Memaparkan catatan dengan label dedikasi khas wat korang... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dedikasi khas wat korang... Papar semua catatan

Khamis, 7 Julai 2011

Bagaimana Membuat Modul Program LGM?

Buat adik-adikku sayang yang jauh di mata tetapi dekat di hati…
Anggaplah tulisan Kak Lillah ini umpama akak sedang bercakap di depan mata adik-adik ya…

1) Apakah itu modul?

Modul boleh didefinisikan sebagai satu pakej pengajaran untuk membolehkan seseorang atau sekumpulan manusia itu menguasai sesuatu pelajaran sebelum bergerak ke langkah seterusnya.
Contohnya, modul LGM membolehkan sekumpulan pelajar USM menguasai cara bergerak kerja dalam masyarakat. Sepanjang LGM, semua penggerak dan peserta akan mematuhi modul itu supaya objektif (tujuan) modul tercapai. Sekiranya selepas program tamat, peserta sudah boleh menguasai gerak kerja maka modul dianggap berjaya. Sekiranya selepas program tamat, peserta masih belum boleh menguasai gerak kerja, maka modul dianggap gagal.

Modul yang berjaya atau gagal perlulah dianalisis semula semasa post-mortem (bedah siasat) selepas program tamat. Semasa sesi post mortem, kita hendaklah mencari apakah kelebihan program, kelemahan program dan cadangan baru. Hasil post mortem ini dapat membantu kita membuat modul yang lebih baik di masa akan datang.

Jangan sedih seandainya modul gagal kerana kita manusia biasa, tidak sempurna.. Kita belajar daripada kesilapan dan cuba perbaiki modul kita di masa akan datang.

Ini contoh modul Program Motivasi Sayangi Remaja. Cuba klik link dan tengok-tengok.

2) Apa yang ada dalam modul?

Kaedah menulis modul perlulah straight to the point supaya memudahkan orang membacanya. Modul juga perlu mudah dibaca dan difahami.
Untuk nampak kemas, kita menggunakan jadual semasa mengisi modul.

a) Modul perlu ada ‘Masa’, ‘Slot’, ‘Objektif’, ‘Kaedah’, ‘Bahan’dan ‘PIC’.
Kalau modul LGM melibatkan tempat dan hari yang berbeza, jadi perlu tambah column untuk 'Hari dan tarikh', 'Tempat'

PIC adalah singkatan Person In Charge iaitu Orang Yang Bertugas.

b) Objektif slot (column 3) hendaklah jelas serta mampu dicapai. Jangan letak objektif yang samar-samar atau mengelirukan. Kita perlu tahu siapa PIC. Adakah PIC mampu menyampaikan objektif tersebut? Sekiranya adik-adik menjemput penceramah, bagi tahu kepada penceramah objektif yang telah adik-adik pilih di dalam modul.

c) Semasa merancang kaedah, pastikan kaedah itu tidak mengelirukan. Sebaiknya adakan rahearsel ringkas supaya dapat membayangkan suasana sebenar. Ayat-ayat dalam menulis kaedah perlulah jelas dan terang supaya orang yang lansung tidak tahu menahu pun tahu apa yang perlu dilakukan. Bayangkan jika ada fasilitator yang tidak dapat hadir briefing (penerangan modul), jadi kita perlulah pastikan fasilitator itu tetap dapat memahami modul dengan membacanya sendiri.

d) Perlu diingat, kaedah ini tidaklah wajib dipatuhi 100%. Apa yang penting ialah objektif slot itu tercapai. Kaedah menjalankan slot yang terpapar di dalam modul cumalah satu cadangan untuk mencapai objektif. Sekiranya PIC merasakan pada hari kejadian ada kaedah lain yang lebih sesuai untuk mencapai objektif, silalah melakukannya!

e) Pastikan ‘Masa’ adalah logik. Team modul perlulah melawat tapak program dan melihat sendiri keadaan tempat untuk membuat anggaran masa.

Contoh : Masa untuk pelajar-pelajar makan di dalam dulang yang telah disediakan adalah lebih singkat berbanding beratur untuk mengambil makanan secara buffet.

Sebaiknya, panjangkan sedikit masa daripada masa sebenar bagi mengelakkan pertindihan jadual. Sekiranya terdapat masalah pertindihan masa, susun semula modul supaya slot-slot yang tidak penting dibuang manakala slot-slot yang penting dikekalkan. Jadi kita perlu tahu apa slot yang menjadi ‘CORE’ dan mana slot yang menjadi penyeri sahaja.

3. Modul LGM

LGM adalah singkatan Latihan Gerak Masyarakat. Objektif program ini untuk menggerakkan masyarakat yang sedar supaya bergelumang dalam masyarakat. Tempoh program ini satu minggu. Satu keistimewaan LGM ialah kita akan membawa peserta-peserta untuk bergelumang dalam pelbagai isu yang melingkari masyarakat.
Contoh : Masalah dadah, masalah kemiskinan, masalah zina, masalah nelayan, masalah penjaja, masalah tanah dan lain-lain…
LGM juga sangat istimewa kerana kita akan menerangkan teori kepada para peserta dan kemudiannya melakukan  practical (amali) di lapangan. Tujuannya ialah supaya peserta dapat mempraktikkan ilmu yang diterimanya.

4. Langkah-langkah membuat modul LGM.

Langkah 1
Senaraikan isu-isu yang ingin disentuh. Brainstorming Objektif setiap slot.
Slot CORE (tak boleh dicicirkan) :
Slot Core
Objektif
a) Apa itu PPM?

1. Menjelaskan tujuan PPM diwujudkan.
2. Mendorong peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam PPM.

b) Apa itu LGM?
1. Menjelaskan tujuan LGM diadakan.
2. Mendorong peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam LGM.

c) Niat

Menetapkan tujuan peserta supaya berprogram semata-mata kerana Allah.
d) Slot Hamba dan Khalifah

1.Menjelaskan tujuan sebuah kehidupan.
2. Memotivasikan peserta supaya berkeyakinan tinggi dan berani dalam menegakkan kebenaran.
3. Mendorong peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam membantu masyarakat.

LDK Soft Skill :
Slot
Objektif
a) News Monitoring
1. Menjelaskan tujuan melaksanakan News Monitoring.
2. Menjelaskan kaedah melaksanakan News Monitoring.
3. Mengupas maksud ‘Isu’ dan ‘Masalah’.
4. Mengenal pasti langkah praktikal yang boleh dilakukan oleh peserta.

b) Pemetaan Komuniti
1. Menjelaskan kaedah membuat peta sosial,ekonomi dan infrastuktur kawasan yang dikaji.
2. Menjelaskan kaedah menganalisa pemetaan komuniti.
3. Mengenal pasti masalah-masalah dan isu di kawasan kajian.
4. Mengenal pasti langkah praktikal yang boleh dilakukan oleh peserta.



Langkah 2
Buat draf modul. Isikan tajuk-tajuk slot , tarikh dan objektif ke dalam modul.

Langkah 3
Hubungi NGO yang berkaitan dan maklumkan bahawa adik-adik dari PPMUSM dan akan mengadakan LGM pada --- September 2011. Sehubungan dengan itu, adik berharap dapat bekerjasama dengan pihak mereka.  Objektif slot ialah ---bla bla---- . Tanya pihak mereka ada cadangan? Sebab selalunya mereka lebih pakar dalam bidang mereka. Jika kita ada cadangan, boleh juga beri tahu mereka dan minta pandangan mereka.
NGO yang boleh dihubungi :
Bidang
NGO
Oranng yang boleh dihubungi
No tel
Pendidikan
-
A. Izzat/K.Kinah

Pengguna
CAP
A.Wan

Sosial
UNGGAS
Ustz Kamaruddin Kassim

Palestin
API
Hadi

Patani
AMANI
Saiful

Nelayan, Bakau, Sungai
SAM
K. Fatin/A. Shamsul/ K.Waheedah

Akidah
API
A. Izzat / A.Nuruddin

Dakwah Non muslim
IPSI
Ustz Kamaruddin Abdullah IPS

Dakwah minority- orang Asli
CAP
A. Shah


Langkah 4:
Lengkapkan modul.

Langkah 5:
Persembahkan modul kepada Team Manis iaitu bahagian dakwah dan tarbiyah.

Langkah 6 :
Baiki apa-apa kelemahan.

Langkah 7 :
Siap!!!! 

-----------------------------Tamat--------------------------------------------------------
p/s: faham ke? kalau tak faham boleh tanya..
p/s/s : ada salah tak? kalau ada sila tegur…
p/s/s/s : harap membantu…Semoga Allah memberkati usaha ini..

Selasa, 24 Mei 2011

Percikan ikhlas

Saya menuntut ilmu bukan sekedar berbangga
Saya menuntut ilmu untuk ke surga
Saya bekerja bukan sekedar mencari harta
Saya bekerja untuk ke surga
Saya berbakti kepada orang tua bukan sekedar balas jasa
Saya berbakti kepada orang tua untuk ke surga
Saya kembali pulang bukan sekedar nostalgia
Saya kembali pulang untuk ke surga
Kupilih kamu bukan sekedar cinta
Kupilih kamu untuk ke surga
Kujauhi yang lain bukan karena tak suka
Kutinggalkan yang lain karena takut dosa
(Adi Nurcahyo, Jember - 2008)



p/s : Ini puisi yang sangat indah.....

Khamis, 29 Julai 2010

Meraih cintaNya


"man,,, i'm so into it!!" status di facebook adik saya,Ali. Saya tertanya-tanya apa maksud dia.

Semalam di masjid ada kuliah. Kuliah cinta.. ;)
Kuliah tentang 'Mencintai Allah'..
Seriously saya larut dalam kehusyukkan kuliah tu. Subhanallah rasa sangat mendamaikan...
Ustaz kata "Cinta Allah sahaja yang sejati! Cinta kepada yang lain-lain ni semuanya adalah cinta makhluk. Dan cinta makhluk itu dusta!"

Subhanallah.. bagai terhenyak rasanya dengan ayat tu. Sepanjang drive balik masjid tu terngiang-ngiang ayat tu dalam fikiran saya.. (jarak rumah saya daripada masjid = 5km, tu yang drive..kalau berjalan kaki tentu boleh slim kan.. tapi tak pernah cuba lagi)

"I'm so into it!"getus adik saya ketika kami singgah di 7eleven untuk membeli slurpee.. Romlah dengan telekungnya masuk ke dalam 7eleven. Tersenyum si abang tu tengok punyalah banyak sampai 3 cawan bersaiz besar dibeli. Dah la hampir setiap kali balik masjid mesti beli!

"What do you mean?"soal saya.
"Kuliah di masjid. Rasa seolah each words meresap masuk dalam hati. Semalam punya kuliah dan hari ni punya kuliah.."jawab adik saya.

Saya diam.
Me too.. (hari ini saya khusyuk dengar kuliah. semalam mengantuk jadi sempat check facebook through handphone. Lain kali kena off handphone! godaan kuat tu..)

Selepas kuliah tu kami solat isyak berjemaah. Dan imam berkata "Andaikan ini solat kita yang terakhir.. lakukanlah ianya dengan penuh khusyuk dan penuh tawadhuk.."

Oh ya Allah... serta merta air mata turun mengiringi takbiratul ihram. Sepanjang solat terasa betapa hinanya diri ini!
Semoga air mata ini mencuci dosa-dosa saya..........
Ya Allah, aku ingin kembali padaMu hanya keranaMu..
Aku ingin berdiri, rukuk, duduk dan sujud hanya keranaMu..
Sambutlah cinta aku ya Allah...

Malam tadi ada meeting online berkenaan pengurusan AMANI. Sambil meeting tu sambil search folder mencari bahan-bahan roadshow. Sambil tu ym dengan sahabat lama yang sedang berkongsi masalah. Sambil tu sedang edit blog AMANI. Sambil tu sedang tengokkan adik saya yang masak 'sosej' di tengah malam. Sambil tu layan adik kawan saya yang main exchange icon ym. hehe. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Practice make perfect!

Petang tadi after masak, cepat-cepat suruh adik dan romlah makan. Sebab sebelum azan maghrib kami akan ke masjid. Tiba-tiba email masuk memberitahu yang gambar-gambar untuk Muslim Aid sudah pun ustaz Kamaruddin masukkan dalam facebooknya. Maka saya pergi lah pulak setelkan hal gambar tu.

(laptop ni di sebelah mereka yang sedang makan)

"Orang menganggur pun busy ye,"komen adik saya. Nasinya sudah habis. Ditambah sekali lagi.
"Gaji kakak dibayar oleh Allah, inshaallah."balas saya sambil meninggalkan laptop untuk makan.

Saya sangat mencemburui mereka yang ada masa lapang sehingga sempat bermenung dan khayal memikirkan masalah hidup mereka.. paling saya rasa marah apabila mereka bersedih memikirkan untung nasib mereka sedangkan masalah hidup mereka kecil! mereka sibuk memikirkan hal yang remeh temeh. mereka menangis sia-sia. bagi sini masa lapang mereka kepada saya supaya saya dapat manfaatkan untuk umat Nabi Muhammad saw ini!


Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada masalah hidup. Saya juga pernah ada keinginan-keinginan yang tidak dapat ditunaikan lantas menyebabkan saya bersedih. Namun itu hal remeh temeh dan tidak perlu diutamakan.. Come on, kita milik Allah. Kita hidup dan mati untuk Allah. Tak pernah ada dalil pun suruh kita meratapi musibah yang melanda. Tak pernah ada dalil pun suruh kita frust apabila break up bercinta. tak pernah ada satu dalil pun suruh kita bermogok apabila kita dianiaya. Come on, macam mana nak mencintai Allah andai ada lagi di hati kita makhluk-makhluk?

Apa perasaan kita andai suami kita menduakan kita? Apa perasaan kita andai isteri kita menduakan kita? Apa perasaan kita andai kekasih kita menduakan kita? confirm marah... Nah, Allah mecintai kita sementara kita menduakan Dia.. Apakah Dia tidak marah?

Tak perlu melihat jauh.. Tak semestinya perlu pergi menyembah berhala di kuil atau tokong baru dikira menduakan Allah, cukuplah kalau setakat solat lalai sebab teringatkan buah hati.. Cukuplah kalau setakat rajin baca Quran sebab nak menambat hati manusia.. Cukuplah kalau setakat membuat kebaikan hanya untuk manusia... Itu semua menduakan ALLAH!

Bila lah nak insaf?????

“Belum sampaikah lagi masanya
bagi orang-orang yang beriman,
untukkhusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan
pengajaran Allah?”
(Surah Al-Hadid: 16).

Astagfirullah.....
Ya Allah, berilah hidayah kepada diriku, mak, abah, adik-adikku, sahabat-sahabatku, kaum kerabatku dan semua yang membaca coretan ini.. Niatku satu, semoga mereka mencintaiMu...

Ya Allah... bukalah hati mereka.. sinarilah hati mereka dengan cintaMu...

Aku berserah diri kepadaMu wahai Pemilik ku...


"Jika kamu diselamatkan dari kesalahan dan kejahatan, waspadalah, dan jangan merasa aman; kerana hasrat dan hawa nafsu akan memperoleh kembali kekuatannya meski hanya dipicu oleh kemaksiatan atau kejahatan yang kecil. Ketenteraman jiwa dapat sirna tiba-tiba. Perintah Allah kepada hamba-hamba-Nya untuk menjauhkan diri segala yang diharamkan merupakan peringatan agar mereka senantiasa berwaspada."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

p/s : pesan pada diri sendiri (terutamanya)
p/s/s: quote ambil daripada facebook Shafiq. Syukran.
p/s/s/s: Maaf jika ada yang tersinggung.. Saya tak minta dipuji apatah lagi ucapan terima kasih. p/s/s/s/s: Saya di sini memikul amanah yang diletakkan di bahu saya oleh Allah swt untuk menyampaikan walaupun sepotong ayat.
p/s/s/s/s/s: Mari kita kembali kepada Dia... Dia sangat mencintai dan merindui kita....




Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Sabtu, 3 Julai 2010

jangan dikesali hidup ini!


Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya.
Justeru itu, setiap pahala yang didapatinya sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya
-mustafa masyhur-


Syukur Alhamdulillah kerana Allah menghadiahkan saya sahabat-sahabat yang banyak membantu diri ini untuk dekat kepadaNya. Tiada apa yang diri ini ada untuk ku berikan kepada kalian sebagai balasan.. Semoga Allah membalas kasih kalian dengan cintaNya..

Kita masih muda dan masih banyak yang perlu kita belajar.. Masih banyak yang perlu kita perbaiki.. Masih banyak yang perlu kita jelajahi..

Kita tak perlu rasa rendah diri hingga kita malu untuk bersama mereka yang lebih ilmunya dari kita sebab kita juga yang akan kekal dalam kebodohan.. Belajarlah, semua bayi pun bermula dengan meniarap sebelum merangkak dan seterusnya berjalan..

Jangan dijadikan alasan latar belakang keluarga dan keturunan sebagai penghalang untuk kita melakukan kebaikan.. Bukankah para sahabat yang awal memeluk islam itu latar belakang mereka juga adalah golongan yang derhaka kepada Allah? Kemudian Allah Yang Maha Kaya mencampakkan hidayah ke dalam hati mereka lalu menjadikan mereka manusia yang menjadi sebaik-baik teman...

Hidayah itu milik Allah.. Ianya tidak dapat diwarisi... Allah berkuasa memberikannya kepada sesiapa yang Dia mahu..

Jadi janganlah kecewa andai insan yang kamu paling tatang itu masih jauh dariNya.. teruskan berusaha memberikan yang terbaik dalam berdakwah... jangan berhenti berdoa.. Tuluskan hati, ikhlaskan niat.. Semoga kalau pun hatinya tidak terbuka sewaktu kita hidup, moga-moga sebelum dia mati, dia akan bertaubat...

Carilah teman yang baik, yang dapat membimbing diri..
Teman yang baik sukar dicari
, lebih sukar untuk ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan..
Semoga teman mu itu menjadi kekuatan untuk dirimu terus menerus kekal di jalan dakwah ini..

Ukhwahfillah abadan abada!



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Khamis, 10 Jun 2010

Sekeping hati dibawa berlari



Sebelum Ramadhan tahun 2009 – kali pertama kami bersua

“Lillah, teman Kak Teh beli barang-barang dapur.. Kak Teh nak masak untuk tetamu dari Patani.. Petang ni abang Amir balik..”ajak Kak Teh. (Kak Teh isteri abang Amir, suaminya ke Selatan Thai)

Dan petang itu kami menyediakan makan malam untuk tetamu-tetamu dari sana..

Kami sempat memasak sedikit sahaja lauk dan semua kelihatan terkulat-kulat ketika makan. Akhirnya semua ambil sangat sedikit lauk dan masih ada sedikit baki di akhirnya. Saya terharu melihatkan masing-masing mahu mengutamakan saudara yang lain. Senyuman manis tidak lekang dari wajah mereka meskipun letih.

Disitulah permulaan sebuah ukhwah yang terjalin..



Sebelum Syawal tahun 2009 – sebelum mereka pulang ke Selatan Thailand.

"Kami juga tidak tahu sama ada kami juga akan ditangkap sekiranya mereka tahu kami di sini.."ucap salah seorang gadis Patani itu.

Meremang bulu roma mendengar kata-katanya.. benar katanya, tiada jaminan keselamatan yang dapat diberikan kepada mereka..

Lawan mereka bukan orang sebarangan.. tetapi dengan raja Thailand sendiri.. teringat ayat-ayat Quran menceritakan tentang Firaun dan Musa a.s.. sekalipun seorang Nabi Allah, Musa a.s tetap seorang manusia.. Ketika Musa ketakutan, Allah memujuk Musa.. memberi semangat dan janji untuk membantu Musa.. dan hanya kepada Allah satu-satunya tempat bergantung..

"Ketika lelaki sedang bersembahyang jumaat, kaum ibu dan anak-anak perempuan akan mengelilingi masjid demi melindungi kaum lelaki yang sedang bersolat.."

Sebuah video dipaparkan..

Ya Allah... Terasa benar semangat perjuangan kaum hawa di sana...
"Di sana ada red zone.. yellow zone dan green zone.. di red zone ini kebanyakkan cuma ada kaum wanita, anak-anak dan orang tua kerana kaum lelaki kebanyakkan telah ditangkap.. dan dibunuh.."

Teringat ketika bersembang dengan dua gadis Selatan Thailand itu..
"Tinggal di zon mana?"tanya lillah.
"Red zone.."jawabnya perlahan..

Sebelum mengakhiri pembentangan, mereka meminta respons lillah..
Entah kenapa suara ini bagai tersekat di kerongkong.. hiba.. tak tau nak kata apa..

Sekali lagi mereka meminta respons lillah..
"Apa yang boleh kami bantu?" soal lillah..

"Pertama.. doakan kami..

Kedua, tolong kami sebarkan tentang apa yang berlaku ini.. kerana di sana kerajaan menutup semua maklumat dari sampai ke luar negara..

Ketiga, di sana ibu-ibu yang kehilangan suami mengalami masalah ekonomi. mereka ada produk tetapi tidak dapat dipasarkan. mungkin lepas ini produk itu boleh di eksport ke sini.." jawabnya..


*****

4 orang gadis Selatan Thai yang umur pun lebih kurang sebaya dengan lillah ni sanggup bersabung nyawa merantau ke negara orang demi mempertahankan agama dan bangsa mereka..

Apa yang berlaku di selatan Thai sama hebatnya seperti di Palestine..

Dirogol, dibunuh dan dinafikan hak asasi.. Sebolehnya pihak kerajaan hendak menghapuskan bangsa Melayu Patani dari muka bumi ini..
"Lillah.. marilah ke sana.."jemput mereka.. berkali-kali di jemput..

"Insya'allah.. nanti bulan Disember ni.. kene buat paperwork dulu ni.."


Disember 2009 – AMANI ditubuhkan.

Ketika ini saya masih memegang status Majlis Tertinggi dalam sebuah gerakan. Setiap hari jadual saya penuh dan padat dari awal pagi hinggalah lewat malam. Sebelum keputusan peperiksaan akhir semester keluar, saya telah menyambung pengajian di peringkat master. Sambil-sambil itu saya mula bekerja untuk membantu kerja-kerja dakwah. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa banyak air mata yang menitis sepanjang tempoh itu. Ujian yang datang makin lama makin berat hinggakan saya menyangka saya akan tercampak dari jalan dakwah dan tidak mampu ke jalan itu lagi. Saya tidak mahu begitu! Bagi mereka yang pernah merasai kemanisan berjuang di jalan Allah, takkan ada lagi pilihan kedua dalam hidupnya melainkan perjuangan…

Ketika sahabat-sahabat saya turun ke Selatan Thailand, saya cuma mampu mempersiapkan bantuan disebalik tabir sahaja. Hanya ini yang mampu hambaMu ini lakukan ya Allah...



Mac 2010 – Konvo

Ketika ini dunia saya berubah.. saya berdiri di atas dahan yang sangat rapuh. Saya melangkah di dewan mengambil ijazah dalam keadaan demam.. saya bukan lagi seorang pelajar Master, bukan juga aktivis mana-mana NGO dan bukan juga terikat dengan apa-apa jemaah.

Ketika itu juga saya melihat abah saya sakit dan emak saya menangis. Saya melihat adik-adik saya menangis dengan ujian-ujian yang menimpa kami sekeluarga bagaikan hujan. Tertanya-tanya apakah penghujung perjuangan ini? Kemanakah harus saya bawa semangat dan impian ini?

Ya Allah... berilah hidayah kepada kami.. andai dengan ujian ini dapat mendekatkan kami kepada Mu, maka bantulah kami untuk melaluinya.. Jadikanlah kami orang-orang yang terpilih dicintaiMu...

Ketika ini saya terpaksa melepaskan AMANI tetapi hakikatnya hati saya tidak pernah melepaskannya. Jauh di sudut hati, saya masih sayangkan AMANI.. jadi saya tetap membantu di sebalik tabir.


Mei 2010 – Kembali

Doa tidak pernah putus agar Allah meletakkan saya ditempat yang betul.. Saya tidak mahu mati dalam keadaan sia-sia.. Saya tidak mahu tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. Allah mendengar rintihan ini.

Entah tiba-tiba saya mendapat keizinan emak untuk kembali menyertai AMANI secara serius. Setiap minggu saya akan turun naik dari utara ke selatan tanpa rasa jemu. Saya faham apa yang saya buat dan saya tahu saya diperlukan di sini kerana itulah saya masih di sini. Tidak mudah untuk berada di tempat ini namun ianya tetap indah. Kebahagiaan itu bukan di penghujung perjalanan tetapi di sepanjang perjalanan…

Saya pulang ke Malaysia dalam keadaan selamat meskipun sehari sebelum ke Selatan Thailand berlaku satu letupan di tempat yang saya pergi itu. Saya sempat berlari-lari tergesa-gesa di deretan kedai mencari barang apabila tiba-tiba sahabat Patani, Yati memberitahu : “Di sinilah letupan tu berlaku,”

Pada hari terakhir sebelum kami pulang itu, berlaku kematian di sebuah kem tahanan. Saya bersolat di surau tempat menunggu bersama keluarga-keluarga yang datang untuk menziarahi keluarga mereka. Wajah-wajah kaum hawa itu membekas dalam sanubari saya..
Ya Allah.. berilah kekuatan kepada diri ini agar dapat menguatkan agama Mu..



Jun 2010 - Saya sudah bersedia..

Saya dikejutkan dengan kematian abang kepada sahabat Patani, Yati. Tangan saya sejuk. Sepanjang seminggu lebih saya bersama Yati pada bulan Mei membuatkan ukhwah yang terjalin begitu erat.. Dugaan yang menimpa keluarganya turut membuatkan saya terduduk. Arwah meninggalkan 9 orang anak yatim. Membuak-buak perasaan untuk ke sana memeluk sahabat yang sudah banyak bekorban itu..

Dia pernah bertanya :
"Saya pernah bertanya pada kawan saya di sana... ada tak orang lain yang seperti kita?"

"Ada tak orang lain yang mahu membantu kita?"

"Ada tak?"

"Dan saya tak sangka saya dapat bertemu orang-orang itu di sini.. saya malu pada Lillah dan kawan-kawan Lillah.. kerana kamu semua berada di tempat yang senang tetapi sanggup memilih jalan yang susah.. jalan perjuangan.."

"Sedangkan ramai kawan-kawan di sana yang tidak mahu berjuang... yang takut susah.."

Gadis genit itu bertutur perlahan. Saya menemani dia di dalam kenderaan sementara sahabat-sahabat lain sedang sibuk di dalam masjid menguruskan road show.. sahabat ini lelah, dadanya sakit. Walaupun sakit, dia tetap cekal untuk bersama kami sehingga tamat road show..

Kata-kata gadis genit itu akan saya simpan di dalam hati saya.. terima kasih ya Allah.. terima kasih kerana mempertemukan saya dengan dia.. terima kasih ya Allah kerana mempertemukan saya dengan mereka.. terima kasih ya Allah kerana memberi saya kehidupan yang bahagia ini..

Bukanlah kata-kata si gadis itu yang membahagiakan saya.. tetapi dapat mengetahui bahawa dalam dunia yang sepi ini, saya tidak bersendirian itulah yang membahagiakan saya...
Tidak sampai seminggu berlalu, satu kes lagi berlaku melibatkan seorang guru yang meninggalkan 7 orang anak yatim…

Saya membelek-belek planner saya. Padat. Padat. Padat. Siang saya bekerja. Malam untuk kerja-kerja dakwah. Tetapi selalunya bertindih juga terutama apabila berlakunya kes-kes kecemasan. Ya Allah Ya Rabbi… Hanya ini yang mampu hamba kerdil ini lakukan.. Kuatkanlah hambaMu ini agar dapat menguatkan agamaMu..

Seandainya suatu hari nanti saya juga akan mati, saya berharap Allah memelihara jasad saya.. Saya memelihara aurat dan maruah saya kerana Dia maka saya berharap Dia memelihara aurat dan maruah saya di dunia dan akhirat…

Ya Latiff…. Ya Qahhar… sesungguhnya aku mencintaiMu…


-sukarelawan AMANI-

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


p/s: AMANI ditubuhkan untuk memberikan fikrah perjuangan Islam berteraskan akidah.

Jumaat, 18 Disember 2009

menghurai maksud yang di jiwa


10 tahun saya menyimpan hasrat ini.. hasrat yang semakin lama dipendam semakin meronta-ronta di dalam diri saya meminta untuk dikeluarkan.. banyak kali saya mencuba untuk meluahkan hasrat ini tetapi gagal. saya kelu! argh!

bila kasih sudah bercampur sayang,
aduhai sukarnya mahu berterus terang.. bimbang kasih disalah erti.. maka berubah menjadi benci!

bertemu berpisah dan kemudiannya bertemu.. berpisah lagi.. selepas zaman sekolah, kami masing-masing membawa hala tuju yang berbeza.. dia melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala saya meneruskan pelajaran ke USM..

kami sahabat yang sangat akrab.. tetapi berbeza kepercayaan.. saya beriman kepada Allah.. menganuti Islam, Ad-Din.. manakala dia menganuti agama buddha.. ramai yang pelik dengan keakraban kami.. bermain bowling bersama.. keluar makan bersama.. duduk bersila di kaki lima kedai buku MPH.. duduk bersembang di dalam KTM..


penampilan saya dan dia pun sudah memang sangat jelas berbeza..

pada saya, dia sahabat baik saya.. sangat baik.. dia memang seorang yang baik.

seorang anak yang selalu memikirkan ibu bapanya [apa-apa keputusan, dia akan pertimbangkan kesan kepada ibu bapanya],

seorang sahabat yang sangat jujur dan telus memberi pendapat [selalu mengkritik saya... tetapi saya tidak lansung terasa hati dengan dia, sebab saya tahu dia bukan berniat mahu memalukan saya],

seorang sahabat yang rajin belajar.. [kami saling berlumba dalam pelajaran.. dan dia selalunya akan maintain excellent]

dan setelah 10 tahun ini, dia kelihatan benar-benar mencari sesuatu.. jadual saya yang padat dengan pelbagai urusan keluarga, gerak kerja dakwah [dakwah itu best!!] menyebabkan saya sukar memberi ruang untuk berdampingan dengan teman-teman lama termasuklah dia..

tetapi kali ini saya bertekad! saya akan fly ke sebuah negara yang sedang kritikal dengan sejenis penyakit yang erm... saya tak tahu adakah saya akan balik dengan selamatnya atau tidak.
jadi sebelum saya pergi, saya mewajibkan diri melangsaikan tunggakan yang bersarang dalam hati..



tunggakan itu ialah :

1. gembirakan hati emak.. -setel- *saya berusaha keras tau!!! walaupun tak 100% cemerlang, tapi saya dapat rasakan yang dia happy beberapa hari ni.. saya mencuba beri yang terbaik setelah sekian lama saya terlepas pandang small stuff yang ada big meanings*

2. ..

3. ..

4. jumpa sahabat saya yang belum islam tu.. *i'm referring pada sahabat lama saya tu*. saya mahu serahkan sebuah buku yang dah saya miliki selama setahun.. sebuah buku yang diberi oleh Bro LIm.. buku berkenaan Tauhid.

saya rasa sudah cukup banyak berkias dengan sahabat saya tu.. dan saya rasa masa ini adalah masa yang sesuai!

'what i need is a sense of belonging..' dia mengadu pada saya.. dia kesepian..

tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum saya fly.. fikir punya fikir.. saya membatalkan meeting demi nak berjumpa dengan dia. pagi itu saya baru sahaja mengambil injection vaksin.. kemudian segera ke celcom center untuk daftar internet di handphone supaya gerak kerja saya lebih efisien.

kami makan sambil bersembang.. dia menangis.. saya memujuk.. sesekali kami ketawa.. buat lawak bodoh.. merapu sikit-sikit.. orang lain pandang semacam..
kami berkongsi pandangan.. dan saya seperti biasa, maintain happy.. walaupun cerita sedih, tapi muka senyum..

bla bla bla .. {nak pendekkan cerita}

"saya tahu saya tak akan dapat membalas semua yang orang buat jahat pada saya.. tak apa.. saya tak marah mereka.. bila mereka sakiti saya, nanti saya dapat pahala.. yang penting saya dapat masuk syurga!!" saya ketawa. tiba-tiba air mata dia menitik.. erm, saya silap cakap ke?

bla bla bla

"bila orang susah, orang akan cari saya.. saya tak kenal mereka, tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk tolong mereka. sebab saya mahu jadi kawan mereka." kata saya dengan gembira.

"mereka menyusahkan kamu."komen dia.

"itulah maksud kawan. untuk menyusahkan kamu supaya kamu dapat bertahan sewaktu kamu pula susah," balas saya.

"kamu popular, semua orang suka."balas dia pula.

"tak.. ramai yang cemburu.. ada yang - , ada yang -" saya pun membuka beberapa kisah rahsia saya. dia terkejut.

"mengapa saya sanggup bertahan? sebab saya sayang mereka. saya mahu bila mereka ada masalah, mereka tak cari orang jahat.. saya tak mahu iman mereka rosak.. em, maksud saya, saya tak mahu mereka buat jahat.. contohnya minum arak.. clubbing.." terang saya.

"clubbing tu tak semestinya jahat lah.. cuma ianya bertentangan dengan prinsip kamu.." balas dia lagi.

"untuk orang Islam, bukan itu cara release stress.. ada cara lain.. contohnya kembali pada Allah.. sembahyang.. "terang saya.
"yalah, di club ada arak.. kamu tak boleh minum arak.."sambut dia pula.

"kamu sayang mereka sebab tak mahu mereka jadi jahat?" dia bertanya. mukanya serius.
"ya.."jawab saya.
"haha" dia ketawa.

dia mengangguk.


bla bla bla... {tak cukup masa nak tulis ..}

malam tu, saya telah hantar dia balik rumah.. saya menggunakan GPS.. hehe.. sebab dia excited nak tengok saya mencari sendiri rumah dia. sebaik sampai di rumah dia, dia mengajak saya masuk ke dalam rumah tetapi saya menolak kerana hendak ke masjid.. untuk bersolat maghrib.

kami berpelukan dan...
"I have something for you, a guy gave it to me.."lancar lidah ini bertutur sambil menyerahkan buku itu padanya. dia cuba untuk membaca tajuk di luar kulit buku itu tetapi gagal kerana kegelapan.

bla bla..

malam itu saya balik ke rumah sendirian.. ( 1 jam perjalanan melalui lebuhraya)
saya menangis kesyukuran.. hujan lebat. ada lori telah melanggar cermin sisi kereta saya. saya malas nak berhenti, lagipun saya berseorangan maka dengan cermin sisi yang dah terpiuh itu saya balik ke rumah. sampai di rumah, emak menyambut dengan ceria.. emak minta tolong ajar dia receive photo melalui YM.. emak sedang mengumpulkan koleksi gambar anak-anak kucing kami.. kami mengambil gambabr anak-anak kucing itu setiap hari supaya dapat lihat mereka membesar..

akhirnya saya terlena di depan laptop..

misi hari ini selesai! alhamdulillah.. misi yang terpendam selama 10 tahun selesai.. saya sayangkan sahabat saya itu.. sayang sungguh-sungguh.. saya mahu dia gembira dan tenang! saya mahu dia masuk ke syurga! saya tidak mahu menyakiti dia.. saya tidak mahu sesiapapun menyakiti dia... tak mahu!!!

hanya inilah yang mampu saya buat... ya Allah... berilah kami hidayahMU...

kini saya redha dengan apa yang Allah takdirkan selepas ini..

oh, terasa seperti sedang bersiap-sedia untuk mati.. hum..


malam itu saya bermimpikan seseorang.. saya bermimpikan seorang sahabat lama yang sudah pergi menemui Allah.. ketika dalam mimpi tu saya sangkakan yang dia benar-benar wujud. saya geram & marah pada dia sebab menyorokkan diri dari saya.. kemudian saya menangis.. oh, betapa saya rindukan dia... dia diam je & pandang tempat lain masa saya bercakap. saya bagi tahu dia 'awak tahu tak, mak saya menangis masa dapat tahu awak tak ada dah.. kenapa tipu?!!!'.. bila bangun rupanya itu mimpi..

saya sudah berusaha yang terdaya mahu memberikan yang terbaik kepada sahabat-sahabat saya.. tetapi masih banyak kelemahan dan kelompongan yang saya tidak dapat penuhi sebagai seorang sahabat yang sejati... saya dikelilingi ramai manusia, maka menjadi tanggungjawab saya untuk menjadi sahabat yang baik pada semua yang ada..

menjadi sahabat yang baik itu tidak mudah..
kerana kamu perlu menyedarkan mereka dari kesilapan walaupun kamu tahu betapa mereka gembira dengan kesilapan itu... dan inilah yang paling susah apabila kamu dalam keadaan sangat sayang pada mereka...

p/s : esok akan fly.. check in 12 tengah hari.. di KLIA.. adios malaysia.. mohon maaf zahir batin pada semua untuk segala2nya!

Ahad, 6 Disember 2009

dan sebenarnya .....


dan sebenarnya...

tidak ada ibu yang suka untuk mengganggu tidur anaknya

tidak ada ibu yang tegar melihat anaknya basah lencun berhujan

kenapa ibu tidak sanggup?

kerana kasihnya yang terlalu dalam kepda anaknya

tetapi ibu TERPAKSA mengejutkan anaknya yang lena

tetapi ibu TERPAKSA mengerah anaknya untuk berhujan

demi supaya anak itu menjadi yang dicintaiNYA......

(T_T)

tak sampai hati untuk ku lafazkan kata-kata yang pahit
apatah lagi membuatkan dirimu terluka
aku juga tidak suka begitu!
apatah lagi apabila aku sangat menyayangimu...
tapi
demi kerana kasih padamu agar kau juga dikasihiNya
ku gagahkan juga lidah yang kelu ini..

ketahuilah, perkataan ini lahir dari hati...


أمي هريرة

Selasa, 27 Oktober 2009

perjalanan mencari ** happiness **

khas for yati yg jauh d mata tp dekat di hati..... dan

lillah nak dedicate this notes utk adik2 yg dsayangi.. sahabat2 yg dikasihi..
{ubat rindu sbb x dpt ketemu.. huhu}

berbahagialah sebagai tanda syukur kerna punya nikmat iman & islam....

hidup ni ibarat satu pejalanan yg panjang.. dan tak sunyi dari ujian2 yg sometimes membosankan, melemaskan, menjemukan dan menyerabutkan..

kadang2 kita berusaha segigih2 nya.. tapi nothing change..
kita cuba berusaha settel kan masalah.. tapi x settel2 masalah tu..
kita cuba buat macam2.. tapi semua macam ibarat mencurah air ke daun keladi..

finally we almost give up.. {sad mood}

fikirkanlah...

Allah the Mighty.. Berkuasa buat apa je kan.. kalau Dia nak kita selesaikan masalah dgn mudah, *TING!* Mudahlah ia..

takde sapa dpt halang kalau Allah dah nak bagi..

{rezeki & jodoh Allah dah tetapkan}

tapi skrg ni Allah bagi kita dgn cara yg susah2... sebab Dia nak kita LALUI kesusahan itu..


nape???

sebab Allah nak test kita.. sabar tak dengan kesusahan tu?

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa
Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja
dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan pada Kami?"


(Al-Mu'minun : 115)

so dalam menghadapi turun naik hidup ini...
hendaknya kukuh kn lah tembok kesabaran...
usah menunggu2 untuk membahagiakan diri..
sebab belum pasti setelah keinginan dicapai, bahagia akan kunjung..

bahagia itu bukan di penghujung pejalanan tetapi disepanjang pejalanan.... (-,^)/

Rabu, 30 September 2009

..:: takkan berpaling dari Mu ::..


tit..tit.. bunyi sms masuk..

okasi : surau selayang mall
aktiviti : baru lepas solat asar
mood : wajah ceria mcm biasa.. cenyum2.. :)
(bottom of my heart : down..down.. almost burst... )

sms dari kak fatin :
Ya Allah,

gadis ini telah memilih
mengutamakan Mu dari kedua ibu bapa yang dicintainya,

gadis ini telah memilih
Rasulullah sebagai idola berbanding artis pujaannya dahulu,

gadis ini telah menabur cinta
pada mad'unya berbanding lelaki yang disukainya,

gadis ini telah memilih islam sebagai cara hidupnya,

gadis ini telah memilih untuk
menegakkan islam berbanding hobinya yang lalu,

gadis ini telah memilih untuk berdakwah
di kala susah dan senang,

gadis ini memilih ke syurga
dan amat takut kemurkaan Mu,

maka..

pilihlah dia untuk menghuni mahligai di syurgaMu,
redhai dan cintai dirinya,

kerna ku tahu cintanya gadis ini padaMu ya Allah.
aamin... (",)


slepas membaca sms ni:
burst into tears .. dah lama pendam, nak meletup dada ni.. lepas tu lega sgt2.. hehe

p/s :
alhamdulillah... lillah bahagia2 je ni.. :D
i believ i'm doing the right things.. insya'Allah..
dont worry bout me.. ;)

nak sangat sahabat2 yg lain pun bahagia sama...
i'm doing all i can to be a better fren...

now i'm dedicating this sms to u all... hope u like it as much as i did.. ;)

Rabu, 16 September 2009

di penghujung Ramadhan...


Ramadhan hampir ke penghujungnya...
namun perjuangan melawan nafsu masih berterusan..
dan sepatutnya hasil madrasah Ramadhan ini, lahirlah individu baru yang lebih baik iman dan amalnya..

cemburu melihat nenek (uwo) yang sudah 70an tetapi masih mampu menghidupkan malam-malam dengan qiam berbelas rakaat.. solat tasbih yang berterusan di malam yang gelap.. cemburunya.... ~_~

alhamdulillah, ramadhan kali ni cuba-cuba untuk mendisiplinkan diri dengan solat tasbih.. tapi mampu buat selang sehari je.. masih lemah diri ni..

nampak sangat sebenarnya yang kekuatan untuk beribadah tu bukan datangnya dari kekuatan fizikal semata, tetapi dari kekuatan rohani juga.. insya'Allah...

takpe... walaupun ramadhan dah nak ke penghujung.. selagi ada umur, selagi tu ada masa untuk menambah kualiti ibadah.. muhasabah2...

alhamdulillah...
Ramadhan kali ni siang harinya walaupun agak exhausted tapi dapat melakukan urusan harian macam biasa..

ada sesetengah orang yang waktu bulan puasa ni, mereka berhenti mengerjakan dosa dan maksiat..
tapi ada sesetengah orang lagi, bulan puasa ni pun tetap buat maksiat macam biasa...

sebab tu lah kita selaku mereka yang ada rasa tanggung jawab tak boleh nak rilek2 walaupun rasa agak tak larat, kita kene teruskan dakwah macam biasa..

kalau kita yakin dan faham dengan tanggungjawab kita, dengan apa yang kita buat.. kita akan buat walaupun takde orang suruh...

Ya Allah...
ku harapkan kepadaMu keampunan.. keredhaan.. kasih sayang.. kehidupan terpelihara...
bahagia kekal abadi...

demi cintaMu, ku korbankan jiwaku.. ku korbankan cinta ku.. jangan biarkan diriku tekorban dengan dunia.. hanya Engkau dalam hatiku...

aku untuk MU...

p/s : slamat ari raya kepada semua pembaca2... maaf zahir batin untuk setiap patah perkataan.. balik beraya baik2... jangan lupa bayar zakat... jangan lupa banyakkan besedekah.. jangan lupa manfaatkan ramadhan yang baki ni sebaik2nya.~ huhu

Ahad, 13 September 2009

saya anti lelaki ??? (#_*)

artikel 'marah-marah sayang' yang lillah post sebelum ini telah mencetuskan sedikit kontroversi.

dan bila emak pun dah campur tangan, so dengan rela paksa artikel ini dikeluarkan.. -_-

hm.. camana nak mula..

bismillah..

dalam artikel tu, saya mengatakan 'tak pernah ada pakwe sebab akak tak perlukan pakwe'


1. saya bukan anti lelaki


'Pakwe' di sini merujuk kepada teman lelaki istimewa yang dijadikan tempat memadu kasih yang tidak halal (before nikah). clear..?

dan saya tak mengamalkan konsep 'couple before akad' kerana bagi saya ia termasuk dalam syubhat dan lagha...

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengarRasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang
jelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang
kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka

sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh

dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang

apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


2. saya tak menafikan keperluan lelaki dalam hidup


semenjak dari zaman sekolah hinggalah ke zaman kampus, saya sentiasa bekerjasama dengan ramai lelaki dan perempuan... (dlu kat skolah aktif dalam persatuan,kelab dan pengawas)

dalam gerak kerja dakwah terutamanya, peranan lelaki memang suatu keperluan. (100% stuju)

dan saya mengaku mustahil saya mampu berdiri di tempat yang saya ada pada hari ini tanpa lelaki-lelaki hebat yang menaungi dan melindungi saya selama ini...

semenjak saya lahir, abah adalah lelaki pertama yang sangat melindungi saya. dan dia banyak polish saya dengan sifat cekal dan disiplin...

kemudian kawan-kawan sekolah saya (lelaki) pun banyak bagi saya semangat, pertolongan dan nasihat... gaduh-gaduh sikit tu biasala...hehe

bila di kampus ni memang tak putus jasa baik sahabat-sahabat lelaki especially yang sama-sama seiring dengan saya.. kalau yang sama wadah PPM, lelaki lah yang akan jadi runners kepada sisters. 24 jam on call.. dari hal paling remeh seperti meminta tolong belikan ubat panadol hinggalah menjadi teman berbincang tentang strategi dakwah.

kalau yang sama bidang pengajian, kawan lelaki selalu juga meminjamkan saya buku dan nota mereka untuk saya rujuk. siap fotostat kan soalan test.. mereka mengajar saya tentang pelajaran yang saya tak faham.

3. prinsip saya : manfaatkan sebaik-baiknya sape2 dan apa2 je yang saya ada sebaik2nya untuk Islam.

jangan membazir.. sebab mahal. kos nak berada kat jalan dakwah ni mahal.. lelaki dalam jalan dakwah ni sangat la mahal... sebab bilangan lelaki yang nak buat usaha agama ni sikit sangat sedangkan keperluan umat semakin meningkat. sebab tu mereka ni kaum Adam yang perlu di manfaatkan sebaik mungkin.. dan dijaga baik-baik serta dilindungi dari kepupusan..

clear?

kalau masih tak puas hati click sni

wahai sahabat2 yang dikasihi... kalau ada apa-apa persoalan tentang lillah, kata-kata lillah dan gerak kerja lillah, tanya je.. let me explain.. i have reasons tentang apa yang saya buat. moga hidup ini dapat kita manfaatkan bersama-sama secara total untuk Islam.. (tak marah ni.. )


p/s : semalam pergi meninjau tarian shuffle di queensbay. sayang kat anak-anak kat situ, suara dakwah tak masuk lagi ke situ.. dan seorang mad'u bertanya "akak.. akak pergi clubbing pakai macam ni juga ke?". saya menjawab "biasanya akak pakai seluar. ni first time pakai long skirt.."


p/s/s : ehhh... jgn lupa sign petition Tandatangan Mendesak Jeff Ooi Memohon Maaf dan Meletak Jawatan.

Selasa, 1 September 2009

bila mendapat makanan...

Manusia ketika berasa sangat lapar, bagaimanakah perasaannya ketika dibawakan makanan? Dia tidak tahu dari mana hendak mula dan apakah yang hendak dimakan...
Sedangkan semalam, dia sangat memerlukan makanan...

Begitulah dalam kebanyakkan urusan kita dalam hidup ini..

muhasabah diri...

bertambah pelik ialah mereka menjadi tamak dan bongkak sewaktu mempunyai makanan..
mereka terlupa bahawa makanan itu akan basi pada keesokkannya..
mereka terlupa bahawa setelah mereka kenyang, mereka akan kembali lapar semula..

Ya Allah Yang Bijaksana.. keluarkanlah kecintaan dunia dari hati kami.. penuhkanlah hati kami dengan cintaMu.. dan cinta RasulMU... Jangan biar kami tekorban dengan tipu daya dunia ini.. amin ya Rabbal alamin..

Sabtu, 16 Mei 2009

~..menterjemah sebuah kehidupan..~

Laju air matanya turun ke pipi.. Ish, romlah syg... Lillah menyorokkan sayu dalam senyum..
genggaman tangan romlah masih kuat seperti tak nak lepaskan tangan lillah.
"Siew Yee.. jaga kan dia baik2 untuk 2 minggu sebelum Siew Yee balik ni ye.."pinta lillah. Siew Yee tersenyum manis. Romlah masih tak boleh berkata-kata. air mata dia dah menterjemahkan segala isi hati dia..

Romlah insan hebat yang berani dan tegas dengan pendirian dia.. banyak yang lillah belajar dari romlah.. alhamdulillah.. bertuah dan bersyukur dpt mengenali diri romlah..
terima kasih kerana mempercayai lillah utk berkongsi kisah hidup sebenar romlah..

Romlah yg dsyangi.. lillah, mak abah, cici, si kembang, si becok etc smua sayangkn romlah..
lillah balik ke malaysia bukannya meninggalkan romlah.. lillah tak tinggalkan romlah.. kita berpisah kejap je.. sama macam kita berpisah sebab pergi kuliah.. your problem is ours.. if u need me, boleh sms, call, email, ym etc.. kita dekat sebenarnya walaupun jarak memisahkan kita..

Romlah yg solehah.. teruskan solat duha, baca al-Quran & hizbul azam.. sejuk hati melihat romlah istiqamah dgn amalan yg baik2 tu.. dekatkan diri dgn Allah supaya hati kita tenang dan kuat..

nak share something yang sangat touching..
tentang sahabat baik saya ni.. cik romlah ku sayang..
romlah datang dari keluarga yang susah.. ayahnya meninggal dunia ketika dia 12 tahun.. dan dia pernah masuk rumah anak yatim.. walaupun desakan hidup semakin menghimpit, dia berjaya dapat 6A masa PMR.. tapi dia tak mampu nak beli borang MRSM yg berharga Rm 10..

Romlah jurusan international business.. memang wajib final semester di oversea..
hari ini romlah cuma ada lebih kurang 3 bulan je tinggal sebelum grad..insya'Allah..
Siew yee dan romlah adalah 2 orang pelajar yg pergi ke binus university.. binus tu business.. mereka ni 2 org first international studen yg diterima binus univ.. so masuk la dalam buletin kampus..
siew yee dah nak balik malaysia, jun ni.. romlah bulan julai nanti baru balik..insya'Allah..


romlah.. ramai orang di luar sana tahu perkataan susah.. tapi mereka tak tahu erti sebnar susah sebab mereka tak hidup susah..
sebab tu lillah sangat perlukan romlah utk kita sama2 saling bantu membantu utk membantu adik2 kita yang susah...
kisah hidup kita berbeza.. apa yang sama ialah kita sama-sama mencari erti kasih makna sayang dan tujuan hidup..
kita biasa ditemani air mata suka dan duka..
kita bersungguh-sungguh berjuang untuk terus hidup dan memberi yang terbaik dalam setiap ruang dan peluang yang Allah berikan..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pagi tu kami bertiga (lillah, Siew Yee dan romlah) pergi joging di Bung Karno Sports Complex.. semasa di sana kami tak berjoging pun sebaliknya bersiar-siar melihat pelbagai gelagat manusia. Ada keluarga yang tidur di bawah pokok beralaskan tikar kerana tiada tempat tinggal.. ada anak-anak yang sepatutnya bersekolah tetapi bekerja keras mengumpulkan sampah.. ada pasangan tua yang miskin berjalan ke hulu ke hilir seperti mencari sesuatu. Ada sepasukan polis sedang melakukan senaman di situ dengan muzik yang kuat.. Ada beberapa persatuan sedang melakukan senamrobik dengan ahlinya..

dan kami menemui 3 ekor kucing kelaparan... jadi kami pun belikan mereka ni sebungkus nasi untuk makan.. seekor kucing tu cacat, ada ketumbuhan di perut..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dalam perjalanan balik tu kami singgah di pasar.. romlah belikan buah markisa dan avokado utk lillah bawa balik ke malaysia.. buah tu murah di indonesia..


masa di pasar tu kami terserempak dengan ibu yang mengendong bayi..
alahai sayang.. kecik nya baby dia.. merah lagi.. asyik bergerak-gerak.. mata tak buka lagi..
ya Allah.. melihat keadaan si ibu tu yang tak sepatutnya keluar mencari rezeki sepatutnya berehat di rumah membuatkan lillah terasa sakit perut ni..
ibu yang sepatutnya dalam pantang telah dipaksa mencari rezeki..
Kebanyakkan peniaga yang ada di sini miskin-miskin.. mereka berniaga sayur-sayuran yang ditanam sendiri.. sekadar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang..

kawan saya memberitahu yang beberapa hari lepas mereka ada ternampak seorang ibu baru bersalin tertidur di dalam kereta sorong dengan bayi baru lahir. (alert semua! di pasar ni.. yang kotor2 ni..) masa tu lepas subuh.. dan ada seorang budak kecik tak berbaju di sisi dia..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ketika di waiting room sebelum masuk dalam flight lillah send sms pada romlah..

"Dah di tempat tunggu dah..
8-) makasih di atas semua layanan..
I really appreciate it..
Belajar sungguh2 tau..
Kne dapat flying colours tau..
Mana tau nanti keje dgn abah di Indon lepas ni.
Bole gi pasar tolong org2 miskin kat situ.. B-) "

kalau dulu lillah selalu pujuk romlah supaya sabar... dah tinggal berapa bulan je lagi nak balik malaysia.. sebab tu kene belajar sungguh2, hargai every seconds..

sekarang lillah nak ubah pujukan tu... romlah kene study sungguh2.. bekerja sungguh2.. kene cari duit banyak2.. tapi bukan utk diri sendiri je, utk orang lain juga...
romlah kuat.. lillah yakin romlah mampu pergi lebih jauh.. insya'Allah.. i'll standing by you~ insya'Allah..
menterjemah sebuah kehidupan..
memerlukan sebuah kamus sebagai rujukan..

kamus yang lengkap ialah kamus yang memberi makna SEBENAR dengan tepat dan jelas..

adakah mampu kita menterjemah kehidupan ini tanpa kita mengetahui situasi sebenar realiti masyarakat?

Isnin, 11 Mei 2009

dedikasi buat cik fairuz liyana.. sister fllah ku :)

buat fairuz yg dikasihi...
terlalu banyak jasa fairuz..
terlalu banyak pengorbanan fairuz...
banyak perkara yang kalau kita perkatakan orang lain takkan faham..
especially bila bercakap tentang amanah...

haritu kita lah runner..
kitalah pemantau..
kitalah pengisi...
kitalah pemimpin...
masa tu takda sapa peduli apa yg kita rasa..
tapi mereka nak kita peduli apa yang mereka rasa...
dan kita terus merasa...
masam, masin, pahit dan manis...

fairuz kuat.. lillah tahu fairuz kuat... fairuz mampu pergi lebih jauh.. terbang lebih tinggi..
jangan disia-siakan segala kekuatan yang ada.. usah pedulikan kritikan membunuh yang orang beri.. andai rasa kritikan tu dapat membina diri ke hadapan, ambillah.. jika tak berkenaan, abaikan saja..

hidup ini sebuah perkongsian.. bermakna bukan kita sahaja yang perlu sentiasa beralah.. kita juga ada hak yang perlu orang lain tunaikan.. kita takkan mampu memuaskan hati semua orang.. tak semua kritikan perlu dipedulikan.. tak semua komen perlu di dengar.. apatah lagi komen dari orang yang tak bertanggungjawab...

kita di sini bukan buat kerja dakwah suka2.. bukan part time job.. kita di sini bukan sekadar mahu memberi ikan pada mereka.. bukan juga pancing untuk mereka memancing.. kita di sini mahu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang Allah dah beri pada kita.. kita buat sebab kita tahu ini adalah apa yang Allah nak.. thats all..

lillah tak mahu mengikat sahabat2 lillah dgn ppm dan lillah tak minta kesetiaan korang pada ppm.. lillah meminta kalian ikatlah diri dan setialah dengan jalan dakwah.. supaya walau di mana diri dicampakkan ia akan menjadi ibarat benih yang bermutu.. yang menghasilkan pokok yang rendang dan berbuah lebat..

kita berjuang kerana Allah.. pahit manis jalan ini kita terima dengan hati yg redha.. insya'Allah bila segalanya utk Dia, pahit dan manis tak terasa sangat bezanya...

for kak mas comel :)

buat kak mas..
adikmu ni tak tahu nak cakap mcm mna utk meluahkan rasa syukur..
Alhamdulillah krn Allah menemukan kita..
Alhamdulillah krn Allah menghantar akk pada saat2 lillah terkapai2 memerlukan someone..

ish tak tahulah nak habaq cmna..

terima kasih krn menerima diri lillah in out..
terima kasih krn sudi mendengar isi hati ni yg kadang2 tak bape stabil..
terima kasih krn tegas dalam mendisiplinkan lillah..
terima kasih kerana buat lillah ketawa ketika lillah menangis..
terima kasih kerana buat lillah tetap berdiri pada saat lutut ni dah menggigil keletihan..
terima kasih krn membuat diri ini terasa masih berguna pada saat terasa diri ni begitu hina..
terima kasih krn membaca hati lillah tanpa perlu lillah membuka mulut..
terima kasih kerana peduli perasaan lillah pada saat orang lain tak peduli..
terima kasih kerana sudi berada di sisi lillah pada saat insan lain tak sanggup bersama derngan lillah..

terima kasih ya Allah kerana menghantar kak mas kepada lillah untuk menjadi penyejuk hati tatkala diri ni diasak dengan tekanan di medanMu..

ok.. dah habis part sedey2..

:)

haritu semasa balik dari seberng prai, singgah umah kak mas di taiping sebab nak hantar kak mas.. masa nak balik tu kak mas ni saja ja melambat2kan lillah balik.. kak mas buat projek penanda buku dan print gambar..
punyalah banyak cabaran nak prin tu.. siap kene spray supaya ada water resistence..pastu kene jemur tengah panas sampai kering... lillah kul 8.30am dah siap pakai tudung dah nak balik.. terpaksa tunggu kak mas siap wat keje kul 11.30am... ish3... kak mas sengaja!!
sangat bersemangat! sangat bersungguh2... terharu2.. :'-p
eeee... ngada sebab saja je wat lillah sebak..


mak kak mas pulak bagi bantal dan mempelam.. disebabkan lillah drive sorang2... so lillah letak bantal tu di sit sebelah.. teman lillah drive balik slangor...

ya Allah.. peliharalah kak mas.. sayangilah kak mas... bimbinglah kami dalm mencpai redha Mu.. kekalkanlah ukhwah ini hingga ke syurgaMu.. amin...

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....