak ada je dapat surat2 ugutan.. etc (sebab akak pengawas skolah)..


Tapi dik.. muhasabah semula.. apa tujuan kita buat kerja2 ni.. tak wajar akak stop bekerja dengan lelaki hanya kerana gangguan2 yang Cuma 3-4 orang ni jika dibandingkan dengan beratus lagi mereka yang baik2 yang banyak memberi akak kekuatan dan semangat untuk istiqamah.. pokok pangkalnya tuan badan, dia kenela bijak handle situasi.. jangan sampai mak ayah kita terasa anak perempuannya ni mcm playgirl atau sedang diburu.. berwaspada selalu…bijaklah menjaga diri.. seandainya ada yg menganggap kita menjadi punca kelalaian lelaki2 tu..ketahuilah, kat luar sana ada berjuta perempuan yang merosakkan lelaki2.. dan kita selaku wanita yg sedar dgn keadaan ini perlu mainkan peranan utk menyelamatkan wanita2 perosak tu dan lelaki2 dari dirosakkan.. kalau kita yg sedar ni diam je buat tak tau, sedangkan perempuan yg rosak terus merosakkan...siapa yg nk kita harapkan?

sebab tu kita kenala patuh pada syariat.. jaga aurat..kerja2 juga.. syariat kena genggam.. kalau kita betul2 jaga batasan akhlak kita, pakaian kita dll, kita bukanlah punca kelalaian mereka...

Itu soal hati orang lain.. hati kita camana yer? Hehe

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu

yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu,

daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Dalam gerak kerja menyeru kpd yg baik2 ni.. for sure la kita akan bertemu dgn ramai sgt lelaki yg baik2.. yg soleh2.. so pesan lah pada hati kita supaya bersyukur dan pelihara ukhwah tu.. dalam gerak kerja, setiap penggerak memang kene mencari titik keserasian supaya gerak kerja tu mantap..

Dan kalau dalam gerak kerja tu ada yang ter ‘suka’.. ingatlah tu normal, fitrah.. yang penting ialah selagi kita ikut Al-Quran dan As-Sunnah, don’t worry.. kita selamat dunia akhirat..

Tak berdosa ‘suka’kan sesorang.. kan susah kalau kita nak bergerak keje dgn org yg kita tak suka.. yang Allah larang ialah mendekati zina.. jadi, jauhilah zina..

Walaupun kita tak suka kan orang tu, kita still tak boleh meeting berdua dgn dia.. kita still kene meeting dgn kehadiran teman2 yg thiqah yg lain.. jadi suka ke tak suka ke, tu bukan persoalan..kita tak suka2 nak bekerja dengan dia, kita ada amanah dakwah yang kita perlukan kerjasama dia.. berimanlah.. ingat selalu Allah mengawasi zahir batin kita.. bertakwalah.. jagalah diri kita dgn sebaik2nya...elakkan timbul fitnah.. selagi kita tak gadaikan syariat kita..selagi itulah Allah akan memelihara gerak kerja kita..insya’Allah..

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan

dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"

(Surah Fusilat-Ayat 30-32)


Selamat bermujahadah adikku.. ketahuilah kami kakak abangmu sentiasa ternanti2 kehadiran adik2 untuk menyambung rantai perjuangan ini.. :)

wallahua'lam.. akak masih lagi sdg dlm proses belajar..

Khamis, 15 Januari 2009

menggenggam janji Dia..

yakinilah dengan janji Allah.. berpeganglah pada Quran dan Sunnah.. nescaya kita takkan binasa..

yakinilah janji Allah.. carilah hanya redha Allah.. nescaya Dia takkan sia-siakan kita..

bila kita mencari redha manusia, nasib kita di tangan manusia.. nescaya kita akan dikecewakan dan dibinasakan..

usah gusar tatkala dikelilingi anjing2 yang kelaparan selagi redha Allah adalah tujuan utama dan misi utama hidup ini kerana Dia takkan sekali-kali menyerahkan kita pada anjing2 yang lapar itu..
cukuplah Allah sebagai pembela.. cukuplah Allah sebagai saksi..

Sakit difitnah..
Tapi siapalah kita ni kalau nak dibandingkan dengan Aisyah isteri Nabi saw pun pernah difitnah..
Allah tahu apa yang mereka rahsiakan..
sabarlah.. kebenaran tetap akan menang.. kalau tak di dunia, di akhirat nanti pasti yang benar tetap menang.. sabarlah..

manusia..
buat ajelah apa2 yang kamu suka..
setiap yang bernyawa akan merasai mati..
dan Allah akan membalas walau sebesar zarah amal baik dan buruk tu..
buatlah apa yang rasa nak buat..
buat je..

wahai yang telah mengambil janji Allah..
Never.. never.. and never menggadaikan Islam..

menutup aurat itu perintah Allah.. kita tak menutup aurat krn itu perintah abah kita, mak kita or datuk, menteri etc.. len la dlm bible memang ada bagitau yg kene tutup kepala sbg tanda submission to men.. rujuk Corinthians 11:3-7
jadi bila kita 'tutup' tu kene la ikut gude line 'tutup' tu.. sbb selagi tak 'tertutup' sama la maksudnya 'terbuka'..

for those yg baru nak bertudung (cth: mualaf), kuatkan kata hati.. minta kekuatan pd Allah.. minta Allah permudahkan utk kita mentaati perintahNya ni..
for those yang dah bertudung, pakai betul2..

sbb bila anda kejap pakai kejap bukak.. atau pakai tp macm x pakai.. anda sebenarnya sedang menghina Islam..

janganlah krn dek kelemahan dan kejahilan kita dalam memahami Islam, agama ini dipermainkan.. andai kita sedar masih byk kefahaman Islam yg kita tak tau..
belajarlah..
tak de bayi yg lahir2 dah pandai berlari..
semua bermula dari langkah pertama..
belajarlah..

ni link ttg aurat wanita yg mengupas details ttg aurat.. cuba la baca, manatau kot2 ciri2 berpakaian yg disebutkan tu ada pada diri kita.. (kalau rasa sayangkan diri sendiri, baca la..)

>> click me!! :D

(yg masalah ni ialah bila org yg bodoh sombong dan malas belajar~)

Wahai Allah.. peliharalah diriku, keluargaku, keturunanku, sahabat2ku dan agamaku dari fitnah dan penganiayaan.. Engkau Maha Mengetahui apa yang mereka perkatakan dan apa yang mereka rahsiakan.. janganlah Kau membolak-balikkan hati ini sesudah Kau memberi petunjuk kepada kami.. Amin..

Selasa, 13 Januari 2009

Antara IbuBapa dan Kekasih Hati




Renungan buat yang dalam dilema membuat pilihan antara kebahagiaan hati sendiri yang masih tiada jaminan ataupun mengguris hati dan perasaan ibu dan ayah yang bersusah-payah melahirkan dan membesarkannya...

Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.

Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama, jadi anak derhaka, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Saya andaikan ramai yang membuat pilihan pertama sebab selalunya kita akan mentafsirkan kebahagiaan milik kita, kita yang akan berkahwin bukan ibu bapa! Sebaliknya, sedarkah kita bahawa apa yang pasti, pilihan kedua adalah lebih arif dan insya Allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.

Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah SWT telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Jelaslah, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali hal yang dilarang oleh syariat. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Pada zaman Rasulullah SAW, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Atas sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri. Beliau lalu mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah SAW kemudiannya telah bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.” Kisah ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Abu Daud sebagai hadis hassan sahih.

Di dalam sebuah hadis lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “Aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.” Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikan yang besar hanya kerana seorang kekasih hati?

Di dalam sebuah hadis riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Rugi besar! Rugi Besar! Rugi Besar!” Ditanyakan, “Siapakah yang rugi, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang masih hidup, baik salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut tidak masuk syurga.”

Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza.

Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi. Insya Allah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan.

Wallahu’alam.

amik dari http://bawangorengnet.blogspot.com/2008/11/antara-ibubapa-dan-kekasih-hati.html

Khamis, 1 Januari 2009

halal Dating ? Btul ke??

wah... sudah besar anak2 buahku.. sudah mula mencari2 pasangan yup.. (dalam PPM, jawatan NYDP2 juga dikenali sebagai mak ppm.. sebab menjaga kebajikan anak2 buah) yang bagi nama mak ppm ni siapa tah.. tapi memang memberi kesan yg kuat kpd all my kids (ahli2 ppm)..

ehem2.. anak2 buah ku yg comel2, tak salah anak2 nak bercinta. hukumnya harus. dan nak mencari2 pun tak salah .. sebab Allah suruh kita berusaha.. persoalan kecewa atau tidak tu soal lain. Allah tak menjadikan sesuatu tu main2.. Allah tau yg terbaik.. setuju? any bantahan?

persoalannya ialah bagaimana nak memandu hubungan cinta supaya yang harus tidak menjadi haram.. dalam posting dulu2 lillah dah pernah post tajuk 'status cinta harus berubah haram' bole refer situ..

http://coretanfisabilillah.blogspot.com/2008/11/status-bercinta-kasih-harus-yg-berubah.html

bila hukumnya harus.. maka tidak lah bole dihalang. dah besar pun.. tak boleh nak ikat tangan kaki atau kurung dalam rumah.. semua dah ada handphone & internet kan..
jadi apa yg penting ialah anak2 buahku yg disayangi mengikut guide line syariat owkey....?
:D (cakap baik2 ni....)

di sini dilampirkan poster khas buat si comel yang dah membesar rupanya.. click utk besarkan. save la.. pastu sebarkan kat kengkawan len.. ni promosi membimbing mama papa yang soleh solehah.. moga sentiasa dalam syariatNya..

~ to my lovely sis & bros yg request for this post, mekasih.. ish terharu tengok korangdah besar2 la..~cptnya masa berlalu..





Jumaat, 5 Disember 2008

hadis ahad sbg hujah dlm akidah

HADIS AHAD SEBAGAI HUJJAH DALAM PERSOALAN AQIDAH

http://aqidah-wa-manhaj.blgospot.com

Defini hadis Ahad:

Pengertian ahad secara etimologi berasal dari kata “Ahad” atau “Wahid” bererti satu. Maka khabar ahad خبر احد atau khabar wahid خبر واحد adalah suatu berita (khabar) yang disampaikan oleh satu orang sahaja. (Lihat: Al-hadis an-Nabawi Mustalahatuhu Balagatuh Ulumuhu, m/s. 21, Muhammad as-Shabbag)

“Hadis Ahad ialah hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis mutawatir atau tidak memenuhi sebahagian dari syarat-syarat mutawatir.” (Lihat: Syarah Nukhbatu al-Fikri oleh al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah (m/s. 4-8), al-Ahkam oleh Imam al-Amidi rahimahullah (2/31). Lafaz al-Amidi adalah: “Yang lebih pasti untuk hadis Ahad ialah, salah satu hadis yang tidak sampai ke tingkatan mutawatir”)

Hadis Ahad adalah hadis yang berada di bawah nilai hadis sahih setelah memenuhi ketentuan maqbul (diterima), dan beramal dengannya adalah wajib. Jumhur ulama, sama ada dari kalangan sahabat atau tabi’in serta para ulama setelahnya sama ada dari kalangan ahli hadis, ahli fiqh ataupun ahli usul berpendapat bahawa hadis ahad yang sahih itu dapat dijadikan hujjah yang diamalkan. Kewajipan beramal dengannya didasarkan atas kewajipan syar’i bukan atas dasar akli (akal). (Lihat: Qawaid at-Tahdis min Funun Mustalah al-Hadis, m/s. 147-148, Muhammad Jamal ad-Din al-Qasami)

Menurut ulama ahli hadis bahawa hadis ahad yang ada pada kitab al-Jami’ as-sahih oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, menunjukkan kepada ilmu yakin. (Lihat: Qawaid at-Tahdis min Funun Mustalah al-Hadis, m/s. 148, Muhammad Jamal ad-Din al-Qasami) Dengan demikian keadaannya, maka hadis ahad dalam kedua kitab ini memberi faedah yang qat’i (iaitu nilaian hadis sahih).

Kriteria yang disebutkan oleh Imam asy-Syafi'i rahimahullah merupakan kriteria yang dibuat oleh para ulama ahli hadits (mushthalah), yaitu:

1. Sanadnya tersambung (tidak putus/muttashil).

2. Para perawinya adil.

3. Perawinya dhabit (tepat dan sempurna hafalannya).

4. Selamat dari syudzudz. Yang dimaksud dengan syudzudz adalah riwayatnya bertentangan dengan riwayat orang lain yang lebih tsiqah darinya.

5. Selamat dari cacat yang menjadikannya cedera. (Lihat syarat-syarat hadits dalam kitab Ikhtishar 'Ulum al-Hadits (hal. 10) dan kitab Tadrib ar-Rawi (hal. 22), juga kitab Lamahaatfi Ushul al-Hadits (hal. 11))

Semua syarat atau kriteria ini sebenarnya telah pun disebutkan oleh Imam asy-Syafi'i rahimahullah melalui ucapannya seperti di atas, sekalipun tidak berurutan seperti yang diurutkan oleh para ulama ahli hadis. Dengannya juga telah menunjukkan bahawa betapa dalamnya ilmu Imam asy-Syafi'i rahimahullah dalam bidang hadis. Oleh kerana itu, kitab-kitabnya dipenuhi dengan serangkaian dalil dan dasar atas hujjah-hujjah Sunnah, serta bantahan terhadap orang yang menentangnya dan terhadap orang yang mengambil hadis hanya sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.

SYARAT-SYARAT DITERIMANYA HADIS

Imam asy-Syafi'i rahimahullah menceritakan:

Sesorang berkata: “Sebutkan kepadaku batas minima sebagai syarat untuk diterimanya hujjah terhadap ahli ilmu sehingga berita atau riwayat orang khusus diterima dan digunakan bagi mereka.”

Aku menjawab: “Riwayat satu orang dari satu orang, hingga sampai kepada Nabi atau hingga ke bawah. Hujjah dan berita dengan riwayat satu orang tidak dapat diterima melainkan jika memenuhi sejumlah kriteria (syarat).

Di antara kriteria tersebut adalah yang meriwayatkannya adalah seorang yang tsiqah dalam agama, dikenali jujur dalam berbicara, faham dengan apa yang diriwayatkannya, mengetahui maksud lafaz, dan ketika menyampaikan hadis ia menyampaikannya bersesuaian dengan apa yang didengarinya persis dengan huruf-hurufnya dan tidak menyampaikannya dengan maknanya (dengan lafaznya dari dirinya sendiri).

Kerana bila ia meriwayatkannya dengan makna (dengan pemahamannya), padahal ia tidak mengetahui maksud lafaz, maka boleh jadi dia salah memahami sehingga seharusnya haram, malah ia katakan halal. Dan apabila ia menyampaikannya (meriwayatkannya) dengan huruf-hurufnya, maka tidak dikhuwatirkan terjadinya kesalah-fahaman.

Ia harus meriwayatkannya seperti itu sama ada dengan cara dihafal atau pun ditulis.

Bila ada ahli penghafal hadis yang lain meriwayatkan hadisnya, maka riwayatnya harus sama dengan riwayatnya itu. Juga ia tidak, maka tergolong seorang mudallis dengan meriwayatkan dari seseorang yang dijumpainya, suatu riwayat yang tidak didengar olehnya, ia harus meriwayatkan dari Nabi riwayat yang tidak berbeza dengan apa yang diriwayatkan oleh orang-orang tsiqah dari Nabi.

Begitulah kriteria yang harus dimiliki, bermula dari perawi terendah (paling bawah) sehingga paling atas yang sampai kepada Nabi. Kerana masing-masing dari mereka diakui oleh orang yang mengambil riwayatnya dan oleh orang yang riwayatnya diambil darinya, sehingga masing-masing dari mereka wajib memenuhi kriteria ini.”

(Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah memberi komen ke atas ucapan Imam asy-Syafi'i rahimahullah sebagai berikut: “Lihatlah kitab Ikhtilaf al-Hadis Imam asy-Syafi'i dengan al-Hasyiah (juz 7 hal. 2-38 ), dari kitab al-Umm, juga ucapannya pada kitab Jima’al-‘Ilm berkenaan dengan syaratnya ini.” Syaikh Ahmad Syakir berkata: “Sesiapa saja yang memahami ucapan Imam asy-Syafi’i rahimahullah pada bab ini, pasti dia akan mendapati, bahawa Imam asy-Syafi’i telah merangkumkan kaedah-kaedah yang sahih (jelas/tepat) tentang ilmu al-Hadis (al-Mushthalah), dan bahawa dialah yang pertama kali menjelaskan secara jelas berkenaan dengannya, dia juga sebagai pembela hadis yang paling unggul serta orang yang berhujjah berkenaan wajibnya mengamalkan Sunnah, Imam asy-Syafi’i juga memberi bantahan terhadap orang-orang yang menentang dan menolak hadis. Benarlah penduduk Makkah yang menggelari Imam asy-Syafi'i rahimahullah dengan gelaran Nashir as-Sunnah (Pembela Sunnah), semoga Allah meredhainya.” (Lihat ar-Risalah, Imam asy-Syafi’i, (m/s. 369))

GOLONGAN YANG MENOLAK HADIS AHAD

Di antara golongan yang menolak hadis ahad ialah kelompok Qadariyah, Rafidhah, Ahli Zahir dan Muktazilah (diketuai oleh al-Jubba’i).

Terdapat pandapat yang mengatakan: “Hadis ahad itu tidak boleh dijadikan pedoman dan pegangan dalam akidah, kerana akidah wajib berdasarkan dalil yang qat’i iaitu ayat al-Quran atau hadis Rasulullah supaya dapat diterima”.

Maka penadapat ini ditolak, kerana apabila hadis yang perawinya terpercaya (tsiqah) dan sampai kepada kita dengan sanad yang sahih, ia wajib diimani dan dibenarkan, sama ada berupa hadis ahad atau hadis mutawatir. Inilah mazhab para ulama salaf as-soleh yang berdasarkan perintah Allah:

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka”. (Surah al-ahzaab, 33: 36)

“Taatilah Allah dan Rasul-Nya” (Surah Ali Imran, 3: 32)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata:

“Sesungguhnya sudah terkenal perbuatan (amalan dan penerimaan) para sahabat dan tabi’in yang berlandaskan hadis ahad tanpa penolakan. Maka telah sepakat mereka untuk menerima hadis ahad”. (Lihat: Fathul Bari 13/234)

Ibnul Abil Izzi berkata:

“Hadis ahad jika para umat menerima sebagai dasar amalan dan membenarkannya, maka dapat memberikan ilmu yakin (kepastian) menurut jumhur ulama. Kerana hadis ahad termasuk sebahagian hadis mutawatir. Sedangkan bagi kalangan ulama salaf tidak ada perselisihan dalam masalah ini”. (Lihat: Syarah Akidah ath-Tahawiyah, m/s. 399-400, Ali bin Ali bin Abi Izzi al-Hanafi. Tahqiq dan takhrij oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

Ada orang bertanya kepada Imam asy-Syafi’e, lantas dia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam telah menetapkan demikian dan demikian, lalu orang itu bertanya kepada Imam asy-Syafi’e: Bagaimana pendapat tuan? Imam asy-Syafi’e berkata:

“Maha Suci Allah! Apakah kamu melihat aku dalam bai’at, kamu melihat saya diikat? Aku berkata kepadamu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salam telah menetapkan, dan kamu bertanya bagaimana pendapatmu?”

Kemudian Imam asy-Syafi’e menjawab: “Apabila aku meriwayatkan hadis sahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Lalu aku tidak mengambilnya, maka aku akan meminta kamu agar menjadi saksi bahawa akal-ku telah hilang. (Lihat: Mukhtasar as-Sawa’iq alal-Jahmiyah wal-Mu’tazilah, 2/350. Ibnul Qayyim. Dan Lihat: Ar-Risalah, m/s. 401, Imam asy-Syafie)

Di sini telah jelas dapat kita lihat bahawa Imam asy-Syafie tidak mensyaratkan melainkan cukup dengan kesahihan hadis tersebut”. (Lihat: Ittihaf al-Jamaah, 1/1)

Imam asy-Syafie tidak membezakan di antara hadis ahad atau mutawatir, hadis tentang akidah atau amaliyah. Namun yang dibincangkan hanya berkisar tentang sahih tidaknya suatu hadis.

Imam Ahmad berkata:

“Semua yang datang dari nabi Shallallahu ‘alaihi waSalam dengan sanad yang baik, maka kita tetapkan, dan bila tidak tetap (tidak sah) dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salam maka kita tidak menerimanya, maka kita kembalikan urusan itu kepada Allah.

Allah berfirman:

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”. (Surah al-Hasyr, 59: 7)

Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

“Hadis setelah jelas sudah tetap (sahih), semua umat Islam sepakat wajib untuk mengikutinyaa”. (Lihat: Majmu’ al-Fatawa, 19/85, Ibnu Taimiyah)

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

“Saya menolak orang yang mengingkari hujjah hadis ahad. Termasuklah dalam hal ini pemberitahuan sebahagian sahabat kepada sebahagian yang lain demi berpegang teguh pada apa yang diberitakan oleh salah seorang dari mereka dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Tidak ada seorang pun dari mereka yang berkata kepada seseorang yang menyampaikan berita dari Rasulullah: Beritamu adalah berita individu (Khabar wahid/hadis ahad) yang tidak memberi faedah ilmu sehinggalah ia mutawatir”.

“Malah jika salah seorang antara mereka meriwayatkan hadis dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam kepada orang lain berkenaan sifat-sifat Allah, maka mereka terus menerimanya. Dan sifat itu diyakini dengan pasti, sebagaimana meyakini melihat, firman-Nya dan panggilan-Nya kepada hamban-Nya pada hari kiamat dengan suara yang dapat didengar dari tempat yang jauh, serta turunnya ke langit dunia setiap malam dan menguasai langit serta Maha Kekal. Barangsiapa yang mendengar hadis ini dari orang yang menceritakannya dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam atau sahabat, maka dia wajib yakin di atas ketetapan maksud dari hadis ahad yang adil dan benar. Dan hadis ahad tidak diberitakan sehingga mereka menetapkan sebagai hadis hukum.

Mereka tidak menuntut penjelasan dalam meriwayatkan hadis ahad tentang sifat secara pasti, tetapi mereka terus menerima, membenarkan dan menetapkan maksud dari hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Dan bagi orang yang berpaling dari hadis maka dia akan tahu tentang hal itu. Dan jika masalah itu belum jelas, nescaya kami akan menerangkan lebih dari seratus pembahasan”. (Lihat: Mukhtasar as-Sawa’iq, 2/361, Ibnul Qayyim)

“Maka inilah sikap orang yang menafikan (meniadakan) hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang membuang kesepakatan sahabat dan tabi’in serta para imam. Adapun yang menolak hadis ahad itu adalah orang-orang yang sependapat dengan Muktazilah, Jahmiyah, Rafidhah dan Khawarij yang telah rosak kehormatannya. Dan pendapat itu diikuti oleh sebahagian ulama usul dan fuqaha. Bahkan para imam telah menjelaskan perbezaan pandangan golongan ini dari pendapat yang mengatakan bahawasanya hadis ahad memberikan faedah ilmu. Demikian pendapat Malik, asy-Syafi’e, dan murid-murid Abu Hanifah dan Daud Ibn Ali dan muridnya seperti Muhammad ibn Hazm. (Lihat: Mukhtasar as-Sawa’iq, 2/361-362, Ibnul Qayyim)

Ibnul Qayyim seterusnya menyanggah mereka yang menolak hadis ahad, beliau menjelaskan: “Kaitan/hubungan di antara as-sunnah dan al-Qur’an dalam tiga perkara, iaitu:

1 - Kesesuaian terhadap ketentuan yang terdapat di dalam al-Qur’an.

2 - Hadis ahad juga merupakan mubayyin atau penjelas terhadap apa yang dimaksudkan atau dikehendaki oleh al-Quran.

3 - Hadis adalah menetapkan hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran. Alternatif ketiga ini (menurut beliau) merupakan ketentuan yang ditetapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri yang wajib ditaati bersesuaian dengan firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 79. Ketaatan terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam untuk alternatif yang ketiga ini, tidak hanya ditujukan oleh hadis mutawatir, kerana jumlah hadis mutawatir hanya sedikit. Padahal sangat banyak masalah yang belum ditentukan ketetapan hukumnya melalui al-Qur’an yang hanya boleh diperolehi melalui hadis ahad, seperti mana keadaannya hukum haram mengumpulkan dua isteri yang bersaudara (isteri dan kakak atau makciknya), haram menikahi saudara sepersusuan, larangan berpuasa bagi wanita yang haid, hak waris bagi datuk dan nenek, hak pilih bagi seorang wanita hamba apabila dimerdekakan, ‘iddah bagi wanita yang cerai mati dan masih banyak lagi masalah-masalah lainnya. (Lihat: Mukhtasar as-Sawa’iq, 2/361-362, Ibnul Qayyim)

Adapun yang mengingkari hujjah hadis ahad kerana kesamaran atau hadis ahad mengandungi dzan (keraguan), dan mereka maksudkan dengan dzan adalah dengan dzan yang lebih kuat, kerana menurut mereka kemungkinan terjadi adanya kesalahan seseorang atau kelalaiannya. Prasangka yang kuat pula hanya dapat diamalkan dalam masalah hukum dan tidak boleh mengambilnnya dalam masalah akidah. Mereka beralasan dengan sebahagian ayat yang melarang mengikuti prasangkaan, sebagaimana firman Allah:

“Mereka tidak lain hanyalah mengikuti perasangka, sedangkan sesungguhnya prasangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran”. (Surah an-Najm, 53: 28)

Untuk menjawab penyimpangan ini perlu dijelaskan, bahawa hujjah mereka dengan ayat ini tidak dapat diterima. Kerana dzan di sini bukan perasangka yang boleh kita lakukan, akan tetapi, prasangka yang berupa keraguan, dusta dan hanya berkira-kira. Dalam kitab an-Nihayah, al-Lisan dan selainnya dari kitab kamus bahasa, dzan adalah bererti “keraguan”.

Ibn Kathir berkata dalam menafsirkan ayat di bawah ini:

“Dan tidaklah mereka mempunyai ilmu tentangnya”

Maksudnya, mereka tidak memiliki pengetahuan yang benar yang boleh membenarkan ucapan mereka, bahkan perkara tersebut merupakan dusta dan mengada-adakan sesuatu serta kufur yang sangat keji. Adapun mengenai ayat:

“Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka, sedangkan sesungguhnya prasangka itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran”.

Ayat ini bermakskud: “Tidak dapat menepati (menggantikan) kebenaran”.. Kerana dalam hadis yang sahih Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Berhati-hatilah tehadap prasangka buruk, kerana perasangka buruk itu sedusta-dusta percakapan”. Dan keraguan serta dusta adalah perbuatan yang dicela oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

“Mereka tidak lain hanyalah mengikuti perasangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”. (Surah al-An’am, 6: 116)

Allah mensifati mereka yang berperasangka sebagai mengada-adakan yang tidak ada dan berdusta. Jika kebohongan dan dusta itu yang menjadi dzan, maka dalam masalah hukum sekalipun maka ia tetap tidak boleh dipakai. (Lihat: Al-Akidah fil-Allah, Umar Sulaiman as-Syaqr) Kerana hukum tidak didirikan di atas keraguan dan perkara yang diada-adakan (dzan).

Adapun kelalaian seorang rawi, maka hadis ahad yang diriwayatkannya harus ditolak, sebab rawi semestinya terpercaya dan dhabit, maka hadis yang sahih itu tidak boleh mengandungi kesalahan rawi. Sedangkan menurut kebiasaan ahli hadis, bahawa rawi terpercaya yang tidak lupa dan tidak dusta tidak boleh ditolak hadisnya.

Dalam hal ini, para Sahabat dan orang-orang sesudahnya yang terdiri dari para tabi'in dan generasi Salaf umat ini, samaa ada yang menyatakan, bahawa hadis Ahad itu menunjukkan ilmu yang yakin ataun pun yang berpendapat hadis Ahad menunjukkan dzan (keraguan), mereka berijma’ (sepakat) atas wajibnya mengamalkan hadis Ahad, tidak ada yang berselisih dari mereka kecuali kelompok yang tidak masuk perkiraan (tidak diambil kira), seperti sebahagian Mu’tazilah dan Rafidhah. (Al-Ahkaam oleh al-Amidi (2/64), Irsyad al-Fukul (hal. 48-49))

Al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah berkata dalam kaitan ini:

”Kewajiban mengamalkan hadis Ahad itu adalah pendapat seluruh tabi’in dan para fuqaha sesudahnya di seluruh negeri hingga kini. Tidak ada keterangan yang sampai kepada kami berkenaan adanya salah seorang dari mereka yang menentangnya atau menyalahinya." (Lihat al-Kifayah (hal. 72))

DALIL HADIS AHAD SEBAGAI HUJJAH

Setelah jelas kelemahan alasan mereka yang menolak hadis ahad sebagai hujjah dalam masalah akidah, maka dalil yang mewajibkan menerimanya terlalu banyak, sama ada dari al-Quran atau hadis-hadis sahih. Antaranya ialah:

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan antara mereka beberapa orang untuk menimba ilmu (menambahkan) pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”. (Surah at-Taubah, 9: 123)

Ayat ini memerintahkan kepada kita untuk belajar agama. Perkataan “golongan (ath-thaifah) tersebut dapat digunakan untuk seorang atau beberapa orang. Imam al-Bukhari berkata: Seorang manusia boleh dikatakan golongan sebagaimana firman Allah:

“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang berperang, maka damaikanlah antara mereka”

Maka jika ada dua orang yang berperang, orang tersebut masuk dalam erti ayat di atas. (Lihat: Sahih al-Bukhari dan Fathul Bari, 13/231) Jika perkataan seseorang yang berkaitan dengan masalah agama dan dapat diterima, maka ini sebagai dalil bahawa berita yang disampaikannya itu adpat dijadikan hujjah. Belajar agama itu meliputi akidah dan hukum, bahkan belajar akidah itu lebih penting dari belajar hukum. (Lihat: Akidah fii Allah, m/s. 51, Sayyid Sabiq)

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka selidikilah dengan teliti”. (Surah al-Hujuraat, 49: 6)

Dalam bahagian “Qiraat”, فَتَبَيَّنُوْا ia bermaksud “Berhati-hati”. Ini menunjukkan atas kepastian dalam menerima hadis seseorang yang terpercaya. Dengan demikian dalam persoalan hadis yang jelas sahih tidak memerlukan kehati-hatian kerana ia tidak terlibat kefasikan-kefasikan yang diceritakan itu yang tidak memberikan pengetahuan yang perlu untuk diteliti sehingga mencapai darjat ilmu. (Kewajipan Mengambil Hadis Ahad Dalam Akidah, m/s. 7, Muhammad Nashiruddin al-Albani)

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil-amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat berkenaan sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya)”. (Surah an-Nisa’, 4: 59)

Ibnul Qayyim berkata:

“Orang Islam sepakat bahawa mengembalikan kepada Rasul adalah ketika beliau masih hidup dan kembali kepada sunnahnya adalah setelah baginda wafat. Mereka pun telah sepakat pula bahawa kewajipan mengembalikan hal ini tidak akan pernah gugur dengan sebab meninggalnya Rasulullah. Bila hadis mutawatir dan ahad itu tidak memberikan ilmu dan kepastian (yakin) maka mengembalikan kepadanya itu tidak perlu”. (Lihat: Mukhtasar as-Sawa’iq, 2/352, Ibnul Qayyim)

Dalil-dalil yang menunjukkan wajib diterima hadis ahad begitu banyak sekali, di antaranya ialah:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa-Salam mengutus delegasi hanya seorang sahaja kepada para raja di setiap wilayah (jajahan). Begitu juga kepada para penguasa negara. Manusia kembali kepada mereka dalam segala hal, sama ada dalam persoalan hukum atau keyakinan. Di antanya, Rasulullah mengutus:

1 - Abu Ubaidah Amir bin al-Jarrah ke negara Najran. (Lihat: Sahih al-Bukhari, 13/232)

2 - Mu’az bin Jabal ke negara Yaman. (Lihat: Sahih al-Bukhari, 3/261)

3 - Dahiyah al-Kalbi dengan membawa surat kepada pembesar Basrah. (Lihat: Sahih al-Bukhari, 13/241)

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Umar rahimahullah, ia berkata: Ketika manusia ada di Quba melaksanakan solat Subuh, ada orang yang datang kepada mereka, dia berkata sesungguhnya telah diturunkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam al-Qur’an pada waktu malam dan baginda diperintahkan untuk menghadap Ka’abah, maka mereka menghadap Ka’abah dan wajah mereka sebelumnya menghadap ke Syam, kemudian beralih ke Ka’bah. (Lihat: Sahih al-Bukhari, 13/232)

Semuanya ini tidak pernah dinyatakan sebagai hukum amali kerana perbuatan dan hukum ini berdasarkan atas keyakinan dan kesahihan hadis.

Dari Umar radiyallahu ‘anhu berkata: Ada seorang sahabat dari kalangan Anshar, apabila dia tidak bertemu dengan Rasulullah, aku menyampaikan kepadanya apa yang aku dengar khabar dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam, apabila aku tidak hadir maka orang itu datang kepadaku membawa khabar dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. (Lihat: Sahih al-Bukhari, 13/232)

Maka inilah peristiwa yang dilakukan sahabat yang memperlihatkan kepada kita bahawa setiap orang dari kalangan sahabat sudah cukup untuk menerima hadis yang disampaikan oleh satu orang dalam urusan agamanya, sama ada yang berkaitan dengan keyakinan (akidah) atau pun perbuatan.

Dari Abdullah bin Mas’oud radiallahu ‘anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah bersabda: “Allah memancarkan cahaya kepada orang yang mendengar hadis dari kami yang dia hafal kemudian disampaikannya kepada yang lain. Ramai orang yang menyampaikan lebih memadai daripada orang yang mendengar”. (Lihat: Musnad Ahmad, no. 4157, Tahqiq Ahmad Syakir)

Semuanya tidak terbatas pada hadis yang berkaitan dengan amaliyah, tetapi bersifat umum. Meliputi hadis amaliyah, hukum dan akidah. Apabila masalah-masalah akidah yang ditetapkan dengan hadis-hadis ahad itu tidak wajib diimani, pasti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dalam masalah ini tidak menyampaikan hadisnya secara mutlak, tetapi tentu menerangkan masalah ini terbatas pada hadis yang berkaitan dengan amaliyah sahaja tidak yang lainnya.

Pendapat yang mengatakan bahawa hadis ahad itu tidak boleh dijadikan dasar dalam perkara akidah, itu merupakan pendapat bid’ah dan tidak ada dasarnya dalam agama. Ulama as-Salaf as-Soleh tidak pernah mengatakan demikian, bahkan hal itu tidak pernah terlintas pada mereka. Andaikata ada dalil qat’i yang menunjukkan bahawa hadis ahad itu tidak layak untuk permasalahan akidah, nescaya sudah difahami dan sudah dijelaskan oleh para sahabat dan ulama salaf. Kemudian pendapat bid’ah tersebut bererti menolak beratus-ratus hadis sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam.

Mereka yang tidak mengambil hadis ahad dalam persoalan akidah, nescaya menolak beberapa hadis ahad tentang akidah lainnya seperti berkenaan:

Keistimewaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang melebihi semua nabi-nabi.

1 - Syafaat yang besar di akhirat.

2 - Syafaat terhadap umatnya yang melakukan dosa besar.

3 - Semua mukjizat selain al-Quran.

4 - Proses permulaan makhluk, sifat malaikat dan jin, sifat neraka dan syurga yang tidak diterangkan dalam al-Quran.

5 - Pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di alam kubur.

6 - Himpitan kubur terhadap mayat.

7 – Jambatan (titian ash-Shirath), telaga dan timbangan amal.

8 - Keimanan bahawa Allah menetapkan kepada semua manusia akan keselamatannya, kesengsaraannya, rezekinya, matinya ketika masih dalam kandungan ibunya.

9 - Keistimewaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang dikumpulkan oleh Imam as-Suyuti dalam kitab al-Khasais al-Kubra, seperti Rasulullah masuk ke syurga ketika baginda masih hidup dan melihat kedudukannya serta hal-hal yang disediakan untuk orang yang bertaqwa.

10 - Berita kepastian bahawa sepuluh sahabat dijamin masuk syurga.

11 - Bagi orang yang melakukan dosa besar tidak kekal selama-lamanya dalam neraka.

12 - Percaya kepada hadis sahih tentang sifat hari kiamat dan padang mahsyar yang tidak dijelaskan dalam al-Quran.

13 - Percaya terhadap semua tanda kiamat seperti keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal, keluarnya api, munculnya matahari dari barat dan binatang-binatang dan lain-lainnya.

Kemudian semua dalil akidah menurut mereka tidak sah dengan dalil hadis ahad. Dalil-dalil akidah itu bukan dengan hadis ahad tetapi dalilnya harus dengan hadis mutawatir. Akan tetapi kerana sedikitnya ilmu yang mengingkari kehujjahan hadis ahad itu maka mereka menolak semua akidah yang berdasarkan hadis sahih. (Lihat: Risalah wajib mengambil hadis ahad tentang akidah, m/s. 36-39. Lihat: Kitab Akidah, m/s. 54-55, Umar Asyqar)

Wallahu a’lam...
0 comments

hadis daif

notes copy paste for me.. from my mail box
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hadis Daif'

Hadith dhoief boleh diamalkan menurut pendapat Imam nawawi dan Ibn Hajar al Asqolani tetapi dengan syarat-syarat yang ketat. Boleh digunakan untuk targhib dan fada'il a'mal. Tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujjah untuk hukum syarak dan aqidah seperti sifat-sifat Allah ia tidak boleh digunakan.

Syarat beramal menurut pendapat al hafiz ibn hajar al asqolani ialah :

1. Dhaif yang ada pada hadith itu adalah tidak keterlaluan.
2. Maksud yang terkandung didalam hadith dhoief itu tidak bercanggah dengan kaedah umum agama Islam

3. Hendaklah berhati-hati ataupun ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya. Supaya kita tidak bersalah menyandarkan hadith tersebut kepada Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan hadith atau bukan perkataan nabi.

Ilmu hadith merupakan salah satu cabang ilmu yang diwarisi daripada ulama-ulama silam. Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati sejarah perkembangan ilmu hadith merupakan satu gambaran praktikal bagaimana Allah menjaga kalam suci Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam.

Penjagaan ini jelas diperhatikan melalui usaha para muhaddithin meriwayatkan hadith dengan mementingkan kepada persoalan sanad dan matan. Alangkah prihatinnya para ulama terdahulu meneliti masalah ini sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap perkataan yang benar-benar muncul daripada Nabi s.a.w. sehinggakan Abdullah bin Mubarak rahimahullah pernah berkata;

الإسناد عندي من الدين لولا الإسناد لقال من شاء ما شاء...

[ Sanad itu di sisiku sebahagian daripada agama, jika tidak kerana adanya sanad nescaya mudahlah orang bercakap apa sahaja yang disukai ] [1]

Tajuk yang serba sederhana sifatnya ini bukanlah maksud penulis untuk mengajak para pembaca berpegang dengan hadith dhaif dan mencuaikan hadith-hadith sahih dan hasan. Sebaliknya penulis menuntut kepada para pembaca sekalian agar berpegang secara bersungguh-sungguh dengan hadith-hadith sahih dan hasan serta tidak mengabaikan hadith dhaif kecuali kedhaifannya hampir kepada hadith maudhu' (palsu). Definisi hadith dhaif sebagaimana yang ingin diterangkan ialah, hadith yang tidak memenuhi syarat-syarat hadith sahih dan syarat-syarat hadith hasan. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Solah rahimahullah;


هو كل حديث لم تجتمع فيه صفات الحديث الصحيح ولا صفات الحسن فهو ضعيف

[ Iaitu semua hadith yang tidak berhimpun padanya sifat hadith sahih dan tidak juga padanya sifat hadith hasan, maka ia adalah dhaif ] [2]

Manakala al Hafiz Ibn Hajar di dalam kitab النكت على ابن الصلاح memberikan pandangan;

وكذا إذا كان فيه ضعيف بسبب سوء الحفظ أوكان فى الإسناد انقطاع خفيف أو خفى أو كان مرسلاً

[ Dan begitu juga jika ada padanya kedhaifan dengan sebab buruknya hafalan atau keadaan sanadnya yang terputus secara samar atau tidak ketara ataupun mursal (iaitu hadith yang dinisbahkan oleh seorang tabi'in kepada Nabi salallahualaihi wasalam dengan tidak menyebut nama Sahabat sebagai pengantara ) ] [3]

Menjadi kewajipan kepada kita selaku golongan agamawan untuk mendalami secara bersungguh-sungguh sumber yang menjadi salah satu asas kepada Islam iaitu al hadith. Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahullah, merupakan salah seorang tokoh Ulama Islam yang bergiat cergas dalam memperjuangkan usahanya untuk merobohkan jurang perbezaan pendapat antara golongan fuqaha' dan golongan muhaddithin. Menurut beliau, kebiasaannya bagi orang yang mendalami bidang feqh kurang mahir dalam ilmu-ilmu mengenai ulum al hadith. Manakala golongan yang bergiat dalam bidang al hadith pula kurang mahir dalam persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh imam-imam mazhab dalam masalah feqh.

Oleh kerana masalah yang ditimbul berpunca daripada sudut kekuatan ilmiah masing-masing ini, maka seringkali berlaku perselisihan dan pertikaian kerana tidak mampu mengeluarkan perbendaharaan ilmu pada setiap aspeknya. Adalah menjadi kewajipan kepada ahli feqh untuk mahir di dalam bidang ulum hadith agar mereka mampu menetapkan hukum mengikut sunnah. Begitu juga kepada ahli hadith supaya benar-benar mendalami ilmu feqh agar mereka mengetahui perkataan-perkataan dan hujjah-hujjah yang ditimbulkan ilmuan Islam pada setiap perbahasan feqh, supaya mereka (ahli hadith) tidak sewenang-wenangnya mentajrihkan (mencederakan) individu-individu lain dengan mendakwa mereka sebagai ahli bida'ah.

Generasi ilmuan hari ini adalah sangat dituntut untuk tidak menguasai hanya satu bidang ilmu sahaja dan mengabaikan teori-teori ilmu Islam yang lain. Para Ulama terdahulu contohnya, mengkritik sesiapa yang mencuaikan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas. Diriwayatkan daripada Sufyan bin Uyaynah rahimahullah bahawa para Ulama di kalangan mereka (ahli sunnah wal jama'ah) telah berkata;

لو كان الأمر بيدنا لضربنا بالجريد كل محدث لايشتغل بالفقه وكل فقيه لايشتغل بالحديث...

[ Sekiranya urusan ini terletak di tangan kami nescaya kami pukul dengan batang pelepah tamar setiap ahli hadith yang tidak mengetahui ilmu feqh begitu juga setiap ahli feqh yang tidak menyibukkan diri mendalami ilmu hadith ] [4]

Sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan hadith dhaif jika kita mengetahui disiplin-disiplin yang telah disusun oleh para Ulama Islam. Ini kerana, walaupun tuntutan untuk kita mengetahui hadith-hadith yang sahih daripada Nabi salallahualaihi wasalam adalah sangat wajar bagi setiap generasi agamawan. Namun, bukan semua hadith yang diiktiraf sebagai sahih itu perlu diterangkan kepada semua masyarakat jika ia hanya sekadar menyatakan kepada mereka tanpa menjelaskannya maksud yang terkandung pada hadith tersebut. Dalam satu riwayat yang sahih bahawa Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda kepada Muaz bin Jabal radhiallahu anhu;

ما من أحد يشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله صدقا من قلبه إلا حرمه الله على النار. قال :يا رسول الله ..أفلا أخبر به فيستبشرواْ؟ قال: إذا يتكلواْ. فأخبر بها معاذ عند موته تأثماً...(الحديث)

[ Tidak seorangpun yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam itu pesuruh Allah secara benar di dalam hatinya, kecuali Allah mengharamkan neraka ke atasnya. Berkata Muaz; Wahai Rasulullah.. apakah boleh aku beritahu kepada orang ramai agar mereka boleh bergembira? Lalu Baginda menjawab; Kalau begitu mereka akan menjadi malas (untuk melakukan ibadat). Muaz menyampaikan khabar ini ketika beliau hampir meninggal dunia kerana takut berdosa ] [5]

Hadith ini menyatakan bahawa hendaklah golongan agamawan itu mengkhususkan sesuatu ilmu pengetahuan kepada sesuatu kaum dan tidak kepada sesuatu kaum yang lain secara bijak, kerana bimbang jika terdapat kaum yang menyalahi tuntutan hadith yang didengarnya. Sebagai contoh hadith marfu' [6] yang diriwayatkan oleh Imam at Tirmidzi dan Ibn Majah yang berbunyi;

اللهم أحينى مسكينا وأمتنى مسكينا واحشرنى فى زمرة المساكين...(الحديث)

[ Wahai Tuhan, hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikan aku dalam keadaan miskin dan golongkan aku bersama dalam golongan orang yang miskin ] [7]

Adakah permohonan Rasulullah salallahualaihi wasalam kepada Allah di sini menuntut untuk kita mejauhkan diri daripada kekayaan? Sedangkan Rasulullah salallahualaihi wasalam pernah bersabda;

إن الله يحب العبد الغنى التقى الخفى...(الحديث)

[ Sesungguhnya Allah mengasihi hamba yang kaya, bertaqwa lagi tidak menonjolkan diri ] [8]

Sesungguhnya yang dimaksudkan ' miskin ' di sini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahullah ialah tawadhu' dan merendahkan diri. Manakala Ibn Athir rahimahullah berkata;

أراد به التواضع والإخبات وألا يكون من الجبارين المتكبرين...

[ Bahawa yang dimaksudkan dengannya (miskin) ialah tawadhu' dan merendahkan diri serta tidak menjadi di kalangan orang yang bongkak dan membesarkan diri ] [9]

Oleh kerana itu, Seorang pendakwah hendaklah meletakkan penggunaan setiap hadith yang disampaikan pada tempat yang betul dan menerangkan serta menjelaskan keadaannya, di samping menghilangkan keraguan dan kekeliruan yang ada padanya sifat-sifat mudharat. Lebih-lebih lagi hadith dhaif yang memiliki beberapa peringkat berdasarkan taraf kedhaifan para perawinya.

Ada hadith dhaif yang penggunaannya boleh dipertimbangkan. Ada juga sebahagian hadith dhaif yang sampai kepada peringkat hadith maudhu' (palsu). Mana-mana hadith dhaif yang sampai ke peringkat itu (maudhu') dilabelkan sebagai darjat hadith yang paling buruk. Para ulama bersikap tegas terhadap hadith dhaif tersebut (yang sampai kepada peringkat maudhu') pada penggunaannya terhadap sesuatu hukum. Malah haram untuk kita berpegang dan beramal dengan hadith maudhu'. Walau bagaimanapun ada di kalangan para Ulama mengambil sikap yang lebih longgar dalam meriwayatkan hadith-hadith dhaif yang bersifat targhib (galakan) dan tarhib (menakut-nakutkan) . Khatib al Baghdadi rahimahullah menegaskan;

قد ورد عن غير واحد من السلف أنه لايجوز حمل الأحاديث المتعلقة بالتحليل والترحيم إلا عمن كان بريئا من التهمة بعيداً من الظنة وأما أحاديث الترهيب والترغيب والفضائل فيتساهل فيها بعض الشئ...

[ Telah disebut daripada beberapa (bukan seorang) di kalangan salaf bahawasanya tidak harus mengambil hadith-hadith yang berkaitan halal dan haram melainkan daripada perawi yang bersih daripada sebarang tuduhan (sebagai pendusta) dan jauh daripada prasangka. Manakala hadith berbentuk galakan, menakut-nakutkan (menyokong kepada larangan yang ditentukan oleh syara') dan kelebihan (fadhilat), maka kelonggaran padanya sedikit sebanyak diberikan ] [10]

Selain itu, Khatib al Baghdadi menyatakan dengan sanadnya daripada Imam Ahmad rahimahullah bahawa katanya;


إذا روينا عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الحلال والحرام والسنن والأحكام تشددنا فى الأسانيد وإذا روينا عن النبى صلى الله عليه وسلم فى فضائل الأعمال ومالا يضع حكما ولايرفعه تساهلنا فى الأسانيد...

[ Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam mengenai halal, haram, sunat-sunat dan hukum-hakam, kami perketatkan mengenai sanad-sanadnya. Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam mengenai kelebihan beramal yang tidak melibatkan hukum atau menolak sesuatu hukum maka kami longgarkan sanad-sanadnya ] [11]

Kenyataan itu turut disokong oleh Sufyan at Thauri rahimahullah yang mengatakan;


لاتأخذواْ هذا العلم فى الحلال والحرام إلا من الرؤساء المشهورين بالعلم الذين يعرفون الزيادة والنقصان أما فى الفضائل فلا بأس بما سوى ذلك أن نأخذه من المشايخ...

[ Jangan kamu ambil ilmu ini (hadith) yang berkaitan dengan halal dan haram melainkan daripada ulama yang mahsyur dalam bidang ini serta mampu mengetahui sebarang penambahan dan pengurangan. Manakala dalam perkara fadhilat (kelebihan) maka boleh (tidak menjadi kesalahan) untuk kita ambil daripada mana-mana sheikh/ guru biasa ] [12]

Ramai ulama yang mengambil sikap sedemikian, antaranya lagi ialah Imam an Nawawi rahimahullah.


Berhubung tentang beramal dengan hadith-hadith dhaif ini, para ulama berselisih pendapat mengenainya. Antaranya adalah seperti berikut;


1- Tidak harus beramal dengan hadith-hadith dhaif secara mutlaq, sama ada hadith-hadith berbentuk ahkam (hukum-hakam) mahupun hadith-hadith yang berbentuk fadhail (kelebihan-kelebiha n amalan). Pendirian ini menurut pendapat Imam Muslim rahimahullah dan selainnya yang turut dinyatakan oleh Khatib al Baghdadi menerusi kata Imam Ibn Mahdi;

لاينبغى للرجل أن يشغل نفسه بكتابة أحاديث الضعاف فإن أقل ما فيه أن يفوته بقدر ما يكتب من حديث أهل الضعف يفوته من حديث الثقات...

[ Tidak sewajarnya bagi seorang lelaki bergiat dalam penulisan hadith-hadith dhaif, adapun sedikit masa yang diperuntukkan untuk menulis hadith daripada perawi yang dhaif adalah lebih baik dia menghabiskan (masanya) untuk menulis hadith daripada perawi yang thiqah[13] (terpercaya) ] [14]

2- Harus beramal dengan hadith-hadith dhaif secara mutlaq apabila tidak terdapat dalam mana-mana bab (tajuk) tertentu. Pendapat ini disandarkan kepada Imam Ahmad rahimahullah dan digunapakai oleh Imam Abu Daud as Sajistani. Di dalam kitab al Muhalla karangan Imam Ibn Hazm menyebut bahawa, Imam Ahmad dan Imam Abu Daud telah menegaskan;

الحديث الضعيف أحب إلينا من رأى الرجال...

[ Hadith dhaif lebih disukai/ senangi kepada kami daripada mana-mana pendapat yang dikemukakan oleh mana-mana pemuda ] [15]

Namun, perlu diberi perhatian bahawa hadith dhaif yang dimaksudkan di sini ialah hadith dhaif yang tidak mencapai tarafnya kepada terlalu dhaif sehingga dikhuatiri ia adalah hadith maudhu' (palsu). [16]

3- Harus beramal dengan hadith-hadith dhaif yang membicarakan tentang fadhail , pengajaran, peringatan, cerita, targhib (galakan melakukan kebajikan) dan tarhib (menakut-nakutkan daripada melakukan kemaksiatan) . Akan tetapi ditegah untuk beramal dengan hadith dhaif yang membicarakan mengenai perihal aqidah dan hukum syara'. Imam an Nawawi rahimahullah menegaskan perkara ini di dalam kitab al Azkar dengan katanya;


قال العلماء من الفقهاء والمحدثين وغيرهم : يجوز ويستحب العمل فى الفضائل والترغيب والترهيب بالحديث الضعيف ما لم يكن موضوعا. أما الأحكام كالحلال والحرام والبيع والنكاح والطلاق وغير ذلك فلا يعمل فيها إلا بالحديث الصحيح والحسن ...

[ Para Ulama yang terdiri daripada ilmuan Fuqaha' dan para Muhaddithin dan selain mereka mengharuskan dan menggalakkan untuk beramal pada perkara al fadhail (kelebihan beramal), targhib dan tarhib menerusi hadith dhaif selagi ia tidak mencapai hadith maudhu'. Manakala bidang hukum-hukum yang melibatkan halal, haram, urusan jual beli, nikah, talaq dan selainnya maka tidak perlu beramal dengannya melainkan menerusi hadith sahih dan hasan ] [17]

Para Ulama juga turut menetapkan 3 syarat untuk beramal dengan hadith dhaif sebagaimana yang disebut oleh Imam as Suyuti di dalam kitab تدريب الراوى;

الأول : متفق عليه وهو أن يكون الضعف غير شديد فيخرج من انفرد من الكذابين والمتهمين بالكذب ومن فحش غلطه.

الثانى: أن يكون مندرجا تحت أصل عام فيخرج ما يخترع بحيث لايكون له أصل أصلاً.

الثالث: أن لايعتقد عند العمل به ثبوته لئلا ينسب إلى النبى صلى الله عليه وسلم مالم يقله وإنما يعتقد الاحتياط.

[ Pertama: Disepakati mengenainya (oleh para muhaddithin) bahawa ia tidak bersangatan dhaif. Oleh itu terkeluarlah perawi daripada kalangan pendusta dan yang dituduh sebagai pendusta dan banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Kedua: Hadith dhaif tersebut termasuk di bawah dasar/tema/tajuk (usul) yang umum (kesahihannya) , maka ditolak apa jua hadith yang direka yang tidak diakui sumber dasarnya. Ketiga: Tidak beriqtikad ketika beramal dengan hadith tersebut secara thabit (untuk memahsyurkan hadith tersebut menjadi perkataan Rasulullah) supaya ia tidak menyandarkan perkataan tersebut (hadith dhaif) kepada Rasulullah salallahualaihi wasalam walhal bukan daripada Baginda. Adapun hal ini adalah dasar berhati-hati (supaya tidak termasuk di dalam golongan pendusta) ] [18]

Ini kerana Rasulullah salallahualaihi wasalam telah bersabda;


من كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار...(الحديث)

[ Barangsiapa melakukan dusta ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di dalam neraka ] [19]

Selain daripada ketiga-tiga syarat di atas, terdapat dua lagi syarat yang perlu dijadikan tambahan kepada syarat-syarat yang telah disebutkan iaitu;

Pertama: Hadith dhaif itu tidak melampaui batas yang ditolak oleh tahap pencapaian akal, syara' ataupun bahasa dan tidak mungkin dapat ditaqwilkan. Para muhaddithin telah mengatakan antara tanda-tanda hadith maudhu' ialah terdapat perihal-perihal keganjilan yang ada pada perawi dan pada hadith yang diriwayatkan. Contoh untuk hadith dhaif ini ialah;

إن سفينة نوح طافت بالبيت سبعا وصلت بالمقام ركعتين...

[ Sesungguhnya kapal Nabi Nuh telah bertawaf di Baitullah sebanyak 7 kali. Kemudian bersembahyang di sisi mawam Nabi Ibrahim sebanyak 2 rakaat ] [20]

Kedua: Hadith dhaif itu tidak bertentangan dengan dalil syara' yang lebih kuat daripadanya.

Contohnya hadith-hadith yang menceritakan bahawa Nabi Khidir alaihisalam immortal. Antara hadith tersebut adalah sebagaimana berikut:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان فى المسجد فسمع كلاماً من ورائه فذهبوا ينظرون فإذا هو الحضر...

[ Bahawa Rasulullah salallahualaihi wasalam berada di masjid, ketika itu beliau mendengar kata-kata dari arah belakangnya maka baginda melihat, ternyata ia adalah Khidir ] [21]

Sedangkan Allah Taala telah berfirman;


...وَمَا جَعَلْنَاَ لِبَشَرٍ مِّنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِيْن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُون ..كُلُّ نَفْسٍ ذآئِقَةُ المَوْت...

[ Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal..? Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasa mati ] Surah al Anbiyaa’:34 - 35:17, al Quranul Karim

Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah ditanya mengenai perihal keabadian Nabi Khidir, lalu beliau menjawab:

لو كان الخضر حياً لوجب عليه أن يأتى النبي صلى الله عليه وسلم ويجاهد بين يديه ويتعلم منه وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم يوم بدر: ((اللهمَّ إن تهلك هذه العصابة لا تعبد فى الأرض)) وكانوا ثلاثمائة وثلاثة عشر رجلاً معروفين بأسمائهم وأسماء آبائهم وقبائلهم فأين كان الخضر حينئذ؟

[ Andaikata Nabi Khidir masih hidup, tentulah ia wajib mendatangi Nabi salallahualaihi wasalam dan berjihad bersamanya serta belajar darinya. Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda ketika perang Badar; ‘..Ya Allah, jika pasukan ini binasa… nescaya Engkau tidak disembah di bumi..’. Pada waktu itu mereka berjumlah 313 orang lelaki yang dikenali dengan nama-nama mereka, nama-nama dari ayah-ayah mereka dan dari mana suku kaum (kabilah) mereka. Maka, di manakah Khidir pada waktu itu? ] [22]

Manakala Imam Ibn Qayyim rahimahullah berkata;

الأحاديث التى يذكر فيها الخضر وحياته كلها كذب ولا يصح فى حياته حديث واحد...

[ Hadith-hadith yang menyebut perihal Nabi Khidir dan riwayat hidupnya semuanya dusta dan tiada yang sahih satu hadithpun yang diriwayatkan tentangnya (Nabi Khidir) ] [23]

Sesungguhnya ia menyalahi sunnatullah pada pemikiran kita jika mengatakan Nabi Khidir masih hidup hingga ke hari ini diterima oleh masyarakat. Jika ada Khidir sekalipun, ia bukanlah Khidir yang dimaksudkan di dalam kisah yang terkandung di dalam surah al Kahfi dan Khidir tersebut bukanlah nabi. Jika Khidir itu manusia, sudah tentu ia tidak akan kekal sebagaimana yang telah difirmankan Allah di dalam al Quran. Jika benar ketika itu Nabi Khidir masih hidup, nescaya ia akan bertemu dengan Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam. Sesungguhnya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

والذي نفس محمد بيده ..لايسمع بي أحد من هذه الأمة يهودى ولا نصراني ولم يؤمن بالذي أرسلت به إلا كان من أصحاب النار... (الحديث)

[ Demi yang memiliki jiwa Muhammad (Allah Taala)… tidak seorang pun di kalangan umat ini yang mendengar sama ada Yahudi dan Nasrani (tentang ajaran Nabi Muhammad) kemudian dia mati dalam keadaan tidak beriman dengan ajaran yang telah dibawa olehku melainkan ia tergolong di dalam golongan ahli neraka ] [24]

Oleh kerana itu apabila kita mengetahui darjat sesebuah hadith itu mencapai taraf dhaif hendaklah kita menerangkan kedhaifannya. Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Sheikh Muhammad Syakir;

أن بيان الضعف فى الحديث الضعيف واجب على كل حال. لأن ترك البيان يوهم المطلع عليه أنه جديث صحيح خصوصا إذا كان الناقل من علماء الحديث الذين يرجع إلى قولهم...

[ Bahawa menerangkan kelemahan hadith dhaif adalah wajib dalam setiap hal, kerana tanpa penerangan itu pembaca akan salah sangka bahawa itu adalah hadith sahih, lebih-lebih lagi apabila orang yang menaqalkan perkataan itu terdiri daripada (perkataan) Ulama hadith yang pendapatnya dijadikan rujukan ] [25]

Ini kerana, apabila ada keharusan yang diberikan untuk menggunakan hadith dhaif maka ramai yang bermudah-mudah dalam menyebarkannya kepada masyarakat. Para Ulama turut memberikan peringatan supaya tidak berkata pada hadith yang dhaif; "…sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam…" dengan lafaz yang jazam dan pasti. Ibn Solah memberikan penegasan terhadap hal ini dengan katanya;

إذا أردت رواية الضعيف بغير إسناد فلا تقل فيه : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((كذا وكذا )) وما أشبه هذا من الألفاظ الجازمة بأنه صلى الله عليه وسلم قال ذلك وإنما تقول فيه: روى عن رسول الله صلى الله عليه وسلم كذا وكذا أو بلغنا عنه كذا وكذا أو ورد عنه أو جاء عنه أو روى بعضهم وما أشبه ذلك...

[ Apabila engkau hendak meriwayatkan hadith dhaif tanpa menyebut sanadnya, maka janganlah engkau berkata; ' ..sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam.. begitu begini…' dan apa-apa lafaz yang serupa dengan itu, di mana (perkataan itu menunjukkan bahawa) Rasulullah berkata sedemikian. Sebaliknya hendaklah engkau katakan; '..Diriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam..begitu begini ' atau '..telah samapi kepada kami riwayat tentangnya begitu begini.. atau telah diberitahu riwayat tentangnya.. atau telah datang riwayat tentangnya.. atau diriwayatkan oleh sesetengah mereka.. atau lafaz yang seumpamanya ] [26]

Semoga usaha yang tidak seberapa ini mampu menjelaskan beberapa perkara penting dalam aspek membicarakan sesebuah hadith. Hasrat penulis, moga-moga perhatian-perhatian yang sedikit diperincikan ini mudah difahami dan inilah kebenaran yang diharapkan paling dekat di sisi Rasulullah salallahualaihi wasalam. Jika terdapat kecacatan maka perbetulkanlah hamba Allah yang dhaif ini. Diriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam;

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين

[ Ilmu ini (ilmu Islam) akan didokong oleh orang-orang yang adil yang membersihkannya daripada sebarang perubahan oleh golongan pelampau, daripada aliran golongan perosak dan daripada penafsiran golongan yang jahil ] [27]

والله اعلم بالصواب...

Mohd Azmir Hj. Maideen

3 Usuluddin (Dakwah wa Thaqafah Islamiyyah)

Nota Hujung

[1] Dr. Abdullah b. Abdul Hamid: الرقاق فى ضوء السنة النبوية :64:Juz' 1:Maktabah Iman,t.t

[2] Dr. Mustafa Mohamad Mahmood Hussain: فتح اللطيف فى مصطلح الحديث الشريف :5,t.t

[3] Ibid,hlmn:5

[4] Dr. Yusuf al Qardhawi:كيف نتعامل مع السنة النبوية :70, Darul Syuruk 2000.

[5] Sahih Bukhari no: 125.Bab: من خص بالعلم قوما دون قوم كراهية أن لايفهمواْ .

[6] Hadith marfu' ialah hadith yang disandarkan kepada Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan ataupun sifat-sifatnya sama ada sanadnya bersambung atau sebaliknya [ Rujuk Dr. Muhammad Abu Laith al Khair Abadi:معجم المصطلحات الحديثية :85, Dar as Syakir 2004

[7] At Tirmidzi no:2275.Bab:ما جاءأن فقراء المهاجرين يدخلون الجنة dan di dalam Sunan Ibn Majah no:4116.Bab:مجالسة الفقراء

[8] Sahih Muslim Syarah an Nawawi no:5266.

[9] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn: 55

[10] Khatib al Baghdadi: الكفاية فى علم الجرح والتعديل :212, al Maktabat al ‘Ilmiyyat Madinah, t.t

[11] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn: 90.

[12] Ibid.hlmn:91

[13] Thiqah ialah terpercaya, iaitu status yang diberikan kepada seseorang perawi yang tidak menyamar daripada siapa dia menerima hadith (dengan melakukan al Mudallas), tidak terdapat kecacatan (al Jarh) dan tidak membuat hadith mungkar. [ Farouq Hamadah – al-Minhaj al-Islami fi al-Jarh wa al-Ta’dil, ms:51, Mesir ]

[14] Dr Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn: 96

[15] Ibn Hazm: المحلى :68, Dar al Kutub al Ilmiyyah 1987

[16] Hadith dhaif yang dimaksudkan di sini menurut sebahagian ulama ialah hadith hasan yang tidak mencapai kepada darjat sahih. Ini kerana istilah yang digunakan untuk membezakan antara hadith sahih

dengan hadith hasan belum terkenal pada masa itu. Adapun hadith sahih, hasan dan dhaif dipopularkan oleh Imam at Tirmizi rahimahullah. Wallahua'lam.

[17] An Nawawi:الأذكار :196, Maktabah ar Risalah 1994.

[18] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn: 92.

[19] Sahih Muslim no:4.Bab:تغليظ الكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم

[20] Rosmawati Ali@ Mat Zin: Pengantar Ulum Hadis:162,Ilham Ibati Enterprise 1997

[21] Dr. Yusuf al Qardhawi:من هدى الإسلام فتاوى معاصرة :194, Dar al Qalam lil Nasr wa Tauzi' 2001

[22] Ibid,hlmn:194

[23] Dr. Tola'at Muhammad Afifi: القصص الصحيح فى السنة النبوية :189,Maktabah Iman 2002

[24] Sahih Muslim no:218.Bab:وجوب الإيمان برسالة نبينا محمد صلى الله عليه وسلم

[25] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn: 94.

[26] Ibid.hlmn:95 ( Hal ini turut disebut di dalam المجموع شرح المهذب للشيرازى. ms:134, Dar A'lim al Kitab 2003 ).

[27] Sebahagian ulama muhadithin mensahihkan, manakala sebahagian yang lain mendhaifkan kedudukan hadith ini. Bagaimanapun ramai Ulama menilai taraf hadith ini sebagai hadith hasan disebabkan jalan periwayatan yang banyak. [Rujuk Dr. Yusuf al Qardhawi: كيف نتعامل مع السنة النبوية:36, Darul Syuruk 2000]

Oleh: Anak_pejuang

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....