Memaparkan catatan dengan label personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label personal. Papar semua catatan

Selasa, 29 Oktober 2013

Jatuh Bangun Orang Bisnes Perkara Biasa

Alhamdulillah masih bernaung di bawah langit milik Allah yang biru... Entah sampai bila masih boleh menyedut segarnya udara pagi... Alhamdulillah berkali-kali.



Mulai bulan Oktober saya mula berhenti mengajar kerana kesihatan ibu mengandung yang suka muntah dan mabuk tidak mengira masa. Kadang kuat dan selalunya lembik. Keluar sahaja dari kereta terus cari longkang untuk muntah. Keluar dari rumah emak pun terus cari longkang untuk muntah. Lepas muntah menangis dulu sebab letih. Kemudian ketawa dengan suami sebab rasa lucu dan seronok menghayati perubahan fizikal dan emosi. Itu tanda-tanda ada makhluk dalam rahim sedang membesar. Heee... Berbunga hati ibu..

Semenjak mula berhenti mengajar, suami pantang tinggalkan isteriya di rumah. Ke mana sahaja suami pergi diangkut sekali isterinya. Kalau isteri tidak mahu ikut, suami pun tidak mahu pergi lalu isteri pun dengan lambat lenggang kangkong berjam-jam bersiap kerana hati tidak mahu meninggalkan rumahku syurgaku. Alhamdulillah seronok juga ke hulu ke hilir mengikut suami bekerja. Beliau selalu ke sana ke mari bertemu dengan pelanggan. Adakalanya kami begitu 'rushing' dan adakalanya kami terlalu 'rilex'. Apa yang penting kami banyak habiskan masa bersama berjalan-jalan, makan-makan dan bersembang pelbagai topik. Ada beberapa perkara yang menjadi topik hangat kami iaitu bisnes dan perhubungan.



Dalam topik bisnes, kami sama-sama suka bisnes dan pernah jatuh bangun dalam bisnes masing-masing. Suami bercerita tentang pengalaman zaman bujangnya berbisnes. Suatu ketika bisnesnya berkembang maju sehingga suami yang ketika itu bujang pergi membazir duit beli cermin mata mahal dan beberapa lagi barang yang bagi saya adalah membazir. Tetapi suami kata ketika itu suami tidak tahu bagaimanakah cara mahu menghabiskan duit yang sedang beranak-pinak. Kemudian banjir dan banjir diikuti banjir menyebabkan barang-barang perniagaan suami rosak dan bisnes suami menjadi lingkup sehingga habis segala wang ringgit suami digunakan untuk membayar ganti rugi. Hehe. Saya terhibur mendengar kisah ini. Alhamdulillah beliau masih hidup dan kemudian berusaha semula untuk hidup dan bermuhasabah semula kelemahan diri. Itulah tanda disayangi Allah, ujian yang datang mendekatkan seseorang kepada Allah. Kalau ujian datang tetapi menjauhkan kita daripada Allah, itu tandanya Allah benci kita. Nauzzubillah.

Saya juga sudah terjun ke bidang bisnes semenjak di bangku sekolah. Pastinya sudah banyak kali jatuh dan alhmadulillah masih hidup hingga ke hari ini. Allah Maha Kaya, khazanah-Nya tidak pernah habis...

Inshaallah dalam dua bulan ini kami akan membuka sebuah taska. Berdebar-debar hati hendak menyaksikan taska ini beroperasi. Mengapa taska? Sebab dapat menjaga bayi-bayi. :) Salah seorang bayi inshaallah yang di dalam perut ini...

Adios!

Semoga Allah melapangkan urusan hamba-hamba-Nya di seluruh dunia~





Rabu, 22 Mei 2013

Aku redha Ya Allah...


Entah bila bermulanya rasa sakit ini. Seingat saya pada tahun 2009 lagi saya sudah merasainya. Pada tahun 2011, sakit ini hilang. Sesekali rasa sakit ini hadir dan kemudiannya menghilang. Saya mengabaikannya. Namun semenjak Syawal yang lepas, sakit ini semakin kuat. 

 Sakit apa? Sakit pinggang. Sakit ini menjalar ke bahagian peha dan ke bahagian tulang belakang. Saya mulai tidak betah duduk lama dan berbaring lama. Waktu tidur, saya akan meletakkan selimut tebal atau bantal di bawah pinggang. Untuk rukuk dan sujud ketika solat merupakan perjuangan yang besar! Saya rukuk dan sujud dengan gerakan yang perlahan dan agak kekok, seolah nenek tua yang sudah uzur. Barulah tahu betapa nikmatnya solat ketika sihat… 
Alhamdulillah adik lelaki saya ada di rumah. Apabila sakit ini menyerang, saya akan meminta bantuannya memandu untuk saya. Inshaallah 30 Oktober ini dia akan masuk ke IPT. Nampaknya saya perlu berdikari selepas ini. (Alhamdulillah ada lagi dua orang adik lelaki di rumah yang kebetulan baru bercuti semester.) 

Berikhtiar , berdoa dan bertawakal 

Saya berusaha menurunkan berat badan kerana saya sangkakan ianya adalah punca saya sakit pinggang. Saya berjoging dan mengamalkan diet yang sihat, Alhamdulillah hidup terasa lebih segar. Namun setelah 11kg hilang dalam masa 3 bulan, sakit pinggang semakin parah. Saya mencuba rawatan Islam di Darussyifa’.  

“Ustaz, saya rasa saya sakit pinggang sebab gemuk kot.” terang saya. 
Ustaz menjawab dengan lembut “Tak gemuk lah…” Hehe. 
Saya tersenyum memandang emak saya. Saya gemuklah ustaz! Ustaz bertanya sama ada saya sudah pergi check doktor. Err..belum, lepas ni inshaallah. 

 Ustaz jampikan air dan suruh saya minum dan mandi. Ustaz pesan baca doa sekian dan sekian. Hasil rawatan di Darussyifa’ ialah sakit pinggang masih tidak hilang. 

Saya pun pergilah bertemu pakar orthopedik di sebuah hospital swasta. Maka saya pun dapatlah pengalaman baru iaitu masuk bilik X-ray. Kali pertama X-ray ialah 2007, semasa nak masuk USM. Masa tu X-ray tulang rusuk je. Kali ni nak kena X-ray tulang belakang sampai ke tulang lumbar. Kelakar masa ni. 

Kakak yang incharge mesin tu beri arahan supaya saya buka semua pakaian dan pakai seluar dalam sahaja. Dia suruh pakai pakaian yang disediakan. Baju yang disediakan tu pendek sangat, paras pinggang! Saya terjumpa ada kain besar macam kain telekung lalu saya pakai di bahagian dalam seperti berkemban dan sarung baju X-ray di bahagian luar. Dah macam kimono, lebih tebal dari pakaian asal saya tadi (jubah). Haha. Agak-agak kakak tadi terkejut tak? Dengan muka selamba, saya keluar. Tudung saya sangkut belakang pintu sebab saya menjangkakan tiada lelaki dalam bilik x-ray tu. 

Semasa proses nak x-ray tu sangatlah azab. :’( Saya sangat sakit sebab kena baring. Apabila kakak tu pegang tulang saya, memang rasa macam nak menangis, tahan-tahan. Tiba-tiba nampak lelaki lalu lalang di sebalik cermin. Memang rasa nak menangis sebab malu, saya pusingkan kepala ke tempat lain dengan harapan dia tak nampak muka saya. Saya tahulah lelaki tu pun tak ingin nak pandang saya, tapi malu!! Kakak tu mungkin terperasan saya macam nak menangis jadi dia suruh saya rehat sekejap. Mungkin dia ingat sebab saya sakit.

 “Baring-baring macam asal.”kata kakak tu. Kemudian kakak tu menghilang. Puaslah saya berbaring sorang-sorang sambil memandang mesin empat segi atas badan saya. Kali pertama tengok benda aneh ni, jakun. Hehe. 

Apabila kakak tu datang semula, dia berikan saya fail dan suruh saya salin baju dan segera naik terus ke bilik doktor pakar. Saya pun dengan gembiranya bangun. “Terima kasih kak!”

Sebaik keluar dari bilik salinan, ada lelaki di atas tempat x-ray. Saya cuak dan terus meluru ke pintu keluar. Malu! “Mana gambar?!” jerit kakak yang tadi. Eh, mana gambar? Tercicir dalam bilik salinan. Rileks la, kenapa la yang jadi pemalu semacam ni macam tak pernah tengok lelaki!! Geram pada diri sendiri. 

Misteri Yang Terlerai

Doktor pakar itu meletakkan pembaris di gambar x-ray.

 “Tulang belakang ni sepatutnya tegak, tapi adik punya bengkok.. sebab adik cuba menahan sakit jadi ianya bagi pressure pada tulang tu.” 

Oo.. 

 “Tulang lumbar ni sepatutnya melengkung tapi adik punya hampir tegak sebab adik cuba menahan sakit,” terangnya lagi. 

Hm.. bengkok salah, tegak pun salah… Hm…. 

“Nampak lubang-lubang ni? Ia sepatutnya sama besar. Tetapi adik punya lubangnya tak sama besar. Melalui lubang-lubang ni, saraf-saraf keluar. Apabila lubang ni kecil, big possibility disebabkan oleh ‘slip disk’ yang menyebabkan saraf-saraf ni terhimpit. Maka rasa sakit..” 

Bla..bla.. macam-macam lagi doktor tu terangkan. Wajah saya yang ceria menjadi serius. Doktor menulis pada sekeping kertas ‘Lumbar Spondylosis with Prolapsed Invertebral Disc L5/s1’.

“Kenapa muka macam takut? Its okay…”doktor memujuk. 
“Saya nak cuba memahamkan apa yang doktor cakap,”jawab saya. 

Doktor mengeluarkan model tulang dan menerangkan saya sampai faham. Doktor kata saya kena buat ujian lain untuk lihat ‘slip disk’ dengan lebih jelas pada temu janji akan datang. 

“I’m happy you can still walk. Saya tak pasti sama ada ini ada kaitan dengan occupation adik. Saya ada client lain yang umur lebih kurang adik, 20an. Dia juga alami perkara yang sama tapi dia dah tak boleh berjalan, dia naik kerusi roda. Dia juga seorang cikgu.” 
Kesiannya cikgu tu! :’( 

Doktor tak bagi saya joging lagi. Saya merayu untuk berjoging sebab saya masih berusaha menurunkan berat badan dan saya tak rasa sakit pinggang semasa berjoging. 

“No.. No, you can’t! Itu akan bagi pressure yang sangat banyak. Sekarang ni adik jangan buat senaman atau kerja yang berat. Nanti saya bagi tahu apa senaman yang boleh dibuat. Adik kena buat senaman untuk otot di bahagian perut supaya ia dapat menyokong belakang adik.” 

Sudah saya duga, nikmat berjoging ini akan hilang… Tak apalah, its okay. Allah dah bagi saya peluang berjoging dengan sangat gembira sebelum ni… Sebelum balik saya dikehendaki buat temu janji untuk fisioterapi. Saya perlu lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu! Tiba-tiba teringat pula pada adik sepupu saya yang sedang mengambil diploma fisioterapi di UiTM. Alhamdulillah misteri sudah terjawab, rupa-rupanya tulang saya istimewa. 

 Perjuangan Yang Belum Selesai

 Semasa dalam perjalanan balik, saya berfikir-fikir mengenai kata-kata doktor tadi. Saya mengimbas gambar X-ray tadi. Bagaimana boleh slip disk itu hendak dibetulkan semula? Teringat doktor ada kata tadi yang pembedahan merupakan jalan terakhir jika sakit masih tidak berkurangan selepas sesi fisioterapi. 

“Boleh baik ke slip disk ni?” tiba-tiba soalan terkeluar dari mulut saya. Emak diam. 
Kemudian emak berkata “Emak terfikir, macam manalah kakak ni nak berkahwin dalam keadaan macam ni, tak boleh berdiri lama, tak boleh buat kerja berat dan tak boleh memandu,”. 
“Jujur je lah dengan ‘dia’ mak. Jika dia menolak, tak mengapa… ” Dalam hati sangat sayu! :’( Andai tiada cinta manusia buatku, cukuplah cinta Allah buatku.. 
 Saya cuba mengembirakan suasana yang mulai suram. “Maknanya Allah nak bagi kakak driver & maid seumur hidup!” saya bergurau. 
Emak ketawa,“Karang dia tak jadi kerja lain, dia asyik jadi driver dan maid kakak, kakak kena bayar gaji dia pula.” Emak bergurau. 
“Err… ” No komen. 

Sakitnya pinggang kerana naik kereta. Hujan lebat. Traffic jam. Berzikir-zikir di sepanjang perjalanan, berzikir supaya dapat melupakan kesakitan yang sangat-sangat pedih. Teringat malam ini ada kelas tuisyen. Segera saya sms kepada mereka untuk membatalkan kelas malam ini. (Tercicir satu nombor students semasa send sms to many. I’m so sorry…) 

Kami singgah bersolat maghrib di R&R. Emak berhenti di gerai buku agama. Saya ternampak sebuah buku ‘Menjadi Ibu Bapa Genius Berdasarkan Nasihat Luqman al-Hakim’. Saya membelinya!


Di dalam kereta, emak bertanya “Buku tu untuk jadi anak genius atau ibu bapa genius?” “Ibu bapa genius…”jawab saya. Hati tiba-tiba sayu. Emak diam. Ya Allah, andai aku tidak berpeluang mempunyai anak-anak, aku redha… Aku masih mempunyai anak-anak murid! 
“Kakak kan ada ramai anak-anak murid, buku ni untuk mereka,”saya menambah. Emak diam. Saya pun diam. Hujan masih lebat.
Air Mata Yang Tumpah 
Sebelum pergi ke hospital siang tadi, saya telah memandu sendirian ke kedai gambar. Emak meminta saya sekeping gambar untuk diserahkan kepada seseorang. Sebaik pulang dari kedai gambar, saya terus ke masjid untuk bersolat zohor. Kemudian emak mengambil saya di masjid dan membawa saya ke hospital. Jadi emak terpaksa menghantar saya ke kereta saya di masjid tadi dan kami pulang ke rumah berasingan. Saya memandu sendirian dan singgah sebentar di rumah tuisyen untuk memberi kucing-kucing makan dan bermain dengan mereka. Azan isyak berkumandang, segera saya mengambil wudhuk dan bersolat. 
Allahuakbar. Serta merta air mata saya mengalir. Sepanjang hari saya menahan gelora di dalam dada, kini semuanya terlerai di hadapan-Nya. Saya menangis sepuasnya bermula daripada takbiratulihram sehinggalah salam. Setiap rukuk dan sujud begitu sakit. Saya menangis bukan kerana sakit yang ditanggung tetapi kerana saya khuatir saya tidak akan mampu lagi untuk rukuk dan sujud di masa depan. Saya tidak marah dan saya tidak menyesali takdir ini.. Saya redha dengan sakit ini.. Saya cuma teringatkan dosa-dosa silam yang begitu banyak. Kini saya benar-benar berharap Allah mengampuni dosa-dosa itu semua! Andai dengan sakit ini dapat mendekatkan saya kepada Allah, saya rela! 

Selepas solat, saya menatap kad temu janji fisioterapi. Di samping kad itu saya selitkan gambar yang baru saya ambil siang tadi. Siapakah insan yang emak mahu berikan gambar ini? Emak meminta saya lampirkan biodata bersama gambar ini. Apa yang saya mahu tuliskan? …. …. Saya perlu jujur. Tulis yang sebenarnya. Saya akan maklumkan penyakit saya bersama dengan gambar ini. Ya, saya perlu jujur. Ya Allah, aku serahkan pergantunganku hanya kepada-Mu.. 

p/s : Allah sayang saya, saya tahu!

Artikel ini bertarikh 19 Oktober 2011 saya publish kali kedua supaya saya dapat bermuhasabah diri, sedarkan diri semula supaya jangan lalai. Semoga sahabat-sahabat juga turut termuhasabah... Banyakkan menangis di hadapan Allah supaya Allah mengasihani kita...

p/s/s : Sahabat-sahabat boleh lap air mata dan senyum sekarang dengan membaca artikel di sini (2013)  :)

Isnin, 17 September 2012

Wahai Kekasihku


La ilaha illallah

Muhammadur Rasulullah

Hidup mati kerana Allah

Berjuang fi sabilillah

Ahad, 10 Jun 2012

Hari Yang Tenang


Hari ini merupakan hari yang amaat bermakna buat saya. Awal pagi dalam pukul 8 lagi sudah mula dengan usrah atau lebih dikenali sebagai mesyuarat staf-staf. Kemudian mesyuarat sehingga ke tengah hari. Petang pula menguruskan pendaftaran pelajar. Lewat petang pula pergi melihat staf-staf menyusun atur perabot-perabot dalam kelas tuisyen. Malam pula pergi keluar makan meraikan sepupu-sepupu yang datang ke rumah.

Hari ini saya menyaksikan beberapa peristiwa yang sangat mendamaikan.
Pertama, saya terharu kerana staf-staf saya sangat baik. Ianya membuatkan saya sangat sayangkan mereka.
Kedua, saya terharu kerana beberapa orang pemuda yang tidak dikenali cuba menyelamatkan emak saya malam ini. Saya rasa bersyukur dan gembira kerana hari ini bertemu dengan ramai orang yang baik-baik. Tenangnya rasa....

Alhamdulillah...

Hari ini sibuk, penat dan tenang.
Semoga ketenangan ini berkekalan...

:)

Ya.. Syukur Ya Allah...
Berilah daku kekuatan dan bimbingan dalam menghadapi hidup ini....

Rabu, 23 Mei 2012

Sayangku, jangan putus asa!

Berpinar-pinar mata melihat angka-angka di dalam kertas. Saya sukakan matematik tetapi saya tidak suka mengira duit. Rasa bagai nak termuntah setiap kali perlu mengira akaun atau hutang. Bukankah sepatutnya saya mengira untung?

Menjadi majikan tidak sama seperti bekerja makan gaji. Menjadi majikan membuatkan kita sanggup mengikat perut supaya anak-anak buah kita dapat makan. Menjadi majikan membuatkan kita tiada 'office hours' supaya anak-anak buah kita dapat makan. Menjadi majikan membuatkan kita senyum dan bersemangat walaupun pada masa itu lutut rasa lemah dan jantung bagai mahu luruh. 

Setiap hari saya tidak dapat lari daripada memikirkan bagaimana mahu memajukan perniagaan sedia ada. Bagaimana boleh dibantu supaya staf-staf saya menjadi lebih efisien. Bagaimana boleh dibantu supaya pelaja-pelajar saya lebih cemerlang. Bagaimana boleh dibantu supaya manfaatnya lebih besar kepada umat ini.

Masih banyak yang saya perlu pelajari bagaimana hendak menguruskan staf-staf. Saya khuatir tidak dapat menjadi seorang majikan yang baik. Saya khuatir saya ada menyinggung perasaan staf-staf saya. Saya khuatir saya ada terlepas pandang sesuatu perkara dan staf-staf saya takut menegur saya. Saya khuatir saya berada dalam kelemahan yang mana staf-staf abaikan sahaja kerana saya berada di atas mereka.

Janganlah begitu....

Saya masih tetap seorang manusia. Saya tidak akan berada di sini tanpa mereka. Saya tidak akan mampu menguruskan semua ini jika mereka meninggalkan saya. Bagaimana mungkin manusia mampu hidup sendirian....

Saya tahu staf-staf saya berpaut kekuatan kepada bahu saya. Kerana itulah saya tidak boleh lemah. Lalu saya harus berpaut ke mana lagi kalau bukan kepada Allah?

Saya mencari-cari secebis kekuatan semoga tetap tenang.. tetap sabar.. tetap teguh...

"Cikgu... I... B.U... emak!" si kecil bersuara.
"Ibu... I.B.U.. Ibu.." saya membetulkan. Sahih si kecil cuma melihat gambar sahaja sewaktu meneka bunyi perkataan. Si kecil tersenyum tersipu-sipu. Ya, pada wajah si kecil inilah kekuatan yang saya cari-cari.Si kecil yang datang secara percuma ini menuntut keikhlasan daripada saya. Beliau tidak membayar apa-apa dan tidak memberi apa-apa kepada saya. Beliau datang 3 kali seminggu dalam keadaan yang mahu selalu cikgunya senyum, sabar, lembut dan ceria. Itulah terapi untuk saya....

"Inshaallah suatu masa nanti Dani akan boleh membaca semua buku-buku yang ada di sini!" saya berdiri menunjukkan buku-buku yang bersusun di dalam almari sepanjang 8 kaki di depan kami..

Maha Suci Allah yang menciptakan kekuatan... Dialah Maha Perkuasa...



Rabu, 16 Mei 2012

Luahan Hati Seorang Cikgu



Cikgu mengajar kamu... bukan kerana cikgu nak duit... 
Cikgu menyayangi kamu... bukan kerana cikgu berharap kamu dapat balas jasa cikgu....

Cikgu sayangkan kamu semua..
Walaupun mungkin ada yang dah tak sayangkan cikgu...
sebab menyangka cikgu sudah berubah dan tidak ambil peduli kepada kamu, kamu silap besar!

Kalau cikgu tak sayangkan kamu.. awal-awal lagi cikgu tidak akan peduli tentang kamu...

kamu semua istimewa di mata cikgu...
sangat dekat di hati cikgu...
yang selalu cikgu ingat ketika cikgu berjauhan..
tapi cikgu tidak sms kamu.. tidak juga telefon kamu..
sebab..
cikgu sentiasa mendoakan kamu...
cikgu mendoakan kamu supaya walau betapa berat ujian hidup kamu, moga kamu cemerlang menempuhinya...
cikgu mahu kamu tahu hidup ini sementara.. kita akan mati sayang!

Mungkin kamu pernah marah pada cikgu..
Mungkin kamu pernah benci pada cikgu...
Ya, cikgu pernah marah kamu tapi cikgu tidak pernah membenci kamu..
Kerana cikgu tahu kamu cuma budak-budak..
Budak-budak yang tidak memaksudkan apa yang difikirkan..
Budak-budak yang tidak tahu bagaimana mahu menyampaikan maksud..
Kamu tidak bersalah...

Cikgu berharap cikgu dapat memberikan yang terbaik untuk kamu..
Mahu menjadi yang terbaik buat anak-anak yang mengelilingi di sisi..
Buat anak-anak yang jauh di mata namun dekat di hati...
Kamu tidak tersisih dalam doa cikgu...
Moga kamu kuat-kuat di sana.. Kuat-kuat dalam menghadapi ujianNya.. Allah sayang kamu!

Cikgu cuma perempuan yang semakin tua. Jangan kerana kelemahan atau kemarahan kamu pada cikgu menyebabkan hidup kamu hancur lebur. Maafkan cikgu.. Cikgu manusia lemah... Kamu boleh marahkan cikgu, tapi jangan sesekali memusnahkan diri kamu..

Cikgu sentiasa doakan kamu.....

~Moga kau mengerti~
Cikgu Nur Khalilah Rasyidah
1.16 malam
Rabu 16 Mei 2012

Sabtu, 3 Mac 2012

Aku Yakin Engkau Mengetahui


Di dalam dompet cuma ada kira-kira RM420. RM350 untuk bayar sewa rumah. Jadi berbaki RM 70. RM50 untuk berkongsi beli barang dapur dengan sahabat-sahabat minggu ini. Saya jarang memasak jadi saya berkongsi beli barang dapur dengan Romlah, Zura dan Tikah. Mereka bertiga tinggal serumah. Apabila Zura datang mengajar di rumah saya, beliau akan membawa sekali makanan untuk saya;) Alhamdulillah....

Baki RM 20. Saya beli roti, biskut dan tuna.

Saya menemani Romlah ke kedai buku Popular. Hajat di hati hendak membeli buku untuk staf tetapi hati ini berbolak balik. Serba salah. Mana satu perlu di dahulukan. Bayar sewa atau beli buku? Akhirnya saya keluar dari kedai buku dengan tangan kosong.

Sepanjang jalan saya tidak banyak bercakap. Di dalam hati bermonolog dengan Allah. Merayu. Merintih. Meluah. Tidak tahu bagaimana mahu berkata-kata. Buntu. Doa dan berdoa.

''Ya Allah... aku tahu aku ini bukanlah hamba-Mu yang baik. Banyak buat dosa. Lalai. Aku akui dosa-dosaku. Namun aku sangat memerlukankan bantuan-Mu. Dan hanya Engkau satu-satunya yang boleh membantu aku. Tolonggggggglah Ya Allah....''

Sebelum melangkah keluar dari AEON, Romlah mengajak singgah ke kedai roti membeli makanan tengah hari kerana kami tidak sempat balik memasak.

Err... ada lagi duit baki ke? Saya mengambil beberapa ketul kuih dan.. jumlahnya RM3.60. Saya menguis-nguis dompet mencari duit syiling. Ha... cuma ada RM3.50. Romlah memberi 10 sen untuk mencukupkan harga roti saya.

:) Alhamdulillah...

Petang itu Romlah datang ke rumah saya untuk membantu mengira akaun kelas tuisyen saya. Beliau berjalan kaki ke mari. Kami membuka semula buku-buku resit tahun lepas dan mengira satu persatu pendapatan dan perbelanjaan. Sambil itu di meja yang sama, tiga orang anak murid saya sedang mengambil ujian kerana tidak hadir pada hari ujian yang sepatutnnya. Di dalam bilik pula, kelas tuisyen percuma sedang berlansung bersama Zura. Sesekali Zura keluar menjengah saya dan Romlah. Kami bergurau dan ketawa sekadar hendak mengurangkan tegangan suasana. Zura dan Romlah tahu saya berada dalam keadaan sangat tertekan. Kepala saya pening dan rasa loya.

"Habislah kurus Kak Lillah.."usik Zura. Kami ketawa.
"Bagus juga tu.. Tapi rasanya sebaliknya.."sambut saya sambil ketawa.


Romlah menarik nafas panjang.

"Pelik.. " kata Romlah.
"Perbelanjaan lebih banyak daripada pendapatan,"kata Romlah.

Ya...
Saya tahu ke mana perginya duit itu. Saya menaja ramai pelajar yang belajar di sini. Ada sangat banyak sebab mengapa saya mahu menaja mereka. Salah satu faktornya ialah kerana saya yakin saya mahu membantu mereka kerana Allah jadi saya yakin pasti ada rezeki untuk saya membantu mereka. Mereka adalah anak-anak luar biasa kerana datang daripada pelbagai latar belakang yang luar biasa. Ada anak-anak yang menjadi pengganti ibu kerana menjaga keluarganya yang miskin dan ibunya yang sakit. Ada anak-anak yang menjaga adik beradik yang cacat sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Ada anak-anak yang sangat baik dan suka membantu orang lain sehingga diri sendiri dianiaya. Ada beribu alasan yang boleh saya berikan.....

Namun...

Sebab yang satu hanyalah kerana Dia... Kerana Engkau Ya Allah....

Semakin lama bilangan mereka semakin bertambah. Hubungan kami bertambah erat. Saya sangat menyayangi mereka. Jika kerana sayangkan kucing pun, saya sanggup bersusah-susah menjaga kucing yang sakit, ini lagi anak-anak manusia.

Pada bulan Disember yang lepas, akaun saya bergegar kerana saya masuk ke hospital dan kelas saya agak tunggang langgang. Pada bulan January, alhamdulillah akaun saya stabil dan kelas berjalan lancar.
Namun pada bulan February ini, akaun saya bukan sahaja bergegar malah gempa bumi. Mengapa ini berlaku? Kerana.....

Jika ingin dikatakan kerana masalah kesihatan menyebabkan perkara ini berlaku, rasanya tidak benar.
Kesihatan saya setakat ini Alhamdulillah tidak menggugat pekerjaan saya.

Saya telah menambah banyak kelas dengan tujuan untuk membantu ramai orang. Kesannya terdapat kelas yang berjalan sedangkan tidak mampu membayar gaji staf-staf saya. Jadi untuk membetulkan keadaan, saya perlu menutup beberapa kelas. Kelas manakah yang perlu ditutup?
Apabila kelas ditutup, bukan sahaja pelajar yang sedia ada akan bersedih, malah staf yang mengendalikan kelas itu turut akan bersedih.

Saya tidak suka membuat orang lain sedih jadi....?

Keadaan begitu menghimpit.

"Zura, maklumkan kepada anak-anak murid supaya mereka membayar separuh harga tuisyen, jika tidak kita terpaksa menangguhkan kelas... sehingga ekonomi stabil."kata saya dalam nada yang lemah. Saya tidak mampu memandang ke wajah staf saya.

"Kenapa Zura yang kena cakap? Zura tak sampai hati.."kata Zura sambil senyum serba salah.

"Sebab... "saya mencari sebab yang saya sendiri tidak tahu.

"Sebab akak terlalu sayang pada mereka dan akak takut terpengaruh dengan emosi akak,"jawab saya.

Akhirnya selepas kelas tamat, Zura masih tidak memaklumkan kepada pelajar-pelajar tersebut kerana beliau tidak sampai hati.

Malam itu keluarga saya ada majlis meraikan hari lahir adik saya di Sushi King. Saya keletihan kerana sepanjang hari sangat sibuk. Pagi tadi sudah membeli belah di AEON. Petang mengajar dan mengira akaun. Malam pula ke AEON untuk meraikan adik-adik saya. Semasa menunggu kedatangan abah bersama dua orang adik saya , seorang adik lelaki saya (birthday boy) bertanya
"Kakak ada nak beli buku students?"

Saya pelik "Kenapa?"
Ali menjawab "Aku ada baucer buku. Ada lagi RM 50. Nak?"

Berseri-seri muka saya. Alhamdulillah... Akhirnya malam itu saya dapat membeli buku untuk staf saya. Siapa sangka saya akan masuk kedai buku itu dua kali dalam hari yang sama?

:')

Pagi keesokkannya ada mesyuarat bersama-sama staf saya. Saya memaklumkan mengenai kelas-kelas percuma. Akhirnya kata sepakat dicapai, mereka bersedia mengajar secara percuma untuk kelas-kelas percuma tersebut.

Syukur Alhamdulillah... Inilah yang saya mahukan. Saya tidak mahu memaksa, saya mahu biar mereka sendiri yang menawarkan diri untuk mengajar kelas-kelas tersebut. Saya malu meminta sedekah, malu meminta diskaun.. lebih malu mahu meminta khidmat orang lain secara percuma. Inshaallah rezeki tutor-tutor ini akan bertambah berkat kerana sedekah ini.

Syukur Alhamdulillah dada sangat lapang... Sungguh Maha Kaya Allah.... Maha Berkuasa... Maha Mengetahui.....

Romlah mengingatkan saya "Bukankah Lillah pernah melalui ujian yang lebih hebat daripada ini, jadi..."
Saya menyambungnya "Jadi... Inshaallah keadaan akan semakin baik," Senyum. Senyum. Senyum.

This is the things that I do for You.


I  L.O.V.E You Allah........

   
p/s: lirik lagu atas ni best.. terjumpa lagu ni semasa cari bahan training tutor... :)

Rabu, 8 Februari 2012

Mari kita berdoa :)



Serbasalah. Mahu menolak rasa rugi. Mahu terima rasa tidak mampu. Emak mengajak ke Indonesia selama tiga hari dalam bulan Februari ini. Sebenarnya awal-awal lagi saya memang sudah bersetuju untuk ke sana tetapi itu sebelum saya masuk hospital, tahun lepas. Sekarang... cuma 50% sahaja rasa mahu ke sana. Kalau diikutkan hati saya ini memang kaki jalan, suka sahaja ke sana ke mari. Saya sudah tiga kali ke Indonesia.. Ini masuk kali ke empatlah nampaknya, Inshaallah.

Dalam tempoh 4 hari selepas balik dari Indonesia, abah mengajak ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Hampir 2 minggu akan berada di sana bermaksud kelas-kelas tuisyen saya terpaksalah diubah suai jadualnya.

Inilah yang sedikit mencungapkan saya. Syukur Alhamdulillah Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa semalam cuti... Dapatlah buat kelas-kelas ganti.. Tapi masih ramai pelajar yang belum menggantikan kelasnya...

Kasihan pelajar-pelajar, terpaksa datang tuisyen beberapa hari berturut-turut. Saya pula mengajar dari pagi sehinggalah malam.

Hari Isnin hari jadi abah. Emak sudah menempah afternoon tea di  Hotel Concorde Shah Alam. Mak tiri saya berbisik "Nanti kakak doalah dua perkara... Satu supaya sembuh, dua supaya cepat dapat jodoh."

:p

Jadi sebaik habis kelas 12.30 tengah hari, saya terus berkejar ke Shah Alam. Lepas makan, berkejar balik ke kelas sebab ada kelas 4.30 petang. Dalam perjalanan balik singgah bersolat di R&R, hujan lebat jadi basah kuyup.

Tamat sahaja kelas memang sangat-sangat tidak larat. Nak menjawab sms pun tak larat. Disebabkan kesemua bilik digunakan sebagai kelas termasuklah bilik tidur saya sendiri, maka laptop pun tersisihlah ke bawah bantal (tak online).

Setiap kali lepas maghrib, sementara menunggu pelajar datang, sahabat baik saya Romlah akan berjalan kaki ke rumah saya/kelas tuisyen untuk memberi kucing makan ubat. Saya tidak pandai memberi kucing makan ubat. Hati sedih hendak meninggalkan kucing-kucing selama tiga minggu.... Alhamdulillah., ada Zura dan Romlah.. tidak lah risau sangat...

Sampai ke hari ini, hati saya masih belum bulat untuk berumrah atau ke Indon. Masih terfikir-fikir tidak mahu pergi. Murid saya kata "Takpe cikgu.. Cikgu pergilah, nanti-nanti kita ganti kelas. Baru awal tahun.."

Ibu bapa pelajar dan pelajar-pelajar lansung tiada yang merungut.. Cuma sayalah yang rasa bersalah sebab bulan November, Disember yang lepas pun kelas terganggu kerana saya masuk hospital dan cuti rehat panjang. Kasihan pelajar-pelajar saya.... Tentulah tidak sama saya sendiri mengajar dan cikgu ganti mengajar.

Malam ini seorang pelajar lelaki datang ke kelas memberi helaian kertas berlipat. Pelajar ini murid kelas corot . Kata ibunya sebaik mengetahui dirinya didaftarkan, dia memarahi ibunya dan menganggap ibunya menzaliminya. Ibunya sangat sedih dan risau melihat semua subjeknya GAGAL. Sebulan pertama amat mencabar untuk tutuor membantu dirinya kerana dia tidak fokus di dalam kelas, tidak membuat kerja yang diberikan dan tidak mahu berkomunikasi. Perangainya yang tidak endah sangat menguji tutor tetapi disebabkan ibunya sangat prihatin, kami sama-sama berusaha menukar strategi hampir setiap minggu semata-mata mahu mencari yang sesuai untuknya. Akhirnya bulan kedua sikapnya berubah hampir 80%. Kini barulah boleh fokus terhadap pelajaran. Walaupun merangkak-rangkak dengan ejaan tunggang langgang, inshaallah dia masih berpeluang dapat A penylisan UPSR tahun ini. Tahun lepas sudah ada seorang yang begini juga dan dapat A penulisan, inshaallah dia pun boleh juga..


Hati ini sejuk melihat senyuman budak lelaki itu. Saya membuka lipatan kertas itu. Di dalamnya tertulis :

Saya tersenyum :). Ini doa yang dia ingin saya bacakan untuknya semasa mengerjakan umrah nanti.. Inshaallah sayang.. Inshaallah.... Murid-murid lain dan ibu-ibu mereka juga mengirim pelbagai doa.. Ya, inshaallah.. Inshaallah....

Rasa seronok pula mahu ke sana.. Mahu berdoa-doa..

Inshaallah esok semasa bangkit qiam juga boleh berdoa-doa siap-siap. Boleh berdoa hari-hari, tidak perlu tunggu di sana sahaja.. :)

Dalam kepeningan perjuangan mengganti kelas, makngah telefon "Kakak.. Semasa umrah nanti doa supaya sihat dan dapat teman makngah bercuti. Bulan Mac ni jom pergi Turki."

Turki pulak?

Saya : "Kenapa bulan Mac? Kakak baru balik umrah bulan Mac."


Makngah : "Nanti kalau kakak dah kahwin, susah makngah nak ajak berjalan."

Saya ketawa. Hm... Nanti semasa berumrah, saya nak doakan makngah dapat jodoh yang boleh bawa makngah round the world. :) Sebelum ini saya sudah teman makngah berjalan ke India, Korea, Vietnam dan Beijing.


Jumaat, 3 Februari 2012

Jangan Takut, Allahkan ada (Part 4)





Tidak tahulah bagaimana hendak menulisnya. Tidak tahulah bagaimana hendak mengarang penulisan kali ini. Tidak tahu juga tajuk apa yang sesuai diletakkan. Sekadar mahu memotivasikan diri sendiri dan para pembaca yang dikasihi Allah supaya teruskan perjuangan hidup. Jangan berputus asa kerana Allah benci orang yang berputus asa.

Petang tadi bersembang dengan emak dan adik. Dalam banyak ayat-ayat emak, ada satu ayat yang sangat mengguris hati ini. Perasaan bagai terhenyak sangat-sangat jiwa ini. Sebenarnya saya sudah tahu perkara ini tetapi tidak pernah pula saya melafazkannya kerana ianya terlalu pedih.

Emak kata memang ramai bertanyakan saya melalui orang tengah tetapi emak saya kembalikan soalan kepada mereka bahawa sudikah mereka menerima saya dalam keadaan yang sakit ini? Lalu tiada jawapan. 
Saya sudah tahu jawapan itu. Saya sudah biasa dengan jawapan itu. Ada sahaja yang menghantar lamaran di laman sosial dan saya juga mengajukan soalan yang sama dan saya juga menerima respon yang sama.
Petang ini saya rasa sangat sayu. Petang tadi ketika makan nasi, air mata saya turun tidak berhenti sehingga masuk ke dalam pinggan. Saya bertanya dalam hati, kenapa menangis? Kenapa? Bukannya saya terdesak mahu berkahwin. Bukannya saya menaruh harapan kepada sesiapa. Kenapa menangis? 

Kemudian saya pandang tomato dan ayam panggang beserta nasi di dalam pinggan. :p
Saya pandang dinding rumah dan perhiasan yang ada di dalam rumah. Cantik.Alhamdulillah… :))

Saya dikelilingi nikmat Allah yang banyak. Sepanjang hidup saya sangat ingin menjadi cikgu, dan alhmdulillah hari ini saya sudahpun mengecapi keinginan itu. Sepanjang hidup saya sangat ingin membela kucing-kucing terbiar, alhamdulillah hari ini saya sudahpun mengecapi keinginan itu. Sepanjang hidup saya sangat ingin selalu bermonolog dengan Allah siang dan malam bermunajat kepada-Nya, alhamdulillah hari ini saya sudahpun mengecapi keinginan itu. Sepanjang hidup saya selalu berharap saya tidak perlu keluar rumah bercampur gaul dengan lelaki………………… sedangkan sepanjang zaman belajar saya sudah selalu berprogram dakwah ke sana ke mari dan tentulah ada kalanya pergaulan itu sukar dijaga…….. dan hari ini keinginan saya yang ini juga sudah terkabul…

Lalu untuk apakah air mata ini?

Ya Allah, sesungguhnya hidupku dan matiku untuk-Mu.

:))

Gembira dapat tinggal di rumah siang dan malam.
Gembira dapat mengajar di rumah sendiri. Murid-murid datang dan pergi setiap hari.
Gembira ada kucing-kucing yang memanjakan diri berkeliaran.
Gembira dapat solat sunat, membaca Quran dan apa sahaja amalan sunat tanpa sekatan.
Gembira dapat mengajar Quran via skype kepada muslimah berukhwah maya.
Gembira dapat membantu menguruskan perjalanan usrah Halaqah Malaysia menerusi internet.
Gembira dapat staf-staf yang melayani anak-anak murid kesayangan dengan baik. Saya sangat sayang kucing saya dan anak-anak murid saya jadi saya berharap staf-staf saya juga melayani mereka dengan sangat baik. Bukan kerana duit, bukan kerana arahan bos tetapi saya mahu mereka sendiri berjiwa penyayang.

Malam ini seorang anak murid menangis dan saya memeluknya erat-erat. Tagisannya bertambah kuat. Akhirnya setelah lama duduk, saya berdiri dan memeluknya sekali lagi sehingga tagisannya berhenti.
Selepas pelajar itu balik, saya membaca surat-surat luahan perasaan anak-anak murid saya. Saya selalu lakukan sesi luahan perasaan melalui surat begini dengan mereka. Saya membaca surat anak murid yang menangis tadi. Bergetar jiwa sebaik membaca tulisan si comel ini.

Wahai anak, bukan sahaja dirimu seorang yang benar-benar mahu kamu berjaya… cikgu pun mahu sangat melihat dirimu berjaya…  Wahai permata hati cikgu, kalian adalah harta cikgu.. Semoga kekal membahagiakan cikgu di dunia akhirat…

Selasa, 4 Oktober 2011

Apa fungsi kucing?




Saya dah lama fikirkan soalan ini. Saya selalu 'rescue' binatang comel ni. Kemudian bagi dia makan dan minum. Mandikan dia. Bagi dia tidur di tempat yang selesa. Kemudian dia berak dan kencing. Saya bersihkan. Kemudian dia merengek nak main dan memanjakan diri. Saya pun luangkan masa untuk main dengan dia. Apa lagi yang boleh dia buat selain makan, minum, tidur, berak, kencing?

:)

p/s : kucing-kucing saya adalah penganggur

Sabtu, 24 September 2011

Kehidupan Baru..


Cinta itu anugerah Allah, beruntunglah manusia yang mempunyai cinta di dalam hatinya.
Cinta suci itu adalah cinta yang lahir di jiwa yang subur imannya. Cinta suci itu tercipta untuk membahagiakan pemiliknya dan yang menerimanya. Cinta dusta itu pula tercipta untuk menyakiti pemiliknya dan yang menerimanya. Peliharalah cinta di dalam hatimu supaya cinta itu membawamu meniti ke syurga-Nya...

Subhanallah dan Alhamdulillah... 
Allah menumbuhkan rasa cinta di dalam sanubari ini terhadap kerjaya yang diceburi. Kini saya bekerja bukanlah sekadar untuk mencari sesuap rezeki sebaliknya adalah kerana cinta yang semakin mekar di sanubari ini.

Allah Maha Penyayang. Ketika kita mahukan sesuatu, kita berharap dan berusaha. Namun Allah tidak memberinya kepada kita apabila Allah mengetahui bahawa ianya tidak baik untuk kita. Apabila keadaan dan masanya sudah sesuai, dirasakan hamba-Nya yang lemah ini sudah bersedia, barulah Allah akan memperkenankan keinginan hamba-Nya. Adakalanya apa yang diberikan Allah tidak seperti yang hambaNya  pinta kerana Allah memberikan yang jauh lebih baik dari doa hambaNya. Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Berkuasa.

Saya masih ingat beberapa bulan yang lepas, saya meninjau beberapa rumah kosong. Ada sesetengahnya begitu menarik hati saya. Saya sudah jatuh hati kepada rumah tersebut. Jiwa mahu lekas pindah dan tidak sabar-sabar mahu berumah baru. Namun Allah menahan kehendak hati. Mulanya jiwa alpa ini memberontak dan akhirnya mengaku kalah kepada kuasa Allah. Jiwa ini kembali tenang setelah bermuhasabah. Niat perlu betul. Sebagai seorang anak perempuan, memilih untuk melangkah keluar dari rumah ayah bonda bukanlah semudah bermalam di hotel. 

Apabila Allah berkehendak, segalanya menjadi mudah.. Subhanallah.. Sebelum raya lepas, saya terpaksa berpindah keluar dari rumah secara mengejut. Dalam masa kurang 24 jam, saya akhirnya mendapat rumah baru yang sangat selesa dan cantik! Lebih cantik berbanding rumah-rumah yang saya pernah lihat sebelum ini. Mungkin istilah 'cantik' di mata saya tidaklah 'cantik' di mata anda. Saya tidak mengharapkan sebuah kediaman yang mewah dan lengkap serba serbi. Apa yang saya harapkan cumalah sebuah tempat yang dapat memberi ketenangan dan dapat membuatkan saya teringatkan Allah...


Ini bilik saya. Bukan bilik tidur. Kalau nak tidur pun boleh je. Bilik ni masih dalam proses make over. Rumah ni ada 3 bilik. Bilik yang paling besar saya jadikan library. Bilik kecil saya jadikan surau. Bilik sederhana untuk saya berehat. :) Ruang tamu pula untuk kelas tuisyen... Rumah ni masih dalam sesi makeover... 




Ini anak sepupu saya. Senang jaga budak ni, letak je. Dia baru pandai meniarap jadi barang-barang saya masih selamat. Tak lama lagi kalau dah laju merangkak, memang semua barang kena susun tempat tinggi.


Adik-adik tiri saya beli aiskrim dan terjatuhkan dried ice dalam sinki. Apalagi... Menarik kan. Saya suka apabila dapur emak menjadi makmal sains. :) Budak-budak lebih cepat memahami konsep sains melalui eksperimen. 
Junior, Omeyy dan Kitty..


Sama color dengan carpet..






Kitty kucing betina, jadi dia berminat dengan handbag wanita.


Abdul : Cikgu, lepas saya pindah nanti kita boleh jumpa lagi? :(
Saya : Tak boleh lah jumpa. Kan dah jauh. Abdul mintalah emak cari tusyen lain di sana. :)
Abdul : Kita dah tak dapat jumpa samapai bila-bila?!! :((
Saya : Eh, boleh-boleh. Raya datang lah rumah saya. :0
Abdul : Nanti saya call cikgu sebelum datang. :)

P/s: sedih nak berpisah.. kelas personal coach  selalu memberi kesan yang mendalam di hati saya. :'(






 Makan-makan untuk group 1 di kelas tuisyen. Group 2 open house di rumah mak..
Disebabkan saya demam, adik saya tolong bersihkan rumah termasuk cuci toilet dan uruskan segala makan minum murid-murid ni. mana nak cari adik baik macam ni? :'(

 Alhamdulillah... Seronok bila tengok peningkatan prestasi anak murid... Seronok bila dapat habiskan silibus awal... Seronok bila dapat meraikan kejayaan mereka... Alhamdulillah...



Cinta itu bagaikan warna-warna pelangi. Indah. Bewarna-warni. Keindahan itu hadir selepas hujan reda. Maka kita hendaklah bersabar dan terus bersabar semasa hujan turun sekiranya kita ingin melihat pelangi yang indah. 

:)

InshaAllah....

Khamis, 15 September 2011

Selepas setahun...I'm back!

Saya nervous. Rasa nak muntah. Sakit badan. Sudah setahun lebih tidak menjejakkan kaki ke bumi Penang.
 :(
Doa tidak berhenti-henti.. Kisah-kisah pahit yang lalu kembali bertandang ke memori.
Ya Allah.... Bantulah hamba-Mu ini...
Aku di sini semata-mata kerana mengharap redha-Mu....

Tiada kata yang dapat ku gambarkan perasaan yang ku alami.. Bumi Allah ini bersimbah cahaya. Malam itu indah. Saya melihat ke luar tingkap apartment, memandang ke arah tingkap-tingkap hotel yang sangat dekat dengan apartmen kami. Mana satu bilik adik saya? Adakah dia sudah tidur? Apakah yang dia sedang lakukan?
Adakah dia sedang kebosanan atau sedang berseronok menghadap laptop?

Sahabat baik saya sudah dibuai mimpi. Sungguh mudah dia terlena, baru baring terus senyap... bagus betul.
Saya sudah tidur di dalam kereta sepanjang perjalanan siang tadi. Entah mengapa mengantuk benar siang tadi. Saya cuma bangun beberapa kali sekadar untuk bertanya kepada adik lelaki saya "Ngantuk ke? Nak tukar driver?"

Adik lelaki saya menjadi pemandu saya merangkap pengiring saya merentasi beberapa buah negeri untuk ke Pulau Pinang. Dia kelihatan sangat segar. Mungkin sebab kerana dia baru bangun pukul 11 pagi tadi sedangkan saya bangun sebelum subuh dan terus sibuk mengemas sehinggalah kami bertolak. Jadi apabila naik kereta, saya pun ter'shut down'.

Kami singgah di R&R. Makan KFC. Kemudian meneruskan perjalanan 2 jam lagi untuk ke hotel.Sahabat baik saya bekerja di hotel tersebut. Jadi saya telah menempah 1 bilik untuk adik lelaki saya. Saya pula bermalam di apartmen sahabat saya yang betul-betul sebelah hotel itu.

Sebelum perjalanan bermula emak telah berpesan kepada saya supaya memanfaatkan masa dalam kereta untuk menasihati adik lelaki saya. Malangnya saya lansung tidak ingat dan sangat-sangat mengantuk. Hm..

Saya, adik dan sahabat baik saya pergi makan di sebuah restoren. Sahabat saya yang belanja. Itulah kali pertama saya tahu kewujudan 'Satay Hut'. Sepanjang makan, saya dan sahabat saya berebut nak bercakap, entah siapa yang mendengar. Perempuan memang macam tu. :) Adik saya menjadi tukang ketawa. :)

Selepas makan, saya ditemani sahabat terus bergerak ke USM, malam tu saya ada pertemuan dengan adik-adik junior (MT yang baru berusia 2 hari). Saya juga ada bawa barang amanah lain yang perlu diserahkan kepada seorang sahabat lain.

Dalam pertemuan dengan adik-adik Junior itu, banyak pengisian yang saya dapat... Antaranya ialah
"Teman itu ibarat cermin. Kita melihat cermin dalam keadaan buruk dengan harapan cermin berlaku jujur kepada kita dengan menunjukkan keburukan kita supaya kita dapat menjadi cantik selepas memandangnya."

Sahabat baik saya nak tunggu dalam kereta. Dia ni baru baik demam dua hari selepas 2 minggu cuti sakit. Sejujurnya saya rasa dia masih belum sembuh, tengok muka pun tahu. Kesian dia kena tunggu dalam kereta selama 2 jam. Saya tak paksa, dia yang nak ikut dan dia yang nak tunggu dalam kereta.

Sepanjang dalam kereta kami bersembang tak berhenti. Lepas satu topik, satu topik. Sahabat saya berkata "Rezeki manusia ni Allah sahaja yang tahu. Kita janganlah memandang rendah kepada seseorang tu kerana result exam mereka yang tidak berapa bagus sebab kalau mereka orang yang baik, inshaallah mereka akan murah rezeki. Allah ada caranya.."

Ya saya setuju!

"Ini boy friend saya" saya memperkenalkan kepada sahabat baik saya.
Dia tersentak dan tercari-cari kalibat seseorang.
"Ini lah.. GPS" saya ketawa.
"La... haha" dia menyambut ketawa.
Walaupun sesat banyak kali, GPS tetap tidak tahu marah, ia cuma kata 'recalculate' dan memberi petunjuk jalan yang baru... :)

Entah bila saya terlena. Sedar-sedar sahaja sudah pukul 6pagi. Suasana sepi. Saya bangun dan bersolat. Kemudian menelefon adik saya mengejutkannya untuk bersolat subuh. Apartmen masih gelap gelita. Saya berbaring-baring sambil berzikir-zikir dengan harapan mata ini akan terlena. Hajat di hati mahu membatalkan kelas tuisyen petang itu sebab mahu bertolak ke Selangor lewat sikit. Sengaja mahu beri peluang adik lelaki saya berehat puas-puas.
Tiba-tiba sms masuk. 6.30 pagi.
"Cikgu, hari ni jadi nak beraya rumah saya? Mak saya nak masak banyak-banyak. Semua kawan tanya tetang cikgu. Kami semua rindu cikgu."

Saya baru tinggalkan rumah satu malam... Begitu cepat rindu ke??

Yelah-yelah.. Saya balik awal sikit..

"Cikgu ada di P.Pinang ni. Inshaallah lepas asar baru cikgu pergi rumah kamu boleh?" Saya teringatkan ibu pelajar tersebut yang baru sahaja bersalin.

9 am. Bertolak balik ke Selangor.
3 pm Sampai rumah. Alhamdulillah.
4.50 pm Ambil anak-anak murid bawa pergi beraya ke rumah murid lain.
7.30 pm Balik rumah sendiri untuk solat maghrib.
8.00 am Ambil anak-anak murid bawa pergi tusyen.
8.30 pm Tusyen
10.00 pm Hantar anak-anak murid balik
11 pm Menemani seorang lagi anak murid yang belum balik sebab ibu bapanya belum balik kerja

What a hectic day. Alhamdulillah....

Isnin, 22 Ogos 2011

Bagaikan permata di celahan kaca




Kerinduan kepada Allah,
melahirkan jiwa-jiwa yang rela bekorban.
Kecintaan kepada Allah,
melahirkan jiwa-jiwa yang penuh kesungguhan.
Ketaatan kepada Allah,
melahirkan jiwa-jiwa yang penuh ketenangan.


Hujan lebat. Pandangan hadapan cermin kereta saya kabur. Saya memperlahankan kenderaan. Lansung tidak nampak apa. Sudah tiga kali saya berulang alik dari rumah ke rumah-rumah pelajar. Sudah dua jam saya berkurung di dalam Proton Saga biru ini. Tubuh saya letih kerana bekerja tanpa henti selama dua hari berturut-turut.. Sepanjang siang sebelumnya pula saya sibuk membeli belah bahan-bahan untuk memasak dan peralatan majlis. Pinggan. Mangkuk. Bekas air. Malam itu pula saya pergi mengajar di Kundang. Kemudian saya lansung tidak tidur kerana mengemas bilik. Saya memindahkan satu katil keluar dari bilik saya supaya tetamu-tetamu perempuan boleh bersolat di bilik saya dengan selesa. Sepanjang siang hari berikutnya saya memasak bersama emak untuk menyediakan juadah berbuka puasa istimewa buat lebih 100 orang tetamu kami. Tetamu kami ialah anak-anak murid saya dan keluarga mereka. Memandangkan kapasiti rumah kami yang sederhana ruangnya, hanya anak-anak yang dijemput. Tetapi setiap anak-anak akan diberikan ‘tapau’ untuk dibawa pulang kepada keluarga tersayang.

Saya berhenti di hadapan sebuah flat. Hujan masih lebat. Seorang pelajar perempuan duduk di sebelah saya di dalam kenderaan memerhatikan titisan hujan yang mengalir di cermin kirinya.

“Ini rumah Aishah. Tingkatan empat,”saya bercerita kepada Fatin.

“Ibu Aishah sakit tulang belakang. Semenjak itu Aishah mengambil alih tugas ibunya. Dialah yang memasak untuk adik-adiknya dan menjaga mereka.”saya menyambung cerita.

“Cikgu kenal Aishah sebab cikgu mengajar di masjid secara percuma setiap hari Rabu. Banyak yang cikgu belajar daripada Aishah. Cikgu sayangkan dia kerana mengkagumi kasih sayang dia kepada keluarganya. Adakalanya ketika pelajar lain berbicara tentang kerja sekolah, boyfriend atau masalah-masalah remaja yang lain, Aishah pula bermonolog sendiri ‘Hari ni nak masak apa, balik ni nak tengok apa yang ada.’” Saya menghentikan kata-kata sebaik ternampak kalibat adik-adik Aishah yang begitu ceria melambai saya.

“Pernah satu kali Aishah balik lewat dari sekolah dan tidak sempat memasak lalu dia sms saya meminta tolong belikan nasi bungkus dan ayam goreng. Kebetulan ketika itu saya pula ada mesyuarat di tempat yang jauh. Saya tidak sampai hati nak menolak pesanan Aishah. Jadi say segera balik dan belikan makanan itu. Keesokkannya apabila saya bertemu Aishah barulah saya dapat tahu bahawa makanan itu dibelikan untuk ibunya sedangkan dirinya lansung tidak makan apa-apa pada tengah hari itu.”
Adik-adik Aishah masuk ke dalam kereta saya. Terkial-kial mereka menutup payung yang tersangkut menyebabkan kereta saya basah kerana terlalu lama pintu terbuka.

“Nabil puasa ke ni?”saya mengusik adik kecil

“Puasa!!”Jawab Nabil tegas.

“Ada ponteng-ponteng?”usik saya lagi.

“Tak ada. Penuh semuanya!” Suara Nabil penuh semangat.
Shahrin, abang kepada Nabil ketawa perlahan. Kereta sudah penuh. Aishah dan seorang lagi sahabatnya yang sepatutnya menumpang kereta saya memerhatikan sahaja kami dari jauh. Saya mendail telefon Aishah.

“Nanti cikgu datang semula ya, hehe”. Saya mengakhiri perbualan dengan ketawa kecil. Setiap kali saya menelefon anak-anak murid saya atau sahabat rapat, saya sudah terbiasa akan ketawa kecil di permulaan dan akhir perbualan. Barangkali hati ini terlalu bahagia apabila berbicara bersama mereka yang mendapat tempat di hati saya.

Saya menghantar Nabil, Shahrin dan Fatin ke rumah. Kemudian saya berpatah balik meredah hujan menuju ke flat tadi. Perjalanan mengambil masa 20 minit. Sebaik tiba di rumah saya pada kali kelima, jam suduh pukul 7 lebih. Sudah hampir waktu berbuka!

Hujan yang lebat. Saya tidak sangka masih ramai tetamu yang tetap bersungguh mahu hadir. Ruangan dalam rumah penuh. Ruangan luar rumah pula sedikit berterabur kerana tempias hujan lebat. Syukur Alhamdulillah, Romlah iaitu sahabat susah senang dan adik saya, Ali yang rajin ada di rumah untuk membantu. Kak Amy, pembantu rumah kami juga datang awal dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Mereka semua benar-benar menguatkan diri saya yang semakin lemah ini.

Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar. Saya menghantar beberapa ‘trip’ pelajar-pelajar pulang ke rumah. Saya turut menghantar Aishah ke rumahnya. Adik-adiknya kelihatan sangat gembira. Mereka begitu teruja dengan ‘tapau’ yang diberikan. Mungkin kecil bagi kita tetapi besar ertinya bagi mereka. Wajah-wajah ceria si kecil ini benar-benar membuatkan naluri saya tersentuh. Sepanjang perjalanan riuh rendah di dalam kereta. Semasa kami sudah hampir samapai ke flat mereka, Aishah bertanya “Cikgu, kenapa cikgu buat jamuan ni?”

Saya ketawa kecil. Bagaimana mahu menjawabnya?

“Ada banyak sebab…”

“Pertama ialah sebab bulan ni pahala berganda-ganda. Cikgu nak pahala berganda-ganda.” Jelas. Jujur.

“Kedua ialah sebab cikgu nak jumpa semua anak-anak murid cikgu, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Jadi cikgu pilih tarikh dalam bulan Ramadhan ni sebab bulan ni paling mulia.” Jelas.

“Ketiga… erm…” Berfikir.

“Sebab.. bulan ni anak-anak murid saya semua baik-baik. Sebab syaitan dah kena ikat. Jadi semua anak-anak murid saya baik-baik.”

Aishah ketawa.

“Ye ke?” Aishah meragui jawapan ketiga saya. Saya menyambutnya dengan ketawa.

Selepas menghantar Aishah dan adik beradiknya pulang, saya pergi sekali lagi menghantar ‘trip’ terakhir pulang ke rumah. Rumah terakhir ialah rumah Hidayah. Hidayah ini di pandangan saya merupakan anak yang sangat baik hati. Selalu dibuli. Selalu disakiti tetapi sangat sukar menyakiti. Selalunya memaafkan sahaja sesiapa pun tanpa dendam. Beliau sangat naïf dan bersih. Selalu juga membuat saya menangis kerana terlalu banyak yang saya belajar dari anak ini yang bernama Hidayah Solehah.

“Dah tapau?” soal saya walaupun sudah nampak Hidayah meriba sebungkus plastik yang sangat besar.

Sungguh besar. Cukup makan satu keluarga!

“Dah! Banyak ni cikgu…”Hidayah tersenyum-senyum.

“Tadi saya hampir tak dapat tapau.” Hidayah cuba membuka cerita.

“Eh kenapa pula, bukankah cikgu dah pesan ambil awal-awal.” Saya teringat semula bahawa saya menugaskan Hidayah membungkus tapau-tapau untuk semua pelajar.

“Saya bungkus-bungkus. Orang lain datang ambil-ambil. Saya tengok mereka semua lebih memerlukan. Jadi saya pun diam-diam sahaja..”sambung Hidayah. Budak ini memang selalu begini! Sering sahaja beralah dalam semua situasi. Hatinya terlalu lembut.

“Kemudian… ”Hidayah menyambung.

“Emak cikgu panggil. Emak cikgu tanya saya dah ambil ke belum. Lepas tu emak cikgu bagi semua ni!” Hidayah menghabiskan ceritanya dengan gembira. Saya membalas dengan senyuman. Saya tahu emak seorang yang sangat cekap matanya. Pasti emak sudah lama perasan tentang Hidayah yang tidak bertapau kerana sibuk menapau untuk sahabat-sahabat lain.

Jam 12 malam/pagi. Saya duduk di sofa yang masih belum disusun ke tempat asal bersama emak. Kami melihat gambar-gambar yang telah diambil sambil bersembang. Post mortem program. Emak memberitahu bahawa emak sangat gembira sebab majlis itu terasa keberkatannya. Emak sempat menghantar tapau untuk beberapa orang sahabatnya dan jiran sebelah rumah kami. Semoga Allah melimpahkan hidayah-Nya kepada kami semua… Alhamdulillah, ramai memuji makanan yang dijamu itu sedap. Tetapi mereka tidak tahu bahawa sepanjang memasak itu, kami berdua (emak dan saya) berzikir dan berdoa semoga Allah memberikan hidayah kepada yang menjamah makanan ini. Subhanallah Alhamdulillah. Lailahaillallah Allahuakbar!

Catatan ini saya titipkan buat pembaca yang dikasihi Allah. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata hati kita untuk melihat ke dalam diri insan di sekeliling kita. Tiada manusia yang sempurna. Namun di sebalik ketidak sempurnaan itulah hadirnya insan lain yang melengkapi kelompongan yang ada. Ada orang yang malu dilahirkan miskin dan cacat. Namun ada orang yang kaya dan sihat yang meminjam semangat si miskin dan cacat untuk meneruskan hidup. Bukankah Allah menciptakan semua itu ada tujuan tersurat dan tersirat?

"Ya Rabbana, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" [Ali-Imran :191]

Khamis, 18 Ogos 2011

♥ Alhamdulillah ♥ Iftar 1432 H

Murid : Kami tunggu kawan kami yg nak pergi rumah cikgu tapi rupa2nya kami dah tertinggal. Kami tunggu lama sampai dah nak pukul 7. Tiba2 datang seorang makcik dan hantarkan kami ke rumah cikgu. Kami tak berapa ingat jalan, jadi kami pusing2 cari rumah cikgu.
Saya : Kenapa tak telefon saya ?
Murid : Tak ada nombor cikgu.
Saya : Siapa makcik yg hantar kamu tu?
Murid : Kami pun tak kenal. Kami ajak makcik tu masuk tapi dia kata dah lambat ni dan dia terus pergi.

♥ Alhamdulillah ♥

Alhamdulillah... Terima kasih kpd anak2 murid krn sudi dtg rumah cikgu, sudi meluangkan masa & sudi memeriahkan majlis... Terima kasih kpd ibu bapa yg sudi menghantar & mengambil anak2 mereka. Terima kasih kpd anak2 yg bawa mcm2. Siapa yg tertinggal tupperware, jgn lupa tuntut dari cikgu. Alhamdulillah walaupun hujan lebat, lebih 100 org juga org yg dpt hadir. Alhamdulillah... ♥ Semoga test Khamis ni dpt yg cemerlang.. Aamiin... ♥


























Junior penat mengalahkan tukang goreng ayam!

12 malam. Semua orang sudah balik. 

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....