Memaparkan catatan dengan label soal hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label soal hidup. Papar semua catatan

Khamis, 14 Jun 2012

Bagaimana Cara Bercinta ?




Jatuh cinta itu perkara biasa. Apabila sudah terjatuh yang begini, sukarlah untuk bangun berdiri dalam keaadaan tegak. Masakan tidak kerana fikiran sudah angau. Tutup mata tetapi masih terbayang-bayang. Tutup telinga tetapi masih terdengar-dengar. Dunia dirasakan begitu indah berbunga-bunga. Hari-hari tersenyum sendirian. Syok sendiri.

 Itu kalau mencintai seseorang.

Jika membenci seseorang pula? Mulailah apa sahaja yang diperbuatnya menjadi sakit dan buruk di mata kita. Setiap kali namanya kedengaran, mulailah rasa menyampah di hati kita. Jika boleh tidak mahu lansung bertegur. Sedangkan kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Tidak mustahil orang yang paling kita cintai akan berubah menjadi orang yang kita paling benci. Lihat sahaja kisah rumahtangga artis-artis yang berkahwin gah bak puteri raja semata-mata kerana lambang cinta.Masing-masing saling memuja dan memuji pasangan seolah begitu sempurna. Hakikatnya mana ada manusia yang sempurna segala-galanya. Rumah tangga mana yang tidak akan diuji ombak. Maka selepas berkahwin, rasa cinta semakin pudar apabila keburukan pasangan mula terdedah. Lebih menyedihkan sekiranya jodoh tidak berpanjangan dan diakhiri penceraian. Pasangan suami isteri mulai saling membenci dan memburuk-burukkan satu sama lain. Kasihan anak-anak, kebingungan dan tersepit di antara ibu dan bapa.

Tidak mustahil orang yang paling kita benci akan berubah menjadi orang yang paling kita cintai. Kita mungkin membenci seseorang kerana terlalu melihatkan keburukan seseorang dan tidak mengetahui kebaikan dirinya. Tetapi apabila mengetahui kebaikan dirinya yang adakalanya sangat sukar untuk ditemui pada insan lain, maka kita akan serta merta berubah hati.

Kesimpulannya, jika mencintai seseorang beserdahanalah dan jika membenci seseorang juga beserdahanalah. Satu lagi, janganlah sombong sangat dan menghina orang lain sesuka hati. Orang yang meludah ke langit, kelak ludahnya terkena muka sendiri.
Fahamkah maksud saya? :)

Di dalam hidup ini, tiada manusia yang sempurna. Semua manusia belajar untuk menjadi sempurna. Belajar.. Belajar.. Dan belajar.. Orang yang paling hampir dengan kesempurnaan adalah orang yang sentiasa memperbaiki diri. Untuk perbaiki diri, perlulah bersedia mendengar teguran kesilapan. Inshaallah :)

Selasa, 12 Jun 2012

Mencari Kekuatan Diri

Usrah tutor.. Sebelum bermula training, dimulakan dengan bacaan Quran dan sedikit pengisian... Semoga jiwa-jiwa kami lebih kuat dan tenang menghadapi ombak hidup..

Hari ini memulakan hari pada pukul 8.30 pagi dengan usrah dan seterusnya training staff mengajar. Sahabat-sahabat inshaallah boleh download rakaman usrah di sini : http://www.4shared.com/music/Ma7PcQyk/Usrah_tutor_2.html?

Selepas tamat training, pergi menemani emak membeli tiles di Ijok.
Kemudian balik mengajar. Malam mengajar.

Kebelakangan ini, saya cuba menjadi kuat. Saya tahu saya tidak akan mampu kuat tanpa keizinanan-Nya dan tanpa bantuan-Nya.

Jadi saya perlu meraih kekuatan itu di  celah-celah keheningan sepertiga malam, bermunajat kepada-Nya.
Saya lemah, jadi saya sangat memerlukan Allah.

Saya perlu meraih kekuatan itu di setiap lembaran kalamNya. Saya mahu setiap butir kalimah itu meresap ke dalam jiwa saya.

Inshaallah... Berada dalam keadaan teruji begini adalah jauh lebih baik daripada berada dalam keadaan senang lenang kelalaian....

Inshaallah...



Ahad, 13 Mei 2012

Bersinarnya Cahaya Islam


Wajah gadis itu benar-benar menarik hati saya. Adakah benar itu dia? Adakah saya tersalah orang? Saya mengintai-ngintai di celah-celah peserta program untuk mensahihkan firasat saya. Ya, itu dia. Yakin. Tetapi mengapa dia bertudung? Adakah kini dia sudah masuk Islam? Ataupun dia sememangnya sudah dilahirkan sebagai seorang Islam dan cuma baru bertudung? Ataupun mungkin dia orang Melayu tetapi beriras wajah Cina? Pelbagai soalan menerjah ke ruang fikiran saya. Mahu sahaja saya pergi kepada beliau untuk bertanya namun kesibukan mengurus perjalanan program yang menyebabkan niat saya terhalang. Program hari ini agak kucar-kacir kerana penceramah pertama tersesat jalan menyebabkan tentatif program terpaksa diubah secara ‘adhoc’.
Apabila tiba waktu persediaan untuk solat, barulah saya berpeluang menegur beliau.
“Assalamualaikum..” Saya mengukir senyuman. Beliau membalasnya. Wajah beliau tenang dan bertambah indah dengan senyuman lebar.
“Macam pernah jumpa kan..” Saya memulakan perbualan.
“Ya, memang pernah jumpa..” Beliau ketawa kecil. Beliau mungkin sudah boleh meneka apa yang sedang bermain dalam fikiran saya.
“Iftar,”jawabnya ringkas.

“Ya.. masa iftar minggu lepas kan.. Erm, minta maaf sangat-sangat.. Saya ingatkan akak non muslim sebab semasa kami solat, akak tak solat..” saya diburu rasa bersalah.

Dia ketawa lagi.

“Memang pun belum lagi masa tu..” jawabnya tenang sambil tersenyum.
Saya terkejut.

“Oh… Subhanallah…” Terkejut. Saya hilang kata-kata. Saya memandang tepat ke mata beliau.

“Siapa nama akak?”

“Aishah..”

“Siapa yang berikan nama tu?” Soal saya lagi.

“Akak yang pilih..”

Kami sama-sama diam sambil melihat peserta-peserta lain keluar dan masuk ke tandas dan tempat wudhuk. Sesekali adik-adik junior datang ke arah saya mengadukan masalah-masalah mereka. Akhirnya tibalah giliran saya untuk mengambil wudhuk.

 Sementara menunggu imam iqamat, sekali lagi saya menghampiri beliau.

“Kak.. Kenapa akak masuk Islam?” Entah patut atau tidak patut saya bertanya soalan ini.

“Ramai orang selalu tanya soalan ini,” komen beliau.

“Kalau akak rasa tak nak bagi tahu, tak mengapa… Saya faham..” Saya tidak mahu memaksa. Barangkali ianya adalah terlalu peribadi untuk beliau.

“Akak dah lama mengkaji tentang Islam. Akak baca sejarah Islam. Islam yang tulen, yang asli, yang sebenar itu indah.. Wanita-wanitanya sangat dilindungi dan dihormati..” Sambil beliau bercerita, mata kami berdua tertumpu kepada sekumpulan peserta yang sedang bergurau kasar di dalam surau. Saya bingkas bangun dan merapati sekumpulan peserta yang sedang berguling di lantai surau dan mengaturkan barisan jemaah supaya rapat dan teratur. Beberapa orang sahabat lain turut sama membantu. Jauh di sudut hati saya berharap sahabat mualaf tadi tidak mengambil hati atau tersalah faham setelah melihat perangai sebilangan orang-orang Islam yang tidak beradab ini.

Petang itu beliau tidak lagi kelihatan. Barangkali sudah kembali ke kampus. Kebiasaannya pelajar-pelajar Master dan phD hanya akan datang sekejap-sekejap sahaja kerana tugasan yang wajib sedang menanti di kampus. Masih terbayang-bayang kali pertama saya melihat beliau. Ketika itu waktu berbuka puasa. Setiap hari Khamis malam Jumaat, kami akan mengadakan iftar di surau. Ketika itulah saya ternampak beliau berjalan masuk ke surau dan duduk di bucu surau memerhatikan kami menyenduk nasi dan lauk. Kami makan dalam dulang. Dia makan bersama senior-senior saya. Selepas makan, kami bersolat berjemaah kecuali beliau. Beliau duduk di bucu surau memerhatikan kami. Selepas itu, semua muslimat akan bergerak ke ruang solat muslimin kerana ada tazkirah. Ketika itu beliau tidak mengikut bersama. Beliau pulang dalam keadaan tanpa tudung.

Saya berbisik dalam hati “Adakah dia belum Islam? Apa yang dia buat di sini bersama kami?” Disebabkan masa yang suntuk dan sibuk, saya membiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan. Akhirnya soalan saya sudah terjawab. Saya sungguh terharu dan sangat-sangat bersyukur. Ianya adalah suatu perasaan yang sangat indah. Sukar untuk saya gambarkan dengan perkataan. Teringin mahu bertemu lagi dengan beliau…

Semenjak itu, kami sering terserempak di kampus. Puas kami bersembang. Beliau sering mengirim soalan melalui sms kepada saya. Adakalanya saya sendiri buntu hendak menjawabnya. Keputusan memeluk Islam yang beliau lakukan tidaklah semudah yang disangka. Beliau mendapat tentangan daripada banyak pihak. Layanan orang sekeliling juga tidak banyak membantu. Saya mengkagumi kakak cina tadi kerana beliau mempelajari sejarah Islam  dan hukum Islam dengan sepenuh penghayatan sehingga akhirnya beliau jatuh cinta dengan Islam. Masih ramai orang yang dilahirkan sebagai Islam tetapi terlalu cetek pengetahuan sejarah Islam dan hukum Islam, lalu bagaimanakah dapat diharapkan untuk jatuh cinta kepada Islam? Muhasabah diri… Masih banyak yang perlu kita perbaiki wahai saudara seislamku...


“Sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya” (Al-Kahfi : 17)


Penulis : Nur Khalilah Rasyidah bt Abd Karim
Posisi : Timbalan Pengerusi 2 / Tarbiah dan Sahsiah

Sabtu, 3 Mac 2012

Aku Yakin Engkau Mengetahui


Di dalam dompet cuma ada kira-kira RM420. RM350 untuk bayar sewa rumah. Jadi berbaki RM 70. RM50 untuk berkongsi beli barang dapur dengan sahabat-sahabat minggu ini. Saya jarang memasak jadi saya berkongsi beli barang dapur dengan Romlah, Zura dan Tikah. Mereka bertiga tinggal serumah. Apabila Zura datang mengajar di rumah saya, beliau akan membawa sekali makanan untuk saya;) Alhamdulillah....

Baki RM 20. Saya beli roti, biskut dan tuna.

Saya menemani Romlah ke kedai buku Popular. Hajat di hati hendak membeli buku untuk staf tetapi hati ini berbolak balik. Serba salah. Mana satu perlu di dahulukan. Bayar sewa atau beli buku? Akhirnya saya keluar dari kedai buku dengan tangan kosong.

Sepanjang jalan saya tidak banyak bercakap. Di dalam hati bermonolog dengan Allah. Merayu. Merintih. Meluah. Tidak tahu bagaimana mahu berkata-kata. Buntu. Doa dan berdoa.

''Ya Allah... aku tahu aku ini bukanlah hamba-Mu yang baik. Banyak buat dosa. Lalai. Aku akui dosa-dosaku. Namun aku sangat memerlukankan bantuan-Mu. Dan hanya Engkau satu-satunya yang boleh membantu aku. Tolonggggggglah Ya Allah....''

Sebelum melangkah keluar dari AEON, Romlah mengajak singgah ke kedai roti membeli makanan tengah hari kerana kami tidak sempat balik memasak.

Err... ada lagi duit baki ke? Saya mengambil beberapa ketul kuih dan.. jumlahnya RM3.60. Saya menguis-nguis dompet mencari duit syiling. Ha... cuma ada RM3.50. Romlah memberi 10 sen untuk mencukupkan harga roti saya.

:) Alhamdulillah...

Petang itu Romlah datang ke rumah saya untuk membantu mengira akaun kelas tuisyen saya. Beliau berjalan kaki ke mari. Kami membuka semula buku-buku resit tahun lepas dan mengira satu persatu pendapatan dan perbelanjaan. Sambil itu di meja yang sama, tiga orang anak murid saya sedang mengambil ujian kerana tidak hadir pada hari ujian yang sepatutnnya. Di dalam bilik pula, kelas tuisyen percuma sedang berlansung bersama Zura. Sesekali Zura keluar menjengah saya dan Romlah. Kami bergurau dan ketawa sekadar hendak mengurangkan tegangan suasana. Zura dan Romlah tahu saya berada dalam keadaan sangat tertekan. Kepala saya pening dan rasa loya.

"Habislah kurus Kak Lillah.."usik Zura. Kami ketawa.
"Bagus juga tu.. Tapi rasanya sebaliknya.."sambut saya sambil ketawa.


Romlah menarik nafas panjang.

"Pelik.. " kata Romlah.
"Perbelanjaan lebih banyak daripada pendapatan,"kata Romlah.

Ya...
Saya tahu ke mana perginya duit itu. Saya menaja ramai pelajar yang belajar di sini. Ada sangat banyak sebab mengapa saya mahu menaja mereka. Salah satu faktornya ialah kerana saya yakin saya mahu membantu mereka kerana Allah jadi saya yakin pasti ada rezeki untuk saya membantu mereka. Mereka adalah anak-anak luar biasa kerana datang daripada pelbagai latar belakang yang luar biasa. Ada anak-anak yang menjadi pengganti ibu kerana menjaga keluarganya yang miskin dan ibunya yang sakit. Ada anak-anak yang menjaga adik beradik yang cacat sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Ada anak-anak yang sangat baik dan suka membantu orang lain sehingga diri sendiri dianiaya. Ada beribu alasan yang boleh saya berikan.....

Namun...

Sebab yang satu hanyalah kerana Dia... Kerana Engkau Ya Allah....

Semakin lama bilangan mereka semakin bertambah. Hubungan kami bertambah erat. Saya sangat menyayangi mereka. Jika kerana sayangkan kucing pun, saya sanggup bersusah-susah menjaga kucing yang sakit, ini lagi anak-anak manusia.

Pada bulan Disember yang lepas, akaun saya bergegar kerana saya masuk ke hospital dan kelas saya agak tunggang langgang. Pada bulan January, alhamdulillah akaun saya stabil dan kelas berjalan lancar.
Namun pada bulan February ini, akaun saya bukan sahaja bergegar malah gempa bumi. Mengapa ini berlaku? Kerana.....

Jika ingin dikatakan kerana masalah kesihatan menyebabkan perkara ini berlaku, rasanya tidak benar.
Kesihatan saya setakat ini Alhamdulillah tidak menggugat pekerjaan saya.

Saya telah menambah banyak kelas dengan tujuan untuk membantu ramai orang. Kesannya terdapat kelas yang berjalan sedangkan tidak mampu membayar gaji staf-staf saya. Jadi untuk membetulkan keadaan, saya perlu menutup beberapa kelas. Kelas manakah yang perlu ditutup?
Apabila kelas ditutup, bukan sahaja pelajar yang sedia ada akan bersedih, malah staf yang mengendalikan kelas itu turut akan bersedih.

Saya tidak suka membuat orang lain sedih jadi....?

Keadaan begitu menghimpit.

"Zura, maklumkan kepada anak-anak murid supaya mereka membayar separuh harga tuisyen, jika tidak kita terpaksa menangguhkan kelas... sehingga ekonomi stabil."kata saya dalam nada yang lemah. Saya tidak mampu memandang ke wajah staf saya.

"Kenapa Zura yang kena cakap? Zura tak sampai hati.."kata Zura sambil senyum serba salah.

"Sebab... "saya mencari sebab yang saya sendiri tidak tahu.

"Sebab akak terlalu sayang pada mereka dan akak takut terpengaruh dengan emosi akak,"jawab saya.

Akhirnya selepas kelas tamat, Zura masih tidak memaklumkan kepada pelajar-pelajar tersebut kerana beliau tidak sampai hati.

Malam itu keluarga saya ada majlis meraikan hari lahir adik saya di Sushi King. Saya keletihan kerana sepanjang hari sangat sibuk. Pagi tadi sudah membeli belah di AEON. Petang mengajar dan mengira akaun. Malam pula ke AEON untuk meraikan adik-adik saya. Semasa menunggu kedatangan abah bersama dua orang adik saya , seorang adik lelaki saya (birthday boy) bertanya
"Kakak ada nak beli buku students?"

Saya pelik "Kenapa?"
Ali menjawab "Aku ada baucer buku. Ada lagi RM 50. Nak?"

Berseri-seri muka saya. Alhamdulillah... Akhirnya malam itu saya dapat membeli buku untuk staf saya. Siapa sangka saya akan masuk kedai buku itu dua kali dalam hari yang sama?

:')

Pagi keesokkannya ada mesyuarat bersama-sama staf saya. Saya memaklumkan mengenai kelas-kelas percuma. Akhirnya kata sepakat dicapai, mereka bersedia mengajar secara percuma untuk kelas-kelas percuma tersebut.

Syukur Alhamdulillah... Inilah yang saya mahukan. Saya tidak mahu memaksa, saya mahu biar mereka sendiri yang menawarkan diri untuk mengajar kelas-kelas tersebut. Saya malu meminta sedekah, malu meminta diskaun.. lebih malu mahu meminta khidmat orang lain secara percuma. Inshaallah rezeki tutor-tutor ini akan bertambah berkat kerana sedekah ini.

Syukur Alhamdulillah dada sangat lapang... Sungguh Maha Kaya Allah.... Maha Berkuasa... Maha Mengetahui.....

Romlah mengingatkan saya "Bukankah Lillah pernah melalui ujian yang lebih hebat daripada ini, jadi..."
Saya menyambungnya "Jadi... Inshaallah keadaan akan semakin baik," Senyum. Senyum. Senyum.

This is the things that I do for You.


I  L.O.V.E You Allah........

   
p/s: lirik lagu atas ni best.. terjumpa lagu ni semasa cari bahan training tutor... :)

Ahad, 22 Januari 2012

Apa Tujuan Hidup Manusia ?



Sembilan bulan sepuluh hari manusia menetap di dalam rahim yang gelap. Selama sembilan bulan itulah manusia dalam keadaan lemah, tidak mampu bernafas sendiri, tidak mampu mencari makanan sendiri dan tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri. Subhanallah... hebatnya Allah menciptakan rahim yang begitu kukuh dan selesa lengkap dengan bantuan menyalurkan oksigen untuk manusia bernafas, lengkap dengan bantuan makanan dan bendalir amnion untuk melindungi manusia yang masih bayi itu.

"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Surah Az-Zumar : Ayat 6)



Lalu setelah lahir ke dunia, bayi yang masih lemah itu memerlukan bantuan untuk menyuapkannya susu, memakaikannya pakaian dan mencuci alat sulitnya apabila dikotori najis. Subhanallah… hebatnya Allah menciptakan rasa belas kasih yang begitu halus di dalam jiwa para ibu supaya mereka sanggup bangun malam menjaga bayi-bayi ini, mencuci najis dan memberinya makan dan minum.

Lalu setelah bertahun lamanya Allah menjaga manusia ini sehingga menginjak usia mumaiyiz iaitu mampu berfikir dengan menggunakan akal, manusia ini mulai lupa diri. Manusia ini siang dan malam cuma memikirkan urusan-urusan dunia sahaja. Yang ada di fikirannya cumalah bagaimana hendak menjadikan diri nampak mulia di pandangan manusia dan bagaimana hendak menjadikan diri bertambah berkuasa di pandangan manusia. Cita-cita manusia ini semakin hari semakin besar namun sayangnya cita-cita itu hanya sekadar untuk kemuliaan dirinya semata-mata. Manusia ini menjadi terlupa kepada suatu kuasa besar yang selama ini sudah lama menaungi dirinya, menjaga dirinya, melindungi dirinya dan yang menciptakan dirinya!



Oleh kerana rasa kasih dan sayang Allah kepada manusia itu lalu diujinya supaya manusia itu kembali sedar siapa dirinya. Ada manusia yang hartanya dikurangkan sedikit sebagai ujian, ada manusia yang diambil orang kesayangannya sebagai ujian, ada manusia yang diberi sedikit ketakutan sebagai ujian. Namun kesemua ujian-ujian itu mempunyai tujuan yang sama iaitu supaya dapat mengetahui siapakah di kalangan hamba-Nya yang beriman.  Orang-orang yang beriman itu apabila diuji, mereka akan segera kembali kepada Allah. Barangkali mereka ada melakukan kesilapan, ujian itulah yang akan menyedarkan mereka supaya kembali bertaubat dan memperbaiki diri. Orang-orang beriman akan bersabar, memperbanyak istigfar, solat dan berdoa sebagai cara meraih kekuatan untuk berhadapan dengan ujian tersebut. Orang-orang yang tidak beriman pula apabila diuji, mereka akan semakin jauh daripada Allah. Mereka akan menyalahkan orang lain dan keadaan apabila ditimpa ujian. Ujian yang datang dianggap sebagai nasib celaka yang membawa kepada sifat putus asa dan kufur terhadap Allah. Manusia yang kufur tempatnya adalah neraka, mereka sengsara di dunia dan di akhirat. Nauzzubillah
.
Timbul satu persoalan besar iaitu bagaimanakah caranya untuk berhadapan dengan ujian-ujian hidup?
Seterusnya timbul pula satu lagi persoalan besar iaitu apakah tujuan hidup ini?
Mengapa manusia perlu diciptakan jika akhirnya akan mati?
Mengapa manusia perlu gembira jika akhirnya akan berduka?
Mengapa manusia perlu berbuat baik jika akhirnya akan ditindas?
Mengapa manusia perlu membantu makhluk lain yang tiada kepentingan untuk diri sendiri?
Mengapa dan mengapa…. Seribu satu persoalan hadir.

Berfikir dan berfikir.. Akhirnya jawapan yang ditemui perlu kembali kepada Yang Maha Mengenal diri kita. Hanya yang telah menjaga kita semenjak kita belum lahir sahaja yang ada jawapan kepada persoalan itu. Dialah Allah Yang Maha Mengetahui.

Allah berfirman :
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)

Firman Allah :
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An'am 6: Ayat 162) 

Berdasarkan firman di atas, terjawablah satu persoalan mengenai tujuan hidup. Tujuan manusia dan jin diciptakan adalah untuk menyembah dan beribadat kepada Allah. Hari ini kebanyakkan manusia hidup untuk menjadi buruh yang bekerja. Semenjak lahir, disekolahkan sebagai persediaan untuk bekerja. Semenjak muda hinggalah ke tua cuma tahu bekerja. Apabila sudah pencen pula, manusia itu kebanyakkan cuma menunggu mati. Alangkah sia-sianya hidup yang begitu, di dunia hidupnya kosong dan di akhirat pula dirinya binasa. Mengapa binasa? Kerana manusia itu sesat tidak bertemu  tujuan sebenar penciptaannya di dunia ini. Allah menciptakan manusia untuk menyembah dan beribadat kepada-Nya lalu kita bekerja siang dan malam juga adalah sebagai ibadat kepada-Nya. Melalui pekerjaan itu, kita menjaga hak-hak diri sendiri dan hak-hak manusia lain dengan mengeluarkan zakat, menjauhi riba dan mengelakkan penipuan. Melalui pekerjaan itulah juga dapat diperoleh rezeki yang halal untuk memberi nafkah kepada keluarga dan digunakan untuk membantu makhluk-makhluk Allah yang lain. Alangkah indah hidup ini apabila manusia mengerti tujuan hidupnya adalah untuk beribadat kepada Allah. Seluruh hidupnya di dunia dijadikan ibadah; makan, minum, tidur dan bekerjanya adalah untuk Allah. Apabila mengingini hidup sebagai ibadah, hidup perlulah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.


Apabila manusia jelas dengan tujuan hidupnya, inshaallah akan terasa mudahlah untuk dirinya menghadapi pelbagai cabaran dalam hidupnya. Setiap yang menimpa dirinya tidak akan dianggap sebagai sesuatu yang sia-sia sebaliknya dianggap sebagai sesuatu yang dapat diambil hikmah pelajarannya. Betapa sukarpun hidup itu, manusia akan meyakini bahawa masih ada kehidupan kedua yang kekal abadi selepas mati nanti. Berbaloilah bersabar sedikit dalam kehidupan yang singkat ini demi kebahagiaan yang abadi nanti.

Hidup ini umpama sebuah perjalanan. Apabila kita mengetahui destinasi yang ingin dituju dan laluan-laluan yang menyampaikan kita kepada destinasi, akan terasa ringanlah perjalanan tersebut. Namun apabila kita tidak tahu destinasi yang ingin dituju, kita akan berpusing-pusing di tempat yang sama dan khuatir melalui laluan yang salah, akan terasa beratlah perjalanan tersebut.
Tentukanlah laluan hidupmu, semoga bertemu di syurga Allah  iaitu destinasi bahagia yang abadi. InshaAllah…

Penulis : Nur Khalilah Rasyidah bt Abd. Karim
Posisis : Naib Mas’ul/ Amanah Tarbiah dan Syakhsiah

Sabtu, 24 September 2011

Kehidupan Baru..


Cinta itu anugerah Allah, beruntunglah manusia yang mempunyai cinta di dalam hatinya.
Cinta suci itu adalah cinta yang lahir di jiwa yang subur imannya. Cinta suci itu tercipta untuk membahagiakan pemiliknya dan yang menerimanya. Cinta dusta itu pula tercipta untuk menyakiti pemiliknya dan yang menerimanya. Peliharalah cinta di dalam hatimu supaya cinta itu membawamu meniti ke syurga-Nya...

Subhanallah dan Alhamdulillah... 
Allah menumbuhkan rasa cinta di dalam sanubari ini terhadap kerjaya yang diceburi. Kini saya bekerja bukanlah sekadar untuk mencari sesuap rezeki sebaliknya adalah kerana cinta yang semakin mekar di sanubari ini.

Allah Maha Penyayang. Ketika kita mahukan sesuatu, kita berharap dan berusaha. Namun Allah tidak memberinya kepada kita apabila Allah mengetahui bahawa ianya tidak baik untuk kita. Apabila keadaan dan masanya sudah sesuai, dirasakan hamba-Nya yang lemah ini sudah bersedia, barulah Allah akan memperkenankan keinginan hamba-Nya. Adakalanya apa yang diberikan Allah tidak seperti yang hambaNya  pinta kerana Allah memberikan yang jauh lebih baik dari doa hambaNya. Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Berkuasa.

Saya masih ingat beberapa bulan yang lepas, saya meninjau beberapa rumah kosong. Ada sesetengahnya begitu menarik hati saya. Saya sudah jatuh hati kepada rumah tersebut. Jiwa mahu lekas pindah dan tidak sabar-sabar mahu berumah baru. Namun Allah menahan kehendak hati. Mulanya jiwa alpa ini memberontak dan akhirnya mengaku kalah kepada kuasa Allah. Jiwa ini kembali tenang setelah bermuhasabah. Niat perlu betul. Sebagai seorang anak perempuan, memilih untuk melangkah keluar dari rumah ayah bonda bukanlah semudah bermalam di hotel. 

Apabila Allah berkehendak, segalanya menjadi mudah.. Subhanallah.. Sebelum raya lepas, saya terpaksa berpindah keluar dari rumah secara mengejut. Dalam masa kurang 24 jam, saya akhirnya mendapat rumah baru yang sangat selesa dan cantik! Lebih cantik berbanding rumah-rumah yang saya pernah lihat sebelum ini. Mungkin istilah 'cantik' di mata saya tidaklah 'cantik' di mata anda. Saya tidak mengharapkan sebuah kediaman yang mewah dan lengkap serba serbi. Apa yang saya harapkan cumalah sebuah tempat yang dapat memberi ketenangan dan dapat membuatkan saya teringatkan Allah...


Ini bilik saya. Bukan bilik tidur. Kalau nak tidur pun boleh je. Bilik ni masih dalam proses make over. Rumah ni ada 3 bilik. Bilik yang paling besar saya jadikan library. Bilik kecil saya jadikan surau. Bilik sederhana untuk saya berehat. :) Ruang tamu pula untuk kelas tuisyen... Rumah ni masih dalam sesi makeover... 




Ini anak sepupu saya. Senang jaga budak ni, letak je. Dia baru pandai meniarap jadi barang-barang saya masih selamat. Tak lama lagi kalau dah laju merangkak, memang semua barang kena susun tempat tinggi.


Adik-adik tiri saya beli aiskrim dan terjatuhkan dried ice dalam sinki. Apalagi... Menarik kan. Saya suka apabila dapur emak menjadi makmal sains. :) Budak-budak lebih cepat memahami konsep sains melalui eksperimen. 
Junior, Omeyy dan Kitty..


Sama color dengan carpet..






Kitty kucing betina, jadi dia berminat dengan handbag wanita.


Abdul : Cikgu, lepas saya pindah nanti kita boleh jumpa lagi? :(
Saya : Tak boleh lah jumpa. Kan dah jauh. Abdul mintalah emak cari tusyen lain di sana. :)
Abdul : Kita dah tak dapat jumpa samapai bila-bila?!! :((
Saya : Eh, boleh-boleh. Raya datang lah rumah saya. :0
Abdul : Nanti saya call cikgu sebelum datang. :)

P/s: sedih nak berpisah.. kelas personal coach  selalu memberi kesan yang mendalam di hati saya. :'(






 Makan-makan untuk group 1 di kelas tuisyen. Group 2 open house di rumah mak..
Disebabkan saya demam, adik saya tolong bersihkan rumah termasuk cuci toilet dan uruskan segala makan minum murid-murid ni. mana nak cari adik baik macam ni? :'(

 Alhamdulillah... Seronok bila tengok peningkatan prestasi anak murid... Seronok bila dapat habiskan silibus awal... Seronok bila dapat meraikan kejayaan mereka... Alhamdulillah...



Cinta itu bagaikan warna-warna pelangi. Indah. Bewarna-warni. Keindahan itu hadir selepas hujan reda. Maka kita hendaklah bersabar dan terus bersabar semasa hujan turun sekiranya kita ingin melihat pelangi yang indah. 

:)

InshaAllah....

Rabu, 10 Ogos 2011

Carilah Hatimu!


Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati – mati hati dalam mengharapkan cahaya Ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunannya... kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.

Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:
"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Semak-semak dalam kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu... Telahkah kau buka setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telahkah kau ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan? Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu, fikiranmu, pendengaranmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikan solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.

Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera Al Quran dan bacalah. Bacalah, itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Jiwa yang tidak membaca al Quran umpama talipon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna... Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al Quran segalanya tidak berguna.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibokan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran. Mereka yang begini sahaja mampu 'menukar' bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.


Burulah kehidupan dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insan bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulullah s.a.w yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Jangan jadi Namrud, Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh dengan ketamakan dan kezaliman. Nanti kau diburu oleh resah, gelisah, kesibokan, kejemuan, kemarahan yang tiada berkesudahan.

Ingatlah wahai orang yang bermujadahah... tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

oleh : genta-rasa.com

Sabar itu indah.....


andai kau merasakan pahit memendam rasa, ketahuilah lebih pahit memendam hati yang dilukai..
andai kau merasakan beratnya menyimpan rahsia, ketahuilah masih byk rahsia Tuhanmu yg kau tak tahu.. maka lapangkanlah dadamu.. He knows best..
andai kau merasakan derita berada di sisinya tanpa dia mengerti gelora di hatimu, ketahuilah bahawa kau sebenarnya tidak tahu isi hatinya..
mungkin dia juga menyimpan rasa yang sama..
cuma masanya mungkin belum sesuai.. kerana kau dan dia pun menyedari bahawa kalian masih belum bersedia..
apa yg penting.. sementara ada peluang ni, hargailah dia sebaiknya sbg seorg sahabat fillah..
krn kita tak tahu adakah esok kita atau dia masih ada di bumi Allah ini...

p/s: ini petikan artikel lama...revise semula...

Selasa, 2 Ogos 2011

Mendamba Status Wanita Solehah


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

source : http://nurjeehan.wordpress.com/2007/03/12/ciri-ciri-wanita-solehah/

p/s:Ramadhan kali ni terasa begitu berbeza dari yg sblm2 ni...Semoga perbezaan ini adalah suatu improvement utk diri saya... Bila list out things to improve, berderet senarainya... Inshaallah walaupun sedikit atau lambat, inshaallah saya akan usahakan memperbaiki kelemahan2 ni.. Semoga bila sampai ajal nanti, Allah meredhai usaha ini...

Apa yg baik utk iman kita, kita manfaatkan..
Apa yg memudaratkan iman kita, kita hindarkan....

~3 Ramadhan

Ahad, 31 Julai 2011

Buat diriku yang terlupa... (part 1)

Secebis teguran untuk diri saya yang terlupa daripada seorang sahabat.... Saya kongsikan di sini bukan bertujuan untuk mengaibkan diri sendiri atau orang lain... Saya berharap kita semua yang membacanya dan insan yang menulisnya mendapat pahala yang mengalir tanpa henti walaupun setelah kami mati... :'(

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalalamualaikum warahmatulla hiwabarokatuh.

Alhamdulillah. bersyukur kte kehadrat illahi, masih diberikan nikmat-Nya,
masih diberikan kesempatan utk berbuat baik kpda ibu bapa kte,
masih diberikan waktu utk kte beribadah, memohon kpda-Nya,
masih diberikan nafas, nikmat anggota utk bersujud kpda-Nya,
masih diberikan ruang utk saling nasihat-menasihati, saling ingat-mengigati,
Maha Suci Allah Yang Memiliki Arasy Yang Agung,
Maha Suci Allah Yang Mempunyai Rahmat,
Maha Suci Allah Yang Maha Melihat dan Mendengar setiap hamba-Nya,
dan Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui Segala Rahsia Di Langit dan Bumi.
Tiada pujian seindah itu, hanyalah kepada Allah Ta'ala.

Dengan Rahmat-Nya, kte masih saling menginsafi diri,
saling mengigati, saling membetulkan kesilapan diri
dan saling mensyukuri.

Alhamudlillah. terima kasih akak krana berkongsi
sedikit cerita tentang Kebesaran Allah, Keagungan Allah.
izinkan sy meminta maaf, kerana tidak sempat membalas
kiriman email akak smlm.

Alhamduililah, sy sdh mbaca kisah akak.
kisah seorang hamba Allah yg mencari keredhaan-Nya.
sy juga manusia biasa, tiada kelebihan yg Allah hadiahkan,
cukup sekadar iman yg kukuh, hanya itu yg slalu sy minta kpda Allah.

Mentaati ibu bapa itu adalah wajib. Ibu bapa ini adalah kurniaan Allah
kpda kte smua. dikurniakan utk membimbing kte, mencari jalan yg
diredhai, menjaga iman dn dijadikan bekalan apabila mereka
kembali kpda Allah nanti.

Tersentuh hati sy seketika, saat akak mceritakan tentang hrapan
ibu dn bapa akak yg mahu akak menyambung master,
mereka begitu mengharapkan yg terbaik utk anak mereka,
mereka takut jika di akhirat nanti, Allah bertanya apakah
tanggungjawab yg telah mereka laksanakan kpda Allah?
ibu itu, begitu mulia di sisi Allah, Rasullullah S.A.W menyebut sbanyak
3 kali kemudian barulah ayah. jelas bahawa ibu ini begitu tinggi
darjatnya disisi Allah.
cuma, sy agak keliru sdkit apabila akak kata, akak amat sygkn ibu,
akak mentaati sgala yg ibu hajatkan, yg ibu suruh
sehingga akak sanggup ______________________________.
begini, mmg syurga itu dibawah tapak kaki ibu bg seorang anak,
syurga isteri pula adalah dibawah tapak kaki suami. itu smua
janji Allah. semua umat manusia sudah jelas.
ttp, jika kte tdk mpunyai iman, kte akak sesat wlaupun sesaat.
dlm kes akak, sy faham, mentaati ibu bapa adalah wajib, tetapi
biarlah dgn niat dn iman yg betul.
kte mentaati ibu bapa kte krana Allah, kte mentaati Allah
melalui ibu bapa kte. itu yg sebaik-baik iman.
jgn kte mentaati ibu bapa krana terpaksa mengikut semua
yg disuruh, ia berbeza.
jika kite mentaati Allah, tetapi melalui ibu bapa, maka redhalah
dgn setiap ketentuaan Allah, Allah itu Maha Mengetahui.
tersimpan disisi-Nya dgn begitu banyak Rahsia yg kte tidak tahu.
Subahanallah, Maha Suci Allah.
ini yg kte slalu tersalah dlm mencari iman.

jika ibu meminta duit, jika ibu meninta itu, ini,
pasti akan lahir dlm hati kte perasaan was-was.
bukankah was-was itu dri syaitan yg dilaknat?
timbul la rasa marah, benci kpda ibu atau bapa.
bile kte tdk dpt menturuti permintaan mereka,
kte mula menyalahkan takdir Allah,
kte mula merasa terkongkong, merasa benci.
ttp tahukah kte bhawa Allah itu Maha Melihat?
Maha Mendengar, Maha Esa?

apabila kte membetulkan iman kte,
insya'allah, segala ketentuan itu, dipelihara oleh Allah.
sbgai contoh, " ak beri wang ini, hasil kudratku, hasil kerja yg halal,
hasil kerja yg Allah redhai, hasil nikmat yg Allah beri, ak hadiahkan kpda
ibuku dn ayahku kerana mereka telah melahirkan ku, membesarkanku, hanya kepada
mereka ak mentaati-Mu Ya Allah, hanya kepada mereka, aku memohon
keredhaan-Mu Ya Rahman, hanya kepada mereka, ak berserah kepada-Mu
Ya Rahim..ampunilah dosa mereka, berkatilah mereka, rahmatilah mereka, amin."
inilah sbnarnya kemanisan iman yg sebenar-benarnya.
kte manusia ini, sering melakukan dosa, mudah sombong dgn Allah.

kte mudah lupa, mudah lalai, mudah tersesat.
mohonlah kpda Allah, iman yg kuat, hati yg slalu mengigati Allah,
hati yg selalu mensyukuri nikmat-Nya.

berkaitan pula dgn master, result, biasiswa dn supervisor.
Alhamdulillah, tersimpan disisi-Nya Rahsia, dimana semua makhluk ciptaan-Nya
tidak ketahui sedikit pun melainkan dgn rahmat dari-Nya.

[255] – Ayatul Kursi Surah Al-Baqarah
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Kursi Allah ni begitu luas, sbb tu Allah kurniakan nikmat kpda
hamba dia, dgn kepandaian, kebijaksaan, utk dia manfaatkan nikmat Allah itu.
dgn nikmat Allah itulah, manusia itu mjadi seorang yg berakal,
menjadi seorang doktor falsafah, pensyarah, mahunpun guru.
tetapi, dgn nikmat Allah jugalah mereka menjadi riak, sombong.
dengan nikmat Allah juga la mereka berlaku zalim, menindas mereka yg lemah.
usahlah kte gentas, usahlah akak takut kpda manusia, mreka juga
hamba Allah, mereka juga lemah, cma mereka lupa,
siapa yg memberikan nikmat itu, mereka riak, mereka sombong.
bukankah sudah dijanjikan Allah bahawa akan dtg hari pembalasan itu?
bukankah Allah akan mengadili segalanya dn tiada seorang pun yg akan dianayai?
mengapa kte harus takut akak?
mengapa? apa yg Allah janjikan, pasti akan dia tunaikan.
Allah tidak memungkiri janji, Allah itu Maha Suci. Maha Mulia, Segala Pujian Hanya Untuk Allah.
tp, hakikatnya, kitelah manusia yg lupa, yg sombong, yg alpha.
jgn la kte risau, jgn la akak menyalahkan diri akak krana tidak
dapat memhadiahkan segulung master utk ibu dn ayah.
jgn la akan rasa berputus asa, bukankah Allah sudah menjanjikan sesuatu
kebahagiaan kpda kte nanti? bukankah janji Allah itu benar?
mengapa masih ramai yg mendustai.
memohonlah keredhaan Allah, supaya ibu dn ayah kte
mdapat pertunjuk, meredhai segala ketentuan illahi.
jgn dilihat nikmat dunia, tolehlah, lihat nikmat akhirat
yg telah Allah janjikan. tidakkan kte mahu mencari keredhaan Allah?
tidakkah kte mahu merasa nikmat syurga Allah?

rezeki Allah itu brada dimana-mana sahaja.
jika Allah mengizinkan, Dia akan izinkan,
jika Allah tidak mengizinkan, Dia tetap tidak izinkan,
jgnlah kte berasa putus asa dgn rezeki yg ada.
jgn la kte mengeluh, memarahi Allah jika kte xmampu menberikan hadiah
kpda ibu bapa, jgnlah kte menyiksa tubuh badan kte,
berlapar krana hanya ingin membahagiakan ibu bapa kte,

biarlah kte berlapar kerana mcari keredhaan Allah,
biarlah kte menangis, takutkan neraka Allah,
biarlah kte dikongkong, kerana mencari rahmat Allah,
biarlah kte dianayai, kerana mencari kenikmatan iman.

akak, sy juga berpesan kpda diri sy sndiri.
sy ni hamba Allah yg begitu lemah.
setiap hari, sy memohon supaya Allah memandang sy,
mendengar luahan hati sy, melihat sy bersujud kpda Dia.
sy tidak mncari kenikmatan dunia. sy hanya mencari kenikmatan akhirat.
sy rindukan Nabi Muahammad S.A.W, jika diberi peluang, sy ingin
menyentuh tubuh kekasih Allah, sy ingin mencium tangan kekasih Allah,
sy ingin duduk di samping kekasih Allah, sy ingin melihat kekasih Allah,
tp, bukankah smua itu sudah ditakdirkan?
kite hanya ditinggalkan dengan 2 perkara, Al-Quran dn Sunnah.
itulah panduan kte smua, jika kte lalai, kte akan sesat.
seperti burung helang yg sdg mencari makanan, jika dia lalai
wlaupun sesat, nescaya terlepaslah buruannya itu.
begitu kte dgn Allah, jika kte lalai, jika kte sombong,
jika kte alpha, kte akan smakin jauh dgn Allah.
kte akan semakin lupa dgn Allah.

Allah hadiahkan kte dgn hati. jika bersih hati itu, maka bersihlah imannya.
jika kotor hati itu, maka kotorlah seluruh imannya.
sy bersyukur, masih diberikan kesempatan, berkongsi tentang kenikmatan Allah.
sesama manusia. marilah kte sling ingat-mengigati, saling pesan-berpesan,
agar kte mendapat keredhaan Allah.
jgn la kte sombong dgn Allah, jgn la kte menderhaka dgn Allah,
jgn la kte lalai, terleka dgn nikmat dunia, jgn sesekali kte berasa
megah dgn nikmat yg Allah pinjamkan wlau hnya sketika.
jgn la kte berdabik dada dgn Allah, jgn la kte berasa tinggi, berasa hebat.
sujudlah kpada Allah, malulah kpada Allah,
bersyukurlah kepada Allah.

Alhamudilillah, gembira sy dgar bila akak dn asma membantu
remaja perempuan yg telah terpesong.
bimbing la mereka ke jalan yg diredhai.
bawalah mereka mengenali Allah,
suruhlah mereka bertaubat, takutkan Allah.
jgn disisih, syangilah mereka. mereka tersesat
kerna tiada siapa yg membimbing mereka.
sy tidak punyai apa utk mbantu, hanya sekadar doa.
tp, jika akak memerlukan bantu sy tentang nasihat,
tentang penggunaan komputer, software, insya'allah sy sedia membantu.
semoga kite mendapat kerahmatan dari Allah. :)

" jika satu hari nanti, Malaikat Izrail dtg menjemput kte, maka diberikan kte 2 pilihan :

1) Diberikan telifon, diberikan masa selama 2 minit, siapa yg akan kte hubungi?
2) Diberikan masa selama seminggu, kemudian Malaikat Izrail akan dtg kembali dn menjemput kte.

soalan sy, yg manakah pilihan yg akan kte pilih? jika kte memilih utk menalifon ibu kte,
adakah sempat kte memohon maaf atas segala dosa kte selama ini kpda ibu? atau mungkin ayah?
sahabat? jiran? guru? pensyarah? atau sesama umat islam?
atau jika kte memilih masa selama seminggu, sempatkah kte berbuat amal siang dn malam?
bersujud kpda Allah? tanyalah usia kte, sudah berapa tahun kte hidup, diberikan nafas,
diberikan dgn begitu banyak nikmat, tanyalah usia kte, apa yg kte sudah lakukan? .
adakah menghambakan diri kpda Allah? atau menghambakan diri kpada duniawi?
tanyalah diri kte ape yg telah kte lakukan...?

p/s: :'(

Selasa, 26 Julai 2011

Allah rindu mendengarkan rintihanmu....

11 malam. Saya baru sampai rumah. Segera saya bersolat isyak. Selepas bersolat terasa hati begitu sayu. Saya sengaja berlama-lama di sejadah berdoa. Bagai terbayang-bayang keletah anak-anak murid saya sebentar tadi. Kenakalan mereka membuat saya insaf. Kisah hidup mereka juga membuatkan saya berfikir-fikir tentang diri sendiri.

Ya Allah... Diri ini begitu lemah. Sememangnya setiap kali kelas hendak bermula, hati kecil saya akan berteriak "Ya Allah help me!!!". Mengapa saya menjadi begini? Kerana akhirnya saya sedar bahawa hanya kuasa Allah yang mampu membuatkan anak-anak murid saya duduk dengan tenang dan fokus di dalam kelas serta diberi kefahaman. Semuanya adalah kuasa Allah. Tidak kiralah sehebat mana saya berusaha hendak membuatkan mereka faham, saya akan tetap gagal jika Allah tidak mengizinkan. Maka setiap kali kelas hendak bermula, saya merintih di dalam hati meminta belas kasihan dari-Nya..... Adakalanya rintihan itu berterusan walaupun setelah kelas habis......

Selesai melipat telekung, saya merancang untuk masuk tidur. Mata terasa bengkak kerana menangis dan penawarnya adalah tidur.


Tiba-tiba hati terasa sangat nak check email.

Terkejut.
Ada satu email dari seorang sahabat yang sudah lama tidak bersua.
Sahabat lama....


Mari saya kongsikan email tersebut :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum Warahmatulla Hiwabarokatuh.
ape khabar Kak Lillah? Sehat ke? Alhamdulillah.
Semoga Allah melimpahi Rahmat-Nya kpada kte smua.
maafkan sy, jika email sy ini menganggu Kak Lillah.
sy sekadar ingin bertanya khabar dn berkongsi cerita
tentang ape yg selama ini sy lalui.
Alhamdulillah, Segala Puji Hanya Kepada Allah.
Zat yg Mulia, Maha Suci Allah.
sy hanyalah hamba Allah yg begitu kerdil.
entah adakah ruang utk sy disisi-Nya nanti.
Kak Lillah, sy bercerita ini, bukan utk membuka
pekung dn mengaibkan diri sy sendiri.
tp, sekadar mahu berkongsi kpda semua,
biarlah kite saling ingat-mengigati, saling nasihat-menasihati.
sekiranya akak ingin menjadikan kisah sy sebgai iktibar
kepada org lain utk saling mengigati dn menasihati,
Dengan Nama Allah, sy izinkan.
Akak, sejak sy mula melangkah masuk ke USM,
banyak yg telah sy lalui. 3 tahun sy disana, 3 tahun
sy menimba ilmu. dengan Rahmat Allah, Dia hadiahkan sy
segulung ijazah. kini, sy sambung pelajaran sy lg di USM,
untuk ijazah ke-2 dlm jurusan Bachelor of Architecture
selama 2 tahun. Alhamdulillah, sy telah habiskan
1 tahun di sini, kini berbaki lg 1 tahun.
sementara cuti semester ini, sy ambil peluang utk
bekerja di Penang. utk meringankan beban abah sy.
Alhamdulillah, dengan Rahmat Allah, hampir 2 bulan sy disini.
Insya'allah, hujung ramadhan nti, tamatlah kerja sy disini.
selepas aidilfitri, sy akan sambung baki pengajian sy di USM
selama 1 tahun.
kisah yg sy ingin ceritakan ini, adalah tentang sy.
hamba Allah yg begitu sombong. angkuh dn bongkak.
selama ini, sy tidak pernah memperakui bahawa Allah itu Maha Besar,
sy tidak pernah mengakui bahawa Allah itu Maha Agung.
sy lalai dengan dunia sy, sy banyak melakukan maksiat, sy banyak
melakukan dosa. dlm sedar atau tidak.
sy lupa Allah, sy tak cintakan Nabi Muhammad (S.A.W).
sy semakin jauh, sy smakin sesat.
sy semakin jahil.
sbgai bukti, org berikan sy amanah, sy tidak tunaikan.
dlu, Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM)
dibawah Pengerusi Saudara Rahimi. dia amanahkan sy
dibawah Biro Serikandi, ttp sy tidak tunaikan amanah itu,
malah sy memperlekehkan lg ape yg diamanahkan.
sy sombong, sy angkuh sesama manusia sndiri.
jauh akak, jauh sgt sy tersesat.
tp, Allah sentiasa memberikan Rahmat-Nya, Nikmat-Nya kepada sy.
ape yg sy minta, selalu dipermudahkan oleh Allah.
tp, sy sombong, sy angkuh dgn Allah.
sepanjang sy di USM, sepanjang sy menjadi manusia,
banyak laluan berduri yg sy lalui.
banyak lorong hitam yg sy gagahi.
banyak dosa yg sy kumpulkan.
dn banyak maksiat yg sy persembahkan.
jika dihitung pasir di tepian pantai, begitu banyaknya dosa
sy kpada Allah, begitu malunya sy pada Allah.
begitu kerdilnya sy pd Allah.
bulan rejab yg lalu. sy muhasabah diri sy sndiri.
adakah selamanya sy harus begini?
sombong dengan semua ciptaan Allah.
angkuh, lupa diri?
terus bergelumang dgn maksiat? dosa?
sampai bila? adakah sy tahu bila Malaikat Izrail akan dtg menjemput sy?
adakah pd saat itu, sempat lg sy memohon maaf pd Allah?

sepanjang bulan rejab, bulan Allah.
sy banyak mendekatkan dri kpada pemilik semesta alam ini, Allah.
jika dulu, sy slalu melengahkan sembahyang, selalu meninggalkan sembahyang,
kini, sy selalu berdoa kepada Allah, kuatkan iman sy, peliharalah solat sy.
Alhamdulillah, kini solat sy jaga, sy sering ke surau atau ke masjid.
sy takutkan Allah. sy takut Allah tidak memaafkan sy.
sy takut, kdg2 sy mengigil bila menyebut nama Allah.
airmata sy tidak henti saat sy merayu kpada Allah.
adakah peluang utuk sy bertaubat?
adakah Allah masih mahu menerima sy?
adakah Nabi Muhammad (S.A.W) mahu syafaatkan sy nti
di akhirat?

sepanjang sya'aban, perlahan-lahan Allah menarik
nikmat-Nya kpda sy. duit sy habis.
sy tidak punyai duit utk makan, ape yg ad,
itu yg sy syukuri.
Allah itu Maha Mengetahui.
mungkin ini adalah ujian Allah buat sy.
selama ini sy lupa, sy alpha.
kini, Allah tarik nikmat Dia pd sy.
tp, sy tidak berputus asa, sy hadapi smua ni
dgn kesyukuran krana Allah msh sygkn sy.
Allah masih berikan sy ruang, peluang utk bertaubat.
Allah itu Maha Pengampun.
Allah sygkan semua hamba-Nya.
kini, sy rindukan kekasih sy, Allah.
sy rindukan cinta sy, Nabi Muhammad (S.A.W),
sy slalu berdoa semoga Kekasih sy tunjukkan jalan
yg lurus, jalan yg Dia redhai.
sy bersyukur, diberikan nafas, diberikan nikmat
utk berjalan, lidah yg basah utk berzikir,
kaki yg kuat utk ke rumah-Nya.
kini, bru sy sedar, sy hanyalah hamba yg lemah.
hamba yg hina. hamba yg jahil.
sy tidak layak utk menjadi hamba yg sombong, angkuh, bongkak.
sy malu atas segala dosa sy, setiap saat,
sy sentiasa bermohon agar Allah kekalkan iman sy.
kuatkan tubuh badan sy, agar sy dapat beribadah kepada-Nya.
Solatku, Ibadahku, Hidupku dn Matiku hanya kerana Allah Taala.
semoga kisah sy ini menjadi pengajaran kpada smua.
amin.
--


Saya membalas email beliau :

Waalaikumussalam wbt....Akak sudah lama tak buka email.. Tiba-tiba hati terdetik nak buka email..
Bersyukur kepada-Nya... Alhamdulillah kerana dalam berjuta-juta manusia, kita terpilih untuk diuji-Nya...Bersyukur kepada-Nya.... Alhamdulillah kerana dalam berjuta-juta manusia, kita terpilih untuk diberi anugerah kemanisan iman....
Inshaallah akak akan share kisah ni.... Sepanjang akak di USM, akak kenal * dan akak tahu serba sedikit tentang *... Tentu sekali menerima email ini suatu perkara yang mengejutkan akak... :'-) Rasa.... terharu! Terima kasih berkongsi... Adakalanya akak pun terasa lemah, berada di dunia luar ni memang mencabar.. Email * ini memberi motivasi pada akak untuk bangkit semula... Semoga Allah sentiasa menyayangi * dan berterusan memberi kemanisan iman kepada *...
*...
Jika kita kehilangan satu dunia, relakanlah....
Asalkan kita tidak kehilangan cinta-Nya.....
Miskin ataupun kaya, cerah ataupun gelap, di sisi Allah, yang MULIA dan
terpandang adalah hati yang penuh ketaqwaan (takut kepada Allah)...
Selamat menyambut Ramadhan.... Moga Allah meredhai kita di dunia akhirat.... Amin.... :'-D
 
Lillah Khalilah

Ahad, 3 Julai 2011

Orang Mukmin Sentiasa Muraqabah Terhadap Allah SWT

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk menjadi mukmin sejati, perlu kepada pengorbanan dan usaha-usaha yang berterusan, iaitu berkorban dan berusha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Muraqabah terhadap Allah SWT adalah sifat jiwa seorang mukmin.Dia sentiasa merasai dan yakin sepenuh hati bahawa Allah SWT mengawasi segala perjalanan hidupnya, perasaannya, bisikan hatinya samaada dia berseorangan atau bersama orang lain.

Mukmin sejati yakin peristiwa di Padang Mahsyar tempat di hisap dengan seadil-adilnya segala amalan dan perbuatannya ketika di dunia ini. Perasaan takut, malu dan gementar untuk berhadapan di Mahkamah Allah SWT nanti membuatkan hati dan jiwanya sentiasa muraqabah terhadap-Nya.Ingatlah ketika di sini nanti lidah akan dikunci, giliran anggota lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan dan saksi bagi semua perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki serta alam yang ada disekitarnya, hari dan masa semuanya akan mengaku perbuatan itu dan ini. Ketika itu manusia akan terperangkap dengan perbuatan dosa kerana anggota badan sendiri tidak menyebelahinya. Terbongkarlah rahsianya!

Di tambah pula akan di tayangkan 'video clip' semua perbuatannya semasa di dunia.Ia tidak boleh berbohong dan berdalih. Semua ini akan menyingkap kekejiannya. Memalukan dan membawa segunung penyesalan kepadanya.

Orang yang muraqabah , bertakwa dan muhsin akan tenang walau pun mendapat nikmat, pujian, atau menghadapi kesusahan, tohmahan dan seumpamanya. Dia merasa bimbang sekiranya kehilangan reda dan pertolongan dari Allah SWT

Nabi SAW pernah berpesan yang bermaksud "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam mukmin." Maknanya , ketika dalam hati seseorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah SWT. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah SWT melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.

Hati orang mukmin dan hati yang dapat muraqabah bersedia menerima tarbiah dan peringatan, kerana segala peringatan akan memandu seluruh anggata kita melakukan ketaatan. Firman Allah SWT yang bermaksud "Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermenfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9). Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan terhadap Allah SWT seperti firmanNya yang bermaksud "Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa, ayat 10).

Latihan paling utama ke arah mendidik hati yang hadir ialah menerusi ibadat solat. Apabila di dalam solat sesaorang itu merasai Allah SWT mengawasinya, maka ketika di luar solat atau di mana jua berada hatinya akan tetap muraqabah.

Nabi SAW di waktu malam banyak menghabiskan masa untuk bersolat tahajud, bermunajat, berdoa dan memohon ampun kehadrat Allah SWT. Contoh peribadi mulia ini semestinya menjadi pedoman dan amalan setiap para da'i untuk merapatkan hubungan dengan Allah SWT, mencari tenaga baru untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiah.

Sayydina Omar al- Khattab berkata "Hisablah dirimu sebelum di hisab pada hari kiamat"

Setiap mukmin perlu sentiasa muhasabah diri demi kebahagiaan masa hadapan. Firman Allah SWT yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakannya untuk hari esok (hari kiamat), dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan" (Surah ai- Hasyr ayat 18).

Kecemerlangan hidup manusia sebagai hamba Allah SWT adalah terletak kepada ketaatan pada perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, mematuhi tanpa soal Kitab Allah SWT dan sunnah NabiNya.

Nabi SAW bersabda maksudnya "Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah kematiannya, sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT" (hadis riwayat Imam at- Turmudzi)

Imam Mubarakfuri berkata "Orang yang lemah adalah bersambong dengan lemahnya ketaatan kepada Allah s.w.t dan selalu ikut hawa nafsunya tidak pernah minta ampun kepada Allah s.w.t bahkan selalu berangan-angan bahawa Allah SWT mengampunkan doas-dosanya"

Panjang angan-angan atau berangan-angan adalah satu sifat peribadi yang tidak di sukai oleh Nabi SAW. Panjang angan-angan adalah sifat malas berusha, mengikut hawa nafsu dan terpengaruh dengan pujukan syaitan laknatullah.Setiap barang yang berharga perlu di bayar dengan harga yang mahal, kejayaan untuk mendapat sekeping ijazah perlu di sertakan dengan usaha yang gigih dan berterusan, begitu juga SYURGA ALLAH SWT, untuk memilikinya perlu pengorbanan, jihad yang berterusan, mujahadah,muraqabah dan muhasabah.

Di dalam syurga yang penuh nikmat dan rahmat hanya layak di duduki oleh mereka-mereka yang memiliki hati yang cinta kepada-Nya, hati yang sejahtera, hati yang bersih, hati yang ikhlas dan hati yang bebas daripada syrik kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT maksudnya " Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak di kabulkan"
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Luqman Hakim, Rasulullah SAW menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang terkenal dengan kerja-kerja sehariannya hanyalah mencuri. Hampir setiap malam dia mencuri harta benda kepunyaan jiran tetangganya. Jirannya sentiasa menasihati beliau agar meninggalkan pekerjaan yang keji itu.

Pada suatu malam, ketika dia hendak pergi mencuri tiba-tiba dia bertemu dengan seorang miskin yang sentiasa duduk di dalam mesjid. Dia tidak mengetahui bahawa orang yang bercakap dengan dia itu adalah orang miskin yang sangat soleh dan zuhud terhadap dunia. Maka tanpa segan silu pencuri itu mengajak lelaki miskin itu pergi mencuri bersama-sama dengannya.

"Hai orang miskin," kata pencuri itu.

"Mengapa engkau selalu duduk di dalam mesjid sambil menanti belas kasihan orang lain. Marilah ikut aku nescaya engkau akan memperoleh pekerjaan yang menguntungkan. Kalau engkau bersetuju marilah kita pergi mencuri bersama-sama," ajak pencuri itu.

"Baiklah" jawab orang miskin itu ringkas.

"Kalau begitu marilah kita pergi sekarang kerana hari sudah gelap" ajak pencuri itu

"Lebih baik kita atur rancangan dahulu" kata pencuri lagi.

"Aku masuk kedalam kedai manakala engkau nampak orang datang segeralah beritahu aku, ingat... jangan sampai kita tertangkap."

Setelah mereka merancang dengan teliti maka pencuri itu pun memulakan tugasnya mengikut apa yang telah di rancangkan. Pencuri itu pun masuk kedalam kedai manakala orang miskin yang soleh itu menanti di luar. Setelah agak lama pencuri itu berada di dalam tiba-tiba orang miskin yang soleh itu berteriak :
"Hai kawan, cepat keluar, ada orang datang kemari?"

Mendengar teriakan orang miskin itu pencuri itu kalang-kabut lari keluar untuk menyelamatkan diri bersama-sama dengan kawannya itu. Setelah keadaan agak tenteram, dia pun berkata kepada kawannya itu.

"Tadi engkau kata ada orang datang, tapi mana orang itu?"

Maka orang miskin itu menjawab dengan lemah lembut :
"Benar kata engkau hai kawan, tidakkah engkau sedar bahawa Zat Yang Maha Melihat yang sentiasa melihat kita. Walaupun kita tidak melihat-Nya, Dia sentiasa melihat kita. Dia itulah Allah Yang Maha Pemurah yang telah menyediakan rezeki untuk semua hamba-Nya."

Orang miskin itu terus berkata :
"Hai kawan, engkau telah mengajak aku untuk mencari kekayaan dengan cara mencuri. Sekarang bolehkah engkau membuktikan kepada aku manakah pencuri yang telah menjadi kaya di dunia ini ?"

Pencuri itu termenung mendengar kata-kata orang miskin itu lantas dia pun menyatakan keinsafannya serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk itu.

Berdasarkan kisah tersebut dapatlah kita menyedari bahawa hidup kita ini sentiasa di perhatikan dan diawasi oleh Allah SWT. Apabila kita tergerak untuk membuat sesuatu maksiat atau sesuatu perkara yang di larang oleh agama ingatlah Allah SWT. Maha Melihat di atas segala amalan perbuatan kita, keyakinan yang tertanam dalam hati nurani kita sebenarnya adalah akidah Tauhid Rububiyah kepada Allah SWT. Sehinggakan niat dan bisikan hati kita dapat di ketahui oleh Allah Azzawa Jalla. Kita tidak boleh membuat sesuatu yang lari dari peraturan dan kehendak Allah SWT.

Pengajaran yang boleh di ambil :

1.Kita digalakkan untuk membantu dan bersedekah kepada orang fakir miskin, dan dilarang kita menghina mereka di sebabkan kemiskinan.

2.Islam melarang umatnya menjalankan pekerjaan haram seperti mencuri kerana orang yang mencuri telah mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.

3.Kita di suruh oleh Islam untuk amar makruf nahi mungkar dan memberi nasihat yang baik kepada mereka yang melakukan kemungkaran dan perbuatan haram.

4.Sebagai pendakwah dan para da'ie perlulah mengambil pendekatan cara hikmah untuk mengajak manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar.



by Abu Basyer on Sunday, July 3, 2011 at 7:28am

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....