Khamis, 19 November 2009

- pendidik itu adalah kita -

pagi ini saya telah belajar menggunakan skype.. [busy2 pun sempat aje...hehe]

saya tak tahu apa faedah skype ni.. saya akan explore.. kalau kawan2 dah ada skype, add lah saya.. nak belajar guna benda ni.. ;)

minggu depan adik bongsu saya yang di asrama akan balik. selalunya nanti dia akan sibuk nak guna laptop saya.. surf intenet, main macam2.. [zaman sekarang ni budak2 somtime lebih update dari kita...]

nak dilarang, susah juga.. sebab dia dilahirkan di zaman yang berbeza dari saya..not fair untuk didik dia ikut cara saya dididik.. sebab zaman kami berbeza..

so, saya kene up to date dengan apa yang adik2 saya dah tahu.. berlari kena sama laju [dia ada myspace, saya tak buat lagi.. tapi dah ada fb, frenster,netlog,tagged,blog.. skrg nak buka lagi 1???]

baru2 ni ada beli satu buku.. tak sempat baca lagi [sibuk exam]
buku bertajuk "Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam " oleh Dr Abdullah Naseh Ulwan..

hm... seriously sepanjang terlibat menguruskan remaja2 [my siblings, my junior, my students, ank remaja bemasalah]
saya rasai susahnya nak menjadi pendidik!! nak mendidik jadi manusia.. jadi hamba Allah.. ya Rabbi..

(jangan putus asa... sebab selagi kita terus berusaha... selagi itulah pahala mencurah2 turun...yang susah itulah selalunya yang lebih ganjarannya kan..)

kadang2 saya menangis mengadu pada mak.. mak kata setiap anak, emak kene guna cara yang berbeza.. psychology yang berbeza... [tribute to my mother kerana berjaya mendidik saya dgn penuh kesabaran...]

saya bukan seorang guru.. cuma seorang yang ada kesedaran nak mendidik.. anak2 ini tak bersalah.. mereka datang dari pelbagai backgroun.. ada yang mmg parents tak pernah peduli langsung pada mereka..

walaupun mereka bukn darah daging kita, kita perlu take action.. kita kene sayang mereka mcm kita sayang adik2 kita.. kalau parents mereka tak pedulikan mereka, kita pun tak pedulikan mereka.. siapa lagi nak peduli?
nak tunggu orang lain, sampai bila pun tak bergerak...

melihatkan statistik anak luar nikah di hospital pun dah cukup menggerunkan.. masa bulan julai yang lepas, saya ada dapat statistik dari hosp seberang jaya.. purata 6kes anak luar nikah sehari.. 100kes sebulan.. yang latest ni tak tau la..
saya tak nak complain.. saya nak sedarkan suma org yg kita ada tanggungjwb... tanggungjwb mendidik insan.... [ya Allah.. bagilah mereka faham maksud hambaMu ini...]

saya sangat berharap saya dapat didik anak2 saya jd hamba yg soleh... semakin lama semakin besar cabaran mendidik kan.. dengan tv, intenet.. etc~

hopefully my partner [future husban] dapat didik anak2 sy.. dan didik saya skali teknik2 handle anak2 tu.. kita kene bekerjasama dgn sgt2 baik...amin3

Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.
(Hadis sahih Al-Bukhari)


kat sni ada artikel lama dari blog coretan...[if u have time, i would really appreciate if u can flip thru it...]
http://coretanfisabilillah.blogspot.com/2009/04/rasa-hati-seorang-pembimbing.html
http://coretanfisabilillah.blogspot.com/2009/07/suara-dakwah-dari-celah-lorong-maksiat.html

p/s: hidup ini adalah amanah..ambillah ia dengan penuh rasa tanggungjwb.. wahai anak2 lelaki, kalian wajib memberi nafkah pada ibunda & ayahnda tercinta... hulurkanlah duit bulanan walaupun sedikit.. moga nanti dilapangkan rezeki.. diberkati hidup...

kenangan program motivasi dgn anak2 PPRT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....