Khamis, 5 November 2009

PERHATIAN !! sukarelawan sebagai guru diperlukan......

pelajar-pelajar sekolah pondok haji harun seramai 5500 orang

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi..
Kami memerlukan seramai 5 orang guru perempuan dan 5 orang guru lelaki untuk menjadi sukarelawan sebagai guru bahasa melayu dan inggeris.
tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat... ;)

nama sekolah :
Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Sekolah Pondok Haji Harun)

tempat :

Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala


masa :
bulan Mac 2010 atau April 2010

tempoh mengajar :
sebulan (3-4minggu)

bilangan murid :
5500 orang

gaji :
tiada~ ini fisabilillah.... ;)

kemudahan :
penginapan dan makan minum disediakan seadanya

tugasan anda :
mengajar bahasa melayu dan bahasa inggeris

bilangan guru yang diperlukan :
5 lelaki dan 5 perempuan

follow up :
bulan disember ini akan ada mesyuarat dengan mudir sekolah.

inilah tempat kita akan bermesyuarat, di Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Pondok Haji Harun). insyaAllah kita akan turut mengadakan ziarah dan latihan dakwah (training of trainers -TOT) selama 3 hari pada bulan Disember ini (17-20 Dis).. insyaAllah...


anda berminat?

sila hubungi saya nur khalilah rasyidah (lillah)
di kha_lillah@yahoo.com.sg

atau
saudara Mohd Saiful Afindi Sulaiman
019-4131472

sebelum bulan Disember 2009 ini...

sila beri
1) nama penuh anda,
2) nombor telefon,
3) latar belakang pendidikan
4) dan email anda.


semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan memberi ruang untuk kita melibatkan diri dalam kerja-kerja amal...
*******************************************************************
sedikit catatan (MESTI BACA) :

sekolah pondok haji Harun ini merupakan sebuah sekolah aliran agama dan akademik.. sekolah ini terletak di Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala.

sesi pagi fokus akademik manakala sesi petang fokus agama.

terdapat empat kuliah iaitu
kuliyah bahasa arab, syariah, tarbiyah dan usuluddin. jumlah pelajar kuliah ini adalah lebih kurang 600 orang.

di sini juga terdapat sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6. sekolah ini mempunyai lebih 500 orang guru.

sebelum ini sekolah ini pernah mempunyai lebih kurang 8000 orang pelajar. kini pelajarnya cuma 5500 berikutan pergolakan yang berlaku di selatan thai. terdapat beberapa kes dimana beberapa orang guru ditembak menyebabkan ramai yang tidak berani untuk meneruskan pelajaran di sini.


*******************
Anda ingin menyumbang???

Untuk bantun sumbangan kewangan boleh disalurkan boleh di salurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

kami memerlukan dana untuk membantu menyediakan:
1)keperluan asas pelajar seperti pakaian sekolah, beg sekolah, alatan belajar dan buku-buku yang boleh dimanfaatkan
2)membina dan meningkatkan kemudahan asas sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan, pejabat dan sebagainya.



rombongan sukarelawan ke pondok Haji Harun.. ustaz kamaruddin (dua dari kiri), saiful (empat dari kiri)


******************************************************
Ada apa dengan bahasa melayu???


sebelum ini rakyat Thai tidak dibenarkan menggunakan bahasa melayu. mereka yang menggunakan bahasa melayu akan didenda. sedangkan penduduk Patani adalah orang-orang melayu. kesannya ialah anak-anak muda melayu Patani sudah tidak tahu menggunakan bahasa melayu kecuali mereka yang berada dalam kelompok kecil seperti di sekolah pondok ini. kini mereka sudah dibenarkan menggunakan bahasa melayu dan mereka memerlukan kita untuk membantu mereka. rata-rata mereka sudah hampir lupa untuk menggunakan bahasa melayu.

click sini untuk memahami peranan bahasa melayu dalam perkembangan islam



p/s:
uji keupayaan diri, periksa tahap iman, cari susunan dlm keadaan sempit & sentiasa membina diri.. doa kepada Allah supaya Dia memberi kita peluang untuk beramal soleh... tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah...


Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....